Edisi Bulan 05/2015

Page 1

MEI 2015 • REJAB 1436 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Seronoknya Ramadhan Ramadhan datang lagi. Pastinya remaja yang beriman sangat seronok dan gembira menyambut datangnya bulan Ramadhan. Kenapa Ramadhan begitu berbeza disambut dengan bulan-bulan yang lain. Jawapanya ialah Ramadhan adalah bulan rahmah, keampunan dan kemuliaan.

Membentuk Fikrah Ummah

>5

AJK Masjid Kampung Pahi, Kelantan Kunjungi MAIS Zahir Ucapan Terima Kasih

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima rombongan daripada Ahli Jawatankuasa... >10

MAIS Sumbang Dana Kepada Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i)

SHAH ALAM 13 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah...... >11

Universiti Ramadhan 1436H Ramadhan menjelang tiba tidak beberapa hari lagi. Sudah tentu sebagai hamba Allah SWT, kita berpuasa berdasarkan arahan dan perintah dari Allah SWT sepertimana dalam firmannya: “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al Baqarah:183) ............ >3

Worldwide Holding Sumbang RM 1 Juta kepada KUIS

Ybhg Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri dan Dr. Zulkifli Abd Hamid menghadiri Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena 25 Tahun Worldwide Holding yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada majlis tersebut.... >13

SELAMAT MENJALANI

IBADAH PUASA Daripada:

Majlis Agama Islam Selangor


Sidang Redaksi EDISI Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Wartawan • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Nurhelmi Bin Ikhsan • Halim Bin Mokhtar • Mohd Helmi Bin Mohd Nuri © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my

Fakta: Dr. Gen Gustafsirl ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia pula 1/4 anjing, kucing pula 1/2 manusia. Ini membuktikan bahawa kucing merupakan haiwan yang suci.

Interaktif:

Dakwah dan Kerohanian: Aplikasi EZakat

Aplikasi yang membolehkan pengguna mengetahui kadar bayaran zakat, pengiraan zakat mengikut kemampuan,dan memberi info asnaf baru yang dikira layak untuk menerima Zakat. Terdapat juga beberapa fungsi lain seperti: -Cawangan Lembaga Zakat Selangor terdekat -Berita berkenaan Zakat yang terkini.


FOKUS Edisi • Mei 2015 • 3 Sekadar gambar hiasan

Universiti Ramadhan 1436H Oleh: daudlin@mais.gov.my

‘M

adrasah Ramadhan’ menjadi slogan yang selalu didengari apabila memasuki bulan Ramadhan. Adakah slogan ini hanya menjadi mainan di bibir atau dihayati dengan sepenuh penghayatan sehingga mampu mencapai ketaqwaan sebenar kepada Allah SWT natijah dari ‘Madrasah Ramadhan’ yang dilalui? Konsep dan semangat serta motivasi baru hendaklah diberikan dan dijana sepanjang tahun kerana sebagai hamba yang beriman sudah tentunya kita sentiasa mengharapkan hari esok lebih baik dari hari ini, begitu jugalah kedatangan Ramadhan saban tahun yang diharapkan peningkatan kepada kualiti keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT semakin meningkat. Justeru, untuk tahun ini slogan baru dilancarkan bagi meningkatkan pembelajaran dan penghayatan dalam beribadah kepada Allah SWT melalui ‘Universiti Ramadhan’. Jika sebelum ini, kita hanya ikutikut dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan dalam bulan Ramadhan di samping menunaikan puasa hanya sebagai memenuhi syarat sebagai seorang Muslim, tetapi melalui

Ramadhan menjelang tiba tidak beberapa hari lagi. Sudah tentu sebagai hamba Allah SWT, kita berpuasa berdasarkan arahan dan perintah dari Allah SWT sepertimana dalam firmannya: “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al Baqarah:183)

‘Universiti Ramadhan’ ianya tidak seperti ‘Madrasah Ramadhan’ yang lalu. Sudah tentu penghayatan melalui falsafah sebenar bulan Ramadhan benar-benar dihayati dan diimani melalui amalan dan penghayatan yang telah dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW sepanjang kerasulannya. Sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi shalallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah Ta’ala, akan diampuni dosa-dosanya

yang telah lalu. (H.R: Al Bukhari dan Muslim) Untuk mencapai ketinggian darjat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT serta mengharapkan ganjaran terbaik dariNya dengan diampuni dosa-dosanya yang lalu, maka didikan dan tarbiyah rabbani melalui ‘Universiti Ramadhan’ hendaklah dipatuhi dan ditekuni melalui sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW samada melalui percakapan mahupun amalan Baginda SAW dalam bulan Ramadhan. Terdapat banyak hadis-hadis yang menjelaskan amalan dan kelebihan Ramadhan yang sepatutnya diberi per-

hatian dan dijadikan amalan agar menepati matlamat sebenar Puasa. ‘Universiti Ramadhan’ bukanlah bertujuan mengeluarkan atau menghasilkan ijazah untuk mendapatkan pengiktirafan manusia atau duniawi, tetapi ianya merupakan ijazah yang mendapat pengiktirafan rabbani untuk pendidikan hati-hati Insan ke arah ketakwaan dan menjadi Insan yang soleh atau Insan yang mampu digelar sebagai Ulul Albab. Ramadhan semakin hampir, maka daftarkanlah diri-diri yang inginkan Ijazah rabbani untuk persediaan memasuki ‘Universiti Ramadhan’. Buatlah checklist dari sekarang bagi memudahkan objektif yang ingin digapai selama sebulan ketika berada dan mengharungi ‘Universiti Ramadhan’ akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya bagi kita yang akan memasuki era baru, dengan mencabar diri masing-masing untuk memperolehi Ijazah rabbani yang belum tentunya akan kita temui kembali ‘Universiti Ramadhan’ yang akan datang. Rebutlah peluang yang terbentang luas selagi mana kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk mencari keredhaanNya sebanyak mungkin sebagai bekalan di Akhirat kelak. Wallahu A’lam. Edisi


ISU 4 • Edisi • Mei 2015 Sekadar gambar hiasan

Melentur Nafsu Di Bulan Ramadhan “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi Rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf, 53)

Tidak salah untuk kita bergembira menyambut kemenangan mengharungi ujian Ramadhan, namun adalah lebih baik sekiranya persiapan dilakukan secara tersusun agar tidak terlalu membebankan dan tanpa perlu berhutang. Inilah hikmahnya Ramadhan dan Syawal yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita. Dalam kedua-duanya mempunyai ujian dan pengajaran agar manusia

lebih bertaqwa. Dari sudut pengurusan kewangan, Ramadhan dan syawal menguji kita untuk lebih berhemah dalam berbelanja tanpa menurut nafsu. Ia pula mengajar kita untuk bijak merancang perbelanjaan mengikut keperluan dan kemampuan. Semoga Ramadhan kali ini dapat melenturkan nafsu kita untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Edisi

Menuju Universiti penuh 2016

Oleh: Dr. Zaini Jamaludin Pensyarah Kanan Open University Malaysia

R

amadhan menjelang lagi tahun ini. Bulan mulia yang penuh berkah dengan ganjaran berlipat kali ganda. Namun persoalannya sejauhmana kita bersedia dari sudut fizikal, mental dan emosi untuk menghadapi madrasah Ramadhan ini? Hakikatnya kedatangan Ramadhan dibayangi oleh kegembiraan menyambut syawal dimana persediaannya lebih rapi dan teratur berbanding menyambut Ramadhan. Sungguhpun ramai di kalangan kita yang memahami keberkatan dan kelebihan Ramadhan berbanding bulanbulan yang lain, tetapi masyarakat kita lebih gemar menyambut Ramadhan sebagai bulan “pesta makanan”. Bazar Ramadhan telah menyediakan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa yang ada antaranya hanya ditemui dalam bulan Ramadhan. Selain dari bazar Ramadhan, hotel-hotel dan restoranrestoran sesak dengan tempahan pakej berbuka puasa yang harganya melangkau fikiran. Kesannya perbelanjaan untuk membeli makanan pada bulan Ramadhan meningkat beberapa kali ganda berbanding bulan-bulan sebelumnya. Dimana kita letakkan roh Rama-

dhan sebagai bulan yang seharusnya mengingatkan kita kepada mereka yang tidak bernasib baik. Puasa seharusnya mengajar kita untuk mengawal nafsu dan lebih bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Perbanyakkan sedekah dan infak kepada mereka yang memerlukan agar sama-sama dapat mengecapi kenikmatan hidup di dunia. Selain dari kemeriahan “pesta makanan”, kita juga sering berlebihan dalam membuat persiapan menyambut Syawal atau Idul Fitri. Ini ditambah dengan momokan jualan murah sempena perayaan terbesar di Malaysia ini. Ramai yang sanggup berhutang terutamanya melalui kad kredit sematamata untuk mengambil bahagian dalam jualan murah yang ditawarkan oleh para peniaga dan pasar raya. Pokoknya semua mesti baru dan mengikut trend terkini dari pakaian, aksesori, perhiasan dalam rumah dan sebagainya. Sekiranya ini terjadi bererti kita masih lagi belum benar-benar menghayati tarbiyah madrasah Ramadhan yang telah kita lalui saban tahun. Kita gagal mengawal nafsu untuk tidak boros sehingga sanggup berhutang semata-mata untuk dipandang hebat oleh orang lain. Seharusnya kita mendahulukan barangbarang keperluan dan bukannya barangbarang yang dibeli mengikut hawa nafsu.

Terima Kasih

Pihak pengurusan dan seluruh warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah memilih KUIS sebagai pilihan utama ke menara gading dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak


GENERASI•Q Edisi • Mei 2015 • 5

Seronoknya Ramadhan Ramadhan datang lagi. Pastinya remaja yang beriman sangat seronok dan gembira menyambut datangnya bulan Ramadhan. Kenapa Ramadhan begitu berbeza disambut dengan bulan-bulan yang lain. Jawapanya ialah Ramadhan adalah bulan rahmah, keampunan dan kemuliaan. Seronoknya remaja dalam menyambut Ramadhan dilandasi oleh hasrat untuk meraih segala keistimewaan, kemuliaan dan keberkatannya untuk memproses diri menjadi orang yang bertakwa demi meraih syurga Allah.

