MAIS News 02/2013

Page 1

SEMASA TEPAT ILMIAH

F E B R U A R I 2 0 1 3 • R A B I U L A K H I R 1 4 3 4 H • w w w. m a i s . g o v. m y • N A S K H A H P E R C U M A

BERITA

Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor DI MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN PANEL TETAP HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DAN HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGERI SELANGOR Pada Hari Rabu 20 Februari 2013 Di Bilik Singgahsana Istana Bukit Kayangan, Shah Alam...

Berita Penuh di M/S 7

ISU KALIMAH ALLAH:

Jaga Langkah Pertama

MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH Pelantikan Hakim Syarie

ULASAN BUKU

MAIS PERUNTUKKAN RM1.9 JUTA kepada NGO Islam Bantu Usaha Dakwah

BERITA

BERITA

Di Negeri Selangor telah terdapat undang-undang yang telah digubal oleh Dewan Undangan Negeri Pada April 1988 dan dikuatkuasakan pada Julai 1988 berkaitan pengawalan penggunaan kalimah Allah ini iaitu Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Enakmen ini telah diwujudkan selaras dengan... Berita Penuh di M/S 3

LZS KUTIP ZAKAT RM451 JUTA dan agih RM401.8 juta Tahun 2012 SHAH ALAM, 22 Januari 2013 – Kutipan zakat di Negeri Selangor pada tahun lepas meningkat sebanyak 14 peratus kepada RM451 juta...

Berita Penuh di M/S 11

Eksklusif ZAKAT

M/S 17 Artikel Pilihan- PENJELASAN TENTANG KONSEP KALIMAH ALLAH


KUIS

SIDANG REDAKSI MAIS NEWS Penaung Y.A.D. Dato Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa

Penasihat Dr. Zulkifli Bin Abdul Hamid Tuan Hj. Ahmad Apandi Bin Hj. Samsudin

BIA

Mohd Shahrizal Bin Mohd Salleh

R SISWA REKTO

‡ ',3/20$ 7$+),= $/ 485$1 4,5$$7 ‡ ,-$=$+ 6$5-$1$ 08'$ $/ 485$1 4,5$$7

DIWDUDQ ‡ <XUDQ SHQG DMLDQ QJ SH Q UD <X ‡ LQDSDQ QJ SH Q UD <X ‡

‡ 352*5$0 $6$6, .8,6

Pusat Asasi ‡ )$ .XUVXV $VDV 3HQJDMLDQ ,VODP KP/JPS (KA 8180) MQA (A 8180)

‡ )$ 3HQJDMLDQ $VDVL 3HQJXUXVDQ KP/JPS (KA 8179)MQA (A 8179)

‡ )$ 3HQJDMLDQ $VDV 7HNQRORJL 0DNOXPDW

',3/20$ 7$+),= $/ 485$1 4,5$$7

,-$=$+ 6$5-$1$ 08'$ $/ 485$1 4,5$$7

Syarat Kemasukan ‡ /XOXV 630 GHQJDQ NUHGLW WHUPDVXN NUHGLW %DKDVD $UDE %DKDVD 0HOD\X ‡ /XOXV 7HPXGXJD ‡ 3HODMDU \DQJ PHPSXQ\DL 6LMLO 7DKIL]

6\DUDW .HPDVXNDQ

Syarat Kemasukan /XOXV 630 GHQJDQ NUHGLW WLGDN WHUPDVXN /XNLVDQ 3HQDPEDKDQ EDJL SURJUDP

Ketua Editor:

‡ )$ .UHGLW %DKDVD 0HOD\X 3HQGLGLNDQ 6\DULDK ,VODPLDK 3HQGLGLNDQ $O 4XUDQ GDQ $O 6XQQDK GDQ %DKDVD $UDE

Rohana Binti Hassan

‡ )$ .UHGLW %DKDVD ,QJJHULV 0DWHPDWLN

/XOXV 'LSORPD +31* GDODP ELGDQJ EHUNDLWDQ OXOXV 0DWULNXODVL .HPHQWHULDQ 3HQJDMLDQ 7LQJJL +31*

Sesi 1- 2013/2014

‡ ',3/20$ ,-$=$+ -81 -81 ‡ $6$6, -8/$,

‡ ',3/20$ 3(5*858$1 6(3$58+ 0$6$ -XQ

,QJJHULV

/(3$6$1 6730 ‡ 0LQLPXP SULQVLSDO WHUPDVXN EDKDVD DUDE 6730 DWDX PHQGDSDW NHSXMLDQ GDODP EDKDVD DUDE GL SHULQJNDW 630 ‡ +DID] DO 4XUDQ MX]XN ‡ /XOXV WHPXGXJD /(3$6$1 67$0 ‡ 0LQLPXP -D\\LG ‡ +DIDO DO 4XUDQ MX]XN

‡ /XOXV 7HPXGXJD

MOHON SEGERA!

‡ )$ .UHGLW 0DWHPDWLN GDQ /XOXV %DKDVD

Editor:

AN

NG DITAWARK

BIASISWA YA

KP/JPS (KA 8382)MQA (A 8382)

Pengurus Penerbitan

BIASISWA KUIS

Pemangkin Tradisi Ilmu

www.kuis.edu.my

Sri Hartini Binti Md Noh

Wartawan Indera Shahril Bin Mohd Shahid Mohd Salleh Bin Saha Hamizul Bin Abdul Hamid Ima Syuhada Binti Ismail Anuar Hamzah Bin Tohar Nur Hamizah Binti Othman Nurhelmi Bin Ikhsan Halim Bin Mokhtar Mohd Helmi Bin Mohd Nuri Mohd Yasser Bin Abdul Ghani Muhammad Zulhusni Bin Abdul Rashid

Jurufoto Shahrul Effendy Bin Md Saat

KELEBIHAN ASASI

BIASISWA YANG DITAWARKAN

‡ 3HQJDMLDQ VHODPD WDKXQ VHPHVWHU

‡ œ)DVW WUDFN NH SURJUDP ,MD]DK ‡ 7DMDDQ SHQXK 7DEXQJ %LDVLVZD 5HNWRU

‡ <XUDQ SHQJDMLDQ ‡ <XUDQ SHQJLQDSDQ ‡ (ODXQ 50 XQWXN VHPHVWHU

3HQGDIWDUDQ 2QOLQH

ZZZ NXLV HGX P\

LQIR#NXLV HGX P\

Pertingkatkan Ilmu dan Akhlak Melalui Pendidikan %DQGDU 6HUL 3XWUD _ _ .DMDQJ _ 6HODQJRU _ LQIR#NXLV HGX P\

Sertailah Program Pembangunan Sosial MAIS Pada Bulan MAC ini:

• Program Khidmat Masyarakat Pelancong Masjid • Jelajah Keamanan Daerah • Program Khidmat Masyarakat Orang Asli • MAIS Harmony Centre (MODUL) • Kuiz Muhibbah & Keamanan • Inter-Faith Dialogue PROGRAM

Š Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lainlain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit MAISNews. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya.

H[W 7DOLDQ +RWOLQH 3HPDVDUDQ

TARIKH

1. Seminar Kemasyarakatan Orang India 2. Kursus Pengukuhan Perkaderan 3. Seminar Kesedaran Dakwah Non-Muslim 4. Kursus Perkaderan Asas 5. Kursus Street Dakwah

02.03.2013 08.03.2013 -10.03.2013 09.03.2013 12.03.2013 - 16.03.2013 20.03.2013 - 21.03.2013

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi Ustaz Jauharul Fardi Bin Mohd Tajuddin atau En. Mohd Yasser Bin Abdul Ghani Di Talian Berikut: BAHAGIAN INTISYAR MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 8, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan No. Tel: 0355143526 atau 0355143400 E-mel: yasser@mais.gov.my, jauhar@mais.gov.my Faks: 03-5512 2035


MAIS • www.mais.gov.my

3

FOKUS

ISU KALIMAH ALLAH: Jaga Langkah Pertama Oleh: Sri Hartini Md. Noh (sri@mais.gov.my)

Di Negeri Selangor telah terdapat undang-undang yang telah digubal oleh Dewan Undangan Negeri Pada April 1988 dan dikuatkuasakan pada Julai 1988 berkaitan pengawalan penggunaan kalimah Allah ini iaitu Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Enakmen ini telah diwujudkan selaras dengan perkara 11(4), Perlembagaan Persekutuan.

S

eksyen 9, Enakmen berkenaan telah dengan jelas melarang kalimah Allah dari digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka. Tuduhan dan hukuman boleh dijatuhkan bagi mereka yang melanggar peruntukan ini. DYMM Sultan Selangor juga menitahkan agar orang-orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham di kalangan kaum di Negara ini. Selanjutnya DYMM Tuanku menitahkan bahawa mana-mana pihak adalah ditegah dan dilarang sama sekali dari menggunakan atau memperalatkan agama Islam sebagai modal politik mereka kerana ianya akan mengakibatkan kemusnahan kepada keamanan yang dikecapi oleh rakyat pelbagai agama di Negara ini. Sehubungan itu wartawan MAIS News telah mewawancara Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin selaku Pengamal Undang-undang Syariah, penceramah & pendakwah bebas serta pengasas Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, dan Kompleks Yayasan al-Ijabah berkaitan pandangan beliau mngenai isu ini. Isu kalimah Allah ini banyak yang sudah diulas tak kurang juga ada yang diperkatakan di luar konteks sehingga isu sebenar sudah tersasar bercampur dengan elemenelemen yang tidak perlu. Pada pe-

merhatian Ustaz bagaimana isu ini dapat ditangani dengan baik, fokus dan rasional? Saya ingin mulakan dengan beberapa contoh di bawah. 1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas. Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak. “Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli” kata Emmanuel Carasso. “Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”, tegas Sultan. Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan, “Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”. 40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat

Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al-Amin pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara. 2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah ditawarkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen. Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British. 3. Kejatuhan Filipina terhadap Sepanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakna negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila, pengaruh agama

Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini. Cuba lihat contoh di atas. Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya. Yakinlah bahawa, jika ada langkah pertama, ia akan ada langkah seterusnya. Saya percaya seperti yang diyakini oleh Sultan Abdul Hamid. “Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”. Apa pandangan Ustaz, isu kalimah Allah ini sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan satu situasi yang tidak harmoni di negara ini. Sesiapapun yang sengaja menimbulkan isu ini tidak rugi apa-apa pun dalam permintaan mereka. Kalau kumpulan ini gagal sekalipun, mereka tetap dapat menjalani hidup seperti biasa. Yang ruginya adalah orang Islam yang semakin hari semakin terhakis


