OGOS 2015 • ZULKAEDAH 1436 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X
Indahnya Pengorbanan
Membentuk Fikrah Ummah
‘Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa itulah kasih mesra sejati dan mulia’ , itulah petikan rangkap lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem “Hang Tuah”. Lirik tersebut mengingatkan kita erti sebuah pengorbanan.
>4
MAIS Lancar Dokumentari TV “HANYA ENGKAU AKU SEMBAH”
SHAH ALAM 24 Julai – Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS telah melancarkan Dokumentari TV MAIS..... >10
MENGGALI Makna Pengorbanan Kita mesti menggali semula makna pengorbanan dengan melihat diri kita, dengan al-Quran sebagai neracanya..... >3
LZS Terima Sijil Audit Bersih Kali Ke-7
SHAH ALAM, 27 Ogos 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini memperoleh Sijil Audit Bersih dari..... >11
MAIS Rai Perkahwinan Mualaf Orang Asli
Pada 22 Ogos 2015, telah berlangsung Program Pemurniaan Perkahwinan Muallaf Masyarakat Orang Asli Daerah Hulu Selangor, bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Manchung Hulu Selangor. Seramai 27 pasangan pengantin mualaf.... >10
Sidang Redaksi EDISI Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Kolumnis • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Halim Bin Mokhtar
© Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my
Fakta:
Interaktif:
Telaga Zamzam merupakan telaga yang tidak pernah kering dan sentiasa diisi semula dengan segera. Allah tidak melimpahkan tambahan air Zamzam keluar dari telaga, jika tidak dunia akan tenggelam.
ILMU TAJWID
Ilmu Tajwid adalah satu aplikasi pembelajaran tantang Tajwid dalam tata cara membaca Al-Quran dengan baik dan sesuai dengan makhrojul hurufnya. Aplikasi ilmu tajwid memberikan contoh- contoh bacaan yang disertai dengan suara. Sesuai bagi mereka yang ingin memperbaiki bacaan Al-Quran.
Dakwah & Kerohanian:
FOKUS Edisi • Ogos 2015 • 3
Menggali Makna Pengorbanan Nyawa Nabi Muhammad SAW dalam bahaya. Benteng pertahanan Islam bolos. Tentera pemanah di Jabal Rummah turun merebut ghanimah. Khalid al-Walid yang ketika itu masih kufur, memimpin tentera musuh menggempur. Akibatnya, nyaris tentera Islam kalah telak (tragis).
Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) hamizul@e-zakat.com.my
tumpahkan ke tanah. Kita sewajarnya perlu meneladani sesuatu dari generasi terdahulu. Bukan sekadar membaca kisah keberanian mereka, dan betapa agungnya syahid yang menjemput mereka. Insya-Allah, mereka aman di jannah, menjadi beburung yang terbang menunggu saat hari perhitungan dijelmakan. Apa yang wajar kita persoalkan ialah, kita. Ia tentang kita, bagaimanakah kita berhadapan dengannya? Kita mesti menilai kembali, menalar kembali erti keberadaan kita di atas bumi Allah SWT ini. Di manakah kompas kita? Ke timur, barat, utara
K
ala Nabi Muhammad SAW sendiri terasak, Abu Dujanah datang. Dia melindungi nabi dengan dirinya. Puluhan anak panah menancapi dan menghinggapi belakang. Abu Dujanah kesakitan, namun dia sabar, dia tegar. Kematian tidak ada erti baginya, asal sahaja sang rasul kekasihnya, Muhammad bin Abdullah SAW tidak terluka. Itulah sebahagian daripada versi pengorbanan yang tercatat di kanvas sejarah. Ia tidak akan pernah terpadam, sampai bila-bila. Ia menjadi cerminan kepada kita, sejauh manakah kekuatan iman menggelora di dalam jiwa. Secekal para sahabat yang mulia, atau sekadar berbasa-basi di bibir sahaja. Kita hari ini berhadapan dengan peperangan dalam bentuk yang berbeza. Ada sarjana Islam menyatakan, hari ini umat Islam seluruh dunia berhadapan dengan ancaman peperangan pemikiran (ghazwatul fikr). Musuhmusuh Islam, para orientalis dan Yahudi Zionis dan para penjulang sekularis, dengan penuh bijak dan cermat menyuntik ramuan perosak ke dalam pemikiran umat Islam. Ia berlaku sudah lama, perlahan dan kini kian tampak dampaknya. Kita mungkin sudah mendengar, betapa Yahudi Zionis dengan proksi mereka di Parlimen British, pernah menyatakan bahawa umat Islam hanya bisa dikalahkan jika mereka dijauhkan dari al-Quran. Peperangan terbuka amat menyakitkan bagi mereka. Kekalahan demi kekalahan, menunjukkan kekuatan sebenar berada di sisi umat Islam. Sumber kekuatan itu, ialah alQuran. Maka, jauhkan umat Islam dari al-Quran. Jika mampu, hapuskan alQuran dari dada umat Islam, biar bolong dan kosong dari al-Quran.
Gambar hiasan
Jika mampu, jauhkan umat Islam dari membacanya. Jika boleh, biar umat Islam tidak faham apa yang mereka bacakan. Jika mampu, biar mereka tidak melaksanakan apa yang mereka bacakan. Pokoknya, isi dan ajaran alQuran menjadi asing dan terpinggir dalam kehidupan seluruh umat Islam. Idea ini mungkin dianggap sebahagian orang sebagai usaha sekularisme. Sebutlah apa sahaja namanya, jelasnya hari ini umat Islam memang sudah semakin meninggalkan al-Quran. Berapa ramai anak-anak muda malah orang tua yang tidak tahu membaca al-Quran. Jika tahu sekali pun, berapa ramai ibarat burung kakak tua yang tidak memahami apa yang dikatakannya. Malah, berapa ramai yang tahu, tapi enggan pula menjalankan perintah al-Quran di alam nyata. Inilah puncak kerugian umat Islam. Al-Quran yang dititipkan oleh Allah SWT dan disyarahkan secara amali dan realiti oleh Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun, gagal menjadi panduan dan pedoman. Nanarnya umat Islam, mengaku diri sebagai orang Islam, tetapi meninggalkan ‘manual book’ yang Allah SWT sediakan. Nanar dan
sangat nanar. Maka, kini kita di sisi bulan kemerdekaan. Kita juga berhadapan dengan musimnya orang memperkatakan kembali tentang pengorbanan. Ya, ini musimnya lembu, kambing malah unta yang gagah, rebah menyembah bumi. Darah merahnya mengalir, bersama laungan takbir. Mereka mati atas nama Allah, menjadi haiwan korban yang bakal memberi manfaat kepada semua. Namun cukupkah sekadar itu? Sebagai mukmin yang punya kesedaran, jelas ia tidak cukup. Masih banyak yang perlu diterokai dan ditelaah di sebalik nama dan nilai pengorbanan seekor binatang. Apalah sangat menghamburkan wang sekadar beberapa ribu ringgit, jika dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat terdahulu. Yakinlah, Abu Dujanah itu sahaja, menjadikan kita kerdil seperti seekor semut di tengah padang pasir yang luas. Iman Abu Dujanah, pasti lebih ampuh berbanding kita. Buktinya, panah dan luka serta darah yang mengalir, akan menjadi saksi hidup buat Dujanah. Ia jauh lebih bernilai dan berharga, berbanding haiwan, laungan takbir kita dan darah haiwan yang kita
atau selatan? Atau kompas kita sentiasa menuju ke arah Tuhan? Jawapannya ada di dalam sebuah buku besar, yang suci, hingga dianggap terlalu suci untuk dibaca saban pagi. Itulah al-Quran, kalam Allah SWT yang tidak pernah dan tidak mungkin akan ada duanya. Kita mesti menggali semula makna pengorbanan dengan melihat diri kita, dengan al-Quran sebagai neracanya. Sejauh manakah kasih sayang kita kepada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW, dapat diukur dengan sejauh manakah kita menceburkan hati ke dalam lautan al-Quran. Jika kita dekat dengan alQuran, itulah nilai kita. Sebaliknya jika jauh, malah sangat jauh, kita sendirilah yang mampu menjawabnya. Natijahnya, al-Quran adalah suatu pedoman yang wajar digali kembali di musim-musim kemarau keimanan. Manusia yang bijak, akan segera sedar dari kealpaan diri. Dia akan segera mencari jalan selamat. Menggali perigi untuk mendepani hari yang gersang. Dan dia sedar, keselamatan yang sebenar hanya ada di sisi Islam. Wallahua’lam. Edisi
ISU 4 • Edisi • Ogos 2015
Indahnya Pengorbanan ‘Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa itulah kasih mesra sejati dan mulia’ , itulah petikan rangkap lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem “Hang Tuah”. Lirik tersebut mengingatkan kita erti sebuah pengorbanan.
Oleh: Halim Bin Mokhtar Penolong Pendaftar Kanan, Bhg. Pengurusan Korporat KUIS halim@kuis.edu.my
P
engorbanan adalah satu nilai murni yang dituntut dari setiap Insan. Bahkan ia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah mahupun di sisi manusia kerana pengorbanan dalam bentuk tenaga, atau harta hatta nyawa demi merealisasikan kehendak-Nya atau memenuhi kemahuan sesama manusia. Pengorbanan adalah tindakan yang didasari atas perasaan kasih sayang atau cinta terhadap orang lain, sehingga seseorang akan sanggup melakukan pengorbanan dengan perasaan tulus ikhlas sedia mengorbankan apa sahaja untuk orang lain yang dikasihi atau dicintai. Pengorbanan adalah suatu tindakan kerelaan seseorang terhadap orang lain dengan maksud atau tujuan tertentu. Namun tujuan yang dimaksud disini bukanlah tujuan untuk mendapatkan sesuatu pembalasan, melainkan tujuan yang dimaksud adalah agar berharap orang lain dapat dibantu demi membahagiakan orang lain. Ketinggian darjat seseorang di sisi Allah bergantung kepada pengorbanan yang ia sumbangkan atas nama Allah, semakin banyak sumbangan pengorbanannya maka akan semakin tinggi darjatnya di sisi Allah. Pengorbanan seorang pemimpin akan menjadi mulia di sisi Allah dan dimuliakan manusia ketika dia sanggup mengorbankan kemewahan dan kekuasaan untuk kebaikan rakyat, bukan untuk mengejar keuntungan peribadi. Seorang suami akan menjadi mulia di hadapan Allah di saat dia telah mencurahkan perhatiannya dalam mencari nafkah dan membimbing keluarganya menuju Allah. Seorang isteri akan menjadi mulia di hadapan Allah
ketika dia telah mengorbankan waktu dan tenaganya dalam mendidik anakanaknya, serta taat kepada suaminya. Pengorbanan boleh mendatangkan kebaikan kepada orang lain dan dirinya sendiri, harta, jiwa, waktu dan tenaga. Ketika seseorang rela berkorban segala-galanya untuk kebaikan bersama maka di saat itu dia telah menjadi orang yang terbaik di sisi Allah. Seorang bintang bolasepak sentiasa berlatih berbulan-bulan untuk permainan yang hanya memakan masa sembilan puluh minit. Seorang mahasiswa akan ke kuliah dan toturial lebih lama dibandingkan masa peperiksaan yang ditempuhinya. Hasilnya, kejayaan dicapai berkat pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan telah menghadiahkan kejayaan. Pengorbanan `Aid al-Adha adalah sebahagian dari peristiwa Nabi Ibrahim AS yang membesarkan Allah dengan menyembelih binatang korban pada tanggal 10 Dzulhijah. `Aid alAdha adalah perjuangan Nabi Ibrahim AS untuk menjalankan perintah Allah yang sangat berat iaitu menyembelih anaknya kerelaan Nabi Ismail AS yang ketika itu masih remaja dan sedia berbakti dan mengorbankan dirinya untuk disembelih oleh ayahnya. Itulah nilai ketakwaan, ujian, dan pembuktian kecintaan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS sebagai sebuah pengorbanan kepada Allah. Pengorbanan memberikan hikmah terbesar sempena hari `Aid alAdha bukan hanya untuk memperingati peristiwa sejarah kemanusia itu saja, tetapi sebagai momentum untuk membersihkan jiwa dan fikiran kita dari penyakit kronik dalam kehidupan yang boleh mematikan jiwa seperti korupsi, penyelewengan, salah gunakuasa dan ditambah penyakit kejiwaan seperti dengki, dendam, sombong dan semua pakej sifat mazmumah yang mesti “dikorbankan” untuk membentuk peribadi yang soleh dan bertaqwa.