Oleh: halim@kuis.edu.my

A

langkah ruginya remaja yang bertemu dan melalui Ramadhan tetapi corak ibadahnya dan amal kebajikannya sama seperti bulan-bulan yang lain dan tersangatlah rugi remaja yang menjalani Ramadhan tanpa memperolehi pengampunan daripada Allah. Berbagai tawaran menarik, bonus durian runtuh dan lain-lain lagi ditawarkan kepada hambaNya, maka remaja semestinya menyambut Ramadhan dengan penuh keseronokan dan merasa teruja dengan pakej istimewa yang mesti direbut dengan modal yang minimum antaranya: 1. Dibuka pintu Syurga dan Ditutup pintu Neraka. Seronoknya, Ramadhan kerana remaja dijanjikan dengan syurga dan dilindungi daripada api neraka dan diampuni segala dosa dengan melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. (Bukhari dan Muslim) dan Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat An-Nassai’e) 2. Ganjaran Kebaikan Yang Berganda-Ganda Seronoknya Ramadhan mengajak remaja menggandakan amalan. Bukan berpada dengan yang wajib, bahkan untuk yang sunat. Amalan ini menjadikan imannya melonjak dari bulan-bulan biasa. Prihatin dengan waktu solat terutamanya subuh dan maghrib. Yang mungkin selama hampir setahun ia tak ambil kisah. Sentiasa update jadual solat khususnya waktu berbuka puasa. Segala kebaikan diberikan pahala yang berlipat kali ganda meliputi amalan fardhu, sunat, sedekah dan segala yang bernama kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali gan-

Sekadar gambar hiasan

da serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaKu.” (HR Bukhari & Muslim) 3. Doa Yang Mustajab Seronoknya Ramadhan pada bulan ini remaja digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah. Berdoa agar Allah mengampuni dosa-dosa kita yang telah lalu sama ada dosa kecil mahupun besar. Sesungguhnya berdoa ketika berpuasa adalah mustajab sepertimana sabda Rasulllah SAW “Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir.”(Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi) 4. Kelebihan Malam Qadar (Lalilatul Qadar) Seronoknya Ramadhan, kerana terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang istimewa ini tidak sepatutnya dilepaskan oleh setiap individu. Remaja harus berazam dan istiqamah dalam memburu malam lailatul qadar ini. Namun, apa yang pasti bilakah malam istimewa ini akan berlaku adalah rahsia Allah. Jadi semestinya malam yang dirahsiakan tarikh sebenarnya ini menuntut kita untuk sentiasa berusaha, istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam

memburunya. ‘Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. 5. Bulan Mujahadah Jiwa. Seronoknya Ramadhan untuk mendapat taqwa ialah mujahadah menundukkan nafsu. Tidak ada istilah gencatan senjata dalam mujahadah melawan nafsu. Ini kerana nafsu yang berada dalam diri itu tidak boleh dibuang. Allah mentarbiahkan kita sepanjang bulan Ramadhan dengan disiplin mujahadah yang lebih ketat. Melalui mujahadah wajib selama sebulan bakal berhasil memudahkan mujahadah di luar bulan Ramadhan agar segala tabiat dan segala akhlak baik yang dilakukan sepanjang Ramadhan dapat diteruskan pada bulan-bulan lain. 6. Kelebihan Solat Tarawih. Seronoknya Ramadhan, kerana terdapat solat tarawih. Mikraj menuju Allah merupakan satu disiplin kerohanian yang hukumnya sunat mu’akkad. Kemeriahan berganda dengan Jemaah yang ramai di setiap malam pada awal Ramadhan dan lesu pada malam minggu akhir meskipun disusuli fadilat yang luarbiasa. Meningkatkan iman dan taqwa biarpun beberapa rakaat yang dilaksanakan samada lapan atau duapuluh, laju atau perlahan, cepat atau lambat, panjang atau pendek po-

koknya dilaksanakan dengan taqwa tanpa alasan kerana solat tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan. 7. Bertadarus Al Quran. Seronoknya Ramadhan di mana bulan turunnya Al Quran, maka sangat wajar membanyakkan membaca Al Quran. Sangat digalakkan bertadarus di masjid secara berkumpulan dengan maksud agar dapat saling membaiki bacaan. Penuhi masa sepanjang Ramadhan dengan membaca Al Quran dengan penuh penghayatan dan pengertian serta merenung isi Al Quran sehingga khatam. 8. Gaya hidup sihat Seronoknya Ramadhan Allah SWT perintahkan berpuasa selama sebulan sekaligus hikmah di sebalik itu ialah Allah SWT memberi kesihatan dan kerehatan kepada perut serta usus. Menurut kajian kesihatan berpuasa adalah kaedah terbaik mengurangkan kolestrol dan membuang toksid. Selain berpuasa, amalkan pemakanan dengan kuantiti yang sedikit pada satu-satu hidangan dan memilih jenis makanan yang tinggi kandungan serat. Berbuka dalam kuantiti yang sedikit dalam satu hidangan adalah pilihan terbaik. Sabda Rasulullah SAW ‘Berpuasalah nescaya kamu sihat.’ (HR al-Tabarani) Bagi menjadikan Ramadhan lebih seronok dan bermakna maka adalah penting bagi para remaja mempersiapkan diri dalam beberapa perkara seperti persiapan ilmu. Walaupun puasa Ramadhan sudah kita jalani setiap tahun, kita masih perlu mengkaji dan muhasabah kembali hukum, adab dan etika. Kenali dan kuasai dengan baik tentang puasa serta amal ibadah di bulan Ramadhan. Puasa Ramadhan bukan sekadar ibadah ritual rutin tahunan, hakikat puasa adalah penghambaan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Siapkan planning atau perancangan yang efisien dan efektif untuk kegiatan ibadah yang akan kita laksanakan. Semua menu kegiatan harus disusun dengan rapi dan dilaksanakan secara istiqamah sepanjang Ramadhan. Remaja mesti sentiasa sematkan semangat motivasi yang tinggi melalui penghayatan Ramadhan tahun ini agar matlamat puasa untuk mencapai mukmin bertaqwa. Bersedia untuk meningkatkan mutu dan kualiti puasa luar biasa bukannya malas dan lesu sekadar biasabiasa sahaja. Karena apapun perasaan hati dan kondisi fikiran seseorang akan mempengaruhi tindakan dan perilaku selanjutnya. Ingatlah, buatlah yang terbaik dalam Ramadhan kali ini kerana mungkin ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat kita. Marilah kita berlumba-lumba untuk melabur saham di ‘bank akhirat’ kita. MEMBANGUN REMAJA BERTAQWA. Edisi


INFORMASI 6 • Edisi • Mei 2015

Kekal Cergas di Bulan Ramadan Oleh: hakimismail@unisel.edu.my (Jurulatih Kesihatan & Kecergasan) Adakah perlu atau tidak bersenam pada bulan puasa? Berpuasa bukanlah satu alasan untuk anda tidak melakukan senaman. Anda perlu membakar kembali lemaklemak berlebihan daripada makanan yang anda ambil. Seterusnya meningkat stamina dan prestasi walaupun pada bulan puasa. Secara efektifnya, bersenam pada waktu petang dalam keadaan berpuasa dapat membakar lebih banyak lemak. Anda harus beringat senaman dalam keadaan berpuasa perlu diringankan sedikit, tidak keras dan lebih fleksibel. Perlu diingat, hendaklah sentiasa memahami kebolehan tubuh badan anda dan berhenti bersenam sekiranya anda terdapat tandatanda seperti mual dan pening. Anda memerlukan adaptasi secukupnya. Bilakah waktu yang tepat untuk bersenam? Senaman juga mempunyai masamasa yang tertentu untuk mendapat faedahnya. Ia juga bergantung kepada objektif senaman. Masa terbaik untuk bersenam semasa pada bulan puasa bagi mereka yang ingin mengurangkan berat lemak berlebihan adalah satu hingga dua jam sebelum berbuka puasa. Oleh itu anda mempunyai masa untuk menyejukkan badan dan bersiapsiap untuk berbuka. Bagi mereka yang inginkan badan yang sado dan lebih tepat lagi meningkatkan otot-otot tubuh badan adalah bersenam dalam keadaan badan anda mempunyai tenaga. Ini bermakna selepas anda berbuka dan bertarawih. Kalau boleh elakkan senaman pada waktu pagi semasa pada bulan puasa bimbang nanti anda kehabisan tenaga pada waktu petang. Tips sepanjang bulan puasa? • perbanyakan minum air selepas berbuka dengan minum sekurangkurangnya 1.5 liter air mineral. • Pakai pakaian jenis cotton untuk menyerap peluh dan pengaliran udara. Pakaian tidak terlaku ketat yang menghalang pergerakan. • Elakkan bersenam dalam keadaan cuaca yang panas.Ini mengakibatkan lebih banyak peluh akan keluar dan anda akan kekurangan air. • Bersenam mengikut kemampuan dan memahami kebolehan diri semasa berpuasa. Senaman yang sesuai Anda boleh mulakan senaman yang paling ringkas iaitu bodyweight exercise tanpa mengunakan apa-apa beban kerana pada minggu pertama puasa,

tubuh badan anda perlu mengadaptasi dengan kondisi puasa. Tindakan drastik melakukan senaman dengan intensiti yang tinggi mengakibatkan tubuh badan anda cepat lemah serta memerlukan masa yang lama untuk pulih dan berehat. kemudian pada minggu berikutnya anda boleh tingkatkan dengan menggunakan latihan bebanan seperti menggunakan dumbbell dan sebagainya.

Senaman di pejabat Ramai yang beranggapan sekiranya ingin bersenam, perlu mempunyai tempat, masa, pakaian yang sesuai. Terlalu banyak alasan dicipta. Sebenarnya, di pejabat pun anda boleh lakukannya. Pada musim puasa ini, anda bolehlah lakukannya di pejabat selepas waktu bekerja dengan pakaian pejabat. Anda digalakkan untuk melonggarkan

sedikit pakaian anda agar mudah untuk melakukan pergerakan. Pastikan pengaliran udara yang cukup. Senaman di atas, anda digalakkan untuk melakukan sebanyak 3 hingga 5 set bagi setiap senaman dengan setiap set mempunyai di antara 15 hingga 20 pengulangan bergantung kepada kemampuan anda. Bagi setiap set mempunyai masa rehat optimal sebanyak 60 saat. Anda juga digalakkan untuk menambah bebanan dengan memegang beg, buku atau dumbbell bagi setiap senaman. Selamat mencuba! Edisi

STATIC SQUAT

Step Up

1st Step

2nd Step

Anda juga digalakkan untuk menambah bebanan dengan memegang bag, buku atau dumbbell bagi setiap senaman. 1st Step

2nd Step PLANKING

Push Up

1st Step

2nd Step


ARTIKEL KHAS Edisi • Mei 2015 • 7

Mendamba Malam Teragung Bulan Ramadhan Ramadhan menjelang lagi pada tahun ini. Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk berada di dalam bulan yang diturunkan al-Quran. Kita memohon kehadrat Ilahi agar kita dapat menyempurnakan segala ibadah yang tersaji di bulan yang mulia ini dengan penuh pengharapan dan keampunan dari-Nya. Apatah lagi Allah SWT menyatakan secara jelas bahawa di dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang nilainya menyamai seribu bulan, iaitulah malam al-qadr. Malam yang diistilahkan oleh Allah SWT sebagai lail al-qadr itu mempunyai keistimewaan sehingga surah yang menyatakan malam tersebut dikenali sebagai surah al-qadr. Firman Allah SWT yang bermaksud, ““Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-qadr, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-qadr? Malam al-qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (surah al-Qadr: 1-5).