4 hak dan kepentingan. Percayalah Orang Melayu Islam kita terlalu banyak berkorban demi keharmonian Negara tercinta ini sehingga kebaikan kita dianggap kelemahan. Sudah sampai masanya, orang Melayu Islam perlu bertegas, bukan untuk diri mereka, tetapi untuk kehormatan dan kedaulatan agama tercinta. Sesetengah pihak menyanggah keputusan bahawa “kalimah Allah tidak boleh dipakai oleh agama lain” apa pandangan Ustaz Saya perhatikan ada dua golongan yang menyanggah. Mungkin pemerhatian saya ini betul dan mungkin saya silap. Ini merupakan pendapat peribadi saya. 1. Kumpulan yang berkepentingan politik iaitu: Yang mahukan sokongan dari orang bukan Islam, nasihat saya, betulkan matlamat hidup kita. Politik hanyalah alat. Matlamat hidup kita adalah keredaaan Allah. 2. Kumpulan yang keliru di atas nama dakwah: Ada juga golongan agamawan yang mengharapkan agar jika kalimah Allah diberikan kepada orang Kristian, ia menghampirkan mereka pada Islam. Dalam isu ini, bukan kita yang menawarkan kalimah Allah, tapi mereka yang meminta untuk menggunakannya. Dan mereka meminta menggunakan secara rasmi, bermakna, jika ia diizinkan, mereka akan menggunakan dalam tulisan rasmi mereka, dalam surat rasmi, dalam majalah rasmi, dalam

FOKUS buku rasmi. Kalau nak guna secara sendirian, gunalah. Telah lama pun mereka guna seperti di dalam lagu sultan setiap negeri. Tapi isu sekarang permohonannya adalah menggunakan secara rasmi. Perkara ini yang nampak bahayanya Bagaimana Ustaz melihat selama ini kita jelas bahawa sebut sahaja perkataan Allah semua bangsa di negara ini faham dan mengerti Allah adalah merujuk orang Islam fakta ini tidak boleh dinafikan kerana ia sudah menjadi praktis dan diterima semua pihak tanpa sebarang persoalan, tetapi kenapa ianya menjadi bahang dan tidak menjadi isu agama yang sepatutnya dikupas dengan penuh ilmiah tetapi menjadi isu peribadi dan agenda sendiri boleh Ustaz ulas. Kali ini saya ingin membahaskan dari sudut realti yang berlaku dan nanti kita akan dapat menilai, kenapa isu nama Allah ini penting di pertahankan dan tidak boleh dibahaskan mengikut kepentingan politik. Saya pernah memasuki gereja. Saya pernah memberikan sedikit tazkirah di dalam gereja. Bukan kepada orang Islam tetapi kepada pesakit HIV yang duduk di dalam gereja pertengahan tahun 2009. Mereka adalah orang yang terlantar sakit dan tidak ada orang Islam yang mengambil dan menjaga mereka pada ketika itu. Para ustaz lebih selesa berforum di atas pentas membicarakan soal kasih sayang dari turun menterjemahkan kasih sayang di dalam tindakan. Di dalam gereja itu, ada menggu-

nakan perkataan Allah. Ramai pesakit HIV muslim ini yang telah meninggal dan ada yang pernah diurus oleh pihak gereja. Agakagak kita, ketika orang nazak sakit, katakan datang seorang paderi dan berkata:“Tak apa, Allah akan memberkati kamu, anaknya Isa juga akan memberkati kamu sebab Allah berfirman bahawa ikutlah anak aku Isa dan kamu akan selamat” Agak-agak, keliru tak? Jika ada anak kita nanti sakit di hospital, datang orang dengan baju yang kemas dan berkata:Jangan risau, kita doa pada Allah agar Allah menyembuhkan adik, asalkan kita berdoa juga pada anaknya Isa. Agak-agak, keliru tak? Kalau ada mangsa banjir yang orang Islam lambat datang, tiba-tiba ada orang datang membawa bantuan:“Tak apa, tak payah berterima kasih, ini semua dari Allah, Allah dan anaknya menggerakkan saya dan kawan-kawan untuk datang memberi bantuan di sini”. Agak-agak, keliru tak? Alangkan belum dibenarkan secara rasmi pun, mereka telah menggunakannya. Bayangkan kalau kebenaran diberi secara rasmi. Para ustaz, Doktor, ahli politik serta agamawan berteori banyak. Mereka boleh memukau kita dengan ayat-ayat al-Quran dan hujah-hujah memperlecehkan antara satu sama lain. Dengan izin Allah, saya berkecimpung terus dengan masyarakat. Dan kebimbangan saya bukan teori. Ia adalah perkara yang benar-benar

MAIS • www.mais.gov.my

berlaku. Ingatlah, membenarkan menggunakan perkataan Allah bukan perkara yang boleh nak dicuba-cuba. Ia bukanlah “Try and Error”. Ia soal masa depan anak kita. Ada orang berkata:Buat apa takut, Islamkan kuat Saya tidak takut cuma bimbang, kerana realiti suasana sekeliling tidak membantu kita meningkatkan penghayatan Islam. Kalau slot TV sudah banyak berbicara pasal Islam, slot radio telah banyak, majalah-majalah Islam telah banyak, kala itu barulah kita boleh berbicara dalam bahasa “untuk berdakwah” Kala ini, kita masih dalam fasa berusaha mempertahankan Islam yang ada bersungguh-sungguh. Orang kita sendiri tak membantu kita, nak harapkan orang lain? Nak harapkan orang sokong kita hanya dengan sekadar dengan membenarkan penggunakaan nama Allah, atau kita dan anak-anak kita akan semakin keliru dan keliru. Jika keadaan semakin parah, nanti ada yang mengatakan.. “Ah, tak apa, kalau ijtihad kita salah pun, kita dapat satu pahala, kalau betul, kita dapat dua pahala” Tapi kalau salah itu kesannya lebih teruk untuk anak bangsa, adakah sekadar berkata “tak apa” kala itu. Saya ada mengasaskan sekolah agama di Bandar Baru Sunway bernama Maahad Sains al-Quran al-Amin, ada di kalangan ibu ayah yang begitu yakin dengan kefahaman agama anak mereka. “Ustaz, terimalah anak saya, anak saya bagus dalam ujian KAFA” Ketika saya bertanyakan bilangan rukun Islam dan rukun Iman, masih ada lagi yang tertukar. Jika masuk ke syurga itu diukur dengan ujian KAFA, sudah tentu anak dia ini tak akan masuk kerana rukun iman dan Islam pun tertukar bilangannya. Ini yang benar-benar saya hadapi. Kalau itu pun dah keliru, nak harapkan dia tak akan keliru dengan tulisan yang akan digunakan oleh kristian nanti. “Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa” Agak-agak, keliru tak? Saya secara peribadi tidak bersetuju melainkan jika setelah suasana sekeliling menjadikan anakanak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka. Ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang. Semoga Islam terus terpelihara, amin MNews


MAIS • www.mais.gov.my

5

ISU

Penjelasan Tentang Konsep

KALIMAH ALLAH Susunan oleh: Nurhelmi Bin Ikhsan (helmiikhsan@yahoo.co.uk), Jabatan Mufti Negeri Selangor

Kalimah Allah yang merupakan ‘lafaz al-jalalah’ iaitu gelaran tertinggi dan paling mulia yang digunakan oleh umat Islam untuk merujuk kepada Allah. Dalam al-Quran, kalimah Allah termaktub lebih daripada 20 ribu kali. Manakala dalam solat 5 waktu pula, umat Islam menyebut kalimah Allah sebanyak 425 kali. Ia digelar sebagai ism al-zat iaitu kata nama yang melambangkan secara langsung zat Allah S.W.T. yang Maha Agung. Namun, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kalimah Allah seakan dipermainkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

T

idak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah digunakan sebagai panggilan kepada nama Tuhan mereka. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan dalam agama Islam. Al-Quran sendiri pernah merakamkan konflik ini sebagai iktibar atau pengajaran untuk umat Islam dan bukan Islam. Ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan persoalan konflik tentang siapakah sebenarnya Allah yang dinyatakan oleh agama selain Islam. Adakah ia benar dan tepat dengan konsep ’Allah’ sebagaimana yang dituturkan oleh mereka yang bukan Islam? Imam Ibnu Kathir, seorang ulama’ tafsir telah menukilkan kata-kata ’Ikrimah mengenai sebab turunnya ayat ini, iaitu: Ketika orang Yahudi mengatakan - Kami menyembah ’Uzair anak Allah. Orang Nasrani pula mengatakan - Kami menyembah al-Masih (Nabi Isa A.S.) anak Allah. Orang Majusi pula mengatakan - Kami menyembah matahari dan bulan. Orang Musyrikin pula mengatakan - kami menyembah berhala. Lalu Allah S.W.T. menurunkan surah al-Ikhlas dari ayat 1 hingga 4 sebagai wahyu kepada Rasulullah S.A.W. ’Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang setaraf dengan-Nya’. Sesuatu yang diakui, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Jahiliyyah menggunakan kalimah Allah, tetapi ketika itu ia digunakan dari

sudut bahasa sahaja. Kalimah Allah yang tertera di dalam Bible versi Arab adalah disebabkan sesetengah Kristian Arab (seperti di Mesir, Syria dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) seperti mana doktrin kebanyakan penganut Kristian pada hari ini. Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Ma’idah, ayat 73 yang bermaksud: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Merujuk kepada ayat ini, adakah umat Islam redha untuk menyatakan bahawa Allah itu merupakan salah satu daripada tiga Tuhan? Sudah pasti kita sebagai umat Islam tidak redha, malah yakin bahawasanya Allah itu Maha Esa. Dalam masa yang sama, mereka yang mengakui Allah itu adalah salah satu daripada tiga Tuhan, maka kekufuran adalah jelas terhadap dirinya. Namun, setelah kedatangan Islam, kalimah Allah telah menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifatsifat Allah iaitu Yang Maha Esa. Kalimah seperti solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak sebelum kedatangan Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicon-

tohkan oleh Rasulullah S.A.W. Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan orang bukan Islam juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di rumah ibadah mereka. Perkara yang paling penting, semua pihak perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimah Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimah Allah yang menjadi istilah atau nama khas semenjak kedatangan Islam. Jika diperhatikan kalimah tauhid - la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada Tuhan melainkan Tuhan, tetapi membawa maksud tiada Tuhan melainkan Allah. Oleh kerana itu, para sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan kalimah Allah dengan perkataan God dalam Bahasa Inggeris. Dalam usaha untuk merungkai permasalahan berhubung isu ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa: 1.Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. 2.Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi Negeri Selangor, terdapat peruntukan undang-undang berkaitan isu ini iaitu melalui Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkemban-

gan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Seksyen 9, enakmen tersebut menyatakan kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu yang bersumber Islam yang disenaraikan di Bahagian 1 dalam Jadual. Antaranya adalah kalimah Allah, Rasul, Iman, Kaabah, Haji dan Solat. Ia juga termasuk apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama bukan Islam. Fatwa yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010 serta Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang wujud sejak tahun 1988 ini adalah bertujuan untuk memelihara kesucian kalimah-kalimah yang amat sinonim dengan agama Islam. Kita tidak mahu kalimah-kalimah seperti ini dipersenda, disalahguna serta dihina untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Dalam membahaskan perkara berkaitan orang bukan Islam yang menyebut kalimah Allah seperti dalam perbualan atau dalam lirik lagu, isu ini tidak perlu dipolemikkan oleh mana-mana pihak kerana ianya tidak mempunyai unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut. Tetapi tindakan membiarkan pihak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu bukanlah satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan. Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata sekiranya umat Islam membiarkan penganut agama lain mendangkalkan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan Allah, solat, tauhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri. Kalimah-kalimah ini telah menjadi bahagian penting dari sudut pandangan Islam. Jika ia dikaburkan, maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam. Dalam masa yang sama, perkara ini perlu dilihat dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Bagi sambungan di mukasurat 6


