Majalah Sirip Julai 2015

Page 1










1

3 2

4



The Mountain Black Bass Discovery

5 5. Bangkar dan reba berselirat

sepanjang sungai. Dapatkah anda bayangkan kalau black bass merenggut gewang anda di celah reba padat dengan air yang berarus di dalam sungai yang sempit?

6. Tapak khemah kami di hulu setelah lebih kurang 5 jam menongkah arus dari Long Cun.

7. Belut sungai yang mencuri umpan yang dipasang malam hari. Takde rezekilah nak dapat sapan (kelah).

6

10 SIRIP

7


8. Stike

pertama dari Papik yang memecahkan badi kumpau ekspedisi ini.

9. Halco Sorcerer 125 selaman 1 meter warna keemasan terbukti berkesan dalam air yang keruh.

10. Salam selamat tinggal untuk

8

strike di kemudian hari.

9

10

SIRIP 11


The Mountain Black Bass Discovery 11. Pak Welie dengan spesimen

yang ketara belangnya dalam ekspedisi sebelum ini yang turut kumpau dek ke-rana hujan. Cuaca Long Cun ini sukar dijangka dan seringkali ditimpa hujan, sekaligus menyelamatkan black bass daripada sering diburu pemancing.

12. Terdapat banyak kawasan + rantau sungai yang lurus 13. memanjang, tenang dan

berkayu di kiri kanannya. Terasa seriau melalui kawasan ini seakan melintasi sarang monster yang sedang tidur lena menanti dikejutkan.

14. Akhirnya dendam kesumat + untuk mencipta rekod black 15. bass pergunungan tercapai

apabila spesimen 5.5 kg membaham Storm WildEye Minnow yang saya lemparkan di bawah teduhan pokok besar.

12

13

12 SIRIP

11


15

14 SIRIP 13


The Mountain Black Bass Discovery

16

17

18

14 SIRIP


19

20 16. Black bass sungai mega ang-

garan 8 - 9 kg muncul jua. Tahniah Papik!

17. + Lepas, tanda terima kasih! 18. tidak mampu 19. Sebarau membe-sar jadi badong kerana ada spesies yang lebih samseng daripadanya.

20. Spesimen kelah / sapan mega

pernah ditewaskan Pak Icun di sini, tetapi anehnya sirip dan sisiknya kebiruan pula!

SIRIP 15


The Mountain Black Bass Discovery *Hubungi emel eastborneo-sportfishing@gmail.com atau facebook East Borneo Sportfishing jika ingin mencabar diri anda untuk berhadapan dengan black bass air tawar Long Cun, Kalimantan Timur.

21. Ikan terakhir daripada Arin + Aseva. Biarpun cuma saiz 22. juvenil, Arin teruja kerana

ia bukan black bass muara, sebaliknya spesies sama yang peliknya tinggal di sungai pergunungan.

22 16 SIRIP

21

- SIRIP -


NO TUNING REQUIRED SELF-TUNING LINE TIE

PATENT PENDING


The Tioman Temptation

di penjuru TIOMAN

Trip ‘fully jigging’ untuk mengenal pasti potensi perairan luar taman laut Tioman dengan khidmat tekong muda Mat Rompin yang sedang meningkat popular...

Panorama indah ketika petang di Pulau Tioman.

Sa ga i da ri B oy de ng an jig Vi pe r St ile tt o 20 g.

g sagai pak gen T e rs e re m y e ra n g b il is . en fr e n z y m

18 SIRIP

H an ya se ek or be rj ay a di jin to ng ko l ak R om pi n ke tik ka n M at a bo ili ng .

ra n r de ng an jo A si an A ng le e Th ill Ph . ol eh r 20 00 Ta la ng 5 kg ke ki li C ha ze PE 0. 6 da n Vi pe r Ve no m


Teks & Fotografi : YEIM ANGLER

Deretan bot mewah dan kapal layar memenuhi marina di Pulau Tioman.

T

erkenalnya Tioman sebagai destinasi pelancongan tidak perlu diceritakan lagi. Kekayaan khazanah laut pulau di bawah jajahan Rompin, Pahang ini telah terpelihara semenjak perairannya sejauh 2 batu nautika dari pantai diwartakan pada tahun 1994 sebagai Taman Laut, bersama-sama pulau sekitarnya seperti Pulau Sepoi, Pulau Cheben, Pulau Tulai dan Pulau Jahat.

Kebanyakan bot di sini guna dua enjin sangkut berkuasa tinggi. Arus juga menjadi faktor utama apabila memilih saiz jig. Ini perlu difikirkan dengan kreatif oleh seorang jigger bagi memecah kod rahsia sesebuah lubuk untuk mengangkat trofi kemenangan.

Lubuk Pertama Masing-masing mula turunkan jig apabila Mat Rompin beri green light setelah paparan

Kalau ditinjau dari udara, bentuk Pulau Tioman ini macam paha ayam. Ia terpisah sejauh 70 km dari Mersing (Johor) dan 36 batu nautika dari Tanjung Gemok, Kuala Rompin. Ada beberapa kampung utama di pulau ini antaranya Kg. Air Batang, Kg. Salang dan Kg. Mukut. Hanya Kg. Juara yang menghadap Laut China Selatan, manakala yang lain menghadap daratan Semenanjung Malaysia. Indahnya pulau ini… Sambil seronok memancing di perairannya, kita dapat menghayati kebesaran Maha Pencipta. Sambil itu menikmati hidangan menu tempatan, menjalin muhibbah dengan rakan-rakan baru serta tekong tempatan. Itulah kenangan manis trip Tioman ini apabila anggota trip dari tiga penjuru iaitu dua dari Selangor (Abg. Z dan Wilson), tiga dari K.L (Zai Pacak, Aboy dan Phill), dan dua dari Johor (Eric dan saya) rata-ratanya tidak mengenali satu sama lain, telah disatukan dalam bot yang dikemudikan Mat Rompin. “Trip fully jigging maa…” tegas Eric sambil tersenyum membuatkan Zai Pacak dan Abg. Z yang gila apollo agak terkilan. Apa tidaknya, sejak pertama kali kami jumpa di warung tepi jalan untuk bersarapan, mereka berdua asyik bercerita pengalaman trip apollo yang pecah tong.

Perjalanan Ke Lubuk Kami menikmati sajian panorama indah sepanjang perjalanan menuju ke lubuk. Terdapat banyak pulau kecil tiada penghuni bertaburan di sekitar Tioman. Terpaku seketika melihat puncak gunung-ganang yang timbul menjadi ‘pulau’ yang sungguh menak-jubkan ciptaan yang Maha Esa. Bot mula hampiri salah satu spot jigging terbaik simpanan Mat Rompin yang dalamnya sekitar 60 - 80 kaki. Ini memerlukan penggunaan jig agak berat untuk cepat sampai ke dasar. Namun ia perlu dipadankan dengan kelembutan joran agar tidak mencacatkan aksi tarian jig ketika dimainkan.

