Editorial
P
MANIFESTO
olitik, politik, politik... tak habis-habis! Malah bahangnya semakin panas membara tatkala Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen 2013 dan tanggal 5 Mei diisytiharkan sebagai Pilihanraya Umum ke-13. Suatu hari yang amat penting dan bersejarah apabila setiap 4 – 5 tahun sekali, seluruh warganegara Malaysia digesa turun mengundi bagi menentukan Kerajaan pilihan majoriti, yang diberi mandat rakyat untuk menerajui sebuah negara yang amat kita cintai. Laksana ‘genderang perang’ dibunyikan, tercetuslah perang poster serta bendera yang menjaja di setiap ceruk jalanraya dan ceramah politik yang berkumandang di segenap kawasan rakyat jelata. Semua orang asyik bercerita pasal politik, baik yang tua, baik yang muda, di jalanan, di kedai kopi, di pejabat, sampailah bawak ke rumah. Media elektronik dan media cetak macam biasalah. Tak cukup dengan itu... facebook, group whatsapp, wechat dan SMS pun tidak terlepas, sehingga ada yang tidak berasa selesa dengan pendirian dan fahaman politik sesama mereka. Naik menyampah pulak jadinya! Sesiapa jua mempunyai pandangan politik masing-masing, siapa yang mereka berhak pilih, pemimpin mana yang mereka percaya dan yakin. Kalau anda tanya saya, minta maaf... saya lebih suka mengelakkan diri daripada bercakap tentang politik atas alasan ia boleh menyentuh sensitiviti dan emosi yang kurang manis. Menjaga hati dan perasan orang lain, khususnya kaum keluarga, saudaramara dan sahabat handai termasuklah kaki pancing yang dikasihi sekalian adalah jauh lebih penting bagi saya. Undi itu biarlah rahsia. Setakat apa yang kita perhatikan, mujurlah perbezaan fahaman politik tidaklah menjadi isu yang besar sehingga membawa kepada perpecahan atau perbalahan di kalangan pemancing kita. Biarpun ada yang ‘tidak sehaluan’ dan gemar berbicara tentang politik di tepi kolam, di atas bot mahupun di tengah hutan sambil mata tak lepas memerhatikan hujung joran, setiap pemancing kita masih menjaga tatasusila, saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan sentiasa bermuafakat atas minat yang satu. Pancing pancing juga, hal politik diletakkan ke tepilah bang yer! Sampai masanya, gunakan kebijaksanaan masing-masing untuk memilih siapa yang diyakini dan pangkah sahaja, habis cerita... Saya percaya tarikh 5 Mei telah pun berakhir tatkala majalah ini berada di pasaran. Dan siapa yang menang dan diberi mandat untuk membentuk barisan Kerajaan bagi penggal seterusnya telah pun diumumkan. Redha dan terimalah dengan hati yang terbuka, walaupun ia bukan pilihan anda. Sebagai negara demokrasi yang bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan, saya percaya keharmonian dan kesejahteraan tetap akan dapat dipelihara oleh sesiapa jua yang memerintah tanah tumpah darah kita ini. Masing-masing telah membentangkan manifestonya sendiri untuk dikotakan sekiranya memenangi pilihanraya kali ini. Kesemuanya berorientasikan perkara yang baik belaka untuk kita sebagai rakyat Malaysia. Beruntungnya kita... Cuma satu saja komen saya, adakah manifesto itu nanti cukup holistik dengan mengambil kira kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi yang menjadi tempat untuk kita dan anak cucu kita terus enjoy dengan hobi hanyir ini...? Editor
6 SIRIP
www.majalahsirip.com.my
MEI 2013
Bil : 140 KETUA EDITOR Pak Wong SUB-EDITOR Rizal Abd. Rashid
majalah_sirip@hotmail.com PENGURUS PENGIKLANAN Larry Low Seong Kok REKA BENTUK GRAFIK Liew Mong Eang BAHAGIAN LANGGANAN Liew Mong Eang (03-7931 2182) JURUKAMERA VIDEO Azizul Aziz PENULIS Halimi Hanip, Ahmad Rithauddin Muhammad, Caster Boy, Zan Snake ‘X’, Tom Sintobin, Darren Shan, Yeim Angler, Real Snail, Riki Rahman, Cikgu Shamwen, Masduki Mohammad Morni PENERBIT
Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. (522228-W) Pusat Perniagaan Seksyen 8 (8 Avenue), D-1-31, Blok D, Jalan Sungai Jernih 8/1, 46050 Petaling Jaya, Selangor D. E. AGENSI REKA BENTUK GRAFIK De Prestige Creative (001380638-w) PENCETAK Ultimate Print Sdn. Bhd. (62208-H) No. 12, Jalan 213, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. PENGEDAR Central Paper Agencies Sdn. Bhd. (111330-T) 11, Jalan SS 13/3C, Subang Jaya Industrial Estate, 47500 Subang Jaya, Selangor D.E. Tel: (60)3-5636 1278 / 1358 SURAT-MENYURAT Editor SIRIP Kingfisher Adventure Sdn. Bhd. Pusat Perniagaan Seksyen 8 (8 Avenue), D-1-31, Blok D, Jalan Sungai Jernih 8/1, 46050 Petaling Jaya, Selangor D. E. Tel / Fax : (60)3-7931 2182 E-mel : majalah_sirip@hotmail.com
Kandungan Utama Siapa sangka, 14 Sg. Golok yang hanya sekangkang kera dan penting sebagai sungai yang memisahkan dua buah negara, rupa-rupanya masih kaya dengan khazanah akuatik aslinya, termasuklah spesies sebarau sehingga yang berstatus badong! Ia seumpama pengawal sungai yang akan menangkap apa saja penceroboh yang berani cuba-cuba merentasi sempadan!
18
24
36 28
62
56
8 SIRIP
BIL. 140 MEI 2013
MUKA DEPAN : Sebarau Sg. Golok
14. Guardians of Sungai Golok PENGAWAL SEMPADAN SG. GOLOK 18. Treasures of Tanjung Tuan TROFI TG. TUAN 24. Batu Gajah Grand Slam WILAYAH PREDATOR BATU GAJAH 28. Strike of the Lightning Pike NORTHERN PIKE : SEPANTAS KILAT, SELEMBAB SIPUT 36. Micro Jigging Challenge CAGARAN JIGGING MIKRO RAKIT DANGA 38. Micro Jigging Finesse Style SANTUN JIG MIKRO PEKAN 46. Little Kenyir Ground Zero LITTLE TOMAN, LITTLE KENYIR 65. Gelanggang Air Tawar 66. Gelanggang Air Masin 67. Gelanggang Mengilat 72. Peraduan Kuiz Tomman LUBUK ILMIAH 52. Wooden Lure DIY BIKIN GEWANG FLATFISH (Bhg. 1) 55. Sea Fishing Basics PENGGUNAAN BOTOL PLASTIK 56. Introduction To Fly Fishing OUTFIT PELAYANG 60. Fishing Reel 101 SERVIS OKUMA ANDROS 5 (Bhg. 2) 62. Sirip Forum PANCING REKREASI : ANTARA PRESTIJ & EKSKLUSIF 68. Product Awareness 70. Tide Table
Industry Info
SWAGE
- Perkakasan Jigging Profesional Berasaskan Sains, Ketulenan & Nilai Swage Immortal, joran jigging berkuasa tetapi bertulang halus. Setiap joran diberi nombor pengenalan unik yang menunjukkan ia telah diuji setiap satu dengan efisien.
S
wage, suatu jenama produk terbaru dari Taiwan yang diperkenalkan ke Malaysia oleh Perfectfishing Tackle bagi menampilkan kelainan dalam industri memancing. Tarikan utama ialah kesemua produknya direka cipta berasaskan teknologi perisian computer tercanggih. Produk Swage bukan sahaja diperbuat daripada material berkualiti tinggi, tetapi direka cipta secara terperinci dalam segenap aspek. Ia diasaskan oleh dua anak muda kaki pancing tegar bernama Jeff dan Oliver yang berwawasan tinggi dan beridea inovatif untuk menambah baik dan mencari kesempurnaan dalam penghasilan perkakasan memancing. Dengan memiliki pengalaman besar bersama jenama memancing terkenal sebelum ini, mereka berdua nekad untuk keluar dan berganding bahu menubuhkan jenama produk yang lebih menepati keperluan dan keselesaan pemancing. Kedua-dua pemancing ini yang mahir dengan perisian komputer tercanggih menyumbang kelebihan untuk mencipta produk yang terbukti melalui fakta dan angka, selaras dengan kehendak pemancing bijaksana yang berfikir di luar kotak. Produk Swage adalah khusus untuk pancingan air masin, terutama bagi aktiviti jigging dengan memperkenalkan joran,
Produk dan aksesori Swage seperti jig, gimbal, tali, sarung tangan dan playar. Kesemuanya boleh didapati di Kepong Tackle. 12 SIRIP
Pengurus Perfectfishing, KC Tan (tengah) bersama Oliver dan Jeff, pengasas Swage ketika mereka mengunjungi Kepong Tackle, Kuala Lumpur.
jig, tali dan aksesori seperti topi, sarung tangan, baju dan lainlain. Kesemua jorannya diuji selama 30 saat bersama bukti bervideo, dengan diberikan nombor pengenalan yang unik. Jig Swage dicipta melalui kecanggihan komputer dan diuji di lapangan secara berulang kali. Perincian pada titik pusat graviti, bentuk dan berat kesemuanya diuji dengan teliti sehingga terciptalah model Flyer, Killer, Raft, Tracker, Sliding dan Shuttle. Selain itu ialah produk gimbal yang mempunyai banyak ciri unik demi memberi keselesaan kepada pemancing semasa bertarung dengan ikan besar. Swage dibawa masuk oleh Perfectfishing Tackle yang berpusat di Kepong Tackle, Kuala Lumpur. Sila layari laman sesawang atau facebook berikut untuk keterangan lanjut tentang produk Swage yang dijangka akan menjadi rebutan ramai jigger tegar : Laman sesawang : www.swagestar.com Facebook : http://www.facebook.com/swagestar Pengedar : Perfectfishing Tackle Telefon : 017-317 8521
- SIRIP -
Pengasas Swage menerangkan kelebihan produknya ketika membuat demontrasi produk di Kepong Tackle.
Guardians of Sungai Golok
Pengawal Sempadan SG. GOLOK
1
Siapa sangka, Sg. Golok yang hanya sekangkang kera dan penting sebagai sungai yang memisahkan dua buah negara, rupa-rupanya masih kaya dengan khazanah akuatik aslinya, termasuklah spesies sebarau sehingga yang berstatus badong! Ia seumpama pengawal sungai yang akan menangkap apa saja penceroboh yang berani cuba-cuba merentasi sempadan! 14 SIRIP
Teks & Fotografi : AHMAD RITHAUDDIN MUHAMMAD
K
alau anda ke Kelantan, pastinya anda tidak akan miss ber-shopping sakan di Rantau Panjang, yang terletak 35 km dari bandar Kota Bharu. Pelbagai barangan murah dijual di sini yang menjadi sasaran kunjungan utama pelancong mahupun orang tempatan, khususnya kaum wanita. Rantau Panjang merupakan pekan kecil yang sibuk kerana di sini jugalah titik sempadan utama antara negara kita dan Thailand yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai kecil bernama Sg. Golok. Sg. Golok walaupun di sekitar tebingnya penuh dengan penempatan manusia dan aktiviti bot yang berulang-alik ke seberang, namun ia mengalir dengan cukup jernih sekali jika bukan pada musim hujan. Kepesatan Sg. Golok bagaimanapun tidaklah menjejaskan hidupan air di dalamnya untuk berkembang biak dengan subur.
panggil dengan nama ‘tume gale’ di sini, tak perlu anda meneroka jauh ke sungai pedalaman yang dikelilingi hutan belantara. Cari saja port tebingan, pelantar atau belakang rumah orang pun boleh (jangan belakang ‘bilik termenung’ dah le), dan pakai saja umpan dedak. Kalau rajin menunggu, akan adalah getuan spesies yang kita anggap elusif ini dengan saiz boleh mencecah 1 kg. Selain tengalan, terdapat banyak lagi spesies asli yang masih bebas menghuni Sg. Golok termasuklah lampam sungai, kaloi, baung, patin, belida, kelabau dan sebarau. Yerp… sebarau, usah terkejut ya! Sebaraunya pun ada yang bertaraf ‘badong’ lagi (melebihi 2 kg)! Saya sudah beberapa kali ber-
1. Walaupun macam sekang-
kang kera, sang sebarau Sg. Golok ada yang berstatus badong!
2. Sg.
Golok menjadi garis sempadan antara Malaysia - Thailand di Kelantan Darul Naim.
3. Tegap dan mantap. Anda + nilailah sendiri saiz koleksi 4. sebarau Sg. Golok yang pernah saya tumpaskan.
Kalau nak mencari ikan tengalan yang di-
2
3
4
SIRIP 15
Guardians of Sungai Golok
5. Dengan
bot, saya dapat menjejak lubuk sebarau di sepanjang Sg. Golok dengan lebih mudah.
6. Sebarau 1.9 kg sewaktu air
keruh. Hanya di belakang rumah kampung.
7. Sebarau 1.8 kg yang menye+ linap di benteng penahan 8. hakisan terpedaya dengan kilat sesudu Seahawk Syclops.
5 jaya menewaskannya dan ada yang terlepas, kerana saya hanya menggunakan set joran seringan 4 - 12 paun dengan tali utama 15 paun untuk kepuasan melayan mangsa. Saya berkelebihan untuk mengilat dan berpeluang untuk bersemuka dengan badong kerana jarak Sg. Golok dengan rumah saya dekat sangat. Saya juga dapat meminjam bot kayu enjin ‘ekor biawak’ yang membolehkan
6 saya mengilat di segenap sungai ini. Lokasi mengilat sebarau Sg. Golok yang sering saya terjah ialah di sekitar Lubok Gong dan To’deh, dengan jarak dari Rantau Panjang lebih kurang 2 km sahaja. Kawasan ini kurang sibuk dan di sinilah sebarau bermaharajalela. Pernah orang kampung mendapat badong seberat 4.5 kg di sini. Sepanjang pengalaman saya mengilat di
8
7
16 SIRIP
9
11 Sg. Golok, keadaan air sungai terbaik yang menjamin untuk menewaskan sebarau ialah ketika air mulai surut selepas air besar (hujan) dengan keadaan air sungai seakan warna bulu kera. Namun adakalanya semasa air keruh pun sang sebarau yang mengawal sungai sempadan ini mampu melihat dan meligan gewang. Saya akan gunakan kilat sesudu seperti Seahawk Syclops atau Seahawk Altima semasa air keruh, manakala bila air jernih, Rapala Shad Rap, Rapala Tail Dancer atau popper akan menjadi pilihan saya untuk menjebaknya. Musim yang didapati sebarau bergiat
10
12 aktif memburu anak ikan di Sg. Golok ialah pada bulan Oktober sehingga Januari. Ia merupakan musim tengkujuh hebat melanda Pantai Timur. Mungkin ia berkait rapat dengan musim mengawan ikan-ikan sungai, menyebabkan sang sebarau turut mengambil peluang untuk membelasah ikan-ikan yang berhijrah ke hulu untuk mengempas telur. Hmmm.. jadi siapa sangka yer sungai sebegini kecil banyak menyimpan khazanah yang diancam kepupusan di negara kita. Badong Sg. Golok... ada berani gewang anda nak rentasi sempadannya? Marilah datang casting di sini!
9. Sebarau yang bersembunyi
di bawah pokok dapat kami jerat keluar.
10. Badong 2.9 kg semasa air
keruh. Antara rekod terbesar dengan mengilat.
11. Baby sebarau masih bersepah.
12. Sesudu Seahawk Syclops
dah banyak kali memperdaya sebarau Sg. Golok.
- SIRIP SIRIP 17
Treasures of Tanjung Tuan
1
TroďŹ TANJUNG TUAN
Selain pantainya yang cantik dan bersih untuk perkelahan keluarga, Port Dickson yang popular di Negeri Sembilan juga semakin disebut-sebut sebagai satu spot yang sangat berpotensi untuk menduga ikan-ikan ‘sport fish’ terutama talang dan gerepoh yang merajai sudut tanjung bersejarah di hujung pantai ini yang dikenali sebagai Tanjung Tuan. Jaraknya pun tidaklah jauh dari Kuala Lumpur dan dengan kos yang tidak sampai RM 200 seorang untuk tiga pemancing, anda sudah boleh beriang ria beraksi jigging atau casting dengan set ringan atau mikro... 18 SIRIP
S
etelah diracun dengan gambar-gambar spesies seksi Tanjung Tuan, saya bersama tiga sahabat telah mengatur satu trip untuk menguji kudrat sang pemangsa yang berkubu di sekitar tanjung yang bersejarah ini. Kami menggunakan khidmat tekong Apek Kecik yang berpengalaman dan selalu membawa pemancing ke Tanjung Tuan untuk jigging. Bahkan beliau sendiri kaki jigging tegar. Jadi, tidak hairanlah beliau tahu apa yang dikehendaki oleh seorang jigger. Trip yang sengaja dirancang semasa air pasang kecil ini bertujuan untuk menguji kaedah micro jigging yang kini sangat mendapat sambutan ikan-ikan pemangsa Tanjung Tuan.
Teks & Fotografi : CASTER BOY
2
3
4 Arus yang perlahan semasa air pasang kecil memudahkan jig-jig mikro kami sampai ke dasar. Di Tanjung Tuan, jig seberat 7 hingga 28 gram dikatakan paling laku dihambat talang dan gerepoh. Antara jig yang kami gunakan ialah jenama Tiemco Distance Vixen dan Tiemco Ocean Dominator.
Sesampai di spot pertama, kami disambut dengan letupan-letupan di permukaan air akibat sambaran ikan pemangsa yang sedang ‘frenzy’ menghentam anak-anak ikan. Kami yang tidak sabar-sabar terus menurunkan jig, tekong pula menggunakan gewang permukaan.
