Edisi Bulan 03/2016

Page 1

MAC 2016 • JAMADILAKHIR 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Solat dijaga, Akhlak diperkasa

Membentuk Fikrah Ummah

Antara kehebatan solat lima waktu yang difardukan kepada umat Islam ialah solat dapat membantu dalam mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar.

>4

MAIS Sampai Watikah Pelantikan Pegawai dan Jawatankuasa Kariah Masjid

SHAH ALAM 24 Februari – Lebih 300 kariah membabitkan 411 buah masjid sekitar Selangor seliaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)... >10

Majlis Pelancaran Hotel Alya, Klang Dan Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU)

KLANG – Pada 1 Mac 2016 bersamaan 21 Jamadilawal 1437H telah diadakan satu Majlis Menandatangani Perjanjian... >10

Kunjungan daripada Pertubuhan Wanita IKRAM

Seorang lelaki menemui seorang ustaz. Wajahnya sugul. Dengan hormat dia meluahkan isi hatinya. “Ustaz, apa yang patut saya lakukan. Anak-anak saya tiga orang, usianya sudah belasan tahun. Mereka malas solat. Apa ikhtiar saya?” Ujar si lelaki bernada sedih...... >3

17 Februari 2016- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ( JAKESS) yang diketuai oleh YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar telah menerima kunjungan daripada Pertubuhan Wanita IKRAM seramai 10 orang... >12


Sidang Redaksi EDISI Penasihat: • Daud Lin Bin Abdullah

A | SA RJ AN A | Ph D UD M A AN RJ SA | A M O AS AS I | DI PL

JOM MASUK KUIS

Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Kolumnis • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Halim Bin Mokhtar © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my

Fakta:

n a h i il p S I KU tama! u

Fakta Sembelihan Cara Islam Sebuah Pasukan Para Peneliti dan Profesor Universiti negera Syria menunjukkan bahawa ada berbezaan daging yang disembelih dengan syariat Islam. Dr Khalid Hawalah berkata serat daging yang disembelih tidak mengikut syariat Islam diuji penuh dengan kuman dan darah beku dalam daging, sementara daging yang disembelih dengan syariat Islam benar-benar bebas dari bakteria dan tidak mengandungi darah beku.

Interaktif: AlMa’thurat: Himpunan Zikir dan Wirid AlMa’thurat merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang diambil daripada Rasulullah SAW. Nas-nas al-Qur’an dan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya zikir dan wirid tersebut diajarkan oleh Baginda kepada sahabatsahabatnya, kemudian kepada tabi’in, tabi’ attabi’in, dan as-salaf as-salih.

Dakwah & Kerohanian:

+60389117000

www.kuis.edu.my ,


FOKUS Edisi • Mac 2016 • 3

Gambar hiasan

Seorang lelaki menemui seorang ustaz. Wajahnya sugul. Dengan hormat dia meluahkan isi hatinya. “Ustaz, apa yang patut saya lakukan. Anak-anak saya tiga orang, usianya sudah belasan tahun. Mereka malas solat. Apa ikhtiar saya?” Ujar si lelaki bernada sedih.

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

S

ang ustaz yang mendengar hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia membetulkan kedudukan cermin mata yang tersangkut di atas hidung, sambil menarik nafas. “Boleh saudara ceritakan apa masalah sebenarnya, dan apa maksud kedatangan saudara?” Jawabnya tenang. “Baiklah ustaz. Ini mengenai anakanak saya yang ‘malas’ nak solat. Sebagai ayah, saya sudah ‘menyuruh’ mereka. Setiap hari, saya akan peringatkan. Subuh terutamanya, jenuh saya kejutkan. Malah saya sampai marah-marah. Saya pelik, kenapa anak-anak saya ini degil sangat, tak nak sembahyang?” Jawab si lelaki bersungguh-sungguh. “Jadi, tujuan saya berjumpa ustaz, kerana masalah itulah. Orang bagi tahu, elok saya minta air penawar daripada orang-orang alim. Mereka kata lagi, doa ustaz makbul. Saya dengar, anak-anak ustaz pun okay semuanya. Sebab itu saya datang. Ini saya bawa lima botol air mineral, minta ustaz bacakan doa.” Terang lagi si lelaki sambil menyuakan sebekas plastik berisi lima botol besar air mineral. Ustaz yang mendengarnya terus mengangguk-anggukan kepalanya. Dia membetulkan duduknya di atas sofa. Dia menyeluruhi wajah lelaki di hadapannya. Dia rasa, usia lelaki itu dalam awal 40-an. Lelaki itu mula-mulanya memandang wajah sang ustaz, namun kemudian menundukkan matanya. Dia tahu sang ustaz sedang memerhati ke arahnya. “Usia anak-anak saudara sekarang sudah berapa tahun? Isteri masih ada kan?” Tanya lagi sang ustaz. Dia sedikit pun tidak menyentuh bekas plastik berisi air mineral yang disuakan si lelaki tadi. “Er, isteri saya ada ustaz. Tapi dia tunggu di dalam kereta di luar. Apa,

er…ustaz nak saya panggilkan? Anakanak…er…” Jawab si lelaki, agak terbatabata. Bagaikan ada sesuatu yang mahu disembunyikan. “Oh, jika ada eloklah panggilkan isterinya. Doa saya kurang mujarab jika salah seorang tidak ada bersama…he… he…” Kelakar sang ustaz melonggarkan sedikit ketegangan. Tidak lama kemudian, datang ‘anak’ perempuan ustaz menatang sedulang kopi. Wajahnya bersih, dan cerah biar pun tanpa solekan. Sekali imbas, usianya dalam ukuran 30-an. Lelaki tadi yang mahu bangun terkejut melihat kehadiran wanita itu. Sekilas melihatnya, cantik dan teduh. Dadanya berdebar. “Er…ustaz, saya ke kereta panggil isteri saya.” Dia meminta izin, sambil sekali lagi melirik kepada ‘anak’ tuan guru. “Maaf ustaz, saya tunggu di dalam kereta sebab saya fikir memadai suami sahaja yang datang.” Isteri lelaki tadi duduk di samping suaminya. Dia mengenakan busana moden, baju maksi yang rekaannya seakan-akan jubah. Ramai wanita zaman sekarang suka mengenakannya, walhal ada yang ketat dan menzahirkan bentuk tubuh. Itu pakaian yang tidak mengikut sunnah. Tudungnya juga berfesyen, berbonggol tinggi. Sekali lagi ditegah Rasulullah. “Saudara masih belum menjawab soalan saya.” Ustaz memperingatkan. “Oh, maaf ustaz. Kami ada tiga orang anak. Anak sulung 17 tahun, lelaki. Anak kedua 15 tahun, perempuan dan ketiga, 11 tahun lelaki.” Ujar lelaki berkenaan. Sesekali dia melirik melihat ‘anak’ perempuan ustaz yang kini duduk di sebelah sang ustaz. Rapat dan bersentuhan. “Maaf, ini anak ustaz?” Dia gagal mengawal penasaran, dia ingin tahu siapakah sebenarnya perempuan itu. “Oh, maaf juga. Ini isteri saya, Ustazah Norasiah. Kami punya enam orang anak, yang paling kecil sekarang sudah di

Universiti Madinah.” Ujar ustaz. Terkejut si lelaki. Itu bermakna, perempuan itu bukan anak ustaz. Itu juga bermakna, usianya mesti jauh lebih tua darinya. Tetapi, wajahnya nampak muda. “Jangan terkejut, ramai orang ingat isteri saya ini anak saya. Usianya yang sebenar sudah masuk 60 tahun. Saya sendiri sudah mencecah 65 tahun. Anak pertama kami sudah berusia 47 tahun. Alhamdulillah, keenam orang anak kami belajar hingga ke universiti, hingga luar negeri. Itu foto kami sekeluarga, bersama anak menantu dan cucu-cucu.” Ujar ustaz sambil menujuk ke arah sebuah foto besar keluarga di dinding. “Wah, anak-anak ustaz dah besar panjang. Cucu pun dah lima orang. Apa rahsia ustaz mendidik mereka? Apa dahulu mereka rajin atau malas solat?” Tidak putus-putus si lelaki bertanya. Ada rasa kagum sekaligus malu dalam dirinya. “Begini, kamu pernah dengar pesan Allah SWT di dalam al-Quran. Serulah manusia ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik. Itu dalam surah an-Nahl, ayat 125. Kamu faham apa maksudnya?” Tanya sang ustaz. “Ertinya, anak-anak tidak sekadar di suruh mendirikan solat. Itu tidak tepat. Anak-anak memerlukan model, contoh yang real. Ibu bapa bagi mereka menjadi model. Saya bagi contoh, waktu Maghrib masuk jam 7.15 malam dan si ayah sudah menyiapkan dirinya untuk solat bermula jam 7.00 malam. Dia sudah mengenakan jubah, sudah berkopiah dan sudah wangi. Dia mahu ke masjid. Saya nak tanya, apa perasaan si anak jika waktu itu si ayah ‘menyuruh’ anaknya solat?” Tanya sang ustaz. “Kemudian cuba kamu bayangkan,

waktu Maghrib sudah dekat. Si ayah masih berlenggeng, masih pakai seluar pendek. Baharu mengambil paip getah untuk membasuh kereta. Menjelang jam 7.15 malam, dia masih belum bersiap untuk solat. Tiba-tiba dia ‘menyuruh’ anaknya mandi dan solat. Apa bezanya antara dua keadaan ini?” Tanya lagi ustaz. “Er…” Belum pun sempat lelaki itu menjawab. “Bezanya, yang satu ‘menyuruh’ dan satu lagi ‘mengajak’. Bila kita selaku ibu ayah buat dahulu dengan tertib, maka sewaktu kita ‘menyuruh’ sebenarnya kita sedang ‘mengajak’. Jika kita tidak bersedia, maka itu baharu ‘menyuruh’. Anak-anak suka watak yang mana? Jika kita sendiri, suka watak yang mana?” Sang ustaz bertalu-talu menyampaikan tazkirah. Hening. “Inilah yang menepati firman Allah, serulah dengan pengajaran yang baik. ‘Seru’ itu samalah dengan ajak. Lihat, seorang muazzin bila menyeru dan mengajak orang, masa itu dia sudah sedia di masjid. Macam kita ajak orang makan kenduri, tetapi bila orang datang, lembu pun belum sembelih. Boleh ke macam itu?” Panjang lebar ustaz berceramah. “Beginilah, punca masyarakat kita menjadi pincang hidupnya, kerana solat mereka pincang. Kerana jahil. Berapa ramai orang solat tanpa ilmu, hanya taklid. Tidak faham kehendak solat. Tidak tahu sah batalnya. Tidak mengerti pun apa yang disebutnya. Semua ini menjadi faktor kepincangan. Maka, carilah guru dan belajar. InsyaAllah saya yakin masalah anak-anak yang degil tadi akan hilang.” Sang ustaz menyuguhkan solusi. Dia tersenyum, sambil sang isterinya turut tersenyum menggenggam tangan suaminya. Edisi


ISU 4 • Edisi • Mac 2016 Gambar hiasan

SEDAR. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak semula untuk mengerjakan solat setelah sekian lama ditinggalkan. Maka kesedaran merupakan mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten kerana kesedaran itu lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan berubah. Tanpa kesedaran, seseorang itu tidak tahu akan apa yang perlu dilakukannya maka seseorang itu perlu sedar terlebih dahulu. AZAM. Setelah mempunyai kesedaran, pasakkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten kerana seseorang itu telah sedar dan tahu akan sasaran yang ditetapkan. MULAKAN dengan SEKALI. Sebagai langkah yang pertama, mulakan dengan solat sekali dahulu, kemudian akan hadir solat kedua kerana tiada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya. BENTUK KATA MOTIVASI. Bentuk satu kata-kata motivasi sebagai merangsang anda untuk terus bersemangat dalam mengerjakan solat dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat. Katakata motivasi itu juga perlu ditanamkan di dalam minda dan hati kita agar ianya sentiasa segar dan dapat membantu anda terus bersemangat.