Ikan cupak memberi lesen jigging buat Abg. Z yang kaki apollo.

SIRIP 19


The Tioman Temptation Talang pandan yang kasar turut serta dalam kelompok sagai dan jemuduk yang sedang frenzy meligan jig.

Hanya anak sagai pengubat hati saya. skrin sonar menunjukkan ada banyak kelibat ikan di bawah bot yang sedang berhayut. Sunyi seketika, namun beberapa minit berlalu, Aboy menerima strike pertama sagai sebagai pembuka tirai trip. Joran Venom 6 - 15 paun melengkung cantik dihenjut. Saiz joran yang boleh dikategori mikro memberi keseronokan maksimum walaupun bertarung dengan saiz juvenil. Seketika pula kami melihat boiling tongkol skala 3 - 4 kg. Namun apabila bot hampiri, kawanannya terus menghilang. Kelihatannya ikan ini sudah culas dengan kehadiran bot, namun dapat juga dijerat salah seekor oleh Mat Rompin.

Pembakar Semangat Strike yang berlaku menjadi pembakar semangat kami. Abg. Z dan Zai Pacak yang memang malas jigging semakin semangat mengunjun kepingan besi ‘bodo’ komen mereka apabila tidak diberi pilihan untuk mem-bottom. Zai Pacak bersama sagai yang berjaya beliau jig buat pertama kalinya.

Phill dari The Asian Angler pula mendapat strike kasar yang sungguh mendebarkan. Mangsa membenam dengan larian mengelilingi bot di samping jeritan panjang kekili Chazer 2000 yang membuatkan kami terhibur dan memberi sorakkan semangat kepada beliau. Hasilnya terdampar seekor talang hampir 7 kg yang membakar lagi semangat kami yang masih kumpau strike ikan besar. Phill terus membeli set pancing yang diuji itu lantaran sangat berpuas hati dengan prestasi joran Venom terbaru yang telah dihanyirkannya sendiri. Mat Rompin memecut bot ke port seterusnya yang telah kelihatan boiling ikan besar dalam kawanan ikan bilis yang bertempiaran. Mat Rompin bertindak pantas menghanyutkan bot melintasi kawanan bilis itu. Maka berlakulah pertempuran antara jig mikro dengan sekumpulan sagai ber. Masing-masing berebut menaikkan sagai setiap kali jig jatuh di tengah kawanan bilis.

Aksi Aboy dengan joran Viper Venom yang diuji.

20 SIRIP

Situasi sagai frenzy ini berlaku seketika sahaja. Mungkin angkara kes rabut yang banyak berlaku. Saya hanya nikmati karan separuh perlawanan apabila dua kali pertarungan yang memihak kepada lawan‌ kumpau.


Eric (tengah) menjadi ketua komplot bersama Aboy dan Wilson dari KL.

Chalet Kg. Mukut Kami menuju ke chalet penginapan yang telah ditempah untuk bermalam di Pulau Tioman. Dari kejauhan kelihatan seperti sebuah bukit besar kebiruan jauh di tengah laut. Ketika bot Mat Rompin mendekatinya, perkampungan, resort dan marina mula kelihatan. Deretan bot menjadi suatu pemandangan biasa di sini. Bot nelayan tempatan, bot pancing, feri penumpang, bot scuba diving, kapal layar dan lain-lain. Kelihatan seperti pelabuhan kecil di tengah laut. Teringat pula filem ‘Pirate of the Carribean’, cuma kapal dan botnya sudah dimodenkan.

Lubuk pertama untuk diduga. Melendut joran hanya kerana jig, namun pada unjunan pertama saya dengan gaya laju dan berhenti seketika kemudian laju kembali, satu sambaran kasar diterima. Menjerit nyaring kekili Chazer memuntahkan tali. Perlawanan berlangsung seketika sahaja apabila ikan berjaya memutuskan perambut 20 paun. Situasi sama berlaku kepada rakan-ra-

Bot berlabuh di Mukut dan kami menginap di salah sebuah chalet kampung yang banyak terdapat di sini. Walaupun chalet bajet, namun tersedia semua kemudahan asas seperti mandian air panas, Astro, pendingin hawa serta wifi percuma.

Mencari Strike Awal pagi kami dah dikejutkan untuk sesi jigging hari kedua di Tioman. Setelah bersiap, enjin bot dihidupkan dan bot dipandu menuju ke lubuk pilihan Mat Rompin. Pada labuhan pertama, skrin sonar menunjukkan kedalaman air hampir 200 meter. Dalamnya! Cukup-cukup tali utama kekili saiz 2000. Tetapi Mat Rompin berpesan usah khuatir sebab ikan di sini makan separuh air pada kedalaman 100 meter dari dasar. Namun begitu, arus pula terlampau deras. Jig 40 g melayang, lalu kami terpaksa menaikkan saiz jig kepada 60 g.

Bot Mat Rompin cukup luas untuk aksi beberapa orang jigger.

Cantik dan garang warna badan ikan bayan karang ini.

SIRIP 21


The Tioman Temptation

Bergambar kenangan bersama tekong tersohor, Mat Rompin.

Cupak 4 kg di salah sebuah spot pilihan Mat Rompin. Siang hari pun ia aktif cari makan. kan lain, hatta Zai Pacak yang meletakkan isi ikan tongkol pada jig yang di-bottom-kan pun mendapat strike, namun putus juga. Sebanyak 5 strike diterima rapi seekor pun tidak berjaya dinaikkan, kecuali anak sagai dan ikan delah. Kami berpindah lubuk apabila ikan mula hilang daripada skrin sonar. Bot menuju ke lubuk seterusnya berhampiran pulau kecil setelah melihat boiling anak ikan di sana. Tetapi puas kami cast jig pada kawanan

SENJATA TEMPUR Dalam ekspedisi Tioman ini, kami telah menggunakan senjata jigging terbaru edaran MGFA bagi mengenal pasti keberkesanan produk yang bakal memasuki pasaran dalam masa terdekat ini yang berupa : 1) Joran Venom 3rd Generation, Zen Zagan dan GT Zero (custom blank). 2) Kekili spinning (mendatar) Rod Ford Creation model Chazer dan Ryojin saiz 2000 3) Tali sulam Hi Seas 15 paun dan perambut Hi Seas 20 paun. 4) Jig Viper Stiletto dan Viper Spike pelbagai saiz (8 g – 40 g) 5) Solid ring Rod Ford bersama assist hook D.I.Y Morigen saiz 0.1 - 0.3. Cabaran kali ini kami lebih ingin menguji kekuatan joran baru Viper 2014 model Venom khas buat pancingan light jigging, micro jigging dan casting dengan pelbagai pilihan saiz daripada PE 0.4 - 1.2, 0.6 - 1.7, 0.8 - 1.7 dan 1 - 3.