Oleh: Zulkefli bin Aini Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan FPI UKM (zulaini@ukm.edu.my)

J

ika kita meneliti hadis Rasulullah SAW. kita dapati bahawa Baginda SAW. menggandakan amal ibadahnya pada bulan Ramadhan terutama pada sepuluh malam yang terakhir. Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sanad dari `Aishah RA. katanya yang bermaksud, “apabila masuk sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan Rasulullah SAW. mengikat kainnya (iaitu membanyakkan beribadah) dan menghidupkan malam itu dengan beribadah serta mengejutkan keluarganya supaya berbuat demikian”. Begitu juga apabila kita perhatikan hadis berikut yang memperlihatkan kesungguhan Rasulullah SAW. beribadah di malam-malam terakhir di bulan Ramadhan sebagaimana satu riwayat yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari `Aishah RA. yang bermaksud, “Adalah Rasulullah SAW. bersungguh-sungguh di dalam beribadah pada sepuluh yang akhir dari bu-

lan Ramadhan lebih dari waktu-waktu yang lain”. Berdasarkan dua hadis tersebut, mudah kita untuk memahaminya bahawa amalan Rasulullah pada malam-malam tersebut ialah menghidupkannya dengan beribadah sambil mengejutkan ahli keluarga Baginda agar tidak melepaskan peluang beribadah di malam yang penuh keberkatan. Kesungguhan Rasulullah SAW. itu ditunjukkan dengan suatu indikator yang Baginda SAW. mengikat hujung kainnya yang ditafsirkan oleh sebahagian ulama sebagai suatu kinayah atau kiasan dari menjauhi isteri disebabkan sibuk beribadah. Baginda SAW. melakukan iktikaf di dalam masjid pada malam tersebut. Pada malam itu juga kita diajar oleh Rasulullah SAW. memperbanyakkan bermunajat kepada Allah SWT sambil berdoa sebagaimana satu riwayat yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi dari `Aishah RA. yang bermaksud, “Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, yang suka memberi keampunan, maka ampunilah aku”. Alangkah bagusnya jika kita dapat menghidupan malam-malam tersebut dengan melakukan secara bersungguh-

sungguh ibadah yang wajib dan sunat bersama-sama ahli keluarga kita sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Alangkah bagusnya kita menyibukkan diri dengan ibadah pada malam-malam terakhir itu sehingga kita boleh merasakan bahawa itulah malam-malam terakhir buat kita pada tahun ini. Alangkah bagusnya kita masih berusaha meraih kerahmatan di malam-malam tersebut selagi pintupintu rahmat masih terbuka luas dan pintu-pintu neraka ditutup rapat serta syaitan masih dibelenggu. Ini kerana kita tidak boleh menjangkakan yang kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun berikutnya. Alangkah ruginya kita pada malam-malam terakhir itu jika kita tidak membuat pecutan terakhir sebagai motivasi kita untuk melakukan ibadah pada bulanbulan yang lain sehingga kita diizinkan untuk bertemu dengan Ramadhan

akan datang. Alangkah ruginya kita jika fikiran kita memikirkan persiapan yang akan dilakukan pada bulan Syawal terutama agenda berhari raya pada hari pertama sehinggalah ke hari-hari berikutnya di penghujung Syawal. Semoga Ramadhan pada tahun lebih bermakna buat kita apabila kita dapat menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan khususnya di sepuluh malam terakhir. Sesungguhnya kekuatan untuk menghidupkan malam-malam tersebut bukanlah dengan angan-angan dan impian semata-mata. Ia perlu dimulakan dengan malam pertama dan seterusnya di malam-malam berikutnya. Sekadar menyebut “alangkah!” tidak bermakna jika kita tidak mempunyai keazaman dan istiqamah untuk melakukannya. Malam al-qadr, ku dambakan kehadiran mu. Ya Allah! Berilah daku kekuatan. Edisi


SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • Mei 2015

Seputar Fidyah Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

F

idyah itu hukumnya wajib. Firman Allah SWT: “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (tidak mampu berpuasa Ramadhan kerana uzur yang dizinkan syarak, seperti sakit yang tidak akan sembuh atau faktor usia tua) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin.” (al-Baqarah; 184) Fidyah diwajibkan demi mendidik manusia agar tidak mengambil lewa dan mencuaikan ibadah puasa. Andai seseorang itu meninggalkan puasa Ramadhan, maka mereka wajib bersegera mengqadakannya. Kegagalan mengqada puasa sehingga masuknya Ramadhan tahun berikutnya, dianggap ‘cuai’. Kala itu mereka sudah ber-

dosa dan wajib membayar fidyah. Mengeluarkan fidyah boleh dilakukan, sama ada dengan mencari sendiri golongan fakir dan miskin ataupun membayar harga fidyah berdasarkan jumlah hari yang ditinggalkan kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Kadarnya adalah secupak makanan asasi (atau makanan yang mengenyangkan) di negeri berkenaan dengan berat kira-kira 600 gram. Di Malaysia ia disandarkan kepada beras. Harga fidyah buat masa ini di Selangor, sehari ialah RM1.75. Darabkan jumlah hari yang ditinggalkan dengan RM1.75. Contoh: Pak Abu tidak berpuasa selama 30 hari Ramadhan pada tahun 2014 kerana uzur sakit tua yang tidak dijangka akan sembuh lagi. Maka, 30 hari X RM1.75 = RM52.50. Nilai RM52.50 itu, boleh sama ada diserahkan kepada pusat zakat, atau diberikan terus kepada orang miskin atau dibelikan makanan asasi seperti

Berikut Adalah Jadual Wajib Qada Puasa Dan Wajib Fidyah bagi Tahun Semasa: KEDUDUKAN KES

QADA FIDYAH

Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan dirinya sendiri jika dia berpuasa Ramadan Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan anak yang dikandungkannya jika dia berpuasa Ramadan Perempuan yang menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan dirinya jika berpuasa pada bulan Ramadan Perempuan yang menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan bayinya jika dia berpuasa pada bulan Ramadan Orang tua yang sangat uzur dan tidak mampu berpuasa Ramadan Perempuan yang didatangi haid sehingga menghalangi puasa Ramadannya Orang yang sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh kembali Orang yang musafir dan berbuka puasa kerana musafirnya Orang yang sakit sehingga dia tidak dapat berpuasa dan kemudian sembuh semula Bagi kes wanita yang tidak berpuasa kerana: • bimbangkan keselamatan dirinya semasa hamil • bimbangkan keselamatan dirinya semasa menyusukan anak • didatangi haid dan nifas pemusafir • orang yang sakit dan kemudiannya sembuh Namun tidak segera mengqada puasanya hingga masuk Ramadan tahun hadapan Terdapat khilaf dalam kalangan fuqaha dalam penentuan fidyah bagi sesetengah kes di atas, namun amalan di Selangor adalah seperti jadual di atas.

beras atau barangan keperluan lain seperti susu, tepung dan gula dan diserahkan kepada orang-orang miskin yang memerlukan. Manakala tentang gandaan fidyah, ia adalah khilaf dalam kalangan fuqaha. Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada tahun 2001, maka diputuskan bahawa tidak wajib

menggandakan fidyah, yakni hanya dibayar berdasarkan hari yang ditinggalkan sahaja biar pun sudah berlalu beberapa tahun. Walau bagaimanapun, tergantunglah kepada kemampuan pembayar fidyah itu sendiri. Seandainya mereka mampu dan mahu membayar gandaan fidyah berkenaan, maka hukumnya adalah dibolehkan. Wallahua’lam. Edisi


NGO Edisi • Mei 2015 • 9 Sekadar gambar hiasan

Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor SEJARAH PENUBUHAN Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) telah ditubuhkan pada 13 November 2003 dan berdaftar di bawah ROS dengan no pendaftaran PPM-001-1013112003. PITAS adalah sebuah pertubuhan NGO Islam yang bergerak dan berperanan sebagai tempat rujukan, penghubung tara dan juru bicara penyampai maklumat yang telus kepada semua pihak untuk mengenengahkan pandangan, cadangan atau apa saja yang berkaitan bagi mewakili suara hati pendokong-pendokong Institusi Tahfiz Al-Quran persendirian seluruh daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan. Keanggotaan PITAS adalah terdiri dari semua Institusi Tahfiz Al-Quran persendirian yang berdaftar, sedang mendaftar dan belum berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (BPI JAIS). Dengan motto “Memperkasa Jiil AlQuran, Membina Huffaz Rabbani” diharapkan kewujudan PITAS, dapat membantu memudahkan dan mempercepatkan segala urusan yang bersangkutan dengan JAIS. VISI PITAS Melahirkan generasi Al-Quran Profesional yang mahir dengan keilmuannya beriman, beramal, berakhlak mulia, berdaya saing, berketerampilan seiring dengan perkembangan arus perdana dunia semasa. MISI PITAS 1. Menambah bilangan ahli persatuan. 2. Mengumpul dana serta merancang mengendalikan kursus berjadual kepada ahliahli PITAS. 3. Mengusahakan dan memberi pengiktirafan dan mengeluarkan sijil persatuan kepada pelajar yang tamat menghafal 30 juzuk. 4. Merancang untuk pelanjutan pembelajaran untuk pelajar yang telah mengkhatamkan hafalan 30 juzuk Al-Quran demi masa depan dan kemaslahatan mereka. OBJEKTIF PITAS 1. Menyediakan perkhidmatan kepada ahliahli sebagai pusat maklumat, pengambilan ahli-ahli, perundingan kerjaya, penerbitan makalah, jurnal, melaksanakan aktiviti sosial dan lain-lain aktiviti yang akan memberi manafaat kepada seluruh ahli. 2. Mewakili Institusi tahfiz Al-Quran dan Persatuan dalam sebarang dialog, perbincangan dan taklimat dengan pihak kerajaan, badan berkanun, pihak swasta serta lain-lain institusi. 3. Memberi cadangan dan syor-syor kepada kerajaan ke arah penggubalan undangundang bagi memenuhi keperluan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor

dari masa ke semasa. 4. Mewujudkan kerjasama pembangunan Institusi-Institusi Tahfiz Al-Quran Seluruh Negeri Selangor dalam memartabatkan pendidikan tahfiz 5. Menambahkan bilangan ahli-ahli dikalangan institusi tahfiz yang menyertai persatuan serta berusaha meningkatkan mutu dan kualiti yang seimbang dengan Pendidikan Arus Perdana Ke arah melahirkan ahli-ahli tahfiz profesional. KONSEP & PENDEKATAN Konsep dan pendekatan ke arah kecemerlangan PITAS dalam menongkah cabaran untuk lebih berketerampilan adalah: 1. Mewujudkan konsep USRAH di antara maahad dan warga tahfiz. 2. Merealisasikan konsep TA’RUF di antara penghuni maahad tahfiz. 3. Merangsang sikap MAHABBAH terjalin telus dalam persatuan. 4. Berkongsi pengalaman dan menyelesai masalah dalam konsep MUSYAWARAAH demi memajukan serta mencapai misi, visi dan objektif persatuan. 5. Merealisasikan konsep BERTAKAFUL sebagai tonggak pengukuh kekuatan, AKTIVITI PITAS Aktiviti dan program PITAS lebih tertumpu ke arah menyediakan peluang penambahbaikan dan peningkatan kemahiran dan latihan kepada warga tahfiz di kalangan pendokong, tenaga pengajar serta pelajar-pelajarnya. Antara aktiviti PITAS adalah seperti berikut: 1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Mesyuarat Agung Tahunan PITAS dilaksanakan setiap tahun antara bulan Feb – April bagi memenuhi syarat pendaftaran yang ditetapkan ROS dan sebagai medan muhasabah semua ahli mengenai perjalanan PITAS. Setiap ahli berhak menghantar seramai 3 orang wakil bagi menyertai mesyuarat ini. 2. PROGRAM ITHBAT TAHFIZ Program ini dilaksanakan sekurang kurangnya sebanyak 3 kali setahun sebagai program utama bagi memelihara kemantapan hafazan pelajar dari semasa ke semasa. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 hari 3 malam dengan mewajibkan setiap pelajar membaca semua hafazan dari awal hingga akhir mengikut sukatan setiap program (kebiasaannya 10 juzuk). 3. LAWATAN/ZIARAH MAHABBAH MAAHAD-MAAHAD DI DAERAH Program ini biasanya dilaksanakan bersama JKTS bagi meninjau perkembangan maahad-maahad tahfiz di setiap daerah khususnya ahli PITAS. Ianya bertujuan memantau perjalanan pembelajaran,

mendengar aduan dan pandangan serta menghubungkan jalinan ukhuwwah antara PITAS, JKTS dan Maahad-maahad Tahfiz di Selangor. SAMBUTAN HARI HUFFAZ SELANGOR Program Tahunan yang bertujuan mengumpulkan (1500 – 2000 pelajar) serta meraikan para hamalatul quran khususnya pelajar dan guru-guru serta mengimarahkan Ramadhan dengan halaqah Al-Quran selain memberikan penghargaan kepada para huffaz dan pendokong pendidikan Al-Quran dan Tahfiz dengan penganugerahan TOKOH mengikut khidmat dan ketrampilan. KURSUS MOTIVASI & KEPIMPINAN PELAJAR Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan bimbingan kepada pelajar tahfiz dalam membina ketrampilan dan jatidiri. Kebanyakan institusi tahfiz persendirian tidak berkemampuan sama ada dari segi tenaga mahupun kewangan dalam melaksanakan program-program tambahan membina syakhsiah pelajar selain terlalu fokus kepada hafazan yang menjadi teras pendidikan mereka. PITAS berusaha memenuhi keperluan ini dengan merancang dan melaksanakan program-program seumpama ini. KURSUS MOTIVASI & PENINGKATAN GURU TAHFIZ. Program-program kursus bagi meningkatkan kesedaran, motivasi serta kemahiran guru-guru institusi tahfiz diusahakan oleh PITAS melalui pelbagai pihak atau agensi seperti BPI JAIS/JPN/MAPPIS atau dilaksanakan sendiri oleh PITAS. Antara kursus yang dijayakan ialah Kursus P&P Berkesan dan Kursus Pengurusan Sumber Dan Kewangan. JAMUAN HARI RAYA Program rumah terbuka atau Jamuan

4.

5.

6.

7.

Bil

Daerah

1 2 3 4 5 6 7

Gombak Hulu Langat Petaling S.Alam Sepang Kuala Langat Klang Kuala Selangor Sabak Bernam Hulu Selangor JUMLAH

8 9 10

Jum. Institusi 21 39 22 11 14 13 24

Hari Raya diadakan megikut kesesuaian dan kedudukan kewangan PITAS bertujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga tahfiz. 8. KARNIVAL SUKAN DAN AMAL ISLAMI Program Karnival sukan dan amal Islami dilaksanakan setiap tahun bagi melatih para pelajar membina ketrampilan diri dengan melibatkan diri dalam pertandingan acara sukan dan amal islami seperti nasyid, pidato, khutbah dan sebagainya. Saringan berperingkat dijalankan bagi memilih wakil ke peringkat negeri, mana-mana pelajar atau institusi atau daerah yang berjaya akan dipilih untuk mewakili PITAS ke program Jambori Amal Islami di peringkat negeri anjuran Exco Pendidikan. 9. MULTAQA’ TARBAWI PITAS/ LIQO’ ASHABUL-QURAN Program yang menghimpunkan para qurra atau penghafaz dan guru guru AlQuran bagi mengadakan munaqasyah atau percambahan minda dalam isu-isu semasa berkaitan Al-Quran samada dari segi ilmiah mahupun penambahbaikan sistem pendidikan tahfiz dan sebagainya 10. MAJLIS HALAQAH DAN KHATAM AL-QURAN Menjalankan program Halaqah AlQuran khatam 30 juzuk samada bacaan mahupun hafazan dalam usaha menyemarakkan rasa cinta Al-Quran dalam masyarakat Islam di seluruh negeri Selangor. 11. PROGRAM DAKWAH UMUM Merancang dan menjalankan program untuk masyarakat umum berkaitan dengan Al-Quran seperti kursus tahsin qiraah bagi remaja dan pelajar sekolah serta orang awam. Edisi

bersambung di mukasurat 20

16 25 12 10 8 10 16

5 14 10 1 6 3 8

153 270 58 61 121 113 164

Jum. Pelajar 1182 2751 534 660 1136 1517 1992

18

14

4

85

888

10 12 184

7 10 128

3 2 56

47 64 1136

476 792 11,928

Ahli Pitas Bukan Ahli Jum Guru


BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • Mei 2015

MAIS Perkukuh Integriti Korporat Dalam Pengurusan Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

HAH ALAM 7 Mei – Bagi memperkukuhkan aspek Integriti dalam pengurusan, MAIS telah menandatangani perjanjian persefahaman Integriti Korporat antara MAIS dan Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah. Memorandum perjanjian persefahaman ini merupakan MOU yang melibatkan kerjasama MAIS dengan IIM bertujuan mewujudkan persefahaman menyeluruh antara kedua belah pihak dengan membantu pihak MAIS dalam pelaksanaan Pelan Integriti Korporat MAIS. Majlis ini ditandatangani oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin , Setiausaha MAIS dan Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin , Timbalan

Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS Setiausaha MAIS menerima cenderamata daripada wakil IIM

Timbalan Presiden IIM menandatangani memorandum perjanjian persefahaman.

Presiden IIM disaksikan oleh Timbalan Setiausaha MAIS

dan Pengarah Sektor Sosiobudaya IIM. Edisi

Program Pendidikan Prasekolah Perpustakaan Wakaf MAIS Bersama Tadika Kemas Seksyen 2 Shah Alam Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

HAH ALAM – Program Pendidikan Prasekolah Perpustakaan Wakaf MAIS bersama Tadika Kemas Seksyen 2 telah dijalankan pada 16 April 2015 bermula 8.30 pagi hingga 11 pagi yang bertujuan untuk mendedahkan pendidikan awal kepada kanak-kanak prasekolah di Tadika Kemas Seksyen 2 Shah Alam sebagai satu bentuk persediaan untuk mereka sebelum memasuki ke alam sekolah rendah.

AJK Masjid Kampung Pahi, Kelantan Kunjungi MAIS Zahir Ucapan Terima Kasih

Program ini juga bertujuan untuk mempromosi Perpustakaan Wakaf MAIS kepada kanak-kanak, ibubapa dan guru-guru di Tadika Kemas Seksyen 2 supaya konsep perpustakaan dapat didedahkan kepada mereka dan mereka dapat menjadi sebahagian daripada komuniti pengguna Perpustakaan Wakaf pada masa akan datang. Program ini telah berlangsung selama setengah hari yang melibatkan semua kanak-kanak tadika seramai 30 orang dan seorang guru tadika berkenaan iaitu Cikgu Siti Rokiah binti Ariffin

serta dua orang pegawai perpustakaan bersama seorang pelajar praktikal Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana dalam menjayakan program ini. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah senaman ice breaking, pertandingan mewarna bagi pelajar 6 tahun, pertandingan menyambung titik bergambar bagi pelajar 5 tahun dan pertandingan Few and Many bagi pelajar 4 tahun serta satu pertandingan Musical Chair yang memerlukan penglibatan kesemua kanak-kanak tadika sekolah tersebut. Edisi

S

HAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima rombongan daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada 6 Mei 2015 yang lalu. Rombongan yang diketuai oleh Imam Mohd Zubairi bin Hj Ahmed, Imam Masjid Mukim Pahi berkunjung ke MAIS bertujuan menzahirkan ucapan terima kasih di atas bantuan yang dihulurkan oleh MAIS dan agensi-agensi di bawahnya terutamanya dalam membaik pulih masjid kampung berkenaan yang terjejas akibat banjir yang melanda Pantai Timur. Pembaikan masjid berkenaan menelan belanja sebanyak RM350 ribu di samping sumbangan lain seperti bantuan kewangan kepada penduduk yang terjejas, pakaian sekolah dan juga peralatan sekolah yang keseluruhannya bernilai lebih RM1.2 juta. Rombongan ini disambut dengan mesra oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS, Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan pegawai-pegawai kanan MAIS. Harapan wakil penduduk Kampung Pahi agar silaturrahim yang terjalin antara MAIS dan penduduk kampong berkenaan akan sentiasa berkekalan. Edisi

Sesi bergambar kenangan.

AJK Masjid Kg. Pahi di bilik mesyuarat MAIS.