1. Tiemco Distance Vixen ba-
Setelah membeli sarapan dan bekalan yang secukupnya, kami terus bergerak menuju ke spot pertama iaitu kawasan kapal karam. Satu kelebihan jika memancing di Tanjung Tuan ini adalah kita boleh balik ke daratan semasa tengahari untuk makan, kerana spot memancingnya yang tidak jauh dari pantai.
Tanpa disangka, saya menerima beberapa kali ‘miss hook up’ sebelum drag kekili berbunyi nyaring. Perlawanan yang menarik, sebelum tewasnya talang yang agak kasar. Tekong yang menggunakan gewang permukaan telah beberapa kali dikejutkan dengan letupan yang agak kuat, tetapi semua sambaran tidak tepat mengenai gewang.
di Teluk Kemang untuk memancing di Tg. Tuan. Lepas tu boleh bersantai di tepi pantai!
nyak membantu saya menjinakkan talang Tg. Tuan.
2. Inilah Tanjung Tuan. Banyak sejarah dan misteri di kawasan tanjung ini.
3. Banyak bot boleh disewa
4. Gerepoh saiz kasar dekat laluan kapal-kapal kargo.
SIRIP 19
Treasures of Tanjung Tuan
6 5 5. Tiemco Ocean Dominator ditokak sang talang.
6. Predatek Spoonbill memperdaya pengawal kubu di tebing batu Tg. Tuan.
7. Jig juga boleh diaplikasi di
tebing batu yang agak cetek dengan cara horizontal jigging (jigging mendatar di mana jig dibaling jauh ke arah tebing batu seperti teknik mengilat).
8. Raof sedang digasak penghuni kapal karam.
7
20 SIRIP
Rakan-rakan yang tidak senang duduk dengan hasil yang saya perolehi terus menggiatkan usaha untuk mendapatkan ‘trophy’ Tanjung Tuan.
Laju-Laju Baru Hentam Kaedah jigging yang dipraktikkan di Tanjung Tuan ini adalah dengan menghenjut jig dengan laju. Cara ini membuatkan ikan-ikan pemangsa seperti talang dan gerepoh lebih agresif mengejar jig. Setelah bot hanyut jauh dari tempat ikan bermain, tekong akan menghidupkan enjin dan mengulangi ke tempat ikan bermain. Kali ini giliran Raof pula menerima sambaran kuat dari dasar. Drag yang dikunci ketat masih mampu mengeluarkan tali dengan banyak, jorannya membongkok maksimum. Setelah sekian lama bermain tarik tali, akhirnya mangsa yang ditunggu-tunggu muncul. Patutlah... seekor talang bagak yang bisa membuatkan tangan anda berasa sengal-sengal. Setelah
8
sesi fotografi, Raof sekali lagi menurunkan jignya, dengan beberapa kali henjutan sahaja beliau sekali lagi menerima strike! Ikan tersebut membenam dan terus membenam. Ia memberi perlawanan yang amat mengasyikkan dengan set light jigging dan akhirnya tertewaslah talang 3 kg. Sebelum tengahari, Azam pula menerima sambaran spesies yang sama. Sehingga tengahari dan balik ke daratan untuk makan, kami berjaya menewaskan 6 ekor talang purata 3 - 4 kg.
Casting Tanjung Batu Selesai menikmati makanan tengahari, tekong mencadangkan agar meneruskan aktiviti pancingan di sekitar tanjung. Kawasan berkenaan mempunyai struktur seperti batu-batuan yang menjadi sarang kepada pemangsa Tanjung Tuan. Tekong membawa kami rapat dengan tanjung itu. Di sini, teknik casting boleh dipraktikkan dengan membaling gewang sehampir mungkin ke tebing berbatu. Atau kalau nak pakai jig, cuba kaedah horizontal jigging lantaran
9 kawasannya yang cetek dan mempunyai banyak struktur batu. Jig harus dilontar jauh ke arah tebing dan tunggu sehingga ia jatuh ke dasar lalu karau jig dengan laju, sambil menghenjutnya. Mart Det yang menggunakan Tiemco berwarna hijau telah menerima satu sambaran, sayangnya ikan berjaya meloloskan diri di celah batu. Semasa casting, kami kerap terlihat beberapa ekor penyu naik ke permukaan laut untuk bernafas. Ini menunjukkan bahawa Tanjung Tuan merupakan kawasan yang masih terpelihara daripada pencemaran.
Semasa hari telah lewat petang, tekong memacu bot ke spot terakhir di kawasan tanjung. Kali ini saya gunakan gewang Predatek Spoonbill barra blue dan membalingnya rapat ke tebing berbatu. Gewang ini akhirnya berjaya menggoda pengawal kubu, Shimano Conquest 50 saya terus memuntahkan ban-
9. Naik bot tak jauh mana pun + dah boleh layan jigging 10. gerepoh dan talang di Tg. Tuan, yang berdekatan pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sedang asyik mengilat, tiba-tiba sekali lagi Mart Det menerima strike. Kali ini ikan membuat larian ke kawasan lapang. Tekaan kami ternyata benar apabila tertewasnya talang raya yang agak kasar. Azam yang tidak senang duduk terus tukar gewang kepada jig. Usahanya tidak sia-sia apabila dia menerima strike semasa bot berhanyut. Ikan yang menyambar jignya lebih suka membenamkan diri dan membuat larian yang menggila. Azam yang menggunakan set ringan ternyata riang tak terkata apabila seekor gerepoh yang boleh tahan saiznya kecundang, senyum sampai ke telinga dapat lesen G.T pertama dalam hidupnya! Saya masih setia casting menggunakan gewang Tiemco Sumari dan membuat balingan ke arah tebing berbatu tersebut. Setelah beberapa kali balingan, gewang itu disambar rakus malangnya rabut.
10
SIRIP 21
Treasures of Tanjung Tuan
11. + 12. + 13.
Di dasar lubuk ini bersemadi sebuah kapal karam yang bertindak sebagai tukun yang mengumpul ikan kecil sehinggalah pemangsa besar. Bondong talang kalau ada di sekitarannya pasti membuatkan anda tak menang tangan bertempur dengannya.
11 yak tali sebelum saya berjaya mengawal larian ikan. Joran Daiwa Ardito 8 - 16 paun saya berhasil menghela ikan keluar jauh dari batu. Setelah beberapa minit bertarung, ikan menampakkan diri dan tumbanglah seekor gerepoh yang boleh tahan saiznya. Kami semua bersorak gembira. Ikan idaman dan juga ikan terakhir untuk hari itu sebelum bertolak pulang ke jeti.
Air Besar, Ikan Besar Kami turut mengadakan trip semasa air pasang besar untuk menguji keaktifan pemangsa Tanjung Tuan pada waktu air deras ini. Keputusannya juga memberangsangkan apabila kami berjaya menewaskan beberapa ekor gerepoh dan talang yang kasar di kawasan kapal karam.
12
Ini menunjukkan bahawa semasa air pasang besar, pemangsa-pemangsa yang lebih besar akan muncul dan bergerak aktif di sekitar Tanjung Tuan untuk memburu mangsa sebelum terserempak dengan jig-jig yang dihulurkan. Tekong memberitahu Tanjung Tuan juga mempunyai spesies jenahak yang rakus membaham jig. Mungkin rezeki kami belum kesampaian kerana untuk jigging jenahak, unjunan jig harus dibuat di sekitar dasar dengan cara perlahan. Bukan henjutan menggila yang lebih merangsang pemangsa pelagik seperti talang dan gerepoh. Tanjung Tuan ternyata sebuah lubuk jigging dan casting yang menarik. Ekosistemnya masih terjaga, walaupun sekeliling pantainya merupakan pantai peranginan Port Dickson yang semakin rancak dibangunkan dengan hotel dan resort mewah. Mana lagi nak cari spot jigging dekat-dekat Kuala Lumpur? Tanjung Tuan-lah jawabnya... Jom!
13
22 SIRIP
- SIRIP -
Industry Info
PERTANDINGAN MEMANCING
DAIWA 2013 – PASIR RIS, SINGAPURA
Mohd. Rashid memangku kertang 21.87 Para peserta berbaris panjang untuk Ada tetamu pelik turut sama menyaksikan pertandingan ini. kg yang baru ditewaskannya. Ikan ini medaftar. menobatkan beliau sebagai juara.
P
ertandingan Memancing Daiwa 2013 buat kali ketiga telah sekali lagi berlangsung di Kolam Pancing Utama Pasir Ris Singapura baru-baru ini, dengan penyertaan seramai 500 orang. Seawal jam 6 pagi peminat setia Daiwa telah tiba dan berbaris panjang untuk mendaftarkan diri dan kebanyakan mereka telah bermalam di tapak lokasi untuk mendapatkan spot pilihan masing masing. Para peserta perlu melalui check point, di mana kesemua joran dan kekili diwajib menggunakan produk keluaran Daiwa untuk memasuki pertandingan ini. Tepat jam 9 pagi, pertandingan bermula sebaik sahaja wisel dibunyikan. Suasana menjadi hangat dan tegang kedengaran apabila ratusan perserta mula riuh dan melontarkan umpan masing masing ke tengah kolam. Kelihatan pelbagai jenis ikan air masin yang terdapat di dalam kolam seekor demi seekor dapat dapat didaratkan.
Pertandingan ini menawarkan hadiah menarik dan juga wang tunai sejumlah SGD 12,000 serta produk terbaru keluaran Daiwa yang bernilai SGD 12,000 menunggu peserta untuk dimenangi. Sepanjang pertandingan berlangsung, hadiah iringan cabutan bertuah berupa 50 set kekili Daiwa Joinus turut diberikan kepada peserta. Setiap peserta juga dibekalkan cenderemata berupa topi, baju pertandingan, gewang dan juga pelekat khusus Daiwa, dan tidak lupa penaja daripada KCF dan P.U.B yang sudi menyumbangkan bekalan makanan dan minuman kepada kesemua peserta pertandingan.
Singapura dan pengurus pemasaran En. Low Bansun dari TCE Sports. Syabas diucapkan kepada mereka! Pertandingan Memancing Daiwa di Singapura ini adalah acara tahunan yang dihoskan oleh TCE Sports. TCE Sports juga berharap pertandingan pada masa hadapan dapat menarik penaja dan lebih banyak peminat Daiwa untuk terlibat sama.
Senarai Pemenang
Juara : MOHD. RASHID (kerapu 21.87 kg), membawa pulang wang tunai sebanyak 8000.00 SGD serta kekili Daiwa Saltiga Dogfight 70000H dan joran Saltiga Deep 55s. Kedua : NG CHEE SHEN (kerapu 17.46 kg), membawa pulang wang tunai 2000.00 SGD serta kekili Daiwa Saltiga 10 4500H dan joran Daiwa Saltiga SG - M Over 80S. Ketiga : ALEX LEE (kerapu 15.6 kg), wang tunai 1000.00 SGD, kekili Daiwa Saltiga 10 4000H dan joran Daiwa Saltiga G Boat SAG -J 60MHFS. Pememnang Kategori Khas : TERRY NG (Siakap 4.42 kg), wang tunai 500.00 SGD serta kekili Daiwa Exist’ 12 3012H. - SIRIP -
Suasana pertandingan menjadi kecoh setelah TCE Sports mengumumkan kategori khas bermula jam 4 petang. Pertama kali ia diselitkan masuk dalam aturcara dan menghangatkan suasana setengah jam sebelum wisel penamat dibunyikan, tanda akhir pertandingan. Juara sehingga pemenang ketiga, selain menerima wang tunai yang lumayan dan produk berkualiti Daiwa, turut membawa pulang Trofi Kemenangan dari TCE Sports. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Pengurusan Keisuke Toda dari Daiwa Globeride
Tiga pemenang utama dengan hadiah dan trofi masing-masing.
Banyak kerapu kertang mendominasi kolam ini.
SIRIP 23
Teks : ZAN SNAKE ‘X’
Fotografi : ZAN SNAKE ‘X’ & HAZ
mancing ikan raja je pakai anak ikan hidup.” Lantaran tidak puas hati, beberapa siri lawatan sambil mengilat saya buat untuk mencari apakah si penyergap gewang yang tinggal di dalam lombong itu. Sementara kerapkali ke sana, ada mata yang memerhati gerak-geri saya, maklumlah dekat dengan taman perumahan.
Tambah Kawan Pada suatu petang, ada seseorang menyapa saya, Haz namanya bertanyakan perihal mengilat. Rupanya beliaulah yang selalu melihat saya dan paling best, beliau juga minat mengilat. Beliau sudah lama memiliki kekili dan joran mengilat sendiri, tetapi jarang menggunakannya. Memang sedang eloklah, saya pun selalu layan blues di lombong itu, jadi dapatlah juga menggoreng cerita serbasedikit berkenaan mengilat, sambil-sambil menambah racun pada Haz. Bermula daripada pengenalan itu, kini saya sudah ada teman mengilat di sana. Bukan seorang, malahan dua tiga orang sahabat Haz turut sama berjinak-jinak dengan dunia pancingan bergewang ini. Jadi sekarang tidaklah terasa janggal sangat masuk memancing di kampung orang yea tak! Sehingga hari ini, perlahan-lahan seorang demi seorang telah pun memiliki kekili dan joran mengilat sendiri. Alhamdulillah! Saya pun tumpang gembira apabila mereka sudah pandai mengendalikan baitcaster dan buat ikatan FG sendiri. Gewang pun bertambah dalam tacklebox masing-masing.
5 5. Haruan 55 cm seberat 1.39
Bila sahaja ada masa terluang, mereka sudah tahu di mana sudut lombong itu mahu mencari saya. Meriahlah sekarang dengan bunyi-bunyi popper yang meletup-letup memercik air dan pencilbait menari-nari di lombong ini menggoda ‘predator-predator’-nya.
kg dihela ke darat oleh Aril Shah waktu matahari terpacak atas kepala.
6. Satu-satunya toman berja+ ya saya daratkan setakat ini 7. yang berskala 3.3 kg meng-
Haruan Lombong
gunakan Rapala Skitter Pop 9 cm blue mullet.
Bukan semua tempat yang terdedah sekarang kita boleh perolehi ragutan haruan bersaiz kasar macam di sini. Cuma kami
7
6
SIRIP 25
Batu Gajah Grand Slam Seri Jaya Grand Slam
8 8.
9.
Mengilat santai, kadangkala lebih banyak bersantai daripada mengilat hehe... Rapala X-Rap olive green 8 cm yang diguna oleh Haz kerap dipagut P.B di lombong sebelah rumahnya.
10. 1.71 kg berukuran 61 cm,
membuktikan haruan di sini bagak-bagak belaka walaupun di kawasan yang hampir dengan perumahan!
10
26 SIRIP
9 agak bernasib baik dapat merasai sergapan haruan bagak di lombong ini. Haruan sulung yang saya daratkan dengan Magnum Super Frog telah habis ditelannya. Ia berukuran lebih kurang 50 cm panjang. Selepas itu, siri-siri meruan pun diteruskan di sudut-sudut tertentu, kebanyakannya memang bersaiz kasar dan kesemuanya melebihi skala 800 gram ke atas. Rekod haruan terkasar saya daratkan ialah 1.71 kg, 61 cm panjang. Ia meragut janggut (spinnerbait) yang saya sangka toman rempit. Manakala rekod kedua pula 1.63 kg yang menyambar Rapala Skitter Pop.
11
Toman Lombong Spesies yang menjadi kegilaan saya sejak sekian lama turut tinggal di lombong ini iaitu En. Tomanto! Banyak cakupannya di lombong itu, tetapi kebanyakan yang menghentam gewang ialah di tepian kawasan berumput tebal yang menjadi tempat berlindung anak-anak ikan. Kalau guna bot, rasanya peratusan untuk memperolehi strike toman mungkin lebih tinggi, tapi apakan daya kami. Namun bersyukur juga mendapat trofi seekor toman dengan Rapala Skitter Pop 9 cm blue mullet. Sebelum ini sudah dua tiga kali toman di situ menyambar, namun rabut
di tengah jalan. Banyak kesan giginya membuat ukiran kenangan pada gewang permukaan kami. Puas hati juga kerana telahan saya tempoh hari sudah terjawab kerana memang adanya si toman di lombong itu.
Ikan Raja / Peacock Bass Tidak usahlah ditanya kalau anda berada di sekitar Batu Gajah ini. Semua lombongnya boleh dijumpai P.B. Sudah dapat status penduduk tetap barangkali. Lombong ini pun tidaklah terkecuali. Walaupun tidaklah sehebat P.B di Air Kuning, tetapi rasanya ia sudah memadai dengan adanya P.B. Paling penting, ia masih boleh digoda dengan gewang! Saiz P.B bawah 35 cm paling banyak menyambar gewang. Spesimen 45 cm merupakan saiz terbesar pernah saya daratkan pada lewat petang. Yo-Zuri 3DS Popper turut menjadi peluru pembunuhnya. Seronok tengok rakan-rakan ketika asyik mengilat, macammacam stylo boleh dilihat. Masing-masing agak cepat menguasai cara mengendalikan kekili BC, sekali lagi saya tumpang gembira. Rapala X-Rap 8 cm warna semulajadi seperti albino shiner dan olive green kerap dipagut ikan raja di lombong ini, sementara Storm Flutterstick Madflash terus menduduki top 5 killer lure sama seperti di tempat lain juga. Pemancing luar yang selalu datang ke sini Vincent namanya bersama seorang uncle menggunakan ikan seluang hidup yang dibaling tarik seperti teknik mengilat. Ada juga pemancing yang menggunakan dedak, pellet, roti dan sewaktu dengannya. Khabarnya ikan pacu seberat 10 kg pun pernah didaratkan beberapa tahun dahulu. Sesekali ada juga nampak pemancing yang turun mengilat ke sini menggunakan bot. Lagi menggembirakan, budak-budak sekolah yang saya jumpa tempoh hari pun sudah layan casting sambil mereka mem-‘bottom’. Gewang ekonomi yang mereka guna pun turut tidak terkecuali dipagut P.B di sini. Ka-
12 dangkala sampai tiga empat ekor P.B mereka daratkan sekali turun. Pergghhh... terbakor juga rasa, tapi baguslah aktiviti yang sihat bagi mereka yea tak! “Bro, sini ada sebarau jugak!” kata Haz kepada saya. “Laa patutlah ada boiling,” balas saya yang terus teruja… - SIRIP -
11. Langkah kanan! Aril Shah yang baru berpindah ke sini telah mendapat lesen haruan pertamanya berskala 850 gram di lombong ini.