22 SIRIP

Siapa kata ikan delah tak makan jig? ikan, hanya anak-anak talang yang berebut. Sehingga ke petang kami tidak mendapat sambaran kasar. Tekong pun pening kepala. Jika dilihat melalui skrin sonar, memang ada banyak ikan di setiap lubuk yang kami cuba. Kami terpaksa terima kenyataan yang arena pancing laut pun tidak menjanjikan seribu impian. Walaupun begitu, itu bukan noktah buat pemancing tegar, sebaliknya menambahkan lagi ilmu pancingan dengan perlu lebih berusaha untuk memecahkan kod rahsia di setiap lubuk. Memancing memang banyak bergantung kepada rezeki atau nasib, namun kita tetap perlu ikhtiarkan cara bagaimana untuk mendapat hasil, barulah tidak sampai bila-bila pun pergi pancing asyik kumpaw‌ - SIRIP -

*Tekong Mat Rompin boleh dihubungi di : 017-962 2483 atau 019-923 2683



1


2

3


Underwater Photography

4

5 4. Air sungai sangat sejuk wa-

laupun pada musim panas, tetapi jarak penglihatan lebih baik dan memberi gambar yang lebih berkualiti.

5. Ini kami panggil ‘fry soup’

(sup benih) dan salah satu sebab kenapa susah nak pancing ikan pemangsa ketika musim panas.

6. Pemancing sering anggap ikan kap adalah pemalu dan cerdik. Tetapi pengalaman saya mendapati ikan inilah yang paling mesra penyelam.

26 SIRIP


7

7. Gaya paling biasa dilihat dalam air, ikan menayang ekor dan mencicit lari.

8. Perch besar bukan mudah

diambil gambar. Ia selalunya cepat menghilangkan diri.

9. Jarak penglihatan di laut ja-

uh lebih baik. Tapi situasi di air tawar lebih sukar.

6

10. Apabila berenang bersama

ikan, saya selalunya akan hampiri kawasan tebing yang pasti banyak ikan kecil dan ikan besar pun akan datang.

9

8

10

SIRIP 27


11

12

13



Pedra Branca Reconnaissance Pandangan sisi Batu Puteh milik Singapura yang sekian lama berdirinya Rumah Api Horsburgh. Bot tak boleh rapat sangat, nanti siren amaran dikeluarkan oleh pengawalnya!

Membongkar Khazanah Pulau Rebutan

BATU PUTEH

ng m en ja di sa ra B at u Pu te h le h di ta w an bo Ia ! er st sa ga i m on ge w an g an m en gi la t ha ny a de ng . w no in gm he av y si nk in

S

udah lama saya dengar cerita Pulau Batu Puteh (White Rock), dan juga nama Horsburgh Lighthouse, tetapi tidak pula saya tahu rupa-rupanya ia lokasi yang sama! Horsburgh Lighthouse atau Rumah Api Horsburgh dibina di atas Pulau Batu Puteh yang seluas padang bola sebagai pedoman kapalkapal kargo yang keluar masuk dari Selat Singapura dan Laut China Selatan supaya tidak terlanggar pulau berbatu ini. Jarang didengar pemancing kita ke sana. Ini kerana kedudukannya boleh tahan jauhnya, sama ada dari Desaru atau Kong Kong yang menjadi tumpuan pemancing Johor. Lokasi paling dekat pun ialah Teluk Ramunia.

Pulau Rebutan

it e se , T h e W h ru u o th h g Li h me b u rg P u te h , H o rs n nama yang P u la u B a tu B ra n c a .. . su a tu h im p u n ate rs e m b u l d i te n g a h R o c k , P e d ra p u la u b a tu u n ik y a n g P u la u B in ta n , te ta p i ju k se b u a h ra te n g g a ra Jo h o r d a n ia p a sa n g k a , p u la u p e ra ir a n a n tag a p u ra se p e n u h n y a . S e rt ik a ia n d u a n e g a h a k m il ik S in m e n ja d i re b u ta n d a n p a r b ia sa h e b a tn y a . y a n g p e rn a hy a se b u a h lu b u k y a n g lui p e n e ro k a a n k h a z ra in i ru p a n p o rk a n h a si l e k sp e d is y a n g su k se s d e n g a n P e n u li s m e la te h d a n B a tu a n Te n g a h S p o rt F is h in g .. .. a n a h B a tu P uo t p a n c in g B lu e A n c h o r k e rj a sa m a b 30 SIRIP

Pulau Bintan di Indonesia lebih rapat dengan Batu Puteh. Namun pulau yang pernah menjadi rebutan antara Malaysia dan Singapura ini telah sah menjadi milik Singapura melalui keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008. Hanya Batuan Tengah (Middle Rocks) berdekatan Batu Puteh diisytiharkan milik Malaysia oleh ICJ. Setelah berjaya kunjungi pulau kontroversi ini, barulah saya tahu betapa sibuknya perairan sekitar Batu Puteh dengan kapal kargo yang lalu-lalang. Bot nelayan Malaysia, Indonesia dan Singapura turut kelihatan menangkap ikan di perairan yang sama. Seakan masih kelam siapa pemilik sebenar perairan ini memandangkan tidak kelihatan pihak keselamatan marin yang benar-benar mengawasi kedaulatannya. Bot memancing pun kami terserempak merayau di sini. Bot fiber 20 kaki pulak tu dengan lima pemancing berani cuba nasib.


Teks : DARREN SHAN

Fotografi : DARREN SHAN & SPIKE FARIQ

Blue Anchor Sport Fishing Kalau tidak gunakan bot sendiri, bagaimana nak sampai ke pulau ini? Mungkin ramai pemancing ingin tahu jawapan bagaimana caranya nak terokai pulau yang juga dikenali sebagai Pedra Branca ini. Sebenarnya senang sahaja nak membongkar khazanah Batu Puteh. Anda hanya perlu menuju ke Kg. Teluk Kabong di Pasir Gudang, Johor dan di sana anda boleh menyewa bot pancing ke Batu Puteh. Perkhidmatan memancing ini dikendalikan khas oleh Blue Anchor Sport Fishing & Boating Team.