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Mei 2015 • 11

MAIS Sumbang Dana Kepada Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

HAH ALAM 13 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan dana kepada 49 buah Rumah Kebajikan dan Pertubuhan Dakwah Negeri Selangor yang berdaftar di bawah MAIS. Semua rumah dan pertubuhan dakwah ini menerima bantuan antara RM10,000 sehingga RM30,000 bergan-

tung kepada aktiviti dakwah yang dijalankan dan juga penghuni rumah yang diberi perkhidmatan olehnya. Bantuan ini merupakan bantuan fasa pertama bagi tahun 2015 melibatkan jumlah sumbangan dana sebanyak RM960 ribu bertujuan memperkasa gerakan dakwah pertubuhan dan rumah kebajikan di Negeri Selangor. Sumbangan dana fasa kedua dijangka akan diberi pada bulan Julai 2015. Sumbangan yang menggu-

Ziarah Media LZS Ke TV Al Hijrah

Wakil-wakil NGO tekun mendengar taklimat.

nakan dana asnaf Al-Riqab, Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini disampaikan oleh Y.Bhg. CP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi Jawatankuasa

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pertubuhan NGOberbual mesra dengan wakil NGO

Penyelarasan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi). Antara pertubuhan dan rumah pemulihan yang menerima sumbangan dana

ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia, Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Persatuan Belia Masjid Selangor. Edisi

Lawatan Turun Daerah LZS: Dekati Asnaf Sumber: LZS

K

Sesi bertukar cenderamata

Sumber: LZS

K

UALA LUMPUR, 24 April 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan program Ziarah Media ke TV Al Hijrah bagi mengeratkan hubungan di antara institusi zakat dengan pihak media yang banyak membantu menyebarluaskan dakwah zakat, di samping membuka ruang

kerjasama media yang lebih besar pada masa hadapan. Delegasi LZS turut dibawa melawat ke segenap ruang di sana, antaranya ke Studio Penerbitan program terbitan TV Al Hijrah. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali dan disertai Pengurus Besar Kutipan, Roszy Non serta Pengurus Besar Agihan, Abdul Hamid. Edisi

UALA SELANGOR, 22 April 2015 – Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Hussin Mohd Ali turun padang ke daerah Kuala Selangor bagi menziarahi dan mendekati golongan penerima zakat dalam siri lawatan ke daerah cawangan operasi LZS. Ini merupakan siri lawatan daerah yang ketujuh diadakan bermula di daerah Gombak, Petaling, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat. Lawatan dimulakan dengan penyerahan sumbangan karpet kepada Masjid An– Nur Saujana Utama bernilai RM50,000. Ia diikuti dengan mengunjungi penerima bantuan modal LZS, Rosli Idris. Beliau merupakan asnaf yang mengusahakan perniagaan makanan dan kuih-muih di Puncak Alam. Dalam siri lawatan tersebut, LZS menyampaikan sumbangan baik pulih dan peralatan berjumlah RM60,000 kepada Maahad Tarbiyah Islamiyyah Al–Ansar Batu 6 ½ Kampung Asahan yang terlibat dalam bencana ribut baru-baru ini. Turut menerima sumbangan bencana ialah Zaubidah Saidin dan Muhammad Saidin masing- masing berjumlah RM500 bagi setiap keluarga. Lawatan diteruskan ke rumah Mohammed Ali Hitam bagi menyampaikan bantuan baik pulih rumah bernilai RM 24,235 dan penyerahan rumah baru kepada keluarga Ahmad Epee Bakri di Kampung Sungai Yu berjumlah RM47,000. Destinasi terakhir dengan menziarahi Bas-

CEO LZS menyampaikan replika cek kepada penerima.

Sesi bergambar kenangan bersama replika cek

ri Mat Noor yang merupakan salah seorang asnaf yang mengusahakan sawah di Sungai Burong, Tanjong Karang. Hadir sama dalam program ini Pengurus Besar Agihan, Abdul Basith Hamid dan Pengurus Daerah Kuala Selangor, Abdul Razak Razali. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • Mei 2015

Zakat Didik Tarik Perhatian Pelajar

Zikra: Kongsi Pengalaman Agihan Zakat Sumber: LZS

Para pelajar tekun mendengar penerangan oleh wakil LZS

Sumber: LZS

B

UKIT BERUNTUNG, 17 April 2015 – Program Zakat Didik anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) menarik perhatian 460 orang pelajar termasuk guru Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 di sini. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kewajipan berzakat, diselangseli dengan acara kuiz, taklimat zakat dan sesi soal jawab. Para pelajar turut ditontonkan dengan tayangan video interaktif dakwah zakat bagi memberi pemahaman berkenaan zakat. Dalam masa yang sama, Kaunter Bergerak LZS dibuka sepanjang program berlangsung bagi memberi peluang kepada guru-

Suasana semasa majlis berlangsung.

guru mahupun ibu bapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan kutipan dan agihan zakat.

Hadir sama Pengurus Operasi Daerah Hulu Selangor, Muhammad Amir Mohd Azam. Edisi

Mangsa Bencana Ribut Terima Sumbangan LZS Sumber: LZS

K

LANG, 20 April 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan sumbangan zakat kepada 29 keluarga mangsa bencana ribut di Kampung Sungai Udang dan Kampung

Teluk Gadong yang berlaku pada 17 April baru-baru ini. Setiap keluarga masingmasing menerima sumbangan sebanyak RM300 bergantung kepada keperluan dan kerugian yang dialami. Ia bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh

mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut. Sumbangan zakat ini merupakan peruntukan di bawah asnaf gharimin. Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengurus Daerah Klang, Saiful Anuar Abdullah Salleh. Edisi

Mufti Selangor bertanya kabar penerima zakat.

SIAM hawhkU natuaT margorP

S

HAH ALAM, 15 April 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan program ZIKRA: Jelajah Kasih Bersama Asnaf 2015 dengan membawa pengeluar zakat terdiri daripada syarikat-syarikat korporat bagi berkongsi pengalaman agihan zakat di Selangor. Program ini bertujuan memberi pendedahan aktiviti agihan secara langsung kepada pengeluar zakat, di samping mendapatkan maklum balas secara terus terhadap keberkesanan agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor. Selain itu, ia mampu mendekatkan pengeluar zakat dengan asnaf, selain menyelami realiti kehidupan mereka. Kali ini, para peserta terdiri daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Jawatankuasa LZS, Jabatan Sumber Strategi dan Teknologi (StaRT), PKNS Holding Berhad, RISDA Baja Sdn Bhd, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Yayasan Warisan Anak Selangor, PBJV Group Sdn Bhd, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Era Whiz ICT Sdn Bhd. Turut menyertai program ini adalah ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Dalam program tersebut, para peserta dibawa ke sekitar Klang dan Kuala Langat bagi menziarahi dan melihat aktiviti asnaf LZS yang telah menerima bantuan zakat. Program bermula dengan kunjungan ke Kompleks Asrama Anak-Anak Asnaf dikenali sebagai Baitul Hasanah yang terletak di Klang. Asrama ini dibina bagi menyediakan prasarana pendidikan kepada anak-anak asnaf dalam kondisi yang lebih baik di samping mengelakkan keciciran dalam pelajaran. Kemudian peserta telah dibawa melihat salah satu perusahaan yang dijalankan oleh seorang penerima bantuan modal perniagaan LZS, Siti Salbiah Eksan. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang menerima bantuan perniagaan bagi menjalankan perusahaan jahitan. Perjalanan diteruskan ke lokasi penerima bantuan rumah dari LZS, Jali Kadio yang menerima bantuan rumah tiga bilik bernilai RM48,800. Seterusnya, peserta ZIKRA ke Kuala Langat mengunjungi rumah asnaf orang kelainan upaya (OKU), Saharune Abdul Kadir. Beliau yang menjalankan perniagaan sate, menerima bantuan kaki palsu dari LZS sewaktu kunjungan peserta ZIKRA. Destinasi seterusnya ialah Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor yang dibangunkan hasil daripada manfaat zakat. Di sini para peserta diberi taklimat ringkas oleh Pengurus Besar Agihan LZS, Abdul Basith Hamid berkenaan usaha LZS menyantuni warga emas dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di Selangor. Lokasi terakhir dalam program tersebut ialah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi, Klang. Turut sama mengikuti program ZIKRA ini, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Rosely@Mohamed Ross Mohd Din, Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan LZS, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Mei 2015 • 13

KUIS-UNIDA Gontor Perbaharui Kerjasama Disediakan oleh: Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat

B

nagnatikaK nagnubuH naktarE

andar Seri Putra - Kolej Unversiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah memperbaharui memorandum Persefahaman MoU bersama Universiti Darul Salam (UNIDA) Gontor di dalam memperkasa jaringan kerjasama akademik dan pembangunan mahasiswa di peringkat antarabangsa bermula 2015 – 2020. Rektor KUIS Prof Dato’ Ab. Halim bin Tamuri melahirkan rasa bangga dan gembira di atas kunjungan dan kesudian pihak UNIDA Gontor yang diwakili oleh Prof Dr. Amal Fathullah Zarkasyi,MA untuk meneruskan kerjasama ini. Turut hadir di dalam majlis ini Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni Dr Mokmin Basri , Dekan , Timbalan Dekan serta Ketua-ketua Jabatan Akademi Islam KUIS bersama pihak Pengurusan UNIDA dan Seksyen Pendidikan

Kedutaan Indonesia iaitu Bapak Nasrullah Ali Fauzi. Kerjasama KUIS dan UNIDA telah berlangsung bermula tahun 2010. Hasil perbincangan pihak KUIS dan UNIDA bersetuju untuk terus melebarkan dan mepelbagaikan jaringan kerjasama khususnya di dalam penganjuran seminar dan konvensyen, penerbitan jurnal serta penyelidikan, pertukaran pensyarah dan pembangunan mahasiswa yang dapat memberikan impak yang positif kepada kedua-dua pihak khususnya pihak KUIS di dalam menuju status Universiti pada tahun 2016. Majlis Menandatangani MoU telah berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan penyampian cenderhati dan sesi photografi. Pertemuan kali ini sangat harmoni dipenuhi dengan perasaan mahabbah dan ukhwah di antara KUIS dan UNIDA yang dapat memperkasa ikatan persahabatan dan silaturrahim. Semoga Allah sentiasa memberkati pertemuan dan majlis ini. Ameen. Edisi

Sesi bergambar kenangan.

Worldwide Holding Sumbang RM 1 Juta kepada KUIS Disediakan oleh: Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat

Y

bhg Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri dan Dr. Zulkifli Abd Hamid menghadiri Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena 25 Tahun Worldwide Holding yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada majlis tersebut KUIS telah menerima mok cek berjumlah RM 1 Juta untuk Tabung

Pendidikan Tahfiz Al Quran wal Qiraat KUIS daripada Worldwide Holding Berhad. Cek telah disampai oleh YB Dato’ Noordin bin Sulaiman, Pengerusi Worldwide Holding Berhad kepada Ybhg.

Profesor Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri, Rektor KUIS. Seluruh warga KUIS mengucapkan Alhamdulillah dan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Worldwide Holding Berhad. Edisi

Sesi bergambar kenangan.

Pertukaran Pelajar KUIS-STIE EKUITAS Capai Matlamat

Sesi bergambar kenangan.