12. P.B terbesar seberat 1.22 kg
yang digoda dengan Lucky Craft Sammy.
13. Haruan 1.63 kg yang me-
nyambar Rapala Skitter Pop 9 cm red head.
14. Tangkapan pembuka tirai saya bagi tahun 2013 ini.
13
14
SIRIP 27
Strike of the Lightning Pike
3 air tawar yang rakus itu. Sesudu Syklops agak berat untuk dipersembahkan di perairan cetek ini, jadi saya terpaksa mengaraunya dengan laju sambil joran diangkat tinggi.
4 3. Memancing dengan belly+ boat merupakan gaya pan4. cingan paling indah bagi saya.
5. Pike Krismas! 6. Teknik backtrolling gewang
S.P shad secara amat perlahan ternyata berkesan menjinakkan pike di perairan dalam ketika musim sejuk. Satu tabiat yang jauh berbeza dengan teknik karauan pantas pada musim bunga dan musim luruh.
30 SIRIP
Namun itulah rahsianya tanpa saya sedari. Pada mulanya, saya tidak tahu apakah sebabnya. Pada fikiran saya, mungkin kerana sifat kilat sesudu yang berkilat itu yang menyebabkan ikan pike tergoda. Walau bagaimanapun penemuan yang tidak disengajakan dalam kes kedua telah menambah sokongan terhadap teori kelajuan untuk mencetuskan naluri ganas ikan pike.
Pembuktian Tak Sengaja Kes kedua ini juga berlaku semasa saya memancing dengan bellyboat. Rakan saya telah mengena seekor pike kecil yang menyambar gewang replika ikannya. Tetapi secara tiba-tiba muncul seekor pike gergasi menggonggong ikan itu yang sedang dimainkan beliau dengan rakus sekali. Pemangsa gadang itu terus mengemam ikan yang lemah itu kira-kira dua minit, sebelum melepaskannya dalam keadaan cedera teruk dan menggeramkan hati si pemancing. Lantas saya tidak mahu beredar jauh, sebaliknya terus cuba mengilat di kawasan yang sama. Pike gergasi itu tentu kebulur dan be-
lum culas kerana tidak ditancap mata kail. Jadi saya yakin dia akan datang semula. Saya bersedia dua set joran. Satu set dipasang dengan gewang Salmo Slider bersifat tenggelam, satu set lagi dipasang umpan ikan roach mati untuk kaedah berpelampung. Selepas setengah jam, tiba-tiba pelampung itu diheret dengan laju. Saya yang ketika itu baru sahaja melontar Salmo Slider sejauh yang boleh (rasanya sekitar 40 meter), kelam-kabut meletakkan set itu ke bawah untuk membolehkan saya menyentap balas set berpelampung tersebut. Dengan serta-merta, ikan pike itu menghambur ke permukaan air. Saiznya boleh tahan, anggaran 1 meter panjang. Setelah yakin ia sudah tertancap kemas, saya letakkan joran itu pada pemacak dan membiarkan ikan bergelut sendiri. Saya perlu mengarau semula set joran bergewang supaya nanti ikan tidak terbelit pada tali set joran ini. Dengan tergesa-gesa, saya mengarau pengayuh set mengilat itu sepantas yang boleh, tetapi secara tiba-tiba ia seakan dibrek oleh sesuatu sehingga hampir menyebabkan joran itu terlepas daripada genggaman saya. Rupa-rupanya seekor lagi pike telah meligan dan membaham gewang saya! Sang pencuri itu mula menghambur ke permukaan. Nampaknya ia jauh lebih gadang dan masih mengamuk tak tentu hala. Macam mana nak layan dua ekor sekali nih! Saya menjerit minta bantuan daripada rakan saya, dan dengan segera beliau mendayung ke arah saya. Sukalah hati beliau
dapat mengambil alih set joran berpelampung saya sambil saya terus bergasak dengan set joran mengilat yang dihenjut spesies yang sama. Akhirnya kedua-dua mangsa berjaya kami tumbangkan dan kedua-duanya berukuran lebih 1 meter panjang. Spesimen yang membaham gewang saya itu lebih besar dengan ukuran 3 kaki 6 inci panjang. Seronok tak terkata!
Tindakan Musuh “Kali pertama itu tidak sengaja, kali kedua itu kebetulan. Kali ketiga itu tindakan musuh…” merujuk kepada serangkap katakata dalam filem Goldfinger. Saya dapat mengesahkan hipotesis ini dalam kes ketiga, apabila saya mengarau dengan cara yang laju, pastinya akan menerima banyak ‘tindakan musuh’ yang saya dambakan. Terbukti… pada petang hari itu sememangnya petang yang terbaik dalam sejarah pancingan saya. 42 ekor pike ditewaskan, dan sekurang-kurang 20 ekor terlepas. Sejak itulah saya sering gunakan teknik karauan pantas untuk menjebak ikan pike. Teknik mengilat sepantas kilat ini selalunya menjadi pilihan pertama saya apabila memancing di tasik semasa musim bunga atau lewat musim luruh. Pike akan berada di mana sahaja, sama ada di kawasan cetek, mahupun dalam yang tidak terdapat ‘hotspot’ sebenar kerana rumpair belum terbentuk sepenuhnya. Kedua-dua gewang yang saya sebutkan tadi kekal menjadi kegemaran saya untuk memburu pike. Tekniknya ringkas sahaja : lontar sejauh yang boleh, dan karaulah selaju mungkin sambil membuat henjutan di hujung joran sepantas yang anda boleh (kira-kira dua kali dalam sesaat).
5
Jangan terlebih henjut, kerana akan merosakkan aksi gewang – hanya sekadar seakan ketukan kecil sudah memadai. Jika anda melakukannya dengan betul, aksi yang sebetulnya dapat anda lihat : kedua-dua Slider dan Syklops harus mempamerkan aksi melilau kiri kanan dengan sangat laju. Adakala saya menerima tiga strike dalam karauan yang sama. Dua miss, dan ketiga lekat! Justeru kesimpulannya, spesies Esox lucius ini adalah pemangsa yang agresif dan gemarkan kelajuan.
Kena Perlahankan Pulak? Tetapi, tetapi… memang selalu ada tetapi dalam memancing ni. Ketika musim sejuk, saya gemar turun memancing ikan zander. Saya bertuah kerana menetap di Belanda yang memiliki banyak sungai dan tasik besar, serta polisi tangkap dan lepas telah diamalkan majoriti pemancing sejak beberapa dekad dahulu. Ia sememangnya negara terbaik di dunia jika anda ingin memburu spesies pike dan zander yang gadang-gadang. Spesimen ikan zander melebihi 100 cm dan pike lebih 130 cm panjang kerap ditangkap di perairan air tawar Belanda. Ketika musim sejuk, zander cenderung untuk hidup berkumpulan di perairan yang dalam dan gelap, di mana suhu airnya agak stabil dan
6 kebanyakan ikan mangsaan akan berhijrah ke sana untuk hibernasi. Lokasi kedudukannya tidak susah dicari. Jika anda memancing zander dari atas bot atau bellyboat, tahap sukses akan terjamin dengan memancing secara mengunjun atau jigging soft plastic (S.P). Rahsianya pula, semakin perlahan persembahan gewang, jig atau S.P yang anda lakukan, semakin tinggilah kadar kejayaan anda menjebak ikan zander. SIRIP 31
Strike of the Lightning Pike
8
7
Salah seekor ialah mama pike yang menggigilkan kepala lutut apabila ditentang dengan set mengilat ringan yang kami sasarkan untuk zander. Saya tak sangka jadi begitu, terbalik pulak dengan prinsip sepantas kilat buat spesies bermulut becok itu. Sedang spesies ini sering dirangsang dengan teknik karauan halaju tinggi, tiba-tiba kenapa ia tercetus untuk melahap sesuatu benda yang seakan tak menggeletar langsung pun? Bahkan pike kerapkali terjerat semasa kami mensasarkan zander, ini yang membuatkan saya cukup hairan dan ingin menyiasat dengan lebih lanjut.
Kelebihan ‘Backtrolling’ Saya pernah membaca suatu bab dalam sebuah buku berjudul ‘Shad Power’, yang ditulis oleh seorang pemancing pike Belanda yang tersohor– Henk Simonsz. Beliau ada menerangkan tentang suatu teknik dipanggil ‘backtrolling’.
9 7.
Amalan C&R ikan pike sejak berdekad lamanya di Eropah telah meningkatkan populasi dan tumbesaran spesies agresif ini, walaupun berada di tengah-tengah penempatan manusia.
8.
Pecutan pike melayakkan ia sebagai pemangsa teratas dalam rantaian makanan di perairan air tawar Eropah.
9.
Satu lagi pike yang berjaya memintas gewang yang dirempit.
Kebanyakan kali, saya memancing dengan teknik ‘tak buat apa-apa pun’. Hanya letak S.P pada jighead yang berat (1 aun), dan biarkan ia tergantung pada maksimum 4 inci dari dasar. Anda perlu mengesan kedalaman dasar dengan memeriksa dasar setiap 30 saat melalui sentuhan gewang, dan naikkan gewang itu sedikit. Kalau dasar semakin dalam, lepaskan tali. Kalau semakin cetek, karaukan tali supaya gewang sentiasa tergantung atas sedikit dari dasar. Sentiasa perhatikan sonar anda kerana ia memberi informasi yang sangat berharga. Kemudian gerakkan gewang anda dengan ‘sangat sangat sangat’ perlahan merentasi dasar dengan menggunakan thruster atau mendayung perlahan sambil joran dipegang. Hati-hati, sambaran zander adalah secara tiba-tiba dan cukup padu. Pada mulanya, saya sukar percaya bahawa teknik ini sangat berkesan buat zander. Dan apa yang lebih mengejutkan saya, selain berpuluh ekor zander yang berjaya dijinakkan dengan teknik selembab siput ini, ada di kalangan zander itu ialah juga ikan pike!
32 SIRIP
Beliau mendakwa bahawa teknik mengundur bot secara perlahan semasa memancing pike dengan gewang S.P bentuk ikan shad besar mampu meraih kejayaan tidak dijangka dalam situasi yang sukar. Tetapi saya belum mencuba mahupun mempercayainya. Sekarang tibalah masanya untuk kami mencuba dengan S.P berbentuk ikan shad yang bersaiz 10 inci yang dipasang pada jighead 2 aun. Kami terus ke kawasan paling dalam di tasik itu yang kedalamannya mencecah 7 meter. Gewang mula ‘ditunda secara mengundur’ dengan perlahan sambil mengekalkan supaya ia sentiasa berada sehampir mungkin dengan dasar. Gaya ini seakan pancingan zander. Apabila kedalaman berubah, tali akan diberi atau dikarau sedikit. Ternyata teknik yang amat perlahan ini amat berkesan menjebak mak bapak pike seekor demi seekor! Sebarang bentuk S.P replika ikan sesuai digunakan, tetapi terdapat satu model S.P shad yang sangat saya percayai daripada jenama Mann’s, kerana ia paling laku dibedal spesies pike. Anda mempunyai kelebihan paling besar sekiranya teknik ini dapat anda mainkan sambil melihat aksi getaran di hujung joran.
Strike of the Lightning Pike 10. Zander yang saya jinakkan dengan teknik apa-apa pun’!
‘tak
buat
11. Mengilat dari tebing wilayah pike!
12. Tiga pemancing telahpun mengilat di bawah jambatan ini‌ tetapi terlalu perlahan kot teknik mengilat mereka?
10
NORTHERN PIKE
ZANDER
Nama Saintifik : Esox lucius
Nama Saintifik : Sander lucioperca
Habitat : Air tawar dan payau di hemisfera utara, termasuk Russia, Eropah dan Amerika Utara. Pike lebih gemar perairan yang jernih.
Habitat : Air tawar dan payau di barat Eropah. Zander gemar perairan yang agak keruh.
Saiz Maksimum : Rekod terberat 31 kg pernah ditangkap di Jerman pada tahun 1983. Tabiat : Pemangsa serang hendap yang sanggup menunggu lama untuk menerkam mangsanya dengan luruan amat pantas. Ia gemarkan gewang yang besar, khususnya yang berkilat. Kes Istimewa : Pike telah diperkenalkan di merata perairan di luar habitat asalnya. Ekoran naluri pemangsanya yang buas dan cepat membiak, terdapat undang-undang untuk menyekat sebaran spesies ini. Misalnya di sesetengah negeri di Amerika Syarikat mewajibkan pemancing memotong kepala pike sebaik sahaja ia ditangkap. Di Britain dan Ireland, pike amat dikagumi dan dikempenkan supaya dilepaskan semula untuk melindungi masa depan sukan memancing dan mengimbangi ledakan ikanikan kecil.
34 SIRIP
Bentuk Badan : Mirip ikan perch yang bersirip dorsal beruji keras dan ia juga amat mirip ikan walleye yang terkenal di Amerika (Sander vitreum). Saiz Maksimum : Boleh mencecah berat 20 kg (44 paun). Tabiat : Gemar mengejar mangsa sebelum menyambar. Namun ia tidak sepantas pike. Justeru ia lebih gemar menyambar mangsa yang bergerak perlahan dan tercedera. Gewang yang dikarau laju tidak menarik perhatian zander. Kes Istimewa : Pada Julai 2009 di Switzerland, zander pernah menyerang dua pelancong di Tasik Maggiore, menyebabkan luka sepanjang 10 cm. Zander seberat 8 kg itu kemudian berjaya ditangkap, lalu dimasak dan dihidangkan kepada pelancong tersebut sebagai balasan masalah yang telah dilakukannya. Ia sangat luar biasa bagi zander menyerang manusia.
Teks : YEIM ANGLER
4
3 Seawal jam 6.30 pagi, para peserta mula menaiki bot ke rumah rakit Wak Kahar dari di jeti Kg. Sungai Danga. Sebelum pertandingan, mini klinik micro jig tentang teknik yang sesuai dipraktikkan di rakit kupang ini ditunjuk ajar oleh Indra Irwan Ismail sebagai tenaga pengajar.
Acara Bermula Acara ini berlangsung dengan suasana santai dan cukup meriah dengan gurau senda dan pelbagai gelagat peserta yang bertanding. Kebanyakan peserta berjaya menaikkan ikan buntal yang banyak macam cendol di celah tali-tali kupang yang bergantungan.
Fotografi : ERIC CHAN
5 berharap ia mendapat maklum balas yang baik. Mereka juga berharap ia menjadi titik tolak kepada penganjuran seterusnya dengan mendapat lebih banyak penajaan dan menjadikan MJC antara acara yang dinantinantikan para peminatnya kelak. * Ingin merasa karan jigging mikro di rakit Wak Kahar? Sila hubungi beliau : 0197923 622. - SIRIP -
3. Tak sangka ada bermacam - spesies sukakan jig di bawah 5. rakit kupang, terutama buntal yang macam cendol.
6. Mini klinik oleh Indra MJM. 7. Peserta MJC 2013. 8. Pemenang pertama hingga ketiga bergambar kenangan.
Acara ditamatkan pada pukul 5 petang dan hadiah disampaikan oleh wakil MGFA iaitu Eric Chan yang turut bertanding. Pihak penganjur menawarkan hadiah dari tempat pertama hingga ke-8 mengikut berat hasil tangkapan tanpa mengira spesies. Hadiah saguhati turut diberikan.
Harapan Penganjur MJM ini berjaya dilaksanakan dengan semangat enjoy fishing. Walaupun baru pertama kali diadakan, pihak penganjur sangat
Senarai Pemenang MJC 2013
7
1. Kane (Daun Baru 0.205 g) 2. Azrul (Daun Baru 0.180 g) 3. Helmi (Buntal 0.100 g) 4. Sahlan (Buntal 0.85 g) 5. Botak King (Duri 0.085 g) 6. Ejoy (Ubi 0.085 g) 7. Abd Khir (Buntal 0.080 g) 8. Zarin (Buntal 0.080 g)
6
8
SIRIP 37
Teks & Fotografi : DARREN SHAN Ada spekulasi mengatakan, semua ini disebabkan oleh tekanan memancing sehingga spesies pemalu berkenaan semakin cerdik. Kaki jigging atau kapten bot pancing terpaksa bergantung kepada musim penghijrahannya, barulah boleh ‘cari makan’. Pada firasat saya, di beberapa tempat, spesies berkenaan sudah lali melihat tipu daya jig ringan selama ini. Jadi mungkin cara untuk menyelesaikannya ialah dengan menghaluskan lagi segala set pancingan anda. Hmm... jigging mikro tentu jawapan yang terbaik! Eksperimentasi kami kali ini di perairan Pekan dijayakan oleh Hoy. Beliau merupakan antara pemancing pertama yang mengamalkan teknik jigging mikro di sini. Ada rahsia yang telah beliau temui untuk memecahkan kod kesombongan ebek di dasar laut Pekan yang ingin beliau kongsikan. Ini memang suatu peluang keemasan yang tidak harus saya lepaskan, kerana Hoy dikatakan antara pengunjung setia Pekan yang seringkali pulang dengan hasil tangkapan yang lumayan mengatasi jigger lain. Setelah hampir sedekad penghuni perairan Pekan digasak dengan jig kelas ringan, mereka semakin cerewet. Para jigger yang sering turun ke Pekan tidak lagi dapat senyum lebar seperti dahulu. Kadangkala seharian jigging, hanya seekor dua ikan yang dapat ditewaskan sedangkan pada skrin sonar, penuh dengan bintik hitam di dasar. Selain ikannya yang dah ‘bersekolah tinggi’, kegagalan jigger juga ada dikaitkan dengan kesilapan teknik jigging itu sendiri. Terlebih laju mengunjun adalah antara puncanya. Kena ‘slow down’ sikit bro!