6 agama Kristian, mereka boleh gunakan perkataan Tuhan, Dewata, Deus, Theos atau God. Selama ini perkataan seperti gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain-lain telah memperkayakan Bahasa Melayu dan tidak menimbulkan kekeliruan serta kemarahan masyarakat yang beragama lain. Di

ISU sini jelaslah bahawa seseorang yang bercakap tentang persoalan aqidah mesti faham kaitannya dengan worldview, tasawwur dan pemikiran Islam. Dalam hal ini, aqidah tidak hanya bermakna kepercayaan dan keimanan dalam erti kata yang sempit seperti difahami oleh masyarakat umum,

namun ia adalah satu set keyakinan yang dapat memberi kesan kepada cara berfikir dan cara hidup seseorang Muslim. Bagi sesiapa yang ingin memahami persoalan ini, perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi ‘milik’ umat Islam. Sebarang

MAIS • www.mais.gov.my

tindakan meng-‘import’nya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, sama ada ia datang daripada agama mana sekalipun. Toleransi mungkin berlaku jika wujud penghormatan terhadap penganut agama lain. MNews

ISU KEBEBASAN BERAGAMA Susunan oleh: Nurhelmi Bin Ikhsan (helmiikhsan@yahoo.co.uk), Jabatan Mufti Negeri Selangor

Sebagai sebuah agama yang syumul dan suci Islam menjamin hak kebebasan beragama. Islam memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan malahan Islam menyeru untuk menghormati amalan agama lain. Perkara ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 256 yang bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

P

erkataan murtad berasal dari perkataan ‘riddah’ yang bermaksud kembali. Menurut istilah bahasa, murtad bermaksud kembali dari sesuatu kepada sesuatu. Manakala dari segi istilahnya ia merujuk kepada kembali dari agama Islam kepada agama lain sama ada dengan niat, perbuatan atau perkataan. Oleh itu, murtad ialah orang yang kembali kepada kekufuran setelah menerima Islam. Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan mempersekutukan Allah sama ada melalui iktikad, ucapan atau pun perbuatan. Sepanjang sejarahnya, Islam tidak pernah memaksa seseorang memeluk agamanya secara kekerasan. Apa yang berlaku ialah ramai golongan yang bukan Islam memeluk Islam secara sukarela setelah melihat kebaikan agama Islam dan kesesuaiannya dengan fitrah semu-

la jadi manusia. Tidak kurang juga yang memeluk Islam setelah berpuas hati dengan kajian atau penelitian yang mereka lakukan. Pelaksanaan tindakan atau pun hukuman terhadap orang yang murtad sebenarnya tidak ada sangkut paut dengan konsep tidak ada paksaan dalam agama. Ini kerana, seseorang yang bukan Islam tidak boleh dipaksa menerima Islam. Mereka bebas memilih agama yang ingin mereka anuti. Bagaimana pun, setelah memilih Islam, dengan sendirinya mereka tertakluk dengan undang-undang dan peraturan yang ada dalam agama Islam. Jika mereka melakukan kesilapan, mereka akan dihukum berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada dalam agama Islam. Islam ada maruahnya yang tersendiri. Apabila maruahnya telah dicabul, maka pencabulnya berhak mendapat hukuman setimpal menurut undang-

undang Islam. Ringkasnya, ia boleh diumpamakan seperti seorang murid yang baru memasuki alam persekolahan. Sekolah yang dimasukinya mempunyai peraturan sendiri. Jika murid-muridnya melanggar disiplin, maka pihak sekolah berhak melaksanakan hukuman ke atas murid yang melanggar peraturan itu dan perbuatan pihak sekolah ini tidak boleh dinyatakan sebagai melanggar kebebasan murid berkenaan. Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi persoalan berkaitan hubungan dengan Allah serta hubungan sesama makhluk yang merangkumi persoalan ibadah, munakahat, muamalat, jinayat, siasah, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Tidak ada satu agama

pun di dunia ini yang syariatnya begitu syumul selain Islam. Firman Allah S.W.T. dalam surah Ali-Imraan, ayat 102 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dalam membicarakan perkara berkaitan kebebasan, adalah jelas bahawa tiada satu pun perkara di dunia ini yang mempunyai kebebasan bersifat mutlak. Semua peraturan dalam kehidupan beragama mahu pun bermasyarakat dan bernegara masih terdapat batasan atau sempadan yang perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak agar keharmonian terus terpelihara demi kesejagatan hidup manusia. MNews


MAIS • www.mais.gov.my

7

KHAS

Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor DI MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN PANEL TETAP HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DAN HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGERI SELANGOR Pada Hari Rabu 20 Februari 2013 Di Bilik Singgahsana Istana Bukit Kayangan, Shah Alam

Sumber: Istana Kayangan Shah Alam

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim

A

lhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala. kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat mengurniakan Watikah Pelantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor pada hari ini. Di sini Beta mengucapkan tahniah kepada Hakim-Hakim Mahkamah Syariah yang baru sahaja menerima watikah pelantikan ini. HakimHakim Mahkamah Syariah hendaklah menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan jujur, telus dan berdedikasi. Beta menyedari bahawa tugas-tugas menjadi hakim amat berat tanggungjawabnya. Walau bagaimana pun apabila seorang hakim itu telah bersetuju untuk dilantik sebagai hakim, mereka hendaklah menyempurnakan tugas-tugas kehakiman dengan penuh sabar dan penuh ikhlas. Mereka juga hendaklah ketika menghakimkan sesuatu kes itu mestilah berada di dalam keadaan yang tenang dan sempurna supaya dapat memberi penghakimannya dengan baik dan memuaskan. Patuhilah segala etika sebagai seorang hakim yang berwibawa, tegas dan berkeyakinan dalam mengendalikan setiap kes. Beta berkenan supaya Hakim-Hakim Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah menjalankan tugas mereka dalam satu-satu kes atau prosiding dengan adil dan sempurna supaya pihak-pihak yang menerima kehakiman itu berpuas hati di atas keputusan yang telah diberikan. Janganlah melengah-lengahkan sesuatu penghakiman tanpa alasan yang munasabah dan memakan masa terlalu panjang untuk menyelesaikan sesuatu kes itu. Beta nyatakan begini kerana Beta masih lagi menerima banyak aduan dan rungutan daripada rakyat Negeri Selangor ini yang mana kes-kes penceraian, pembahagian harta sepencarian, tuntutan nafkah dan pembahagian harta dan harta pusaka terlalu lama untuk mendapat keputusan kehakimannya. Mereka-mereka yang terlibat di dalam kes seperti yang Beta nyatakan tadi ingin meneruskan kehidupan mereka selepas mengalami penceraian atau sebagainya. Apabila Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah melengah-lengahkan penghakiman mengenai sesuatu kes, ianya akan menyebabkan kehidupan mereka yang terlibat akan tergendala. Perbicaraan hendaklah dijalankan mengikut jadual dan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang sepatutnya. Beta berkenan supaya segala aduan dan rintihan yang dikemukakan ke Mahkamah Syariah hendaklah difahami dan diambil tindakan dengan segera dan setiap aduan janganlah diterima secara sambil lewa kerana mereka yang membuat pengaduan ke Mahkamah Syariah memerlukan keadilan untuk meneruskan kehidupan mereka. Oleh itu HakimHakim Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah mestilah mempunyai perasaan perikemanusiaan dalam menangani perkara ini.

Beta juga berkenan supaya imej Mahkamah Syariah di Negeri Selangor ini sentiasa dihormati, dipandang tinggi dan mulia disisi masyarakat, baik Islam atau bukan Islam, yang mana kehakiman yang diberikan itu adalah bukan sahaja mengikut undang-undang Islam, tetapi juga diterima oleh segenap masyarakat. Dengan cara begini, ianya akan menjadi salah satu sebab yang Agama Islam akan dihormati dan disanjung tinggi. Beta akhiri dengan doa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar undangundang Mahkamah Syariah di Negeri Selangor ini akan terus dipatuhi dan diberi kepercayaan demi untuk keamanan dan keharmonian umat Islam serta masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. MNews Sekian, Wabilahi Taufiq Wal Hidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


8

BERITA

MAIS • www.mais.gov.my

AHLI MAIS, DATIN PADUKA PROF. DR. ZALEHA

Terima Anugerah Saidatina Khadijah

S

HAH ALAM – Y.Bhg. Datin Paduka Prof. Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Ahli MAIS telah dipilih sebagai peneri-

ma Anugerah Saidatina Khatijah dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1434H yang diadakan di Stadium

Melawati baru-baru ini. Beliau telah dilantik sebagai Ahli MAIS bermula pada tahun 2003 sehingga kini, merupakan Rektor Undang-

undang Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) dan banyak memberi sumbangan dalam pelbagai penerbitan terutama dalam perkembangan undang-undang keluarga di Malaysia. Selain itu, turut dianugerahkan kepada Datuk Abdul Aziz Andik Achok, Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor, penerima (Anugerah Umar Abdul Aziz). Tan Sri Ismail Adam, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam penerima (Anugerah Khalid Al-Walid), Dr. Mohd Abdul Wahab Yusof, Pegawai Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia penerima (Anugerah Imam Al-Ghazali) manakala (Anugerah Saidina Ali) telah diterima oleh Nawarzir Ahmad Zuri,

bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam. Kesemua penerima anugerah telah menerima wang tunai sebanyak RM5,000.00 sehingga RM15,000.00 beserta sijil penghargaan, piala iringan dan sepersalinan pakaian yang disampaikan oleh DYMM Sultan Selangor. Sementara itu, sambutan Maulidur Rasul Rasul Peringkat Negeri Selangor 1434H disambut penuh kesyukuran, tanda kegembiraan di atas ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Majlis yang berlangsung dalam suasana meriah itu disertai oleh 120 kontinjen terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, badan

berkanun, syarikat swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan pertubuhan bukan kerajaan berarak sambil berselawat dengan membawa kain rentang yang memuji-muji Rasulullah S.A.W daripada Stadium Mini menuju ke Stadium Melawati seawal pukul 8.00 pagi. Pada tahun ini, MAIS mengambil bahagian dengan melibatkan kontinjen lelaki seramai 48 orang menyertai perarakan diketuai oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor bersama Dif-Dif Kenamaan. Turut menyertai perarakan tersebut, Dato’ Setia Haji Mohamed Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Setiausaha MAIS. MNews