Gambar hiasan
Pastinya sesiapa yang menanam kebaikan, akan menuai hasilnya dan begitulah sebaliknya. Pengorbanan yang hakiki adalah pengorbanan yang tulus untuk mencari redha Allah iaitu berkorban untuk membela akidah dan syariah. Lihatlah pengorbanan Hajar yang tabah dan redha ketika ditinggalkan suaminya, Nabi Ibrahim AS di lembah yang tiada manusia, kering kontang kerana akur kepada perintah Allah. Saidina Abu Bakar r.a telah membelanjakan seluruh hartanya untuk Islam dalam satu peperangan. Rasulullah saw bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya”. Hebat dan dahsyatnya pengorbanan mereka demi Islam. Inilah sebenarnya gambaran pengorbanan sebenar, ikhlas dan komited mengharapkan keredhaan Allah swt. Pengorbanan yang ikhlas pasti dirasai dengan perasaan bahagia, hati yang tenang dan tenteram. Pengorbanan itu adalah suatu kepuasan bagi seorang mukmin, kenikmatan dan kemanisan dalam proses kehambaan kepada
llah. Bahkan akan diganjari sebesarA besar kebaikan dan pahala di sisi Allah. Sesunggunya Allah sangat mencintai orang yang sentiasa berkorban untuk membahagiakan orang lain dengan apa yang dimiliki dan Allah mencinta orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kalimah Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan bayaran syurga. (Al-Taubah : 111) BERKORBAN adalah satu bentuk ujian daripada Allah s.w.t. kerana dalam menjalani kehidupan di dunia ini, kita harus melakukan pengorbanan. Hidup tanpa pengorbanan adalah kehidupan yang gagal. Pengorbanan yang ikhlas selalu menghasilkan sesuatu yang indah. Hidup adalah perjuangan, perjuangan memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan. Sebagai muhasabah diri berapa banyakkah masa, buah fikiran, tenaga dan harta yang telah kita korbankan dan sumbangkan untuk memartabatkan agama Allah di muka bumi ini? Tepuk Dada Tanya Iman. Edisi
GENERASI•Q Edisi • Ogos 2015 • 5
Travelog Pemuda Islam: Pejuang Dan Pengorbanan Susunan oleh: Sri Hartini Md Noh Bahagian Perhubungan Korporat Majlis Agama Islam Selangor sri@mais.gov.my
ZAID BIN TSABIT seorang pemuda yang sangat berani untuk berjuang bersama-sama nabi di peperangan Badar ketika usianya 13 tahun. Rasulullah gembira dan takjub dengan remaja itu. Tetapi, beliau tidak mengizinkannya untuk berperang karena usianya yang masih terlalu muda. Remaja itu pun kembali, dengan kesedihan yang mendalam, niatnya untuk memperjuangkan Islam tidak kesampaian. Walaubagaimanapun dia tidak menyerah kalah, bahkan semakin kuat.. dengan bantuan pakcik dan ibunya maka dapatlah mereka bertemu Rasullullah. “Wahai Rasulullah! Ini anak kami. Dia telah menghafal tujuh belas surah dari Al-Qur’an. Bacaannya betul, sesuai dengan apa yang diturunkan Allah kepada Anda. Di samping itu dia pandai membaca dan menulis. Tulisannya indah dan bacaannya lancar. Dia ingin berbakti kepada Anda dengan keterampilan yang ada padanya, dan ingin pula mendampingi Anda selalu. Jika Anda menghendaki, silakan mendengarkan bacaannya.” Selepas Rasulullah mendengar bacaannya, beliau pun menyuruh remaja itu
jihadnya ini juga telah meriwayatkan 8 hadits dari Nabi SAW.
Profil pemuda yang diinginkan Islam bukan sahaja menikmati keislamannya seorang diri tetapi juga memiliki komitmen memperjuangkan Islam. Demikianlah travelog beberapa orang pejuang dan pengorbanan pemuda Islam yang akan digambarkan.
untuk mempelajari bahasa Ibrani. Dalam waktu singkat ia berhasil, dan diangkat sebagai sekretaris Rasulullah ketika berinteraksi dengan orang-orang Yahudi. Remaja itulah yang membacakan surat Yahudi dan menuliskan surat dari Rasulullah untuk mereka. Rasulullah kemudian menyuruhnya untuk belajar bahasa Suryani. Dalam waktu singkat ia berjaya menguasai, dan tugasnya bertambah. Ia pula yang menjadi sekretaris ketika mana Rasulullah berinteraksi dengan orang-orang berbahasa Suryani. Setelah Rasulullah benar-benar yakin dengan kemampuan dan syakhsiyah Islamiyahnya, remaja itu pun diangkat menjadi sekretaris wahyu. Setiap kali ayat Al-Qur’an turun, ia segera dipanggil Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk menulisnya dan meletakkannya dengan urutan sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah. Itulah remaja yang bernama Zaid bin Tsabit.
KHALID BIN WALID. Mendengar namanya sahaja akan terbayang kepahlawanan dan jihad di jalan Allah. Khalid mengisahkan dahsyatnya Perang Mu’tah dengan mengatakan, “Sembilan pedang di tanganku telah patah. Tidak tersisa kecuali pedang buatan Yaman.” (Diriwayatkan alBukhari dalam Kitab al-Maghazi, Bab Ghazwatu Mu’tah min Ardhi Syam: 4017). Sejak saat itu Khalid dikenal dengan sebutan saifullah. Abu Bakar juga menjadikan Khalid pemimpin pasukan dalam peperangan melawan orang-orang murtad. Abu Bakar mengatakan, “Sebaikbaik hamba Allah dan saudara dekat adalah Khalid bin al-Walid. Khalid bin al-Walid pedang di antara pedang-pedangnya Allah.” (as-Sirah alHalabiyah oleh al-Halabi: 3/212). Khalid bin al-Walid radhiallahu ‘anhu mencatatkan sejarah yang begitu luar biasa dalam menghadapi negara-negara yang diperanginya. Panglima perang yang sibuk dengan
UTSMAN BIN AFFAN kebijaksanaannya dalam menyatukan bacaan Al-Quran memang amat dikagumi. Ustman telah melakukan pengumpulan Al-Quran bersama-sama para sahabat ketika itu. Ustman memerintahkan untuk menyalin lembaran-lembaran AlQuran dalam satu mushaf. Selain mengumpulkan dan menyalinnya, diperbanyak sebarkan ke wilayahwilayah kekuasaan Islam. Demikianlah kisah pemudapemuda Islam yang memperjuangkan hidup dan matinya demi Islam. Pemuda mahupun pemudi hari ini seharusnya mengambil iktibar bahawa memperjuangkan Islam pada zaman ini harus disesuaikan dengan kompitensi dan bidang masing-masing tidak semestinya memegang pedang atau senapang tetapi harus dilihat dalam konteks yang lebih luas. Sebagaimana Zaid bin Tsabit telah berjuang dengan ilmunya, Khalid bin Walid dengan kemampuan strategi perang dan Utsman bin Affan dengan hartanya. Itulah travelog pemuda Islam yang harus menjadi contoh kepada pemuda pemudi Islam. Semoga Allah memberikan hidayah serta kemudahan kepada kita untuk terus memperjuangkan Islam dan istiqomah hingga ke akhir hayat. (Kisah pemuda ini juga diambil sumbernya dari beberapa laman sesawang). Edisi
BICARA MUFTI 6 • Edisi • Ogos 2015
Apa Kita Ada Semuanya Milik ALLAH Pada hakikatnya kita bukanlah milik kita. Kita tidak mampu melakukan penciptaan. Kita adalah milik ALLAH kerana ALLAH itu mencipta kita. ALLAH mencipta manusia dari tidak ada kepada ada. ALLAH mencipta dan mengurus alam ini dan segala isi yang terdapat.
Gambar hiasan
Oleh: Prof Datuk Dr Sidek Baba Kuliyyah Pendidikan UIAM
M
anusia tidak pernah melakukan penciptaan. Yang termampu dilakukan manusia ialah menggubah dan me reka-reka daripada benda yang sudah sedia dicipta. Yang digubah dan direka tidak seasli ciptaan ALLAH. Bunga palsu yang digubah kualitinya tidak sama dengan yang asli kerana yang asli ada bau dan setengahnya harum dan terdapat hikmah di sebaliknya.
Bila keyakinan ada bahawa kita ini dicipta dan kudrat kuasa kita terbatas kepada ALLAHlah tempat kita bergantung. Pergantungan dengan ALLAH terhadap sumber rahmah dan nikmah yang dilimpahkan menjadikan kita bersyukur. Tanpa kurnia ALLAH itu manusia tidak akan hidup. Hidup kita di dunia menumpang rahmah dan nikmat ALLAH ini. Kita diberi nafas supaya kehidupan terjadi. Kita diberi akal membolehkan kita berfikir. Kita diberi qalbu supaya ada perasaan pada diri untuk membuat pertimbangan. Kita diberi daya supaya
dapat bekerja dan beramal. Kita diberi akidah supaya ada tempat pergantungan dalam hidup. Kita melakukan ibadah supaya tautan kita dengan ALLAH sentiasa teguh. Kita ikut syariat ALLAH supaya dapat membezakan yang maaruf dan mungkar. Kita memiliki akhlak karimah supaya kita ini menjadi contoh teladan kepada orang lain. Semua itu ALLAH limpahkan kepada kita supaya hidup ini memberi makna. Hidup sekadar hidup sama seperti haiwan. Hidup yang berfikir dan berilmu, hidup yang amanah, adil dan penuh timbang rasa menepati nilai manusiawi dan hidup yang mempamerkan amal yang baik akan jadi sumber ikutan. Konsep Deen atau agama atau dayana juga membawa maksud keberhutangan. Kita ini berhutang kepada ALLAH dalam banyak perkara. Hutang ini perlu dilangsaikan supaya kehidupan dapat dipenuhi. Melakukan ibadah dengan ikhlas ibarat menunaikan hutang ini. Memanfaatkan ilmu yang benar dan berguna daripada ALLAH untuk kebaikan diri dan orang lain, juga satu cara menunaikan hutang itu kerana yang benar itu juga datangnya daripada ALLAH. Melakukan amal soleh supa-
ya ada suasana maaruf dalam kehidupan satu lagi cara penunaian supaya limpahan rahmah dan nikmah ALLAH itu dapat dirasai oleh orang lain. ALLAH mempunyai kudrat dalam apa saja yang terdapat dalam hidup kita ini. Sebagai hambaNya kita dituntut patuh, akur, taat dan tunduk dengan pedoman dan titah perintahnya. Keingkaran bakal membawa musibah dan bakal memberi kesan kepada orang lain dan juga sistem. Justeru hamba ALLAH yang taat dan dipedoman oleh ilmu al-Quran memahami taklif atau amanah yang patut disempurnakan supaya hidup ini memberi makna tidak saja kepada manusia tetapi yang lain. Hidup yang penuh makna ialah hidup yang memiliki keyakinan bahawa ALLAH Maha Berkuasa, Pemilik dan Pengurus Atas Segala. Keyakinan ini sangat penting memahami kewujudan dan peranan kita di dunia ini. Dunia yang kita huni ini adalah sementara. Seperti orang terdahulu akhirnya akan kembali bertemu ALLAH. Alam kembalinya adalah kekal sehingga dibangkitkan di Yaumil maksyar nanti. Bila keyakinan ini teguh dalam diri dan hati, hidup ini akan terpandu dan terpedoman. Kita adalah hamba dan khalifah yang mempunyai amanah yang perlu disempurnakan. Segala yang ada bukan milik kita tetapi milik ALLAH. Kita diminta bersyukur dengannya supaya tidak berlaku salah guna dan mampu memberi manfaat kepada yang lain. Landasan ini kalau ada kehidupan kita akan lebih tenang dan aman kerana kita tahu mengapa kita dijadikan dan kita tahu di mana akhirnya kita ini. Edisi
ARTIKEL KHAS Edisi • Ogos 2015 • 7
Menyusuri Jejak Hijrah
Nabi Ibrahim
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia.’ Ibrahim berkata, ‘(Dan saya mohon juga) dari keturunanku.’ Allah berfirman, ‘JanjiKu (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim.’” (Al-Baqarah: 124) Susunan oleh: Sri Hartini Md Noh, Bahagian Perhubungan Korporat, Majlis Agama Islam Selangor, sri@mais.gov.my
Nabi Ibrahim berdakwah menyeru agama tauhid pada kaumnya dan kerabatnya untuk menyembah Allah sahaja, Tuhan semesta alam. Mengajak kepada ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Turunlah perintah Allah agar Ibrahim berhijrah disebut di dalam Alquran surah al-Ankabut ayat 26 “ Aku harus berhijrah ke (tempat yang diperintahi) Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Ibrahim membuat pengorbanan meninggalkan puteranya Nabi Ismail dan isterinya Hajar yang dicintai yang masih kecil di tengahtengah panas matahari membakar padang pasir tanpa rumah tempat berteduh, tanpa perbekalan yang cukup, kecuali sekendi air untuk pelepas haus. Waktu itulah ia berdoa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, mohon agar keluarganya itu dilindungi dan diselamatkan dari segala bahaya dan bencana yang mungkin akan menimpanya. Peristiwa ini diabadikan di dalam Al-Quran surah Ibrahim ayat 37-40. Maka sampailah Hajar dan puteranya kepada suatu tempat, yang waktu itu semua perbekalan dan air minum telah habis. Puteranya Ismail menangis kehausan sedang air susunya tidak ada lagi. Ditidurkan puteranya di bawah pohon tempat mereka berteduh. Siti Hajar pergi ke mana sahaja yang dianggapnya ada air, namun tidak menemui walau setitis pun air. Siti Hajar pun pergi ke mana sahaja, tanpa disedarinya dia telah berlari-lari kecil pulang balik tujuh kali antara bukit Safa dan bukit Marwah tetapi belum juga memperoleh air. Maka dengan rasa sedih dan putus asa, beliau kembali ke tempat puteranya yang ditinggalkan. Waktu itu Ismail sedang menangis kehausan sambil memukulmukulkan kakinya ke tanah. Maka Hajar pun berdoa menyerahkan diri kepada Tuhan Yang Maha Pemurah.
