Edisi bil 36 jan17

Page 1

JANUARI 2017 • RABIULAWAL 1438 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

ROH YANG TERGANTUNG

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

Sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”. (Riwayat at-Tirmizi) >4

PENDEKATAN ISLAM

Dalam Pengurusan Hutang Sultan Selangor Rasmi Persidangan Kehakiman Dan Perundangan Syariah Nusantara 2016 SHAH ALAM 8 November - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Persidangan Kehakiman Dan Perundangan... >10

Pengerusi Mais Sampai Bantuan Persekolahan Kepada Asnaf Fakir Miskin Daerah Hulu Selangor HULU SELANGOR 20 November - YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS... >11 1,794 Keluarga Asnaf Fakir Dan Miskin Kuala Langat Terima Bantuan Pendidikan BANTING, 30 November 2016 Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM600,525 kepada 1,794 keluarga asnaf fakir dan miskin di daerah Kuala Langat bagi bantuan pendidikan sesi persekolahan tahun 2017... >13

KALAM PUJANGGA

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya -Hamka-

Seorang penulis iaitu Jon Hanson dalam bukunya yang bertajuk Good Debt, Bad Debt telah mengibaratkan hutang sebagai kolesterol. Seperti kolesterol, hutang jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah kepada individu, malah ada kalanya ia boleh membunuh. Secara kasarnya apa yang dinyatakan oleh penulis ini ada kebenarannya. Kes-kes jenayah yang berkaitan dengan kegiatan along seperti ugutan, bunuh diri dan sebagainya merupakan antara kesan-kesan buruk yang timbul akibat tabiat suka berhutang. Ini tidak termasuk dengan kes-kes mereka yang diisytiharkan muflis kerana gagal melunaskan hutang di institusi kewangan dan perbankan.

LIHAT MUKASURAT

3


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.