Batu Puteh

Blue Anchor Sport Fishing & Boating Team mempunyai dua buah bot, satu besar, satu lagi kecil. Saya naiki bot besar, yang merupakan perkhidmatan bot pancing ter-awal di kampung itu. Ia berukuran 32 kaki panjang, dan enjin berkuasa 225 hp, yang dilengkapi bilik tidur, tandas, ruang makan yang selesa dan ada birai pagar di bumbung untuk memastikan keselamatan pengilat. Memang rekaan bot sport fishing yang mantap! Dengan kerjasama ET Wong, saya berpeluang berkenalan dengan salah seorang tauke Blue Anchor iaitu Ah Kun dan berjaya mengatur rancangan memancing di Batu Puteh sebanyak dua kali. ET Wong merupakan pemancing setia Batu Puteh dan selalu membawa kaki pancing ke sana. Bot ini dikendalikan oleh Abg. Kopi yang berbadan tegap, dan amat berpengalaman di perairan kontroversi ini. Beliau bukan sahaja kapten bot yang mahir lubuk pancingan dasar, malah handal membawa pemancing ke lubuk jigging, mengilat dan popping.

1

Sarang Burung Laut Masa perjalanan bot dari Teluk Kabong ke Batu Puteh dan Batuan Tengah lebih kurang 1 jam setengah. Dalam perjalanan, anda akan lewati Pulau Ubin dan Pulau Tekong di Singapura yang sesak dengan kapal kargo.

1. Lokasi Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

2. Kerapu sonoh 3 kg oleh

Tan dengan jig ringan di terumbu karang berdekatan Batu Puteh.

Setiap kali sampai ke Batu Puteh atau Batuan Tengah, pemandangan yang pasti anda teruja lihat ialah betapa banyaknya kumpulan burung camar laut! Saya tidak per-

12.

2

SIRIP 31


Pedra Branca Reconnaissance

4 anda mampu menggodanya. Tetapi pada masa yang sama, risikonya tinggi kerana jig mudah tersangkut terumbu karang di dasar.

nah lihat fenomena sebegini di perairan kita, seolah-olah berada di dunia lain.

Selain slow jigging, anda juga boleh cuba mengilat dengan gewang jenis heavy sinking minnow atau kilat sesudu (spoon). Balingkan gewang di sekitar kumpulan ikan kecil itu, biar ia tenggelam sehingga 5 - 10 kaki, barulah karau.

Burung-burung ini berterbangan mencari dan menjunam untuk menyambar ikan kecil di permukaan laut. Untungnya, ia menjadi pedoman buat kita sasarkan pemangsa yang turut mengendap dari bawah seperti sagai, jemudok, tenggiri papan, tenggiri batang, gerepoh, talang, selar dan lain-lain.

Dengan cara ini, saya berjaya merekodkan dua ekor sagai bibir tebal bersaiz sado! Untuk merangsang spesies unik ini, saya membuat karauan yang agak laju berbanding biasa kerana menurut ET Wong, itulah cara terbaik untuk merangsang sang sagai bibir tebal membuka mulutnya.

ET Wong selalunya melontar jig ke kumpulan ikan kecil ini dan dibiarkan tenggelam ke dasar. Kemudian diunjunnya dengan laju untuk menjebak pemangsa di bawah. Tambah beliau, jig berwarna perak, pink, pelangi, kuning dan hijau adalah pilihan terbaik di sini dengan berat 15 - 60 g, bergantung halaju hanyutan bot, arus dan kedalaman air.

Gewang heavy sinking minnow ternyata amat mencakup di tepian pulau berbatu ini. Kerapu, gerepoh (G.T), cupak dan todak macam ‘pak guard’ di kawasan itu. Namun hati-hati dengan paras air tepian pulau yang cetek dan batu karangnya yang merata.

Mengilat Sagai Sado

Saya cuba menganalisis teknik yang ideal untuk mempersembahkan gewang sinking minnow bagi menjebak kerapu sonoh atau kerapu pisang. Apa yang pasti, terlebih dahulu bot perlu berada hampir dengan tepian batu atau terumbu supaya gewang dapat sampai ke strike zone atau sarangnya.

3 3. Gerepoh saiz sedang sudah

cukup menggigilkan lutut kalau kena dengan set jigging ringan.

4. Selar saiz kasar memang sukakan jig mikro.

5. Bawalah set jigging atau + mengilat ringan, anda 6. akan digasak bertubi-tubi

dengan pelbagai spesies pemangsa di sini sampai lebam!

Jika anda gunakan teknik slow jigging, cara ini amat berkesan memikat kerapu sonoh di sekitar Batu Puteh dan Batuan Tengah. Kerapu sonoh (coral trout) nyata bersifat tipikal. Jig perlu sampai ke dasar, barulah

5

32 SIRIP

6

Singgahsana Kerapu Sonoh


7 Setelah lontar, biarkan gewang tenggelam. Berapa lama perlu tunggu, bergantung kepada firasat anda. Kalau kawasan itu agak dalam, agak-agak tempoh 4 hingga 10 saat memadai. Paling penting, yakin bahawa gewang anda telah sampai ke dasar barulah boleh mengaraunya. Kita harus tahu sifat kerapu sonoh yang ‘tidak boleh hidup’ tanpa mendamparkan diri di terumbu dasar atau tepian struktur. Jika gewang anda berada di kawasan terbuka, jangan haraplah. Sudah tentu strategi mengilatnya amat berisiko, jadi sediakanlah gewang secukupnya. Saya cadangkan anda mempunyai stok sekurang-kurangnya sepuluh ketul gewang sedemikian. Teknik casting ‘berani mati’ ini nyata berkesan apabila saya berjaya mencungkil dua ekor kerapu sonoh!

ing cara memikat sang kerapu sonoh. Apa pun jangan sampai terlalu laju sehingga gewang melayap di aras permukaan, kerana sang todak akan datang mengacau sehingga gewang calar-balar dan silap-silap lesap akibat terputus perambut disepitnya.

Siren Amaran Pulau Batu Puteh dijaga rapi oleh Singapura dan kita tidak dibenarkan terlalu rapat atau mendarat di pulau ini. Pegawai yang menjaga Horsburgh Lighthouse akan membunyikan siren amaran kepada mana-mana bot yang cuba merapati pulau.

7. Setelah Batuan Tengah sah

milik Malaysia, Kerajaan membina sebuah rumah api yang kini separuh siap. 8. Gewang heavy sinking minnow merupakan senjata rahsia untuk memerangkap kerapu sonoh. Tetapi bersedialah dengan risiko sangkut yang bakal dihadapi.

Jika bot berada kira-kira 100 meter dari

Kerapu sonoh sangat agresif. Sebaik membaham gewang, ia bermati-matian untuk masuk semula ke celah batu atau terumbu. Apa kita harus buat? Halang ia masuk dan pamlah joran anda semahu-mahunya jika tidak mahu berputih mata. Namun lumrah kalau anda tidak sempat mengepam ia keluar. Saya sendiri kena buli dua kali. Tak boleh control! Berdasarkan kekuatan kudratnya itu, saya meneka ia spesimen lebih 3 kg.