Nabi Ibrahim bersama Siti Hajar dan puteranya berpindah pergi ke suatu daerah yang asing baginya, suatu daerah yang terletak di antara bukit-bukit batu yang gersang yang tandus, padang pasir yang tidak ada tandatanda kehidupan. Sekarang bernama kota Mekah. Pada waktu itu Mekah merupakan daerah dataran rendah padang pasir yang belum didiami oleh seorang manusia pun. Tidak ditemukan suatu sumber air. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahwa di tempat itu terdapat sepohon kayu, dan di bawah pohon kayu itulah Ibrahim dan keluarganya berteduh dan melepaskan lelah dari perjalanan yang jauh dari Palestin sampai ke Mekah sekarang ini.
Doa Ibrahim dan isterinya Hajar itu dikabulkan Tuhan. Maka waktu itu juga terpancarlah air dari tanah bekas pukulan kaki anaknya Ismail yang sedang menangis itu. Maka di saat itu pula timbullah pada diri Hajar rasa syukur kepada Allah atas rahmat-Nya yang tiada terhingga dan timbullah dalam hatinya harapan akan kelangsungan hidupnya dan puteranya lalu diminumkannya air itu kepada puteranya Ismail. Karena khuwatir air itu habis dan lenyap kembali ke dalam pasir, maka ia mengumpulkan air itu dengan tangannya seraya berkata: “Zam Zam! (Berkumpullah! Berkumpullah!)” Dan terkumpullah air itu tidak kering-kering sampai sekarang dan bernama telaga Zamzam.
Ibrahim a.s. berdoa kepada Tuhan agar memelihara keturunannya yang ada di Mekah, menjadikan mereka sebagai orang-orang taat mengerjakan solat, menghambakan dan menundukkan dirinya kepada Tuhan agar memelihara keturunannya itu, menjadikan hati manusia cenderung, cinta dan kasih kepada keturunannya itu diberi rezeki, didatangkan bahan makanan, buah-buahan ke negeri yang tandus itu, karena di negeri itu tidak mungkin hidup tumbuh-tumbuhan yang diperlukan sebagai bahan makanan. Doa Nabi Ibrahim dikabulkan Allah SWT. Terbukti sejak dahulu hingga sekarang banyak manusia yang mengunjungi Baitullah untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah, melihat bekas peninggalan-peninggalan dan perjuangan Nabi Muhammad saw. dan para sahabatnya. Demikian pula banyak didatangkan ke bumi yang tandus itu pelbagai macam barang keperluan yang diperlukan penghuni negeri itu, seperti bahan makanan, buah-buahan, barang pakaian sampai barang mewah. Doa Nabi Ibrahim ini akan lebih nyata terlihat dengan ditemukannya emas hitam (minyak tanah) di negeri itu yang tidak ternilai harganya sehingga Saudi Arabia dewasa ini termasuk salah satu negara yang terkaya di dunia.
SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • Ogos 2015
Perjalanan Mencari Haji Mabrur Musim Haji sudah tiba lagi sepertimana tibanya bulan Ramadhan yang baru berlalu maka begitu jualah kedatangan bulan Haji yang membawa pengertian dan pengabdian yang amat tinggi bagi insan-insan yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah SWT pada setiap tahun. Sesungguhnya perjalanan sejarah haji telah berkurun lamanya sejak zaman Nabi Ibrahim A.S. sehinggalah ke hari ini.
Oleh: Daud Lin Bin Abdullah Pengarah Sektor Penyelidikan Majlis Agama Islam Selangor daudlin@mais.gov.my
A
llah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliannya; di antaranya ialah) makam Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.” (Ali-Imran: 96-97) Daripada sekalian banyak ibadah, fardu haji adalah puncak ibadah ritual yang amat diimpikan dan dicita-citakan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah se bagai saat pertemuan yang ditunggu-tunggu oleh kaum Muslimin untuk memenuhi panggilan Allah s.w.t untuk menjadi tetamunya dan merupakan kemuncak kebahagiaan yang tidak terkira nilainya bagi melengkapkan kesempurnaan rukun Islam yang kelima. Kebahagiaan itu akan lahir ketika jemaah haji meginjakkan kaki ke Tanah Suci dengan mengunjungi Kaabah di Masjidil Haram sambil mengucapkan “Labbaik Allahumma Labbaik” (Ya Allah aku datang memenuhi panggilan-Mu). Sungguh indah pernyataan fitrah hamba kepada penciptaNya yang menjadi kalimah abadi sepanjang zaman sejak mula diperintahkan fardhu haji kepada Nabi Allah Ibrahim A.S. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat takwa orang mukmin.” (AlHajj: 32) Mencari Haji Mabrur Dalam ibadah haji, yang menjadi ukuran mabrur atau tidak adalah sesuatu yang subjektif dan ianya bergantung kepada sebanyak mana amal ibadat haji yang telah dilakukan itu melahirkan kesedaran moral dan spiritual yang berupaya melonjakkan jati diri
seseorang mukmin untuk melaksanakan kebaikan dan kebajikan. Dengan kata lain, seberapa jauh ibadah haji mendorong kepada perubahan pada diri seseorang, sehinggalah dapat mengubah daripada sikap negatif kepada sikap positif dan dari sikap tertutup kepada sikap keterbukaan. Seseorang yang pulang daripada menu naikan haji, bukan sahaja merasakan dirinya kembali kepada fitrah kesucian tetapi juga tumbuh dalam dirinya perasaan menjadi sebahagian daripada satu masyarakat dunia yang bernama Muslim. Suatu umat yang merapatkan barisan atas landasan tauhid yang menyatukan pemimpin dengan rakyat jelata, ulama dengan kaum dhu’afa. Landasan tauhid juga menjadikan mereka bersaudara, misalnya, di antara orang Arab dengan orang Melayu, perantau China dengan mualaf Eropah, hamba Afrika dengan pedagang India, dan sebagainya. Keutamaan tersebut adalah balasan berupa syurga sepertimana yang disabda oleh Nabi SAW, “Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur selain jannah (surga)” [HR. Bukhari dan Muslim]. Yang Dimaksud Haji Mabrur Ibnu Kholawaih berkata, “Haji mabrur adalah haji yang maqbul (haji yang diterima).” Ulama yang lainnya mengatakan, “Haji mabrur adalah haji yang tidak tercampuri dengan dosa.” Pendapat ini dipilih oleh An Nawawi. (Fathul Bari, 3/382). Al Qurthubi rahimahullah menyimpulkan, “Haji mabrur adalah haji yang tidak dikotori oleh maksiat saat melaksanakan manasik dan tidak lagi gemar bermaksiat setelah pulang haji.” (Tafsir Al Qurthubi, Muhammad bin Ahmad Al Anshori Al Qurthubi, Mawqi’ Ya’sub, 2/408). An Nawawi rahimahullah berkata, “Pendapat yang paling kuat dan yang pa ling terkenal, haji mabrur adalah haji yang tidak dinodai oleh dosa, diambil dari katakata birr yang bermakna ketaatan. Ada juga yang berpendapat bahwa haji mabrur adalah haji yang diterima. Di antara tanda diterimanya haji seseorang adalah adanya perubahan menuju yang lebih baik setelah pulang dari pergi haji dan tidak membiasakan diri melakukan berbagai maksiat. Ada pula yang mengatakan bahwa haji mabrur adalah haji yang tidak tercampuri unsur riya’. Ulama yang lain berpendapat bahwa haji mabrur adalah jika sepulang haji tidak lagi bermaksiat. Dua pendapat yang terakhir telah tercakup dalam pendapat-pendapat sebelumnya.” (Syarah Shahih Muslim, Yahya bin Syarf An Nawawi, Dar Ihya’ At Turots, 1392, 9/118-119). Rasulullullah Sallallahu Alaihi wa Sal-
lam bersabda tentang haji mabrur: Artinya; ‘Umrah ke umrah menghapus dosa antara keduanya, dan tidak ada balasan bagi haji mabrur kecuali syurga.” (HR. Al-Bukhari 1773, Muslim 1350). Haji Mabrur, Jihad yang Paling Afdhal Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya, “Amalan apa yang paling afdhal?” Baginda SAW menjawab, “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Ada yang bertanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Baginda SAW menjawab, “Jihad di jalan Allah.” Ada yang bertanya kembali, “Kemudian apa lagi?” “Haji mabrur”, jawab Nabi SAW.” (HR. Bukhari no. 1519) Dari ‘Aisyah ummul Mukminin radhiyallahu ‘anha, ia berkata: “Wahai Rasulullah, kami memandang bahwa jihad adalah amalan yang paling afdhal. Apakah bererti kami harus berjihad?” “Tidak. Jihad yang paling utama adalah haji mabrur”, jawab Nabi SAW.” (HR. Bukhari no. 1520) Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa ia mendengar Nabi SAW bersabda: “Siapa yang mengerjakan haji ke Ka’bah lalu tidak berkata perkataan yang tidak baik dan tidak berbuat kefasikan maka dia kembali ke tempatnya sebagaimana ketika ia dilahirkan oleh ibunya (terhapus dosanya).” (HR. Bukhari no. 1521). Ibnu Hajar Asy Syafi’i rahimahullah mengatakan, “Haji disebut jihad kerana di dalam amalan tersebut terdapat mujahadah (jihad) terhadap jiwa.” Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah mengatakan, “Haji dan umrah termasuk
jihad. Kerana dalam amalan tersebut seseorang berjihad dengan harta, jiwa dan jasad. Sebagaimana Abu Sya’tsa’ berkata, ‘Aku telah memerhatikan pada amalanamalan kebaikan. Dalam shalat, terdapat jihad dengan jasad, tidak dengan harta. Begitu halnya pula dengan puasa. Sedangkan dalam haji, terdapat jihad dengan harta dan badan. Ini menunjukkan bahwa amalan haji lebih afdhal’.” (Lathoif Al Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hambali) Syarat-syarat Haji Mabrur Untuk meraih ganjaran haji mabrur, maka sudah tentu akan terkumpul di dalamnya hal-hal berikut, di antaranya: 1. Haji yang ia lakukan harus benar-benar ikhlas karena Allah, bahawa motivasi nya dalam mengerjakan haji tidak lain hanya kerana mencari ridha Allah dan bertaqarrub kepada-Nya. bukan kerana riya’ dan sum’ah, dan bukan pula kerana ingin di gelar dengan sebutan haji. Ia mengerjakan haji semata-mata mencari keredhaan Allah. 2. Haji yang dilakukan semestinya mengikut manasik yang ditunjukkan oleh Nabi Nuhammad SAW. Maksudnya dalam melaksanakan proses ibadah haji, manusia dengan segala kemampuannya perlu mengikuti cara yang ditunjukkan oleh Baginda SAW ketika menunaikan haji melalui sunnah yang ditinggalkan. 3. Harta yang digunakan untuk menunaikan haji adalah dari sumber harta yang halal dan bukan yang haram, yang diperolehi dari hasil riba, penipuan, judi dan bentuk-bentuk lainnya yang diharamkan. 4. Hendaknya ia menjauhi rafatsa (mengeluarkan perkataan yang menimbulkan berahi/bersetubuh), berbuat fasik, dan berbantah-bantahan. Sepertimana dalam firman Allah SAW: Artinya: ‘Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu untuk mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. (QS. Al-Baqarah 197). Demikianlah di antara kriteria yang perlu di fahami bagi perjalanan untuk mendapat haji mabrur. Pada masa yang sama, hendaklah memahami dan mematuhi segala rukun dan wajib haji sebagai syarat untuk melengkapkan perlaksanaan ibadah haji bagi mencapai matlamat haji yang sebenar bagi sesiapa yang bakal menunaikannya. Semoga nasihat yang diberikan, bolehlah dijadikan sedikit panduan agar tidak terpesong dari niat sebenar mengerjakan haji. Wallahu A’lam. Edisi
Gambar hiasan
NGO-i Edisi • Ogos 2015 • 9 Sumber: Laman Sesawang YIDE
YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE)
“Prihatin Kebajikan Ummah” MATLAMAT DAN PERANAN YIDE
Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Syukur Alhamdulillah, selangkah demi selangkah, rancangan demi rancangan, kejayaan demi kejayaan itulah prinsip dan tanggunggjawab YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) bagi menggalas tugas kebajikan kepada insan dan golongan yang kurang bernasib baik. YIDE berperanan sebagai sebuah badan kebajikan yang memfokuskan kepada tiga (3) bantuan utama yang merangkumi hal-ehwal masyarakat di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya iaitu ;
1
2
Bantuan Kecemasan (BK): Malapetaka meli puti banjir, kebakaran, tanah runtuh, kema langan dan sebagainya. Bantuan dalam ka tegori ini bukan sekadar fokus kepada Negeri Selangor sahaja bahkan turut ke negeri-negeri lain. Contohnya pada tahun 2013, pihak YIDE ke Chenor, Pahang Darul Makmur. Selain itu, awal tahun 2015 ke Kelantan Darul Naim bagi bantuan misi banjir. YIDE turut memberi khid mat bantuan secara fizikal dan sumbangan kewangan berserta keperluan diri kepada golongan sasaran malah membaik-pulih serta menaik-taraf masjid yang membabitkan kos kira-kira RM300,000.
