JULAI 2017 • SYAWAL 1438 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X
LAMBAIAN KA’ABAH MERAIH HAJI MABRUR
M A J L I S
A G A M A
I S L A M
Dalam kitab Fathul Bari, Syarah Bukhari-Muslim menjelaskan: “Haji mabrur adalah haji yang maqbul yakni haji yang diterima oleh Allah SWT.” >5
S E L A N G O R
• pencetus minda generasi •
Sultan Selangor Rasmi Masjid Al-Ilmi, Dengkil DENGKIL 20 Jun - Masjid Al-Ilmi, Kampung Dato’ Ahmad Razali dibina secara bergotong royong pada tahun 1997 telah dirasmikan dengan perkenan... >10
Zakat Selangor Terima Zakat Perniagaan PNB RM27 Juta SHAH ALAM, 2 Jun 2017 – Lembaga Zakat Selangor hari ini menerima zakat perniagaan daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB)... >11 Kakitangan KUIS Lafaz Ikrar Bebas Rasuah Bandar Seri Putra, 26 Mei 2017Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengorak langkah pro aktif dengan memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)... >12
KALAM PUJANGGA
Teka-Teki Kehidupan Petikan kata-kata hikmah dari buya hamka. Dikutip dari buku ‘tasawuf moden’ oleh Prof. Dr. Hamka
“Kita jangan menyangka, bahawa Allah lemah menolong hamba-Nya. Teka-teki hidup itu amat banyak. Orang berakal mati dalam kelaparan. Orang bodoh dapat mengumpulkan harta. Penegak kebenaran hidupnya dipencilkan. Pembohong menjadi kaya-raya. Orang kafir mempunyai harta benda berbidang-bidang tanah. Orang Islam menjadi penyapu jalan. Selidikilah dahulu rahsia itu semua. Baharu diambil keputusan.” (hal. 76)
Perjalanan Menuju
Cinta Allah
Di dalam sebuah hadis sahih, kata nabi, Allah SWT berlari mendapatkan kita saat kita berjalan mendekati-Nya. Allah SWT akan mendekati kita sedepa, jika kita mengejarnya sehasta. Allah SWT lebih menyayangi kita melebihi semua yang lain. Buktinya, Allah SWT beri kita bermacam jenis nikmat, biar pun kita membuat bermacam jenis maksiat. Allah SWT membukakan pintu taubat seluas lautan, selagi nyawa kita tidak sampai di kerongkongan. Allah SWT menawarkan berkat, biar kita suka berlagak hebat.
LIHAT MUKASURAT
3
Syarat Badal Haji Yang Sah
Walaupun syarat badal haji diharuskan tetapi hendaklah menepati syarat-syarat seperti berikut: 1. Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri 2. Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tak sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia 3. Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang, ia hanya untuk orang yang lumpuh/sakit/tidak berdaya dan tak sembuh dari penyakitnya itu 4. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri 5. Boleh bagi wanita ambil badal haji untuk lelaki dan sebaliknya 6. Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak 7. Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus 8. Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu 9. Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorang yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut Sumber: http://www.muftiwp.gov.my
Sidang Editorial EDISI Ketua Pengarang Daud Lin Bin Abdullah Pengarang Siti Zurinah Binti Zainal Abidin Penolong Pengarang Muhammad Syafiq Bin Ahmad Fozi Editor Sri Hartini Binti Md Noh Subeditor/Pruf Sitti Nadhirah Binti Ahmad Zabidi Jurufoto Shahrul Effendy Bin Md Saat Wartawan • Halim Bin Mokhtar • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hasal Bin Senin Kolumnis • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Hamizul bin Abdul Hamid © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apaapa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Redaksi berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www. mais.gov.my
fokus Julai 2017 | Edisi
Perjalanan Menuju
Cinta Allah
Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Perunding Kanan Dakwah (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
D
i dalam sebuah hadis sahih, kata nabi, Allah SWT berlari mendapatkan kita saat kita berjalan mendekati-Nya. Allah SWT akan mendekati kita sedepa, jika kita mengejarnya sehasta. Allah SWT lebih menyayangi kita melebihi semua yang lain. Buktinya, Allah SWT beri kita bermacam jenis nikmat, biar pun kita membuat bermacam jenis maksiat. Allah SWT membukakan pintu taubat seluas lautan, selagi nyawa kita tidak sampai di kerongkongan. Allah SWT menawarkan berkat, biar kita suka berlagak hebat. Allah SWT menyediakan satu demi satu peluang, agar kita merebutnya. Di bulan Ramadhan kita berpuasa. Di bulan Zulhijjah kita ke Mekah. Di bulan-bulan lain, ada pelbagai jenis ibadah nawafil (sunat) untuk direbut. Puasa enam di bulan Syawal. Puasa Isnin Khamis dan hari-hari putih di setiap bulan. Solat Dhuha di sepenggelahan hari, witir dan tahajud di malamnya. Sedekah dan zakat pula saat haulnya menjelma. Malah, banyak lagi. Dalam semua ibadah, banyak faedah buat kita. Namun paling besar, kita
mendapat kasih-sayang Allah SWT. Ibarat anak yang taat kepada ibu ayah, atau pekerja yang taatkan majikan, dia lebih dikasihi. Orang yang dikasihi, besar harapannya untuk mendapat lebih dari biasa. Dia akan selalu dikenang di dalam doa. Reda ibu ayah memayunginya. Dia mendapat peluang lebih besar dalam kehidupan. Sukses dalam pendidikan. Sukses dalam pekerjaan. Itulah dampak kasih sayang. Maka, Allah SWT mengasihi orang yang mengasihi-Nya. Buktikan kasih kepada Allah SWT, dengan segera menyambut semua panggilannya. Di setiap hari ada lima kali, itu solat namanya. Ada juga yang setahun sekali, itulah zakat dan puasa. Namun ada sekadar cukuplah sekali sepanjang usia, itulah haji namanya. Haji itulah kemuncak ibadah. Ibarat sebuah konvokesyen. Jubahnya berwarna putih, tanpa toga di kepala. Pemasyhurannya bukan main, nun di Mekah sana. Di bumi paling suci. Kota para nabi. Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan Nabi Muhammad SAW. Mereka Ibarat penaung acara yang sudah berkurun lamanya. Para Jemaah haji diwisuda (diijazahkan) di hadapan jutaan orang. Gelar ‘haji’ dan
‘hajah’ tersanding di pangkal nama. Pulangannya nanti sudah berbeza. Penampilan. Tutur bicara. Pemikiran. Juga akhlaknya. Keindahan ibadah haji bukan kerana di sana ada Ka’abah. Bukan juga kerana di sana namanya Mekah. Apatah lagi kerana teringin melantak nasi Arab, kebab dan kabsah. Tetapi kerana di sanalah seluruh pengabdian terkumpul. Bersatu dalam diri. Bersatu dalam jemaah umat Islam. Seluruh dunia. Tanpa beda. Disamakan dengan niat. Disamakan dengan pakaian. Disamakan dengan tindakan. Disamakan dengan hukuman. Tiada perbezaan. Raja atau rakyat, terhapus darjat. Di hadapan Allah SWT kita berlutut. Memakai ihram menampakkan badan. Berwukuf di Arafah, bermalam di Mina dan Muzdalifah. Merejam iblis di Jamrah. Mengelilingi ka’abah tujuh kali. Berlarian anak antara Safa dan Marwah. Bercukur kala bertahallul. Melakukan tawaf widha dan kembali ke desa dan kota asal kita. Itulah haji. Ibadah ringkas tetapi padat. Manusia seluruh alam bersatu dalam aman. Tiada beza. Semuanya melakukan hal yang sama. Musuh-musuh Islam gerun melihat persatuan kita. Mereka tidak mampu membayangkan, jika persatuan itu menjelma di luar Mekah. Pasti umat Islam menjadi kuat dan gagah. Tidak mampu lagi digoyah. Sayang, ia hanya omongan. Buktinya, umat Islam tetap berpecah. Kembali ke perangai suka berkelahi. Walau berkongsi nabi. Sebab itu amalan haji ibarat ritual hampa. Kosong. Meletihkan. Sekadar berbangga dengan gelaran. Juga air zam-zam dan kurma yang dibawa pulang. Lalu berkongsi kegembiraan. Kisah-kisah ajaib di kota suci. Jangan berburuk sangka di sana, segera terjadi.
3
Seolah-olah di sini boleh berburuk sangka. Tidak mengapa. Jadikanlah ibadah haji bukan sekadar ziarah. Jadikan ia ibadah pelengkap diri. Muslim yang sempurna. Maka, persiapkan diri sebaiknya. Ilmu di dada jangan asal ada. Aturkan diri agar dapat merebut jutaan kesempatan emas di sana. Ia bermula dari sini. Saat kita mula menghitung wang di Tabung Haji. Menunggu panggilan. Mengikuti kursus haji. Serta melayang terbang di udara. Semuanya adalah pakej. Pastikan wang kita juga bersih dan suci. Sesuci salju putih di pucuk Pohon Rhu yang paling tinggi. Sematkan di hati niat hanya satu. Bukan tersemat pelbagai nawaitu. Serius menekuni. Selesaikan urusan di sini agar di sana selesa. Anak-anak serahkan kepada Allah SWT. Jangan risau ajal kematian. Semuanya sudah tertulis di sisi Tuhan. Ketika para sahabat mengiringi nabi menunaikan haji, acara berjalan di Lembah Uranah. Padang Arafah yang luas menjadi saksi. Sungguh, nabi telah melaksanakan segala pekerjaan. Tuntas. Sempurna sudah. Maka, itulah khutbatul wida (khutbah perpisahan). Titah perpisahan nabi buat seluruh alam. Ada sahabat gembira. Ada yang berteleku hiba. Jika pekerjaan dirampung (selesai) sudah, apa alasan lagi untuk terus berada di dunia. Nabi akan segera berlari. Mendapatkan kekasihnya di sana. Pasti. Kita juga. Berlarilah menuju Allah SWT. Larian yang kencang sepenuh tenaga. Nescaya Allah SWT juga akan berlari lebih kencang kepada kita. Mendakap kita dalam selimut rahmat-Nya. Selamanya. Amin. Edisi
4
ISU Edisi | Julai 2017
Satu Amanah Susunan semula oleh: Unit Komunikasi Korporat MAIS Sumber: http://badalhaji1.blogspot.my
Umum mengetahui Haji merupakan rukun Islam ke-5 yang wajib dilakukan oleh seorang yang beragama Islam. Bilamana ia termasuk dalam rukun Islam maka hukumnya wajib dilakukan dalam apa keadaan sekalipun. Untuk menunaikan haji memerlukan perbelanjaan yang agak besar bergantung pada tarif semasa di Arab Saudi merangkumi yuran visa, penerbangan dan penginapan. Bagi yang berkemampuan daripada segi kewangan tidak menjadi masalah tetapi yang tidak berkemampuan daripada segi fizikal pasti akan merasa rugi. Oleh sebab itu, terdapat satu kaedah bagi golongan ini untuk melengkapkan rukun Islam mereka dengan melaksanakan Badal Haji. PENGERTIAN BADAL HAJI (UPAH HAJI) Badal ertinya “Ganti”, “Pengganti”, atau yang “Digantikan”. Oleh itu Badal Haji adalah menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan Rukun Islam. Kewajipan ibadah haji perlu seiring dengan kemampuan, yang dimaksudkan kemampuan di sini ialah kemampuan daripada segi kewangan iaitu bekalan yang cukup untuk pergi dan pulang serta tanggungan yang ditinggalkan semasa kepergiannya
untuk menunaikan Haji. Bagi mereka yang telah memasuki kategori di atas maka jatuh hukum wajib untuk menyegerakan segera. Arahan ini telah ditekankan sendiri oleh Rasulullah SAW dalam satu hadisnya yang bermaksud “Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani.” (HR Tirmizi dan Baihaqi). Hadis di atas jelas menyatakan bahawa kemampuan kewangan sahaja tidak bersabit dengan kemampuan fizikal. Oleh itu bagi yang mempunyai halangan kesihatan
atau telah meninggal dunia boleh juga melaksanakan rukun Islam tersebut melalui kaedah Badal Haji. Tidak sempat melakukan ibadah haji kerana meninggal dunia ibarat berhutang dengan Allah SWT. Ibnu Abbas pernah meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak menger jakannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?’’ Jawab Baginda: ‘’Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan.” (HR Bukhari). Seorang anak yang mempunyai ibu bapa yang uzur atau kematian ibu atau bapanya perlu melaksanakan haji bagi ibu bapanya, keutamaan jatuh kepada anak yang paling tua. Pelaksana badal haji juga perlu melaksanakan haji untuk dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum melaksanakan haji untuk saudaranya sama ada lelaki atau perempuan, cuma terdapat tambahan syarat bagi perempuan iaitu perlu membawa mahramnya. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang berikut: Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: “Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi SAW dan berkata: “Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya
menunaikan haji untuknya?’’ Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apakah kamu anaknya yang paling tua?’’ Jawabnya: ‘’Ya!’’ Rasulullah SAW bersabda: ‘’Tunaikanlah haji untuknya.’’ (HR Ahmad dan Nasai). Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi SAW bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi SAW bertanya: “Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?’’ Jawabnya: ‘’Tidak!’’ Sabda Baginda: ‘’Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah.” (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Walau bagaimanapun tidak menjadi halangan kepada orang luar selain saudara untuk melakukan badal haji. Bahkan upah ada diberikan kepada mereka atas keredaan dua belah pihak. Bersesuaian dengan kesanggupan tenaga dan pengorbanan yang akan dilakukan pelaksana badal haji nanti, adalah wajar diberikan upah selayaknya. Imam Malik dan Imam Syafie mengharuskannya, walaupun ada ulama lain yang berpendapat sebaliknya. Bayaran yang paling berhak kamu mengambilnya adalah mengajar Kitab Allah (HR Bukhari). Kesanggupan untuk melakukan badal haji adalah atas dasar keredaan bukan atas dasar keuntungan, bahkan seorang pelaksana badal haji hanya boleh melaksanakan 1 haji sahaja pada setiap 1 tahun semasa. Sesungguhnya menjadi impian setiap mukmin sejati untuk menjadi tetamu Allah SWT di sana. Edisi
gen-q Julai 2017 | Edisi
h a b a ’ a K n a i a b m La r u r b a M i j a hH Merai
Oleh : Sri Hartini Md Noh (sri@mais.gov.my), Eksekutif Komunikasi Korporat MAIS
Dalam kitab Fathul Bari, Syarah Bukhari-Muslim menjelaskan: “Haji mabrur adalah haji yang maqbul yakni haji yang diterima oleh Allah SWT.”