Solat dijaga,

Akhlak diperkasa Sumber: Laman Facebook

S

yukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita bertemu dalam kalam kali ini dengan tajuk kupasan kali ini iaitu, “Solat dijaga, Akhlak diperkasa”. Sebelum kita meneliti kalam kali ini dengan terperinci. Ayuh kita renungkan firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 132 yang bermaksud, “Dan suruhlah keluarga kamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun dan bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, bahkan Kami-lah yang memberikan rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.” Solat merupakan tiang agama kerana ibadah solat terkandung dalam rukun Islam yang kedua selaras dengan sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Islam itu ditegakkan di atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat Bukhari no.8 dan Muslim no.16) Solat lima waktu diwajibkan Allah SWT ke atas Nabi Muhammad SAW dan sekalian umatnya untuk

faedah dan kebaikan bagi mereka yang mengerjakannya. Antara kehebatan solat lima waktu yang difardukan kepada umat Islam ialah solat dapat membantu dalam mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar sepertimana dalam firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud, “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya) dan Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” Solat merupakan tunjang yang terpenting dalam membina akhlak seseorang itu. Fenomena gejala sosial yang semakin membarah ibarat parasit yang berbahaya kini semakin sukar dibendung dek kerana kurangnya penghayatan Islam dalam kehidupan mereka. Sebenarnya solusi yang terbaik dalam membendung peningkatan indeks gejala sosial ini adalah dengan mendirikan solat dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT. Mungkin agak sukar untuk kita menyuruh mereka mendirikan solat secara drastik. Oleh itu, di sini disenaraikan beberapa tips kepada mereka yang mahu mengerjakan solat semula setelah sekian lama meninggalkannya berdasarkan pandangan sisi penulis. Antaranya seperti:

FAHAMKAN. Demi mencapai kemanisan dalam solat, maka amat perlu untuk memahami maksud dan bacaan dalam solat agar kemanisan inilah yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan kepada mereka yang mengerjakan solat. RELAKS. Jangan sesekali anda mengerjakan solat secara ekspres atau kata lainnya secara tergesa-gesa. Sebaliknya cuba bertenang dan bersederhanalah serta ambillah masa untuk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk dalam solat. BAYANGKAN. Cuba anda bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai anda tidak mampu melakukan sedemikian, maka anggaplah bahawa Allah SWT sedang melihat anda. Inilah daya imaginasi anda. SEIRING. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka senjata utamanya adalah doa. Selalulah berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten. Tapi perlu ingat USAHA dan DOA perlu SEIRING. RASAI KETENANGAN. Cuba anda lakukan kaji selidik sepanjang hari anda mengerjakan solat. Adakah anda dapat rasakan suatu ketenangan dalam diri anda? HAYATI. Tatkala azan berkumandang, cuba anda diam sejenak dan hayati laungan keramat itu. Seterusnya lantas bangun dan berwuduk. Berbahagialah atas seruan tersebut. POSITIFKAN MINDA. Jangan sekali-kali berfikir bahawa solat akan menganggu malah mengehadkan masa bekerja, bersosial dan sebagainya. Tetapi ketahuilah solat merupakan faktor kejayaan anda. BENTUK SATU KUASA NUKLEAR. Iaitu dengan mendapatkan sokongan mental dan rohani apabila anda memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin terus konsisten mengerjakan solat agar mereka dapat menyumbang satu perubahan kepada diri anda. Anda perlu cantumkan sokongan mental dan rohani ini agar terbentuk satu kuasa yang hebat dalam diri anda untuk merangsang anda terus konsisten dalam mengerjakan solat. MUJAHADAH. Setiap sesuatu itu sudah pasti ada musuhnya. Jadi musuh utama solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh itu, lawanlah rasa malas yang bertunjangkan nafsu dan godaan syaitan yang terkutuk itu. TAMBAHKAN ILMU. Banyakkan bahan bacaan tentang solat demi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemaskini agar iman sentiasa bercambah kerana amal tanpa ilmu ibarat sebuah pokok yang gersang yang disebabkan tiadanya air. Jadi suburkan amal itu dengan ilmu. Sedikit perkongsian untuk kalam kali ini. Semoga sama-sama kita manfaatkan. Penulis mendoakan agar anda sentiasa konsisten dalam mengerjakan solat. Solat adalah solusi terbaik untuk membentuk sebuah akhlak yang terpuji.

“Tertegaknya Solat, Terbentuknya Akhlak”


GENERASI•Q Edisi • Mac 2016 • 5

Ada Apa Dengan

Oleh: Dr. Zulkefli bin Haji Aini (zulaini@ukm.edu.my) Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian, Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

P

engabdiaan seorang hamba kepada Allah SWT terzahir melalui pelakuan ibadahnya kepada-Nya bagi menterjemahkan tujuan dia diciptakan di atas muka bumi sebagaimana yang terangkum dalam firman Allah SWT dalam surah al-Dhariyat ayat 56 yang bermaksud “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku”. Dengan kata lain, tugas manusia ialah untuk beribadah kepada Allah SWT. Dalam konteks solat yang kita kerjakan setiap hari merupakan manifestasi pengabdian kita yang tertinggi kepada Allah SWT sehingga ia dikira sebagai tiang agama. Kewajipan mendirikan tiang agama merupakan suatu kewajipan dan tanggungjawab yang besar kepada Allah SWT. Ini kerana solat yang kita dirikan itu sangat memberikan kesan di dalam pembentukan keluhuran akhlak kita jika kita bersungguh-sungguh mengerjakannya dan menghayati setiap gerak geri kita yang dimulakan dengan takbiratulihram sehingga kita salam. Antara kesan solat dalam pembentukan akhlak ialah: 1. Solat dapat mencegah kita dari melakukan kejahatan atau kekejian (fahsya’) dan kemungkaran. Ini merupakan jaminan Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al`Ankabut ayat 45 yang bermaksud “Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari kekejian (fahsya’) dan kemungkaran”. Ini

Solat

menunjukkan bahawa apabila kita mendirikan solat, kita sebenarnya sedang bermunajat kepada Allah SWT dengan melafazkan suatu ikrar bahawa kita sedang melakukan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada-Nya dan menghampirkan diri kepada-Nya dengan setulus hati ikhlas hanya kepada-Nya. Oleh itu, apabila seseorang selesai mengerjakan solat dia masih mengingati ikrar yang dilafazkan dan pengabdian yang dilakukan tidak mungkin dia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ikrar yang diucapkan ketika solat. Justeru, apabila ada dalam kalangan masyarakat kita yang solat tetapi masih melakukan kejahatan dan kemungkaran barangkali solat yang dikerjakan tidak berada di tahap yang sempurna samada dari segi hukum hakam fekahnya mahunpun dari sudut keluhuran akhlak solatnya seperti kekhusukannya, keikhlasannya dan kesungguhannya menghayati erti solat yang sebenar. 2. Solat yang didirikan dengan ikhlas kerana Allah SWT menjadikannya seorang mukmin yang sejati dan membezakannya dengan orang munafik. Allah SWT menerangkan sifat orang munafik dalam konteks solat sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Nisa’ ayat 142 yang bermaksud “Sesungguhnya orangorang munafik, mereka menipu Allah sedangkan pada hakikatnya

Allah yang menipu mereka, apabila mereka mendirikan solat, mereka melakukannya dengan malas, mereka menunjuk-nunjuk kepada manusia dan mereka tidak menyebut Allah kecuali sedikit sahaja”. Ayat tersebut memberikan kita petanda bahawa apabila kita mengerjakan solat dengan bersunggguh-sungguh, tidak sambil lewa, tidak bermalasmalasan, ikhlas mengerjakannya kerana Allah SWT, bukan kerana riyak, kita sebenarnya menzahirkan sifat orang mukmin yang sejati yang jauh berbeza dengan sifat orang munafik yang zahirnya Islam tetapi di hati mereka tidak sedikit pun terpaut dengan Islam. Apatah lagi orang munafik tidak beriman dengan kewajipan solat dan mereka bukan orang yang bertaqwa. 3. Apabila kita mendirikan solat dengan ikhlas dan mengikut syariat Islam yang sebenar, sebenarnya solat itu dapat menghapuskan dosa yang kita lakukan. Inilah yang diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. yang bermaksud “apa pendapat kamu apabila terdapat sebatang sungai di pintu rumah seseorang dari kamu, dia mandi di sungai itu setiap hari lima kali. Apa pendapat kamu adakah dengan perbuatan itu boleh tinggal lagi kekotoran dari badannya? Para sahabat menjawab:

tidak boleh tinggal lagi kekotoran badannya walau sedikitpun. Rasulullah bersabda: itu adalah seperti solat fardu lima waktu. Allah hapuskan lantaran solat itu akan kesalahan-kesalahan”. Penghapusan dosa dalam konteks hadis tersebut hanya melibatkan dosa kecil sahaja tanpa melibatkan dosa besar. Justeru, hadis itu memberikan isyarat yang jelas kepada kita bahawa apabila seseorang yang sudah bersih dosanya, terzahirlah sifat-sifat terpuji dalam tingkah lakunya, maka dia akan termasuk dalam golongan orang yang berakhlak mulia. Maka dengan ini, makin mudahlah ia melakukan ketaatan yang banyak kepada Allah SWT. Oleh itu, marilah kita mendirikan solat dengan mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah SWT. Pelajarilah hal-hal yang berkaitan dengan solat sebagaimana yang diterangkan oleh para ulama’ dalam kitab fekah melalui bab fekah ibadah supaya kita dapat mendirikan solat dengan sempurna. Alangkah ruginya solat yang kita lakukan tidak mendatangkan hasil yang memuaskan di sisi Allah SWT melainkan lelah dan penat sahaja. Kita mahu solat yang kita kerjakan meninggalkan kesan yang mendalam hatta di luar solat pun kita masih mengekalkan semangat solat yang kita kerjakan seperti semangat perpaduan, kejujuran, keikhlasan, ketaatan dan kesungguhan. JOM SOLAT ! Edisi


ARTIKEL KHAS 6 • Edisi • Mac 2016 Gambar hiasan

Sejarah Pensyariatan

Solat Oleh: Dr. Mohd Mustaffa Jusoh Pensyarah Jabatan Syariah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

S

olat berasal dari perkataan arab yang bererti doa, istighfar dan rahmat, dari pengertian istilah pula ianya merujuk kepada perlakuan dan pertuturan yang tertentu yang dimulakan dengan takbiratul iham dan diakhiri dengan salam. Firman Allah dalam surah Hud ayat 114 yang bermaksud “Dan dirikanlah solat pada kedua tepi siang dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat“ dan surah al-Israa’ ayat 78, “Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan Qur`anal fajri”, Menurut para mufassrin, di dalam ayat ini disebutkan waktu solat adalah sesudah matahari tergelincir, iaitu solat zuhur dan ‘asar, sesudah gelap malam iaitu solat maghrib dan isyak dan Qur`anal fajri iaitu solat subuh atau fajar. Para ulama sepakat mengatakan bahawa waktu solat yang difardhukan ke atas setiap muslim yang mukallaf adalah lima, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Walaupun kita sering mendengar tentang bermulanya pensyariatan solat di dalam Islam adalah seiringan dengan peristiwa israk dan mikraj, satu anugerah agung yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. secara terus dari Allah SWT tanpa perantaraan wahyu melalui malaikat Jibril a.s. Implementasi solat sebagai tunjang utama dalam syariat Islam berlaku secara beransur-ansur, fasa pertama adalah sebelum hijrah Baginda s.a.w. ke Madinah dan sebahagiannya lagi adalah selepas hijrah. Sebelum Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. dan umat Islam pada masa itu

Solat merupakan antara rukun utama di dalam Islam, banyak hadis dari Rasulullah s.a.w. yang mengajar dan mengingatkan umatnya tentang pentingnya solat, antaranya riwayat Imam Muslim dan At-Tabari yang meletakkan garis pemisahan antara seorang muslim dengan kekufuran adalah mendirikan solat. Solat adalah tiang agama dan setiap muslim yang mengabaikan atau meninggalkan solat dilihat sebagai golongan yang menyumbang kearah meruntuhkan agamanya. sebenarnya telah pun mendirikan solat mengikut syariat nabi Ibrahim a.s. yang dipanggil Diinul Hanif, ianya merupakan solat dua rakaat yang didirikan pada malam hari atau qiamullail. Selepas pensyariatan solat lima waktu yang ditaklifkan semasa mikraj Rasulllah s.a.w. maka ibadah solat qiamullail itu dengan sendirinya termansuh, maka jadilah ianya sebagai ibadah sunnah sahaja. Pada peringkat awalnya ibadah solat didirikan hanya pada waktu dhuha dan petang sahaja. Rakaat bagi setiap solat juga hanyalah dua rakaat sahaja, sebagaimana yang dinyatakan oleh Al Muzani, seorang ulama besar dalam mazhab Syafie. Dinyatakan di dalam al-Quran bahawa kaum jahiliyah juga mendirikan solat di sekeliling binaan Kaabah sebagaimana dalam surah al-Anfal ayat 35. Bezanya ialah mereka tidak rukuk dan sujud kerana pada pandangan mereka ianya menunjukkan perlakuan yang hina. Ada riwayat yang menceritakan bahawa pada permulaan Islam, ada kabilah arab yang memeluk Islam telah meminta supaya dibenarkan kepada mereka dua perkara, tidak dipaksa untuk memusnahkan berhala dengan tangan mereka, dan tidak perlu rukuk dan sujud semasa mendirikan solat. Baginda s.a.w. memberi kebenaran pada perkara yang pertama, iaitu berhala mereka dimusnahkan oleh para sahabat yang lain, tetapi tidak mengizinkan permintaan mereka yang kedua. Secara beransur-ansur, tatacara dalam pensyariatan solat dilengkapkan dalam fasa

yang kedua iaitu selepas hijrah Rasulullah s.a.w., antaranya adalah bilangan rakaat yang bertambah dari dua ke empat rakaat bagi solat zuhur, asar dan isyak, begitu juga tiga rakaat bagi solat maghrib. Ianya dinamakan sebagai solat hadar, iaitu solat semasa dalam keadaan biasa dan tidak bermusafir, manakala semasa bermusafir, solat yang empat rakaat kembali menjadi dua yang dinamakan solat safar iaitu bermusafir. Antaranya lagi, tidak dibenarkan bercakap dan bergerak kecuali dalam perkara yang berkaitan solat semasa masih dalam perlakuan solat, yang mana sebelum fasa hijrah ianya adalah tidak dilarang. Abdullah bin Mas’ud menyatakan bahawa sebelum berhijrah ke Habsyah, beliau pernah menyapa salam kepada Rasulullah s.a.w. yang sedang bersolat lalu dijawab oleh Rasulullah s.a.w.,begitu juga para sahabat lain yang melakukan beberapa perkara sampingan ketika sedang mendirikan solat. Ibnu Hajar Al-Haitami menyatakan bahawa pada peringkat awal kedatangan