Pusat Dialisis MAIS (PDM): Menyediakan per khidmatan pusat rawatan hemodialisis. Ketika ini, YIDE mempunyai enam (6) pusat dialisis iai tu di Sungai Besar, Kuala Selangor, Taman Me lawati, Kapar, Shah Alam dan terbaru di Bukit Jelutong. YIDE juga mengambil-berat jumlah pesakit yang mula bertambah dari semasa ke semasa dengan mensasarkan penubuhan pusat dialisis di setiap daerah dengan belanja keseluruhan lebih kurang RM1 juta untuk satu pusat dialisis.
PERANCANGAN EKONOMI
YIDE merupakan sebuah badan kebajikan seperti mana badan kebajikan lain iaitu bertujuan untuk me ngumpul dana. Hal ini kerana YIDE memerlukan dana untuk sebarang aktiviti atau program yang telah direncanakan. Justeru itu, permohonan sumbangan kepada syarikat-syarikat korporat dan pelbagai agensi sa ngat diperlukan untuk tujuan mengumpul dana yang dianggarkan berjumlah RM1.9 juta setiap tahun bagi tujuan tiga (3) bantuan utama tersebut. Disamping itu juga, YIDE membuka peluang kepada golongan yang berkemampuan bagi mendapat ganjaran dan redha Allah ‘Azzawajalla dengan menafkahkan sebahagian harta yang disayangi. “Firman Allah SWT : Kamu tidak sekali-kali dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka Allah mengetahuinya.” {Ali-‘Imran:92} Melalui pengumpulan dana tersebut, bantuan akan diagihkan mengikut jumlah peratusan yang me rangkumi 30% bagi bantuan kecemasan (malapetaka meliputi banjir, kebakaran, tanah runtuh, kemalangan dan sebagainya), 30% bagi penyediaan perkhidmatan pusat rawatan hemodialisis (Pusat Dialisis MAIS) dan 40% bagi mengurus hal-ehwal anak-anak yatim Negeri Selangor.
SASARAN AGIHAN BANTUAN YIDE
Bantuan Kecemasan (BK) Agihan sumbangan beserta barang diberikan secara ‘Ad-Hoc’ kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk wang tunai dengan anggaran minimum sumbangan RM500 serta barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain yang difikirkan perlu. Berikutan mereka adalah mangsa-mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh, ribut taufan, kemalangan dan sebagainya. Pusat Dialisis MAIS (PDM) YIDE antara pusat dialisis yang mengenakan kadar yuran yang sangat berpatutan dengan jumlah bayaran RM150 kepada pesakit dialisis iaitu bagi kos rawatan. Secara keseluruhannya terdapat 256 pesakit di setiap Pusat Dialisis MAIS. Ini kerana kebanyakan pesakit di bawah tajaan Lembaga Zakat Sela ngor (LZS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pelbagai lagi agensi lain. Buat masa ini, semua pusat dialisis beroperasi secara semaksima mungkin dengan sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan pesakit dan pihak hospital. Walau bagaimanapun, penjagaan kualiti amat kami titik beratkan dengan pengiktirafan yang telah diberikan oleh pihak SIRIM bagi Sistem Pengurusan Kualiti Rawatan Hemodialisis. Melihat kepada sokongan dan keupayaan ini idea untuk menubuhkan pusat dialisis di setiap daerah di Selangor dapat direalisasikan pada masa akan datang. Hal-Ehwal Anak Yatim (HAY) Dalam tempoh empat (4) tahun mulai 2014, YIDE giat menjalankan pendaftaran bantuan ke atas anakanak yatim di seluruh Negeri Selangor. Manakala, tahun 2015 pihak YIDE telah mengemaskini senarai anakanak yatim yang menerima sumbangan duit raya sebanyak RM100 kepada setiap orang pada program ‘Ihya Ramadan bersama Sultan Selangor yang diadakan pada setiap tahun. Seterusnya pada tahun 2016, YIDE membuat pendaftaran ke rumah-rumah pusat penjagaan anak yatim di Negeri Selangor. Lantaran
3
Hal-Ehwal Anak Yatim (HAY): Mengurus halehwal anak-anak yatim Negeri Selangor. Pada tahun 2014, YIDE diberi tugas dan tanggung jawab untuk mengurus hal-ehwal anak-anak yatim di Negeri Selangor. Selain itu juga, pihak YIDE terlibat sama dalam program Ihya Rama dan bersama Sultan Selangor pada setiap tahun. daripada itu, pada tahun 2017 YIDE berhasrat untuk menubuhkan sebuah pusat penjagaan anak yatim di bawah naugan Yayasan Islam Darul Ehsan. SKUAD SUKARELAWAN YIDE YIDE sememangnya mempunyai jumlah kakitangan yang sangat terhad. Namun begitu, untuk menjayakan misi bantuan, YIDE menubuhkan skuad sukarelawan. Dengan adanya skuad ini, maka YIDE mampu bergerak dan menjayakan misi yang dirancang. Le bih kurang 100 sukarelawan terbabit dalam gerakan ini. Kebanyakannya tenaga sukarelawan berdaftar dengan MAIS termasuk kakitangan sendiri. Selain itu, ia dianggotai dikalangan pelajar universiti dan anggota masyarakat. Semua sukarelawan yang terbabit dalam program atau misi YIDE dilindungi insurans dan sijil penyertaan. Dengan adanya tenaga sukarelawan, maka YIDE mampu menyalurkan bantuan cepat kepada mangsa di kawasan perlu. YIDE mengharapkan penyertaan lebih ramai sukarelawan untuk tujuan ini dan mereka yang berminat boleh menghubungi YIDE secara terus di talian 03-5510 3931 atau emel kepada : info@yide.com.my
APAKAH SUMBANGAN ANDA?
Sememangnya YIDE memerlukan peruntukan tambahan sumbangan atau pun tajaan seperti mana setiap tahun YIDE akan menggerakkan misi bantuan bencana ke seluruh negeri yang terlibat dengan musibah/ malapetaka, menampung perbelanjaan kos-kos perubatan lebihan mahu pun kerosakan luar jangka bagi kelengkapan klinikal, dan menjalankan pendaftaran rumah-rumah pusat penjagaan anak yatim yang dianggarkan 15 buah rumah terlibat. Apabila pendaftaran dibuat, maka YIDE perlu menyalurkan bantuan geran kepada semua pihak berkenaan dan memerlukan peruntukan yang lebih bagi menjayakannya. Tentunya peruntukan itu diperlukan daripada pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, syarikat korporat, syarikat (GLC) dan pelbagai agensi lain. Kejayaan program serta aktiviti yang akan dijalankan adalah hasil kita bersama. Usahlah kita ragu-ragu di atas pengorbanan kita selama ini sama ada ianya berbentuk kewangan mahu pun tenaga. Yakinlah semua ini akan dibalas di Hari Kemudian insha-Allah! “Firman Allah SWT : Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah Al-Zalzalah : 8). Edisi
BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • Ogos 2015 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
MAIS Lancar Dokumentari TV MAIS Rai “HANYA ENGKAU AKU SEMBAH” Perkahwinan Mualaf Orang Asli
Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
S
Wakil media dan beberapa Ahli MAIS tekun menonton preview video yang ditayangkan.
amnya untuk lebih mengenali kewujudan Tuhan sebagai kuasa yang Maha Agung yang mencipta alam semester dan kehidupan di samping memelihara dan membimbing umat Islam untuk terus Istiqamah dan kekal dengan ajaran agama Islam. YAD Dato Setia Pengerusi MAIS semas ditemubual wakil media Dokumentari sebanyak 20 episod pukul 11.30 pagi menerusi dengan durasi 30 minit ini akan disiarkan pada setiap RTM 2. hari Sabtu pukul 6.30 petang Hadir sama Tuan Muhamdi RTM 1 bermula pada 25 mad Farid bin Haji Shuib, Julai 2015 dengan siaran ulanPenerbit Rancangan TV, Bagan pada setiap hari Jumaat hagian Media JAKIM. Edisi
SIAM hawhkU natuaT margorP
HAH ALAM 24 Julai – Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS telah melancarkan Dokumentari TV MAIS bertajuk ‘Hanya Engkau Aku Sembah’ bagi memperjelaskan kepada masyarakat berkaitan agama Islam yang menitik beratkan keamanan dan kesejahteraan hidup tidak mengira agama, bangsa, dan budaya. Dokumentari TV terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini bertujuan memberi pendedahan mengenai Agama Islam sebagai agama toleransi kepada masyarakat terutama kepada non muslim di samping mengurangkan persepsi negatif terhadap agama Islam selain memperkenalkan peranan dan tanggungjawab MAIS. Penerbitan dokumentari TV ini diharap menjadi panduan kepada saudara baru khasnya dan umat Islam
Sesi bertukar cenderahati.