I
mam Nawawi dalam syarah Muslim: “Haji mabrur itu ialah haji yang tidak dikotori oleh dosa, atau haji yang diterima Allah SWT, yang tidak ada riya, tidak ada sum’ah tidak rafats dan tidak fusuq.” Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, berkata: “Haji mabrur iaitu haji yang tidak tercemar oleh perbuatan dosa sedikit-pun”. Ada juga yang mengatakan: “Haji yang maqbul (diterima) yang merupakan imbalan bagi suatu perbuatan kebajikan. Selanjutnya beliau mengatakan: “Haji mabrur tidak akan terwujud kecuali jika terpelihara dari segala bentuk bid’ah dan hal-hal yang merupakan tradisi manusia, serta terlaksana daripada hasil usaha yang halal, yang dengannya ia berupaya untuk menjalankan kewajiban agama dan melaksanakan perintah-perintah Allah Tabaaraka wa Ta’ala” . Abu Bakar Jabir al-Jazaari dalam kitab, Minhajul Muslimin mengungkapkan bahawa: “Haji
mabrur itu ialah haji yang bersih dari segala dosa, penuh dengan amal soleh dan kebajikan-kebajikan.” TANDA HAJI MABRUR Dalam sebuah hadisnya Rasulullah SAW bersabada: “Dari Jabir RA, dari Nabi Muhammad SAW berkata, “haji yang mabrur tiada balasannya kecuali syurga”. Lalu beliau ditanya, “apa tanda kemabrurannya ya Rasul?” Rasul bersabda, “memberi makan orang yang kelaparan, dan tutur kata yang santun”. (HR Ahmad dan Thabraniy, dan lainnya). Imam Nawawi dalam kitabnya “al-Idhah fi Manasik al-hajj wal Umrah” menegaskan: Haji yang mabrur adalah yang mengantarkan pelakunya kepada perubahan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. (terutama peningkatan ibadah). Selalu sebarkan salam : Ertinya yang lebih luas buang jurang permusuhan eratkan silaturahim, mana mungkin silaturahim akan terjalin dan salam akan diberi jika ada
permusuhan dan persengketaan, tetapi haji yang mabrur telah menginsafi sifat hamba tadi menjadi seorang yang suka menyebarkan salam. Tindakan seseorang boleh memberi salam kepada muslim yang lain walaupun berlaku perselisihan bermakna hatinya itu baik, ertinya sifat yang tidak baik telah terpadam dari dirinya. Sebab dengan salam itu adalah tindakan seseorang itu yang perlu mendoakan orang lain ke arah kebaikan, keselamatan dan keamanan dan ia merupakan sifat yang sangat mulia. Menjamu orang makan: Sanggup memberi sebahagian rezeki kepunyaannya kepada orang lain adalah sifat pemurah dan dermawan. Ertinya, haji telah mengajar dan mendidik sifat serta jiwa seseorang itu kepada lebih baik. Jamu mengikut kemampuan dalam erti kata yang lebih luas memberikan bantuan sosial seperti bantuan pendidikan kepada anakanak yang kurang berkemampuan; rajin bersedekah kepada para fakir
5
miskin; suka bergotong royong untuk kemaslahatan bersama. Bahkan rela memberi bantuan kepada orang lain lebih daripada dirinya sendiri. Mempunyai tutur kata yang baik: Bahasa haji adalah bahasa tarbiah serta bahasa zikrullah dan ia menjadi syarat hubungan yang harmoni sesama masyarakat. Justeru itu mereka yang meraih haji mabrur ungkapannya lebih baik dan santun dan menunjukkan peribadi dan akhlak yang mulia. BAGAIMANA MENGEKALKAN HAJI MABRUR Momentum yang dibawa balik dari haji hendaklah dikekalkan. Ambil semangat yang sudah terwujud dalam diri kita semasa menunaikan haji, contohnya selama di tanah suci melatih dirinya untuk terus-menerus solat berjemaah di masjid. Bahkan datang lebih awal dari jadual waktu solat berjemaah. Begitulah diibaratkan supaya semangat ketika berada di Mekah dibawa terus kekal walaupun telah balik menunaikan haji. Orang-orang yang kembali dari tanah suci dan meraih haji yang mabrur akan membentuk peribadi dermawan. Lebih mendahulukan kepentingan umum daripada kepentingan dirinya sendiri. Wallahu a’lam. “Maha suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.” Edisi
6
MIMBAR MUFTI Edisi | Julai 2017
Soal Jawab Haji
Susunan semula oleh: Unit Komunikasi Korporat MAIS
Sumber: www.muftiwp.gov.my
HUKUM KANAK-KANAK MENUNAIKAN HAJI Soalan: Apakah hukum anak kecil yang dibawa oleh ibu-bapanya untuk menunaikan haji dan adakah sah haji yang dilakukan oleh anak kecil tersebut ? Jawapan: Isu ini merupakan isu yang sering menjadi persoalan masyarakat umum saban tahun. Berikut adalah penerangan mengenai hukumnya secara lebih lanjut. Syarat-syarat Wajib Haji Sebelum kami mengulas isu ini dengan lebih lanjut, suka untuk kami nyatakan beberapa syarat haji seperti yang berikut: 1: Hendaklah dilakukan oleh seorang Muslim. Ini kerana, haji merupakan suatu ibadah bahkan satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Manakala ibadah tidak diterima daripada orang kafir. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: Dan tidaklah yang menghalang daripada diterimanya nafkah-nafkah mereka itu melainkan kerana mereka kufur dengan Allah dan juga Rasul-Nya. (Surah Al-Taubah:54) Kata al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Allah SWT menjelaskan sebab tidak diterimanya amalan mereka adalah kerana mereka kufur dengan Allah dan juga Rasul-Nya. Dan sesungguhnya setiap amalan hanya sah dengan beriman. Lihat Tafsir alQuran al-‘Azhim, Ibn Kathir (4/162). 2: Hendaklah ibadah haji dilakukan oleh orang yang berakal. Ibadah haji tidak diterima dan tidak wajib dilakukan oleh orang yang gila. Ini kerana, haji sebagaimana ibadah yang lainnya memerlukan kepada niat. Justeru, adalah tidak mungkin bagi seorang yang gila untuk berniat. Ini juga berdasarkan sabda Nabi SAW yang berikut: Maksudnya: Diangkat pena itu dari tiga orang, iaitu seorang yang tidur sehingga dia bangun. Seorang kanak-kanak kecil sehinggalah dia bermimpi (baligh), dan dari seorang gila sehinggalah dia berakal. (HR Abu Daud)(4403) Hadis di atas jelas menunjukkan perbuatan ketiga-tiga mereka ini tidak diambil kira dari sudut dosa dan pahala selama mana mereka berada di dalam keadaan tersebut. Maka seorang yang gila tidak dihitung dosa dan pahalanya sehinggalah dia berakal. 3: Baligh Di antara syarat haji, hendaklah ia dilakukan oleh seorang yang baligh. Ini berdalilkan hadis riwayat Abu Daud yang kami nyatakan di atas. Manakala tanda-tanda balighnya seorang lelaki dan perempuan itu dapat diketahui dengan cara berikut: • Keluarnya air mani. • Tumbuhnya bulu di bahagian kemaluan. • Lengkapnya 15 tahun umur bagi seorang lelaki dan perempuan. • Datangnya haid bagi perempuan. 4: Merdeka Yang dimaksudkan dengan merdeka di sini adalah, seseorang itu bukanlah seorang hamba. Ini kerana seorang hamba itu sibuk dengan hak tuannya ke atas dirinya. 5: Kemampuan Kemampuan juga termasuk dalam syarat wajibnya haji. Ini berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: Dan kerana Allah (menjadi tanggungjawab) ke atas setiap manusia itu untuk melakukan haji bagi sesiapa yang mampu untuk melaksanakannya. (Surah Ali Imraan: 97) Para fuqaha membahagikan maksud istitha’ah (kemampuan) di sini kepada dua: • Kemampuan badan: Hendaklah dipastikan sihatnya tubuh badan untuk menunaikan ibadah haji. • Kemampuan harta: Duit serta bekalan sepanjang perjalanan menunaikan haji juga hendaklah dipastikan mencukupi. Hukum Kanak-kanak Mengerjakan Haji Para fuqaha telah membincangkan isu ini dengan panjang lebar di dalam kitab-kitab mereka. Berdasarkan syarat-syarat wajib haji yang kami sebutkan di atas, jelas menunjukkan bahawa tidak diwajibkan haji bagi kanak-kanak. Persoalan yang timbul, adakah dibolehkan untuk kanak-kanak melakukan haji dan apakah hukumnya ? Maka para fuqaha berpendapat bahawa dibolehkan untuk kanak-kanak melakukan haji berdasarkan beberapa nas yang berikut: Pertama: Hadis Saidina Abdullah Ibn Abbas RA Maksudnya: Daripada Ibn Abbas R.anhuma dari Nabi SAW bahawa baginda berjumpa dengan segerombolan penunggang di Al-Rauha lalu berkata: “Siapakah kalian ?”. Mereka pun menjawab: “Orang-orang Islam”. Mereka pula bertanya: “Siapakah kamu?”. Maka baginda menjawab: “Aku Rasulullah”. Maka seorang wanita pun menghadapkan seorang kanak-kanak kecil kepada Rasulullah lalu berkata: “Adakah ada haji untuk anak kecil ini ?”. Lalu Nabi SAW menjawab: “Ya, dan bagimu ganjaran pahala”. (HR Muslim)(1336)
Kedua: Berdasarkan sebuah hadis daripada Al-Sa’ib bin Yazid RA beliau berkata: Maksudnya: Aku dibawa melakukan haji bersama-sama Rasulullah SAW ketika aku berumur tujuh tahun. (HR Al-Bukhari)(1858) Ketiga: Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir Bin Abdillah RA beliau berkata: Maksudnya: Kami melakukan haji bersama dengan Rasulullah SAW dan turut serta bersama kami adalah kaum perempuan, kanak-kanak, maka kami bertalbiah bagi pihak mereka serta melontar (jamrah) bagi pihak mereka. (HR Ibn Majah)(3038) Berdasarkan ketiga-tiga hadis di atas jelas menunjukkan bahawa dibolehkan bagi kanakkanak untuk melakukan haji dan sah haji yang mereka lakukan. Pun begitu, haji yang dilakukan semasa kecil tidak dianggap sebagai haji Islam iaitu haji yang diwajibkan ke atas mereka. Ini bermakna, ketika kanak-kanak itu sudah sampai ke tempoh baligh, maka menjadi kewajipan ke atas dirinya untuk menunaikan haji. Berikut merupakan beberapa pendapat tokoh fuqaha berkenaan isu ini: Pertama: Kata Imam al-Mawardi Rahimahullah: Sekiranya seorang anak kecil melakukan haji sebelum tempoh balighnya dan begitu juga seorang hamba melakukan haji sebelum dibebaskan maka haji tersebut tetap tidak dikira sebagai haji Islam (yang wajib) dan keduanya perlu menunaikan haji setelah baligh dan juga setelah merdeka. Lihat Al-Iqna’, al-Mawardi (1/83). Kedua: Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: Dan mazhab kami (al-Syafi’e) bahawasanya sah haji yang dilakukan oleh kanak-kanak dan ia tidak wajib ke atasnya. Adapun tidak wajib ke atas kanak-kanak untuk melakukan haji maka itu merupakan perkara yang telah diijma’kan. Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, alNawawi (7/39). Ketiga: Kata Imam Ibn al-Munzir: Telah ijma’ majoriti ahli ilmu melainkan yang syaz dari kalangan mereka yang mana pendapat mereka itu tidak dikira sebagai khilaf bahawasanya seorang anak kecil apabila telah melakukan haji semasa kecilnya dan seorang hamba yang telah menunaikan haji semasa dalam keadaan hamba, kemudian anak kecil itu baligh dan hamba itu dibebaskan maka ke atas mereka berdua itu haji Islam (haji wajib) apabila mereka mampu. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (5/44). Keempat: Kata Imam Ibn Abd al-Barr al-Andalusi Rahimahullah: Para fuqaha yang mengatakan bahawa haji yang dilakukan oleh kanak-kanak itu sah adalah Imam Malik, Imam al-Syafie, serta seluruh fuqaha Hijaz dan juga fuqaha Kufah. Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi (7/41). Kesimpulan Setelah meneliti beberapa pendapat yang disebutkan di atas maka kami berpendapat bahawa kanak-kanak kecil dibolehkan untuk menunaikan haji, ibubapa yang membawanya turut mendapat pahala, dan sah haji yang dilakukannya. Pun begitu, haji tersebut tidak dikira sebagai haji Islam iaitu haji yang wajib ke atas dirinya setelah baligh. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: Maksudnya: Mana-mana kanak-kanak yang telah melakukan haji kemudian sampai ke tempoh baligh maka hendaklah dia melakukan haji sekali lagi. (HR Al-Baihaqi)(4/325) Hadis di atas dinilai Sahih oleh Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Al-Talkhis AlHabir (2/220). Edisi
TITAH UCAPAN Julai 2017 | Edisi
7
Titah Ucapan Dymm Sultan Selangor Di Majlis Perasmian Masjid Al-Ilmi, Kampung Dato’ Ahmad Razali, Dengkil,
Pada Hari Selasa 20 Jun 2017 Bersamaan 25 Ramadhan 1438 Hijrah Susunan semula oleh: Unit Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Istana Mestika
B
erikut adalah rangkuman penting ucapan DYMM Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah pada Majlis Perasmian Masjid Al-Ilmi, Dengkil Pada bulan Ramadhan yang mulia ini Beta mengambil kesempatan menyeru kepada semua umat Islam agar merenung sedalam-dalamnya serta menginsafi akan nasib orang Melayu Islam pada masa hadapan jika terus saling bertelingkah antara satu sama lain dan tidak cuba diatasi. Beta amat bimbang dan merasa khuatir serta dukacita kerana melihat orang Melayu beragama Islam tidak bersatu lagi dan bertelagah antara satu dengan lain yang akan merugikan orang Melayu Islam sendiri. Pada masa sekarang budaya fitnah menfitnah sedang berleluasa dan perkara ini bertujuan memburukkan seseorang dengan menuduhnya melakukan perkara tidak baik tanpa bukti yang kukuh dan sahih. Ia akan menyebabkan timbul salah faham dan pergaduhan serta perpecahan di kalangan umat Islam Melayu. Beta menasihatkan agar umat Islam tidak terpengaruh dengan budaya fitnah menfitnah ini dan meneliti sesuatu berita atau isu dengan mendalam sebelum memberi reaksi agar keharmonian dan keamanan akan terus terpelihara. Gejala fitnah ini sekiranya tidak dibendung, ianya akan merosakkan masyarakat dan meruntuhkan sesebuah negara. Satu perkara lagi yang membimbangkan Beta ialah orang Melayu Islam sekarang ini telah dipengaruhi dengan fahaman, iaitu jalan yang mudah untuk masuk ke syurga adalah melalui �Jihad�. Umat Islam yang terpengaruh dengan istilah ini mengambil jalan singkat untuk masuk ke syurga dengan menyertai aktiviti keganasan seperti ISIS dan DAESH, berjuang di negara orang
lain, membunuh mereka yang tidak bersalah semata-mata kerana mereka menganggap ianya adalah Jihad untuk masuk ke syurga. Beta tidak berkenan trend sebegini mempengaruhi umat Islam di Negeri Selangor. Beta percaya umat Islam negeri Selangor boleh berfikir secara matang dan tidak terpengaruh dengan pemikiran yang menyokong aktiviti keganasan yang akhirnya akan mengorbankan diri sendiri serta menganiaya orang yang tidak bersalah. Sehubungan dengan itu, Beta menyeru supaya umat Islam di Negeri Selangor ini agar menjauhi ajaran agama Islam yang extreme atau melampau. Tuntutlah ilmu agama Islam dari guru-guru yang bertauliah supaya umat Islam tidak sesat dan terpengaruh dengan ajaran yang extreme yang menyokong keganasan. Beta menyarankan agar umat Islam mendalami ilmu agama Islam mengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam haruslah mendalami ajaran Ahlus Sunah Wal Jamaah yang betul dan bukan ajaran yang ditokok tambah atau diubah suai. Jangan sesekali terpengaruh dengan ajaran sesat yang disebarkan di negeri Selangor ini.
Beta berharap agar orang-orang Islam terutama sekali bangsa Melayu akan terus bersatu padu, menguatkan semangat persaudaraan yang tidak berbelah bagi demi untuk kemajuan dan kesejahteraan agar tidak terpinggir di bumi sendiri. Beta tidak mahu melihat umat Islam bangsa Melayu musnah akibat dari perbuatan bangsa Melayu sendiri yang suka berbalah, hasad dengki dan saling mengkhianati antara satu sama lain. Beta berkenan melihat bangsa Melayu bersatu menghadapi cabaran, membantu antara satu sama lain dan berlumbalumba membuat kebajikan terutama kepada bangsa Melayu sendiri. Pada hemat Beta begitulah cara yang terbaik untuk bangsa Melayu umat Islam bersatu dan terus maju ke hadapan. Demi kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di Negeri Selangor ini, Beta berkenan supaya Ahli-ahli Perniagaan Islam yang membuat urusniaga dan melabur di Negeri Selangor ini, perlu membayar zakat harta mereka kepada Lembaga Zakat Negeri Selangor. Ini adalah kerana para ulamak telah bersependapat bahawa Zakat Harta atau Zakat Perniagaan mesti dikeluarkan di
negeri di mana harta itu diusahakan, samada hasil kilang, kebun, rumah sewa atau lain-lain. Beta berkenan supaya seluruh umat Islam untuk mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, kerana limpah dan kurniaNya kita masih dapat meneruskan aktiviti harian di bulan yang mulia ini untuk kita beribadah dan juga mendidik kita ke arah menjadi manusia yang lebih menghargai segala apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Umat Islam di Negeri Selangor ini seharusnya menginsafi bahawa kita amat beruntung kerana berada di negeri yang aman dan makmur, tidak berlaku kebuluran dan kesengsaraan. Kita bebas untuk bergerak ke mana-mana tanpa rasa takut dan terancam. Di kesempatan ini juga Beta ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta seluruh agensi-agensi yang berkaitan dan individu yang terlibat dalam melaksanakan tugas menjayakan Program Bulan Ramadhan Tahun 1438 Hijrah ini dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab, jujur semasa bertugas dan sentiasa beringat bahawa mereka diamanahkan untuk menjaga kedudukan, kepentingan dan kemuliaan agama Islam di Negeri Selangor ini. Akhir nya, Beta mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang tidak berapa lama lagi kepada seluruh rakyat Negeri Selangor dan Beta berdoa kepada Allah SWT supaya Negeri Selangor ini akan terus dilimpahi rahmat dan rakyatnya akan terus hidup di dalam keadaan aman dan damai serta maju jaya. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Edisi
8
SOLUSI ISLAM Edisi | Julai 2017
PERSOALAN BERKENAAN
HAJI Pembiayaan secara ansuran
Soalan: Tuan, saya amat berminat untuk mengetahui hukum seseorang muslim itu yang ingin menunaikan ibadah haji atau umrah melalui pembiayaan secara ansuran dengan syarikat kewangan yang melaksanakan perbankan Islam. Terima kasih. Jawapan: Untuk makluman tuan, perkara ini telah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang bersidang pada 6 September 2005 dan memutuskan bahawa : Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, adil dan telus dalam operasinya di samping bebas daripada unsur-unsur riba’.
Dam atau denda pada jemaah haji Soalan: Saya terbaca di dalam tafsir al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 196, bermaksud “......Apabila kamu telah aman, maka siapa yang bersenang-senang dengan melakukan umrah sebelum haji, maka berikanlah hadiah apa yang mudah. Barang siapa yang tiada memperolehinya, hendaklah berpuasa tiga hari dalam haji, dan tujuh hari apabila kamu kembali pulang.......”. Pada nota kaki pun secara ringkas ditulis kalau dikerjakan umrah lebih dahulu dari pada haji maka wajib membayar dam, iaitu menyembelih seekor kambing atau kalau tak sanggup hendaklah berpuasa.....
Jawapan: Ayat di atas ditujukan kepada orang yang membuat Haji ‘Tamattuk’. Apabila sampai di Mekah dia buat umrah dahulu, apabila sampai 8 atau 9 Zulhijjah, dia pakai ihram semula untuk membuat kerja-kerja ibadat Haji pula. Orang seperti ini diwajibkan membayar dam. Kalau tidak dapat binatang untuk disembelih, dia boleh berpuasa 10 hari, 3 hari di Mekah dan 7 hari di tempat asalnya. Orang yang pergi ke Mekah hanya bertujuan buat umrah tidak termasuk dalam ayat ini.
rporat MAIS unikasi Ko m o K it n U mula oleh: or.gov.my/ Susunan se uftiselang .m w w /w :/ p Sumber: htt
Modal haji guna wang haram
Soalan: Adakah sah ibadah haji yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan wang yang diperoleh secara tidak halal? Jawapan: Ibadah haji yang dilakukan dengan menggunakan wang yang diperolehi secara tidak halal itu sah tetapi haram dan tidak gugur kewajipannya serta tidak mendapat apa-apa pahala dan tidak mendapat apa-apa keampunan malah pemergiannya itu hanya mendapat penat dan sia-sia sahaja kerana tuhan tidak menerima apa-apa yang kotor dan tidak baik sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : “Dari Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesungguhnya Allah SWT itu baik dan ia tidak akan menerima melainkan yang baik”.