Menurut kapten, kapal karam itu terkenal dengan ikan ebek dan gerong belang, tetapi musimnya belum betul-betul tiba. Namun hasil modifikasi teknik dengan unjunan jig yang lebih santun dan gemalai, sang gerong belang dan ebek yang menyombong di sebalik kapal karam tersebut itu akhirnya tergoda jua. Pengalaman itu turut menjadi bekalan buat saya apabila berkunjung ke Pekan ini. ‘Perlahan’ adalah kod rahsia untuk memujuk sang ebek yang sensitif terhadap jig. Dan ini sememangnya diakui oleh ramai jigger berpengalaman di Pekan, termasuklah Hoy. Sejak awal penemuan teknik jigging ringan sedekad lalu sehinggalah jigging mikro yang baru setahun jagung, teknik unjunan perlahan adalah rahsia besar dalam menjinakkan sang ebek di dasar perairan Pekan.
Mencari Joran Yang Efisien Kita telah sedia maklum bahawa kategori berat jig mikro hanya sekitar 20 gram ke bawah. Ada yang sampai sehalus 3 gram sahaja! Maka faktor keringanannya memerlukan penggunaan joran yang sesuai supaya anda dapat menghayati persembahannya dengan betul dan efektif. Malangnya tidak banyak joran jigging mikro di pasaran yang betul-betul dicipta untuk kesantunan teknik ini dengan sebenar-benarnya. Banyak syarikat pembuat joran telah salah faham tentang aksi yang diperlukan untuk jigging mikro. Mereka menggangap dengan hanya sekadar mengecilkan saiz
1. Aliran arus di Karang Luas
tidaklah laju sangat. Sememangnya lapangan yang amat sesuai untuk jigging mikro.
2. Ikan ini kuat melawan, lagi
karan apabila joran selembut lidi anda gunakan.
3. Pelbagai spesies ikan terum-
bu karang mudah terpedaya dengan jig mikro.
4. Anda berpeluang besar untuk menjinakkan kerapu pisang di Karang Luas.
Godaan Jig Pegun Pernahkah anda alami sewaktu jig memegun (unjunan dihentikan), tiba-tiba sahaja ia dilahap ikan? Jigger berpengalaman pasti pernah bertembung situasi aneh ini, namun ramai jigger hanya menganggap ia satu kebetulan. Bukan... sebenarnya ini adalah tabiat biasa bagi spesies bukan pemburu dan kurang aktif meligan mangsa, khususnya ikan yang gemar berkeliaran di dasar seperti ebek dan gerong belang. Pengalaman ini pernah saya alami di Australia. Semasa sedang jigging di sebuah kapal karam, kami berasa hairan mengapa ikan tidak mahu membedal jig yang dihulurkan. Sedangkan terdapat imbasan sekumpulan ikan berlegar di sekitar kapal karam itu berdasarkan skrin sonar.
3
4
SIRIP 39
Micro Jigging Finesse Style
5
6 dikeluarkan oleh Kaiser Pro Shop (Singapura) atas nama Miniwee 66. Kekuatan joran jigging mikro Miniwee 66 ini ialah PE 0.2 - 0.8, dengan ukuran 6 kaki setengah panjangnya. Panjang hujung jorannya sahaja merangkumi 1/3 daripada keseluruhan panjang joran, di mana bahagian ini sahaja sangat lembut dan halus macam lidi! Apakah kebaikan bahagian 1/3 hujung joran yang melidi itu? Bahagian hujung joran yang lembut sebenarnya berupaya melakukan daya unjunan yang lebih lemah-lembut sehingga jig semikro mana pun dapat melompat secara berterusan dengan realistik bagaikan seekor ikan atau sotong yang nyawa-nyawa ikan. Gaya persembahan sehalus ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh joran ‘jigging mikro’ yang agak keras hujungnya. Ia hanya sesuai untuk unjunan yang laju buat spesies pemangsa merempit, tetapi untuk ebek dan sefamili dengannya yang bersikap ‘malumalu miaw’, joran sedemikian dianggap gagal (kecuali jika anda menggunakan tali tangsi yang mempunyai sifat daya regangan).
7 5. + 6. + 7.
Spesies ikan ini mempunyai tabiat pelik iaitu suka ‘menghisap’ makanannya, sehingga jig mikro turut diperlakukan sedemikian. Jika terasa getuannya, segera hentikan unjunan dan biarkan ia menyedut jig sebelum sentap!
40 SIRIP
dan berat joran jigging, maka ia terjatuhlah ke dalam kategori joran khas jigging mikro. Memanglah betul yang joran kekuatan antara 4 – 10 paun atau PE 0.8 boleh digunakan untuk jigging mikro, tetapi kebanyakan joran ini gagal mempamerkan unjunan jig mikro yang efisien, kecuali sebentuk joran yang saya dapati ia amat menepati keperluan tersebut. Joran yang dimaksudkan telah
Kekili pula seelok-eloknya yang mempunyai nisbah gear 5.2 : 1, yang mampu mengisi tali PE 0.8 (8 paun) sepanjang 200 meter. Kekili tidak perlu kekuatan drag yang tinggi, kekuatan 2.5 hingga 4 kg sudah memadai. Yang penting, tali anda dapat dikeluarkan dengan lancar apabila sistem tegangannya diuji oleh tekanan yang tinggi, memandangkan tali sehalus itu mudah putus jika drag tersangkut-sangkut. Tali PE atau tali sulam memainkan peranan penting dalam micro jigging. Tetapi tali yang paling sesuai tentulah tali sulam yang jenis cepat tenggelam. Kini sudah ada tali sulam yang ditambah gentian fluorocarbon untuk mempercepatkan penenggelamannya, selain lebih tahan daya geseren. Jigging mikro yang ekstrem memerlukan tali sehalus
Micro Jigging Finesse Style
8. Ebek dan sagai semakin + cerdik dengan tipu daya jig. 9. Tukarlah kepada jig mikro sebagai penyelesaiannya.
10. Jig Kaiser Bullet 11 g, sen-
jata rahsia Hoy setiap kali turun ke perairan Pekan.
‘giler’ daripada 10, 8 hingga 6 paun (PE 1, 0.8 atau 0.6). Jika anda masih khuatir dengan risiko terumbu karang atau tukun berteritip di dasar, boleh juga gunakan tali sekuat 12 atau 15 paun.
yang dibantu oleh Amir. Kami terus memecut ke kawasan karang sekitar Pulau Berhala, yang terletak di luar Nenasi. Kawasan pulau batu tunggal ini juga terkenal dengan kerapu pisang, ebek kapak dan layaran.
Perambut yang disyorkan semestinya jenis fluorocarbon sekuat 10 atau 15 paun, dengan ukuran 12 kaki panjang atau lebih. Seperti yang anda sedia maklum, fluorocarbon lebih sukar dikesan atau dilihat di dalam air, berbanding perambut tangsi biasa. Gunakan ia sepanjang 12 kaki atau lebih. Namun jika anda rasa lubuk itu banyak struktur, ia boleh ditingkatkan kepada 20 paun.
Terlebih dahulu kapten Hong membawa kami ke sebuah tukun, untuk cuba mencandat sotong mengabang dengan jig mikro. Hoy mula memasang joran micro jigging kegemarannya Kaiser Miniwee 66, dan kekili Shimano Stella 2000. Setelah setengah jam mencuba, ada beberapa ekor sotong cuba mencekup jig tetapi terlepas sebaik sahaja sampai ke permukaan air. Ekoran kesukaran menjerat sotong ini, kami tidak mahu buang masa dan terus memecut ke Karang Luas.
Gelanggang Karang Luas Trip jigging mikro Pekan ini telah kami jalankan dengan menyewa bot kapten Hong,
9
8
10
42 SIRIP
Sampai di Karang Luas, kami perhatikan dahulu cara Hoy persembahkan jig mikronya. Saya ingin tahu berapa ‘perlahan’ teknik unjunan beliau itu. Sebaik sahaja Hoy menurunkan jig Kaiser Bullet 11 gram hingga ke dasar, saya dapati beliau hanya mengunjun 3 - 4 kali sahaja, kemudian berhenti untuk menurunkan kembali jig ke dasar lalu sambung unjunan 3 – 4 kali lagi. Ujar beliau, inilah cara terbaik memikat ebek dan keluarganya seperti cermin, sagai dan lain-lain. Semasa unjunan, kelajuan karauan kekili perlu sama tempo dengan henjutan joran. Kelembutan hujung joran Kaiser Miniwee 66 pilihan beliau dapat memainkan
1
2
buat 4 lilitan ke hadapan
3
IKATAN SNELL
4
tarik
B
C
D
E
5 tarik
pegang
6 ke cili Potong dekat dengan ikatan
A
PENYEDIAAN MATA KAIL JIGGING MIKRO Jimatkan perbelanjaan dan masa anda dengan belajar mengikat sendiri mata kail untuk jig mikro. Mudah sahaja. Apa yang anda perlukan ialah dapatkan mata kail jenis Soi, Beak atau Chinu bersaiz 2, 1 atau 1/0, tali sulam (braided) berkekuatan 100 atau 120 paun, dan buat ikatan Snell seperti gambarajah A di atas. jig untuk melompat-lompat dalam jarak yang kecil dan apabila dihentikan, jig akan tenggelam perlahan-lahan seakan anak ikan cedera. Saya yang menggunakan Storm Micro Jigger PE 0.4 - 1 yang hujung jorannya agak keras, dengan Storm Micro Jig untuk mempraktikkan teknik yang sama, sering menghadapi masalah tali tersimpul di hujung joran. Masalah ini bukan sahaja menjejaskan tem-
11
Setelah dua mata kail disambungkan pada seutas tali sulam yang sama pada jarak yang ditentukan, sangkutkan ia pada cincin solid ring melalui cara yang ditunjukkan pada gambar B hingga E. Kemudian sangkutkan cincin itu pada gegelung cincin yang menyangkutkan jig mikro anda. Siap untuk beraksi!
po unjunan, malah menyebabkan pergerakan jig agak kaku. Ini menjelaskan lagi bahawa joran yang berhujung agak keras tidak sesuai untuk mempraktikkan teknik unjunan lemah-gemalai seperti yang diamalkan Hooi. Kami terserempak bondong dua spesies ikan sagai di Karang Luas ini. Walaupun spesies ini tidak sebesar mana, tetapi serangannya ke atas jig mikro sungguh rakus. Syok layan!
11. Joran jigging mikro yang + paling efisien ialah yang 12. mempunyai 1/3 seksyen hu-
jung yang amat lembut bak lidi. Kelembutan hujung joran sebegini amat membantu untuk menghidupkan tarian jig mikro dengan lebih realistik.
12
SIRIP 43
Micro Jigging Finesse Style Hoy menganggap kumpulan ikan sederhana kecil ini cukup cerdik dan sukar ditipu dengan jig, kecuali anda menghulurkan umpan hirisan sotong segar. Namun ia tetap boleh diperdaya dengan teknik unjunan perlahan ini. Dan asyik-asyik Hoy yang naikkan ikan, sedang saya hanya dapat merasa sekali ragutan sahaja. Saya tahu, kelemahan ini terjadi akibat masalah aksi joran yang saya gunakan.
Makan Aiskrim? 13. Joran Kaiser Miniwee 66
PE 0.2 - 0.8 sangat lembut, dan melancarkan tempo unjunan ‘slow motion’ tanpa menyebabkan tali terbelit hujung joran. Ini antara tangkapan ebek kapak terbaik daripada Hoy dalam trip ini dengan teknik jigging mikro secara perlahan.
Saya memerhatikan lagi cara unjunan Hoy. Apabila dia dapat merasa seakan ikan sedang ‘menghisap’ jignya semasa unjunan ‘slow motion’ itu, beliau dengan segera menghentikan unjunannya. Sebaik dihenti atau dipegunkan, hujung joran Miniwee 66 kelihatan bergetar-getar. Percaya atau tidak, walaupun jig mikro itu tidak bergerak, ikan masih berani mengulumnya! Terkedu saya melihat keanehan itu, rasa macam memancing dasar pulak gaya-
nya. Joran masih terus bergetar walaupun Hoy tidak melakukan apa-apa pun, menandakan sang ikan sedang syok menghisap jig macam makan aiskrim! Hoy membiarkan sahaja dan apabila jorannya mula melengkung, barulah dia angkat jorannya perlahan-lahan. Sebaik tersedar yang ‘aiskrim’ yang dihisap itu berduri, barulah sang ikan mencanak lari dan ia sudah terlambat. Lalu Hoy menyentap kuat supaya mata kailnya terpacak ke dalam rahangnya. Hoy memberitahu saya, famili ikan ini memang suka ‘menghisap’ umpan dengan perlahan-lahan. Sebijik macam perangai ikan kecil yang ingin mencuri umpan. Jika pemancing tidak sabar dan main sentap sahaja, pasti tak lekat. Anda seharusnya biarkan sehingga terasa getuan yang kasar sampai membengkokkan joran, barulah sentap. Teknik ini sememangnya mencabar daya kesabaran pemancing. Oleh sebab joran saya agak keras, pergerakan jig saya juga agak kaku. Hoy dah naik lima ekor, tetapi saya baru dapat seekor sahaja. Sebelum mengena ikan itu, saya telah perlahankan unjunan dan terasa hujung joran seakan-akan dicuit-cuit (seperti ada sekumpulan ikan cuba menggetu jig mikro saya). Setelah menunggu rasa getuan yang kasar, barulah saya membalas sentap untuk menancapnya. Joran yang agak keras mungkin telah menculaskan ikan yang sedang enak menghisap jig ekoran terasa berat untuk dihisap dan dikulum. Kelebihan hanya dinikmati jika hujung joran anda sangat lembut kerana ia dapat mengikut rentak sedutan sang ikan tanpa menakutkannya. Inilah sebab mengapa Hoy mendapat lebih banyak tangkapan berbanding saya.
Rumusan Kesimpulannya dalam trip ini, ternyata benarlah bahawa spesies ikan lutjanid seperti ebek, gerong belang dan sagai cukup santun cara jamahannya dan menggunakan cara menyedut untuk mendapatkan mangsanya yang terdiri daripada makanan yang kecil termasuklah jig mikro. Jigging mikro ternyata telah dapat memperhalusi gaya dan teknik pancingan jigging sehingga ikan-ikan yang pemalu sebegini akhirnya dapat ditawan jua. Saya berharap daripada artikel ini, syarikat pembuat joran dapat menambah baik keluaran joran jigging mikronya ke arah yang lebih sempurna serta menjadikan micro jigging lebih teruja dan seronok untuk dinikmati oleh semua golongan pemancing.
13
* No. Telefon Kapten Hong (Karang Luas) : 013-2282 116 - SIRIP -
44 SIRIP
Little Kenyir Ground Zero 4. Dari celah-celah rumpai air
tenggelam yang tebal inilah toman suka bersembunyi dan menyerang hendap gewang yang disuakan.
5. Toman begitu geram meli-
hat aksi gewang permukaan Salmo Rover 7 cm warna chrome blue yang digunakan Eric.
6. Highway toman yang menuju ke suak rahsia itu.
7. Ini dia toman terpanjang / terbesar dalam trip ini. Saya menyedari bahawa kebanyakan toman di sini bersaiz panjang tetapi kurus, mesti ada sebab.
8. Salmo Rover 7 cm chrome blue dikerjakan lagi oleh sang toman.
9. Semua yang berjaya diper-
daya telah selamat dilepaskan semula dalam keadaan stabil.
4 Silih berganti suak-suak yang ada di sekitar telah kami berdua kerjakan. Bukan semua suak yang kelihatan sangat berpotensi menghasilkan keputusan yang positif, ada juga yang tidak berpenghuni. Sehingga tengah hari, kami hanya bermain di persekitaran suak itu sahaja. Setelah rehat sehingga pukul 1 petang, barulah Eric membawa bot menuju ke satu lagi suak rahsianya yang sedikit jauh dari suak pertama tadi.
Sepetang Yang Frenzy Laluan memasuki suak yang dituju kelihatan sangat mempersonakan bagi saya yang pertama kali ke tasik ini. Kami sempat bermain di laluan itu yang saya namakan highway toman, tetapi aksi sebenar dibuat di dalam suak tersebut. Di dalam suak rahsia itulah kami mendapat hasil yang lumayan. Saya perhatikan toman di suak itu sangat aktif pada sebelah petang, terutama di suak kecil yang redup diatapi oleh pokok-pokok. Beberapa kali kami ternampak kumpulan tiga ekor toman dewasa bermain-main, mungkin mereka bermadu kasih agaknya. Kami berdua ini pun suka ‘kacau daun’ dan membaling serentak ke arah mereka, pasti double strike berlaku selepas
5
48 SIRIP
6
itu, kompom. Andai kata kalau bertiga, mungkin juga terjadi triple strike. Sah memang aktif dan frenzy toman di suak itu pada sebelah petang. Selain teknik menggempur sarang-sarang toman di celah-celah sempit suak kecil dan rumpai air, kami berdua juga sentiasa mengintai toman yang mengambil udara di permukaan air, iaitu teknik biasa mencari toman. Di suak ini, semua teknik telah menjadi dengan penggunaan gewang permukaan, terutama Siam Buzz Bait yang menghasilkan bunyi dan kocakan yang kuat. Saya yang juga mencuba-cuba gewang selaman dalam Salmo Hornet 6 cm, masih juga mengalami strike, tetapi selalu rabut kerana toman sempat melarikan diri ke dalam rumpai air yang banyak di situ. Ada juga terjadi kes mata kail terkangkang pada gewang selaman dalam saya. Kejadian rabut mungkin berlaku kerana saya banyak menggunakan joran blank GT-Zero yang hanya berkekuatan 6 – 12 paun. Lagipun saya mengarau gewang selaman dalam pada celahcelah ruang di antara gumpalan rumpai air yang tebal, memudahkan toman menyusup ke dalam gumpalan rumpai air itu semula. Tetapi penggunaan poundage tersebut untuk gewang permukaan, langsung tiada masalah. Saya yang mengamalkan teknik 2 atau 3 kali henjutan kasar apabila strike toman di permukaan air, sangat berkesan dengan menggunakan joran tersebut. Ia sangat meyakinkan saya membuat henjutan-henjutan kasar. Blank ini juga sangat ringan kerana ia diperbuat daripada siri R3 Carbon sekuat 30 Ton Graphite dengan teknologi Nano dan hanya seberat 35 g untuk blank 6 – 12 paun. Joran yang saya gunakan pula hanya seberat kira-kira 100 g sahaja. Walaupun begitu, kekuatan dan lifting power joran ini sangat memenuhi kehendak pancingan saya. Di suak itu juga saya berjaya menaikkan toman terbesar, dalam anggaran 4 kg lebih kerana lupa menimbangnya. Begitu juga Eric yang memakai joran yang sama tetapi berkekuatan 8 – 17 paun, mudah saja menewaskan toman.