Perjumpaan Setiausaha MAIS bersama NGO-i Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
S
HAH ALAM 21 Ogos - Satu perjumpaan diantara Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS bersama NGO-i telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah bagi membincangkan gerak kerja sepadu Pengurusan Mualaf di negeri Selangor. Perbincangan ini bertujuan meningkatkan kerjasama smart partnership antara MAIS & NGO-I bagi membimbing dan menjaga kebajikan mualaf me-
lalui kewujudan tabung kecemasan, kelas bimbingan, ziarah, rumah perlindungan dan program pembangunan muallaf.
Antara NGO-I yang hadir adalah PERKIM, MACMA, Hidayah Centre, dan PERKASA. Edisi
Para pengantin berarak menuju ke dewan jamuan.
Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
P
Wakil-wakil NGO-i semasa mendengar taklimat dari Setiausaha MAIS
ada 22 Ogos 2015, telah berlangsung Program Pemurniaan Perkahwinan Muallaf Masyarakat Orang Asli Daerah Hulu Selangor, bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Manchung Hulu Selangor. Seramai 27 pasangan pengantin mualaf orang asli sekitar Hulu Selangor telah di ijab qabulkan anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor dan Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM. Majlis ini di rasmikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, MAIS. Turut hadir Y.Bhg Us. Zanizan bin Ismail, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Selangor. Edisi
nagnatikaK nagnubuH naktarE
BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Ogos 2015 • 11 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
dan Lembaga Zakat Selangor
MAIS Peruntukkan RM21.2 Juta Untuk Pendidikan Dan Pembangunan Muallaf Selangor Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
Sumber: LZS
S
HAH ALAM 4 September - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memperuntukkan sebanyak RM21.2 juta bagi tahun ini untuk bantuan pendidikan dan program pembangunan (latihan) kepada muallaf khususnya di Negeri Selangor di mana RM17 juta untuk pendidikan muallaf dan RM4.2 juta untuk program pembangunan muallaf (latihan). MAIS juga menambahbaik insentif bagi pendidikan muallaf pada tahun ini dengan mewujudkan Skim Bantuan Pendidikan Muallaf (Pengajian Tinggi, Persekolahan dan Institusi Pengajian Khas). Seiring dengan usaha ini, Akademi Muallaf Selangor turut ditubuhkan bagi membolehkan muallaf di negeri ini mendapat pendidikan agama Islam dengan lebih tersusun dan komprehensif. Sementara itu, MAIS juga menambahbaik Buku Teks Muallaf Tahap 1 dengan membuat proses terjemahan kepada Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil bagi memudahkan muallaf untuk mempelajari agama Islam dengan lebih sempurna. Dalam majlis ini, MAIS memberi penghargaan dan
LZS Terima Sijil Audit Bersih Kali Ke-7
S Sesi bergambar kenangan
pengiktirafan melalui Anugerah Kecemerlangan (Qudwatul Hasanah) kepada muallaf yang berjaya dalam pendidikan, pembangunan diri, sosio-ekonomi serta pengiktirafan kepada warga pendidik muallaf dan kumpulan pembangunan muallaf yang banyak membantu MAIS dalam melaksanakan program dan aktiviti muallaf. Seramai 31 orang muallaf telah menerima Anugerah Qudwatul Hasanah meliputi Kategori Pendidikan, Pendidikan Khas, Pengajian Tinggi, Panel Dakwah Cemerlang, Kategori Khas Jasamu Dikenang dan Kategori Usahawan Muallaf Cemerlang. Semua penerima anugerah menerima sumbangan wang antara RM500 hingga RM5000 mengikut kategori sebagai tanda penghargaan
dan pengiktirafan MAIS terhadap sumbangan yang cemerlang oleh muallaf. Sumbangan disampaikan oleh Y.D.H. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf MAIS. Turut hadir Dato’ Bakhtiar bin Haji Hussin, Setiausaha MAIS dan Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Timbalan Setiausaha MAIS. Edisi
HAH ALAM, 27 Ogos 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini memperoleh Sijil Audit Bersih dari Jabatan Audit Negara dalam Penyata Kutipan dan Agihan Zakat bagi tahun berakhir 2014. Penganugerahan sijil ini membolehkan LZS mengekalkan pencapaian menerima sijil bersih untuk kali ke-7 sejak tahun 2008. Sijil tersebut telah diserahkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali bertempat di ibu pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Edisi
Sesi bergambar kenangan
Perjanjian Sewaan Projek Perhotelan Antara MAIS dan KOPSYA Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
P
ada 1 September lalu, bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, telah diadakan Perjanjian Sewaan Projek Perhotelan di antara MAIS dengan (Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) bersempena Majlis Ramah Mesra Y.B. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pertukaran perjanjian disempurnakan oleh Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS dan Y.Bhg. Dato’ Haji Abdul Fattah bin Haji Abdullah, Presiden AN-
GKASA merangkap Presiden KOPSYA serta disaksikan oleh Y.B. Menteri. Pihak KOPSYA telah mendapat kelulusan penyewaan unit
hotel dan pejabat tingkat 1 di Bangunan Kompleks MAIS, Klang bagi tujuan pengoperasian hotel di bawah KOPSYA.
Edisi
YAD Dato’ Setia Pengerusi MAIS menandatangani Perjanjian Sewaan Projek Perhotelan.
BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • Ogos 2015 Sumber: Kolej Universiti Islam Selangor
YAB Dato’ MB Selangor Rasmikan PAnTUMN 2015 Sumber: KUIS
K
UIS - Buat julung kalinya nama puluhan ulama Melayu Nusantara dimartabatkan dan diharumkan di KUIS melalui Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2015 (PAnTUMN2015). Persidangan ini anjuran bersama Pusat Pengajian Teras dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ( JAIS), dan Lembaga Zakat Selangor. Program ini telah diadakan pada 28 April 2015, Selasa dan bertempat di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Persidangan ini dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Haji Mohamed Azmin bin Haji Ali. Ucaptama disampaikan oleh tiga tetamu jemputan, pertama, Y.A.D. SS Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd. Wahid (Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor) dengan tajuk “Cabaran Ulama Sebagai Pencetus Kebangkitan Ummah Dalam Mende-
pani Arus Globalisasi”, YBhg. Dr. Saiful Bahri (Wakil Ketua Komisi Seni Budaya Islam Majelis Ulama Indonesia) yang bertajuk “Peranan Ilmu dan Ulama Dalam Membangun Peradaban Nusantara”, dan YBhg. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil (Presiden Kolej Dar alHikmah) dengan tajuk “Ulama Pemacu Perubahan:Isu dan Cabaran”. Ketiga-tiga kertas kerja utama ini seiring dan bertepatan dengan tema PAnTUMN2015 iaitu “Ulama Pencetus Kebangkitan Ummah.” Persidangan ini diadakan untuk menonjolkan dan mengetengahkan kepakaran, ketokohan, sumbangan, kitabkitab dan pemikiran tokoh-tokoh ulama Melayu Nusantara dalam usaha mengembangkan lagi ilmu dakwah Islamiyah di Nusantara ini. Sebanyak 57 kertas kerja telah berjaya dibentangkan. Tokoh-tokoh ulama yang dibentangkan adalah tokoh-tokoh yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Antaranya ialah Allahyarham Tuan Haji Wan Mohd Shaghir Abdul-
VIP di tempat duduk masing-masing.
lah, Tuan Guru Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nikmat, Dato Haji Tajuddin bin Haji Abdul Rahman, Abdul Malik Karim Amrullah (Prof. Hamka), Abdul Rauf As Singkili, Raja Ali Haji, Tok Selohor dan ramai lagi. Persidangan ini dihadiri lebih kurang 450 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah dan pegawai sokongan dari KUIS, Pegawai yang mendapat pentauliahan dari JAIS, Ahli Jawatankuasa Masjid di bawah kelolaan JAIS, guru-guru dari sekolah di bawah kelolaan JAIS, para
akademik dari institusi pendidikan yang lain termasuk peserta dari Indonesia. Persidangan ini menggunakan konsep Pembentangan Selari. Para pembentang ini terdiri daripada golongan akademik dari KUIS seramai 33 orang dan dari institusi pendidikan luar seramai 24 orang termasuklah dari Indonesia dan Brunei. Kesemua tajuk kertas kerja yang dibentangkan itu merangkumi beberapa sub tema iaitu biografi tokoh, pendidikan dan tarbiyah, falsafah dan pemikiran, ketatanegaraan, ilmu bahasa, sosiobudaya,
dan politik dan kepimpinan. Perancangan pada masa akan datang, prosiding ini akan diterbitkan dengan status buku. Kos percetakan buku ini telah disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada pihak JAIS. Secara keseluruhannya, PAnTUMN2915 berjalan lancar seperti yang direncanakan. Ini merupakan hasil usaha gembleng tenaga semua pihak. Diharapkan usahasama antara KUIS dengan JAIS khususnya PPT akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Edisi
Seminar Kebangsaan Integriti & Pencegahan Rasuah Sumber: KUIS
K
UIS - Seminar Kebangsaan Integriti Pencegahan Rasuah Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2015 telah diadakan pada 07 Julai 2015, Selasa dan bertempat di KUIS. Seminar ini anjuran bersama antara Ba-
hagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan KUIS. Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk mewujudkan kerjasama yang erat antara KUIS dengan pihak SPRM dalam usaha memerangi rasuah. Program ini dirasmikan oleh
Sesi bergambar kenangan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu YBhg. Datuk Hj Mustafar bin Ali. Sebagai tanda sokongan padu, Majlis Ikrar Integriti Korporat [Corporate Integrity Pledge (CIP) telah diadakan. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab Halim bin Tamuri selaku Rektor KUIS merangkap mewakili KUIS telah menandatangani CIP yang disaksikan oleh YBhg. Datuk Hj Mustafar bin Ali sebagai wakil SPRM. Seterusnya diadakan pelancaran penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT peringkat KUIS untuk mendidik pelajar agar memahami bahaya rasuah. Selepas itu diadakan pelancaran Buku
Seminar Integriti dan Pencegahan Rasuah yang bertemakan “Pendidikan Integriti Dalam Pembangunan Modal Insan”. Kesemua kertas kerja yang terdapat dalam buku ini ialah hasil suntingan dari tesis peringkat Sarjana para pegawai SPRM. Seminar ini telah dihadiri seramai 500 orang peserta dari ahli akademik, para Ulama, Badan bukan kerajaan Islam yang berdaftar dengan MAIS (NGO-i), GLC, SPRM dan pimpinan mahasiswa. Antara tokoh yang hadir sebagai Ahli Panel ialah YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Halim Tamuri (Rektor KUIS), YBhg. Datuk Hj Mustafar bin Ali,
YBhg. Dato’ Sri Haji Zakaria bin Haji Jaffar, YBhg. Dr. Anis Yusal bin Yusoff, YBhg. Tan Sri Musa bin Hassan, YBhg. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Bin Abdul Razak, YBhg. Dr. Md. Akbal bin Abdullah, YBhg. Dr. Syarul Azman bin Shaharuddin, Pn. Zaleena Bt. Abd Ghani dan wakil pemimpin pelajar iaitu Saudara Akram Ikrami bin Taib Azamudden. Seminar ini bermula 7.45 pagi dan berakhir 8.30 malam di Masjid al-Azhar. Kesemua peserta seminar disediakan juadah berbuka puasa di Masjid Al-Azhar, KUIS yang ditaja sepenuhnya oleh SPRM. Majlis bersurai selepas solat Maghrib berjemaah. Edisi
BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Ogos 2015 • 13 Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
Pernikahan Perdana Orang Asli Daerah Hulu Selangor Sumber: JAKESS
J
umaat, 6 Ogos 2015 bersamaan 21 Syawal 1436 Hijrah- telah dilaksanakan perbicaraan luar mahkamah bagi masyarakat orang asli di Kampung Orang Asli, Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Perbicaraan ini telah melibatkan dua badan kehakiman iaitu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Bahagaian Pembangunan dan Pendidikan Muallaf Negeri Selangor (MAIS), Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, dan beberapa agensi agama Negeri Selangor yang lain. Mahkamah Tinggi Syariah Selangor diwakili Ketua Hakim Syarie Selangor sendiri iaitu, Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar manakala Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor diwakili dua hakim iaitu Tuan Kamarulzaman Bin Ali dan Tuan Mohd Sohibul Kahfi Bin Hussin. Antara kes yang telah dibicarakan melibatkan 18 kes wali raja, pengesahtarafan anak dan permohonan di bawah umur untuk berkahwin. Program ini melibatkan semua zon orang asli dae-
rah Hulu Selangor antaranya kawasan Orang Asli sekitar Bukit Mancong, Kerling, Tun Abdul Razak, Serendah, Pertak, Buluh Telur dan Changkat Bintang. Perbicaraan ini merupakan program kali kedua di mana Mahkamah turun padang bagi menjalankan prosiding keskes yang melibatkan orang Islam serta memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli tentang pentingnya sesuatu prosedur perkahwinan itu menurut undang-undang yang telah diperuntukan di dalam Enakmen Undangundang Keluarga Negeri Selangor. Antara objektif program adalah bagi menyediakan saluran terbaik dan lebih mudah kepada masyarakat Orang Asli Islam dalam urusan nikah, mengelakkan berlakunya zina,fitnah dan perhubungan haram dan bagi menjimatkan kos perbelanjaan dalam urusan perkahwinan. Selain itu, Ia juga bertepatan dengan maqasid Syariah berkaitan kepentingan menjaga nasab keturunan mereka yang beragama Islam. Semoga usaha yang dilakukan ini akan mendapat keberkatan dan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Edisi
Masyarakat orang asli mendengar taklimat
Sesi Temubual Dengan Pegawai Sulh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Sumber: JAKESS
P
ada 30 Julai 2015 yang lepas, JAKESS telah menerima kehadiran Sobia Abdul Razzaq seorang pengantara (mediator) bertauliah dari United Kingdom. Beliau adalah seorang Pensyarah Kanan dalam Undang-undang Perniagaan dan Undang-undang Eropah, Universiti Westminster, United Kingdom. Beliau kini bergiat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan di London, the City Circle dan sedang menjalankan kajian berhubung dengan Islamic Shariah Council di United Kingdom. Tujuan kehadiran Sobia ke JAKESS adalah untuk mengadakan sesi temubual dengan Pegawai Sulh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor berkenaan Tatacara Sulh dan aspek-aspek berkaitan pengendalian majlis sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Turut bersama-sama Sobia bagi mengiringi beliau melakukan kajian berkaitan ialah Dr. Narizan Abdul Rahman, seorang pensyarah kanan di Jabatan Shariah dan Undang-undang, Aka-
Sesi bergambar kenangan.