MAIS ERAT Hubungan Dengan Media

S

HAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sentiasa menghargai sumbangan dan komitmen pihak media yang banyak membantu mempertingkatkan imej

dan perkhidmatan MAIS di mata masyarakat. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pihak media, satu majlis Hi-Tea MAIS bersama media telah diadakan di Ho-

tel Concorde bertujuan memperkasakan lagi hubungan keakraban antara pihak media dengan MAIS. Pada majlis yang sama, MAIS turut membentangkan Pencapaian 2012 dan Pelan Perancangan Program 2013 bagi Sektor Pembangunan Sosial menerusi peranannya dalam membangunkan kesejahteraan sosial terutama umat Islam di Selangor. Pada tahun 2012, MAIS telah melancarkan Muallaf Care iaitu penjenamaan pengurusan dan operasi muallaf negeri Selangor melibatkan aspek pendaftaran, pendidikan dan kebaji-

kan. Selain itu, penubuhan Skuad Mesra Muallaf, Program Dakwah Bersama Dr. Zakir Naik, Program Jelajah Keamanan dan Program Dakwah Bersama Prof. Glen Hardaker. Selain itu, MAIS juga menambahbaik program untuk tahun ini seperti Muallaf Educare: Pakej Bantuan Pendidi-

kan Muallaf, Muallaf HealthCare: Kad Perubatan Muallaf, Program Persijilan dan Diploma Muallaf kerjasama dengan KUISCELL, Sistem Baitul Salam Online, Buku teks Mualaf dan Jawatankuasa Naziran Panel Dakwah Mualaf. Pada tahun 2012, MAIS telah menyalurkan bantuan kepada mualaf

sebanyak RM24 juta meliputi aspek Pendidikan (RM11 juta), Kebajikan (RM12 juta) dan Pengurusan (RM572 ribu). Pada tahun ini, MAIS telah memperuntukkan bantuan kepada mualaf sebanyak RM33 juta dengan jumlah peningkatan sebanyak RM9 juta. MNews


MAIS • www.mais.gov.my

9

BERITA

MAIS PERUNTUKKAN RM1.9 JUTA

kepada NGO Islam Bantu Usaha Dakwah S hah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan dana bantuan kepada 52 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah MAIS. Semua NGO Islam menerima bantuan antara RM5,000.00 sehingga RM60,000.00. Bantuan ini merupakan bantuan penuh bagi tahun 2012 bertujuan menambah dana kepada NGO Islam bagi meneruskan usaha dak-

wah kepada masyarakat khususnya di negeri Selangor. Bantuan disampaikan oleh Y.D.H. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Ahli MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan NGO Islam. Antara NGO Islam yang menerima bantuan adalah Badan Kebajikan Wanita Selangor (RM40,000), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Cawangan Selangor (RM40,000), Persatuan Ulama’ Malay-

sia, Cawangan Selangor, (RM40,000) dan Badan Dakwah Daerah di Selangor menerima bantuan sebanyak RM60,000 setiap daerah. MNews

BENGKEL MAIS DEKATI CASCADING Masyarakat Berbangsa Cina KPI INDIVIDU

Sektor Pengurusan Korporat

S

EPANG – Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan Sektor Pengurusan Korporat telah menghadiri Bengkel Cascading KPI Individu untuk Sektor Pengurusan Korporat. Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini bermula pada 1 hingga

3 Februari 2013 yang lalu bertempat di Hotel Concorde Inn. Program ini diketuai oleh Ketua Sektor Pengurusan Korporat, Tuan Haji Ahmad Apandi bin Samsudin dan dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Korporat. MNews

S

UBANG JAYA – MAIS telah mengadakan Rumah Terbuka Sempena Sambutan Tahun Baru Cina anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Selangor, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Hidayah Centre dan Restoran Mohd Chan Abdullah pada 24 Februari 2013 yang lalu bertempat di Dewan Hwa Beng, SRJK (C) Chee Wen. Program yang bertemakan ‘Ke Arah Masyarakat Yang Harmoni’ ini merupakan salah satu medium yang digunakan oleh MAIS bagi mendekati masyarakat berbangsa Cina dengan memperkenalkan konsep hidup bermasyarakat secara harmoni seperti yang digalakkan oleh Is-

lam kepada non muslim khususnya masyarakat berbangsa Cina. Program yang disertai masyarakat komuniti Cina di sini dan saudara baru berbangsa Cina disajikan dengan pelbagai acara seperti Persembahan Tarian Naga, Hidangan Makan Besar, Cabutan Bertuah, Perkongsian Keindahan Islam melalui tajuk ‘Towards a Har-

monious Society’ yang disampaikan oleh Dr. Yunus Ma Zheng Bin daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Okiestra Cina, Tayangan Video, Ang Pow dan Persembahan Koir Sekolah. Selain itu juga, MAIS turut membuka kaunter pameran bagi mempromosikan perkhidmatan MAIS kepada orang ramai terutama golongan

non muslim cina. Turut serta membuka pameran ialah Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). Majlis ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Aidit bin Ghazali, Ahli MAIS. Turut hadir Prof. Madya Ustaz Hassanuddin bin Mohd Yunus, YDP IKRAM Selangor dan Dr. Zulkifli bin Abd Hamid, Ketua Sektor Pembangunan Sosial. MNews


10

BERITA

MAIS • www.mais.gov.my

MAIS DAN PERKASA ANJUR PROGRAM RAMAH MESRA DAIE Sabah Dan Sarawak

K

LANG – Satu Majlis Ramah Mesra Daie Sabah dan Sarawak telah diadakan di Hotel Goldcourse pada 17 Februari yang lalu anjuran MAIS dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita Sabah Sarawak Selangor (PERKASA) dan Kader MAIS. Program sehari ini melibatkan seramai 200 pendakwah mualaf dari-

pada Sabah&Sarawak serta golongan non muslim bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan mereka di samping memberi kesedaran dakwah kepada non muslim. Antara pengisian dalam program ini adalah taklimat “Amanat Buat Saudaraku’ telah disampaikan oleh Dr. Zulkifli bin Abd Hamid, Ketua Sektor (Pembangunan

Sosial), Sharing Islam bersama Tuan Haji Muhammad Abdullah@Nicolas Sylvester, Kenali Allah S.W.T, dan Forum ‘Hala Tuju Daie Sabah dan Sarawak bersama MAIS’. Pada majlis yang sama, turut meraikan salah seorang peserta non muslim yang ingin memeluk Islam. Para peserta telah menyaksikan saat pengucapan

kalimah Syahadah yang dilafaz buat pertama kalinya oleh Muhammad Aisyar bin Abdullah, mualaf daripada Sabah di hadapan Tuan Haji Muhammad Abdullah@ Nicholas Sylvester, Hidayah Centre. Majlis ini disaksikan oleh Ketua Sektor (Pembangunan Sosial), Pengurus Bahagian Pengurusan Mualaf dan Pengurus Bahagian Intisyar. MNews

MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH

Pelantikan Hakim Syarie

T

arikh 21 Februari 2013 menyaksikan Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor Darul Ehsan. Seramai tujuh orang Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah telah dikurniakan Watikah Pelantikan yang diketuai oleh Yang Amat Arif Tan Sri Haji Ibrahim bin Lembut, Yang Arif Dato’ Seri Haji Md. Yusup bin Che Teh, Yang Arif Datuk Haji Aidi

bin Moktar, Yang Arif Dato’ Haji Hussin bin Haji Harun, Yang Amat Arif Dato’ Haji Yusof bin Musa, Yang Amat Arif Datuk Mahammad bin Ibrahim dan Yang Amat Arif Datuk Haji Mohamad Bin Haji Abdullah. Bagi Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor pula, Yang Arif Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Yang Arif Tuan Abu Bakar Bin Haji Mohd. Daud dan Yang Arif Tuan Mohamad Zakian Bin Dio telah menerima Watikah Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji

Kusmin dan Tuan Muhamad Hafiz Bin Moksin telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor Darul Ehsan. Majlis Pengurniaan Watikah ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Bilik Singgah-

sana, Istana Bukit Kayangan dengan kehadiran 80 tetamu jemputan. InsyaAllah dengan pelantikan ini, sistem pengurusan dan bicara kes dapat diperkukuhkan lagi. Majlis telah berjalan dengan jayanya dan tamat pada jam 11.30 pagi. MNews

Sekolah Menengah Seksyen 18, Shah Alam

2

S

eramai 40 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin, (UNISZA), Kuala Terengganu, Terengganu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 11 Januari 2013 yang lalu. Mereka yang terdiri daripada Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa, UNISZA mengadakan lawatan bagi menimba 9.00 pagi dan berakhir ilmu pengetahuan serta menambah pengalajam 1.00 tengahari. Program dimulakan dengan ucapan dari- sama Puan Masroha pada Guru Pengiring, binti Duki, Pegawai Sulh Puan Noma binti Id- MTS. Kemudian pelajarris dan taklimat ringkas berkaitan Jabatan pelajar ini di bawa ke dan skop perkhidma- Dewan Bicara Mahkatan Mahkamah serta mah Tinggi Syariah dan Rendah sessi soal jawab ber- Mahkamah

JAKESS Terima Lawatan Ilmiah 7 September 2012, Rabu jam 9.00 pagi – Seramai 42 orang pelajar dan seorang Guru Pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam telah datang melawat ke Jabatan ini. Pelajar-pelajar ini tiba di Mahkamah pada jam

PELAJAR UNISZA LAWAT JAIS

man khususnya dalam bidang penguatkuasaan seperti pembenterasan ajaran sesat, ajaran syiah dan isu semasa seperti isu kalimah Allah dan sebagainya. Pelawat yang tiba jam 10 pagi telah disambut oleh Ustaz Mohamed Shahiid dan Ustaz Ramli Sidom dan telah disajikan dengan tayangan video korporat JAIS, soal jawab dan penyampaian cenderahati. MNews Syariah Shah Alam bagi mengikuti perbicaraan kes. Program ini diakhiri dengan acara bergambar untuk dijadikan kenang-kenangan Jabatan dan pihak sekolah. MNews


MAIS • www.mais.gov.my

11

BERITA

LZS KUTIP ZAKAT RM451 JUTA dan agih RM401.8 juta Tahun 2012 S

HAH ALAM, 22 Januari 2013 – Kutipan zakat di Negeri Selangor pada tahun lepas meningkat sebanyak 14 peratus kepada RM451 juta, manakala agihan zakat pula meningkat lapan peratus kepada RM401.8 juta. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, daripada jumlah itu, RM432.2 juta dikutip daripada zakat harta manakala RM18.8 juta daripada zakat fitrah. “Jumlah pembayar zakat harta bagi 2012 ialah seramai 210,723

orang iaitu peningkatan 17 peratus berbanding tahun sebelumnya dan daripada jumlah tersebut sebanyak 44,488 orang merupakan pembayar baru di LZS,” katanya pada sidang akhbar pencapaian prestasi kutipan dan agihan zakat 2012 di sini hari ini. Dato’ Adzib berkata, pada tahun lalu, sebanyak RM139.6 juta diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin, diikuti asnaf mualaf sebanyak RM23.1 juta. Manakala bagi asnaf fisabilillah sebanyak RM140.2 juta, RM56.4 juta (asnaf amil), RM33.8 juta (asnaf gharimin), RM6.8

juta untuk asnaf riqab dan RM1.8 juta asnaf ibnu sabil. Jelasnya lagi, seramai 26,069 keluarga asnaf fakir dan miskin menerima bantuan zakat dari LZS. Daripada jumlah asnaf tersebut, 932 keluarga ditemui dan didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin melalui program Skuad Jejak Kemiskinan (LZS). Sementara itu, seramai 219 orang penerima bantuan zakat telah berjaya keluar daripada kategori asnaf. Mereka ini terdiri daripada penerima bantuan modal perniagaan yang disediakan oleh LZS. MNews

Pertandingan Mereka Cipta

VIDEO DAKWAH ZAKAT DAPAT SAMBUTAN

S

HAH ALAM, 20 Februari 2013 – Pertandingan Mereka Cipta Video Dakwah Zakat 2012 anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya menarik 34 penyertaan dari seluruh negara dan penyertaan sekumpulan

mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama pertandingan berkenaan. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam

Negeri Selangor. Penyertaan video bertajuk ‘Biskut Kering’ dari UIAM itu telah menggondol hadiah berupa wang tunai RM5,000 di samping sijil penghargaan. Menurut ketua kumpulan dari UIAM, Mohammad Fahmi Idris,

23, kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk mereka menghasilkan video yang lebih baik pada masa akan datang. “Ini merupakan cara kami berdakwah. Semoga sumbangan kecil kami ini dapat menggalakkan lebih ramai lagi (umat Islam) untuk menunaikan zakat.” Tempat kedua pula dimenangi oleh Mohd Bariq Md. Yazi dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang menerima wang tunai sebanyak RM3,000 beserta sijil. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Khairul Mohamed dari Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), yang menerima RM2,000 beserta sijil Hadiah saguhati dimenangi oleh Mohamed Khairul Mohamed dari Universiti Multimedia (MMU) dan Ameer Hamzah Mokhtar dari Kolej Poly-Tech MARA, masing-masing menerima wang tunai RM500 beserta sijil. Pertandingan yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Disember 2012 tersebut merupakan inisiatif LZS bagi mempelbagaikan medium dakwah zakat dengan mempelawa orang ramai mengetengahkan idea dan kreativiti melalui penghasilan video.