8
7
9
SIRIP 49
Little Kenyir Ground Zero Mata Kompaun
Pelekap
B
Kaki-kaki renang
C
tidak gemuk atau bulat seperti toman yang mendiami kawasan terbuka. Kutu-kutu ikan tersebut menjadikan rumpai air yang padat sebagai habitat subur mereka.
A A. Kutu didapati banyak mele-
KUTU IKAN
B. Argulus, kutu ikan yang ber-
Di Tasik Little Kenyir, saya mendapati ikanikan toman yang suka mendiami kawasan suak terpencil dan berlindung di sebalik rumpai air yang tebal mempunyai fizikal yang panjang, tetapi badan yang sedikit kurus.
C. Pandangan atas kutu Argu-
Rata-rata ikan toman yang kami perolehi di kawasan itu mempunyai kutu yang banyak melekat pada badan, berdekatan bukaan insang (operkulum) serta di bawah sirip pektoralnya.
kat pada badan toman.
bentuk seperti ikan ketuka merupakan kutu yang biasa menyerang ikan tempatan di kawasan tasik. lus apabila dilihat di bawah mikroskop.
Saya merasa sedikit geli dengan kehadiran kutu ikan yang banyak itu. Mungkin faktor inilah yang menyebabkan toman di situ
10
50 SIRIP
Sirip Abdomen
11
Sebenarnya kutu ikan ini adalah sejenis ektoparasit dari keluarga Argulus. Parasit Argulus ini mendatangkan penyakit pada ikan yang dipanggil argulosis (penyakit kutu ikan). Ia lazimnya berukuran 7 mm garis pusat dan boleh dilihat dengan mata kasar. Parasit ini menyerang bahagian luar badan ikan dengan menghisap darah, terutama bahagian kepala dan pangkal sirip. Kesan penyakit argulosis ini boleh menyebabkan ikan menjadi kurus kerana kehilangan bendalir tubuh akibat dihisap oleh kutu, kesan darah di tempat parasit melekat dan boleh berlaku kematian ikan jika bilangan parasit terlalu tinggi. - SIRIP -
10. Lesen sebarau saya pada
masa tambahan menggunakan Salmo Hornet 6 cm.
11. Ikan dari keluarga Cichlid
(mungkin jenis Butikoferi cichlid) ini pernah dipancing sebesar lebih 2 kg di LK. bersama Salmo Rover 7 cm yang ditelan toman.
12. GT-Zero
13. Antara joran yang telah di-
cuba, joran dari blank GTZero adalah yang terbaik.
14. TT Jump Frog juga berke-
12
san memujuk toman di LK.
Menurut maklumat tepat, joran blank GTZero 6 – 12 paun tersebut boleh mengangkat beban sehingga 7 kg dan mungkin lebih sekiranya mempraktikkan teknik yang sesuai apabila berlawan dengan ikan.
Masa Tambahan Petang itu diakhiri dengan tangkapan toman yang bercorak paling cantik menurut penglihatan saya, sebab saya sendiri pun jarang-jarang melihat toman sebenarnya. Saya yang banyak menggunakan Salmo Hornet akhirnya berjaya memperolehi dua ekor anak sebarau. Ini juga merupakan lesen sebarau saya di luar Sabah, walaupun kecil tetap juga lesen kan, seronok juga... Pengalaman little toman di Little Kenyir ini meninggalkan seribu satu memori indah yang sentiasa membuatkan saya tersenyum. Terima kasih kepada Eric yang memberikan peluang kepada saya untuk merasai pengalaman itu. - SIRIP -
13
14
SIRIP 51
WOODEN LURE DIY (PART 11)
Sumber : MAKING WOODEN LURE Terjemahan & Olahan : PAPA SIRIP
BIKIN GEWANG FLATFISH
(BHG. 1)
Flatfish (Gambar A) merupakan sebentuk gewang yang bujur meruncing serta muka menyerong supaya ia bergoyang apabila dikarau atau ditunda di dalam air. Gewang ini selalunya digunakan untuk menjebak spesies pemangsa lautan. Walaupun biasanya digunakan di lautan, namun ia juga berkesan terhadap spesies ikan di tasik dan digunakan pemancing barat untuk menangkap ikan king salmon. Mari kita cuba membuatnya berdasarkan lakaran pada Gambar B‌
A dahulu. Langkah 4 : Potong bahagian perut dan buang lebihan kayu. Langkah 5 : Setelah blok lakaran gewang sudah siap, ikat ia semula dengan pita pelekat kepada lebihan blok kayu pada langkah 3 tadi.
B Langkah 1 : Lakarkan corak gewang flatfish anda melalui pandangan atas dan sisi pada sebatang kayu. Mulakan dengan memotong bahagian atas dan buang lebihan kayu yang tak digunakan. Langkah 2 : Potong bahagian sisi pula, bermula di bahagian muka lakaran gewang. Langkah 3 : Potong bahagian ekor dan di sepanjang belakang lakaran gewang sehingga ke bahagian muka. Lebihan blok kayu yang tertanggal di bahagian atas jangan dibuang
1
52 SIRIP
gewang.
Langkah 6 : Pelekatan semula bertujuan supaya memudahkan anda membuat potongan serong yang agak sukar pada bahagian perut lakaran
Langkah 7 : Lakarkan garis pusat di sepanjang blok gewang. Langkah 8 : Periksa supaya garis pusat itu betul. Perhatikan bahagian sudut tajam telah dikikir dengan kertas pasir supaya membulat. Langkah 9 : Gariskan bentuk akhir pada mukanya (lihat gambar kecil) dan potong ia sehingga ke bahagian tengah
2
3
Seksyen Pendedahan Ilmu & Teknik Memancing
supaya gewang tampak menirus (lihat gambar besar). Langkah 10 : Kikirkan badan gewang dengan kertas pasir supaya membulat. Tandakan titik pemasangan lubang ikatan tali pada tanda ‘X’ di bawah, manakala tanda ‘X’ di atas sebagai ketinggian kedudukan mata gewang. Langkah 11 : Tarik garisan kedudukan mata dari bahagian muka sehingga ke kedudukannya yang sebenar di kedua-dua belah sisi gewang. Dalam kes ini, ia ditandakan kira-kira 19 mm dari bahagian muka gewang. Langkah 12 : Gewang ini memerlukan dua pemberat dan satu mata kail di bahagian perutnya. Jadi tandakan ketiga-tiga tempat peletakan pemberat dan mata kail itu. Tebuk lubang untuk kedua-dua pemberat itu dengan menggunakan mata penebuk 6 mm. Langkah 13 : Masukkan pemberat logam berdiamater 6 mm ke dalam lubang yang telah disediakan. Lubang hendaklah cukup dalam. Perhatikan bahawa lubang pemberat di depan tidak cukup dalam, sementara lubang di belakang adalah betul dan cukup dalam. Pastikan pemberat itu tidak tercabut keluar dengan menggunakan gam epoxy. - SIRIP -
U
AR
B ER
T
Ikan Terhandal Malaysia KOLEKSI FORMAT DVD
1. Gemilang Jigging Russian Pecah 2. Rahsia Tundaan Lombong 3. Aji-Aji Raja Jarom 4. XPDC Taman Negara 5. Buru Gerepoh Serantau 6. Keajaiban Jigging Ebek 7. Pertempuran Selat Makassar (Bhg I) 8. Pertempuran Selat Makassar (Bhg II) 9. Jigging Jemuduk Rompin 10. Cabaran Memancing Antarabangsa Labuan 11. Misteri Raja Kelisa 12. Langkah Baru P. Sembilan 13. Pendekar Toman Bungah 14. Riang-Ria Mengilat Sotong 15. Perintis Popping Layaran (Bhg.1) 16. Perintis Popping Layaran (Bhg.2) 17. Pemburuan G.T Komodo 18. Begahak Sungai Pahang
19. Bayan Karang Luas 20. Monster Tsunami Bali 21. Operasi Hutan Bakau 22. Koleksi Jigging Taiwan 23. Taktik Tenggiri 24. Dunia Ajaib Australia (Bhg.1) 25. Dunia Ajaib Australia (Bhg.2) 26. Teknik Permukaan PB 27. Rahsia Burma Bank 28. Jigwrex VS Samson 29. Selongkar Lubang Misteri 30. Horizon Maldives Selatan 31. Tarian Burung Pantai 32. Raja Muara Sambas 33. Metafora Mauritus 34. Sebarau Khao Laem 35. Memukau Ebek Mega 36. Strategi Toman Bersia
(Bersambung daripada keluaran hadapan…)
41. Yo-Yo Kertang 200 Meter 37.. Odisi Taimen Mongolia 39.. Takat Aji-Aji Brunei 41. 38.. Sonata Kingfish Korea 40.. Lembah GT Hutan 42.. Ranjau Samudera Biak Melintang
Edaran :
* Boleh didapati di kedai-kedai DVD utama seluruh Malaysia.
SERASI MUZIK SDN BHD 5
4
6
10
No. 35, Jalan 10/91, Taman Shamelin Perkasa, Batu 3 1/2 Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel : 03-9285 9394 / 9285 4089 Faks : 03-9283 8088 E-mail : serasimuzik@yahoo.com
8
7
11
12
9
13
SIRIP
53
Industry Info
TCE TACKLES KARNIVAL ANGLING FAIR 2013
TCE Tackles Angling Fair bakal kembali lagi bagi edisi 2013 bermula 28 Mei - 2 Jun 2013, dengan pelbagai produk memancing terkini dan aktiviti menarik disajikan buat seluruh kaki pancing! Datang, jangan tak datang!
Bilik pameran TCE Tackles di Lunas, Kedah dan Alam Megah, Selangor. Kedua-dua bilik pameran yang akan berlangsung aktiviti utama bagi Angling Fair 2013 kali ini.
A
ngling Fair 2013 anjuran sepenuhnya oleh TCE Tackles merupakan karnival tahunan yang diadakan di seluruh cawangan TCE Tackles di Malaysia. Namun bagi semua aktiviti utama Angling Fair, ia cuma diadakan di dua cawangan iaitu di Lunas (Kedah) dan Alam Megah (Selangor). Karnival yang dijadualkan berlangsung selama 5 hari ini pastinya rancak apabila diwarnai dengan pelbagai aktiviti menarik seperti walk-in mystery free gift, permainan simulator simfish, pertandingan mewarna, pemberian belon percuma dan fun time game. Mengekalkan tema kekeluargaan seperti edisi-edisi yang lalu, Angling Fair 2013 menjanjikan sebuah karnival yang menarik, unik, dan ideal untuk dikunjungi seisi keluarga. Pertandingan mewarna yang diadakan untuk kanak-kanak diserikan dengan pelbagai tawaran hadiah menarik. Angling Fair 2013, pastinya memukau perhatian kaki-kaki pancing dengan pelbagai produk memancing boleh didapati dengan harga menarik. Malah, keunikan Angling Fair juga memberi peluang kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pancingan untuk melihat sendiri inovasi terbaru produk memancing di semua bilik pameran TCE Tackles di seluruh Malaysia. Antara produk baru ialah kekili, tali pancing, joran dan aksesori jenama antarabangsa seperti Ajiking, St.Croix, Banax, Ecooda, Strike Pro dan banyak lagi. Angling Fair 2013 turut membuka peluang kepada semua pemborong dan sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan peralatan memancing dengan menawarkan produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang www.tcetackles.com.my atau hubungi 04-4841 628 / 4844 524. Jom semua gegarkan Angling Fair 2013! - SIRIP -
Pelanggan yang hadir akan disajikan dengan layanan mesra dan diterangkan dengan terperinci semua produk memancing terbaru dan terkini.
PRODUK TERBAHARU
Pelbagai produk memancing terbaru boleh didapati dengan harga menarik dan eksklusif hanya di Angling Fair 2013.
54 SIRIP
Seksyen Pendedahan Ilmu & Teknik Memancing
2
3 1. Pembelajaran terbaik memang adalah secara live bersama seorang guru yang bertauliah.
2. Outfit yang cantik disertakan dengan tangkapan yang cantik boleh memberikan gambar yang cantik juga.
3. Sesetengah pelayang cukup obses dan percaya
dengan sesuatu jenama dan model sehingga hanya mengumpul jenama & model itu sahaja. Namun terlampau banyak peralatan pun tidak akan menjamin anda akan mendapat tangkapan yang diinginkan.
4. Pemilihan outfit yang bersesuaian dengan padang pancing akan memudahkan ekspedisi pancingan.
4 Malaysia. Disebabkan situasi di mana (terima kasih diucapkan kepada sesetengah pihak dungu) spesies dan spesimen yang semakin berkurang dan mengecil, tiada sebab kuat untuk anda melangkah kepada WT yang besar. Jadi WT apa yang sesuai? 3WT? 2WT? Atau 000WT? Fiberglass? Grafit? Buluh? Bagi aku, yang meletakkan pancingan ringan di sungai-sungai jernih kecil ini sebagai forte, (walaupun ini mungkin akan kedengaran berat-sebelah dan kontroversial), pilihan terbaik adalah satu outfit berjoran fiberglass berkepanjangan 6 atau 7 kaki, yang dipadankan juga dengan kekili clicker, yang juga dilengkapkan dengan tali layang jenis double-taper (DT). Ini akan menjadi outfit utama untuk aplikasi dry fly untuk spesies yang lebih kecil. Joran layang fiberglass lebih lembut dan sesuai untuk mempersembahkan dry fly dengan penuh gemalai. Aksi lembut joran ini juga, dengan padanan kekili clicker, dapat memaksimumkan keseronokan semasa perlawanan. Strukturnya yang lebih pendek memudahkan pelayang bergerak dalam geografi sungai sebegini yang rata-ratanya dipenuhi belukar pokok renek dan herba yang boleh menjadi ‘musuh dalam selimut’ kepada bahagian hujung joran layang. Secara tiba-tiba spesies kecil jadi membosankan. Memanglah, manusia (biasa) tidak akan dapat lari dari menjadi bosan terhadap sesuatu perkara yang berulang-ulang, tidak kiralah betapa bagusnya perkara itu. WT yang lebih besar mula berlegar-legar di minda. OK, untuk memilih WT yang besar ini, kita perlu melihat pemilihan outfit sebelum ini.
Jika kita sudah ada 5WT dan 2WT, maka 8WT merupakan pemilihan yang seimbang. 5 – 2 = 3. Jadi 3 + 5 = 8. Faham, bukan? Alah, ini bukan formula sains roket pun. Bebal sangatlah kalau tak faham juga. Jadi sama juga jika anda ada 6WT dan 3WT, 9WT merupakan pilihan terbaik. Outfit Berkapasiti Besar Outfit berkapasiti besar adalah sinonim dengan spesimen besar. Jadi joran grafit 9 kaki mungkin menjadi pilihan, disertakan dengan kekili disc drag yang kukuh. Tali jenis tenggelam juga patut dimasukkan dalam checklist outfit WT besar ini. Spesiesspesies mega di kolam bayar dan di perairan liar boleh ditangani dengan lebih sesuai. Outfit besar juga membolehkan kita melayang di perairan yang lebih mencabar, yang memerlukan kita bergantung lebih kepada kehebatan peralatan di samping kemahiran diri sendiri. Ia juga boleh membantu melayang lelayang yang lebih besar dan berat dan juga layangan dalam keadaan berangin. Secara jujurnya pemilihan empat kategori outfit ini sudah cukup sebenarnya. Hampir kesemua jenis padang pancing dan spesies sudah boleh ditangani. Aku sendiri mempunyai ramai sahabat pelayang yang mempunyai 4 outfit ini (atau kurang) dan tetap berjaya melayari aktiviti pancing layang mereka sehabis baik. Kebanyakan masa mereka ini akan dengan mudahnya mengalahkan aku dengan menaikkan spesimen yang lebih banyak dan besar. Logik akalnya mudah; ia adalah kerana mereka kenalmesra dengan peralatan mereka dan tahu bagaimana nak menggunakan dan memanipulasikannya pada tahap potensi paling tinggi. Berbanding aku yang ada berpuluh outfit, tetapi SIRIP 57
PATRIOTIC LURE MAKER INTRODUCTION TO FLY FISHING “Aku sendiri mempunyai ramai sahabat pelayang yang mempunyai 4 outfit ini (atau kurang) dan tetap berjaya melayari aktiviti pancing layang mereka sehabis baik. Kebanyakan masa mereka ini akan dengan mudahnya mengalahkan aku dengan menaikkan spesimen yang lebih banyak dan besar. Logik akalnya mudah; ia adalah kerana mereka kenal-mesra dengan peralatan mereka dan tahu bagaimana nak menggunakan dan memanipulasikannya pada tahap potensi paling tinggi.” 5. Outfit bass memang cukup sesuai dengan konsep pancingan layang di Malaysia.