demi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga banyak mengkaji isu-isu perundangan dan mahkamahmahkamah syariah di Malaysia. Kehadiran mereka dimulakan dengan sesi pertemuan bersama YAA Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar dan disusuli dengan temubual bersama Pegawai Sulh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Puan Maryam Jameelah Binti Ali Sabri dan Puan Nurul Nadia Binti Tahad. Dalam sesi pertemuan bersama YAA Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, telah diterangkan tentang inisiatif-inisiatif jabatan bagi meningkatkan mutu
Semasa di meja perbincangan.
perkhidmatan Mahkamahmahkamah Syariah Negeri Selangor seperti mewujudkan sistem “fast-track” yang tersendiri, mahkamah yang bersidang pada waktu malam dan mahkamah bergerak. Berikutan itu, Sobia sempat mengungkapkan rasa kagum beliau dengan pencapaian pentadbiran kehakiman Mahkamah Syariah di Selangor. Sepanjang sesi temubual dijalankan, mereka telah mendapatkan serba sedikit gambaran tentang Tatacara Sulh yang digunapakai di Negeri Selangor serta aspekaspek pengendalian Majlis Sulh dan format perjanjian penyelesaian yang pernah dirangka. Mereka juga sempat menyaksikan sendiri perjalanan dan pengendalian majlis sulh setelah mendapatkan keizinan pihak-pihak di dalam kes berkenaan. Di akhir sesi temubual, mereka telah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian pihak JAKESS menerima permohonan bagi menjalankan kajian ini. Pihak JAKESS juga mengalu-alukan kehadiran mereka dalam siri-siri lawatan seterusnya, Insyaallah! Edisi
IKON ASNAF 14 • Edisi • Ogos 2015
Rezeki Di Pasar Malam “Jika ditanya, sejak bila saya suka berniaga? Jawapannya, sejak kecil lagi saya sudah berjinak-jinak menjual barang, dulu saya ambil sayur dan jual dari rumah ke rumah.” Demikianlah jawapan ringkas lelaki awal 40-an ini kala disapa.
Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
B
erperwatakan sederhana, dia kelihatan agak sibuk bekerja. Kala penulis tiba di perkarangan rumahnya, dia baharu saja sampai dan memarkir lori. Justeru itu, janji temu yang diatur sore itu di rumahnya, cuba penulis penuhi mengikut waktu yang disepakati. Maklumlah, dia perlu bergegas membuka gerai jualan di pasar malam. Kelewatan menemuinya, pasti mengganggu jadual perniagaannya. Maka, buat kali ini, marilah sama-sama kita ikuti kisah Aizam bin Samian, 41, menguak rezeki di pasar malam. “Sebenarnya saya ini diminta oleh pihak Ketua Kampung agar mengambil tempat ibu bapa saya yang sudah tua dan sakit. Mereka memang asnaf di Lembaga Zakat Selangor (LZS), namun keuzuran mereka menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti banyak program anjuran LZS. Maka, daripada dibiarkan kosong, lebih baiklah saya menggantikannya.” Tambah Aizam lagi. Sebenarnya, ibu bapa Aizam menghidap masalah buah pinggang yang sangat kritikal. Selama mereka hidup, Aizam-
lah yang kehulu kehilir menguruskan mereka. Hospital ibarat rumah kedua bagi Aizam, malah banyak pengalaman pahit manis terjalin di antaranya. “kira-kira tiga setengah tahun saya berulang alik antara rumah dan hospital. Pernah waktu takbir lebaran bergema, saya menangis di hospital. Ibu saya dimasukkan ke wad dan saya mesti menjaganya. Saya sedih, kerana orang lain sedang sibuk bersiap-siap untuk berhari raya, saya pula berjaga di hospital.” Ujar Aizam mengingatkan kisah silamnya. Malah ada lagi beberapa pengalaman yang sangat sukar dilupakan olehnya. “Pernah juga satu malam, isteri saya sedang bertarung untuk melahirkan anak di Hospital Jerantut di Pahang, sedangkan ayah saya sedang menerima rawatan di Hospital Klang dan ibu saya pula menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang. Waktu itu, memang fikiran saya sungguh tidak keruan dibuatnya.” Ujar Aizam lanjut. Mungkin dek kerana tekanan hidup yang dialaminya secara berpanjangan selama bertahun-tahun, di waktu usia yang relatifnya masih muda Aizam sudah dihinggapi beberapa jenis penyakit, seperti jantung dan darah tinggi.
“Sebenarnya corak kehidupan saya memang meletihkan. Dahulu, hampir 10 tahun kehidupan saya setiap hari saya akan bermula sekitar 1.30 pagi. Mula-mula saya ke Pasar Batang Berjuntai untuk mengambil sayur dan diedarkan ke lokasi yang sudah dijadualkan. Kemudian, jam lapan pagi saya akan memotong rumput di sekitar daerah Klang. 4.30 petang saya balik dan berehat sebentar sebelum membuka gerai satay pada jam 6.00 petang sehingga ke jam 10.00 malam. Itulah rutin hidup saya.” Tambah Aizam lagi. Demikianlah, dengan kelulusan akademik yang rendah, Aizam mengandalkan tulang empat keratnya untuk mencari rezeki. Kini, di usia awal 40-an dia masih perlu bergegas setiap awal pagi ke Bukit Tagar untuk mengambil sayur dan dibawa ke Pasar Borong Selangor. Sebelah petangnya, Aizam akan membuka perniagaan sataynya di beberapa lokasi pasar malam pula. “Saya menjalankan perniagaan pasar malam di Pasar Malam Bukit Badong setiap hari Rabu, Pasar Malam Bestari Jaya setiap Isnin dan Pasar Malam Bandar Tasik Puteri setiap Jumaat. Menghimbau kembali saat dia bergelut dengan kesibukan menguruskan ibu
bapanya yang uzur, sungguh Aizam amat berterima kasih dengan huluran zakat yang datang kepada mereka. “Bayangkan, ibu bapa saya dalam sebulan sampai dua tiga kali ke hospital dan kadang-kadang ditahan beberapa ketika di sana. Kemudian, kos-kos yang terlibat juga bukanlah sedikit. Saya menghabiskan ribuan ringgit dan sebenarnya, bantuan zakat jugalah yang banyak membantu ibu bapa saya.” Tambah Aizam. Kemudian, setelah ibu bapanya meninggal Aizam yang sememangnya layak langsung diterima menjadi asnaf zakat dan dia pun diberikan peluang untuk memperbaiki kehidupannya. “LZS memberikan saya beberapa kali bantuan modal perniagaan. Di antaranya mesin pemerah tebu, pembuat ais krim goyang, set generator, sebuah lori berharga RM40 ribu dan juga modal tunai RM4,500. Bagi saya, segala macam bantuan ini amat bermakna untuk saya. Insya-Allah, saya berazam untuk memanfaatkannya sebaik mungkin, berusaha bersungguh-sungguh hingga akhirnya saya pula mampu menjadi pembayar zakat.” Ujarnya lagi. Di akhir perbualan, Aizam tidak lupa merakamkan ucapan pernghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dirinya sekeluarga selama ini. Dia berdoa, mudah-mudahan semua pihak yang menyantuni mereka selama ini, dimurahkan rezekinya, mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan dijauhkan mereka dari segala bala bencana, amin. Nota: Bagi yang berminat membuat tempahan satay, ais krim goyang dan jagung cawan, Aizam boleh dihubungi di talian 010-5360 706. Edisi
ANDA TANYA KAMI JAWAB Edisi • Ogos 2015 • 15
Ketentuan Minimum Zakat Pendapatan SOALAN: Saya ingin mengetahui had minimum wajib zakat pendapatan. Adakah pendapatan bulanan RM1,500 sebulan itu sudah wajib zakat pendapatan? Ini kerana, ada juga teman-teman di tempat kerja saya gajinya RM1,500 sudah layak berzakat dan ada yang gajinya RM2,000 tidak pula dikenakan zakat. Saya juga ada terbaca apabila pendapatan tahunan melebihi RM11,000 setahun, maka dikuatiri sudah wajib zakat. Untuk makluman, isteri saya juga bekerja dengan gaji bulanan RM1,000. Perlukah kami mencampurkannya untuk mengira zakat? Harap panduan ustaz. JAWAPAN: Terima kasih di atas soalan yang telah diberikan. Sebenarnya, ramai juga umat Islam yang bertanya kepada saya tentang isu yang sama. Ini kerana, masing-masing tidak tahu gaji sebesar manakah yang sudah diwajibkan zakat pendapatan? Baguslah, kerana ini menunjukkan semakin ramai umat Islam yang telah sedar peri pentingnya kewajipan zakat pendapatan demi meraih keberkatan dalam kehidupan. Baiklah, sebenarnya secara asasi kewajipan zakat pendapatan itu datang sekiranya pendapatan seseorang itu sudah berada di atas daripada paras nisab tahunan. Dalam soalan di atas, nilai RM11,000 itu adalah nisab tahunan zakat harta bagi tahun 2014 di Selangor. Maka, sekiranya pendapatan si A pada tahun 2014 berjumlah RM1,500 sebulan, didarabkan dengan 12 bulan (setahun) maka sudah menjadi RM18,000 dan secara umumnya, ia sudah pun melebihi paras nisab dan wajiblah ia dizakatkan. Namun begitu, ini adalah unjuran mudah tanpa melihat kepada realiti. Maka, dalam konteks pengiraan zakat pendapatan yang sebenar, ia mesti mengambil kira jumlah pendapatan dan dibandingkan dahulu dengan jumlah penggunaan ke atas diri dan keluarganya. Apabila adanya lebihan, maka baharulah ia dizakatkan. Perbandingan jumlah pendapatan dan tanggungan inilah yang disebutkan sebagai had al-kifayah (had minimum kecukupan). Saya ulangi sekali lagi, had al-kifayah ini adalah satu formula mudah untuk kita menentukan taraf kekayaan seseorang. Sekiranya pendapatan yang diperolehinya setahun lebih daripada paras nisab, namun tanggungannya juga sangat besar, maka kemungkinan besar kekayaannya merosot sehingga di bawah paras nisab, atau lebihan pendapatannya menjadi kecil dan akibatnya dia mungkin tidak wajib berzakat atau zakatnya juga menjadi kecil.