Pertandingan ini turut mendapat kerjasama daripada ejen zakat IPT yang dilantik oleh LZS. Kesemua penyertaan telah diadili oleh juri awam dan juga juri profesional yang diketuai Pengarah Filem dan Drama tersohor, Rashid Sibir. Di antara kriteria yang ditetapkan, setiap video mestilah mempunyai unsur-unsur dakwah dan tarbiyyah zakat, dan dihasilkan sama ada dalam bentuk ceramah, animasi dan drama pendek dengan durasi maksimum 5 minit. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof. MNews


12

BERITA

MAIS • www.mais.gov.my

JAIS ANJUR MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1434H/2013M Lima Terima Anugerah Khas

L

ima individu yang telah menunjukkan kecemerlangan dan patut dicontohi dalam usaha memartabatkan dan meninggikan syiar Islam telah dipilih bagi menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1434H/2013M Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1434H/2013M telah disempurnakan perasmiannya oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 24 Januari 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam. Mereka yang menerima anugerah khas adalah Y. Bhg. Dato Hj Abdul Aziz Bin Andik Achok, terpilih menerima anugerah Umar Abdul Aziz. Beliau adalah seorang pesara dalam bidang pendidikan yang masih aktif dalam usaha-usaha dakwah

walaupun telah berusia 78 tahun. Dengan pengetahuan agama yang tinggi dalam bidang agama, beliau yang berkelulusan daripada Universiti alAzhar, Mesir telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak tahun 1989 hingga ke hari ini. Memandangkan kesihatan beliau yang masih baik, mendorong beliau aktif berdakwah dengan menyampaikan ceramah dan kuliah di Masjid dan Surau di Negeri Selangor serta kerap menghadiri seminar dan konvokesyen Kefatwaan di Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Dengan anugerah tersebut, beliau menerima hadiah wang tunai RM15,000.00,trofi,sijil penghargaan dan sepersalinan pakaian. Manakala, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ismail Bin Adam pula

dipilih bagi menerima Anugerah Khalid AlWalid yang menerima hadiah wang tunai RM10,000.00,Trofi,Sijil Penghargaan dan Sepersalinan Pakaian. Menyusuri kecemerlangan yang telah ditempa oleh penerima anugerah ini, anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor telah berjaya membangunkan Skim Saraan Baru dan Skim Saraan Malaysia (SSM) serta membuat pembaharuan dalam meningkatkan Perkhidmatan Latihan dalam Perkhidmatan, Skim Penilai Prestasi, Mutu Kerja dan Kebajikan Pesara. Beliau yang telah berkhidmat selama 38 tahun dalam sektor awam adalah seorang yang berdedikasi, berwibawa dan berintegriti dalam melaksanakan sesuatu tugas. Dalam pada itu, seorang lagi anak kelahiran Selangor iaitu Y.Bhg. Dr.

Mohd Abd Wahab bin Yusof telah dipilih untuk menerima Anugerah Imam Al-Ghazali. Beliau yang lahir pada tahun 1960 di Salak Tinggi, Sepang adalah seorang Pegawai Penyelidikan di Agensi Nuklear Malaysia,Bangi dan dengan jawatan yang disandang beliau banyak terlibat dengan tugas-tugas berkaitan Pengurusan Sisa Radio-

aktif dan Sisa Kimia yang terhasil oleh nuklear. Banyak tulisan dan pembentangan kertas kerja yang beliau berikan, telah dijadikan rujukan dan panduan orang ramai. Dengan anugerah itu, beliau menerima hadiah wang tunai RM10,000.00, trofi, sijil penghargaan dan sepersalinan pakaian. Bermula dengan jawatan Penolong Pensyarah di Kuliyyah UndangUndang,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kini beliau dinaikkan pangkat sebagai Rektor di universiti yang sama. Dengan pengkhususan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya pada tahun 1985, beliau banyak memberi idea serta pandangan dalam seminar dan konvesyen berkaitan undang-undang di peringkat kebangsaan dari antarabangsa. Bukan itu sahaja, beliau juga telah menghasilkan 20 buah buku dan lebih 200 artikel yang berkaitan undangundang. Anugerah Saidatina Khadijah te-

lah dianugerahkan kepada Y.Bhg. Prof Datin Paduka Dr.Zaleha binti Kamaruddin, sekaligus menerima hadiah berupa wang tunai RM10,000.00, trofi, sijil penghargaan dan sepersalinan pakaian. Adik Nawarzir bin Ahmad Zuri, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam adalah seorang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah bidang kokurikulum telah dipilih untuk menerima Anugerah Saidina Ali. Dengan anugerah itu, beliau menerima hadiah wang tunai RM5,000.00, trofi, sijil penghargaan dan sepersalinan pakaian DYMM Sultan Selangor telah berkenan menyampaikan hadiahhadiah kepada penerima anugerah. Turut hadir YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, YAB Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, SS Mufti Selangor dan SS Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Hj. Marzuki bin Husin. MNews


MAIS • www.mais.gov.my

13

ULASAN BUKU

Eksklusif ZAKAT Oleh: Hamizul Abdul Hamid (hamizul@e-zakat.com.my)

Hukum dan kewajipan zakat memang sudah dimaklumi oleh umat Islam. Namun begitu, sejauh manakah kefahaman umat Islam mengenai ibadah zakat yang sebenarnya? Lalu, buku ini diolah dengan gaya bahasa yang mudah tetapi mempunyai pendekatan yang menyeluruh mengenai ibadah zakat, demi memberikan jawapan kepada persoalan di atas.

B

ermula daripada aspek pensejarahan zakat, ia menelusuri zaman berzaman sehinggalah ke hari ini. Misalnya, adakah zakat sudah diwajibkan kepada umat-umat nabi yang terdahulu? Bagaimanakah kedudukan zakat pada zaman Mekah dan Madinah? Apakah kondisi zakat pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Dinasti Umayyah, Dinasti Abassiyah dan Khilafah Uthmaniyyah? Apakah peristiwaperistiwa penting yang berkaitan dengan zakat pada zaman nabi, zaman sahabat sehinggalah ke zaman tabi’et tabiin? Buku ini juga cuba mengupas ibadah zakat daripada aspek hukum, proses perlaksanaannya secara teori dan realiti dan juga pelbagai perkara

mengenai pembayaran serta agihan zakat. Misalnya, mekanisme perlaksanaan pelbagai jenis zakat harta, iaitu zakat emas dan perak, zakat pendapatan, zakat saham, zakat ternakan, zakat galian, zakat perniagaan dan sebagainya. Bagi menjelaskan lagi, maka setiap jenis zakat turut disertakan contoh pengiraan yang praktikal sebagai panduan. Turut diberikan perhatian adalah mengenai aspek agihan zakat. Tidak dinafikan, isu-isu mengenai agihan zakat memang menjadi tarikan kepada umat Islam mutakhir ini, khususnya apabila kutipan zakat di Malaysia kian meningkat saban tahun. Maka, pelbagai perkara mengenai agihan zakat telah cuba dibahaskan, misalnya isu pendefinisian

asnaf, isu mengagihkan zakat secara persendirian dan pelbagai isu lagi. Turut dimuatkan di dalam buku ini ialah perkembangan zakat khususnya di Malaysia, misalnya perkembangan enakmen zakat pra dan pasca kemerdekaan, penubuhan institusi zakat secara profesional, implementasi zakat pendapatan dan juga kedudukan zakat pada hari ini, misalnya idea gagasan tabung zakat antarabangsa yang dipengerusikan Malaysia. Kesimpulannya, buku ini telah menghidangkan tasawwur (gambaran) sebenar zakat daripada perspektif yang luas tetapi tidak hilang fokus-

nya kepada setiap lapisan pembaca. Maka, tidak hairanlah buku ini telah menerima suntikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Dana Penerbitan Buku Malaysia. MNews

Pengarang: Hamizul Abdul Hamid Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Harga: RM28.00

Negeri 5 MENARA P

ernahkah kita membaca kisah kehidupan seorang pelajar sekolah pondok secara dekat dan ditil? Jika belum dan ingin mengetahui rutin kehidupan anakanak pondok, maka inilah bukunya ‘Negeri 5 Menara.’ Jujurnya, sebelum buku ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh pihak PTS, penulis telah pun membacanya dalam versi asal Bahasa Indonesia. Ternyata, pengarang novel yang inspiratif ini, iaitu A.Fuadi telah berjaya memberikan input dan motivasi yang amat mengesankan sekali. Terasa seolah-olah rugi tidak dapat belajar di sebuah sekolah pondok seperti beliau dan ingin sekali menitipkan anak-anak belajar di sekolah pondok ini. Novel inspiratif ini adalah mengenai liku-liku kehidupan Alif (jelmaan watak A. Fuadi sendiri) dan lima orang temannya yang belajar (dalam

Bahasa Indonesia disebut santri) di Pondok Modern Madani, Gontor yang terletak di Daerah Ponorogo, Jawa Timur. Alif adalah anak Minang dari Sumatera Barat yang pada mulanya dipaksa oleh ibunya untuk belajar agama, demi menjadi seorang ulama seperti Buya Hamka. Di pondok itulah, daripada seorang anak desa Minang yang kerdil, maka potensi sebenarnya dirinya dicungkil. Alif bersama-sama temannya (Raja, Said, Dulmajid, Atang dan Baso) sering memasang angan-angan untuk belajar hingga ke negara-negara besar di dunia, misalnya di Mesir dan Amerika. Ternyata, Pondok Madani Gontor inilah yang menjadi suis pencetus kepada impian itu. Di pondok berkenaan, mereka hanya dibenarkan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang ternyata, ia menjadi anak kunci kepada gerbang

ilmu pengetahuan dan keluasan penerokaan pada masa hadapan. Alif dan teman-temannya melalui masa-masa yang pelbagai di pondok berkenaan. Tidak sah jika tidak dimuatkan kisah cinta remaja dan ia dipaparkan dalam versi cinta anak pondok yang amat mencuit perasaan. Juga pelbagai insiden lain yang semuanya, menyerlahkan sisi sebenar kekuatan Pondok Madani Gontor (Darussalam Gontor) untuk terus unggul sejak ia ditubuhkan pada 1926 sehingga ke hari ini. Menamatkan pembacaan novel ini, penulis pasti para pembaca akan terbius dengan kesungguhan anak-anak pondok ini merealisasikan beberapa pepatah Arab yang akhirnya dijadikan mantera mereka, misalnya man jadda wa jada (siapa yang berusaha, pasti berjaya). Tidak salah, jadikanlah naskhah novel ini sebagai hadiah buat anak-anak kita, apatah lagi bagi

mereka yang mulai melayari pembelajaran formal di sekolah menengah agama. Insya-Allah, mereka pasti akan merasai aura positifnya. MNews

Pengarang: A. Fuadi Penerbit: PTS Litera Sdn. Bhd. Harga: RM20.00


14

Q&A

MAIS • www.mais.gov.my

Kedudukan Dan Peranan AMIL DALAM ZAKAT Soalan Apakah peranan dan tanggungjawab seorang amil dalam pengurusan zakat?