Islam, kaum muslimin hanya ditaklifkan untuk mentauhidkan Allah sematamata dan tiada kefarduan yang lain, hinggalah di turunkan ayat dalam surah al-Muzammil yang menyuruh mereka untuk mendirikan solat di malam hari, yang kemudiannya dimansuhkan dengan kefardhuan solat lima waktu. Kesimpulanya peranan dan kepentingan solat dalam Islam adalah begitu jelas sekali, justeru kewajipan untuk menunaikannya kekal dalam apa jua keadaan, samada dalam situasi yang aman atau bahaya (solat khauf ), semasa dalam keadaan bermukim atau musafir, bahkan dalam situasi yang gawat seperti sakit, ditimpa bencana ataupun tidak mampu untuk berwuduk pun, kefardhuan solat tetap tidak gugur, dan bagi yang terlupa atau terlepas untuk menunaikannya, tetap wajib untuk menggantinya semula sedaya yang mungkin. Hakikatnya solat merupakan hubungan seseorang hamba dengan Allah swt dalam membuktikan ketaatan, kepatuhan serta sentiasa mengingatiNya. Edisi Gambar hiasan


NGO Edisi • Mac 2016 • 7

Muslim Care Malaysia Society

Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia Sumber: www.muslimcare.org.my Penubuhan Cetusan penubuhan Muslim Care bermula diatas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam untuk membantu mangsa gempa bumi di Iran dan Turki beberapa tahun yang lalu. Pada waktu itu sumbangan derma orang ramai walaupun terkumpul dilakukan dengan cara yang tidak tersusun. Justeru itu, apabila tragedi Tsunami melanda umat Islam Acheh dan Meulaboh serta beberapa negara lain, situasi tersebut menguatkan lagi azam kami untuk menubuhkan dan menggerakkan Misi Kemanusiaan Tanpa Sempadan Muslim Care dengan seberapa segera. Moto Borderless Humanitarian Aid Misi Kemanusiaan Tanpa Sempadan

Objektif • Menjalankan aktiviti amal dan kebajikan • Memberikan bantuan kewangan atau harta benda kepada mereka yang memerlukan • Menyediakan tempat perlindungan, serta bantuan kepada mereka yang memerlukan • Membimbing masyarakat yang kurang bernasib baik untuk meningkatkan taraf ekonomi • Membimbing masyarakat ke arah etika yang lebih baik, patuh kepada ajaran agama dan patuh kepada undang- undang Negara • Mengutip derma dari orang ramai bagi mencapai objektif Pertubuhan • Menggalakkan penglibatan generasi uda dalam melakukan kerja- kerja kemasyarakatan dan kebajikan

Sumbangan Nilai Murni Sumbangan anda boleh disalurkan dengan membuat penghantaran wang atau Cek • Mendokong integriti serta senantiasa amanah dan tulus ikhlas dalam melaksanakan kepada Bank seperti di bawah: tanggungjawab. • Memupuk semangat professionalisma yang progresif, inovatif dan proaktif dalam Muslim Care (Viva Palestin) 564490211159 menghulurkan bantuan kepada manusia sejagat. • Mendokomg falsafah kerja berkumpulan dan bersedia untuk bekerjasama dengan Muslim Care Malaysia 564490413882 mana- mana pihak samada badan kerajaan, pertubuan bukan kerajaan (NGO) ataupun organisasi korporat yang mendokong hasrat murni ini. Muslim Care 26-2120-0000-4747 • Senantiasa berusaha untuk memajukan masyarakat dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Misi 1. Menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang amanah dan berkeupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai masyarakat prihatin kepada golongan yang memerlukan 2. Menjalankan aktiviti bagi menambah dana pertubuhan dengan syarat mendapat persetujuan mesyuarat agung dan pihak berkuasa

Muslim Care Malaysia 14010007654717 Muslim Care Malaysia 14014010147470 Muslim Care Malaysia 14032010093666

Muslim Care M alaysia menzia rahi ibu bapa pe Johari, 20, yang lajar Nur Syuh maut akibat di ada kelar rakan lelak lalu bagi membe inya pada mingg ri sokongan m u oral kepada mer eka.

ulurkan rtama mengh ul Quran tara NGO pe ar an D l d pi ha m ta aa an asrama M sebelumnya, e un ar ng C ba a lim Mus ran. na semul dian kebaka bagi membi h dalam keja sumbangan yang musna

Misi Dakwah Sa ba

h 2015 Di Pulau

Mabul, Sipadan, Saba

Alamat dan no. telefon untuk dihubungi: Muslim Care Malaysia No. 50A, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia Tel/Fax: +6011-1571-1581 Emel: mymuslimcare@gmail.com

h.


TITAH UCAPAN 8 • Edisi • Mac 2016

TITAH UCAPAN

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PENGURNIAAN TAULIAH IMAM NEGERI SELANGOR PADA HARI SELASA 8 MAC 2016 BERSAMAAN 28 JAMADIL AKHIR 1437 HIJRAH DI BALAIRUNG SERI, ISTANA ALAM SHAH, KLANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim,

A

lhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke Majlis Pengurniaan Tauliah Imam-Imam Negeri Selangor pada hari ini. Majlis Pengurniaan Tauliah kepada Imam-Imam Negeri Selangor yang pertama kali diadakan di Balairung Seri Istana Alam Shah ini adalah merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan Beta kepada Imam-imam yang menjadi pemimpin umat Islam dan masyarakat di kariah masing-masing. Sebagai seseorang pemimpin, adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar dalam membentuk masyarakat menjadi muslim yang beriman, berilmu dan berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Beta mengucapkan tahniah kepada semua imam-imam masjid di Negeri Selangor yang telah dicalonkan oleh ahli-ahli kariah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi sesi baru yang berkuatkuasa dari tahun 2016 hingga 2018. Beta juga dimaklumkan oleh pihak MAIS bahawa imam-imam yang terpilih telah melalui satu proses temuduga oleh panel khas yang dilantik oleh MAIS di semua daerah. Dengan adanya proses pelantikan yang teratur dan rapi seperti ini, Beta yakin bahawa imam-imam yang ada di hadapan Beta sekarang ini adalah imam-imam terbaik dan terpilih dari segi ilmu, sahsiah dan kemahiran. Beta sangat mengharapkan agar penghormatan yang diberi oleh masyarakat dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada para imam, dapat digunakan untuk membimbing ahli-ahli kariah. Beta berkenan agar para imam mampu menggerakkan fungsi masjid sebagai tempat beribadah, pusat transformasi ilmu dan penyatuan ummah. Di sini Beta ingin mengingatkan bahawa tugas dan penghormatan yang diberi kepada para imam di masjid adalah amanah dari Allah Subhanahu Wata’ala yang cukup besar. Sehubungan dengan itu, Beta mengharapkan para imam dan pegawai masjid agar sentiasa mematuhi enakmen, kaedah-kaedah, peraturan serta arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor. Dengan mematuhi peraturan dan arahan tersebut, Beta yakin pengurusan masjid di Negeri Selangor akan berada pada tahap lebih baik. Seperti yang Beta selalu sarankan supaya masyarakat Islam di Negeri Selangor ini bersatu-padu, mengeratkan silaturrahim dan jangan berpecah belah serta berpuak-puak. Beta menyeru kepada Imam-imam sekelian supaya mengambil perhatian terhadap perkara ini dan bersikap professional serta tidak mencampur adukkan urusan peribadi dan emosi dalam setiap tugas yang diamanahkan. Beta berkenan supaya segala aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong, kenduri kendara dan aktiviti penjanaan ekonomi yang berlandaskan syariah akan dapat dipertingkatkan dengan lebih baik. Janganlah dicampur-adukkan politik di dalam masjid. Beta amat memahami bahawa tugas imam ini adalah banyak dan tidak mudah seperti urusan mengetuai ibadah fardhu ain khasnya solat fardhu dan juga bertanggungjawab dalam urusan-urusan fardhu kifayah yang melibatkan ahli-ahli kariah. Imam-imam mestilah peka dalam menghadapi cabaran dan ancaman yang cuba mencemar agama Islam serta usaha-usaha untuk mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman negara yang datang dari segenap penjuru. Ancaman-ancaman ini yang datang dari umat Islam sendiri melalui beberapa pendekatan iaitu antaranya; Militant Islamic State (IS); Pendekatan fahaman pluralisme dan liberalisme; Gerakan anti-hadis dan golongan sesat seperti kumpulan Qadiani; Pendekatan Tarekat iaitu penyelewengan akidah yang dibawa melalui amalan bertarekat dan lain-lain ajaran sesat yang salah disisi agama Islam. Imam-imam mestilah menekankan bahawa kita di Negeri Selangor ini mengamalkan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Melihat kepada bahayanya ancaman-ancaman tersebut yang boleh meruntuh dan

melemahkan pegangan akidah umat Islam, para imam hendaklah memainkan peranan besar dalam mendidik, mentarbiyah dan memberi kefahaman Islam kepada ahli-ahli kariah. Ini dapat dilakukan dengan para imam sendiri terlibat dalam membimbing program-program kuliah dan pengajian di masjid masing-masing untuk memberi kesedaran kepada ahli kariah. Beta berkenan masjid di Negeri Selangor ini sentiasa dimeriahkan oleh setiap golongan umat Islam dengan aktiviti yang berunsurkan ibadah dan majlis-majlis ilmu. Para Imam harus memainkan peranan agar menghidupkan suasana masjid supaya berjalan dengan lancar serta konsisten. Perancangan program sepanjang tahun juga haruslah dibuat dengan strategik dan mendapat kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa. Beta menitahkan supaya pihak Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan seminar dua tahun sekali kepada imam-imam di Negeri Selangor untuk mendapatkan maklumbalas serta pandangan daripada imam-imam untuk menambah-baik dan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dalam institusi masjid. Beta sekali lagi menegaskan agar imam-imam mengambil serius tentang arahan yang dikeluarkan oleh pihak MAIS agar tidak memanggil penceramah, pendakwah dan khatib yang tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor. Beta juga telah menitahkan agar penceramah-penceramah dari luar negara tidak dibenarkan sama sekali untuk menyampaikan ceramah di masjid-masjid di Negeri Selangor kecuali Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz (Masjid Negeri), Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang. Ini adalah bagi mengelakkan penularan dan penyebaran fahaman serta doktrin salah yang mudah masuk dan diterima oleh masyarakat Islam di sini. Masjid adalah tempat untuk beribadat, belajar, berbincang mengenai ilmu agama bagi meningkatkan lagi tahap keimanan dan kualiti dalam ibadat. Masjid bukanlah tempat untuk menyebarkan fitnah dan berita yang tidak tepat serta hasutan untuk membenci seseorang atau memboikot sesuatu. Masyarakat Islam di zaman moden dan serba canggih ini perlu bijak dalam memilih sumber maklumat sebagai panduan dalam kehidupan. Para imam juga disarankan untuk turut bekerjasama memastikan kebersihan dan keceriaan sesebuah masjid itu sentiasa dijaga dan dipelihara. Setiap ruangan, bahagian atau alatan di dalam masjid juga haruslah berada di dalam keadaan yang bersih dan berfungsi dengan baik. Beta percaya masjid yang bersih dan teratur akan mempunyai daya penarik bagi umat Islam berkunjung dan beribadat di dalamnya. Beta menasihatkan agar para pegawai masjid terus memelihara kemuliaan institusi masjid dari dicemari oleh elemen yang boleh merosakkan perpaduan dan kesatuan ummah. Jadikanlah masjid tempat yang paling dihormati dan asas membina masyarakat. Justeru itu, janganlah cuba menyalahkan pihak berkuasa jika sesuatu tindakan diambil akibat dari tidak mematuhi nasihat, arahan atau teguran daripada MAIS dan JAIS. Para imam dan pegawai masjid mestilah ikhlas dalam menguruskan rumah Allah ini. Beta sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Imam-imam yang telah ditauliahkan pada pagi ini dan Beta berharap pentauliahan ini akan menaikkan semangat dan iltizam untuk memimpin masyarakat meninggikan syiar Agama Islam di Negeri Selangor ini. Beta berkenan supaya umat Islam di Negeri Selangor ini merebut peluang untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan beramal untuk kesejahteraan di akhirat. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala membimbing dan memelihara kita semua menuju ke arah kebaikan yang sempurna serta melimpahi kita semua dengan keberkatan dan kasih sayangNya. Kepada semua imam-imam, Beta mengucapkan Selamat Bertugas. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


ARTIKEL KHAS Edisi • Mac 2016 • 9

Mais Gesa Agar Masjid Di Selangor Lebih Telus Dan Amanah Dalam Menjalankan Tugas Sumber: Teks Ucapan YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Sempena Program Konvensyen Pemantapan Dan Pemerkasaan Pengurusan Masjid Dan Penyampaian Tauliah Pegawai Dan Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Selangor