Disediakan oleh: Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat

P

rogram Pertukaran Pelajar di antara mahasiswa EKUITAS dan KUIS bermula pada 23 Februari 2015 sehingga 3 Mac 2015 telah berlangsung dengan jayanya. Delegasi dari EKUITAS yang diketuai Ibu Dwi Puryati di bersama 15 orang pelajar dan 5 orang pensyarah telah diberikan sambutan meriah oleh mahasiswa dan mahasiswi KUIS sebagai tetamu KUIS yang diraikan sebaik sahaja tiba di KLIA 2. Program Pertukaran Pelajar merupakan program sulung Fakulti Pengurusan dan Muamalah telah dilengkapi dengan pelbagai program dan pengisian yang bersifat akademik, kebudayaan dan lawatan serta percambahan fikiran mengenai persoalan semasa dengan kerjasama Persatuan mahasiswa FPM. Rektor KUIS Prof Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri di dalam

ucapan aluan semasa majlis pembukaan telah menyatakan rasa gembira dan bangga kerana pihak EKUITAS telah memilih KUIS untuk meneruskan kesinambungan MoU yang telah dimeteri dan bersedia untuk menjalinkan kerjasama di dalam semua aspek yang boleh memperkasakan dan melebarkan jaringan akademik di peringkat antarabangsa. Semoga kerjasama ini akan memberikan impak yang positif untuk KUIS menuju status Universiti pada tahun 2016. Dekan FPM Dr Nor Hakimah Haji Mohd Nor turut menyatakan rasa gembira kerana selama program ini berlangsung telah berjaya membentuk pola pemikiran dan ikatan ukhuwah di antara pelajar dan pensyarah yang seterusnya melahirkan rasa kebersamaan di dalam menuju kecemerlangan ummah dalam bidang ekonomi. Program ini akan diteruskan dengan EKUITAS menjadi penganjur pada bulan Mei di Bandung Indonesia. Edisi

Syarahan Pengenalan Blended Learning Disediakan oleh: Bahagian Teknologi Maklumat

B

angi, 30 April 2015 – Syarahan Pengenalan Kepada Blended Learning telah diadakan pada 30 April 2015 bertempat di Auditorium Dr.Zainuddin bin Jaffar. Syarahan tersebut disampaikan oleh Profesor Dr. Mohamed Amin Embi, Pengarah Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia dan dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Insan. Majlis dihadiri oleh kakitangan akademik dan juga pelajar KUIS. Antara intipati syarahan ialah keperluan untuk warga pendidik meleng-

kapkan diri dengan teknologi terkini. Ini selari dengan pengetahuan generasi pelajar baru yang lebih terkehadapan dalam penggunaan teknologi. Blended learning juga bukan pengganti kepada guru atau pensyarah tetapi lebih kepada pemudahcara dalam pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan. Majlis turut disertai oleh Rektor KUIS Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri yang kemudiannya berkenan menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan. Program susulan sedang dirangka di peringkat fakulti dalam usaha memahami dan melaksanakan konsep blended learning ini di setiap fakulti. Majlis berakhir pada pukul 11.30 pagi. Edisi


IKON ASNAF 14 • Edisi • Mei 2015

Bengkel Kereta Di Rumah Kawan Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

H

inggalah baru-baru ini, penulis berkesempatan langsung untuk menemui pemilik bengkel berkenaan. Dialah Khairi bin Ahmad, 43. Kala dilawati, wajahnya berkeringat dan tangannya comot dengan minyak hitam. Orangnya masih gagah dan nampak sibuk sekali melayani pelanggannya. Dibantu dua orang pekerja, Khairi berusaha penuh daya demi meraih kehidupan yang lebih baik di hari muka. “Saya berasal dari Kg. Tebok Jawa, dan isteri saya orang Parit Baru. Kami memang berasal dari sini. Selepas habis menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1989, saya mengambil kursus jangka pendek di Giat MARA. Saya belajar kemahiran membaiki motorsikal.” Cerita Khairi kepada penulis. Ketika itu, beberapa orang kampung turut bertandang ke bengkelnya. Mereka kelihatannya adalah para pelanggan yang sering menghantar kereta ke situ. Malah perbualan penulis sempat tersangkut, kerana ada seorang pelanggan yang mahu menukar minyak enjinnya dengan segera. Khairi perlu melayannya terlebih dahulu. Lagi pun ia cuma memerlukan masa yang singkat, sebelum Khairi kembali menyambung perbualannya. “Enam bulan saya di Giat MARA dan diberikan Sijil Kemahiran Mekanik Motorsikal. Habis di Giat MARA, saya mengikut orang dan bekerja di bengkel motor selama dua tahun. Kemudian saya mendapat peluang bekerja di Shah Alam, selama 12 tahun saya bekerja di sana. Semasa di sana, isteri saya juga bekerja di sebuah kilang. Kami juga sudah punya anak satu. Namun hidup kami tidaklah semewah mana, malah kadang kala amat mencengkam.” Jelas Khairi lanjut. Setelah bertahun-tahun di Shah Alam, akhirnya Khairi terfikir untuk kembali ke kampung. Apatah lagi di kampungnya dia masih ada sepasang ibu bapa, dan ketika itu tidak ada yang menjaga mereka. Khairi berhasrat mahu menumpahkan baktinya kepada mereka. “Dek kerana kekangan kehidupan dan keperluan menjaga orang tua, akhirnya saya nekad balik ke kampung. Di kampung, pada mulanya saya bekerja di sebuah bengkel motorsikal milik seorang teman. Tetapi teman saya itu

Dari bandar Sungai Besar ke pantai Bagan Nakhoda Omar, ada sebuah bengkel membaiki kereta berdiri di sisi kanan jalan raya. Tidak banyak malah hampir tiada bengkel seumpama itu di kawasan itu. Kewujudannya menarik perhatian. Apatah lagi ada sebuah khemah kecil berwarna hijau di depannya. Sekali imbas, penulis tahu khemah itu pemberian pihak zakat. Ada tulisan ‘asnaf’ di atasnya.

Khairi bersama kereta pelanggan untuk dibaiki.

membuka bengkelnya hanya empat hari seminggu. Saya pula dibayar gaji hari, maka manalah cukup pendapatan saya. Akhirnya, saya hanya mampu bertahan selama enam bulan di situ dan berhenti.” Demikianlah kondisi Khairi ketika itu, tidak selamat dan terumbang-ambing. “Tetapi, saya tidak mahu berdiam diri. Usia saya pun masih muda. Lalu saya pun mencuba pekerjaan lain. Antaranya saya membawa lori selama tujuh tahun. Permulaannya saya dibayar gaji hanya sekitar RM30 sehari, lamakelamaan majikan menaikkan kepada RM40 sehari. Jika ada kerja lebih masa, maka saya diberika RM45 sehari. Kerja yang perlu saya lakukan memang berat, hingga saya rasakan ia tidak setimpal dengan upah yang diberi. Sehinggaa akhirnya saya berhenti kerja, gaji saya masih RM40 sehari.” Setelah berhenti dari menjadi pemandu lori, Khairi terus mencari pekerjaan demi meneruskan kehidupannya. “Di sekitar kampong banyak kawasan kebun sawit, jadi saya mencuba nasib menjadi pekerja kebun. Saya meracun, menebas, mengait buah sawit dan melakukan apa sahaja pekerjaan yang termampu. Namun tetap juga pendapatan saya tidak berganjak banyak. Paling tinggi pun, saya hanya mampu mengumpulkan kira-kira RM700 sebulan. Jumlah itu tidak tetap, kerana jika badan sakit dan saya tidak ke kebun, maka

pendapatan akan menyusut.” Ceritanya lanjut. Demikianlah, saban hari Khairi terus dan tetap tabah melalui kegetiran hidup itu bersama-sama keluarganya. Kesusahan sudah menjadi mainan mereka. “Jika dikenang-kenang, kehidupan saya dahulu, memang getir. Untuk makan pun saya harus berkira-kira, bimbang tidak cukup. Ibarat pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Demi anak-anak, saya sering dahulukan mereka. Saya dan isteri beralah. Malah sering juga saya meminjam dari kawan-kawan. Pendeknya, memang segalanya sangat menekan.” Demikianlah ujar Khairi yang menanggung empat anak yang sedang membesar, dari usia lima hingga 15 tahun. Khairi juga mengaku, pernah pada satu waktu dia melakukan dua kerja dalam satu hari. Jika sebelah siangnya di bekerja di bengkel motorsikal, maka malamnya dia membawa lori. Semuanya demi menambahkan lagi kecukupan buat keluarga. “Hinggalah akhirnya pada tahun 2010, nazir dari Masjid Kg. Tebok Jawa menemui saya dan meminta saya mengajukan permohonan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Mula-mula, saya enggan. Saya malu mengakui saya memerlukan. Namun ternyata, apabila saya sudah menjadi asnaf, banyak peluang yang LZS sediakan buat saya.” Ujar Khairi

lebih bersemangat. Namun begitu, ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Kisahnya, bagaimana Khairi yang mempunyai kelulusan membaiki motorsikal, boleh beralih kepada membaiki kereta pula? “Sebenarnya, saya pernah berguru dengan guru saya semasa di Giat MARA tentang membaiki kereta. Mungkin otak saya ini cepat menangkap. Cuma saya tidak ada sijil rasmi. Namun saya mampu mengaplikasikan apa yang diajar. Jadi, apabila ada yang memberikan kereta, alhamdulillah saya mampu membaikinya.” Cerita Khairi di sebalik kemahirannya. Kemudian, pada tahun 2012 berlakulah satu peristiwa yang telah membuka ruang lebih besar kepada Khairi hingga kini. “ketika itu, ada seorang kawan menghubungi saya meminta membaiki sebuah keretanya. Saya pun menyahut cabaran itu. Tidak disangka-sangka, ketika itu ada orang lain yang melihat dan mereka pula menghantar kereta kepada saya. Akhirnya, saya memberi idea kepada kawan berkenaan, agar kami berkerjasama membuka bengkel kereta. Dia bersetuju dan terus menjadikan rumahnya sendiri sebagai bengkel.” Cerita Khairi lanjut. Keadaan itu berlanjutan, sehinggalah wakil dari LZS mendatangi dan melihat keadaan tersebut. Memandangkan Khairi mempunyai kemahiran yang sesuai dan adalah tidak wajar baginya membuka sebuah bengkel di sebuah rumah, maka dicadangkan agar dia membuka bengkel di tempat baharu. “Saya sambut idea itu, dan akhirnya pada tahun 2013 saya pun berpindah ke bengkel ini. Tanah ini adalah milik kawan saya yang sama-sama mengusahakan bengkel di rumahnya. LZS pula memberikan bantuan modal. Antaranya pagar, simen dan pendawaian elektrik serta modal tunai. Semuanya kira-kira RM21,000.” Ujar Khairi. Bagi Khairi, kehidupannya kini lebih bertambah baik berbanding masa silamnya. Dia tidak akan lupa betapa santunan LZS kepada dirinya sekeluarga, adalah ubat yang mujarab buat menghilangkan segala kepedihan. “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu, khususnya kepada para pembayar zakat. Saya doakan mereka murah rezeki, panjang usia dan diberikan ketetapan iman. Kepada para penerima zakat, jangan sesekali menyia-nyiakan bantuan zakat yang diberi.” Pesan Khairi menamatkan perbualan. Nota: Khairi membuka bengkel kereta dan motornya di alamat Lot 1570, Jalan Besar Kg. Tebok Jawa, Sabak Bernam dan boleh dihubungi di talian 013-2528 738. Edisi