6. Inilah momen yang ditunggu semua pelayang apabila joran layang membengkok ditarik spesies idaman.
7. Tiada hukum tetap tentang outfit apa yang
perlu dipakai di perairan-perairan tertentu. Semua boleh saja. Tetapi pemilihan yang bijak akan menyenangkan dan memberikan hasil yang lebih baik.
membenarkan joran ini membuat aplikasi yang tidak boleh dibuat dengan joran layang konvensional. Aksinya lebih merupakan aksi progresif-keras (fast progressive), ditambah dengan faktor ‘daya-angkat’ (lifting power) sehebat joran layang air masin. Aksinya yang unik juga membolehkan ia membawa tali layang yang jauh lebih berat daripada kapasitinya – sehingga 11WT untuk joran layang bass 7WT.
5
Selain untuk melayakkan joran ini menyertai Bass Masters, syarikat pengeluar joran telah menambah baik kehebatan joran ini. Yang paling ketara ialah tali layangnya. Oleh kerana spesies bass yang sinonim dengan lelayang yang besar dan gebu, taper khas untuk tali layang juga dicipta (bass taper). Tali layang ini mempunyai kepala (head) yang panjang dan sangat tebal serta taper hadapan (front taper) yang pendek, yang membolehkan pelayang menghantar lelayang yang besar dengan senang dan sempurna. Persembahan teliti mungkin bukan forte joran sebegini tetapi jarak dan ketepatan boleh dilakukan dengan cukup sempoi.
6 tiada satu pun yang ada ‘real connection’ dengan aku. Situasi ini terjadi dek kerana naluri manusia yang tak pernah cukup dan bersyukur, yang pastinya akan mula mempersoal adakah ini pengakhirannya? Sememangnya tidak. Tepuk dada, tanya selera (dan kemampuan). Kalau mampu, beli. Kalau tak mampu, kumpul duit sampai mampu. Kalau tak mampu kumpul duit, tak mengapa. Tiada hukum mengatakan pancing layang tidak boleh dinikmati jika tidak gunakan peralatan ultra-mahal atau ultra-banyak. Jangan risau. Bagi mereka yang mampu, ataupun yang boleh menjustifikasi, di sinilah mungkin datangnya outfit pancing layang bukan-konvensional seperti outfit bass atau outfit switch. Kenapa Outfit Bass? Outfit bukan-konvensional ini perlu pemilihan yang tepat berdasarkan jenis pancingan yang selalu dilakukan. Jika tidak ia akan menjadi satu peranti pengumpul habuk di belakang almari. Tetapi jika ingin dipilih jenis dan WT supaya keseimbangan keseluruhan outfit dikekalkan, dan mengambil kira praktikaliti aplikasi pancing layang di Malaysia ini, makanya outfit bass 8WT adalah yang paling sesuai. Kenapa outfit bass? Sebenarnya semua ini telah diterangkan dalam artikel lepas yang berkenaan. Pada hanya 7’11”, kepanjangan, atau lebih tepat lagi ke’pendek’annya yang unik ini 58 SIRIP
Bukan itu sahaja, ia boleh dilakukan dengan hanya satu layangan sahaja (pick up & shoot). Ya, hanya perlu satu layangan sahaja dan anda boleh mula strip dengan bergaya. Oleh kerana inilah, ada sesetengah pelayang yang mula menggunakan joran ini untuk aplikasi air masin di perairan delta air masin (saltwater flats) untuk mensasar spesies degil seperti G.T, jebong dan lain lagi. Kebolehan joran ini untuk melakukan teknik ‘pick up & shoot’ memberikan kelebihan untuk sight-fishing spesis lautan yang rata-rata bergerak laju dan rawak, selain berkebolehan untuk mengheret dan menghenyak mereka dengan penuh bergaya. Kenapa 8WT dan bukan 6WT atau 10WT? Kerana 8WT merupakan kapasiti paling ‘seronok’ dan seimbang untuk menduga spesies-spesies gangster yang sinonim dengan outfit sebegini seperti peacock bass, toman, haruan serta spesies muara yang lain. Outfit bass 8WT juga boleh menjadi ‘sparring partner’ kepada outfit konvensional 8WT / 9WT yang sudah ada itu. Nah, bukankah ini satu justifikasi yang bagus untuk anda mendapatannya? Bagaimana pulak dengan outfit bukan-konvensional lain seperti switch, ESN, salwater dan lain-lain? Bila pula masa yang sesuai untuk outfit buluh? Itu semua aku serahkan pada daya imaginasi dan kuantiti cengkerang siput masing-masing. Aku tak rasa semua itu perlu. Tak ada pun tak mengapa. 4 atau 5 outfit di atas sudah lebih dari cukup. Adalah lebih baik duit yang lebih-lebih itu digunakan untuk pergi keluar memancing. Jauh lebih bagus.
Seksyen Pendedahan Ilmu & Teknik Memancing
Sememangnya boleh. (Tapi jangan marah kalau ada yang cakap anda bodoh atau gila). Dan boleh atau tidak daripada fiberglass, joran layang buluh digunakan kerana sesetengah orang ada yang ‘alergik’ kepada fiberglass? Boleh juga. Tiada masalah. Perlu diingat yang segalanya yang dibincangkan di atas bukanlah saranan, tetapi lebih kepada cadangan. Tiada yang tetap. Tiada paksaan. Cadangan itu dikemukakan berdasarkan pengalaman aku setelah ditimbal-balik dengan beberapa faktor seperti aplikasi, spesies, geografi dan paling penting sekali pendapatan per kapita seorang individu di Malaysia. Ia dibuat supaya keseronokan dan praktikaliti dapat dimaksimakan dan kos kewangan dan faktor susut diminimumkan. Dan bagi aspek yang tidak dikupas, atau tidak berupaya untuk dikupas, maka di sinilah daya imaginasi dan inovasi setiap pelayang memainkan peranan. Pilih yang terbaik. Jika setiap artikel sebelumnya dibaca dan difahami, pasti pemilihan terbaik berjaya dilakukan.
7 Tapi jika naluri anda jitu untuk mendapatkan juga satu atau semua daripada itu, atau anda merupakan seorang pengumpul / peminat (collector) peralatan pancing layang, tiada masalah. Selagi anda tidak kacau orang lain atau jentik telur mak bapak orang lain untuk merealisasikannya.
Dan dengan ini tamatlah segala hujah. Seperti yang diperkatakan di perenggan pertama, kemungkinan besar selepas ini aku ingin berehat seketika daripada menulis di ruangan ini dan ingin menumpukan kepada penulisan di blog (yang baru bermula).
Kemudian ada pula yang mempersoalkan kenapa tidak jarak antara WT dibuat lebih kecil? Seperti pemilihan 2WT, 4WT, 6WT dan seterusnya. Ataupun memilih setiap satu dari 0WT sehingga 16WT? Boleh. Semuanya boleh.
Lagipun topik-topik yang akan datang di ruangan ini selepas ini akan menjadi ultra-teknikal dan aku sememangnya tidak cukup ilmu untuk itu semua. Belum lagi. Jadi beri sedikit masa untuk aku belajar dan memahaminya lagi sebelum dikongsikan semula di sini. Selamat berjaya semua. Dan terima kasih di atas masa anda. - SIRIP -
Apakah pula boleh jika outfit 2WT mahu digunakan untuk memancing siakap atau gerepoh gergasi menggunakan dry fly?
INDUSTRY INFO
C
CABUTAN BERTUAH SHIMANO
abutan bertuah ini telah dijalankan di pejabat OFT Pancing pada 20 Februari, dengan sokongan kuat daripada Shimano Singapura. Cabutan bertuah ini dibuat ke atas pembeli gewang Shimano di Malaysia dan Singapura yang telah menghantar borang penyertaan bermula September hingga Disember 2012. Jumlah keseluruhan hadiah bernilai lebih RM 10K! Berikut adalah pemenangnya : Hadiah Shimano Rarenium (Hadiah Istimewa) Shimano Rarenium (Hadiah Istimewa) Shimano Rarenium (Hadiah Istimewa) Shimano Caranx Kaibutsu (Pertama) Shimano Biomaster (Kedua) Shimano Symetre (Ketiga) Shimano Speedmaster Kaibutsu (Ke-4) Beg Gewang Shimano (Ke-5) Beg Gewang Shimano (Ke-6) Beg Gewang Shimano (Ke-7) Beg Gewang Shimano (Ke-8) Pengepit Ikan Shimano (Ke-9) Pengepit Ikan Shimano (Ke-10) Pengepit Ikan Shimano (Ke-11) Pengepit Ikan Shimano (Ke-12) Pengepit Ikan Shimano (Ke-13) Topi Shimano (Ke-14) Topi Shimano (Ke-15) Topi Shimano (Ke-16) Topi Shimano (Ke-17) Topi Shimano (Ke-18)
Pemenang
Pengedar
Lim Kiam Huat
Tan Thong Cheong Co.
Kamarudin
Hup Lee Fishing Tackle
Setnonah Bin Yar
MG Sea Sports & Enterprise
Zulkeffli Bin Baharuddin Wong Sie Ho Adwin Tay Wei Sheng
Redline Enterprise Tan Thong Cheong Co. Topgear Fishing Tackle
James Robert
Geo Fish Tackle Supply
Mohd Jaafar Taibi Tarkiz Ruslan Lim Leong Foo Nee Bing King Lee Boon Huat Abu Bakar Boini Ken Tan Francis Toh David Lim Min Chong Cheong Leit Siong Chew Chee Loon Shuhairi Shamsir Wai Chung Fatt Na Aik Wee
Loconia Tackle Trading One Stop Fishing Accessories & Sport Top Ten Sport Suria Trading Co. Hup Lee Fishing Tackle Anglers’ Tackles Sincere Fishing Tackles Provision Shop Anglers’ Hut Coral Aquarium & Tackle Centre MG Sea Sports & Enterprise Coral Aquarium & Tackle Centre Geo Fish Tackle Supply Riverside Angler Enterprise Sincere Fishing Tackles Provision Shop
Para pemenang tidak akan dimaklumkan melalui surat, tetapi hanya melalui telefon. Hadiah hendaklah dituntut di pengedar Shimano di mana peserta menghantar borang penyertaan, dan dinasihatkan supaya membuat tuntutan dalam tempoh dua bulan. Penganjur berhak menukar hadiah yang sama tara nilainya tanpa makluman awal dan keputusan penganjur adalah muktamad. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan berharap anda terus mempercayai kualiti gewang Shimano. OFT Pancing dan Shimano Singapura akan meneruskan acara sebegini dengan hadiah lebih lumayan pada masa akan datang! - SIRIP -
SIRIP 59
FISHING REEL 101
Sumber : REDSETTA (http://alantani.com/) Terjemahan & Olahan : PAPA SIRIP
SERVIS OKUMA ANDROS 5 (Bhg.2) Okuma Andros 5 merupakan kekili menegak bersaiz kecil yang dicipta untuk memaksimumkan kepuasan pancingan bagi kategori tali 15 hingga 40 paun. Dengan reka bentuk dua kelajuan (kelajuan tinggi bernisbah gear 6.4 : 1, rendah 3.8 : 1), ia memanfaatkan keupayaannya dengan cemerlang walaupun saiznya cuma segenggam tangan anda. Kekili ini yang diperiksa putaran gelendongnya semasa posisi bebas, didapati hanya berputar selama 4 saat. Jadi ia perlu diservis untuk meningkatkan kelancaran dan kelicinan operasinya‌ (Bersambung daripada keluaran lepas) Gambar 26 : AMARAN! Keluarkan pendakap C dengan hatihati. Jangan sampai hilang akibat terpelanting! Gambar 27 : Keluarkan tudung nat pengayuh (key #516 - 1). Gambar 28 : Buka dua skru (key #930 - 1107) untuk kotak penukar klac (key #516).
26
Gambar 29 : Keluarkan kotak penukar klac (key #516), skru (key #930 - 1107), spring butang penekan (key #508) dan butang penekan (key #507) sebagai satu unit. Ia akan
Gambar 30 : Keluarkan skru pengayuh (key #515). Gambar 31 : Keluarkan nat pengayuh (key #501) dan perhatikan bahawa ia mempunyai putaran songsang. Gambar 32 : AMARAN! Buka pendakap E (key #900-0006) dan hati-hati jangan sampai ia terpelanting keluar. Gambar 33 : Keluarkan sesendal gear panduan (key #920 026). Gambar 34 : Keluarkan gear panduan halaju rendah (key #700 - 1) dan sesendal teflon (key #920 - 412) sebagai satu unit. Gambar 35 : Keluarkan gear panduan halaju tinggi (key #700) dan perhatikan orientasi dengan betul. Gambar 36 : Keluarkan pin transmisi gear panduan (key #507 - 1).
28
27
60 SIRIP
diasingkan ke tepi dan kemudian dipasang semula dengan bahagian ini menghadap ke atas.
29
30
31
32
33
34
35
36
37
Seksyen Pendedahan Ilmu & Teknik Memancing
Gambar 37 : Keluarkan sesendal logam tahan karat (key #920 - 026) diikuti dengan bushing teflon putih (key #726 - 1). Gambar 38 : AMARAN! Keluarkan pendakap C (key #901 0006) dengan hati-hati. Jangan sampai terpelanting! Gambar 39 : Buka pengayuh (key #500) dan shaf gera panduan (key #701) sebagai satu unit. Sekarang anda mudah akses kepada galas bebola plat sisi utama kanan (key #910 472) dan dua galas bebola shaf panduan (key #910 - 473). Gambar 40 : Ambil masa untuk memeriksa komponennya. Gambar 41 : Galas bebola plat sisi utama kanan (key #910 472) merupakan galas bebola Ezo buatan Jepun yang berkualiti tinggi dan berukuran 6 x 15 x 5 mm. Kita akan letakkan gris padanya. Gambar 42 & 43 : Pasangan galas bebola shaf gear panduan (key #910 - 473) berukuran 12 x 18 x 4 mm. Pelindunganya mudah dikeluarkan. Galas bebola ini mestilah diletakkan gris. Mari pasang semula plat sisi!
kanan (key #910 - 472). Gambar 45, 46 & 47 : Pasang semula galas bebola shaf gear panduan (key #910 - 473) dan bushing (key #726). Gambar 48 : Pasang semula set pengayuh (key #500) dan shaf gear panduan (key #701). Gambar 49 : AMARAN! Pasang semula pendakap C (key #901 - 0006) dengan cermat. Jangan sampai terbang! Gambar 50 : Pasang semula bushing teflon putih (key #726 - 1) dan sesendal logam tahan karat (key #920 - 026). Gambar 51 : Pasang semula set pin shaf klac (key #517) dan spring pemampat (key #204 - 1) sebagai satu unit. Gambar 52 : PERHATIAN! Pasang semula pin transmisi gear panduan (key #507 - 1) melalui shaf gear panduan (key #701) dan set pin shaf klac (key #517).
(Bersambung dalam keluaran hadapan)
Gambar 44 : Pasang semula galas bebola plat sisi utama
38
- SIRIP -
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
SIRIP 61
Oleh : MASDUKI MOHAMMAD MORNI (Pensyarah Perikanan Rekreasi di Universiti Malaysia Terengganu)
“Dalam hal yang hampir sama saya tertarik dengan kupasan yang dibuat oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan imej yang dikaitkan dengan watak seorang yang saleh. Beliau memetik kata-kata al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) : “Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi), ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggut tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementingkan dunia. Ini sebahagian dari riyak (menunjuk-nunjuk)”.” Beliau memetik kata-kata al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) : “Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi), ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggut tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementingkan dunia. Ini sebahagian dari riyak (menunjuknunjuk)”. Beliau juga menyatakan bahawa watak orang saleh sering ditonjolkan sebagai lelaki yang berserban, tangan sentiasa memegang tasbih, tidak bergaul dengan manusia biasa, sebaliknya hanya berjalan bersendirian. Sedangkan itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri riak dalam amalan. Apa yang dapat saya fahami, golongan seperti itu memang tidak langsung menampilkan ciri hidup berprestij. Mereka hidup dengan begitu sederhana. Namun sebahagiannya memilih jalan itu demi untuk menunjukkan mereka adalah orang saleh. Maksudnya mereka juga mengejar prestij kerana gelaran ‘orang saleh’ juga merupakan satu status yang berprestij dan disanjung dalam masyarakat.
Mencipta Prestij Dalam Pancing Rekreasi Terbentuk daripada acuan mengejar prestij tadi, kita sama sekali tidak akan reda untuk dilihat sebagai seorang yang lekeh. Sebagai pemancing kita berusaha untuk menunjukkan kepada umum bahawa memancing juga adalah suatu aktiviti yang berprestij. Ada kelas. Namun untuk dilihat berprestij, perlu ada imej yang perlu ditonjolkan. Contohnya, kerjaya-kerjaya pilihan tadi. Taraf prestij tidak diperolehi begitu sahaja. Sebahagiannya adalah hasil gaya hidup yang dipamerkan oleh penjawatnya. Manakala sebahagian yang lain adalah kesan daripada peranan mereka dalam masyarakat. Sekolah dan universiti juga tidak akan dilihat berprestij tanpa reputasi yang baik dalam menghasilkan pelajar dan graduan cemerlang. Pakaian, rumah dan kenderaan pula perlu menampilkan reka bentuk yang elegan dan mutu yang tinggi. Sedar akan perkara itu, ramai pemancing yang telah memulakan ‘operasi’. Dengan gaya dan cara masing-masing. Antaranya ada yang melalui penampilan. Ramai pemancing yang mula mengenakan ‘kostum-kostum’ yang mampu menggambarkan status pemancing yang bukan sebarangan. T-shirt pagoda dan seluar katok bukan lagi pakaian rasmi pemancing. Baju pejabat yang sudah di-’pencen’-kan juga tidak termasuk dalam senarai. Pemancing bukan sahaja sudah ada jersi, bahkan ada baju korporatnya. Tidak perlu membelek harga, design atau materialnya, melihat logo yang tercetak sudah cukup untuk menggambarkan bahawa ia bukan untuk mereka yang biasabiasa. Begitu juga dengan style. Kadangkala sampai susah hendak membezakan antara pemancing dengan artis. Lengkap dangan topi, sunglass, glove, sleeve dan macam-macam lagi. Cuma bermekap sahaja rasanya yang belum. Sedikit-sebanyak, itu semua dilakukan agar umum tidak lagi melihat memancing sebagai aktiviti yang kotor, berlumpur dan berselut. Juga bukan lagi busuk atau hanyir. Menggunakan modus operandi yang hampir sama, pemancing juga memberi fokus kepada soal perkakas memancing. Nilai ratusan ringgit bukan lagi menjadi pertimbangan pemancing dalam memlilih joran dan kekili. Angka ribu-ribuan sudah menjadi lumrah. Perkakas yang mereka gunakan juga semakin spesifik. Untuk memancing di kolam ada setnya, di sungai pula lain setnya, begitu juga di tasik, pantai dan laut. Masing-masing ada perkakasnya yang tersendiri. Belum lagi dilihat daripada gaya pancingan. Setiap style ada kelengkapan khususnya.