A

lhamdulillah, dengan keizinan dan limpah kurnia Allah SWT, kita masih diberikan nikmat yang tidak terhingga, dan pada hari ini kita dapat bersama-sama meraikan Program Konvensyen Pemantapan Dan Pemerkasaan Pengurusan Masjid Dan Penyampaian Tauliah Pegawai Dan Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Selangor bagi tahun 1437 Hijrah bersamaan tahun 2016 Masihi. Konvensyen ini diadakan bagi memberi peluang kepada Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah yang dilantik agar dapat: 1. Menghayati fungsi masjid sebagai pusat transformasi, penyatuan ummah, pusat ilmu, zon aman dan bebas politik; 2. Menjana pemikiran pegawai dan jawatankuasa masjid yang dinamik, kreatif serta mampu menghidupkan masjid dengan program yang bersifat interaktif dan holistik; 3. Memahami isu-isu dan cabaran semasa yang menggugat kemuliaan Agama Islam yang perlu ditangani oleh institusi masjid; 4. Mengenal pasti isu-isu berkaitan pengurusan masjid dan surau dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan; dan 5. Memahami secara jelas akan undangundang, peraturan, kaedah dan garis panduan semasa yang perlu dipatuhi oleh pegawai dan jawatankuasa masjid. Dalam majlis ini juga akan turut disampaikan tauliah kepada semua pegawai masjid dan jawatankuasa kariah yang telah dilantik oleh MAIS bagi sesi ini. Pemberian tauliah ini adalah selaras dengan kehendak SubSeksyen 101 (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang mengehendaki MAIS untuk mengeluarkan tauliah kepada setiap pegawai masjid yang dilantik. Selain itu pemberian tauliah ini juga diharap dapat meyakinkan secara hakikat kepada semua saf kepimpinan pegawai masjid bahawa pelantikan ini adalah sebagai mewakili MAIS di peringkat akar umbi dalam mengurus dan mentadbir rumah Allah yang penuh kemuliaan, dan sekali gus menyedarkan kepada seluruh kepimpinan masjid tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh semua dalam membantu MAIS dan Duli Yang Maha Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Negeri Selangor dalam memelihara kemuliaan, kesucian dan kehormatan Agama Islam di negeri ini. Sebagai pemegang amanah masjid-masjid di seluruh Negeri Selangor, MAIS sentiasa mengenal pasti dan memantau perkembangan masjid-masjid bagi menetapkan dasar-dasar pemerkasaan masjid yang selari dengan tuntutan agama, peredaran zaman dan keperluan umat Islam. Kuasa MAIS ini termaktub dengan jelas di dalam bahagian VII, EPAINS 2003 yang memperuntukkan bidang kuasa majlis terhadap masjid-masjid dan surau seluruh Negeri Selangor. Seksyen 96, bahagian VII, EPAINS memperuntukkan MAIS sebagai pemegang amanah tunggal bagi masjid dan surau dan tanah yang berkaitan dengannya. Bidang kuasa ini membolehkan pihak MAIS mempunyai Locus Standi untuk menjadi

pihak dalam mana-mana kes yang melibatkan pertikaian masjid atau mana-mana tanah masjid demi mempertahankan institusi masjid, di samping pihak JAIS. Dalam enakmen ini juga, MAIS adalah satu-satunya badan yang diberi kuasa untuk melantik dan memberi tauliah kepada pegawai masjid yang dilantik. Seterusnya, Seksyen 103 EPAINS memperuntukkan bahawa dalam pelaksanaan tugas-tugas pegawai masjid dan JK Kariah, mereka hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan majlis. Seterusnya, Seksyen 104(1) memberi kuasa kepada MAIS untuk membuat peraturanperaturan bagi penubuhan, pelantikan, penetapan fungsi-fungsi dan penamatan JK Kariah dan JK Pengurusan Masjid. Seksyen ini yang memberi kuasa kepada MAIS untuk mewujudkan dan menggubal Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) tahun 1995 (pin.2001) yang menjadi rujukan kepada semua masjid dalam Negeri Selangor. Pelantikan tuan-tuan dan puan-puan sebagai Pegawai Masjid dan anggota JK Kariah adalah satu penghormatan kepada pihak tuan-tuan yang akan bertindak sebagai ejen atau wakil bagi pihak MAIS di peringkat masjid untuk mentadbir masjid masingmasing. Justeru, adalah penting untuk pihak tuan-tuan mengambil perhatian terhadap apa yang saya hendak kongsikan di sini. MAIS merupakan badan yang ditubuhkan untuk membantu dan menasihati DYMM Sultan dalam perkara yang berhubungan dengan Agama Islam. MAIS juga adalah pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas DYMM Sultan, kecuali perkara berkaitan dengan hukum syarak dan pentadbiran keadilan. Kuasa-kuasa MAIS adalah sangat luas meliputi kemajuan ekonomi dan sosial umat Islam dalam Negeri Selangor, iaitu MAIS merupakan pemegang amanah tunggal harta-harta waqaf dalam Negeri Selangor dan badan yang diberi kuasa mengutip dan mengagih zakat dan fitrah melalui Lembaga Zakat Selangor serta berkuasa mentadbir hartaharta baitulmal. MAIS juga mempunyai kuasa untuk membuat dan mewartakan peraturanperaturan kecil, mewartakan fatwa-fatwa yang telah diluluskan oleh JK Fatwa Negeri Selangor, melantik Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa-Pendakwa Syarie serta Peguam Syarie untuk beramal di dalam Negeri Selangor. Dari aspek pengislaman muallaf pula, MAIS mempunyai kuasa untuk melantik Ketua Pendaftar Muallaf dan Pendaftar Muallaf di seluruh daerah untuk mendaftarkan pemelukan Islam seseorang. MAIS juga adalah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Tauliah yang berkuasa untuk memberikan tauliah atau menarik balik tauliah bagi maksud pengajaran Agama Islam dalam negeri. Setelah menerajui MAIS selama lebih 10 tahun, saya berpandangan, segala kuasa yang dipertanggungjawabkan kepada pihak MAIS hanya dapat disempurnakan dengan kerjasama dan komitmen semua institusi

yang bernaung di bawah MAIS, iaitu pihak JAIS, Jabatan Mufti, JAKESS, Institusi Zakat Dan Wakaf, Institusi Masjid dan semua umat Islam dalam Negeri Selangor. Justeru, saya menyeru kepada semua pihak, terutamanya pegawai-pegawai masjid dan JK Kariah serta JK Pengurusan Masjid selaku wakil MAIS yang menyantuni umat Islam di peringkat akar umbi untuk samasama memperbaiki niat masing-masing bahawa tugas dan jawatan yang disandang adalah semata-mata kerana Allah, dan untuk memakmurkan rumah-rumah Allah, bukannya untuk bermegah-megah dengan jawatan yang diperolehi. Harapan saya agar semua Pegawai Masjid dan JK Kariah yang dilantik akan dapat melaksanakan fungsi sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Seksyen 104 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor bagi fungsi Jawatankuasa Kariah dan kaedah 13 hingga 22, Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) tahun 1995 pindaan 1999 dan 2001 yang memperuntukkan secara spesifik fungsi Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah, tugas Nazir, Timbalan Nazir, Imam, Bilal, Setiausaha, Bendahari dan Jawatankuasa Masjid yang lain. Di kesempatan ini juga saya mengharapkan agar semua masjid-masjid di Negeri Selangor sentiasa menjaga kewangan masjid dengan baik dan mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan bagi memberi keyakinan kepada Ahli Kariah akan ketelusan pengurusan masjid. Dapatan audit pada tahun lepas menunjukkan hanya 51% masjid yang menghantar penyata kewangan kepada MAIS, sehubungan itu, dengan pelantikan pegawai dan jawatankuasa masjid yang baru ini, saya mengharapkan 100% masjid akan menghantar penyata kewangan masingmasing bagi tahun 2016. InsyaAllah. Saya juga turut dimaklumkan ada sesetengah masjid yang memasang pembesar suara azan semasa ceramah sedang berlangsung di mana ahli kariah berdekatan yang tidak hadir ke masjid turut sama mendengarnya. Namun yang pasti, ceramah berkenaan didengari oleh ahli kariah di luar masjid tanpa mengetahui biji butirnya dengan jelas. Sehubungan itu, adalah lebih baik dan disarankan agar masjid berkenaan hanya menggunakan pembesar suara di dalam masjid dan terhad kepada ahli kariah yang hadir ke ceramah berkenaan sahaja. Perkara ini turut mendapat perhatian DYMM Sultan Selangor dan baginda amat memandang serius akan perkara ini yang dikhuatiri akan menganggu ahli kariah yang lain terutamanya jika penceramah yang dijemput menggunakan intonasi suara yang tinggi. Akhir sekali, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah yang menerima tauliah pada hari ini dan semoga jawatan yang diamanahkan ini digunakan semaksimum mungkin supaya dapat menguruskan masjid dengan lebih berkualiti dan efisien, dalam erti kata lain dapat menjayakan pengurusan masjid dengan lebih berkesan. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • Mac 2016 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Pelantikan Pegawai dan Jawatankuasa Kariah Masjid

S

HAH ALAM 24 Februari – Lebih 300 kariah membabitkan 411 buah masjid sekitar Selangor seliaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima watikah pelantikan pegawai dan jawatankuasa kariah bagi sesi 20162018. Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib berkata, pentauliahan itu mampu membantu MAIS agar mengekalkan fungsi masjid sebagai wadah penyatuan ummah di negeri Selangor. “Pentauliahan ini adalah penghormatan buat anda sebagai wakil MAIS di peringkat akar umbi untuk mengekalkan fungsi sebenar masjid di Selangor. “Lantikan ini juga diharap dapat mengekalkan

keharmonian dan kesucian Islam bagi tujuan memakmurkan rumah Allah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pemantapan Dan Pemerkasaan Pengurusan Masjid Selangor 2016 di Dewan Jubli Perak, SUK. Sehingga kini, MAIS melalui Bahagian Pengurusan Masjid bertanggungjawab menyelia keberkesanan fungsi 6,631 Pegawai dan Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Selangor. Hadir sama dalam majlis ini, Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, dan Setiausaha MAIS serta Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Edisi

Kaunter Bayaran Sewaan Dan Aduan Untuk Kemudahan Penyewa MAIS

Staff MAIS yang bertugas pada hari pembukaan kaunter.

G

Beberapa jemputan VIP yang hadir semasa majlis berlangsung.

YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa menyampaikan tauliah kepada salah seorang penerima.

MOU Dan Pelancaran Hotel Alya Di Kompleks MAIS

K

LANG – Pada 1 Mac 2016 bersamaan 21 Jamadilawal 1437H telah diadakan satu Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) & Pra Pelancaran Hotel Aliya di Kompleks MAIS Klang, Klang. Perjanjian ini melibatkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Angkasa Bhd dan Koperasi Pembiayaan Syariah (KOPSYA). Terdahulu pada September 2015 lalu, telah temeterai Perjanjian Sewaan Projek Perhotelan di antara MAIS dengan KOPSYA. Pihak KOPSYA telah mendapat kelulusan penyewaan unit hotel dan pejabat tingkat 1 di Bangunan Kompleks MAIS, Klang bagi tujuan pengoperasian hotel di bawah KOPSYA. Edisi

OMBAK 23 Februari - Bagi memudahkan penye wa-penye wa premis MAIS terutama di Kompleks Amaniah menjelaskan bayaran sewaan bulanan, MAIS telah membuka kaunter bayaran sewaan premis dan kaunter aduan kerosakan bertempat ruang legar bawah, Kompleks Amaniah. Pembukaan kaunter ini bertujuan memudahkan penyewa

Perkongsian Maklumat MAIS Dan MUIP

S Sesi bergambar kenangan.

Antara tetamu VIP yang hadir.

untuk menjelaskan bayaran sewa dan juga melaporkan sebarang kerosakan premis sewaan MAIS. Kaunter bayaran dan aduan ini dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah MAIS dan Bahagian Penyelenggaraan MAIS. Terdahulu, MAIS turut membuka kaunter sewaan bulanan dan kaunter aduan di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam pada 28 Januari yang lalu. Edisi

HAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada 22 Februari yang lalu bertujuan mendapatkan maklumat pengurusan pentadbiran MAIS dan pengurusan zakat di negeri

Selangor. Delegasi seramai 17 orang ini diketuai oleh Y.H. Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Setiausaha MUIP turut diberi taklimat berkaitan MAIS dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Haji Hussain, Setiausaha MAIS. Edisi

CEO Zakat bergambar kenangan bersama Setiausaha MUIP.


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Mac 2016 • 11 Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

KUIS Menang Tempat ke 3 UTeM IT OPEN Competition

1

7 FEBRUARI : UTeM IT Open Competition anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) & Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pertandingan ini turut melibatkan beberapa IPTS daripada UTeM, UTP, MMU, UNITAR, UTAR dan juga Politeknik Swasta dengan melibatkan beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu IT Network System Administration, IT Software Solution for Business

& Web Design. Pertandingan ini merupakan salah satu daripada siri pertandingan kemahiran bagi mencari calon untuk dibawa ke ASEAN Skills Competition 2016. Pemenang bagi tempat pertama daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) , tempat kedua daripada Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan tempat ketiga daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Mahasiswa KUIS yang telah

menyertai pertandingan tersebut ialah Muhammad Hazmirul Afiq Bin Mohamad Zairi, Muhammad Norfarhan Bin Norizam, Muhammad Afiq Bin Adnan dan Abdul Hakim Bin Jumari serta diiringi oleh pensyarah, Encik Khairul Nizam Bin Abd Rahman dan Encik Khairil Ashraf Bin Elias Pensyarah daripada Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat. Tahniah diucapkan kepada mahasiswa KUIS diatas kejayaan kerana telah mengharumkan nama KUIS. Edisi

Sesi bergambar kenangan.

KUIS - IIIT Tandatangani Tujuh MoA

Sesi menandatangani perjanjian.