ANDA TANYA KAMI JAWAB Edisi • Mei 2015 • 15

Hukum Penganjuran

Kuiz Zakat

SOALAN: Saya ingin bertanya kepada ustaz, apakah hukumnya apabila pihak pusat zakat menganjurkan sebarang pertandingan, kuiz ataupun peraduan yang melibatkan pembayar zakat. Contohnya, apabila seorang pembayar zakat membayar dengan amaun zakat tertentu, seperti RM1,000 dan ke atas, maka mereka layak menyertai sesebuah kuiz. Di sini, saya bimbang niat asal pembayar zakat sudah berubah, iaitu dari mahu menunaikan zakat kerana Allah SWT kepada mahu mendapat hadiah pula. Keduanya, bagaimana pula dengan hadiah kuiz yang disediakan, bukankah ia melibatkan harta zakat? Harap pencerahan daripada ustaz. JAWAPAN: Pertama kalinya diucapkan tahniah di atas keprihatinan pihak tuan dalam melihat isu ini. Sememangnya diakui bahawa sejak akhir-akhir ini, pihak pusat-pusat zakat sudah mulai aktif menjalankan promosi zakat dengan cara mengadakan pelbagai kuiz, pertandingan dan peraduan. Soalannya, kenapakah diadakan pelbagai kuiz dan peraduan ini? Ya, kerana ia dilihat sebagai salah satu cara yang berkesan untuk menarik umat Islam khususnya kalangan anak-anak muda untuk mendekati ibadah zakat. Apatah lagi dunia sekarang memang sering menggunakan pendekatan ‘menghargai’ pembeli atau pengguna dengan hadiah, maka kuiz seperti ini diharap dapat memenuhi keperluan itu. Sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu peraduan dan kuiz zakat ini, maka wajarlah kita melihat apakah makna kuiz dan apakah hukum kuiz itu terlebih dahulu. Secara umumnya, kuiz bermaksud: ‘pertandingan (permainan) untuk me¬nguji pengetahuan seseorang, (atau disebut juga sebagai) duga akal’. Manakala pertandingan pula ialah: ‘perlawanan atau peraduan (dalam permainan dan lain-lain)’ dan peraduan pula: ‘pertandingan’ (Kamus Dewan Edisi Keempat). Pertandingan atau perlumbaan disebut dalam bahasa Arab sebagai musabaqah. Apakah hukumnya? Jika dilihat kepada makna di atas, maka hukum asal menganjurkan kuiz, peraduan atau pertandingan bukanlah suatu perkara yang bersalahan dengan syarak, selagi mana ia dilakukan dalam batas yang diizinkan oleh Islam. Maka, apakah yang menyebabkan kuiz atau pertandingan itu menjadi salah atau haram? Ya, antara perkara yang boleh merosakkan sesebuah kuiz, pertandingan mahu pun peraduan ialah, apabila ia dijalankan dengan wujudnya tiga elemen berikut: 1. Maisir atau judi. Ia boleh jadi adanya pertaruhan tertentu sebelum menyertainya ataupun membayar yuran tertentu untuk menyertainya, dan hadiah dibeli dari wang pendaftaran atau pertaruhan berkenaan. Jika kalah hilanglah wang tersebut. 2. Gharar atau ketidak pastian. Selalunya pihak penjual cuba memanipulasi pembeli dengan menyembunyikan sesuatu informasi, yang akibatnya akan merugikan pihak pembeli. Ada juga fuqaha yang menyatakan, gharar juga adalah seperti judi, kerana adanya risiko mempertaruhkan wang atas sesuatu yang boleh merugikan. 3. Bercanggah dengan syariat, yakni perbuatan yang terang-terangan melibatkan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Misalnya memerlukan peserta membuka aurat, menipu dan menzalimi hak orang lain dan sebagainya. Dalil larangan Allah SWT adalah seperti berikut: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan (menggunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)”. (an-Nisa: 29) Sekarang, mari kita lihat perkara-perkara yang sering diungkitkan oleh pihak awam mengenai peraduan, kuiz atau pertandingan yang dianjurkan oleh pusat-pusat zakat: 1. Syarat menyertai peraduan, mesti membayar zakat dengan amaun tertentu. Maka dalam hal ini, pihak pusat zakat sewajarnya tidak meletakkan jumlah amaun minimum tertentu bagi melayakkan mana-mana pembayar zakat untuk menyertainya. Ini kerana, jumlah bayaran zakat bagi setiap orang adalah berbeza-beza mengikut kepada jumlah hartanya dan juga tanggungannya. Jika seseorang itu hanya wajib membayar zakat RM1, jangan dipaksa RM10. Kecualilah orang berkenaan dengan rela dan ikhlas hati membayar lebih, maka ia tidak menjadi masalah. 2. Bagaimana dengan niat si pembayar zakat? Maka di sini, pihak pusat zakat hendaklah memberikan pesanan dan peringatan bahawa semua orang yang datang membayar zakat, tidak boleh sama sekali meletakkan matlamat untuk menang dan

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@e-zakat. com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS.

Sekadar gambar hiasan

mendapat hadiah dalam ibadahnya, kerana ia akan merosakkan amalannya. Sebaliknya, hendaklah meletakkan niat beribadah kerana Allah SWT di nombor satu, dan kemudian baharulah dia menyertai kuiz atau pertandingan. 3. Bagaimana dengan kos promosi dan hadiah? Maka, di sini pihak pembayar tidak perlu merasa khuatir kerana semua urusan pertandingan atau kuiz itu, termasuklah hadiah yang disediakan adalah di bawah tanggungan pihak pusat zakat dan dana yang digunakan adalah dari dana amil. Pihak amil berhak ke atas sebahagian harta zakat dan pusat zakat sebagai institusi amil boleh menjananya kembali sesuai dengan keperluan pekerjaan mereka untuk tujuan dakwah dan sebagainya, selagi mana ia masih di dalam batasan syarak. Mungkin ada yang beranggapan, tidak wajar bagi pusat zakat menawarkan hadiah atas ibadah yang diwajibkan Islam ini. Maka suka dinyatakan di sini, kuiz atau pertandingan ini dengan hadiah yang ditawarkan, bukanlah satu galakan dunia semata-mata; sebaliknya ia adalah satu kaedah yang mampu menarik orang ramai, yang mungkin selama ini tidak ambil cakna langsung mengenai zakat apatah lagi untuk menunaikannya. Kita boleh mengambil ibrah dari kisah Nabi Muhammad SAW menawarkan mahkota kaisar Parsi kepada Suraqah bin Malik r.a yang ketika itu belum memeluk Islam, dan berniat untuk membunuh baginda. Apakah selepas ditawarkan hadiah itu Suraqah memeluk Islam kerana hadiah? Tidak, dia memeluk Islam demi Allah SWT dan hadiah itu adalah satu motivasi kepadanya. Hal inilah yang perlu dijadikan pengajaran, dan Islam tidak menyuruh kita menghukumkan perkara batin yang tersembunyi di dalam hati manusia. Mudah-mudahan berkat zakat yang mereka tunaikan, menjadi asbab terbukanya hidayah yang berkekalan, amin. Wallahua’lam. Edisi


ULASAN BUKU 16 • Edisi • Mei 2015 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

ABD AL-QADIR ALJILANI: HIS METHOD OF ISLAMIC DA’WAH (MISSION) CALL NO : 297.74092 AMZ It is widely believed today that the Islamic da’wah movement began as a late reaction against western colonialism in Muslim countries. But through study in the field of movement in Islam must run deeper into history than the nineteenth century. One becomes aware that much of what is recognized as da’wah activity and methodology today are to be found in the eleventh and twelth centuries, the time of Shaykh Abd alQadir al-Jilani,who was born in Jilan, a district in Iran, in 470 A.H./1077 A.D. and who died in Baghdad in 561 A.H/1166 A.D. This book is emphasize methods of da’wah was implement by him.

ADVANCED MALAYSIAN TAXATION: PRINCIPLES AND PRACTICE CALL NO : 336.2009595 CHO This is one of the best sellers amongst Malaysian tax reference book used by the students and lecturers in major universities and professional studies for a more advanced study of taxation. It is regarded as the key reference book even for practitioners in view of its extensive content and the elaboration of taxation principle through case studies. Topic covered included: • Accessibility of income to specialised industries (banks, leasing insurance, shipping and airline) and special organisations • Anti Evidence • Field audit • Back duty investigation • Tax planning for companies • Reorganisation • Reconstruction and many more

ADAB BERSAMA DENGAN AL-QURAN CALL NO : 297.57 NAW Al-Quran mempunyai kedudukan tertinggi di dalam Islam. Penganutnya dituntut supaya membacanya setiap masa dan paling kurang mengkhatamkaannya sebulan sekali. Ada di kalangan salaf megkhatamkannya setiap minggu dan ada yang setiap tiga hari. Ada yang lebih singkat daripada itu. AlQuran mengambil tempat yang paling istimewa di dalam diri mereka. Mereka membaca dengan tartil dan menjaga adab-adabnya. Ia menjadi panduan berguna dan rujukan utama dalam menjalani kehidupan di dunia. Dengan itu Al-Quran menjadi makanan rohani dan bekalan dalam merempuh kehidupan di dunia dan menempuh kebahagiaan hidup di akhirat. Mengandungi 10 bab utama. Imam An-Nawawi membawakan ayat-ayat AlQuran juga As-Sunnah yang statusnya tsabit dan jika ianya dhaif, diamalkan hanya pada fadhail a’mal. Kata beliau di muqaddimah buku: “Aku hanya memadai dengan hadith yang sahih sahaja. Aku tidak menyebut hadith dhaif melainkan pada sesetengah keadaan sahaja” 1. Secebis Kelebihan Membaca Al-Quran dan Kelebihan Pembawanya. 2. Kelebihan Membaca dan Pembaca Al-Quran. 3. Memuliakan Ahli Al-Quran dan Tegahan Menyakiti Mereka. 4. Adab-Adab Guru Al-Quran dan Muridnya. 5. Adab-Adab Pembawa Al-Quran. 6. Adab-Adab Al-Quran. 7. Adab-Adab Manusia dengan Al-Quran. 8. Ayat-Ayat dan Surah-Surah yang Disunatkan Mambacanya Pada Waktu dan Keadaan Tertentu. 9. Penulisan Al-Quran. 10. Baris Nama-Nama dan Cara-Cara Membaca Kalimah yang Terdapat di dalam Kitab Ini - Bab ini tidak diterjemahkan kerana kurang faedah kepada mereka yang tidak memahami bahasa Arab.