Sebab itulah, jumlah pendapatan yang sama di antara seorang dengan seorang yang lain tidak boleh terus dijadikan ukuran dalam menentukan zakatnya. Misalnya, tidak boleh diletakkan, semua orang yang berpendapatan RM1,500 maka zakatnya RM37.50 (RM1,500 X 2.5 % = RM37.50). Ini kerana, boleh jadi individu A dengan gaji RM1,500 mempunyai seorang isteri dan seorang anak; sedangkan si B dengan gaji RM1,500 masih bujang tanpa tanggungan. Perbezaan tanggungan inilah yang akan menyebabkan jumlah tolakan yang berbeza dan hasilnya, zakat si A dan si B juga adalah berbeza. Ini asas yang mesti difahami semua. Maka, tidak perlulah dihairankan jika si A dengan gaji RM1,500 dikenakan zakat, mungkin kerana dia masih bujang; namun si B dengan gaji RM2,000 tidak pula dikenakan zakat, atas alasan dia sudah berkahwin dan dia juga punya dua anak. Tanggungan yang ada pada dirinya itulah, yang menyebabkan dia mungkin terlepas daripada zakat atau zakatnya mengecil. Ini kerana, kewajipan zakat hanya tertakluk ke atas lebihan harta setelah penggunaan wajib. Allah SWT berfirman: “Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apakah yang perlu mereka nafkahkan (sebagai zakat), maka jawablah, perkara yang berlebihan daripada keperluan.” (al-Baqarah: 219) Wajib diingat, bahawa keperluan yang dimaksudkan di sini ialah keperluan asasi manusia yang sesuai dan dianggap seiring dengan keperluan zamannya. Mutakhir ini, keperluan asasi itu disandarkan kepada enam perkara, iaitu makanan, rumah, pakaian, pendidikan, perubatan dan pengangkutan. Dalam konteks amalan semasa di Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan kebanyakan negeri di Malaysia, tolakan ini dijadikan dalam bentuk tolakan asas atau tolakan Had al-Kifayah seperti mana di
Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@e-zakat. com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS.
JADUAL 1: KIRAAN ZAKAT BERDASAR HAD AL-KIFAYAH DI SELANGOR (TAHUN 2014) PERKARA
JUMLAH
JUMLAH BESAR
A: Pendapatan (Gaji + Hasil Bebas + Sewaan + Bukan Jalan Pekerjaan) Gaji tahunan + Bonus (1 bln) Lain-lain pendapatan JUMLAH
RM3,500 X 12 + 1 RM1,000 X 12
RM45,500 RM12,000 RM57,500
B: Tolakan Had al-Kifayah (yang disediakan oleh LZS) Diri sendiri Isteri Tanggungan / Anak di IPT Tanggungan tidak bekerja (18 tahun ke atas termasuklah ibu bapa yang memerlukan biaya) Anak berumur 7-17 tahun Anak berumur 0-6 tahun
RM8,200 RM5,000 / seorang RM2,800 - 1 anak di IPT
RM10,750 RM5,000
RM2,300/ seorang - 1 Ibu di kampung RM2,200/ seorang - 2 orang anak RM1,450/ seorang - 2 orang anak
RM2,300 RM4,400 RM2,900
C: Had al-Kifayah Tambahan ( Jika berkenaan sahaja) Tanggungan anak cacat (OKU) Tanggungan pesakit kronik
RM2,400 / seorang RM2,400 / seorang
Tiada Tiada
11 % RM4,620 Ikut simpanan X 12 bulan RM1,200 A–B–C–D RM26,330 X 2.5 %
RM26,330* RM658.25
D: Tolakan Lain Yang Dibenarkan Carumana kepada KWSP RM42,000 X 11% Simpanan ke dalam Tabung Haji RM100 X 12 JUMLAH ZAKAT
dalam jadual di atas. Maka, apabila dibuat tolakan dan ada lebihan, baharulah ditentukan jumlah zakatnya. Sebagai panduan, jumlah tolakan Had al-Kifayah di Selangor adalah seperti berikut. *RM26,330 berada di atas paras nisab (RM11,000), maka wajib zakat sebanyak 2.5 peratus. Jika baki selepas penggunaan had al-kifayah di bawah paras nisab, maka tidak wajib zakat. Manakala, berkenaan wang gaji pihak isteri pula, ia adalah pendapatan yang
berasingan dan hendaklah dikira secara berasingan juga. Cuma yang berbeza, seorang isteri tidaklah boleh menolak keperluan suaminya, kerana suami bukanlah tanggungan wajib di sisi seorang isteri. Manakala tanggungan anak-anak juga, hakikatnya ia adalah tangunggan wajib di sisi suami. Namun, jika memang si suami tidak mampu menanggung sepenuhnya anak-anak, maka bolehlah dibahagikan tanggungannya dengan isteri. Wallahua’lam. Edisi
ULASAN BUKU 16 • Edisi • Ogos 2015 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)
IBU, KUINGIN TAHU...
AJARAN SESAT : DI SEBALIK LIPATAN SEJARAH ISLAM
CALL NO : 297.57 NUR
CALL NO : 297.83 EAZ
Sebagai seorang ibu Muslim, terdapat beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya kita berkaitan ilmu aqidah atau keimanan seorang yang beragama Islam. Antaranya ialah, 1. Berapakah tahap umur yang paling sesuai untuk menerangkan kepada anak tentang Allah? 2. Adakah anak mampu faham tentang perkara yang abstrak (alam ghaib) seperti alam kubur, syurga dan neraka? 3. Adakah sesuai dan tidak terlalu berat untuk mengajar anak tentang hukum syariah, halal dan haram? 4. Bagaimanakah caranya? Buku ini ditulis berdasarkan sebahagian koleksi pengalaman peribadi penulis dalam proses mengwujudkan benih keimanan dalam diri anak-anak, dan juga beberapa perkongsian ilmu daripada pendidik lain yang istiqamah untuk melahirkan insan-insan yang insya-Allah soleh musleh. Isi kandungan dibahagikan kepada 17 persoalan yang mungkin dikemukakan oleh anak iaitu “Ummi…mana Allah?”; “Allah ada di dalam lubang?”; “Allah mandi, hujan pun turun?”; “Allah banyak? Tangan Allah panjang ke?”; “Dalam syurga ada apa?”; “Syurga ada tujuh?”; “Ummi…api neraka!”; “Hantu gemuk tidak kuat lari?”; Kenapa ummi solat banyak-banyak?”; “Kenapa ummi solat duduk?”; “Kenapa ummi tak jawab?”; “Kenapa dia miskin? Dia tak solat ke ummi?”; “Orang jahat tu bunuh kawan-kawan?”; “Ummi, gelang ni halal tak?”; “Tak boleh jadi anjing?”; “Rasulullah tu siapa?”; dan “Mahu tahu macam mana nak jumpa Allah?”. Buku ini menggunakan ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni akan membuat anda dan anak-anak teruja untuk membacanya.
Sejarah Islam telah membuktikan yang isu ajaran sesat telah lama berlaku sejak dari zaman Rasulullah lagi kerana pada zaman tersebut, Rasulullah SAW sendiri telah menyaksikan beberapa kumpulan ajaran sesat yang mengisytiharkan diri mereka keluar daripada Islam. Pada masa kini pula, masyarakat Islam belum memahami dan terkeliru berkenaan sebahagian kesesatan yang terdapat dalam sesuatu ajaran sehingga terjadinya tuduh-menuduh di kalangan umat Islam hingga ke tahap akidah dan pegang masing-masing dipertikaikan. Namun, apa yang paling menyedihkan adalah masyarakat sekeliling berjaya dipengaruhi oleh pendukung ajaran sesat ini. Malah, pendukung ajaran sesat sanggup menuduh dan melabelkan orang-orang beriman yang tidak bersama mereka sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran yang sebenarnya. Terdapat 56 gerakan ajaran sesat yang telah dikenal pasti dan diwartakan di Malaysia yang mempunyai pengikut masing-masing sebelum diketahui pihak berkuasa, antaranya ialah Al-Arqam, Syiah, Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang, Ajaran Ayah Pin dan Al-Ma`Unah. Pelbagai peruntukan undang-undang mengikut Islam yang patut dikenakan terhadap pengamal ajaran sesat telah dirungkaikan. Pengetahuan tentang bahayanya ajaran sesat kerana ia membawa kepada perpecahan Islam dan yang ajaran Nabi Muhammad SAW ajaran yang terbaik dapat disedari dengan pembacaan ini.
JANGAN TANGGUH LAGI! ISTERI SOLEHAH PERANCANG RUMAHKU SYURGAKU
CALL NO : 297.22 ABD
CALL NO : 297.577 MHI
Taubat adalah suatu kewajipan di sisi Alalh. Kita sebagai manusia, tidak lari dari membuat salah dan dosa sehingga kadang-kadang lalai sama ada siang atau malam. Taubat juga merupakan suatu usaha yang perlu dilakukan sungguhsungguh yang menunjukkan kita kesal kepada segala kekhilafan yang lampau. Ia akan dapat menenangkan hati kita yang kerisauan dan tidak tenang dengan noda-noda dosa dahulu. Allah menerima setiap taubat hambaNya sama ada mereka musyrik, munafik, orang-orang murtad, orang yang zalim, orang yang selalu melakukan kemaksiatan ataupun orang yang lalai melaksanakan suruhanNya. Maka, untuk segera mendapatkan keampunan dan kerahmatan dari Allah, jangan lah tangguhkan taubat, segerakanlah taubat yang perlu dilakukan. Di dalam buku ini terdapat 11 bab yang perlu diteliti untuk lebih memahami konsep taubat dan menginsafi segala kesilapan yang pernah dilakukan iaitu “Pengertian taubat”; “Mengapa mesti bertaubat”; “Mengenal pasti tingkatan dosa”; “Pintu taubat selalu terbuka”; “Rahsia taubat”; “Kesalahan yang zalim ketika taubat”; “Taubat dan beberapa persoalan mengenainya”; “Bertaubat dari dosa-dosa besar”; “Perkara-Perkara yang dapat membantu semasa bertaubat”; “Secebis kisah insan-insan bertaubat” dan “Mengambil pengajaran di antara mereka yang melakukan dosa dan kembali bertaubat”.
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” Setiap kaum Hawa mesti mendambakan untuk menjadi perhiasan paling indah. Sayangnya, jalan untuk menjadi “yang terindah” sangat berliku. Wahai wanita solehah, jangan risau tentang jodohmu, kerana muslimin yang bijak itu tidak akan terpaut hanya pada kecantikan. Bersyukurlah di atas apa yang ada, serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. Buku ini menceritakan tentang maksud sebenar wanita solehah dan cara-cara untuk menjadi yang sedemikian. Dengan disertai pengurusan rumah tangga, kualiti sebagai seorang muslimah dapat dinilai. Antara lain ialah cara-cara untuk menguruskan keperluan keluarga, berinteraksi dengan anggota keluarga dengan cara yang baik, berdandan dengan betul untuk menjaga hati suami dan banyak lag. Ruangan soal selidik untuk menilai tahap kejayaan anda dalam menguruskan rumah tangga juga disertakan. Tiga aspek kewanitaan iaitu keimanan, tingkah laku dan dakwah dibincangkan juga. Ia adalah sebagai satu usaha untuk menghidupkan kembali cara berfikir tentang kehidupan melalui tafakur dan zikir. Dengan ini, kita mampu meraih kenikmatan hidup disebabkan hubungan kita dengan Allah SWT sentiasa dekat dan memperoleh ganjaran pahala daripadaNya.