Pemancing juga semakin sensitif dengan perkembangan teknologi peralatan. Sedikit penambah-baikan atau peningkatan teknologi sudah cukup membuat pemancing berkira-kira untuk up grade. Semuanya harus up to date. Sampai ada pemancing yang lebih kerap terpancing, daripada memancing. Apa pun terima kasih atas ‘pengorbanan’ mereka. Sedikit sebanyak ia memberi imej berprestij kepada pancing rekreasi. Memancing bukan lagi hanya berjorankan pelepah bertam atau berkekilikan koyan. Sebaliknya untuk memiliki alatan memancing perlu berpoket tebal. Begitu juga dengan umpan. Ramai pemancing telah beralih dari penggunaan umpan semulajadi kepada umpan tiruan. Bermacam jenis gewang, sesudu, skirt, soft plastic, popper, metal jig, fly dan macam-macam lagi yang saya sendiri tak tahu namanya. Setiap jenis ada pula pecahannya. Cacing dan belalang semakin dilupakan. Dengannya imej geli dan menjijikkan yang selama ini sinonim dengan memancing semakin terhakis. Satu lagi aspek prestij dapat dicipta. Sebahagian besar pemancing hari ini juga telah berjaya menunjukkan bahawa memancing bukanlah sesuatu yang jumud, kaku dan kolot. Ia tidak lagi sekadar menyangkut umpan ke mata kail, mencampakkannya ke dalam air dan menunggu ikan malang. Sebaliknya memancing adalah aktiviti yang penuh dengan kemahiran, seni dan pengetahuan. Ia juga trendy. Perkembangan dan kemajuan telah banyak tercipta. Kalau dulu mungkin hanya bottom dan trolling yang umum dapat saksikan. Sekarang ada casting, popping, jigging, fly dan pelbagai lagi kaedah. Yang terbaru micro jigging pulak dah! Hari ini rahsia datuk nenek bukan lagi ilmu yang boleh dibanggakan sangat. Adakalanya nelayan veteran pun terpaksa belajar daripada pemancing rekreasi. Macamana ikan boleh makan besi… baru depa tau!!! Dalam bab amalan pun sebahagian pemancing telah mula menyerlahkan sifat elitis. Dengan mengamalkan tangkap dan lepas contohnya, pemancing mampu memadamkan tanggapan bahawa pemancing itu ‘kebulur’-kan ikan. Terdapat juga usaha menonjolkan penyertaan golongan atasan dan profesional dalam pancing rekreasi. Tidak setakat ahli perniagaan, doktor, lawyer atau hakim, foto Pak Lah (Tun Abdullah – mantan PM) memancing pun telah berulang kali saya saksikan dalam beberapa pembentangan di seminar-seminar berkaitan sukan memancing. Tujuannya untuk membuktikan bahawa memancing bukan lagi aktiviti yang dimonopoli oleh golongan bawahan dan kaum marhaen. Menggambarkan bahawa ia ada prestij.
Apa Pentingnya Prestij Dalam Pancing Rekreasi? Berdasarkan kupasan awal tadi, rasanya persoalan tentang perlunya imej berprestij dalam pancing rekreasi tidak perlu lagi kupasan panjang lebar. Jika selama ini diasuh untuk mengejar prestij, apa pula alasan untuk tidak memikirkan aspek yang sama dalam memilih aktiviti riadah. Sebahagian besar dari kita pun mungkin tidak akan memilih untuk menjadi pemancing jika aktiviti itu masih ditakok lama. Maksud saya masih menggunakan pelepah bertam sebagai joran, cacing dan belalang sebagai umpan serta puyu dan sepat sebagai buruan. Pusing punya pusing tujuannya adalah untuk meningkatkan jumlah pemancing seramai mungkin. Satu elemen yang asik diulang-ulang sebagai kunci utama perkembangan dan kemajuan industri perikanan rekreasi di sesebuah negara. Sekiranya imej prestij benar-benar dapat diserlahkan, ia bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan kita untuk mengaku SIRIP 63
Sirip Forum Fishy Forum “Jika golf dimainkan oleh golongan profesional, apa bezanya dengan pancing rekreasi? Mereka sudah setaraf. Begitu juga dari segi penampilan. Itu semua menggambarkan betapa eksklusifnya pancing rekreasi yang cuba ditonjolkan oleh sebahagian pemancing kita demi untuk dilihat berprestij. Sekiranya gambaran ini diambil sebagai gambaran yang tepat tentang pancing rekreasi, dikhuatiri ia akan mempengaruhi program pembangunan industri perikanan rekreasi di negara ini. Tentu amat malang jika pembangunan yang dilakukan meniru gaya pembangunan sukan golf.” sebagai pemancing. Bahkan masyarakat umum juga pasti tertarik untuk mengenali dan menjadi sebahagian daripadanya. Selain itu, prestij juga adalah lambang kemampuan ekonomi. Bila nampak macam berada, maka ramailah yang mahu ‘berkawan’. Dari situlah wujudnya penawar-penawar perkhidmatan. Ini termasuklah kedai-kedai pancing dan bot-bot sewa. Kesannya, hari ini, apa sahaja barangan terkini berkaitan alatan pancing boleh kita temui di negara ini. Begitu juga dengan tempat pancing. Ke mana sahaja kita hendak memancing pasti ada pihak yang sanggup menyediakan perkhidmatan. Bayangkan jika t-shirt lusuh dan seluar katok masih menjadi pakaian rasmi pemancing. Mungkinkah ada yang ingin ‘berkawan’ dengan kita seperti hari ini? Last but not least, bila dah ramai dan ada pula kemampuan ekonomi, pastinya pihak berkuasa akan memberi perhatian kepada pemancing. Tanpa perlu kita meminta-minta. Namun jika pemancing masih digambarkan sebagai golongan ‘kemaruk’ ikan, bukan keistimewaan yang akan diberi, tetapi sekatan. Pertambahan bilangan pemancing juga akan cuba dicantas. Itulah yang menjadi punca timbulnya dakwaan pemancing sebagai punca kepupusan ikan.
Eksklusif Namun, dalam kegairahan mencipta prestij kita jangan terlupa akan saudara kembarnya yang bernama eksklusif. Ini kerana imej prestij seringkali diiringi oleh sifat eksklusif. Setiap yang berprestij itu biasanya eksklusif dan sesuatu yang eksklusif itu lumrahnya adalah berprestij. Berbalik kepada soal cita-cita tadi. Setiap kerjaya berprestij itu bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan dan dicapai oleh semua orang. Ia ekslusif hanya kepada yang berkelayakan. Proses memperoleh kelayakan pula tidak mudah. Petani, nelayan, operator kilang, buruh dan yang seangkatan dengannya tidak dianggap berprestij kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tanpa perlu sebarang kelayakan khusus. Sekurang-kurangnya pada pandangan umum. Begitu juga dengan sekolah berasrama penuh dan kelas aliran sains yang turut dijadikan contoh tadi. Ia eksklusif untuk Kita semakin menyamakan sukan memancing setaraf dengan sukan golf. Jadi bagaimana hendak kita merakyatkan pancing rekreasi?
pelajar dan calon-calon terpilih sahaja. Pelajar yang gagal dalam tapisan akan diagihkan dalam sekolah harian atau kelas sastera. Kadangkala tanpa pelajar berpeluang membuat pilihan. Menjadikan ia tidak eksklusif dan tidak berprestij. Dalam hal pakaian, rumah atau kenderaan pula nilai ringgit menjadi ukuran. Yang berprestij itu dicipta ekslusif untuk yang berkemampuan. Itulah hakikatnya. Apa yang membimbangkan, sebahagian besar daripada pemancing juga menonjolkan imej prestij dengan cara yang sama, iaitu dengan cara meng-’eksklusif’-kan pancing rekreasi. Mungkin tanpa mereka sedari. Penampilan ala pemancing profesional dengan alatan bernilai ribuan ringgit contohnya, bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan dan dimiliki oleh semua orang. Ini menjadikan pancing rekreasi seolah eksklusif untuk golongan tertentu sahaja. Khususnya mereka yang berkemampuan dari segi ekonomi. (Perkara ini telah dibincangkan dalam isu 137 yang lalu). Kita juga mula menyamakan taraf pancing rekreasi dengan sukan golf. Jika pemain golf menggunakan kayu yang berbeza untuk pukulan yang berbeza, apa kurangnya dengan pemancing. Mereka juga menggunakan set yang spesifik untuk gaya pancingan spesifik. Bahkan daripada segi harga, satu set pancing sudah mampu mengatasi satu set lengkap kayu golf. Jika golf dimainkan oleh golongan profesional, apa bezanya dengan pancing rekreasi? Mereka sudah setaraf. Begitu juga dari segi penampilan. Itu semua menggambarkan betapa eksklusifnya pancing rekreasi yang cuba ditonjolkan oleh sebahagian pemancing kita demi untuk dilihat berprestij. Sekiranya gambaran ini diambil sebagai gambaran yang tepat tentang pancing rekreasi, dikhuatiri ia akan mempengaruhi program pembangunan industri perikanan rekreasi di negara ini. Tentu amat malang jika pembangunan yang dilakukan meniru gaya pembangunan sukan golf. Belanja yang besar perlu dikeluarkan demi memenuhi keperluan kelompok yang kecil. Pada masa yang sama, kelompok itu perlu mengeluarkan belanja yang begitu besar untuk menikmati aktiviti kegemaran meraka. Ia adalah proses evolusi yang tidak sihat, jika diterapkan dalam pembangunan industri perikanan rekreasi.
Kesimpulan Atas pelbagai alasan, pemancing sememangnya perlu menonjolkan imej-imej tertentu agar pancing rekreasi dilihat sebagai aktiviti yang berprestij. Malangnya imej-imej prestij itu seringkali menyebabkan pancing rekreasi dilihat sebagai eksklusif. Ini tentunya bertentangan dengan agenda merakyatkan pancing rekreasi yang telah kita bincangkan secara mendalam dalam dua keluaran yang lepas. Justeru, cabaran kepada pemancing adalah untuk meningkatkan prestij pancing rekreasi tanpa menjadikannya eksklusif. Bagaimana ia boleh kita lakukan? - SIRIP -
64 SIRIP
TIDE TABLE
1
(RAB)
2
(KHA)
3
(JUM)
4
(SAB)
5
(AHA)
6
(ISN)
7
(SEL)
8
(RAB)
9
(KHA)
10
(JUM)
11
(SAB)
12
(AHA)
13 (ISN)
14
(SEL)
15
(RAB)
Muara Harbour, Kuala Brunei Santubong
Tawau
Miri
Kedah Pier, Pulau Pinang
Lumut
Mersing
Pelabuhan Kelang
Port Dickson
Raffles Lighthouse
Tanjung Gelang
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
0459 1056 1639 2358 0624 1157 1745
2.1 1.3 2.4 1.0 2.0 1.5 2.2
0035 0723 1448 2115 0135 0819 1550 2231 0249 0921 1646 2337 0425 1032 1739
2.1 0.4 3.0 1.5 2.0 0.6 2.9 1.5 1.9 0.8 2.7 1.4 1.9 1.1 2.6
0338 0941 1553 2156 0426 1040 1700 2301 0529 1201 1828
1.2 4.5 1.7 4.3 1.6 4.2 2.1 3.9 1.9 4.1 2.2
0.8 2.4 0.5 2.3 0.9 2.3 0.7
1344 2249
1439 2249
2.1 0.4
1344 2324
1.9 0.4
1534 2350
2.0 0.5
1436
1.8
1645
1.8
0028 1541
0.6 1.6
1.1 3.3 1.2 2.6 1.4 3.0 1.5 2.4 1.7 2.8 1.6
0001 0713 1320 1901 0033 0746 1354 1930 0105 0820 1428 1956 017 0856 1500 2022
3.0 0.4 2.6 0.9 3.0 0.4 2.5 1.0 3.0 0.5 2.4 1.0 3.0 0.5 2.3 1.0
0007 0559 1100 1746 0043 0712 1237 1831 0112 0806 1354 1911 0138 0850 1456 1947 0203 0929 1547 2018 0229 1006 1632 2044 0256 1041 1712 2110 0325 1117 1753 2138 0357 1153 1836 2209 0431 1230 1921 2244 0505 1308 2010 2324
1.2 2.0 1.5 2.5 1.1 2.3 1.6 2.4 1.0 2.5 1.6 2.2 0.9 2.7 1.5 2.1 0.8 2.9 1.5 2.0 0.7 3.0 1.5 2.0 0.7 3.1 1.5 1.9 0.6 3.1 1.5 1.9 0.6 3.0 1.6 1.9 0.7 3.0 1.6 1.8 0.8 2.9 1.6 1.7
0041 0450 1103 1833 0127 0517 1131 1908 0208 0532 1203 1944 0246 0538 1232 2018 0330 0556 1257 2053 0430 0617 1322 2127
1.5 1.2 2.1 0.4 1.5 1.3 2.1 0.4 1.5 1.4 2.2 0.4 1.4 1.4 2.1 0.4 1.4 1.4 2.1 0.5 1.4 1.4 2.1 0.5
0033 0335 0955 1806 0133 0344 1018 1837 0233 0339 1043 1908 1111 1942
1.2 1.1 1.7 0.6 1.2 1.2 1.7 0.5 1.2 1.2 1.8 0.4 1.8 0.4
1140 2018
1.8 0.4
1210 2055
1.8 0.5
2.0 0.7 2.8 1.5
0.9 4.7 1.3 4.9 0.9 4.7 1.3 4.9 0.9 4.7 1.3 4.8 1.0 4.6 1.4 4.7 1.1 4.6 1.5 4.5 1.3 4.4 1.7 4.3
0.6 2.4 0.6 2.8 0.6 2.4 0.5 2.8 0.6 2.5 0.4 2.8 0.6 2.5 0.3 2.8 0.7 2.5 0.3 2.7 0.7 2.5 0.3 2.6 0.8 2.4 0.4 2.5 0.8 2.4 0.5 2.4
1.3 2.5 0.8 2.5 1.1 2.5 0.8 2.6 0.8 2.6 0.8 2.8 0.7 2.6 0.8 2.9 0.6 2.6 0.8 3.0 0.5 2.6 0.9 3.0 0.5 2.6 0.9
0003 0620 1344 2007
0019 0611 1216 1820 0051 0642 1245 1850 0120 0710 1313 1919 0147 0738 1340 1949 0213 0806 1409 2019 0241 0836 1441 2051