Jawapan Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan. Perkara pertama yang mesti umat Islam ketahui, amil juga adalah satu daripada lapan asnaf zakat dan asnaf amil termasuk ke dalam empat asnaf zakat yang utama (muqaddam). Di dalam surah at-Taubah ayat 60, dinyatakan oleh Allah SWT: “Sesungguhnya sedekahsedekah itu (zakat) adalah untuk fakir, miskin, amil yang menguruskannya, mualaf yang dibujuk hatinya.” Walau bagaimanapun, amil adalah asnaf yang istimewa dan keistimewaan diberikan Islam, lantaran di bahu mereka terletaknya amanah menguruskan zakat. Ada beberapa perkara mengenai amil yang perlu kita fahami, iaitu: 1. LANTIKAN AMIRUL MUKMININ Amil adalah individu yang dilantik oleh pihak pemerintah Islam untuk menguruskan hal ehwal zakat, sama ada aspek kutipan, penyimpanan dan pengagihan. Di dalam surah at-Taubah, ayat 103, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW mengutip zakat dan baginda pun terus melantik para sahabatnya untuk menjalankan perintah Allah SWT berkenaan. Ia menunjukkan, amil dilantik dan dipantau oleh pemerintah Islam, demi memastikan pelbagai aspek seperti kecekapan kutipan dan agihan, mengawal ketirisan, mengawal risiko pecah amanah dan sebagainya dapat dilakukan. Bahkan dengan melantik amil secara tetap, pihak pemerintah mampu mengawal semua amil serta memastikan aduan umum dapat ditangani dengan baik dan berkesan. 2. AMIL HENDAKLAH MUSLIM YANG FAQIH (BERILMU DAN FAHAM) Hal ini sesuai dengan kaedah perlantikan amil zaman rasulullah SAW, di mana Nabi SAW amat menitik beratkan amil-amil mestilah muslim yang faqih kerana zakat bukanlah perkara mainan; melainkan ia adalah kefarduan yang berat di sisi Islam. Umar bin al-Khattab r.a dan Abu Hurairah r.a adalah antara contoh amil zaman nabi yang terkenal kerana kefaqihannya. Dalam contoh lain yang sangat popular, Semasa Nabi Muhammad SAW melantik dan mengutuskan Saiyidina Muadz bin Jabal r.a ke Yaman sebagai gabenor sekaligus merangkap amil zakat, maka baginda telah terlebih dahulu menguji kefaqihan Muadz dan terbukti, Muadz memang mampu memikul amanah itu kerana beliau berjaya menjawab beberapa persoalan yang nabi kemukakan. 3. AMIL MESTI AMANAH DENGAN HARTA. Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, dikhabarkan perihal salah seorang amilnya yang disamping pulang membawa harta zakat; tetapi turut pulang membawa bersama hadiah daripada pihak pembayar zakat. Apabila Nabi Muhammad SAW mengetahui akan perkara ini, maka Nabi SAW telah memberikan teguran dengan sabdanya: “Demi Allah yang jiwaku berada dalam kuasa-Nya, tidak seorang jua pun di antara kalian yang menggelapkan (harta) zakat yang ditugaskan kepadanya memungutnya, melainkan pada hari kiamat kelak dia akan memikul unta yang digelapkannya itu melenguh-lenguh di tengkuknya, atau sapi yang menguak-nguak, atau kambing yang mengembek-ngembek.” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Humaid as-Sa’idi) Tujuan larangan kepada amil untuk menerima hadiah ketika mengutip zakat, adalah demi mengelakkan daripada sebarang elemen rasuah atau

pujukan yang berkesudahan, sama ada pihak amil akan melonggarkan taksiran atau kiraan terhadap harta zakat atau keduanya, boleh mempengaruhi keputusan dalam proses mengagihkan zakat. Atas dasar tersebut, maka ditegah amil menerima hadiah daripada pembayar zakat jika mereka keluar menjalankan operasi mengutip zakat. Saiyidina Umar al-Khattab r.a melihat bahawa isu hadiah ini amat berpotensi merosakkan amil zakat, maka pada waktu pemerintahannya Umar telah menginstitusikan seluruh amil dan memberikan imbuhan secara tetap kepada mereka. Maknanya, tidak akan ada isu lagi dalam kalangan amil yang mendapat habuan yang lebih dan ada amil yang mendapat kurang habuan (yakni 1/8 daripada kutipan zakat) kerana semuanya sudah diinstitusikan. 4. AMIL BERTANGGUNGJAWAB KEPADA HARTA ZAKAT Amil juga mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas keselamatan harta-harta zakat yang telah berjaya dikumpulkan oleh mereka. Seandainya berlaku kehilangan, kecurian, ketirisan dan sebagainya, sehingga mengakibatkan pihak mustahik (asnaf) yang lain tidak mendapat manfaat zakat, maka mereka dikira telah melakukan dosa dan akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah SWT. Pernah berlaku, pada zaman Nabi SAW ada orang yang bimbang dia dikira masih berhutang dengan Allah SWT sekiranya harta zakat yang diserahkan kepada amil telah diselewengkan. Nabi Muhammad SAW pun menyatakan: “Apabila engkau telah tunaikan zakat itu kepada utusanku (amil), maka engkau telah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan engkau sudah mendapatkan pahala-Nya, sedang dosanya ditanggung (oleh) orang yang menyelewengkannya (yakni para amil yang menguruskannya.” (Hadis riwayat Ahmad daripada Anas bin Malik r.a) 5. AMIL MESTI DILAYAN DENGAN BAIK Amil hendaklah dipenuhi keperluan mereka dengan sempurna kerana mereka kelak dipertanggungjawabkan untuk memenuhi keperluan asnaf lain. Ini kerana, amil juga adalah manusia biasa yang diberikan amanah untuk menguruskan harta zakat. Ertinya, amil adalah penjaga yang menjaga harta-harta Allah SWT. Maka, amat mulia jawatan dan pekerjaan itu dan sudah sepatutnyalah para amil itu dijaga kebajikan dan diberikan layanan yang baik. Pernah terjadi sebahagian umat Islam di Madinah mendatangi nabi SAW dan mengadu kononnya amil yang dilantik dan dihantar kepada mereka telah bertindak zalim ke atas mereka. Walhal, amil itu hanyalah titipan yang melaksanakan amanah Rasulullah SAW, maka apabila amil berkenaan mengira zakat dan mengambil sebahagian harta mereka sebagai zakat, ia bukanlah suatu tindakan kezaliman. Maka, Nabi Muhammad SAW menegaskan kepada mereka: “Apabila amil zakat mendatangimu untuk mengumpulkan zakat daripadamu, maka hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadapmu.” (Hadis riwayat Muslim daripada Jarir bin Abdullah r.a) Pihak pemerintah juga wajib memberikan imbuhan yang baik kepada amil, sepertimana Rasulullah SAW juga amat menitikberatkan keperluan orang-orang yang bekerja sesuai dengan tanggungan mereka, sehingga disebutkan baginda SAW juga pernah memberikan imbuhan dua kali ganda kepada orang sudah bernikah berbanding orang yang masih bujang. Apatah lagi untuk menutupi pintu-pintu fitnah terhadap harta. Maka, Nabi SAW pernah menyatakan: “Sesiapa yang menjadi pegawai kami dan dia tidak mempunyai rumah, maka hendaklah dia memperolehi rumah dan kalau belum berkahwin, hendaklah kahwin (dan biayanya ditanggung oleh negara atau majikannya) dan bila tidak mempunyai kenderaan (untuk keperluan rasmi), maka hendaklah mengambil kenderaannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Wallahua’lam. MNews


MAIS • www.mais.gov.my

Q&A

15

BOLEHKAH ORANG YANG SIHAT Tubuh Badan Meminta Zakat Soalan Ada satu persoalan yang sering bermain di minda saya, iaitu bolehkah orang-orang yang kelihatan sihat tubuh badannya, kuat dan tidak pula mengalami kekurangan fizikal seperti cacat anggota, mendapatkan bantuan zakat? Ini kerana, kadang-kala mereka seakan-akan sengaja meminta zakat demi mendapatkan habuan dunia tanpa perlu berusaha atau bekerja. Apakah pandangan Islam di sini dan harapkan penjelasan ustaz?

Jawapan Alhamdulillah kerana saudara mempunyai pertanyaan seperti ini dan mudah-mudahan jawapan yang disajikan ini mampu menjentik naluri dan hati ramai manusia di luar sana, khususnya para masharif atau asnaf yang menerima bantuan zakat dan juga pembayar zakat untuk lebih memahami hukum pengagihan harta zakat. Sememangnya manusia ini sifatnya memang menyukai harta dan kekayaan. Tidak kiralah status sosialnya sebagai orang kaya atau miskin, mereka menjadi ghairah dengan harta. Atas sebab itulah Allah SWT mengingatkan kita tentang fitnah harta: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah (ujian), dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (al-Anfal: 28) Harta dan kekayaan juga sering menjerat manusia untuk mengejarnya, sehingga sanggup mengabaikan perkara haram, menafikan keberkatan dan melupakan kesan kepada kehidupan di akhirat. Allah SWT mengingatkan lagi: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (iaitu orang-orang) yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya (tetapi tidak menyalurkan kekayaannya ke jalan-jalan yang dikehendaki Allah).” (alHumazah: 1-2) Berbalik kepada persoalan di atas, adakah Islam mengizinkan para penganutnya yang sihat tubuh badannya, yang sihat akal fikirannya dan mampu pula bekerja sehingga mendatangkan penghasilan untuk mendapat habuan zakat? Asalnya, mereka yang dipandang mempunyai kesihatan dan kekuatan tubuh badan adalah sama seperti orang kaya, yakni ditegah untuk disalurkan zakat atas nama kemiskinan kepada mereka. Sehinggalah diketahui bahawa di sebalik sifat fizikal itu, hakikatnya mereka memang memerlukan bantuan zakat. Di dalam satu hadis dinyatakan oleh Ubaidullah bin Adi seperti berikut: “Diberitakan kepadaku oleh dua orang lelaki, bahawa mereka mendatangi Nabi SAW dalam haji Wada’, kala itu Nabi SAW sedang membahagi sedekah, lalu memohon kepada Nabi SAW bahagian mereka. Maka Nabi SAW mengangkat pandangannya melihat kami dan merendahkannya, lalu baginda mendapati kami orang yang kuat, kerana itu bersabdalah baginda: Jika kamu mahu, aku berikan juga, sesungguhnya tidak ada bahagian pada zakat itu untuk orang kaya dan untuk orang kuat yang mempunyai usaha.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan an-Nasaie) Al-Khatabi menyatakan, bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa seseorang yang tidak diketahui mempunyai harta sedangkan zahirnya mereka sihat, maka boleh dianggap sebagai seorang yang fakir untuk menerima zakat. Begitu juga,