Ada Ke G.T? Ingat pulau berbatu, pasti ingat G.T. Adakah saltwater gangsta itu turut bermaharajalela di Batu Puteh dan Batuan Tengah? Pasti ada. Cuma saiznya bukanlah sampai mencecah gelaran G.T kerbau. Rekod popping di sini sekitar belasan kg, dan saiz 2 - 3 kg itu biasa. Gewang sinking minnow juga laku buat G.T dan anda perlu karau lebih laju berband-

8

SIRIP 33


Pedra Branca Reconnaissance

9. Kerapu sonoh 2.5 kg oleh Lew di Batuan Tengah (Middle Rocks).

10. 11. + 12.

Jemuduk turut direkodkan. Saya gunakan gewang sinking minnow jenama Storm So Run (9 cm, 25 g) dan berjaya menaikkan tiga ekor kerapu sonoh antara 1.5 - 3 kg dalam dua trip. Ini menunjukkan betapa berkesannya sinking minnow untuk mencungkil spesies ini keluar dari sarangnya.

13. Abg. Kopi dengan talang 10 kg. Beliau berpengalaman selama 20 tahun membawa pemancing di Batu Puteh.

9

Batuan Tengah Kita ada pilihan lain di sini kerana Batuan Tengah (Middle Rocks) milik tanahair tercinta membolehkan kita merapatinya. Batuan Tengah merupakan dua buah batu yang terpisah antara satu sama lain dan jaraknya hanya 1.1 km dari selatan Batu Puteh. Satu lagi ialah Batu Tubir Selatan (South Ledge) kira-kira 4.1 km dari tenggara Batu Puteh.

10

11 Horsburgh Lighthouse, tiada masalah dan selalunya tidak akan dihalau. Sekelilingnya yang dihiasi terumbu karang masih boleh diduga dengan balingan jig atau gewang.

Di Batuan Tengah, suatu struktur bangunan rumah api sedang rancak dibina oleh Kerajaan Malaysia. Terdapat titi simen di tepi rumah api ini serta bekas-bekas tiang yang ditinggalkan dan membentuk huruf ‘L’. Perairan sekeliling Batuan Tengah juga cetek dan anda boleh lihat banyak batu besar berendam di dalam air. Di situlah lubuk kerapu sonoh. Stand by gewang sinking minnow anda! Tidak jauh daripada Batuan Tengah, terdapat terumbu karang kecil yang menganjur dari Batuan Tengah itu sendiri. Alur di tengah terumbu itu dikatakan menjadi tumpuan ikan untuk berkumpul dan produktif sekiranya jigging secara berhanyut dilakukan. Sepanjang dua trip ini, kami telah berhasil mendaratkan pelbagai spesies melalui casting dan jigging. Popping turut dicuba dan satu sambaran G.T besar sungguh mendebarkan kami semua, namun sayangnya gagal ditumbangkan akibat putus tali apabila ia menyusup ke celah batu.

Dua Warganegara

12

34 SIRIP

Anda akan rasa keunikan memancing di perairan ini kerana di suatu kawasan yang sama tersergamnya dua buah pulau batu yang berdekatan satu sama lain, tetapi di bawah jagaan dua negara berasingan. Penghuni akuatiknya pula macam-macam jenis


13


Pedra Branca Reconnaissance

16

15

14

SEJARAH & KEMELUT BATU PUTEH

Sumber : Wikipedia

P

ulau Batu Puteh merupakan sebuah batu tunggul berkelu-asan sebuah padang bola sepak, terletak di Selat Singapura yang menghadap Laut China Selatan. Rumah Api Horsburgh di tunggul batu ini dibina oleh British pada 1851. Ia turut dinamakan sebagai ‘Pedra Branca’ (bermaksud ‘batu putih’ dalam bahasa Portugis) kerana terdapat sekelompok burung camar laut yang mendiami pulau ini pada masa lalu.

Sejarah Rumah api mula dibina pada 1847 oleh Kapten James Horsburgh dari Scotland, British selepas mendapat kebenaran Sultan Johor pada 1844, kerana batuan ini mempunyai risiko bahaya kepada kapal. Misalnya antara 1824 dan 1851, terdapat sekurang-kurangnya 25 kemalangan kapal yang meli-batkan pelanggaran batu ini. Antara 2000 dan 2004 terdapat dua laporan mengenai kemalangan kapal. Pelayar Belanda Johann van Linschoten pernah merekodkan Batu Puteh sebagai “di mana kapal datang dan pergi ke dan dari China lalu dalam bahaya dan sebahagiannya meninggalkannya” (“where ships that come and go to and from China pass in great danger and some are left upon it”).

Tuntutan Bertindih Pertikaian mengenai status kedaulatan Batu Puteh mula tercetus pada tahun 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru, dengan memasukkan Batu Puteh di dalam perairan wilayahnya. Peta baru tidak bermaksud tuntutan baru, tetapi hanya petunjuk mengenai hak Malaysia di perairan laut wilayah dan pelantar benua Malaysia berdasarkan perjanjian-perjanjian sedia ada dan perundangan antarabangsa. Jarak Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang). Berhampirannya terdapat Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge). Batuan Tengah merupakan dua batu tunggul yang terletak 0.6 batu nautika (1.1 km) di selatan Batu Puteh. Manakala Tubir Selatan, batu yang timbul semasa air surut sahaja, terletak 2.1 batu nautika (3.9 km) ke selatan Batu Puteh. Berikutan kemelut itu, kes ini telah ditangani oleh Mahka-

36 SIRIP

mah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya mendapat kata putus. Pada 23 Mei 2008, ICJ membuat keputusan menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, tetapi Batuan Tengah kepada Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.

Keputusan Menang-Menang Sebelum ini nelayan Johor dihalang mendekati serta menangkap ikan di perairan tersebut. Singapura juga sejak 1986, mengawal ketiga-tiga fitur itu sebagai kawasan mereka dengan tidak membenarkan sesiapa masuk. Malaysia sama sekali tidak membantah atas semangat setiakawan ASEAN. Dengan keputusan ini, para nelayan kembali bebas melakukan aktiviti perikanan di kawasan Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Boleh dikatakan keputusan ICJ memberi separuh kemenangan kepada Singapura dengan mendapat Batu Puteh, kemenangan Malaysia ke atas Batuan Tengah dan kemungkinan besar juga kedaulatan ke atas Tubir Selatan. Tubir Selatan yang terletak dalam lingkungan 12 batu nautika Batuan Tengah milik Malaysia. Besar kemungkinan Tubir Selatan juga menjadi milik Malaysia kerana ini. Dengan keputusan ini juga sebarang kemalangan, jenayah laut, aktiviti lanun dan sebagainya di Batu Puteh pula hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa Singapura. Ini termasuklah aktiviti pelayaran dan aliran kapal kargo dan kapal tangki dari Laut China Selatan ke Selat Melaka. Keputusan itu dianggap situasi menang-menang dan seimbang. Bagaimanapun perundingan lanjut akan diteruskan kerana kedua-dua negara mempunyai hak dan kedaulatan untuk terus bero-perasi di keduadua kawasan yang berdekatan. - SIRIP -