Waktu sesuai tunai haji
Soalan: Apabila kita dah ada modal yang cukup untuk buat haji adakah wajib kita pergi haji atau dibolehkan kita tunggu sehingga modal cukup untuk isteri dan ibu bagi menunaikan haji bersama?. Jawapan: Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima. Bagi yang sudah mampu, dikehendaki menunaikannya dengan segera.
Umrah dalam haji
Soalan: Bolehkah seseorang itu mengerjakan umrah terlebih dahulu daripada ibadat haji? Jawapan: Adalah tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu mengerjakan umrah lebih dahulu dari ibadat haji. Sedangkan para jemaah haji yang memilih haji ‘Tamattuk’ semuanya mengerjakan umrah dahulu kemudian diikuti dengan mengerjakan haji. Tetapi haji jenis ini diwajibkan membayar dam kerana mereka mengerjakan umrah dalam bulan haji kemudian mereka mengerjakan haji pada tahun yang sama. Berhubung dengan keharusan mengerjakan umrah lebih dahulu adalah berdasarkan sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya : “Ibadat haji dan umrah adalah wajib kedua-duanya, tidaklah menjadi kesalahan dengan bahawa engkau memulakan mana-mana di antara keduanya”. (HR Bukhari) Edisi
NGO-i Julai 2017 | Edisi
PERSATUAN BELIA MASJID Selangor Susunan semula oleh: Sri Hartini Md Noh (sri@mais.gov.my), Eksekutif Komunikasi Korporat MAIS Sumber: pbmselangor.wordpress.com
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempunyai satu jawatankuasa khas untuk mengawal semua Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah MAIS iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i).
D
engan adanya jawatankuasa ini, MAIS begitu komited dalam memperkasakan peranan NGO-i yang berdaftar dengan MAIS seiring dengan visi dan misi MAIS. Selain itu, pewujudan jawatankuasa ini membuktikan bahawa MAIS mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh NGO-i dalam membentuk masyarakat Islam di Selangor khasnya. MAIS juga telah mewujudkan satu garis panduan iaitu Garis Panduan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Negeri Selangor (MAIS) 2014. Antara lain tujuan garis panduan ini diwujudkan adalah seperti meningkatkan kefahaman Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan mengenai peranannya dalam membantu Majlis ke arah melahirkan masyarakat yang sejahtera di Negeri Selangor di samping memudahkan proses pemantauan dan penilaian prestasi Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan yang berdaftar di bawah Majlis. Terdapat 8 kluster di bawah Jaw at a n k u a s a Pe m b a n g u n a n Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) MAIS antaranya adalah Kluster Dakwah Muslim & Non Muslim yang memfokuskan dakwah kepada kumpulan sasaran Muslim Mukalaf dan Non-Muslim. Dalam ruangan NGO-i kali ini, MAIS Edisi ingin menyusuri di sebalik Kluster Dakwah Muslim & Non Muslim. NGO-i yang dimaksudkan adalah mPersatuan Belia Masjid Selangor. Berikut adalah sejarah penubuhan meliputi objektif dan aktiviti utama yang telah dilaksanakan oleh PBMS. Dalam menyahut seruan Allah untuk memakmurkan masjid-masjid, juga bagi merealisasikan tujuan pembinaan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya, sebagaimana yang diharapkan oleh Nabi Muhammad SAW, Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) merasa bahawa perlunya program-program yang boleh mengimarahkan masjid terutamanya di
kalangan belia-belia. Bermula daripada titik tolak itulah pihak PERSATUAN BELIA MASJID Selangor mengambil inisiatif untuk menubuhkan persatuan yang didaftarkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta mencari peluang mengadakan program-program seperti itu agar masjid-masjid yang sedia ada ini lebih bergerak aktif. Diasaskan pada 17hb Julai 2008. Misi PBM Selangor menganjurkan serta melaksanakan aktiviti berkaitan ibadah dan kebajikan, kemasyarakatan, menyumbang tenaga kepada masyarakat Islam, menjana masyarakat Rabbaniah dan mengembangkan misi Rahmatan lil ‘alamin. Mengambil daripada pepatah Melayu “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” maka perlaksanaan program-program belia akan dimulakan daripada umur 15 tahun hingga 40 tahun. kerana selain mudah terpengaruh mereka juga masih boleh dibentuk dan diberi kefahaman serta masih memerlukan bimbingan peringkat awal. Projek ini dipilih, bersesuaian dengan misi dan visi penubuhan persatuan ini sendiri iaitu melakukan aktiviti ibadah dan kebajikan, kemasyarakatan, menyumbang tenaga kepada masyarakat Islam, menjana masyarakat Rabbaniah dan mengembangkan misi Rahmatan lil ‘alamin melalui kewujudan golongan belia yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya serta mempunyai nilai-nilai murni bagi kepentingan pembangunan agama, masyarakat, bangsa dan negara. Selain mampu memberikan khidmat kepada masyarakat setempat khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Antara matlamat lain penubuhan persatuan adalah : 1. Salah satu landasan untuk mengimarahkan masjid. 2. Mewujudkan silaturahim di kalangan belia-belia dan penduduk di seluruh
kawasan masjid-masjid negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. 3. Mewujudkan rasa kasih sayang serta percaya mempercayai antara satu sama lain melalui aktiviti yang dijalankan. 4. Membimbing anak-anak memahami Islam. 5. Menambah ilmu dan kemahiran anak-anak dalam bidang lain selain akademik.
9
Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila hubungi Ustaz Mohd Shafiq Bin Warno dan Ustaz Mohammad Mahyuddin Bin Ma’arof (Unit Penyelaras NGO-i MAIS, Bahagian Pembangunan Ummah MAIS) di talian 03-3361 4064/4066 atau emelkan kepada jpngoimais@gmail.com
6. Menanam sifat pentingnya hidup bermasyarakat dan kejiranan. 7. Memupuk semangat berdaya saing dalam aspek yang positif. 8. Menyediakan aktiviti tambahan yang berfaedah pada masa lapang. 9. Menanam sifat kepimpinan dalam diri belia-belia. 10. Membina dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga belia-belia. 11. Membina kerjaya dan mendapatkan peluang-peluang perekonomian belia-belia. 12. Berusaha menjadikan institusi masjid sebagai pusat penyatuan ummah dan bebas dari sebarang perpecahan serta berusaha membetulkan tanggapan atau paradigma ummah terhadap peranan masjid sebenar. Edisi
10
BERITA MAIS Edisi | Julai 2017
Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat (MAIS)
Sultan Selangor Rasmi Masjid Al-Ilmi, Dengkil
D
ENGKIL 20 Jun - Masjid Al-Ilmi, Kampung Dato’ Ahmad Razali dibina secara bergotong royong pada tahun 1997 telah dirasmikan dengan perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Masjid dibina dengan kos awal sebanyak RM300,000 pada tahun 1999 itu turut mendapat peruntukan kerajaan per sekutuan sebanyak RM1.2 juta bagi pembesaran masjid dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2014. Sementara itu, dalam program yang sama, Sultan
Sharafuddin turut berangkat mencemar duli pada Majlis Berbuka Puasa bersama hampir 1000 masyarakat sekitar Daerah Sepang. Dalam majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 210 asnaf fakir miskin dan 104 mualaf sebelum bertitah dalam program tersebut. Baginda kemudiannya meluangkan masa berbuka puasa, solat maghrib dan isyak serta solat sunat tarawih berjemaah bersama rakyat. Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,
DYMM Sultan Selangor berkenan mencemar duli merasmikan Masjid AlIlmi, Dengkil.
Pengerusi MAIS, YAD. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. Edisi
Sultan Selangor Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Masjid Ara Damansara
DRM-HICOM antara syarikat yang menunaikan zakat perniagaan mereka.
P
ETALING JAYA 13 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Ara Damansara. Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM1.77 juta kepada Tabung
Kebajikan Perubatan Hospital di 17 buah hospital sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi meringankan beban pesakit yang kurang berkemampuan serta memerlukan pembiayaan rawatan hospital. Baginda juga berkenan menerima zakat perniagaan bagi tahun berakhir 2016,
Raja Muda Selangor Menyampaikan Sumbangan Kepada Anak Yatim Di Masjid Jamek Ar Rahimah, Hulu Selangor
daripada empat syarikat berjumlah RM8.8 juta serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada 264 orang terdiri daripada golongan fakir, miskin dan mualaf. Empat syarikat itu ialah Kumpulan DRB Hicom Berhad sebanyak RM5.5 juta, Universiti MAHSA (RM1.3 juta), Jakel Trading (RM1 juta) dan Sime Darby Property (RM1 juta). Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. Edisi
Raja Muda Selangor menyampaikan sumbangan kepada anak yatim sambil diperhatikan oleh Pengerusi MAIS.
K
UA L A K U BU BHARU 18 Jun - Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 506 Anak Yatim bagi daerah Hulu Selangor dan Hulu Langat. Sumbangan peruntukan yang berjumlah RM50,600.00 adalah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh DYTM Tuanku di Masjid Jamek ArRahimah. Turut hadir YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS, YBhg. Dato’ Haris bin Kasim Pengarah Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) serta Orang Besar Daerah Hulu Selangor YAD Dato Haji Amanshah bin Mohd Shahar. Setiap seorang anak yatim menerima RM100.00 bagi membantu dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri pada tahun ini. Dalam majlis sama, DYTM Tuanku bagi pihak YIDE, berkenan menerima sumbang an dari Pe r b e n d a h a r a a n Negeri Selangor sebanyak RM10,000.00, MMC Corporation sebanyak RM10,000.00 dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sebanyak RM5,000.00 untuk digunakan bagi infaq Aidilfitri kepada anak yatim tahun ini. Edisi
Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan MAIS
S
HAH ALAM 21 Jun - Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MAIS telah berjaya mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena majlis penutup Ihya’ Ramadhan dengan meriah sekali walaupun disambut dengan besederhana bertempat di Bilik Perundangan Keluarga Islam. Program diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang
bermula pada jam 2.30 petang dengan disertai seramai tujuh orang kakitangan MAIS di kalangan ketua naqib. Khatam Al-Quran ini dipimpin oleh En. Mohd Khairi bin Mohamad Nor Eksekutif Bahagian Audit Dalam dengan bacaan dari surah Ad-Dhuha sehingga Surah AnNas diikuti dengan bacaan Doa Khatam Quran. Majlis penutup Ihya’
Ramadhan ini dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial. Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis penyampaian sagu hati kepada pembaca Khatam al-Quran dan penyerahan hadiah sagu hati kepada pemenang pertandingan tulisan khat yang telah dimenangi tempat pertama oleh En. Hanafi bin Mohamed (Bahagian Audit
Perasmian penutup oleh Tn. Hj. Ahmad Shahir Bin Makhtar
Dalam), tempat kedua oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid (Bahagian Harta Baitulmal)
dan tempat ketiga oleh Ustazah Aishah bt Ismail (Bahagian Harta Baitulmal). Edisi
BERITA MAIS Julai 2017 | Edisi Sumber: Bahagian Pejabat Ketua Hakim (JAKESS)
11
& Lembaga Zakat Selangor
Selangor Terima Zakat Perniagaan Muzakarah Hakam 2017 Zakat PNB RM27 Juta
P
ada 2 Jun 2017 Jawatankuasa Hakam telah menganjurkan Muzakarah Hakam 2017 di Dewan Muktamar, Aras 2, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor .Seramai 72 orang telah hadir Muzakarah Hakam tersebut, 29 orang terdiri daripada Anggota Panel Hakam dan selebihnya adalah terdiri daripada Hakim Syarie di Negeri Selangor. Muzakarah Hakam yang diadakan setengah hari ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada semua Anggota Panel Hakam dan Hakim Syarie Selangor berbincang sebarang isu berbangkit yang berkaitan dengan pelaksanaan Hakam di Mahkamah Syariah. Muzakarah Hakam ini diadakan adalah sebagai satu program yang sangat penting, di mana Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jawatankuasa Hakam Negeri Selangor memainkan peranannya dalam mewujudkan ruang untuk memastikan wujudnya penyelarasan dan keharmonian yang melibatkan proses kerja dan pelaksanaan Hakam di Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Di antara intipati Muzakarah tersebut adalah berkaitan penyelarasan dalam pelaksanaan Majlis Tahkim di Mahkamah Syariah di Negeri Selangor. Terdapat beberapa isu yang telah mendapat ketetapan dan ketetapan tersebut akan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh Panel Hakam dan juga Para Hakim Syarie di Negeri Selangor. Sebagai kesimpulan, majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim di antara Panel Hakam dan Hakim Syarie Selangor serta mendapat berkongsi buah fikiran dalam mendapatkan satu ketetapan agar pelaksanaan Hakam di Negeri Selangor lebih seragam. Diharap agar panel Hakam dan Hakim Syarie di Negeri Selangor dapat bekerjasama dengan sebaiknya demi memastikan maslahah masyarakat khususnya di Negeri Selangor dapat dipelihara. Edisi
S
HAH ALAM, 2 Jun 2017 – Lembaga Zakat Selangor hari ini menerima zakat perniagaan daripada Ku m p u l a n Pe r m o d a l a n Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM27,013,600 dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid An Nur Temasya, Glenmarie di sini. Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat berkenaan daripada Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar bagi tahun kewangan berakhir 2016. Pada majlis yang sama, Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 80 orang asnaf fakir, 185 orang asnaf miskin dan 121 orang asnaf mualaf. Kesemua mereka
Sesi penyerahan replika cek.