U

saha berterusan dan bersungguh-sungguh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) untuk membudayakan penyelidikan dan penulisan lebih berimpak dalam menyokong matlamat Gagasan KUIS menjadi universiti penuh, meningkat ke tahap seterusnya apabila termeterainya tujuh (7) Perjanjian Penyelidikan (Memorandum of Agreement) sebagai pembuka tirai kerancakan aktiviti dan komitmen RMC di awal tahun 2016. Bertempat di Hotel Concorde Inn, KLIA pada 29 Januari, 2016, enam (6) MOA bagi penyelidikan dan penulisan buku berikut yang ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’Dr. Ab. Halim Tamuri (Rektor, KUIS) dengan YBhg. Prof. Dr. Omar H. Kasul (Secretary General, International Institute of Islamic Thought (IIIT) iaitu 1. Falsafah Dan Pemikiran Islam 2. Falsafah Sains 3. Pembangunan Potensi Insan 4. Pengantar Akhlak 5. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 6. Teknologi Maklumat

Dalam Kehidupan Insan. Satu lagi MOA yang dimeterai adalah MOA Penganjuran Bengkel yang meliputi tiga (3) bengkel kerjasama KUIS-IIIT bagi pengukuhan usaha enam (6) penyelidikan dan penulisan buku berkenaan. Dua bengkel berkenaan telah dilaksanakan iaitu Bengkel Pengenalan Islamisasi Ilmu pada 27 Julai, 2015 dan Bengkel Pemahaman Epistemologi Islam yang diadakan pada 21hb Januari, 2016 baru-baru ini. Satu lagi bengkel yang akan dilaksanakan ialah Bengkel Penulisan Buku Teks yang akan dilaksanakan pada Mac 2016. Keseluruhan dana yang diperuntukkan untuk projek ini ialah sebanyak RM140,000.00 melalui sumbangan bersama KUIS dan IIIT. Projek penulisan buku teks ini dijangka siap pada penghujung 2017. Majlis menandatangani MOA berkenaan telah disaksikan oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Farid Ravi Abdullah (Pengarah RMC) dan Dato’ Wira Dr Jamil Osman

(Regional Representative International Institute Of Islamic Thought (IIIT) – East and Southeast Asia) Prof. Dr. Omar H. Kasul, sebelum itu dalam satu wacana (talk) selama 40 minit menyeru dan mengingatkan para delegasi bahawa salah satu tanggungjawab utama kita sebagai umat Islam dan pewaris kerja dakwah Rasulullah S.A.W ialah untuk terus menyebarluaskan ilmu pengetahuan tentang Islam yang berasaskan al-Quran dan As-Sunnah. Penyampaian ilmu secara lisan perlu dikukuhkan dengan penulisan bahan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu yang boleh dibaca dan dirujuk oleh orang Islam terutamanya. Ini juga sebagai suatu usaha untuk mendepani cabaran globalisasi, pertembungan pemikiran Barat dan Islam serta pelbagai cara

pemesongan tumpuan umat Islam masa kini terhadap isu-isu yang sengaja direka, disebarkan dan menjadi senjata propaganda utama mereka. Apatah lagi dengan tersedianya media sosial yang menjadi pencetus revolusi pengaliran maklumat tanpa sempadan. Oleh yang demikian Prof. Dr. Omar H. Kasule menyeru agar ahli akademik Islam khasnya tidak terpengaruh dengan isu-isu berkenaan tetapi terus memberikan tumpuan kepada proses penyebaran dan pengembangan ilmu serta usaha mengislamisasikan ilmu (Islamisation of Knowledge). Turut hadir dalam wacana dan menyaksikan Majlis Menandatangani MOA ini ialah wakil-wakil IIIT daripada Jepun, Korea, China, Hong Kong, Cambodia, Philippina, Thailand, Brunei, dan Indonesia.

Sesi bergambar kenangan.

Disamping itu, majlis ini juga turut dihadiri oleh beberapa Felo Penyelidik Kanan IIIT disekitar Kuala Lumpur. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, Rektor KUIS dalam ucapan terima kasih beliau menegaskan KUIS komited untuk menjayakan projek ini dan kejayaan projek ini akan membuka pintu kepada kerjasama yang lain di masa akan datang. Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana KUIS dipilih untuk menjayakan projek penulisan buku teks ini yang juga akan menjadi bahan rujukan kepada semua universiti dan kolej bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Beliau yakin dengan dedikasi para ilmuan dari KUIS dan juga kerjasama pakar-pakar dari IIIT, projek ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • Mac 2016 Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

& Lembaga Zakat Selangor

Kunjungan daripada Pertubuhan Wanita IKRAM

1

7 Februari 2016- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang diketuai oleh YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar telah menerima kunjungan daripada Pertubuhan Wanita IKRAM seramai 10 orang yang diketuai oleh Datin Paduka Che Asmah, Ketua Wanita IKRAM Pusat. Seramai 7 orang Pegawai JAKESS turut hadir menyertai perbincangan tersebut. Sesi kunjungan dan perbincangan tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan dan penerangan ringkas berkaitan JAKESS oleh YAA Dato’ Dr dan pengenalan kepada Pegawai-pegawai yang hadir sebelum diteruskan oleh Datin Paduka berkaitan dengan objektif

dan tujuan kunjungan tersebut. Objektif utama kunjungan tersebut adalah untuk mendapatkan persetujuan YAA Dato’ Dr berkaitan dengan kertas cadangan satu program Seminar Keluarga dalam Perlaksanaan Syariah 2016 yang bertajuk “Ke Arah Mahkamah Syariah Yang Mesra Keluarga”. Seminar tersebut dengan cadangan kerjasama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor dicadangkan akan berlangsung pada 26 Mac 2016. Pihak Wanita IKRAM juga berhasrat untuk menjemput YAA Dato’ Dr sebagai salah seorang panel di dalam seminar tersebut. Pertemuan tersebut juga telah membincangkan intipati-intipati penting yang memfokuskan

keterlibatan Mahkamah Syariah di kalangan masyarakat dan sebagai kebanggan umat Islam yang harus dijaga. Pelbagai inisiatif dan penambahbaikan telah diambil oleh Mahkamah Syariah bagi memperbaiki sistem penyampaian dan perkhidmatan sedia ada namun perlu disebar luas kepada masyarakat agar kredibiliti Mahkamah Syariah dapat diperbaiki. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata kepada delegasi Wanita IKRAM. Diharapkan sesi tersebut telah memberikan manfaat dan makluman yang berguna bagi semua pihak di samping dapat memperkukuhkan lagi silaturahim. InshaaAllah. Edisi

Sesi bergambar kenangan.

Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Minit Mesyuarat

Sesi bergambar kenangan.

P

enulisan surat rasmi dan minit mesyuarat adalah merupakan dokumen penting bagi Jabatan dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan keputusan sama ada dengan agensi kerajaan, swasta atau orang awam. Kegagalan mematuhi aturan dalam penulisan kedua-duanya boleh menyebabkan kekeliruan, di samping boleh menjatuhkan imej atau reputasi organisasi yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, untuk memberi pendedahan kepada teknik penulisan surat dan minit mesyuarat yang berkualiti terutamanya dari segi format dan tatabahasa yang biasa digunakan, JAKESS telah mengadakan Kursus Penulisan Surat Rasmi dan

Minit Mesyuarat pada 18 – 19 Februari 2016 di Bilik Komputer Latihan. Kursus ini telah dihadiri oleh semua Ketua Seksyen/ Bahagian/Unit dan Setiausahasetiausaha mesyuarat JAKESS. Kursus ini amat bermanfaat kepada semua peserta kerana dapat “BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL”. Setinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Noor Huda binti Roslan kerana telah berkongsi ilmu berkaitan penulisan surat rasmi, memo dan e-mel dan minit mesyuarat mengikut format yang standard berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 dan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bil. 6 Tahun 2014. Edisi

Program Pendataan: Asnaf Fakir Dan Miskin Diseru Kemas Kini Maklumat Peribadi

S

HAH ALAM, 22 Februari 2016 – Seramai 27,000 asnaf fakir dan miskin di seluruh Negeri Selangor diseru untuk mengemas kini maklumat sempena Program Pendataan Asnaf Fakir dan Miskin 2016 yang diadakan di masjid terpilih di seluruh Selangor bermula awal Februari sehingga penghujung Mac. Pendataan semula ini bertujuan untuk mengemas kini maklumat asnaf di Selangor agar penyaluran bantuan zakat dapat dilaksanakan dengan tepat

mengikut jumlah tanggungan sebenar sesebuah keluarga. Para asnaf yang terlibat akan dimaklumkan melalui pos dan diminta hadir ke masjid mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Mereka perlu membawa salinan kad pengenalan diri dan tanggungan beserta salinan penyata Bank Islam dan pengesahan belajar sekolah anak-anak. Bagi asnaf yang tidak dapat hadir, boleh menghantar wakil untuk penyerahan maklumat tersebut. Kerjasama asnaf yang

terlibat amat diharapkan bagi mengelakkan keciciran dalam pengagihan bantuan zakat. Walau bagaimanapun, bagi asnaf yang tidak menerima surat dari LZS bermakna data mereka telah lengkap. Sehingga kini, tiga daerah iaitu Sepang, Gombak dan Kuala Selangor telah selesai mengadakan program ini. Manakala daerah bagi daerah Hulu Langat akan diadakan bermula 22 sehingga 26 Februari bertempat di Masjid Sultan Hishamuddin Alam

Shah, Batu 14, Masjid AlAzim Pandan Indah, Ampang, Masjid Cheras Jaya, Balakong dan Masjid Sungai Ramal Luar. Sementara bagi daerah Kuala Langat akan diadakan bermula 29 Februari-2 Mac di Masjid AlIslah, Kg. Sawah, Masjid Jamek Jamaiyah, Morib dan Masjid Ar-Rahman, Sg. Manggis. Sabak Bernam pada 5-8 Mac di Masjid Makmuriah, Pekan Sg. Besar, Masjid Makmuniah Sg. Nipah, Simpang Lima, Masjid Ar Rahmaniah, Sg. Air Tawar dan Balai Raya Jalan Raja Wali,

Taman Berjaya. Bagi daerah Hulu Selangor akan diadakan pada 9-11 Mac di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Masjid Bandar Utama Batang Kali dan Masjid Ar-Rahman Ulu Bernam. Manakala daerah Petaling akan mengadakan program ini pada 14-18 Mac dan Klang pada 2124 Mac. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan hal ini, boleh hubungi talian cawangan LZS di daerah masingmasing. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Mac 2016 • 13 Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor

Program Penyerahan Peralatan Falak 2016

Program Bicara Fatwa Selangor 2016

S

hah Alam- 24 Februari 2016: Telah berlangsungnya program penerangan berkenaan fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 9 mac 2016 yang diadakan di Dewan Al-Madani SMK Seksyen 18 Shah Alam. Sesi penerangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Shahrin Bin Ahmad, Pengasas Falak Online dan program tersebut telah dihadiri seramai 16 orang guru pengiring dari Kelab Falak Sekolah Negeri Selangor dan 60 orang pelajar dari 11 buah sekolah. Program tersebut juga telah dihadiri oleh wakil dari Jabatan Pendidikan Selangor iaitu Ustaz Wan Zayuhisham Bin Wan Yusoff dari sektor pendidikan islam. Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor yang baru iaitu Dr. Hj Anhar B Hj Opir juga turut melapangkan masa hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian peralatan falak yang telah disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Diantara pengisian dalam program tersebut adalah sesi perkongsian pengalaman mencerap gerhana di beberapa negara antaranya turki,china australia dan banyak lagi tempat

Para pelajar yang hadir semasa taklimat. Dr. Hj Anhar B Hj Opir menerima peralatan falak daripada yang telah disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Tetamu VIP yang hadir semasa program berlangsung.

yang pernah dikunjungi oleh Encik Shahrin Ahmad pengasas Falak Online. Turut diadakan bengkel pengendalian teleskop dan latihan cerapan matahari pada tengah harinya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Shah

Alam yang sudi bekerjasama dengan pihak Jabatan Mufti Selangor dalam menyediakan lokasi program dan seterusnya menjadi urusetia dalam melancarkan perjalanan program tersebut. Program tersebut telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Edisi

Pemeriksaan Dadah Dalam Air Kencing Oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Petaling kerjasama Agensi Hasil pemeriksaan didapati Antidadah Kebangsaan semua pegawai dan kakitangan Daerah Petaling pada 12 JMNS adalah negatif dadah. Edisi Februari 2016. Seramai lima orang pegawai dari AADK Pegawai dan kakitangan JMNS yang Daerah melakukan ujian diminta mengisi nama terlebih dahulu. Petaling telah melakukan nit Integriti JMNS pemeriksaan ini telah melaksanakan melibatkan seramai Sesi taklimat diadakan sebelum ujian ujian pemeriksaan 47 orang pegawai dan dijalankan. dadah dalam air kencing dengan kakitangan JMNS.

U

J

abatan Mufti Selangor melalui Jawatankuasa Fatwa berperanan mengeluarkan sesuatu Fatwa berkenaan isu-isu semasa seperti mana yang diperuntukan di bawah Seksyen 47 dan 48, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa tersebut perlu disebarluaskan kepada masyarakat untuk diketahui, difahami dan dipatuhi sebagai ajaran agamanya. Baru-baru ini Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan program penerangan yang diberi nama Program Bicara Fatwa Selangor 2016 pada 24 dan 29 Februari 2016 bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Alam. Program Bicara Fatwa Selangor 2016 yang di adakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mensasarkan para penceramah yang memiliki tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Bertujuan khusus memberi penjelasan dan sebagai medium penyebaran fatwa di dalam ceramah-ceramah mereka. Manakala program di SMK

Setia Alam mensasarkan para pelajar sekolah menengah agar memahami apa itu fatwa dan penjelasan berkaitan Fatwa Rokok Elektronik dan Vape. Para pelajar terdiri dari kalangan mereka yang tinggal di Daerah Petaling Jaya. Program seumpama ini akan terus dibuat ke daerah-daerah lain seperti yang telah dirancang sepanjang tahun 2016 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor. Semoga program penerangan fatwa ini akan mencapai tujuan murni dan kefahaman dikalangan masyarakat awam dapat dipertingkatkan peri pentingnya fatwa dalam kehidupan harian manusia dari segi akidah, syariat dan akhlak. Disamping merealisasikan Visi Jabatan Mufti iaitu Beriltizam Menjadi Institusi Mufti Yang Berwibawa Dalam Memartabatkan Syariat Islam. Panel penceramah program tersebut adalah Yg. Bhg. Ustaz Mat Jais bin Kamos, Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Yg. Bhg. Dr. Salehuddin bin Abu Bakar Pakar Kesihatan Awam dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Edisi

Sijil kehadiran untuk peserta.