17


18 dan bersaiz mengancam yang pastinya diidamkan oleh semua pemancing yang berpelurukan umpan tiruan. Buat pertama kalinya dapat membongkar dan mendedahkan keluar-biasaan sebuah lubuk yang masih di halaman tanahair kita, saya mulai jatuh cinta dan rindu untuk kembali. Pada masa akan datang, saya akan cuba mencungkil keluar spesies hulkhogan hijau di dasarannya pula, ketarap! - SIRIP -

* Jom beraksi di Batu Puteh! Anda boleh hubungi : Ah Kun (017-769 2282) atau Abg. Kopi (017-708 9487) Facebook : Blue Anchor Sportfishing & Boating Team

14. Koleksi tangkapan kami - yang tak putus-putus ber16. gasak. 17. Peta Sumatera yang dilakar

oleh Hessel Gerritsz pada tahun 1620, yang turut me-nunjukkan kewujudan Pedra Branca (Batu Puteh).

18. Sagai bibir tebal melebihi 3 kg mempunyai daya juang yang sehebat ebek kapak.

19. Bergambar

bersama bot Blue Anchor Sport fishing, pemancing, krew bot dan pengusahanya, Ah Kun (kiri, berbaju putih).

19

SIRIP 37


Royal Belum Lake Tour Semangat peserta MCT Lake Tour Temengor - Royal Belum.

MCT Lake Tour

Temengor - Royal Belum 2015

Buat pertama kalinya di luar Tasik Kenyir, MCT dianjurkan di Tasik Temengor Royal Belum, Perak buat 50 peserta eksklusif pada 6 hingga 8 Jun 2015 sebagai suatu orak langkah mengumpul peminat mengilat dalam suatu acara pertandingan yang santai... 1. Acara accurate casting. 2. Pemenang cabutan bertuah bawa pulang kayak Kairos.

3. + 4. 5. + 6.

Bermulanya jelajah mengilat Temengor - Royal Belum. Toman, trofi kebanggaan kita yang wajib dilepaskan.

1

38 SIRIP

M

CT atau singkatan Monsoon Casting Tournament asalnya suatu acara pertandingan mengilat tahunan ketika musim tengkujuh di Tasik Kenyir. Pertandingan ini telah dianjurkan semenjak tahun 2009 dengan permulaan seramai 20 peserta. Bagai-manapun sehingga 2014, penyertaan acara ini telah meningkat kepada 200 orang termasuk dari Singapura dan Thailand.

Memandangkan MCT telah berlangsung dengan jaya dan memberi impak yang sangat baik kepada peserta, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengiktiraf MCT sebagai acara utama dalam Kalendar Acara Pelancongan (COE) dan telah mengangkatnya ke peringkat Asia. Sehubungan itu, kami seba-gai sekretariat MCT mensasarkan peserta tahun ini bakal meningkat ke 350 orang.

2


Teks & Fotografi : MAT STONG

4

3 Setelah mendapat sokongan padu kaki pancing gewang atau pengilat (lure caster) dari dalam dan luar negara, MCT telah mengorak langkah untuk dikembangkan lagi agar lebih mencabar dan memikat pemancing. Justeru, buat pertama kalinya ia dianjurkan secara ‘Lake Tour’ atau sirkit ke tasik-tasik yang menjadi destinasi pengilat tanahair sejajar objektif asal kami iaitu mengumpul dan mengeratkan silaturrahim antara kaki mengilat, selain memartabatkan spesies asli

7. Mohd. Hadri, menang kategori istimewa apabila mendaratkan Dengan penganjuran acara sebegini, sebaung dengan gewang. cara langsung dapat mempromosikan ta-siktasik yang ada selain dapat membangunkan 8. MCT Lake Tour mendapat taindustri pelancongan melalui aktiviti mejaan Pure Fishing, Careion, mancing serta dapat membantu para penguCorezone, Tourism Malaysia, saha bot serta peniaga kecil dalam menjana Tourism Perak, Kairos, Exekonomi setempat. treme Angler dan Tiong Mas Pulau Banding. Ayuh, sertailah MCT! - SIRIP -

seperti sebarau, toman, kelisa dan lain-lain.

*Dapatkan info perkembangan MCT di facebook : mct official

9. Para

pemenang MCT Lake Tour. Team BUFF 1 dinobatkan juara.

5

8

6

7

9

SIRIP 39


Hulk of Temengor Anda boleh bertarung dengan tilapia monster dari atas houseboat sahaja.

BADANG ALIEN 1

Tasik Temengor P

ada tahun 2007, sebuah syarikat dari Norway telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan untuk menubuhkan Trapia Malaysia Sdn. Bhd., iaitu syarikat akuakultur sangkar berteknologi. Atas sokongan Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Perikanan, Tasik Temengor di Gerik, Perak telah dipilih sebagai lokasi yang sesuai untuk projek akukultur mega itu. Ikan yang diternak pula merupakan baka tilapia yang telah diubah suai genetiknya melalui pendekatan hormon. Hasilnya, benih tilapia itu cepat membesar untuk mencapai saiz tuaian dan mempunyai isi yang lebih tebal bagi tujuan eksport secara fillet ke luar negara. Bagi mencapai tujuan itu, benih tilapia tersebut perlu dipastikan jantinanya sebagai jantan dan tidak mengawan. Ia turut dipanggil dengan nama ‘tilapia GIFT’. Walaupun begitu secanggih mana pun teknologi akuakultur ini, ia tidaklah sesempurna mana kerana risiko sangkar pecah akhirnya mengundang ‘huru-hara’ kepada alam persekitaran tasik itu kemudian hari.

Baka Hulk Yang Terlepas Kejadian itu benar-benar berlaku beberapa tahun kemudian. Pada suatu hari, Steve Khong yang menguruskan Belum Eco Resort di salah sebuah pulau di selatan Tasik Temengor mendapati tepian resortnya penuh dengan sekumpulan ikan tilapia yang tidak pernah dilihatnya. Lantas beliau tersedar bahawa ikan-ikan itu pastinya berasal daripada sangkar Trapia tidak jauh dari resort. Pada awalnya saiz ikan asing tersebut sekitar 1 kg lebih sahaja. Tetapi semakin lama, sudah kelihatan spesimen yang lebih gadang dan mega sehingga dianggarkan berskala 7 - 8 kg! Saiz sebesar bantal itu dikatakan jarang-jarang dan didapati bergaul dengan kumpulan spesimen 3 hingga 5 kg.