menerima sumbangan RM500 setiap seorang. Turut hadir, Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Dato’ Seri Utama Diraja
Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim, Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali. Edisi
Program Khatam Al-Quran Dan Ihya’ Ramadhan 2017
P
2,721 Penolong Amil Mudahkan Umat Islam Selangor Tunai Zakat Fitrah
ada 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438H, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) dan Kelab Pembangunan dan Kecemerlangan Jabatan (KPKJ) telah menganjurkan Program Khatam al-Quran dan Ihya’ Ramadhan bagi Tahun 2017. Program yang diadakan di Dewan Muktamar, Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Shah Alam itu dimulai dengan Solat Fardhu Asar secara berjemaah dan diikuti dengan Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh YA Tuan Salehan Yatim, Yang Dipertua BAKEMAS.
Selanjutnya, program yang diadakan setiap tahun itu diteruskan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Sahibul Samahah Dr. Anhar Opir, Timbalan Mufti Negeri Selangor. Terdahulu YAA Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor telah sudi
menyampaikan amanat dan sekali gus merasmikan program berkenaan. Sempena program tersebut, pihak penganjur telah mendapat sumbangan untuk berbuka puasa daripada pelbagai individu untuk mereka menambahkan pahala di bulan Ramadhan ini. Pihak penganjur mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kehadiran yang lebih ramai lagi dari kalangan warga JAKESS. Pihak penganjur juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga kerjasama dan usaha yang diberikan akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Edisi
HAH ALAM, 1 Jun 2017 – Lembaga Zakat Selangor melantik seramai 2,721 penolong amil fitrah di seluruh Selangor sepanjang bulan Ramadan ini bagi memudahkan umat Islam di Selangor menunaikan zakat fitrah, Orang ramai boleh
di sekitar Lembah Klang iaitu di Centrepoint, Klang; Giant Seksyen 13, Shah Alam dan Kelana Jaya; Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; Aeon di Shah Alam, Bukit Raja dan Bukit Tinggi, Klang; IOI City Mall, Puchong, Klang Prade, Klang;
Setia City Mall, Shah Alam; serta SACC Mall, Shah Alam. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk menunaikan zakat fitrah hanya kepada amil yang telah dilantik oleh Zakat Selangor, yang mempunyai kad tauliah dan sijil lantikan sah. Edisi
Amil zakat menjalankan tugas tanpa mengira waktu.
Tetamu jemputan tekun mendengar permasalahan yang dibincangkan.
S
menunaikan zakat fitrah di 27 buah cawangan Zakat Selangor atau melalui penolong amil institut pengajian tinggi (IPT) di 13 buah IPT di seluruh Selangor. Di samping itu, pembayaran zakat fitrah juga boleh dibuat di kaunter sementara di beberapa pasar raya terpilih
Sesi pertukaran cenderahati.
12
BERITA MAIS Edisi | Julai 2017
Sumber: Lembaga Zakat Selangor
& Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Puncak Niaga Holdings Berhad Tunai Zakat Rm10.6 Juta
S
HAH ALAM, 20 Jun 2017 –Puncak Niaga Holdings Berhad hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM10,645,064.00 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu upacara ringkas yang diadakan di Ibu pejabat zakat Selangor. Cek zakat perniagaan
disampaikan oleh Pengarah Urusan Puncak Niaga Holdings Berhad, En. Azlan Shah Tan Sri Rozali kepada Ketua Pe g a w a i Eksekutif LZS,Tuan Haji Hussin Bin Mohd Ali. Zakat yang ditunaikan ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 2016. Edisi
S
Sesi penyerahan replika cek.
Kasihku Zakat Selangor: Pesakit Dialisis Dapat Manfaat Sumbangan Mesin Hemodialisis
S
HAH ALAM, 19 Jun 2017 – Para pesakit dialisis di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bakal mendapat manfaat daripada tiga unit mesin hemodialisis yang diterima melalui sumbangan program ‘Kasihku Zakat Selangor’ di sini hari ini. Tiga unit mesin berkenaan merupakan sumbangan daripada dua syarikat yang menyatakan persetujuan menyertai program Kasihku Zakat Selangor melibatkan jumlah agihan semula zakat sebanyak RM140,000.00. Syarikat tersebut ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menyumbangkan semula wang zakat sebanyak RM100,000.00 dan Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. sebanyak RM40,000.00. Sumbangan mesin hemodialisis baharu ini dapat dimanfaaatkan kira-kira 28 orang pesakit buah pinggang yang mendapakan rawatan di
pusat dialisis di sini, seterusnya meringankan beban pesakit khususnya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Daripada jumlah tersebut, 23 orang merupakan pesakit yang dibiayai melalui bantuan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). LZS memperkenalkan program ‘Kasihku Zakat Selangor’ bagi memberi ruang kepada pengeluar zakat terutama dalam kalangan syarikat korporat bersama-sama menyantuni keperluan penerima zakat di Selangor yang semakin meningkat. ‘Kasihku Zakat Selangor’ diperkenalkan sebagai inisiatif kepada syarikat korporat yang mengeluarkan zakat sebanyak RM50,000 ke atas. Melalui ‘Kasihku Zakat Selangor’, syarikat berkaitan boleh memohon agihan semula 3/8 atau 37.5 peratus daripada jumlah bayaran zakat yang dikeluarkan pada tahun semasa untuk diagihkan kepada
asnaf fakir dan miskin berdaftar dengan Zakat Selangor termasuk asnaf fisabilillah. Wang zakat ini akan disalurkan berdasarkan empat pakej utama yang ditawarkan iaitu pakej bantuan pendidikan, bantuan modal, bantuan perubatan dan bantuan sosial. Selain memberi ruang kepada pengeluar zakat membantu asnaf dengan lebih dekat lagi, ‘Kasihku Zakat Selangor’ merupakan platform kepada syarikat korporat meningkatkan sumbangan melalui peruntukan Tanggungjawab Sosial Syarikat (CSR). Turut hadir, Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Noraida Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn. Bhd, Mahmud Abbas dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Darul Ehsan (YIDE), Nur Razali Mohamad. Hadir sama, Ketua Divisyen Kutipan LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini. Edisi
Kakitangan KUIS Lafaz Ikrar Bebas Rasuah
B
andar Seri Putra, 26 Mei 2017- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengorak langkah pro aktif dengan memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersempena
majlis perutusan Ramadhan Rektor KUIS bersama 300 orang kakitangannya dan turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi KUIS. Majlis menandatangani ikrar & bacaan Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Rektor KUIS, Profesor Dato’ Dr Ab Halim Tamuri dan
Zakat Selangor Terima Zakat Berjumlah Rm4.3 Juta
disaksikan oleh YBhg. Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Negeri Selangor, Tuan Amir Hamzah Idris, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM, Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Dr Zulkifli bin Hj Abd Hamid dan Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa &
hah Alam, 16 Jun 2017 – Lembaga Zakat Selangor mengadakan Majlis Bayaran Zakat Perniagaan bagi menerima zakat dari 59 buah syarikat berjumlah RM4,317,158.79. Maybank Islamic Berhad mendahului senarai syarikat pembayar dengan menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM967,898.16, diikuti Advance Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd berjumlah RM741,732.75, Kumpulan KPJ Healthcare Berhad sebanyak RM560,000.00 dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM500,000.00. Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah KUB Gaz Sdn Bhd yang mengeluarkan zakat berjumlah RM346,783.00, Bank Muamalat Malaysia Berhad yang menunaikan zakat sebanyak RM192,395.74, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad berjumlah
RM150,000.00 dan YBK Usahasama Sdn Bhd yang mengeluarkan zakat perniagaan berjumlah RM149,270.00. Sementara, Etiqa Takaful Berhad menunaikan zakat sebanyak RM120,000.00 dan Rania Resources Sdn Bhd pula berjumlah RM105,300.00. Dalam majlis yang sama, LZS mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM63,226 kepada empat individu. Mereka ialah Pauziah Maalip yang menerima bantuan bagi rawatan dialisis berjumlah RM26,460.00 dan Adibah Wahab yang menerima bantuan zakat sebanyak RM22,610.00 bagi membiayai kos pembedahan implan tulang belakang. Manakala, Nur Safiyyah Sathiya Abdullah menerima bantuan zakat sebanyak RM7,806 dan Nur Aisyah Maisara Abdullah pula menerima bantuan zakat sebanyak RM6,350. Keduadua mereka menerima bantuan pendidikan. Edisi
Sesi bergambar kenangan
Alumni, Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman. Di dalam ucapannya, Rektor KUIS menyatakan “kerjasama antara KUIS dan SPRM terjalin semenjak tahun 2015 melalui penganjuran beberapa program dan penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) di kalangan mahasiswa KUIS. Sebelum ini KUIS merupakan IPTS pertama menyambut baik ikrar integriti korporat ( corporate integrity pledge) dan kini disusuli pula dengan ikrar bebas rasuah (corruption free pledge). Pengarah SPRM Selangor pula menyambut baik usaha KUIS sebagai IPTS pertama di Selangor yang sentiasa menyokong usaha SPRM,
“Beliau turut mengingatkan agar seluruh warga kerja KUIS sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan menolak sebarang unsur rasuah”. Terdapat kes-kes yang melibatkan institusi Islam dan ini perlu diambil iktibar oleh KUIS kerana rasuah boleh berlaku dimana-mana sahaja. Sentiasalah mengamalkan konsep 3J iaitu Jangan Hulur, Jangan Kawtim & Jangan Settle,” katanya. Usaha-usaha ke arah melahirkan generasi KUIS yang membenci rasuah dan berintegriti akan sentiasa diutamakan dalam pentadbiran KUIS. ‘Katakan Tidak Pada Rasuah”. Edisi
JAWI Julai 2017 | Edisi
SULTAN SELANGOR BERKENAN Sultan Selangor Berkenan BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI Berbuka Puasa Bersama MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH, BUKIT JELUTONG Rakyat Di Masjid Tengku SHAH ALAMJemaah, 15 Jun - SultanBukit Selangor Sultan Ampuan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka Jelutong puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan
S
Tarawih bersama rakyat di Masjid Tengku HAH ALAM 15 Jun - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Shah berkenan berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak
dan Tarawih bersama rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. majlis Pada itu, baginda berkenan Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan zakat menyampaikan sumbangan zakat sempena sempena menyambut Ramadhan dan Syawal kepada 252 asnaf fakir dan menyambut Ramadhan dan Syawal kepada miskin serta 120 asnaf mualaf dengan setiap seorang menerima wang tunai 252 asnaf berjumlah RM500.fakir dan miskin serta 120 asnaf mualafjuga dengan setiapmenerima seorang menerima Baginda turut berkenan pembayaran zakat wang perniagaan bernilai RM11.7 juta bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada tunai berjumlah RM500. empat syarikat iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) dan Baginda juga turut berkenan menerima Seriemas Development Sdn Bhd. pembayaran zakat perniagaan bernilai Sementara itu, Yang Dihormatkan Orang Besar DaerahRM11.7 Petaling, Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir dalam ucapannya berkata,Selangor daerah Petaling juta bagi pihak Lembaga Zakat mempunyai masjid paling banyaksyarikat di Selangor iaitu 83 buah daripada (LZS) bilangan daripada empat iaitu Bank 418 buah keseluruhan masjid di negeri Selangor. Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), Turut hadir mengiringi baginda ialah Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Tenaga Berhad Menteri Haji MohamadNasional Adzib bin Mohd Isa, Mufti(TNB), Selangor, YAD Dato’ Setia Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) danIslam Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Selangor (JAIS), Development Datuk Haris bin Kasim. Seriemas SdnEdisi Bhd.