Buku berikut boleh didapati di Perpustakaan Wakaf MAIS yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116
TOKOH ISLAM Edisi • Ogos 2015 • 17
ISMAIL AL-FARUQI (1921-1986M) Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.
D
r. Isma’il Raji al-Faruqi dilahirkan di Jaffa, Palestin. Bapa beliau, ‘Abd al-Huda alFaruqi, adalah seorang kadi dan guru agama yang dihormati. Di peringkat awal, beliau memperoleh pendidikan dari bapanya dan di masjid berdekatan dengan rumahnya. Kemudian beliau memasuki French Dominican College Des Freres (St. Joseph) pada tahun 1936. Ketika kerajaan British menguasai Jurusalem, beliau dilantik sebagai Pendaftar Koperasi Masyarakat kemudian pada tahun 1945 sebagai Gabenor daerah Galilee. Ketika Israel mendirikan Negara haram mereka secara bebas pada tahun 1948, al-Faruqi berhijrah ke Beirut menyambung pelajaran di Universiti Amerika, Beirut. Beliau kemudian menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Indiana dan memperolehi ijazahnya pada tahun 1949. Beliau kemudian memasuki Universiti Harvard dalam bidang falsafah dan memperoleh ijazah sarjana kedua sebelum kembali ke Indiana menyambung ke peringkat Ph.D dan memperolehnya pada tahun 1952. Beliau menguasai bidang falsafah klasik dan mendalami aspek pemikiran Barat. Sebagai seorang yang mendambakan diri dengan ilmu pengetahuan, al-Faruqi mendalami Islam di Kaherah dan seterusnya mengajar di Universiti McGill, Kanada dan kemudian di Karachi, Pakistan, di Cairo Universiti dan Universiti al-Azhar dan Universiti Syracuse di Amerika Syarikat. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Agama Universiti Temple sehingga menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1986. Sumbangan Al-Faruqi terkenal sebagai seorang pemikir Islam yang menggagaskan idea “Pengislaman Ilmu” dan mempunyai murid serta pengikut di seluruh dunia Islam. Sebagai seorang penulis yang prolifik yang penanya dianggap lebih tajam dari mata pedang, al-Faruqi menghasilkan buku dalam pelbagai disiplin khususnya Sejarah, Falsafah, dan Perbandingan agama. Beliau boleh dianggap antara intellektual Muslim kontemporari yang menguasai falsafah pemikiran Barat dan cuba memahaminya dari perspektif
“A man of two world: West and East, intelligently at ease in both but at peace with neither.” (http://www.ismailfaruqi.com)
Islam. Pengislaman ilmu bermaksud usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh sarjana Muslim untuk mengkaji khususnya ilmu sains social daripada perspektif Islam. Usaha pensekularan ilmu yang berlangsung sepanjang zaman penjajahan telah menjadikan umat Islam kehilangan arah tuju dan menjadi ‘hamba’ kepada Barat. Justeru, melalui penubuhan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT) yang mempunyai rangkaian di banyak Negara Islam, alfaruqi Berjaya mengembangkan pemikirannya terutama melalui penghasilan buku, menyertai persidangan serta forum-forum bersama para pemimpin Islam dan bukan Islam. Antara senarai buku yang dihasilkan oleh beliau adalah seperti berikut: • (1976) The Life of Muhammad. Tr. And ed. From the Arabic of M.H. Haykal. Indianapolis: North American Islamic Trust. • (1980) Sources of Islamic Thought: Three Epistles on Tawhid by Muhammad ibn ‘Abd al Wahhab, tr. And Indianapolis: American Trust Publications. • (1980) Sources of Islamic Thought: Kitab al Tawhid, tr. From the Arabic of Muhammad ibn ‘Abd alWahhab and ed. London: IIFSO. • (1980) Islam and Culture. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. • (1980) Islam and the Problem of Israel. London: The Islamic Council of Europe. • (1981) Social and Natural Sciences, ed. With A. O. Naseef. Sevenoaks, UK: Hodder and Stoughton, and Jeddah: King Abdul Aziz University. • (1981) The Hijrah: The Necessity of Its Iqamat or Vergegenwartigung, ABIM: Kuala Lumpur. • (1982) Essays in Islamic and Comparative Studies, ed. Herndon, VA: IIIT. • (1982) Islamic Thought and Culture, ed. Herndon, VA: IIIT. • (1982) Trialogue of the Abrahamic Faiths, ed. Herndon, VA: IIIT. • (1982) Islamization of Knowledge. Herndon, VA: IIIT. • (1982) Tawhid: Its Implications for Thought and Life. Kuala Lumpur:
IIIT. • (1985) Islam. Beltsville, MD: Amana Publications. • (1986) The Cultural Atlas of Islam. New York: Macmillan. Selain buku-buku di atas, al-Faruqi turut menghasilkan tulisan dalam jurnal-jurnal di peringkat antarabangsa, penulisan popular di beberapa akhbar ternama serta kertas-kertas prosiding seminar yang melebihi 100 karya. Hasil kerja beliau juga turut diterjemahkan dalam pelbagai bahasa utama dunia. Antara contoh tulisan beliau boleh diteliti dalam senarai di bawah: • “Adapting the Quran!”, Impact International vol. 7:4 (FebruaryMarch 1977 / Rabi’al 1397): 10-11. • “Moral Values in Medicine and Science,” Biosciences Communications, vol. III, no. 1 (1977); reprinted in Journal of the Islamic Medical Association. • “Al Ijtihad wa al Ijma’ ka Tarafay al Dinamikiyah fi al Islam”, Al Muslim al Mu’asir, no. 9 (March 1977): 5 – 18. • “Islam and the Social Sciences”, Al-Ittihad vol. XIV, nos. 1-2, ( January – April 1977): 38-40. • “On The Nature of Islamic Da’wah” and “Commentaries” on Christian Missions in the Muslim World, International Review of Mission, vol. LXV, no. 260 (October 1976): 391400; 385-460; reprinted in Risalah (February 1977): 2-6. • “On the Metaphysics of Ethics in Islam,” Listening: Journal of Culture and Religion, vol 14, no. 1 (Winter 1979): 25-43. • “Is the Muslim Definable in Term of His Economic Pursuits?,” Khurshid Ahmad and Z. Ansari, eds., Islamic Perspective: Essays in Honor of A. A. Mawdudi, London: The Islamic Foundation, 1979, pp. 18393. • “Divine Transcendence: Its Expression in Christianity and Islam,” World Faiths (London), no. 107 (Spring 1979): 11-19 • “Islam and the Tehran Hostages,” The Wall Street Journal (November 28, 1979): 24. • “Al Tauhid wa al Fann,” Al Mus-
•
•
•
•
•
•
• •
•
lim al Mu’asir, part I, vol. 5, no 23 ( July-September 1980): 159-80; part II, vol. 5, no. 24 (October-Disember 1980): 183-96; part III, vol. 7, no 25 ( January-March 1981): 137-63. “Islamic Ideals in North America,” SIM News Bulletin, part I, vol. IV, no. 2-3 (February 1981): 23-6; part II, vol. IV, no. 4, pp. 9-14. “Islam and Architecture,” Fine Arts in Islamic Civilization, ed. M. A. J. Beg. Kuala Lumpur: The University of Malaya Press, 1981, pp. 99-117. “Islamizing the Social Sciences,” Social and Natural Sciences, ed. Isma’il R. al Faruqi and Abdullah Omar Naseef. Sevenoaks, UK: Hodder and Stoughton, and Jeddah: King Abdulaziz University, 1981, pp. 8-20. “Freedom of Non-Muslims in an Islamic State,” The Muslim Reader, Vol. 4, no. 2 (Ramadan 1402 / July 1982): 32-35. “Islamic ‘Fundamentalism’ and the U.S.A.,” Islamic Fundamentalism by Karim B. Akhtar and Ahmad H. Sakr. Cedar Rapids, IA:Igram Press, 1982, pp.122-25. “Islam and Other Faiths,” 30th International Congress of Human Sciences in Asia and North Africa, Middle East 1, ed. Graciela de la lama. Mexico City: El Colegio de Mexico, 1982, pp. 153-79. “Islam and the Theory of Nature,” The Islamic Quarterly, vol. XXVI, no.1 (1982): 16-26. “Nahwa Jami’ah Islamiyah,” Al Muslim al Mu’asir, vol. 9, no. 33 (November 1982 – January 1983): 47-56. “Islamization of Knowledge: The General Principles and the Work Plan,” reprinted in Pakistan Journal of History and Culture, vol. 3, no. 1 ( January – June 1982): 21-69. Edisi
FOTO MAIS 18 • Edisi • Ogos 2015
1
2
3
1. Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS telah melancarkan Dokumentari TV terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Hanya Engkau Aku Sembah”. 2. Seramai 27 pasangan pengantin mualaf orang asli sekitar Hulu Selangor telah di ijab qabulkan beramai-ramai pada 22 Ogos 2015 dalam satu Program Pemurniaan Perkahwinan Muallaf Masyarakat Orang Asli. 3. Satu perjumpaan antara Setiausaha MAIS bersama NGO-i telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah bagi membincangkan gerak kerja sepadu Pengurusan Mualaf di negeri Selangor.
FOTO MAIS Edisi • Ogos 2015 • 19
4
5
6
7
4. Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2015 (PAnTUMN2015) yang berlangsung pada 28 April 2015 telah dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Haji Mohamed Azmin bin Haji Ali. 5. Pengerusi MAIS telah menyempurnakan Perjanjian Sewaan Projek Perhotelan di antara MAIS dengan (Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) bersempena Majlis Ramah Mesra Y.B. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Pada 1 September lalu. 6. MAIS telah memperuntukkan sebanyak RM21.2 juta bagi tahun ini untuk bantuan pendidikan dan program pembangunan (latihan) kepada muallaf khususnya di Negeri Selangor dalam majlis Anugerah Kecemerlangan (Qudwatul Hasanah) pada 4 September lalu. 7. YAA Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar dan Pegawai-pegawai JAKESS telah menerima kunjungan Sobia Abdul Razzaq seorang pengantara (mediator) bertauliah dari United Kingdom yang bertujuan mengetahui gambaran pentadbiran kehakiman Mahkamah Syariah di Selangor.
OGOS 2015 • ZULKAEDAH 1436 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my
Terkini Membentuk Fikrah Ummah
ISMAIL AL-FARUQI Dr. Isma’il Raji al-Faruqi dilahirkan di Jaffa, Palestin. Bapa beliau, ‘Abd al-Huda al-Faruqi, adalah seorang kadi dan guru agama yang dihormati. Di peringkat awal, beliau memperoleh pendidikan dari bapanya dan di masjid berdekatan dengan rumahnya.
>17
JADUAL KURSUS INTENSIF MUALAF BAGI SEPTEMBER TAHUN 2015
RM300 HANYA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN UMMAH, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
INI ANDA KH BOLE T SIA BERWA
KURSUS INTENSIF MUALLAF (ASAS) Tarikh: 19-22 September 2015 Tempat: KEM BUMI JATI, LOT 3319, BATU 7, JALAN KEM BUMI JATI, JALAN KEBUN, SEKSYEN 30, 40460 SHAH ALAM
KURSUS JATI DIRI MUALLAF Tarikh: 4-6 September 2015 Tempat: AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN • Jadual dan tempat tertakluk kepada perubahan. • Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa. • Semua peserta dikehendaki berkumpul di MAIS Shah Alam atau di pejabat agama islam daerah pada hari pertama jam 8.30 Pagi dan bas / kenderaan akan bertolak jam 9.00 Pagi.
✓ Berharta Tetapi Tiada Waris
✓ Mempunyai Anak Angkat
✓ Ingin Membuat Kebajikan Selepas Mati
✓ Kurang Arif Menguruskan Harta
✓ Berhutang Tetapi Tidak Yakin Akan Selesai Masa Hidup Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks : 03-5512 4042 www.mais.gov.my
EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my