0019 0546 1212 1802 0056 0621 1247 1833 0129 0654 1320 1904 0158 0729 1351 1935 0225 0803 1423 2007 0253 0835 1453 2038 0321 0905 1523 2112 0349 0934 1553 2149
0152 0745 1441 2054 0313 0900 1533 2137 0409 1000 1616 2209 0454 1048 1652 2235 0533 1131 1728 2301 0609 1209 1801 2330 0643 1246 1831
2.4 1.8 2.7 1.6 2.6 1.6 2.8 1.4 2.9 1.3 2.9 1.2 3.1 1.1 3.0 1.1 3.3 0.9 3.0 0.9 3.4 0.8 3.0 0.9 3.4 0.7 3.0
0.7 2.6 1.2 2.7 0.8 2.5 1.3 2.6
1.2 2.1 1.3 2.5 1.1 2.3 1.4 2.4 1.0 2.5 1.4 2.3 0.8 2.7 1.4 2.2 0.7 2.8 1.4 2.2 0.6 2.9 1.4 2.2 0.6 2.9 1.4 2.1 0.6 2.9 1.4 2.1 0.6 2.9 1.5 2.0 0.6 2.8 1.5
0107 0658 1336 2005 0254 0845 1510 2113 0357 0943 1615 2158 0442 1029 1705 2237 0520 1108 1746 2311 0553 1145 1823 2344 0623 1219 1854
0026 0638 1232 1827 0056 0712 1308 1900
0027 0604 1153 1828 0108 0723 1309 1911 0144 0822 1415 1949 0218 0909 1511 2024 0250 0952 1600 2058 0323 1032 1642 2133 0359 1109 1722 2209 0435 1147 1800 2246 0511 1225 1839 2323 0545 1304 1922
0.6 1.5 1.4 1.7 0.8 1.6 1.2 1.6 0.9 1.7 1.0 1.5 1.0 1.8 0.8 1.5 1.1 1.9 0.6 1.5 1.2 2.0 0.5
0.7 1.4 1.4 1.4 0.8 1.4 1.2 1.3 0.9 1.4 1.0 1.2 1.0 1.5 0.8 1.2 1.1 1.6 0.7
2.4 0.9 2.7 0.8 2.4 0.9 2.7 0.7 2.4 0.9 2.7 0.7 2.4 0.9 2.7 0.7 2.3 1.0 2.7 0.8 2.3 1.1 2.6 0.9 2.2 1.2 2.5 1.0
2.2 1.2 2.7 1.2 2.3 1.1 2.8 1.0 2.4 1.0 2.9 0.9 2.5 1.0 2.9 0.8 2.6 1.0 3.0 0.7 2.7 1.0 3.0 0.7 2.7 1.0 2.9 0.6 2.6 1.1 2.9 0.7 2.6 1.1 2.8
0049 0924 1326 1824 0141 0928 1456 1957 0225 0938 1554 2130 0304 0958 1639 2247 0340 1020 1720 2349 0416 1039 1756
0123 1011 1307 1708 0200 0954 1518 1909 0223 0948 1616 2136 0246 0943 1658 2320 0311 0941 1734
0017 0654 1235 1939 0052 0725 1305 2009 0125 0753 1335 2037 0159 0820 1404 2104 0231 0846 1431 2131 0304 0912 1456 2201 0338 0939 1521 2233
0026 0637 1319 1953 0140 0742 1410 2041 0236 0834 1452 2121 0321 0917 1528 2156 0359 0954 1601 2229 0435 1028 1631 2300 0507 1100 1700 2329 0538 1130 1728 2358 0608 1200 1757
3.7 2.1 4.2 2.1 3.8 2.0 4.4 1.8 4.0 1.8 4.6 1.5 4.3 1.5 4.8 1.2 4.5 1.4 4.9 1.1 4.6 1.3 4.9
1.8 0.8 3.0 1.5 1.7 1.0 2.9 1.4 1.8 1.3 2.7
0243 0940 1543 2208 0328 1034 1644 2319 0441 1152 1814
0035 0649 1323 1959 0203 0813 1438 2115 0317 0924 1540 2214 0414 1020 1631 2302 0459 1105 1712 2343 0538 1143 1748
0026 0653 1501 2216 0210 0758 1600 2319 0422 0921 1654
1439 2351
2.1 1.1 2.1 0.9 2.0 1.1 2.1 0.8 2.0 1.0 2.3 0.7 2.1 0.9 2.5 0.6 2.3 0.7 2.7
3.2 0.5 2.3 1.2 3.0 0.6 2.2 1.3 2.8 0.7 2.1 1.4 2.6 0.8 2.3
0.6 3.2 1.6
0018 0646 1238 1943 0159 0811 1423 2129 0325 0936 1550 2240 0423 1041 1646 2335 0508 1132 1727
0230 0954 1605 2120 0326 1054 1711 2218 0433 1211 1837 2356 0605 1331 1956
0558 1403 2105
1.1 2.0 1.6 2.0 1.2 2.1 1.5 2.0 1.1 2.3 1.4 2.1 1.0 2.4 1.2 2.2 0.9 2.5 1.0 2.3 0.9 2.6 0.9
0.7 2.6 1.3 2.5 0.9 2.5 1.5 2.3 1.1 2.5 1.5 2.2 1.2 2.6 1.4
0502 1031 1659 2301 0546 1124 1803
0116 0807 1351 1933 0245 0937 1538 2111 0356 1033 1652 2215 0453 1112 1743 2302 0538 1141 1826 2340 0619 1208 1905
0155 0823 1423 2010 0248 0934 1535 2117 0354 1054 1711 2250 0517 1214 1845
1242 2137
1.8 0.5
0014 0652 1250 1923 0041 0720 1320 1951 0108 0749 1347 2018 0136 0819 1415 2044 0203 0850 1444 2114
0.8 3.5 0.7 3.0 0.9 3.5 0.8 3.0 0.9 3.5 0.9 2.9 1.0 3.4 1.0 2.8 1.2 3.3 1.2 2.7
BULAN PENUH
70 SIRIP
BULAN BARU
(Kuantan)
Kota Kinabalu
1552
0049 0853 1127 1726 0134 0855 1422 1909 0206 0858 1526 2051 0232 0908 1612 2212 0256 0927 1653 2323 0320 0950 1731 0027 0340 1015 1809 0126 0400 1043 1846 0227 0418 1114 1923 0340 0423 1144 2001 1215 2040
1245 2121
1.9 0218 0.4 0902 1453 2026 1.8 0312 0.5 0957 1551 2130 1.6 0412 1056 1654 2238 0.6 0519 1.3 1158 1.3 1803 1.5 2351 0.7 0631 1.4 1259 1.1 1910 1.4 0.8 0107 1.5 0742 1.0 1353 1.3 2008 0.9 0219 1.5 0843 0.8 1438 1.3 2059 1.0 0319 1.6 0933 0.6 1518 1.2 2144 1.1 0409 1.7 1017 0.5 1553 2224 1.2 0454 1.1 1055 1.8 1623 0.4 2302 1.2 0536 1.1 1131 1.8 1652 0.4 2337 1.2 0614 1.2 1205 1.9 1719 0.4 1.2 0009 1.2 0652 1.9 1238 0.4 1747 1.8 0043 0.4 0729 1311 1821 1.8 0118 0.5 0808 1349 1901
0.6 4.8 2.0 4.1 0.9 4.6 2.2 4.0 1.2 4.4 2.2 3.9 1.5 4.3 2.1 3.8 1.7 4.3 1.8 3.9 1.8 4.3 1.5 4.1 1.9 4.3 1.3 4.3 1.9 4.4 1.0 4.5 1.9 4.3 0.8 4.6 1.9 4.3 0.8 4.7 2.0 4.2 0.7 4.7 2.0 4.1 0.8 4.7 2.1 4.1 0.9 4.6 2.1 4.0 1.0 4.4 2.2 3.9
1 ~ 31 MEI 2013
16
(KHA)
17
(JUM)
18
(SAB)
19
(AHA)
20 (ISN)
21
(SEL)
22
(RAB)
23
(KHA)
24
(JUM)
25
(SAB)
26
(AHA)
27 (ISN)
28
(SEL)
29
(RAB)
30
(KHA)
31
(JUM)
Kedah Pier, Pulau Pinang
Lumut
Mersing
Pelabuhan Kelang
Port Dickson
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER
MASA METER MASA METER
0423 1010 1547 2311 0534 1054 1622
2.1 1.3 2.3 1.1 2.0 1.5 2.2
0045 0655 1426 2058 0134 0734 1510 2154 0235 0820 1553 2248 0353 0919 1636 2331 0518 1040 1715
1.9 0.8 2.7 1.5 1.8 0.9 2.6 1.4 1.8 1.1 2.5 1.4 1.8 1.2 2.4 1.2 1.9 1.4 2.3
0310 0909 1517 2124 0344 0950 1602 2207 0426 1043 1705 2305 0528 1155 1836
1.5 4.3 1.9 4.1 1.8 4.1 2.1 3.8 2.0 4.0 2.3 3.7 2.2 4.0 2.3
0419 1004 1626 2233 0454 1041 1712 2330 0542 1138 1823
0.9 2.3 0.6 2.2 1.0 2.2 0.8 2.0 1.1 2.1 1.0
1.7 0.6
1314 2221
1.7 0.6
1355 2247
1.6 0.6
1426 2248
1.9 0.7
1349 2308
1.6 0.7
1445 2332
1.5 0.7
1524 2335
1.7 0.7
1428 2354
1.5 0.7
0812 1034 1606
1.3 1.3 1.4
0832 1202 1656
1.5 1.5 1.6
0928 1056 1527
1.4 1.4 1.4
2.1 0.2
2.0 0.3
1246 2157
2.0 0.4
1338 2216
1.9 0.5
1334 2243
1.8 0.5
0100 0642 1432 2140
1.8 0.8 3.0 1.2
0642 0743 1430 2257
1.3 1.3 1.7 0.6
0.1 5.2 1.7 4.4 0.2 5.1 1.8 4.3 0.5 4.9 1.9 4.2 0.8 4.7 1.9 4.0
1.6 1.3 2.3 0.2 1.6 1.4 2.4 0.1 1.6 1.5 2.4 0.1 1.5 1.5 2.4 0.2 1.5 1.5 2.3 0.3 1.5 1.5 2.1 0.4 1.5 1.5 1.9 0.6
1200 2108
1249 2130
0025 0706 1258 1821 0116 0755 1348 1920 0207 0845 1439 2019 0257 0936 1535 2120
0038 0430 1042 1825 0138 0512 1129 1915 0244 0553 1216 2005 0403 0631 1301 2053 0510 0710 1346 2139 0556 0754 1431 2223 0623 0856 1522 2304
2.1 0.2
3.4 0.2 2.6 1.0 3.3 0.3 2.5 1.0 3.2 0.4 2.5 1.1 3.0 0.5 2.4 1.2
1.3 1.2 2.0 0.2 1.3 1.2 2.1 0.1 1.3 1.2 2.1 0.1 2.1 0.2
1115 2017
0043 0811 1426 1952 0131 0900 1513 2037 0220 0950 1600 2124 0315 1043 1652 2220
0038 0312 0951 1810 0144 0345 1033 1900 0253 0416 1117 1951 1202 2041
1.3 1.2 1.8 0.4 1.3 1.3 1.9 0.2 2.0 0.2
2.0 0.4 3.0 1.3 2.0 0.6 2.8 1.2
0.8 4.9 1.0 5.3 0.6 5.1 1.0 5.3 0.5 5.1 1.0 5.2 0.6 5.1 1.2 5.0 0.8 4.9 1.4 4.7 1.1 4.7 1.7 4.4 1.4 4.5 1.9 4.1
0028 0249 0922 1746 0137 0309 0955 1835 1034 1925
0028 0711 1431 2058 0133 0804 1519 2158
0002 0555 1205 1814 0047 0642 1252 1858 0130 0726 1337 1941 0212 0811 1422 2023 0253 0856 1508 2107 0334 0942 1558 2153 0418 1034 1653 2247
3.8 2.0 4.3 1.6 4.0 2.0 4.4 1.2 4.4 1.9 4.6 0.8 4.7 1.8 4.6 0.5 5.0 1.7 4.7 0.2 5.2 1.6 4.6 0.1 5.3 1.6 4.6
0.8 1.6 1.3 1.5 0.9 1.7 1.0 1.5 1.0 1.9 0.8 1.5 1.1 2.0 0.5 1.5 1.2 2.2 0.3
0.8 1.4 1.2 1.2 0.9 1.5 1.0 1.2 1.0 1.6 0.8 1.2 1.1 1.7 0.6
0.7 2.5 0.4 3.0 0.6 2.6 0.3 3.1 0.6 2.7 0.2 3.0 0.6 2.7 0.2 3.0 0.6 2.8 0.3 0.8 0.6 2.7 0.4 2.6 0.7 2.6 0.6 2.4 0.9 2.5 0.7 2.2
1.0 2.4 1.6 2.2 0.8 2.7 1.6 2.1 0.6 3.0 1.5 2.0 0.4 3.2 1.5 2.0 0.2 3.4 1.5 2.0 0.2 3.4 1.5 1.9 0.2 3.4 1.5 1.9 0.3 3.3 1.5 1.8 0.5 3.2 1.4
0019 0624 1246 1923 0128 0732 1333 2014 0232 0835 1419 2105 0331 0932 1504 2154 0427 1026 1549 2245 0522 1119 1636 2336 0614 1208 1726
0026 0802 1410 1846 0118 0819 1510 2032 0209 0845 1600 2230 0259 0919 1648 2340 0346 0958 1737
0037 0851 1449 1745 0114 0847 1536 2112 0149 0850 1617 2312 0221 0858 1700
0022 0543 1220 1808 0118 0632 1315 1851 0209 0722 1406 1936 0257 0812 1453 2021 0340 0859 1537 2108 0420 0943 1621 2158 0457 1027 1708 2253 0535 1115 1805 2355
0011 0721 1307 1810 0041 0808 1417 1851 0115 0855 1516 1929 0153 0942 1610 2008 0236 1031 1704 2048 0320 1120 1759 2133 0407 1208 1854 2224 0455 1257 1951 2330 0546 1345 2047
0.8 1.4 1.2 1.3 0.8 1.5 1.0 1.2 0.9 1.6 0.8 1.2 1.0 1.7 0.5 1.3 1.1 1.9 0.4
0.4 2.9 1.0 3.0 0.5 2.8 1.2 2.8 0.7 2.8 1.3 2.6 0.9 2.7 1.4 2.4
1.1 .1 1.4 2.2 0.9 2.3 1.4 2.2 0.7 2.6 1.4 2.2 0.5 2.8 1.4 2.2 0.3 3.0 1.3 2.2 0.2 3.1 1.4 2.2 0.1 3.2 1.4 2.1 0.1 3.1 1.4 2.1 0.2 3.1 1.3
1.3 2.2 1.0 2.4 1.2 2.2 0.9 2.6 1.0 2.3 0.9 2.8 0.7 2.5 0.9 3.0 0.5 2.6 0.9 3.2 0.4 2.7 0.9 3.3 0.3 2.7 0.9 3.4 0.2 2.7 0.9
0019 0644 1236 1828 0103 0733 1325 1913 0147 0824 1420 2002 0235 0919 1522 2100
0008 0633 1204 1755 0045 0734 1313 1838 0124 0825 1415 1923 0207 0914 1514 2009 0252 1003 1613 2056 0341 1054 1710 2144 0434 1148 1807 2235 0527 1243 1902 2329 0620 1338 1959
0007 0618 1316 1935 0148 0756 1420 2028 0311 0907 1515 2109 0409 1007 1601 2148 0456 1100 1646 2228 0541 1154 1733 2311 0630 1246 1820 2356 0720 1337 1907
0014 0804 1355 1801 0053 0802 1501 2001 0129 0813 1549 2202 0204 0838 1634 2327 0238 0911 1722
2.5 0.7 2.9 0.5 2.5 0.8 3.0 0.5 2.5 0.8 3.0 0.5 2.5 0.9 2.9 0.6 2.4 1.1 2.7 0.7 2.3 1.3 2.5 0.9 2.2 1.5 2.3
2.2 1.2 2.8 1.2 2.4 1.1 2.9 1.0 2.5 1.0 3.0 0.7 2.7 0.9 3.1 0.6 2.8 0.9 3.2 0.4 2.9 0.9 3.2 0.4 2.9 0.9 3.1
3.6 2.2 4.1 2.1 3.8 1.9 4.4 1.8 4.1 1.6 4.7 1.4 4.4 1.3 5.0 1.1 4.7 1.1 5.2
0038 0718 1252 2005 0122 0802 1334 2048 0208 0845 1417 2131 0257 0929 1500 2214 0353 1013 1545 2259 0459 1101 1629 2347 0613 1158 1718
0031 0635 1313 1949 0138 0737 1404 2038 0234 0832 1451 2124 0325 0923 1536 2209 0416 1013 1620 2253 0506 1101 1703 2337 0555 1148 1745
0030 0659 1328 2010 0211 0823 1446 2121 0320 0928 1547 2219 0415 1023 1639 2312 0507 1116 1729
1.7 1.0 2.8 1.4 1.6 1.2 2.7 1.4 1.6 1.4 2.5 1.3 1.8 1.6 2.4 1.1 2.1 1.6 2.3
1.2 4.2 2.3 3.8 1.5 4.1 2.3 3.7 1.7 4.1 2.3 3.6 1.8 4.1 2.2 3.7 2.0 4.2 1.9
2.0 0.6
0015 0617 1428 2154 0130 0700 1510 2240 0327 0804 1554 2316 0518 0942 1640 2344 0628 1135 1726
0154 0848 1433 1953 0236 0931 1523 2054 0323 1017 1622 2200 0416 1106 1724 2308 0517 1156 1826
1350 2206
1.9 1.1 2.1 1.0 1.9 1.1 2.2 0.9 2.1 0.9 2.5 0.8 2.2 0.7 2.7 0.7 2.4 0.5 2.9
2.9 0.6 2.2 1.1 2.8 0.7 2.1 1.2 2.6 0.8 2.1 1.3 2.4 0.9 2.2
1318 2203
0048 0647 1301 1959 0211 0804 1437 2127 0318 0918 1548 2232 0410 1023 1640 2326 0457 1122 1725
0209 0935 1535 2052 0246 1018 1620 2135 0333 1109 1718 2241 0439 1209 1828
0.9 2.9 1.5
1.2 2.0 1.6 2.1 1.3 2.0 1.7 2.0 1.2 2.2 1.5 2.0 1.1 2.4 1.3 2.1 1.0 2.5 1.1 2.3 0.9 2.7 0.9 2.4 0.8 2.8 0.7
0.9 2.5 1.4 2.5 1.1 2.4 1.5 2.3 1.2 2.4 1.6 2.2 1.3 2.5 1.5 2.1 1.3 2.6 1.4
0540 1348 2103
0003 0650 1211 1727 0114 0808 1402 1935 0240 0920 1552 2108 0354 1012 1657 2215 0453 1054 1748 2308 0544 1133 1836 2353 0632 1211 1922
0130 0753 1351 1938 0208 0842 1445 2023 0257 0946 1555 2130 0400 1101 1731 2303 0519 1213 1850
1424 2320
1.7 0.7
Tanjung Gelang Raffles (Kuantan) Lighthouse
Kota Kinabalu
Kuala Muara Harbour, Santubong Brunei
Tawau
Miri
0234 0923 1518 2150 0309 1001 1557 2238 0357 1053 1655 2358 0530 1211 1841
1.3 3.2 1.3 2.6 1.5 3.0 1.5 2.5 1.7 2.8 1.7 2.5 1.9 2.7 1.8
0143 0738 1354 2018 0303 0858 1523 2118 0356 0953 1624 2203 0442 1040 1715 2245 0525 1125 1802 2325 0608 1208 1845
2.6 1.8 2.7 1.7 2.8 1.6 2.7 1.5 3.1 1.3 2.9 1.3 3.3 1.0 3.0 1.1 3.5 0.8 3.0 0.9 3.7 0.6 3.1
0005 0651 1251 1926 0044 0732 1332 2007 0123 0814 1413 2047 0204 0857 1454 2129 0247 0942 1538 2217 0336 1031 1625 2314
0.8 3.8 0.6 3.1 0.8 3.8 0.6 3.0 0.9 3.7 0.8 3.0 1.0 3.6 0.9 2.9 1.2 3.4 1.2 2.8 1.4 3.1 1.4 2.7
SIRIP 71