Sementara itu, Yang Dihormatkan Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir dalam ucapannya berkata, daerah Petaling mempunyai bilangan masjid paling banyak di Selangor iaitu 83 buah daripada 418 buah keseluruhan masjid di negeri Selangor. Turut hadir mengiringi baginda ialah Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Mufti Selangor, YAD Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris bin Kasim.
DYMM Sultan Selangor menyampaikan sumbangan kepada asnaf.
13
ﺳﻠطﺎن ﺳﻼڠور ﺑرﻛﻧن ﺑرﺑوك ﭬواﺳﺎ ﺑرﺳﺎم ﺑوﻛﯾت،رﻋﯾت د ﻣﺳﺟد ﺗڠﻛو اﻣﭭوان ﺟﻣﺎﻋﮫ ·ﺟﯾﻠوﺗوڠ ﺟون ﺳﻠطﺎن ﺳﻼڠور ﺳﻠطﺎن ﺷرف15 ﺷﮫ ﻋﺎﻟم ﻣﻧوﻧﺎﯾﻛن،اﻟدﯾن إدرﯾس ﺷﺎه ﺑرﻛﻧن ﺑرﺑوك ﭬواﺳﺎ ﻋﺷﺎء دان ﺗراوﯾﺢ ﺑرﺳﺎم رﻋﯾت د،ﺻﻼة ﻣﻐرب · ﺑوﻛﯾت ﺟﯾﻠوﺗوڠ،ﻣﺳﺟد ﺗڠﻛو اﻣﭭوان ﺟﻣﺎﻋﮫ
ﺑڬﯾﻧدا ﺑرﻛﻧن ﻣﭙﻣﭭﺄﯾﻛن ﺳوﻣﺑڠن زﻛﺎة ﺳﻣﭭﻧﺎ،ﭬد ﻣﺟﻠﯾس اﯾت أﺳﻧﯨف ﻓﺎﻛﯾر دان252 ﻣﭙﻣﺑوت رﻣﺿﺎن دان ﺷوال ﻛﭭد أﺳﻧﯨف ﻣوءﻟف دڠن ﺳﺗﯾﺎڤ ﺳﺄورڠ120 ﻣﯾﺳﻛﯾن ﺳرﺗﺎ · RM500 ﻣﻧرﯾﻣﺎ واڠ ﺗوﻧﺎي ﺑرﺟوﻣﻠﮫ ﺑڬﯾﻧدا ﺟوڬ ﺗوروت ﺑرﻛﻧن ﻣﻧرﯾﻣﺎ ﭬﻣﺑﺎﯾرن زﻛﺎة ﭬرﻧﯾﺎڬﺎن ﺟوت ﺑﺎڬﻲ ﭬﯾﮭق ﻟﻣﺑﺎڬ زﻛﺎة ﺳﻼڠور11.7 RM ﺑرﻧﯾﻼي ﴾ درﭬد اﻣﭭت ﺷرﯾﻛت اﯾﺄﯾت ﺑڠك ﻛرﺟﺎﺳﺎم رﻋﯾتLZS﴿ ﻣﻧﺗري،﴾TNB﴿ ﺗﻧﺎڬ ﻧﺎﺳﯾوﻧل ﺑرﺣد،﴾ﻣﻠﯾﺳﯾﺎ ﴿ﺑڠك رﻋﯾت ﴾ دان ﺳري أﻣسMBI﴿ ﺑﺳر ﺳﻼڠور ﭬﻣرﺑﺎدﻧن · ﺳﻧدﯾرﯾﺎن ﺑرﺣدDEVELOPMENT داﺗوء، ﯾڠ دﺣرﻣﺗﻛن اورڠ ﺑﺳر داﯾره ﭬﺗﺎﻟﯾڠ،ﺳﻣﻧﺗﺎرا اﯾت داﯾره ﭬﺗﺎﻟﯾڠ،ﺣﺞ ﻋﻣران ﺑن ﺣﺞ ﻗدﯾر داﻟم اوﭼﺎﭬﻧڽ ﺑرﻛﺎت ﺑواه83 ﻣﻣﭭوﭘﺎءي ﺑﯾﻠڠن ﻣﺳﺟد ﭬﺎﻟﯾڠ ﺑﺎﭘق د ﺳﻼڠور اﯾﺄﯾت · ﺑواه ﻛﺳﻠوروھن ﻣﺳﺟد د ﻧڬري ﺳﻼڠور418 درﭬد ،MAIS ﺗوروت ﺣﺎﺿر ﻣڠﯾرﯾڠﻲ ﺑڬﯾﻧدا اﯾﺎﻟﮫ ﭬڠروﺳﻲ ﻣﻔﺗﻲ، داﺗوء ﺳﺗﯾﺎ ﺣﺞ ﻣﺣﻣد ﻋذﯾب ﺑن ﻣﺣﻣد ﻋﯾسYAD داﺗوء ﺳﺗﯾﺎ ﺣﺞ ﻣﺣﻣد ﺗﻣﯾﯾز ﺑن ﻋﺑداﻟواﺣدYAD ،ﺳﻼڠور داﺗوء،﴾JAIS﴿ دان ﭬڠﺎره ﺟﺎﺑﺗن اڬﺎم اﺳﻼم ﺳﻼڠور ·ﺣرﯾس ﺑن ﻗﺎﺳﯾم
Tenaga Nasional Berhad menyerahkan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor.
14
IKON ASNAF Edisi | Julai 2017
BUAT PIZZA
Demi Anak
Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Perunding Kanan Dakwah (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Petang yang damai. Penulis menghubungi nombor yang diberi dan membuat temu janji. Kediamannya amat sederhana. Sebuah rumah kecil di Apartment Seri Kembangan, Bandar Bukit Beruntung. Beliau menanti sambil memberikan penanda arah. Ketibaan penulis dirai mesra. Itulah responden Jejak Asnaf kali ini Shahrul Fadli Sham Che Abdullah, 42. Banyak kisah menarik yang menanti untuk kita nikmati bersama.
“S
aya s i bu k ustaz. Alhamdulillah, tempahan roti dan pizza nampaknya di luar jangka.” Ujarnya ringkas ketika meraikan penulis. Penulis dibawa masuk ke rumahnya yang kini menjadi premis sementara menyediakan pizza dan roti. Sebuah bilik ditukar menjadi bengkel masakan. Adunan doh tepung menanti. Ketuhar pembakar masih hangat. Tidak lama, berdenting bunyi penggera. Sebuah pizza siap diangkat keluar. Menyelerakan sekali dengan kerak yang lembut dan lelehan kejunya. “Beginilah kerja saya ustaz. Hari ini isteri saya keluar memenuhi undangan jualan. Ada pelanggan tempah dalam jumlah yang banyak. Biasanya, kami menggunakan beberapa orang pekerja membantu. Sekarang mereka semua keluar. Saya mesti siapkan semua pesanan di sini.” Ujarnya lagi. Melihatkan kesibukannya, penulis membiarkan. Sambil Shahrul sibuk beraksi di dapur, penulis melabuhkan badan. Hampir dua jam menunggu, sehingga masuk waktu Asar, baharulah Shahrul dapat berehat. Kami samasama mendirikan solat berjemaah. Kemudiannya, perbualan pun dimulakan. “Anak keempat saya, Mohd Daniel Fikri, 8 mengidap sejenis penyakit yang sangat kritikal, iaitu Spina bifida
Mielomeningosele. Ia melibatkan saraf tunjang di tulang belakang pada tahap ketiga. Kesannya amat menakutkan. Dia boleh buta, boleh hilang deria rasa, lumpuh, menjadi pekak malah boleh melibatkan seluruh badan.” Shahrul memulakan cerita. Ketika itu, di rumahnya ada tiga orang anak yang menemaninya. Dua anak lelakinya yang di usia sekolah rendah sibuk bermain dan seorang lagi anak gadis, Nur Laili, 15 sesekali keluar membantu. “Selain Daniel, adiknya Mohd Rayyan Zikir, 5 juga mengidap masalah lelah yang serius. Suatu hari di tahun 2011, kami sekeluarga menghadiri program sukan tahunan di sekolah kakaknya. Masa itu usia Rayyan baharu mencecah dua tahun. Dalam keriuhan itulah, tibatiba mukanya menjadi biru. Rupanya dia sesak nafas, lelah. Terus kami bergegas ke hospital dan masuk ke wad kecemasan.” Himbau Shahrul lanjut. “Ustaz bayangkan, sampai di sana, doktor kata anak saya sudah ‘tiada.’ Mereka menutup jasadnya dengan kain. Luluhnya hati kami. Tiba-tiba datang seorang doktor lain dan dia berusaha menggunakan alat renjatan elektrik untuk memaksa jantung berdegup. Alhamdulillah, anak kami ‘hidup balik’. Selepas itu, seminggu dia koma. Doktor masukkan darah dan memberikan banyak ubat. Kesannya,
bila dia sedar, dia jadi lupa. Dia tak kenal orang sekeliling. Dia menangis tidak henti-henti 48 jam.” Shahrul terus menghimbau. Selain Daniel, Rayyan dan Laili, dua orang lagi anaknya ialah Nur Hafifah, 22 dan Mohd Farhan, 13. Shahrul mendirikan rumahtangga bersama Normala Mohd Sohid, 44. Mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. “Sebenarnya doktor telah mengesan penyakit Daniel semasa dia masih dalam kandungan. Pada hari kedua dia lahir, doktor terus membuat pembedahan bagi membuang air dalam gelembung di bahagian tulang belakangnya. Daniel juga bermasalah buang air besar. Dalam usia yang sangat mentah, anak saya telah melalui beberapa prosedur rawatan yang luar biasa.” Ujar Shahrul. “Dia terpaksa menjalani pembedahan plastik bagi menggantikan kulit belakangnya. Pembedahan juga dilakukan di bahagian saraf tunjangnya. Kini, doktor hanya mengikat sahaja sarafnya seperti simpulan tali. Jika ada masalah, doktor akan membuka ikatan itu. Saraf dan tulang belakangnya juga membesar tidak sekata. Kata doktor, pembedahan akan segera dilakukan bila perlu. Matanya juga boleh menjadi kabur. Kakinya mejadi lemah. Paling bahaya, ia memberi kesan ke otak.” Panjang lebar Shahrul menghuraikan kondisi kesihatan anak keempatnya.