“Tasik Temengor kini bukan lagi terkenal dengan sebarau berskala badong dan toman legenda sebesar tong gas, tetapi telah muncul kebangkitan spesies tilapia gergasi berskala 7 - 8 kg! Dari mana asalnya? Bagaimana ia boleh mencapai saiz ekstrem melampaui kelaziman? Penulis ada faktanya...” 40 SIRIP


Teks : DARREN SHAN

Fotografi : DARREN SHAN & SPIKE FARIQ

2

Tarikan Baru

Apabila dimasak, isinya hampir boleh menandingi ikan kerapu, dan jauh lebih sedap berbanding tilapia biasa. Patutlah spesies baru ini mempunyai harga yang tinggi.

Walaupun pendatang asing ini berada di persekitaran semulajadi tasik, Steve meng-anggapnya macam ikan peliharaannya sen-diri. Beliau sering menabur dedak pellet dan tilapia bersaiz hulk itu mula berkampung di sekitar resortnya. Apabila pellet ditabur, anda boleh saksikan kumpulan tilapia badang ini berebut-rebut menjamahnya.

Kian Cerdik Saya berpeluang memancing tilapia badang ini apabila dijemput oleh Kok Qing dan Lawrence, anak saudara Steve Khong (pemilik Belum Eco Resort). Menurut Lawrence, tilapia saiz hulk ini pada awalnya sangat senang dipancing. Tetapi setelah asyik ditangkap-lepas, ia semakin cerdik. Terpaksa gunakan tali yang amat halus dan mata kail

Steve yang juga suka memancing telah berjaya menangkap banyak tilapia hulk ini, lalu dipelihara di dalam sangkarnya sendiri. Selepas sekian lama dibela, tilapia itu didapati tidak berbau tanah.

3

1. Lawrence

selalu bersama pakciknya Steve untuk memancing tilapia hulk ini.

2. Temengor bukan lagi terke-

nal dengan sebarau badong, kini ada tilapia badang! T

3. Ada spesimen kurang 1 kg

yang kami perolehi. Mungkinkah ia sudah mampu membiak?

4. Spesimen 58 cm yang montel macam bantal.

4

SIRIP 41


Hulk of Temengor

6 kerana syor perlu gunakan jari untuk mengesan isyarat pada tali, dan jari tidak cedera semasa menyentapnya.

5 5. Pada waktu malam, hen-

lebih kecil barulah dapat menipunya.

6. Harga ikan ini lebih mahal

Awal-awal dahulu, anda boleh memancingnya dengan joran. Tetapi disebabkan ikan ini semakin cerewet dan culas, mereka terpaksa gunakan jari untuk merasai getuan pada tali yang begitu perlahan sekali.

jutannya lebih ganas berbanding siang. daripada tilapia biasa, isinya lebih tebal dan enak setanding ikan laut!

Steve mencadangkan pemancing gunakan tali 15 paun sebagai tali utama. Ini

CARA BUAT UMPAN & TEKNIK PANCING

Namun saya ingin cabar diri sendiri dengan menggunakan tali sulam dan memegang joran sepenuhnya. Saya gunakan joran Kevyt 2 - 5 paun berkekili Okuma RTX30 yang diisi tali Sufix 832 sehalus 6 paun. Perambut saya gunakan Sufix Invisiline Fluorocarbon 8 paun yang diikat terus pada mata kail Fire Eagle Chinu nombor 4. Dengan sepenuh tumpuan, akhirnya dapat juga saya rekodkan trofi tilapia badang ini. Stim juga layan! Spesimen paling besar kami naikkan ialah 4 kg sepanjang 58 cm. Skala yang sering diperolehi di sini ialah 1.5 kg sehingga 3.5 kg. Tetapi rekod terbesar dilaporkan 9 kg! Namun segelintir ikan yang kami perolehi adalah kurang daripada 1 kg. Adakah ini bermakna ia sudah berjaya membiak di dalam tasik ini? - SIRIP Bahan-bahan untuk membuat umpan.

Umpan Umpan yang kami gunakan untuk menjinakkan tilapia bersaiz gadang ini adalah sama seperti kita selalu memancing di kolam iaitu dedak. Bahan asas yang kami gunakan ialah tepung gandum, pellet ikan dan yang utama ialah dedak jenama 2SKY berperisa daun pandan yang diuli bersama air. Dedak ini akan menjadi hijau macam lumut dan berbau wangi bak daun pandan, lalu dicubit dan digentel sebesar ibu jari untuk disangkutkan pada mata kail.

Perambut Perambut ringkas sahaja. Saya sambungkan perambut fluorocarbon sepanjang 6 kaki di hujung tali sulam dan kepitkan satu ladung kapit kecil di tengah perambut. Jika tiada ladung kapit, anda boleh gantikan dengan cili (swivel) yang kecil. Lokasi memancing hanya di tepian Belum Eco Resort Pulau Banding, sama ada di titi jeti atau dari tepi pagar besi houseboat yang berlabuh di situ. Jatuhkan umpan anda ke dalam air dan biarkan ia jatuh ke dasar, kemudian karau setinggi satu kaki dari dasar. Biasanya tilapia ini akan menggetu umpan pada paras itu. Tetapi jika tiada sebarang isyarat, naikkan lagi umpan sehingga anda terasa cuitan makhluk di bawah.

Cara Getuan Tilapia ini amat berhati-hati memakan umpan dan caranya seakan menghisap-hisap. Semakin besar ikan itu, semakin perlahan cara hisapannya (tidak rakus). Jadi kita perlu fokus tatkala ini sambil mengangkat joran sedikit demi sedikit untuk merasai getuannya, serta tumpukan perhatian pada hujung joran dan tali. Bila saat tali terasa ditarik kuat, barulah sentap. Namun daripada sepuluh ekor yang kami dapat, majoriti mata kail tertancap sipi di tepi mulutnya sahaja. Mudah miss call!

Aktif Sepanjang Masa Tilapia ini aktif sepanjang hari, tidak kira siang atau malam. Namun saya dapati ikan ini kurang lawan pada siang hari. Anehnya menjelang malam, tenaganya lain macam luar biasa. Mungkin kegelapan malam membuatkan ia perlu bermati-matian melepaskan diri dengan hanya membuat benaman ke dasar. - SIRIP -

42 SIRIP

Benaman tilapia gadang yang mendebarkan di celah titi terapung.


PAKEJ MEMANCING BELUM ECO RESORT Populasi tilapia gergasi yang semakin tinggi di sekitar Belum Eco Resort telah mencetuskan idea pihak pengurusan resort untuk mempromosikan aktiviti memancingnya buat para pelanggan yang menginap.

Belum Eco Resort dibina di sebuah pulau yang memakan masa 20 minit menaiki bot dari jeti Pulau Banding.