biar pun fizikalnya dia kelihatan mampu bekerja; namun itu tidak memadai melainkan hendaklah dipastikan dia memang benar-benar mempunyai usaha atau pekerjaan bagi dirinya sendiri, maka sementara itu layak dia menerima zakat (rujuk Pedoman Zakat, TM Hasbi as-Shidieqy, hal. 154). Sementara itu, di dalam hadis-hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW pernah menegah seseorang muslim untuk meminta-minta, seperti mana sabda baginda: “Meminta itu tidak dihalalkan, kecuali kepada tiga jenis orang, iaitu orang yang sangat fakir, orang yang mempunyai hutang yang sangat banyak dan orang yang wajib membayar diyat (denda yang disabitkan kepada kesalahan qisas dalam syarak).” (Hadis riwayat Abu Daud) Maka, daripada hadis ini boleh difahami, bahawa jika orang-orang yang sihat dan kuat tubuh badan itu termasuk dalam salah satu kategori di atas, maka boleh mereka meminta bantuan orang lain bagi menutupi keperluannya. Manakala di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW dengan tegas menyatakan: “Tidak halal sedekah itu bagi orang-orang kaya dan bagi orang yang mempunyai tenaga (untuk) berusaha.” (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan at-Termizi) Fuqaha seperti as-Syafie, Ishak, Abu Ubaid dan Ahmad berkata, hadis ini menjadi pertunjuk bahawa tidak halal menyalurkan zakat kepada orang yang kuat bekerja dan mempunyai pekerjaannya. Kecuali dia memang sudah mempunyai pekerjaan; namun masih tidak mampu memenuhi keperluannya, seperti mana pada pandangan ulama terdahulu, boleh bagi orang yang kuat mengambil sedekah jika mereka mempunyai kurang daripada dua dirham demi kehidupannya (ibid, hal. 155). Maka, bagaimana pula dalam kondisi hari ini? Suka saya nyatakan, di dalam buku Ensaiklopedia Fiqh Wanita Jilid 2, Dr. Abdul Karim Zaidan ada menuliskan: ‘Terdapat pelbagai jenis barang yang dimiliki oleh seseorang. Pada mulanya, nampaknya dia adalah orang kaya dengan barang-barang tersebut, sehinggalah ciri-ciri khusus kefakiran dan kemiskinan tidak patut lagi disandangnya dan pada urutannya, dia tidak termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat. Pada hal hakikatnya adalah ‘bertolak ke belakang’ (berlawanan) dengan keadaan tersebut. Dia tetap fakir atau miskin, dan kerana dihukum sedemikian daripada aspek tertentu, maka dia boleh menerima zakat.’ (rujuk hal. 114) Maka, demi mengelakkan daripada kesulitan mengenal pasti golongan seperti inilah, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) misalnya telah mewujudkan kaedah khusus bagi memastikan sama ada orang yang zahirnya kelihatan tidak layak untuk menerima zakat; tetapi hakikatnya mereka memang layak disantuni dengan bantuan zakat. Untuk itu, maka kaedah yang disebutkan had al-kifayah asnaf zakat telah diwujudkan (mengukur kemampuan dengan melihat kepada nisbah pendapatan dan isi rumah). Dengan adanya kaedah ini, maka orang-orang yang merasakan diri mereka layak akan disaring terlebih dahulu, dan jika mereka benar-benar layak sahajalah, maka barulah mereka akan diberikan bantuan. Kesimpulannya, Islam memang menegah memberikan wang zakat kepada mereka yang tidak berhak; namun di sebalik itu juga Islam tetap berhati-hati, agar mereka yang sebenarnya berhak tidak diabaikan haknya hanya kerana terperdaya dengan penampilan fizikalnya semata-mata. Walaupun begitu, janganlah umat Islam sengaja memilih kemiskinan dan malas berusaha serta meminta-minta, kerana pesanan Nabi SAW: “Barang siapa meminta diberikan kepadanya bahagian zakat, pada hal dia (sudah) memiliki kadar (yang) dapat mencukupkan keperluannya, maka orang itu sebenarnya membanyakkan api neraka.” (Hadis riwayat Ahmad). Wallahua’lam. MNews

Nota: Jawapan disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan boleh diemailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau sila layari www.e-zakat.com.my atau http://blog.e-zakat.com.my/ untuk maklumat lanjut.


16

Kafarah NAZAR Soalan Saya merupakan seorang penjawat awam di salah sebuah jabatan kerajaan di negeri Selangor. Untuk pengetahuan Ustaz, saya pernah berniat/bernazar untuk memelihara anak angkat lima tahun yang lepas. Namun, saya terlupa akan janji tersebut dan hanya mengingatinya pada awal tahun ini. Atas sebab kesihatan, saya tidak dapat melaksanakan janji itu dan salah seorang rakan saya memberi cadangan agar saya merujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor supaya saya dapat membayar kafarah bagi melunaskan janji. Mohon bantuan Ustaz untuk membantu menyelesaikan masalah ini dan saya juga amat berharap bayaran kafarah itu tadi dapat membantu golongan yang memerlukan. Kerjasama Ustaz amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam. Norjanah binti Mohamad Jawapan Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Nazar adalah janji kepada Allah S.W.T. Mengikut al-Mawardi, nazar ialah iltizam (mewajibkan diri) untuk melakukan qurbah (sesuatu yang boleh menghampirkan diri dengan Allah) yang pada asalnya tidak wajib di sisi syarak. Sesuatu perkara kebaikan atau kebajikan berbentuk ibadah yang asalnya tidak wajib ke atas seseorang menurut hukum Islam menjadi wajib setelah dinazarkan. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-Haj ayat 29 : “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.” Manakala dalam surah al-Insan ayat 7, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya

Q&A

MAIS • www.mais.gov.my

(apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.” Bagi menjadikan sesuatu nazar itu sah, fuqaha telah menetapkan beberapa syarat asas, iaitu: (a) Nazar hendaklah bertujuan mendapatkan keredaan Allah S.W.T. dan berbentuk ketaatan. (b) Perkara yang dinazarkan hendaklah terdiri daripada sesuatu yang mampu dilakukan oleh manusia. (c) Nazar hendaklah jangan berbentuk sesuatu perkara yang tidak disyariatkan oleh Allah S.W.T. Berdasarkan ayat Al-Quran mengenai pensyariatan nazar, maka hukum sesuatu nazar yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah wajib dan mesti ditunaikan. Jika tidak ditunaikan atau tidak mampu ditunaikan, maka penggantinya adalah dengan membayar denda, iaitu kafarah. Hukum ini juga merangkumi nazar yang tidak dibolehkan mengikut kebanyakan fuqaha. Oleh itu, jika seseorang bernazar melakukan maksiat atau sesuatu yang memudaratkan diri sendiri, walaupun nazarnya tidak boleh dilakukan, tetapi ia wajib membayar kafarah. Kafarah nazar adalah sama dengan kafarah sumpah, iaitu sebagaimana di bawah: (a) Memberi makan kepada sepuluh orang miskin (paling afdal mengikut ulama’); atau (b) Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin; atau (c) Memerdekakan seorang hamba. Jika tidak mampu ketiga-tiga perkara di atas, barulah menunaikan pilihan berpuasa selama tiga hari. Penunaian kafarah tidak ditentukan oleh syarak dengan tempoh masa tertentu. Oleh itu, ia boleh ditunaikan pada bila-bila masa setelah melakukan sesuatu kesalahan yang melibatkannya. Jika tidak ditunaikan sehingga meninggal dunia, maka akan menyebabkan kesukaran kepada ahli waris kerana menurut kebanyakan ulama, segala yang melibatkan kehartaan mesti ditunaikan oleh ahli waris. Dengan kata lain, kafarah itu akan diwarisi. Oleh itu, seelok-eloknya penunaian kafarah tersebut dilakukan dengan segera sebelum sampai tahun yang berikutnya jika melibatkan persetubuhan pada siang hari bulan Ramadan. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya akan merumitkan keadaan kerana selain wajib mengqada sehari puasanya dan membayar kafarah, mesti juga membayar fidyah. Dalam masalah nazar yang dilambat-lambatkan dengan sengaja sedangkan telah mampu menunaikannya, hukumnya adalah berdosa. Nazar wajib ditunaikan segera dan jika dilewatkan dikhuatiri tidak sempat menunaikannya kerana ajal tiba, maka akan dituntut dan dipersoalkan di hadapan Allah S.W.T. kelak kerana nazar adalah perjanjian seorang hamba dengan Tuhannya. Menundakan penunaiannya dengan alasan menunggu masa lapang adalah tidak wajar dan seolah-olah meringanringankannya. Jika nazar itu perlu segera kerana melibatkan implikasi tertentu maka kafarahnya juga sepatutnya perlu disegerakan. MNews Wallahu a’lam. Terima kasih.

Nota: Disediakan oleh Indera Shahril Mohd Shahid, Pengurus Harta Baitulmal, MAIS. Sebarang pertanyaan berhubung Harta Baitulmal sila hubungi Ustaz Salleh Bin Mohd Saha di talian 012 363 7671 atau hantarkan emel ke salleh@mais.gov.my. Untuk maklumat lanjut sila layariwww.mais.gov.my


MAIS • www.mais.gov.my

17

KHUTBAH PILIHAN

Penjelasan Tentang Konsep KALIMAH ALLAH BAHAGIAN 1

Sumber: Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan hati yang sucimurni, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. Marilah sama-sama kita menghayati khutbah yang bertajuk: “Penjelasan Tentang Konsep Kalimah Allah”.