IKON ASNAF 14 • Edisi • Mac 2016

Rezeki Penebar Roti “Pada usia 12 tahun lagi, saya sudah belajar menebar dan membuat roti canai. Hingga sekarang, Alhamdulillah bakat inilah yang membantu saya mencari rezeki.” Sepatah kata daripada Husain bin P. Sabgam, 38 menghiasi mukaddimah penulisan Jejak Asnaf pada kali ini.

Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

B

erasal dari Lenggong, Perak dan kemudiannya berpindah ke Sabak Bernam, dan kini menetap di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dan Husain menyedari, sepanjang kehidupan sebagai manusia yang diciptakan Allah SWT, jangan sesekali manusia mencuaikan perintah-Nya. Manusia yang melupakan Allah SWT, pasti tidak beroleh bahagia sedangkan itulah yang didambakan oleh setiap jiwa hamba. Husain mendirikan rumahtangga bersama pasangannya, Anita binti Esmail, 37 pada tahun 1998 dan setakat ini mereka dikurniakan lima anak sebagai penyeri mata. Anak pertama Nurul Nisha, 16; kedua Nurul Husnita, 14; ketiga Muhammad Aizad, 13; keempat Siti Mariam, 11 dan kelima yang comel dan sering mengikuti mereka, Muhammad Nur Ramadan Fitri, empat tahun. “Dahulu sewaktu zaman muda, saya bekerja dengan abang sebagai penebar roti canai dan pendapatan saya agak besar ketika, iaitu kira-kira RM3,000 sebulan. Namun saya akui, dahulu saya lalai dengan Tuhan, solat saya abaikan, hinggalah apabila Allah SWT beri saya peringatan, baharu saya tersedar dan insaf.” Tambah Husain lagi. Ceritanya, dahulu selama kira-kira 10 tahun Husain menjadi penebar roti canai di kedai makan abangnya. Dia betah berlamalama di sana, kerana pendapatannya juga boleh tahan besarnya. Hinggalah akhirnya Husain berfikir untuk mencuba nasib berdikari, dan dia berhenti dari kedai abangnya. “Selepas berhenti dari menjadi penebar roti canai di kedai makan abang, dalam tempoh masa setahun saya cuba melakukan beberapa pekerjaan lain. Saya pernah jadi pemandu lori syarikat, malangnya baru beberapa hari bekerja saya kemalangan jalanraya pula.” Tambah Husain lagi. Menurut Husain, motorsikal yang

dia tunggangi telah bertembung dengan sebuah kereta di sebatang jalan raya di Bandar Bukit Sentosa pada tahun 2010. Akibatnya, bahunya patah dan dia terlantar beberapa lama. Kemalangan itu juga menyebabkan satu-satunya pekerjaan yang memerlukan tangan, iaitu menebar roti canai terganggu. Akibatnya, setahun juga lamanya Husain menganggur, dan hanya menggunakan wang hasil simpanan untuk keperluan hidup. Bagi Husain lagi, pengalaman selama setahun iaitu sekitar 2010 hingga 2011 tanpa pekerjaan itulah yang paling menggigit emosinya. Bayangkan, saat itu dia sudah pun mempunyai empat orang anak, yang masing-masing sedang bersekolah. Segalanya memerlukan biaya yang besar. Dia sedar, dia perlu melakukan sesuatu demi menyelamatkan keluarganya. “Antara pengalaman getir yang tidak akan saya lupakan ialah, apakala saya dan anak-anak hanya dapat makan nasi berlaukkan air kosong. Itulah yang amat sedih bagi saya.” Luahnya lagi. Namun, atas keprihatinan adik-beradik, juga jiran tetangga dan sahabat terdekat dengan mereka, kesusahan Husain dan keluarganya tetap dibantu dan akhirnya mereka diminta menyalurkan kesulitan itu kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). “Tahun 2010 itu juga, ada kenalan yang meminta saya mengadu masalah ini kepada LZS. Namun suami saya enggan, dia merasa malu untuk meminta bantuan. Tetapi demi anak-anak, akhirnya dia gagahi juga menghantar borang permohonan kepada LZS. Buat permulaan kami diberikan bantuan buat menjelaskan yuran persekolahan anakanak.” Ujar Anita yang sebelum itu hanya mendengar perbualan kami. Setelah tahun 2010, LZS terus menilai apakah lagi bantuan yang wajar disalurkan kepada Husain dan Anita demi membebaskan mereka daripada belenggu keadaan. Kebetulan Husain memang berkemahiran dalam pembikinan roti canai, maka mereka pun dibantu dengan bantuan modal oleh LZS, di samping LZS juga terus menyalurkan lain-lain bantuan

Husain dan isteri bersama lori bergerak kepunyaannya.

kepada mereka. “Tahun 2013 lalu, suami saya mengikuti Kursus Asas Keusahawanan anjuran LZS, kerana ia menjadi syarat untuk mendapatkan bantuan modal. Kemudian kami diberikan bantuan modal perniagaan oleh LZS, iaitu berupa mesin penguli tepung, peti sejuk beku dan meja menebar roti canai serta modal pusingan yang jumlah keseluruhannya kira-kira RM5,000.” Tambah Anita lanjut. Setelah mereka memperolehi bantuan modal perniagaan, maka Husain dan Anita pun bercadang untuk membuka gerai menjual roti canai. Mereka ditawarkan untuk membuka gerai makanan di sebuah medan selera mini di sekitar Bandar Bukit Sentosa, malangnya mereka tidak mampu untuk terus bertahan di situ. “Sewa yang dikenakan kepada kami jika mahu dibandingkan dengan jumlah pendapatan, rasanya tidak menguntungkan. Maklumlah, kawasan itu juga agak sunyi dari pengunjung. Kami hanya mampu bertahan tiga bulan dan akhirnya, atas desakan keadaan dan beberapa faktor lain, kami terpaksa menarik diri dari terus berniaga di situ.” Jelas Husain pula. Setelah itu, Husain dan Anita cuba lagi berniaga di beberapa lokasi lain, namun masih gagal mencari tapak yang benar-benar menguntungkan. Lalu demi menampung pendapatan jualan roti canai yang kurang memberangsangkan, Husain terpaksa menjadi pengawal keselamatan di sebuah sekolah pada sebelah malam. “Setelah setahun menjadi pengawal keselamatan dan juga dengan pendapatan jualan roti canai yang tidak menentu, akhirnya dengan ihsan seorang kawan saya dapat tawaran daripada beliau yang juga merupakan pengusaha sebuah kantin sekolah, untuk menjual roti canai di kantinnya. Alhamdulillah, dengan adanya jualan tetap di kantin itulah yang dapat menampung serba-sedikit pendapatan saya.” Jelas Husain lanjut.

Kemudian, pada tahun 2013 yang lalu jugalah pihak LZS telah mengesyorkan agar Husain mendapat modal perniagaan yang lebih besar iaitu sebuah lori dan juga peralatan yang sesuai buat dia mengembangkan lagi perniagaan roti canainya. “Alhamdulillah, dengan adanya lori dan modal yang lebih besar maka dapatlah saya memantapkan perniagaan. Buat masa ini, saya masih menunggu kelulusan permit perniagaan daripada pihak Majlis Daerah Hulu Selangor, kerana tanpa permit itu saya tidak dapat menjalankan perniagaan dengan leluasa. Buat masa ini, saya hanya menjual roti canai dari kawasan rumah dan juga di kantin sekolah.” Jelasnya lagi. Di akhir perbualan, Husain sempat berpesan agar setiap orang yang membaca artikel ini tidak sesekali menyia-nyiakan atau mensesiakan segala kesempatan yang telah Allah SWT berikan. Dia sudah melalui fasa-fasa di mana dia pernah mengabaikan perintah Allah SWT, sehingga dia diberikan peringatan dan kini dia berasa sangat besarnya manfaat di sebalik ketaatan kepada Allah SWT. “Jujurnya, mungkin bantuan zakat termasuk lori yang saya dapat ini pun adalah hasil saya bertaubat dan mendirikan solat. Malah, sekarang ini saya dapat rasai ketenangan dalam hidup, rezeki pun kian cukup. Kini saya dapat belikan apa yang anak-anak inginkan, tidak seperti dahulu serba kesempitan. Malah, kini saya sudah mampu menyisihkan sedikit wang buat simpanan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu, semoga semuanya diberkati Allah SWT selalu, amin”. Tuntasnya menamatkan perbualan di kantin sekolah yang kian ramai dibanjiri anak-anak berseragam bagi menikmati roti canai hasil tangannya. Nota: Husain dan Anita bersedia membekalkan roti canai untuk sebarang majlis, dan mereka boleh dihubungi di 012-352 8254 (Husain) atau 018-211 2219 (Anita). Edisi


KEMUSYKILAN UMAT Edisi • Mac 2016 • 15

Bolehkah Non-Muslim Bayar Zakat? SOALAN: Ada teman-teman saya yang bukan beragama Islam, namun pada setiap tahun mengeluarkan zakat dan memberikan sedekah. Apabila ditanya, kenapa mereka berbuat demikian, maka mereka menyatakan ia dapat menggandakan keuntungan perniagaan mereka. Saya keliru, apakah boleh bagi orang bukan Islam mengeluarkan zakat? Apakah statusnya masih dikira sebagai zakat? Bolehkah pusat zakat menerimanya? Apakah orang Islam boleh memanfaatkannya? Mohon pandangan ustaz. Jawapan: Terima kasih di atas pertanyaan sangat baik yang diajukan. Sebenarnya, perkara yang berlaku ke atas diri saudara itu pasti juga berlaku di tempat lain. Malahan pengalaman di institusi zakat juga sama, kami pernah menerima kunjungan non muslim yang berhajat mahu membayar zakat. Biar pun jumlah mereka hanya sedikit; namun pastilah ia sesuatu yang menarik untuk dikaji. Malahan, pasti ada sesuatu rahsia di sebalik kesanggupan mereka untuk berkongsi harta mereka. Berdasarkan pengalaman, memang ada non muslim yang suka bersedekah dan berzakat dan hasilnya, perniagaan mereka lebih berkembang. Sesuai dengan matlamat non muslim untuk meraih keuntungan yang tinggi, maka sudah pastilah kesan keuntungan selepas memberikan harta amat mengembirakan mereka. Tidak hairanlah, maka mereka akan terus bersedekah dan membayar zakat, kerana sudah jelas keuntungan yang diraih berlipat kali ganda selepas itu. Bagi saya, hal ini bukanlah sesuatu yang pelik. Ini kerana, sudah menjadi sunnatullah (peraturan Allah), orang yang berbuat kebaikan maka akan dibalasi dengan kebaikan. Jika kita menanam padi, hasilnya padi. Jika padi itu dibajai dan diairi dengan baik, maka hasilnya akan menjadi berkali lipat. Itu sangat lumrah, maka demikianlah dalam konsep memberi Mungkin bagi non muslim mereka tidak mempelajari dan memahami konsep ‘berkat’ atau ‘barakah’; tetapi hakikatnya, apa yang mereka dapat setelah memberikan harta (atas nama apa sahaja, sama ada sedekah, hadiah, derma atau zakat), ia adalah natijah atas kebaikan mereka. Allah SWT tidak lokek untuk mengganjari kebaikan atas kebaikan yang telah mereka lakukan. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW ada bersabda: “Allah tidak akan mengabaikan kebaikan seseorang mukmin, dia akan diberi ganjaran di dunia dan di akhirat. Orang bukan Islam pula menerima ganjaran kebaikan yang mereka lakukan kerana Allah semasa di dunia sahaja. Ada pun di akhirat kelak, tiada apa-apa habuan dan ganjaran kebaikan untuknya.” (Hadis sahih riwayat Imam Muslim) Jelas, dinyatakan di dalam hadis bahawa kebaikan yang dilakukan oleh non muslim, maka mereka akan tetap menperolehi kebaikan dan ganjarannya di dunia. Namun, ganjaran di akhirat tiada buat mereka. Kenapakah ganjaran di akhirat tiada? Kerana mereka tidak mempunyai syarat, iaitu iman. Iman adalah ‘akaun’ yang membolehkan setiap ‘pahala’ amal soleh yang mereka lakukan disimpan di dalamnya. Seperti mana seseorang yang mahu menyimpan wang di bank, maka wajib bagi mereka mempunyai ‘akaun’ di bank berkenaan. Tanpa akaun, maka pihak bank tidak boleh menerima wang berkenaan, biar pun wang yang mahu disimpan berjumlah jutaan ringgit. Jika disimpan juga tanpa akaun, samalah seperti menyerahkan wang berkenaan di dalam akaun ‘halimunan’. Apabila mahu dituntut kelak, wang itu juga akan menjadi ‘halimunan’, tidak akan ditemui. Di dalam al-Quran, Allah SWT sudah pun memberi analogi, bahawa amalan tanpa iman itu ibarat fatamorgana di padang pasir atau debu-debu yang berterbangan kerana tiada ‘wadah’ atau bekas buat menyimpannya. Firman Allah SWT: “Dan orang kafir pula, amal-amal mereka laksana fatamorgana di tanah yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu

ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu,” (an-Nur: 39) dan lagi: “Lalu Kami bawakan kepada mereka segala amalan yang dikerjakan, Kami jadikan ia seperti debu-debu yang berterbangan.” (al-Furqan: 23) Walau bagaimanapun, Allah SWT yang bersifat Maha Pengasih itu tidak sesekali mengabaikan kebaikan para pelaku kebaikan berkenaan, sehingga ia tetap dibalas walaupun sekadar kebaikan atas dunia. Buktinya mereka memperolehi laba atas perniagaan. Sebab itu jugalah kita dapati atas dunia ini, orang-orang bukan Islam jugalah yang menjuarai agenda kebaikan dengan menubuhkan pelbagai yayasan dan bersedekah jutaan dollar. Misalnya Yayasan Gates yang sangat terkenal itu. Namun, apa yang lebih menarik lagi untuk dikaji, segala macam kebaikan yang mereka lakukan di atas dunia ini, masih ada peluangnya untuk ditukar menjadi ‘akaun pahala’ bagi membantu mereka di akhirat dan meraih syurga. Syaratnya, mereka mestilah mengucapkan dua kalimah syahadah, dan secara automatis melayakkan mereka mendapat ‘akaun pahala’. Segala kebaikan yang dilakukan sebelum mereka mengucapkan dua kalimah syahadah, akan terus ‘dikreditkan’ ke dalam ‘akaun pahala’ berkenaan. Dari Hakim bin Hizam r.a., dia bertanya: “Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat Tuan tentang sesuatu yang saya lakukan sebagai ibadah di masa jahiliyah berupa sedekah, memerdekakan hamba sahaya dan menghubungkan silaturrahim, dapat pahalakah saya atau tidak (selepas saya memeluk Islam)?” Jawab Nabi SAW: “Engkau telah Islam dengan memperolehi kebaikan di masa lalu.” (Hadis sahih riwayat Imam Bukhari) Sekarang, mari kita telusuri pertanyaanpertanyaan yang saudara bangkitkan di atas: 1. Apakah boleh bagi orang bukan Islam menunaikan zakat? Di dalam Islam, tiada larangan bagi orangorang bukan Islam untuk melakukan amal kebaikan. Seperti mana yang ditanyakan oleh Hakim bin Hizam r.a di atas, ia menunjukkan sebelum Hakim memeluk Islam, maka dia sendiri ada melakukan kebaikan-kebaikan. Kebaikan itu amat luas, termasuklah dalam aspek harta, sama ada disedekahkan, dihadiahkan dan sebagainya. Cuma dalam konteks zakat, sudah pastilah perbuatan orang non muslim mengeluarkan zakat tidak dikira sebagai zakat. Samalah amalan lain, seperti solat dan puasa, jika non muslim melakukannya, ia tidak dianggap solat dan puasa di sisi Islam. Ini kerana, setiap ibadah mempunyai syarat wajib dan syarat sah. Syarat wajib zakat ialah beragama Islam, maka automatiklah non muslim tidak wajib melakukannya dan jika ia dilakukan, tidak ada status sah batal ke atas mereka. 2. Jika orang bukan Islam mengeluarkan zakat, apakah statusnya? Statusnya ia menjadi pemberian biasa sahaja, tidak mendapat pahala ke atas pelakunya dan tidak dihukumkan berdosa ke atasnya jika dia enggan berzakat, kerana dosa ‘syirik’ yang sedia ada di tubuh badannya itu jauh lebih besar. Hukum dosa dan pahala hanyalah bagi orang-orang Islam. Dari aspek faedah perundangan lain, misalnya perlepasan daripada cukai

pendapatan dan cukai perniagaan, maka pastilah mereka tidak berhak ke atasnya, kerana ia dikhususkan hanya kepada orangorang Islam sahaja. 3. Bolehkah menerima zakat atau sedekah dari non muslim? Oleh kerana ia adalah pemberian yang dibuat dengan kerelaan, maka tidak menjadi masalah bagi umat Islam untuk menerimanya. Hukumnya halal dimanfaatkan. Samalah seperti mana zaman silam, golongan non muslim juga ada yang mengeluarkan bayaran kepada Negara Islam, seperti jizyah (cukai badan) dan kharaj (cukai tanah), dan ia dimasukkan ke dalam Baitul Mal untuk kegunaan negara, termasuk kepada umat Islam. Malah di dalam kitab am-Amwal oleh Abu Ubaid, dikhabarkan pada zaman Umar al-Khattab r.a, ada sekelompok Arab dari Bani Taghlib yang beragama Nasrani, telah meminta izin daripada Umar r.a untuk menunaikan zakat, dan Umar menerima permohonan tersebut. Dinukilkan kembali hal ini oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya Hukum Zakat, pada halaman 99 - 101. Imam Baihaqi melaporkan dari sumber Ubadah bin Nu’man dalam sebuah hadis yang panjang, bahawa Umar al-Khattab r.a telah berdialog dengan Nasrani Bani Taghlib. Kata wakil Bani Taghlib: “Kami adalah bangsa Arab yang tidak harus membayar (cukai jizyah) seperti apa yang dibayar oleh orang-orang bukan Arab. Tetapi, pungutlah daripada kami zakat seperti yang dipungut dari orang-orang lain (penduduk Muslim).” Lalu Umar berkata: “Tidak, itu adalah kewajiban orang-orang Islam sahaja.” Namun Bani Taghlib tetap meminta: “Pungutlah lebih daripada zakat itu (yakni, tidak mengapa digandakan) dengan nama zakat, (asalkan) tidak dengan nama jizyah.” Umar pun melaksanakan tuntutan mengambil ‘zakat’ ke atas Bani Taghlib sesuai dengan jumlah jizyah, demi menjaga perasaan mereka. (Hukum Zakat, hal. 101) 4. Bolehkah ia diagihkan sebagai zakat kepada orang-orang Islam? Merujuk kepada tindakan Saiyidina Umar

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@e-zakat. com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS. al-Khattab r.a menerima ‘zakat’ daripada Bani Taghlib di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa ia halal dan boleh dimanfaatkan kepada semua pihak. Mungkin ada yang berkata, bukankah ‘zakat’ non muslim ketika itu akan dimasukkan ke dalam Baitul Mal, dan setiap harta yang masuk ke dalam Baitul Mal maka akan menjadi halal? Jawapannya, ‘zakat’ yang diberikan oleh non muslim hari ini hakikatnya adalah dari hartanya sendiri, tidak dipaksa, malah dengan sukarela. Maka, pemberian seorang non muslim itu hakikatnya adalah satu pemberian yang halal. Seperti mana pemberian sedekah oleh Hakim bin Hizam r.a, di dalam hadis di atas ketika dia masih kufur. Sesungguhnya, status kufur tidak memberi kesan ‘halal atau haram’ atas pemberiannya. Maka, ia halal untuk dimanfaatkan atas jalan apa sekali pun. Lagi pula, kita hendaklah berpegang dengan konsep, harta yang umum boleh dimanfaatkan untuk golongan yang khusus, manakala harta yang khusus sahajalah (seperti zakat), maka ia tidak boleh dimanfaatkan untuk yang umum, kecuali atas lapan asnaf yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun begitu, jika masih diragui sumber harta non muslim itu tidak halal, seperti hasil jualan arak, judi dan sebagainya (masih ada perasaan was-was untuk menggunakannya), maka tirulah seperti mana yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a, iaitu ia boleh sahaja disalurkan ke dalam Baitul Mal, agar ia menjadi halal 100 peratus tanpa was-was lagi. Kesimpulannya, adalah harus bagi pusat zakat menerima zakat atau sedekah daripada non muslim, dan mereka mendapat manfaat atas dunia ini dalam bentuk keuntungan duniawi, dan ia akan bertukar menjadi pahala yang menguntungkan di akhirat seandainya non muslim berkenaan memeluk Islam. Maka, marilah kita doakan agar non muslim yang sangat baik hati itu mendapat hidayah, seperti mana Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersungguhsungguh mendoakan hidayah buat pamannya Abu Talib dan juga Umar al-Khattab. Wallahua’lam. Edisi

Gambar hiasan


ULASAN BUKU 16 • Edisi • Mac 2016 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

CARA TERINDAH HIDUP BERSYARIAT

DI SEBALIK ISRAK MIKRAJ

CALL NO : 297.57 RIZ

CALL NO : 297.633 AHM

Buku ini menggambarkan tentang perkara-perkara asas yang terdapat dalam kehidupan. Ini sesuai bagi individu yang berniat untuk tazkiyatun nafs yakni penyucian jiwa. Buku ini penuh dengan mutiara kata yang dapat dijadikan panduan untuk kehidupan. Pelbagai pendekatan yang dapat dipraktikkan bagi muhasabah diri kepada Allah SWT. Terdapat 34 tazkirah dengan lebih 300 kata nasihat, hikmah dan renungan harian. Dengan pembacaan ini, dapat ditanamkan kekuatan supaya perubahan untuk menjadi hamba yang lebih baik dan bermanfaat di dunia dan di akhirat akan tercapai.

Buku ini membincangkan tentang kisah Israk dan mikraj yang dialami oleh kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW. Kisah ini dapat mengajar kita untuk menunaikan suruhan Allah dan menjauhi daripada melakukan apa yang dilarangnya. Ibadah solat, menunaikan zakat, bersedekah dan berbaik sesama manusia amat dituntut oleh Islam kerana setiap amalan yang dilakukan di dunia akan dibalas mengikut kesesuaian yang dijanjikan oleh Allah. Perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti makan riba, menyampaikan fitnah, tidak menunaikan amanah, tidak mengerjakan zakat dan perkara mungkar yang lain adalah ditegah sama sekali di dalam Islam. Setiap hikmah dan manfaat di sebalik peristiwa ini telah digambarkan di dalam buku ini. Terdapat 12 bab utama yang dapat di ketengahkan oleh penulis iaitu “Latar belakang surah Al-Isra” ; “Israk dan mikraj menurut Al-Quran dan hadis”; “Pengenalan israk dan mikraj”; “Riwayat ringkas Nabi Muhammad SWT”; “Rahsia pelbagai peristiwa israk dan mikraj”; “Solat dan kewajipan”; “Hubungan israk dan mikraj dengan ilmu moden”; “Israk dan mikraj sebagai ujian keimanan”; “Hakikat peristiwa israk dan mikraj: rahsia dan iktibar”; “Pengajaran dan iktibar peristiwa israk dan mikraj”; “Hakikat musyahadah Rasulullah SAW pada malam mikraj”; dan “Keberkesanan serta iktibar peristiwa israk dan mikraj”.

Terdapat 34 perkara yang dimuatkan di dalam buku ini, antaranya ialah “Tentang Al-Quran”; “Nabi Muhammad SAW dan sunah”; “Mengingati Allah SWT”; “Keikhlasan”; “Syirik (mempersekutukan Allah SWT)”; “Munajat”; “Hati”; “Syukur”; “Niat dan amal”; “Ibadah”; “Solat”; “Qiamullail (menghidupkan malam dengan ibadah)”; “Berbakti kepada ibu bapa”; “Ilmu dan pendidikan”; “Hawa nafsu”; “Cinta”; “Pernikahan”; “Keindahan Islam”; “Mengenali diri sendiri”; “Akhlak”; “Keperibadian”; “Kesombongan”; “Bekerja keras”; “Kesabaran”; “Kebahagiaan”; “Persahabatan”; “Rezeki”; “Zakat dan sedekah”; “Membaca”; “Hutang”; “Umur”; “Kematian”; “Hari kiamat” dan “Hisab”.

ISLAM SELEPAS KEWAFATAN NABI SAW CALL NO : 297.09 FAT Buku ini menggambarkan tentang ajaran Islam yang sentiasa relevan dengan tuntutan masa dan tempat. Ia dapat digunakan dan permasalahan dapat diselesaikan sejak zaman Nabi Muhammad SAW hingga ke hari ini. Permasalah ini diselesaikan oleh para ahli sarjana yang telah ramai lahir sejak dari perkembangan Islam dahulu melalui petunjuk dan prinsip wahyu. Sebahagian perkembangan Islam dan telah diceritakan di dalam buku ini. Selain itu, persoalan mengenai golongan yang tidak mempercayai hadis, golongan yang mencerca para sahabat Nabi, golongan yang mempercayai insan selain daripada Nabi ialah maksum, golongan yang fanatik buta, golongan yang jumud mentalitinya terhadap keluasan Islam, golongan yang mempercayai darjat mazhab lebih tinggi daripada Al-Quran dan hadis, golongan yang berbicara tentang agama tanpa menyelitkan segala bukti dan sumber, dan beberapa isu lain yang dapat diketahui dengan lebih lanjut melalui pembacaan ini. Buku ini menyenaraikan beberapa bab utama yakni, 1. “Manusia berhajat kepada panduan hidup” 2. “Sumber-sumber tertinggi umat Islam” 3. “Sejarah perkembangan Islam selepas kewafatan Nabi SAW” 4. “Mazhab yang popular dan tidak popular”

ISLAMIC UNDERSTANDING INFORMATION SOCIETY: INTERVIEW WITH MUSLIM SCHOLARS CALL NO : 297.27 ABB This book is collection of 10 interviews with Famous Muslim Scholars in the field of communication in Malaysia about the nature of Information Society. This book is been divided into 10 chapters which are consists of: 1. “Informed society” 2. “Islamic society” 3. “Ideological society” 4. “Knowledge society” 5. “Knowledge society” 6. “Knowledge based society” 7. “Information society” 8. “Wisdom society” 9. “Islamic society” 10. “Islamic civil society” Two of the same topics are been discussed with different scholars through their own view, understanding and principals. All these interviews has been done by Dr. Abbas Ghanbari in order to accomplish his doctoral thesis which known as “Toward building and Islamic paradigm of information society”. This topics are been explained with the point of view from Islamic perspective.