AGAMA-AGAMA DI DUNIA CALL NO : 297.28 AGA Buku ‘Agama-agama di Dunia’ ini adalah inspirasi para penulis untuk memberi pengenalan kepada para pembaca khususnya pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ilmu kajian agama (religion studies). Buku ini bukanlah makalah lengkap untuk mendalami sesebuah agama, tetapi dapat memberikan satu gambaran dan pendedahan awal tentang kewujudan sesebuah agama, sejarah perkembangan, pengasas atau rasul yang membawa utusan, kitab-kitab suci, amalan dan kepercayaan sesebuah agama dan upacara keagamaan atau ritual bagi agama-agama menurut sudut pandangan sesebuah agama yang dibincangkan.

Buku berikut boleh didapati di Perpustakaan Wakaf MAIS yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan Ru 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116


TOKOH ISLAM Edisi • Mei 2015 • 17

AL-GHAZALI (451-505H/1058-1111M) Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.

N

ama sebenarnya ialah Abu Hamid, Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali. Dilahirkan dan dibesarkan di Tus, iaitu sebuah kampung di Khorasan, Iran yang bersempadanan di Turkiministan dan merupakan seorang ahli dalam bidang Falsafah. Al-Ghazali mempunyai pengaruh besar dalam dunia islam melalui tulisan-tulisan beliau yang begitu tinggi nilai intelektual. Beliau berkesempatan memperoleh ilmu melalui kurikulum di Nishapur dan Baghdad serta meningkat tinggi sebagai seorang professor di Universiti Nizamiyah di Baghdad. Universiti Nizamiyah adalah sebuah universiti yang mempunyai reputasi tinggi di zaman Keemasan Islam (Golden Age). Menjadi murid kepada dua orang guru yang terkenal iaitu Imam al-Haramyn al-Juwayni dan al-Abu al-Qasim al-Jurjani khususnya dalam bidang Ilmu Kalam. Al-Ghazali mengembara menuntut ilmu ke Syiria, Mekah dan Madinah sebelum kembali ke Baghdad dan Tus. Selepas beberapa tahun dalam bidang pengajaran, al-Ghazali kemudiannya memberi tumpuan kepada bidang tasawuf dan melakukan proses transformasi diri sehingga melalui tahap penghayatan dan amalan kerohanian yang cukup tinggi dan ini boleh difahami melalui karya-karya beliau khususnya dalam kitab Ihya’ Ulum alDin. Oleh kerana terdapat tendensi di kalangan sebahagian ahli falsafah

yang mula mengagongkan karya-karya ahli falsafah Greek dan meninggalkan sumber al-Quran dan al-Sunnah, al-Ghazali melihat keperluan untuk membetulkan keadaan dan mengelakkan konflik di kalangan umat Islam dari berterusan. SUMBANGAN Pengaruh penulisan al-Ghazali begitu kuat bukan sahaja di kalangan orang-orang Islam malah sehingga ke komuniti Kristian. Sebagai seorang ahli teologi, kesarjanaan al-Ghazali dikatakan telah mempengaruhi St. Thomas Aquinas yang dikatakan menggunakan pendekatan al-Ghazali untuk mendapatkan kembali autoriti kristian Ortodoks di Barat. Al-Ghazali mengutamakan agama berbanding falsafah terutama melalui tulisan beliau Tahafut al-Falasifah. Buku ini meru-

pakan ‘turning point’ dalam mempelajari ilmu falsafah kerana al-Ghazali menggunakan pendekatan sebab-akibat ( cause-and-effect) berbanding dengan pemikiran Aristotle dan Plato. Contohnya jika kapas dan api diletakkan berdekatan, kapas akan terbakar. Kapas yang terbakar adalah kuasa Allah secara langsung bukan disebabkan oleh api. Ini kerana dalam kes Nabi Ibrahim a.s. yang dimasukan ke dalam api, baginda tidak terbakar kerana kuasa Allah. Pendekatan ini dinamakan Occasionalism. Al-Ghazali menulis lebih 70 buah buku dalam bidang Falsafah, Psikologi, Ilmu Kalam dan Sufi. Antara yang terkenal: • Ihya’ Ulum al-Din. Terdapat dalam 4 jilid dimana al-Ghazali menghimpunkan pelbagai bidang ilmu didalamnya seperti bidang Akidah, Fikah dan Akhlak. Buku ini merupakan hasil karya terbesar al-Ghazali dan bagi mereka yang mengkaji pemikirannya seperti orientalis Montgomery Watt menganggap al-Ghazali adalah orang kedua selepas Nabi Muhammad SAW. (Berdasarkan hadis sahih, generasi Islam pada zaman Baginda SAW adalah generasi Muslim yang terbaik). • Tuhafat al-Falasifah. Dalam buku ini al-Ghazali mengkritik ahli-ahli falsafah Greek serta para pengikut mereka mengenai doktrin-doktrin yang mengelirukan, tidak konsisten dan kesilapan dalam berfikir. Al-Ghazali dikenal sebagai “hujjatul Islam” yang mempertahankan

akidah Islam dengan meletakkan wahyu di tempat teratas dari segi sumber dalil. • Kimia al-Sa’adah. Buku ini adalah komentar al-Ghazali terhadap keperluan ilmu Matematik dan Perubatan di zaman kehidupannya. Ilmu Matematik katanya diperlukan untuk aktiviti transaksi harian manakala ilmu Perubatan diperlukan untuk kesihatan jasad. • Al-Munqid min al-Dhalal. Antaranya dibincangkan tentang firasat dan nur (cahaya) di mana bagi alGhazali ilmu matematik bukanlah bukti yang tepat dan tidak boleh digunakan untuk membuktikan aspek metafizik. Dalam kontek agama dan metafikzik, ia tidak memerlukan matematik sama seperti ilmu syair atau sastera yang tidak memerlukan matematik untuk berhujah. Mengenai pengaruh al-Ghazali terhadap Barat khususnya Eropah, Margaret Smith menulis dalam bukunya: Al-Ghazali: The Mystic (London 1944): “There can be no doubt that Ghazali’s works would be among the first to attract the attention of these European scholars” (page 220). Kemudian beliau sekali lagi menegaskan, “The greatest of these Christian writers who was influenced by Al-Ghazali was St. Thomas Aquinas (1225-1274), who made a study of the Islamic writers and admitted his indebtedness to them. He studied at the University of Naples where the influence of Islamic literature and culture was predominant at the time.” Edisi


FOTO MAIS 18 • Edisi • Mei 2015

1

2

3

1. Imam Mohd Zubairi bin Hj Ahmed, Imam Masjid Mukim Pahi menerima cenderamata daripada Pegerusi MAIS pada 6 Mei 2015 yang lalu. 2. Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Timbalan Presiden IIM menandatangani perjanjian persefahaman Integriti Korporat bersama Setiausaha MAIS disaksikan oleh Pengarah Sektor Sosiobudaya IIM. 3. Y.Bhg. CP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil Rumah Kebajikan berdaftar di bawah MAIS.


FOTO MAIS Edisi • Mei 2015 • 19

4

5

7

6

4. DYMM Sultan Selangor telah berkenan menyempurnakan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2015M/1436H. 5. YB Dato’ Dr Hj Ahmad Yunus Bin Hj Hairi, EXCO Hal Ehwal Agama Islam memberi sedikit taklimat kepada Kumpulan pertama penerima insentif umrah Tajaan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 26 Februari 2015 lalu. 6. Para tetamu mengaminkan doa sebelum Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor berlangsung. 7. Y.A.B. Dato’ Menteri Besar telah menyempurnakan sesi pelancaran Integrated Holistic Education System (IHES) pada 17 Mac 2015 lalu.


MEI 2015 • REJAB 1436 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Terkini Membentuk Fikrah Ummah

AL-GHAZALI

(451-505H/1058-1111M)

Nama sebenarnya ialah Abu Hamid, Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali. Dilahirkan dan dibesarkan di Tus, iaitu sebuah kampung di Khorasan, Iran yang bersempadanan di Turkiministan dan merupakan seorang ahli.....

>17

Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor

AHLI- AHLI PITAS Keahlian PITAS adalah Institusi atau Maahad–maahad tahfiz persendirian yang di dalamnya terdapat lebih 11 ribu pelajar dan melebihi 1100 orang guru. PITAS adalah sebuah NGO yang berdaftar di bawah MAIS dan menerima bantuan dana secara tetap menggunakan sumber zakat bagi menjalankan operasinya bagi memartabatkan pendidikan tahfiz Al-Quran di Negeri Selangor. Dengan berteraskan pendidikan dan kebajikan warga pendidik khususnya pendidikan tahfiz, menjulang harapan tinggi ke arah memperkasa dan mengarusperdanakan pendidikan tahfiz sebagai teras pendidikan melahirkan modal insan dalam memacu kemajuan seimbang duniawi dan ukhrawi, PITAS berharap usaha dan proses penambahbaikan perjalanan institusi tahfiz persendirian ke arah pendidikan dan pengurusan tahfiz secara profesional menjelang 2020 dapat dilihat kejayaannya. Sokongan pelbagai pihak khususnya pihak berwajib dan kerajaan negeri amat diperlukan dalam mencapai impian dan harapan ini.

JADUAL KURSUS INTENSIF MUALAF BAGI JUN TAHUN 2015 BAHAGIAN PEMBANGUNAN UMMAH, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Kursus

Tarikh

Tempat

Kursus Intensif Muallaf (Asas)

13-16 Jun 2015

Kem Bumi Jati, Lot 3319, Batu 7, Jalan Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam

Kursus Intensif Muallaf (Lanjutan)

30 Mei – 1 Jun 2015

Kem ElAzzhar, Morib

• Jadual Dan Tempat Tertakluk Kepada Perubahan. • Sebarang Perubahan Akan Dimaklumkan Dari Masa Kesemasa. • Semua Peserta Dikehendaki Berkumpul Di MAIS Shah Alam Atau Di Pejabat Agama Islam Daerah Pada Hari Pertama Jam 8.30 Pagi Dan Bas / Kenderaan Akan Bertolak Jam 9.00 Pagi. Disediakan Oleh, Unit Latihan Dan Perkaderan Bahagian Pembangunan Ummah (MAIS) EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.