K

alimah Allah yang merupakan ‘lafaz al-jalalah’ iaitu gelaran tertinggi dan paling mulia yang digunakan oleh umat Islam untuk merujuk kepada Allah. Dalam alQuran, kalimah Allah termaktub lebih daripada 20 ribu kali. Manakala dalam solat 5 waktu pula, kita menyebut kalimah Allah sebanyak 425 kali. Ia digelar sebagai ism al-zat iaitu kata nama yang melambangkan secara langsung zat Allah S.W.T yang Maha Agung. Namun, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kalimah Allah seakan dipermainkan oleh mereka yang bukan beragama Islam. Tidak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah digunakan sebagai panggilan kepada nama Tuhan mereka. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan dalam agama Islam. Al-Quran sendiri pernah merakamkan konflik ini sebagai iktibar atau pengajaran untuk umat Islam dan bukan Islam. Ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan persoalan konflik tentang siapakah sebenarnya Allah yang dinyatakan oleh agama selain Islam. Adakah ia benar dan tepat dengan konsep ’Allah’ sebagaimana yang dituturkan oleh mereka yang bukan Islam? Imam Ibnu Kathir, seorang ulama’ tafsir telah menukilkan kata-kata ’Ikrimah mengenai seba turunnya ayat ini, iaitu: Ketika orang Yahudi mengatakan: “Kami menyembah ’Uzair anak Allah”. Orang Nasrani pula mengatakan: “Kami menyembah al-Masih (Nabi Isa a.s.) anak Allah”. Orang Majusi pula mengatakan: “Kami menyembah matahari dan bulan”. Orang Musyrikin pula mengatakan:

“kami menyembah berhala”. Lalu Allah S.W.T menurunkan surah alIkhlas dari ayat 1 hingga 4 sebagai wahyu kepada Rasulullah S.A.W: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”. Sesuatu yang diakui, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Jahiliyyah menggunakan kalimah Allah, tetapi ketika itu ia digunakan daripada sudut bahasa sahaja. Kalimah Allah yang tertera di dalam Bible versi Arab adalah disebabkan sesetengah Kristian Arab (seperti di Mesir, Syria dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) seperti mana doktrin kebanyakan penganut Kristian pada hari ini. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Ma’idah, ayat 73: “Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orangorang yang kafir antara mereka akan dikenakan azab seksa yang pedih”. Merujuk kepada ayat ini, adakah kita redha untuk menyatakan bahawa Allah itu merupakan salah satu daripada tiga Tuhan? Sudah pasti kita sebagai umat Islam tidak redha malah yakin bahawasanya Allah itu Maha Esa. Dalam masa yang sama, mereka yang mengakui Allah itu ada-

lah satu daripada tiga Tuhan, maka kekufuran adalah jelas terhadap dirinya. Setelah kedatangan Islam, kalimah Allah kemudiannya menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifatsifat Allah iaitu Yang Maha Esa. Kalimah seperti solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak sebelum kedatangan Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah S.A.W. Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan orang bukan Islam juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di rumah ibadah mereka. Perkara yang paling penting, semua pihak perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimah Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimah Allah yang menjadi istilah atau nama khas semenjak kedatangan Islam. Jika diperhatikan kalimah tauhid - la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada Tuhan melainkan Tuhan, tetapi membawa maksud tiada Tuhan melainkan Allah. Oleh kerana itu, para sarjana Islam tidak bersetuju untuk

menggantikan kalimah Allah dengan perkataan God dalam Bahasa Inggeris. Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan kalimah Allah ini. Jika dilihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang berbangkit sebelumnya, kita akan dapat melihat hubungan dan kaitannya. Contohnya, isu pluralisme agama yang giat dipromosikan untuk mempengaruhi minda umat Islam dengan menerapkan doktrin bahawa semua agama itu adalah sama. Mari kita renung dan fikir sejenak, apa perasaan kita apabila mereka yang bukan Islam menamakan atau menaikkan papan tanda di rumah ibadah mereka dengan nama ’Rumah Allah?’ Kesan daripada itu, tidakkah kita bimbang anak-anak kecil kita akan beranggapan bahawa tiada perbezaan antara agama Islam dan agama-agama yang lain? Lebih jauh daripada itu, kita tidak mahu melihat dalam sesebuah keluarga, bapanya seorang Islam, ibunya beragama Kristian dan anaknya kelak bebas untuk memilih agama mana yang ingin diikuti. Na’uzubillahi min zalik...semoga Allah sentiasa memelihara diri, keluarga dan keturunan kita. MNews


18

MAIS CAKNA

MAIS • www.mais.gov.my

Kontinjen MAIS menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1434H yang telah diadakan di Stadium Melawati pada 24 Januari 2013

Satu majlis Hi-Tea MAIS bersama media telah diadakan di Hotel Concorde pada 14 Februari 2013 bertujuan memperkasakan lagi hubungan keakraban antara pihak media dengan MAIS Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan Sektor Pengurusan Korporat telah menghadiri Bengkel Cascading KPI Individu untuk Sektor Pengurusan Korporat pada 1 hingga 3 Februari 2013 di Sepang MAIS telah menyerahkan dana bantuan kepada 52 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah MAIS di Shah Alam pada 21 Januari 2013


MAIS • www.mais.gov.my

19

MAIS CAKNA

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1434H/2013M telah disempurnakan perasmiannya oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 24 Januari 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam

Kutipan zakat di Negeri Selangor pada tahun lepas meningkat sebanyak 14 peratus kepada RM451 juta, manakala agihan zakat pula meningkat lapan peratus kepada RM401.8 juta

Seramai 40 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin, (UNISZA), Kuala Terengganu, Terengganu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 11 Januari 2013 yang lalu

Satu Majlis Ramah Mesra Daie Sabah dan Sarawak telah diadakan di Hotel Goldcourse pada 17 Februari yang lalu anjuran MAIS dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita Sabah Sarawak Selangor (PERKASA) dan Kader MAIS


TERKINI SEMASA TEPAT ILMIAH

KUIS

SESI KEMASUKAN 2013

Tajaan Biasiswa Biasiswa Rektor )3 0ROGRAM !SASI +5 Biasiswa KUIS 1IRAAT RAN 1U !L $IPLOMA 4AHFIZ IRAAT UDA !L 1URAN 1 )JAZAH 3ARJANA a dan syarat

Pertingkatkan Ilmu dan Akhlak Melalui Pendidikan

kepada term * tertakluk

Pelawaan Melanjutkan Pelajaran Untuk Para Lepasan SPM, STAM,STPM, Diploma Pusat Asasi Asasi s FA01 | +URSUS !SAS 0ENGAJIAN )SLAM KP (JPS) (KA 8180) MQA (A 8180) s FA02 | 0ENGAJIAN !SASI 0ENGURUSAN KP (JPS) (KA 8179) MQA (A 8179) s FA03 | 0ENGAJIAN !SAS 4EKNOLOGI -AKLUMAT KP (JPS) (KA 8382) MQA (A 8382)

Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi Diploma s )3 | 0ENGAJIAN )SLAM "AHASA !RAB KP/JPS (KR 11639) MQA (A 6309) s #3 | +OMUNIKASI KP/JPS (KR 7026) MQA (A 7026) s LS43 | 0ENGAJIAN "AHASA )NGGERIS KP (JPS) (KA 8286) MQA (A 8286) Sarjana Muda s "# \ "AHASA !RAB 3EBAGAI "AHASA +EDUA +EPUJIAN KP (JPS) (KA 7560) MQA (A 7560) s "# \ +OMUNIKASI 0ENYIARAN +EPUJIAN KP (JPS) (KA 8383) s "# \ "AHASA !RAB 4ERJEMAHAN KEPUJIAN KP (JPS) (KA 8817)

Akademi Islam Diploma s IS12 | 0ENGAJIAN )SLAM 3YARIAH KP (JPS) (KR 11622) MQA (A 11622) s IS13 | 0ENGAJIAN )SLAM 5SULUDDIN KP (JPS) (KR 11620) MQA (A 11620) s IS14 | 0ENGAJIAN )SLAM !L 1URAN !L 3UNNAH KP (JPS) (KR 11607) MQA (A11607) s IS15 | 0ENGAJIAN )SLAM $AKWAH KP (JPS) (KR 11621) MQA (A 6311) s IS16 | 4AHFIZ !L 1URAN !L 1IRAAT KP (JPS) (KR 7641) MQA (A 7641) s IS18 | 3YARIAH 0ERUNDANGAN )SLAM KP (JPS) (KR 9601) MQA (A 9601) Sarjana Muda s BI01 | 3YARIAH DENGAN 5NDANG UNDANG +EPUJIAN KP (JPS) (KR 11606) MQA (A 6282) s ") | !L 1URAN DAN !L 3UNNAH DENGAN +OMUNIKASI KP/JPS (KA 10081) MQA (PA 10081) s BI03 | 5SULUDDIN $ENGAN -ULTIMEDIA +EPUJIAN KP (JPS) (KA 10229) MQA (PA 10229) s BI04 | !L 1URAN !L 1IRAAT +EPUJIAN KP (JPS) (KA 10082) MQA (PA 10082) s BI05 | $AKWAH $ENGAN 0ENGURUSAN 3UMBER )NSAN +EPUJIAN KP (JPS) (KA 10230) MQA (PA 10230)

F a k u l t i S a i n s & Te k n o l o g i M a k l u m a t Diploma s MS36 | 4EKNOLOGI -AKLUMAT -ULTIMEDIA KP (JPS) (KR 6926) MQA (A 6926) s -3 \ 3AINS +OMPUTER KP/JPS (KR 9521) MQA ( A 9521) Sarjana Muda s BT01 | 4EKNOLOGI -AKLUMAT -ULTIMEDIA KP (JPS) (KR 11609) MQA (A 6283)

Fakulti Pengurusan & Muamalah Diploma s MS31 | 0ERAKAUNAN KP (JPS) (KR 6315) MQA (A 1095) s MS32 | 0ENGURUSAN 0ERNIAGAAN KP (JPS) (KR 6313) MQA (A 1096) s MS33 | 0ERBANKAN )SLAM KP (JPS) (KR 11714) MQA (A 6314) s MS34 | 0ENGURUSAN 3UMBER -ANUSIA KP (JPS) (KR 11715) MQA (A 6316) Sarjana Muda s BB01 | 0ENTADBIRAN 0ERNIAGAAN DENGAN % $AGANG +EPUJIAN KP (JPS) (KR 11595) MQA (A 6298)

s BB02 | 0ENGURUSAN 3UMBER )NSAN +EPUJIAN KP (JPS) (KA 7395) MQA (A 7395) s BB04 | 0ERAKAUNAN +EPUJIAN KP (JPS) (KA 7397) MQA (A 7397) s BB05 | +EWANGAN )SLAM 0ERBANKAN +EPUJIAN KP (JPS) (KA 8818) Fakulti Pendidikan Diploma Perguruan s ES51 - 0ERGURUAN 4!3, 0ENGAJARAN "AHASA !RAB 3EBAGAI "AHASA +EDUA (KP/JPS (KA 8781) MQA (A 8781)

s ES52 - 0ERGURUAN 4%3, 0ENGAJARAN "AHASA )NGGERIS 3EBAGAI "AHASA +EDUA (KP/JPS (KA 8731) MQA (PA 8731 ) (Sepenuh Masa / Separuh Masa)

s ES53 0ERGURUAN 0ENDIDIKAN )SLAM (KP/JPS (KA 8732)

MOHON SEGERA!

anda boleh memohon pelbagai medium :-

603 - 89254251 (ext) 1122/3383 1300 88 5847 / 1 800 88 5847 Talian Hotline Pemasaran

(Pendaftaran Online) www.kuis.edu.my

MQA (A 8732) (Separuh Masa)

03 - 8926 8462 (faks)

KUIS<jarak>MOHONPOS<jarak>NAMA<jarak> ALAMAT hantar 15888 (DAPAT)

info@kuis.edu.my

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

AT BAIK 4 : SANG rtal2012 KUIS : TIER ov.my/po w.mqa.g ht

tp://ww

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR (AK -ILIK 0ENUH -AJLIS !GAMA )SLAM 3ELANGOR -!)3

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bandar Seri Putra ,43000 Kajang, Selangor

MAIS News dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.