Buku berikut boleh didapati di Pusat Pengurusan Pengetahuan yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116


IKON UMMAH Edisi • Mac 2016 • 17

TOK KENALI (1868-1933M) Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.

M

ohd Yusof bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali merupakan ulama tersohor di Kelantan. Beliau juga merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang telah membuka minda masyarakat Melayu yang pada ketika itu berada di bawah kuasa penjajah Inggeris. Beliau dilahirkan di Kampung Kenali Kubang Kerian dalam sebuah keluarga petani yang kuat beragama. Pendidikan awal Tok Kenali bermula dari datuknya Mohammed Salleh (Tok Leh) guru agama yang terbilang di Kubang Kerian. Pada ketika itu beliau berumur antara 5 hingga 7 tahun. Kesungguhan dan kecintaan Tok Kenali kepada ilmu pengetahuan amat mengagumkan dan jelas menggambarkan kecerdikannya sebagai seorang yang bakal menjadi tokoh ulung di masa akan dating. Hal ini kerana beliau dikatakan telah berusaha menghafaz al-Quran pada umur 6 tahun. Pada usianya sekitar 10 hingga 15 tahun beliau telah berulang-alik dengan berjalan kaki dari kampungnya ke Kota Bharu sejauh lapan batu semata-mata untuk menguasai ilmu nahu dan saraf daripada para ulama ternama. Diantara tokoh ulama yang telah membimbing beliau ialah Tuan Hj Ismail, Tuan Haji Abdul Samad, Tuan Guru Haji Ibrahim dan lain-lain. Perjuangan menuntut ilmu Tok Kenali tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada usia 18 tahun beliau telah pergi ke Kota Suci Makkah untuk memperdalamkan lagi ilmunya dalam bidang agama. Walaupun berada dalam serba kekurangan kerana kekangan kewangan namun Tok Kenali tidak mudah berputus asa. Di sana beliau melakukan apa sahaja pekerjaan termasuk menjadi tukang masak untuk menyara hidup dan bagi membolehkannya meneruskan pengajian. Tok Kenali juga sanggup bersusuh-payah meminjam buku-buku teks daripada kawan-kawannya untuk ditelaah dan dibaca terlebih dahulu sebelum mengikuti kelas pengajian. Di Makkah beliau berguru dengan beberapa ulama terkemuka seperti AlAlamah al-Syeikh Wan Ahmad Kamal bin Mohamad Zin bin Mustafa al-Fatani (iaitu anak saudara al-Alamah Syeikh Daud Fatani seorang ulama Nusantara terbilang), al-Alamah Syeikh Abid Mufti al-Malikiyyah, al-Sayyid Muhammad Ami Mardad Imam al-Hanfiyyah dan lain-lain. Selepas menamatkan pengajian di Makkah selama lebih kurang 17 tahun, Tok Kenali pergi pula ke Mesir bersama gurunya Wan Ahmad

Fatani. Di Mesir Tok Kenali dikatakan telah didedahkan dan diperkenalkan dengan ilmu percetakan. Hal ini kerana gurunya, Wan Ahmad telah diberikan kepercayaan oleh pemerintah Kerajaan Othmaniyyah iaitu Sultan Abdul Hamid II untuk mengendalikan sebuah percetakan di Makkah iaitu al-Matbaah al-Miriyyah al-Kainah. Wan Ahmad Fatani juga mempunyai percetakannnya sendiri iaitu al-Maktabah al-Fataniah yang menjalankan percetakan Kitab Bahasa Arab dan Melayu. Pendedahan kepada dunia percetakan telah member inspirasi kepada Tok Kenali untuk menjadikannya sebagai agen transformasi pemikiran masyarakat. Tambahan pula pada masa itu masyarakat Melayu berada di bawah cengkaman penjajah. Beliau bercitacita untuk membebaskan Tanah Melayu dan Orang Melayu daripada penindasan dan kemunduran. Justeru kesempatan berada di Mesir telah digunakan oleh beliau untuk bertemu dengan seorang tokoh reformis agung iaitu Muhammad Abduh. Melalui pertemuannya dengan Muhammad Abduh beliau terdorong pula untuk memahami dan mempelajari ilmu sosiologi politik. Selepas 5 tahun pengajiannya di Mesir dan kewafatan gurunya iaitu Wan Ahmad, beliau kembali ke Tanah Air. Pada ketika itu beliau berumur 40 tahun. Tok Kenali dikatakan pulang dengan hanya membawa 2 buah buku sahaja iaitu Mughni al-Labib dan al-Asmuni kerana kebanyakan ilmu dan kitab yang dipelajari telah dihafalnya. Sekembalinya ke Tanah Air beliau telah membuka sebuah pondok pengajian agama yang dikenali sebagai Pondok Kenali. Pondok Kenali ini kemudiannyamenjadi masyur sebagai sebuah pusat pengajian agama di semenanjung pada ketika itu. Dua tahun kemudian, beliau ditawarkan pula oleh pembesar Kelantan iaitu Nik Mahmud bin Ismail untuk mengajar di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu yang pada masa itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di Kelantan. Namun selepas 5 tahun berkhidmat, beliau kembali ke Pondok Kenali untuk menyumbang khidmat dan baktinya kepada masyarakat dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Pada ketika itu, beliau mempunyai lebih kurang 400 orang murid yang dating dari pelbagai ceruk rantau semenanjung hingga ke Indonesia, Kembaja, Patani dan lain-lain. Sumbangan Tok Kenali bukan sahaja di kenali sebagai seorang tokoh ulama Islam yang disegani pada masa lalu, bahkan beliau juga dianggap sebagai seorang

tokoh pendakwah dan reformis Islam yang berjuang untuk membela agamanyadan nasib bangsanya. Berlatarbelakang pendidikan dari Timur Tengah dan pemikiran politik Muhammad Abduh menjadikan beliau begitu kritikal terhadap penjajah. Kekesalannya terhadap nasib dan kejumudan pemikiran bangsanya kesan daripada penjajahan, telah mendorong beliau untuk mengambil langkah menjadikan media sebagai wasilah dakwah bagi menyedarkan masyarakat supaya bangkit menentang penjajah. Untuk tujuan tersebut Tok Kenali telah mempelopori penerbitan majalah yang dinamakan sebagai Pengasuh. Bertindak sebagai ketua pengarang Pengasuh memberi ruang yang lebih kepada Tok Kenali untuk melontarkan idea dan pemikirannya bagi menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam. Beliau dengan lantang mengkritik dasar penjajah yang padanya telah menjadikan bangsa Melayu satu bangsa yang lemah, mundur dan malas. Pada masa yang sama, beliau juga turut mengkritik sikap sesetengan bangsa Melayu yang dilihatnya sebagai ‘orang yang lalai dan tidur dengan hiburan jahil dan menjaga kepentingan dan kesedapan dirinya sahaja’. Namun begitu beliau tidak lupa meniupkan kata-kata semangat dan menggesa bangsa Melayu supaya bersatu padu melawan kuasa penjajah. Beliau mengharapkan supaya setiap negeri di Tanah Melayu mempunya sekurang-kurangnya satu surat khabar yang dimiliki oleh anak negeri sendiri. Hal ini kerana beliau melihat akhbar sebagai satu medium yang sangat berkesan dalam mengubah pemikiran masyarakat. Oleh itu beliau telah banyak melatih dan mendidik anak-anak muda tentang kaedah pengendalian bidang penulisan dan kewartawanan. Di dalam majalah Pengasuh juga beliau turut memberikan suntikan dan rangsangan kepada para pembaca untuk menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Sebagai seorang jurnalis yang berlatar-belakang pendidikan dari Timur Tengah Tok Kenali telah memperkenalkan gaya penulisan yang unik dan tersendiri. Dalam penulisan beliau mengadaptasi syair-syair Arab, memetik kata-kata hukama dan beliau juga bijak melakarkan cerita dan syair

Tok Kenali

mengikut suasana supaya pembaca merasa tidak bosan. Selain daripada menyumbang buah pemikian dalam majalah Pengasuh daripada aspek politik dan dakwah Tok Kenali juga turut menyumbang dalam bidang sastera. Beliau telah menuliskan semula cerita-cerita lisan termasuk Ceritera Raja Muda, menyusun pelajaran tatabahasa Arab, Al-Durus al-Kenaliah al-Ibtidaiah dan juga menterjemahkan sebahagian daripada Tafsir Al-Kahzin dan Tafsir Ibnu Kathsir. Dari aspek pendidikan, Tok Kenali juga amat berjasa dalam melahirkan angkatan ulama yang menguasai Pengajian Tinggi Islam di Tanah Melayu dan juga di negeri lain-lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja. Beliau juga telah melahirkan ulama-ulama besar seperti Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi, Hj. Ali Salahuddin bin Awang, Hj. Abdullah Tahir, Haji Yakob bin Hj. Ahmad, al-Syeikh Uthman Jalaluddin dan Haji Muhammad Yusof. Melalui system pengajian pondok yang diperkenalkan oleh Tok Kenali juga telah menyebarkan pengetahuan Agama Islam dan Bahasa Arab ke seluruh semenanjung. Semasa menjadi Ketua Pelajaran Agama Islam Kelantan beliau telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Agama yang menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Tok Kenali juga pernah menjadi Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Anggota Majlis Ulama Kelantan. Beliau juga turut menjadi penasihat kepada para pembesar Kelantan berhubung dengan isu kemasyarakatan dan politik semasa. Sementara itu, dalam kegiatan kemasyarakatan pula beliau telah mengasaskan Persatuan umat Islam yang dinamakan sebagai ‘Jam’iyyatul Asriyyah’ yang berfungsi sebagai platform bagi membincangkan isu-isu kemasyarakatan, politik dan agama secara ilmiah. Edisi


ZOOM MAIS 18 • Edisi • Mac 2016

1

2

3

4

1. Lebih 300 kariah membabitkan 411 buah masjid sekitar Selangor seliaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima watikah pelantikan pegawai dan jawatankuasa kariah bagi sesi 2016-2018 di Istana Mestika 24 Februari 2016. 2. Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) melibatkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Angkasa Bhd dan Koperasi Pembiayaan Syariah (KOPSYA) & Pra Pelancaran Hotel Aliya telah berlangsung pada 1 Mac 2016 lalu. 3. MAIS telah membuka kaunter bayaran sewaan premis dan kaunter aduan kerosakan bertempat ruang legar bawah, Kompleks Amaniah Gombak pada 23 Februari 2016. 4. Dato’ Bakhtiar bin Hussain, Setiausaha MAIS menerima cenderahati daripada Y.H. Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Setiausaha MUIP dalam satu Kunjungan Hormat MUIP ke MAIS pada 22 Februari 2016.


ZOOM MAIS Edisi • Mac 2016 • 19

5

6

7

8

9

10

5. Bertempat di Hotel Concorde Inn, KLIA pada 29 Januari, 2016, enam (6) MOA bagi penyelidikan dan penulisan buku telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri (Rektor, KUIS) dengan YBhg. Prof. Dr. Omar H. Kasul (Secretary General, International Institute of Islamic Thought (IIIT). 6. Wakil mahasiswa KUIS menerima hadiah tempat ke tiga UTeM IT Open Competition anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) & Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. 7. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Minit Mesyuarat pada 18 & 19 Februari 2016 di Bilik Komputer Latihan. 8. Seramai 22 orang pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan lawatan penanda aras Ekosistem Kundusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). 9. Pada 24 Februari 2016 bertempat di SMK Seksyen 18, telah berlangsung program penerangan berkenaan fenomena gerhana matahari separa yang dijangka berlaku pada 9 Mac 2016, turut hadir Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor, Dr. Hj Anhar B Hj Opir. 10. Pegawai AADK Daerah Petaling menyediakan peralatan untuk melakukan ujian pemeriksaan dadah dalam air kencing kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor.


MAC 2016 • JAMADILAKHIR 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Terkini Membentuk Fikrah Ummah

TOK KENALI (1868-1933M)

Mohd Yusof bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali merupakan ulama tersohor di Kelantan. Beliau juga merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang telah membuka minda masyarakat Melayu yang pada ketika itu...

>17

Rahsia

Disebalik

Peralihan Waktu Waktu Subuh Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi system metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya atau terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi . Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum ( jaga daripada tidur) Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu ini berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya, tidak mendapat tenaga yang optimum.

WAKTU ZOHOR Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan ssstem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Waktu Asar Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi system reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah. Tenaga pada waktu ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR merupakan penerima wang tidak patuh syariah untuk digunakan bagi maslahah umum seperti Penyelenggaraan Jalan, Jambatan, Tandas dan Seumpamanya. Penyaluran wang boleh dibuat secara tunai ke akaun Bank Islam No. Akaun 12-038-01-009567-6 atau cek atas nama “Majlis Agama Islam Selangor”

Waktu Isyak Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Sumber: faezaseri.com

BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat. 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-5514 3400 Samb. 3756/3570/2190/2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my

KLASIFIKASI WANG TIDAK PATUH SYARIAH • Riba’ atau faedah • Judi atau pertaruhan • Pengeluaran dan penjualan barang tidak halal • Insurans Konvensional • Jual beli sekuriti yang tidak halal • Aktiviti lain yang tidak selaras dengan syariah

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.