Jadi, bagaimanakah Shahrul menghadapi kemelut berkenaan? “Ketika anak keempat sakit, saya jadi tidak keruan. Hakikatnya, kehidupan kami sekeluarga sebelum itu dianggap senang. Saya dan isteri mempunyai kerjaya dengan pendapatan agak besar. Saya adalah juruteknik di sebuah kilang. Pendapatan lebih dari RM5,000 sebulan. Namun sejak anak sakit, saya terpaksa memberikan banyak masa kepadanya. Ia menjejaskan reputasi saya di tempat kerja.” Cerita Shahrul. “Penyakit ganjil ini hanya ada 89 orang sahaja di Malaysia. Saya terpaksa membawa anak mendapatkan rawatan di empat buah hospital yang berlainan. Setiap hospital mempunyai kepakaran yang berbeza. Bayangkan, bukannya dekat. Hospital Alor Setar, Hospital Kubang Kerian, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Kuala Lumpur.” Tambahnya lagi. “Akhirnya saya mengambil kata putus, menghantar notis berhenti. Ia lebih baik daripada diberhentikan. Kemudiannya selama setahun, dari 2010 hingga 2011 saya tidak bekerja. Banyak masa dihabiskan berulang di antara empat buah hospital berkenaan. Waktu itu, banyak harta kami jual. Kereta, motosikal, laptop malah perabot pun saya jual. Kami hanya mencari dana bagi mengubati si Daniel.” Terang Shahrul lanjut. Edisi
Nota: Shahrul menggunakan jenama D’Rayyan. Antara produk popularnya ialah pizza ayam, pizza daging, pizza ayam daging, pizza sosej, pizza ketam, pizza sea food, pizza kambing (paling popular) dan pizza rusa. Roti, barangan frozen, baulu kemboja juga dibuat sendiri. Biskut raya, rempeyek, coklat cip, almond London turut diusahakan oleh isterinya. Hubungi 017 – 225 3874 & 011 329 33262 (whass app sahaja) atau 019 207 5249 (Normala). E-mail drayyan9@gmail.com atau drayyanfoodindustry@gmail.com atau sesawangnya www.drayyanfoodindustry.com.my.
KEMUSYKILAN UMAT Julai 2017 | Edisi
FAKIR MISKIN DAN HAD AL-KIFAYAH SOALAN: Kemiskinan adalah subjektif dan relatif. Sukar bagi kita menentukan seseorang itu fakir ataupun miskin. Ini kerana, ada orang yang kelihatan bahagia dan nampak senang, sedangkan dia mungkin kekurangan belanja. Ada juga orang yang nampak hebat bergaya, bertali leher dan berkereta besar walhal pendapatannya benar-benar cukup makan. Maka, kaya atau miskin sukar ditentukan dek mata kasar. Bagaimanakah institusi zakat mentakrifkan golongan ini? Jawapan: Terima kasih kerana mengajukan persoalan ini. Memang, umumnya orang ramai selalu mengukur status seseorang daripada rupa luarannya. Mereka juga sering menyangka, bahawa fakir miskin adalah kategori yang sama. Namun, hakikatnya ia tidak sama. Kerana itulah, fakir dan miskin adalah dua kategori yang disebut berasingan dan mereka layak mendapat zakat disamping enam asnaf lain. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk (diagihkan kepada) orang-orang fakir, orang-orang miskin, para amil yang menguruskannya, para muallaf untuk dilunakkan hatinya…” (Surah at-Taubah:60) Namun begitu, wujud sedikit khilaf di kalangan ulama fikah dalam menentukan takrif fakir dan miskin ini. Bagi Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, mereka mentakrifkan orang fakir ialah orang yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi keperluannya. Orang miskin pula ialah orang yang tidak memiliki apa-apa. Manakala bagi takrifan Imam Syafie dan juga Imam Hambali, fakir ialah orang yang tidak mempunyai apa-apa harta dan miskin pula ialah orang yang mempunyai harta namun tidak mampu memenuhi kecukupan keperluannya. Ringkasnya, pandangan Imam Syafie dan Imam Hambali adalah berlawanan dengan pandangan di sisi Imam Hanafi dan Imam Maliki. Bagi umat Islam di Malaysia, kita menerima pakai pendapat Imam Syafie.
Sementara itu, Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor tahun 2002, yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor telah mempersetujui bahawa takrifan fakir dan miskin adalah seperti berikut: ‘Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan atau ada pekerjaan tetapi tidak halal atau ada pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah, untuk keperluan diri atau keperluan diri tanggungannya. Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan halal yang hanya boleh menampung 50% untuk keperluan diri atau keperluan diri dan tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah.’ Sementara itu, jika dirujuk pada zaman awal Islam sendiri pun sudah wujud kedua-dua jenis kemiskinan ini. Misalnya pada zaman Mekah, majoriti yang memeluk Islam ialah golongan fakir dan miskin. Contohnya keluarga Ammar bin Yasser RA dan Bilal bin Rabah RA, mereka memang fakir kerana berasal daripada hamba abdi. Manakala, selepas era hijrah ke Madinah, wujud golongan ahlus suffah yang mendiami masjid nabi, dan golongan ini adalah golongan fakir. Di antara ahli suffah yang terkenal ialah Abu Hurairah RA Beliau sering mengikat batu ke perutnya demi menahan kelaparan bahkan pernah dianggap gila kerana bercakap-cakap sendirian menahan lapar. Akhir Rasulullah SAW membawanya pulang ke masjid nabi dan ditugaskan untuk menjaga gudang menyimpan hasil zakat.
Dalam konteks hari ini pula, kita boleh mendefinisikan orang fakir itu sebagai miskin tegar atau miskin mutlak. Manakala kepada golongan miskin yang masih mampu hidup walau serba kesempitan hanya dianggap miskin sahaja. Di dalam fatwa di atas juga ada disebutkan had al-kifayah, apakah maknanya? Umumnya, had alkifayah adalah suatu alat bagi mengukur kemiskinan. Secara mudah, ia digunakan bagi mengukur kecukupan perbelanjaan, dengan membandingkan pendapatan kasar dan perbelanjaan minimum sesebuah keluarga atau individu. Keputusan yang diperoleh pula lebih spesifik dan tepat dalam menentukan taraf seseorang pemohon zakat, sama ada kaya, miskin ataupun fakir (miskin tegar). Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor 2002 telah memberikan definisi had al-kifayah sebagai: ‘Agihan zakat kepada asnaf dan individu fakir miskin yang perlu menepati kepada keperluan asasi sebenar.’ Sejajar dengan itu, maka institusi zakat sebenarnya wajar mengaplikasikan kaedah ini agar penentuan fakir miskin menjadi lebih tepat dan bantuan zakat secara lebih terfokus diuruskan. Di samping itu, wajar juga kita fahami bahawa sesebuah institusi zakat turut mengambil kira enam aspek keperluan hidup manusia. Keperluan itu ialah, tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, rawatan dan pengangkutan. Perkara-perkara yang dinyatakan
15
Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Perunding Kanan Dakwah Zakat (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@ zakatselangor.com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.zakatselangor.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS. di atas adalah suatu keperluan asasi kepada setiap manusia. Maka, seandainya pendapatan isi rumah yang diperolehi setiap bulan, tidak mampu memenuhi kecukupan minima bagi keperluan-keperluan ini, seseorang itu layak dianggap sama ada miskin ataupun fakir. Daripada data fakir dan miskin yang dikumpulkan itulah, maka institusi zakat mampu merangka strategi seterusnya bagi menangani kemiskinan. Hakikatnya, menguruskan keperluan fakir dan miskin memang memerlukan kaedah dan strategi yang berbeza sesuai dengan keperluan zaman di mana mereka berada. Di sinilah relevannya institusi zakat memperkasakan jentera agihan zakat, misalnya dengan mewujudkan Program Pembangunan Asnaf, Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat, Pusat Pendidikan dan Latihan Asnaf Zakat dan sebagainya. Ini kerana, dengan menyediakan pelbagai prasarana pembangunan zakat, maka ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan asnaf itu sendiri secara jangka panjang. Wajar juga bagi kita untuk mengingati, di antara tujuh pesanan Rasulullah SAW kepada Abu Dzar RA, ialah: “Sukailah orang-orang miskin dan dekatilah mereka,” merupakan anjuran agar kita mencari jalan membela nasib fakir dan miskin dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Inilah natijahnya zakat di sisi fakir dan miskin di dalam Islam. Wallahua’lam. Nota: Jawapan disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Perunding Kanan Dakwah (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan zakat sila emelkan kepada hamizul@zakatselangor. com.my atau sila layari www. zakatselangor. com.my atau http://blog.zakatselangor.com. my untuk maklumat lanjut.Edisi
16
ULASAN BUKU Edisi | Julai 2017
KOLEKSI PUSAT PENGETAHUAN MAIS RAHSIA HAJI: FALSAFAH DAN HIKMAHNYA MENURUT ALQURAN DAN SUNAH
CERITA-CERITA MOTIVASI UNTUK IBADAH HAJI DAN UMRAH
CALL NO : 297.352 MNA
CALL NO : 297.352 KHA
Buku Rahsia Haji: Falsafah Dan Hikmahnya Menurut al-Quran Dan Sunah ini mempunyai informasi yang lengkap berkisar tentang ibadah haji. Haji dilihat sebagai ibadah dan bukan sebagai adat semata-mata. Di dalam buku ini juga diterapkan nilai-nilai ‘kenikmatan’ ibadah haji. Ini dimulakan dengan perkara asas dan diakhiri dengan hikmah ibadah. Selain itu, ia dirangkumkan daripada persiapan akidah dan ketakwaan, persiapan kewangan, persiapan mental dan fizikal, persiapan ilmu pengetahuan dan persiapan tazkirah nafs. Buku yang menerangkan setiap perbuatan yang kita lakukan mempunyai sebab-sebab tertentu. Manfaat ibadah haji termasuk ukhrawi, manfaat rohani, manfaat ekonomi, manfaat sosial kemasyarakatan, manfaat ilmu dan pendidikan dan manfaat sejarah. Di dalam buku mengandungi beberapa bab seperti berikut: Bab 1: Persiapan diri untuk ke Mekah Bab 2: Manfaat Haji dan Umrah Bab 3: Falsafah dan hikmah haji Bab 4: Hikmah perjalanan haji Rasulullah SAW Bab 5: Kelebihan haji dengan mengenal hikmah
MAKKAH ALMUKARRAMAH: KELEBIHAN DAN SEJARAH CALL NO : 297.352 ABA Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Mekah a l - M u k a r ra m a h sebagai sebuah bandar paling lama dan bersejarah, kelebihan, pembangunan dan perkembangan semasa kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang ibadah tawaf dan saie, syarat memasuki Mekah, telaga zamzam, sejarah dan detail struktur binaan Ka’abah, Hajarul Aswad, Maqam Ibrahim, perkembangan Masjidil Haram, cara penyusunan saf di keliling Ka’abah, lokasi ibadah haji, (al-Masya’ir) seperti Arafah, Mina dan Muzdalifah serta masjid-masjid dan tempattempat menarik penuh bersejarah di Mekah. Semua gambar foto, artifak dan lukisan bersejarah dalam bentuk warnawarni yang menarik. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.
Buku ini menghimpunkan ceritacerita dan kisah teladan menarik berkaitan ibadah haji dan umrah bagi tatapan bakal jemaah haji dan umrah. Cerita–cerita dan kisah teladan ini digarap sebaik mungkin bagi menimbulkan keghairahan, semangat, motivasi, rasa cinta dan rasa rindu kepada tanah suci sejak dahulu sehingga kini dibongkar dan dihidangkan dalam satu kompilasi yang berada di tangan pembaca ini. Selain itu, kelebihan yang boleh pembaca boleh dapati di dalam buku ini adalah: • Cerita-cerita dan kisah teladan menarik berkaitan ibadah haji dan umrah. • Khazanah cerita-cerita berkaitan tanah suci sejak dahulu sehingga kini. • Penghayatan dan pengertian dalam mengerjakan ibadah haji dan umrah. • Hikmah mengerjakan ibadah haji dan umrah. • Coretan kisah orang bukan Islam yang berkunjung ke Mekah bagi menghayati ibadah haji dan umrah.
TRAVELOG DUA TANAH SUCI CALL NO : 297.352 HMM Bacaan ini amat sesuai dan patut dimiliki oleh umat Islam yang mencintai syiar-syiar Islam dan merindukan bumi Mekah Al-Mukarramah agar dapat menambahkan lagi kemahuan, menyampaikan ilmu tentang ibadah haji dan mengenali hikmah Kaabah yang dialami oleh tetamu Allah di sana. Buku ini menggambarkan tentang kisah-kisah dan pengalaman sebenar seorang hujjaj ketika di tanah suci, penyediaan petua dan cara-cara mengerjakan ibadah haji dari sudut lebih jelas yang akan memudahkan perjalanan mereka, pengajaran dan iktibar yang dapat muhasabah diri manusia, sedikit pendedahan bagi bakal haji yang belum pernah ke sana dan sebagai bingkisan suci serta pencetus niat agar ingin ke sana. Di dalam buku ini, disenaraikan 16 perkara utama oleh penulis yakni, 1. “Bab 1: Labbaikallah” 2. “Bab 2: Menunggu Wuquf” 3. “Bab 3: Wuquf” 4. “Bab 4: Masy’aril Haram” 5. “Bab 5: Manasik Hajiku: 2009” 6. “Bab 6: Memoir Umrah” 7. “Bab 7: Berdoa” 8. “Bab 8: Mengenali Masjid” 9. “Bab 9: Cabaran Di Tanah Suci” 10. “Bab 10: Lubuk Rezeki”
11. “Bab 11: Makan dan Minum” 12. “Bab 12: Perlakuan Yang Perlu Dielak” 13. “Bab 13: Kenangan Manis di Makkah” 14. “Bab 14: Madinah” 15. “Bab 15: Umrah Ramadhan” 16. “Bab 16: Hatiku Terpaut Padamu”
Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi, Pengurus Pusat Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.
TOKOH ISLAM NUSANTARA Julai 2017 | Edisi
17
Ustaz Hj. Hambali Bin Abdul Salam Susunan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengurusan Pengetahuan MAIS Sumber: Tokoh-Tokoh Ulama Selangor Terbitan: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
B
eliau dilahirkan pada 12 Disember 1931 di Meru, Klang. Ustaz Hj. Hambali Abdul Salam mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Binjai, Meru Klang dari tahun 1938 sehingga 1945. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Al-Madrasah Junid di Singapura antara tahun 1945 hingga 1951 atas sokongan kuat daripada gurunya yang dapat mengesan kepetahan beliau berkomunikasi dalam bahasa Arab. Pada sekitar tahun 1982 hingga 1986 beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pengajian Islam. Beliau merupakan anak didik Ustaz Mahmud Arif Al-Bukhari sekitar 1948 hingga 1950 di Marthail ‘Ulum yang kemudian dikenali sebagai Kolej Islam Klang. Selain daripada itu, beliau juga sempat berguru dengan Ustaz Ahmad Mohammad Sonhaji, Ustaz Abdul Hakim Azhari (Abang kepada Dato’ Hj. Hassan Azhari) serta Dato’ Haji Hassan Azhari sendiri
dan Dato’ Syeikh Ismail yang mengajar Talaqqi Musyafahat sehingga beliau berjaya mendapat sijil pengiktirafan Syeikhul Maqari’ sebagai ijazah sanad. Ustaz Haji Hambali telah memulakan tugas sebagai guru agama pada tahun 1954 di Sekolah Hisamuddin Kampung Jawa, Klang. Setelah mencurah bakti dalam mendidik anak watan, beliau beralih kerjaya sebagai kerani kepada dua orang Nazir di Klang iaitu Ustaz Ali Abu Bakar dan Ustaz Ismail Mohammad pada tahun 1958. Pada tahun 1974, Ustaz Haji Hambali kembali bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Klang dan Sekolah Menengah Agama Rendah Hisamuddin sehingga penghujung 1981 serta memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan. Beliau mengakhiri perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai Guru Besar di Sekolah Menengah Agama Jeram yang mana beliau merupakan pengasas sekolah tersebut. Selain aktif dalam bidang pendidikan, Ustaz Haji Hambali juga bergiat aktif dalam kegiatan berdakwah.
Beliau banyak menghabiskan masa dengan menyampaikan syarahan agama, menjalankan pelbagai kelas pengajian agama dan mengajar tilawah secara talaqqi. Beliau merupakan panel hakim Majlis Tilawah peringkat mukin, daerah dan negeri serta Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan Imam Besar Masjid Al-Syarif, Meru, Klang. Ustaz Haji Hambali Abdul Salam telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Kalsom Binti Paidi dan telah dikurniakan seramai 7 orang cahaya mata yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Selangor (1995) dan dikurniakan pelbagai pingat. Edisi
18
KOLEKSI ARKIB MAIS Edisi | Julai 2017
INSTITUSI FATWA DAN MUFTI DI MALAYSIA Sumber: Unit Arkib Korporat MAIS
PENGENALAN Fatwa di Malaysia telah melalui sejarah yang panjang. Bermula daripada kedatangan Islam ke rantau ini pada abad ke-7 Masihi telah membawa tertubuhnya sistem pemerintahan yang bercirikan Islam. Corak pemerintahan khalifah yang ada di negara Islam ketika itu turut mempengaruhi alam Melayu. Ketua pemerintah (sultan ataupun raja) telah dinobatkan selaku khalifah Islam untuk urusan pentadbiran negara. Justeru, dalam usaha memantapkan sistem pentadbiran negara, ketua pemerintah telah menubuhkan institusi pelaksananya seperti pelantikan Mufti, Kadi, Imam, Khatib, Syeikh al-Islam, Syeikh al-ulama dan jawatan-jawatan lain yang membawa tujuan yang sama.
K
esemua jawatan ini berkait rapat secara langsung dengan tugas-tugas penguatkuasaan hukum syarak, mengeluarkan fatwafatwa (berhubung kait dengan umat Islam), menjalankan tugas-tugas keadilan, mengetuai upacara rasmi negara dan menangani pelbagai persoalan yang berbangkit. Selepas kemerdekaan tanah Melayu pada tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara terus mengekalkan kedudukan Sultan sebagai ketua agama di negeri masing-masing. Perlembagaan juga telah menjelaskan bidang kuasa antara kerajaan negeri dan pusat, di mana pentadbiran agama Islam ialah urusan negeri secara umumnya. Namun begitu, Perlembagaan Persekutuan dalam masa yang sama tidak menafikan sepenuhnya kuasa Persekutuan berkaitan undangundang dan tatacara pentadbiran Islam.
Melalui bidang kuasa perlembagaan yang diperuntukkan mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu ini, kerajaan negeri mengekalkan organisasi pentadbiran berkaitan Islam yang telah wujud sebelum merdeka sebagai badan yang berkuasa mengenai hal ehwal agama Islam di setiap negeri. Urusan fatwa juga menjadi tanggungjawab kerajaan negeri dalam mengadakan peraturan-peraturan dan undangundang mengenai fatwa di negeri masing-masing. Oleh itu, perkaraperkara yang bersangkutan dengan fatwa tercatat dalam setiap enakmen/ ordinan/akta di negeri di Malaysia sejak mula enakmen/ordinan/akta tersebut dibuat. Jawatankuasa Fatwa di negeri-negeri pula ditubuhkan untuk membantu Jabatan Mufti mengeluarkan sesuatu fatwa. Ia dikanunkan dalam enakmen/ordinan/akta yang ada pada peringkat negeri masing-masing
di dalam Malaysia. Kepentingan fatwa dalam melayari kehidupan ini jelas terbukti. Dengan adanya fatwa pelaksanaan hukum-hukum syarak dapat ditegakkan mengikut kaedah-kaedah syariah. Institusi fatwa sentiasa menjadi rujukan bagi umat Islam di Malaysia. Terdapat pelbagai fatwa yang diputuskan dalam berbagai bidang kehidupan sama ada muamalat, ibadat hinggalah ke bidang sains dan teknologi. Ini menunjukkan institusi fatwa mempunyai peranan yang signifikan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Di Malaysia, fatwa yang diputuskan dapat dikategorikan dalam tiga bentuk, iaitu pertama, fatwa yang diwartakan; kedua, jawapan-jawapan fatwa yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa fatwa dan ketiga, fatwa yang dikeluarkan oleh mufti secara persendirian berbentuk lisan dan tulisan. Hanya fatwa kategori pertama sahaja yang mengikat, manakala kategori kedua dan ketiga tiada sebarang implikasi undangundang. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik, di mana terdapat 14 jawatan mufti yang mewakili 14 buah negeri. Dalam proses istinbat hukum,
para mufti dibantu oleh Jawatankuasa Fatwa. Nama jawatankuasa ini berbeza antara negeri-negeri. Di negeri Johor, Kedah dan Terengganu yang dinamakan Jawatankuasa Fatwa. Di Sabah dipanggil Majlis Fatwa. Bagi Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan, ia dipanggil Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak. Di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Pulau Pinang dikenali dengan Jawatankuasa Syariah. Di Kelantan dipanggil Jemaah Ulama’. Manakala di Sarawak dikenali dengan Lembaga Fatwa. Selain jawatankuasa fatwa peringkat negeri, terdapat jawatankuasa fatwa peringkat kebangsaan, iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI). Ia ditubuhkan pada awal tahun 1970. Penubuhannya bertindak sebagai sebuah institusi pengeluar fatwa peringkat kebangsaan di Malaysia dalam rangka menyelaras dan menyeragamkan keputusan fatwa di seluruh negara. Jawatankuasa ini juga dianggap sebagai badan yang paling berautoriti dalam mengeluarkan fatwa di Malaysia walaupun tidak mempunyai bidang penguatkuasaan. Edisi
Untuk sebarang keterangan lanjut berkaitan koleksi-koleksi di kolum ini boleh berhubung terus ke Unit Arkib Korporat MAIS di talian 03-5510 8031
ZOOM MAIS Julai 2017 | Edisi
19
DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 506 Anak Yatim bagi daerah Hulu Selangor dan Hulu Langat.
DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 210 asnaf fakir miskin dan 104 mualaf sebelum bertitah dalam program berbuka puasa di Masjid Al-Ilmi, Dengkil.
Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor dapat sumbangan mesin yang ditaja oleh Central Spectrum (M) Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
Majlis penutup Ihya’ Ramadhan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MAIS telah berlangsung pada 21 Jun 2017.
JULAI 2017 • SYAWAL 1438 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my
M A J L I S
A G A M A
I S L A M
S E L A N G O R
• pencetus minda generasi •
INSTITUSI FATWA DAN MUFTI DI MALAYSIA LIHAT MUKA SURAT
PERKHIDMATAN
MAIS
18
RM 300
Fi tidak termasuk GST sebanyak 6%
Wang Tidak Patuh Syariah
Baitulmal MAIS berbidang kuasa dan berkepakaran dalam Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat. Dalil Wasiat
Wang Orang Berhutang
“(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.” (Surah An-Nisa’:11) Daripada Abdullah Bin Umar RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, tidak sepatutnya tidur selama dua malam, melainkan dalam keadaan wasiat telah siap ditulis di sisinya.” (HR Al-Bukhari) Tanggungjawab Baitulmal MAIS sebagai Wasi
Layari
www.wasiat.com.my
Wasiat Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR BAHAGIAN HARTA BAITULMAL Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my
untuk maklumat lanjut dan respon pantas.
Menjadi pemudahcara mengharmonikan benefisiari dan ahli waris; Mengenal pasti harta dan hutang si mati; Mendapatkan pengesahan wasiat di Mahkamah Tinggi Syariah; Mendapatkan Geran Probet di Mahkamah Tinggi Sivil; Melunaskan Hutang pewasiat dengan Allah dan dengan manusia; dan Membahagikan harta kepada benefisiari yang telah ditentukan oleh pewasiat dalam Dokumen Wasiat dan kepada waris yang berhak mengikut Hukum Faraid.
Majlis Agama Islam Selangor Tingkat 9 & 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
03-5514 3773
www.mais.gov.my
EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my
03-5512 4042