Pakej memancing selama 2 hari 1 malam ditawarkan seperti berikut : 1) RM 350 untuk seorang sebilik 2) RM 270 untuk dua orang sebilik 3) RM 230 seorang jika datang beramai Pakej memancing selama 3 hari 2 malam pula ditawarkan seperti berikut : 1) RM 550 untuk seorang sebilik 2) RM 450 untuk dua orang sebilik 3) RM 400 seorang jika datang beramai Harga pakej di atas termasuk tiga kali makan sehari dan percuma dua ekor tilapia (tidak lebih 5 kg). Tempat penginapan sama ada di houseboat atau resort ini yang terletak di sebuah pulau di selatan Tasik Temengor.

Pakej ini perlu sekurang-kurangnya dua orang. Selain itu, pihak resort juga menyediakan bot kecil dan set pancing untuk disewa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Belum Eco Resort : Ms Mah : 012-524 9184, Tom Khong : 012-522 8503, Steve Khong : 012-307 2876 Laman sesawang : www.belumecoresort.com.my Modifikasi genetik telah menghasilkan baka tilapia bersaiz ekstrem.

Jari memegang tali untuk merasa hisapan tilapia yang sangat perlahan. Sentap apabila tali semakin tegang ditariknya. Spesimen 3.5 kg daripada Kok Qing sebelum pulang.

SIRIP 43


Redang Revisited ang amat rt re u s e y a h sang c a rn Wa d a ri p a d a e n y e rl a h . g n c a n ti k m a d P u la u R e b e li to n g

? G N A D E R h a k s

i t n a m Ro

n n g d e n g a in . a c n a r a it te r ja m te la h k m a n c in g a l te ta p ti d a k a k a n p ia n k e e m ip tr “ Wa l a u g a n y a n g s e ti m p te r tu li s b ia r p u n im n g b a ik , p u lah d e n g a n a p a y a nP u la u R e d a n g . . . � dah R e d h a la lo k a s i s e in

D

alam setiap trip, pasti pemancing harapkan pulangan setimpal sama ada perjalanan lancar mahupun terus bergasak dengan ikan. Namun, saya juga tertanya-tanya sama ada sikap kita ini disenangi rakan-rakan mahupun penyedia perkhidmatan bot atau tekong yang membawa kita ke destinasi. Adakah kita sudah terlalu sempurna sehingga tanpa kita sedari telah melanggar batas-batas perundangan atau ketetapan yang digariskan oleh pihak lain? Jangan main semberono. Penetapan etika dalam diri pemancing akan dihormati walau jatuh di mana sekali pun. Seperti juga saya akan mengharapkan ada mangsa yang sudi menerkam umpan, ada perlawanan dan trip yang sukses. Namun kita sebagai khalifah yang lahir dengan fitrah yang telah ditetapkan sering lupa Qada dan Qadar. Janganlah setiap kegagalan, jari akan menuding mencari kambing hitam untuk diletakkan beban kesalahan.

Ikan cermin yang sado di unjam berdekatan Karang Suman.

44 SIRIP

Kita perlu bermuhasabah sekiranya ada kegagalan trip atau musibah, kerana apa yang kita rancang kadangkala tidak menjadi sukses seperti yang diharapkan.


Teks & Fotografi : HANUMEI IKE

Impian Ke Redang Semua telah siap sedia untuk trip 2 hari ke Pulau Redang. Trip lepas-lepas tidak boleh dinafikan hasilnya, itu yang membuatkan igauan kami untuk bertandang lagi. Turun melalui Kg. Pantai Baru menuju ke Redang mengambil masa hampir 2 jam tanpa gangguan alun dengan kelajuan 25 knot. Singgahan pertama di beberapa unjam, berketul jig hilang disapu tenggiri. Tuan Lupey tidak keruan kerana dia paling banyak strike putus di tengah jalan. Tekong Man Sauber yang kian pandai gayakan jig dan cepat buat ikatan FG pun panas hati. Lalu kami pindah ke lubuk Kapal Karam Redang. Tepat di bahagian timur kapal karam, jig-jig kami dilabuhkan. Tugas saya dan G.G mencari mangsa di dasaran, manakala Tuan Lupey bersama Man Sauber membuat lontaran jauh keluar dari posisi kapal mencari tenggiri yang berkeliaran. Sedikit taktikal dibuat bagi mengesan mangsa mana yang paling aktif melahap jig-jig kami.

1

Tangan mayat Tuan Lupey membuat sentapan apabila jig Spike 40 g yang dikarau laju disambar ganas. Mata tunggal Mustad saiz 2 terpacak kemas mengekang sang tenggiri. Hanya lafaz syukur mampu diungkapkan sebaik tenggiri berada dalam genggaman tuannya setelah separuh hari memburu. Kami berpindah ke lubuk Karang Suman. Cemuh mengunjun joran dan terus berusaha sampai lewat petang, cuma belitong dan jemuduk juvenil yang sudi melayan jig kami. Menghampiri satu gugusan unjam, bot diikat pada batang buluh. Patutlah payah benar dapat ikan, gugusan daun kelapa unjam di dasar jelas kelihatan. Air terlampau jernih!

Menumpang Rumah Api Kami terus menuju ke Pulau Redang untuk menginap di sebuah chalet yang telah ditempah sejak sebulan lalu. Malang buat kami kerana kegagalan komunikasi, chalet tempahan kami telah diduduki pelancong lain. Kami terpaksa beralah. Walaupun pihak chalet membenarkan kami tumpang bermalam di wakaf rehat pelancong, kami menolak secara baik kerana risau kecurian stok petrol dan peralatan pancing kami. Pada mulanya kami dipandang sengkek oleh pihak pengurusan, tetapi apabila seorang guide tempatan mengesahkan nilai barangan pancing kami hampir puluhan ribu ringgit, barulah nampak berlembut. Apa ni... kenapa golongan pemancing masih dipandang rendah. Kita pun turut sama menyumbang ekonomi negara dan memperkenalkan Malaysia kepada dunia luar. Terpaksalah kami bermalam di rumah api, tetapi hanya beberapa jam bagi merehatkan badan. Apabila bosan melanda, kami susuri keluar pulau menuju ke lubuk cupak.

Batu Cupak Slow jig Volante 40 g pendarcahaya dipilih, dan beberapa kali jatuhan, ia mula disambar. Lupa segala kekalutan yang terjadi apabila fikiran tertumpu pada perlawanan dengan sang cupak yang banyak berkeliaran di bawah bot. Setelah banyak ekor dinaikkan, saya

2 merasa ada yang tidak kena. Apabila dilihat GPS, kami telah hanyut hampir 100 meter kerana sauh tidak mampu bertahan akibat arus pertembungan pulau semakin laju. Sekali lagi meredah kegelapan malam mencari boya untuk kami berpaut menunggu hari siang. Nampaknya semakin bertimpa tekanan kami terima. Walaupun sudah beberapa perkara terjadi, semangat rakan-rakan masih lagi utuh bertahan.

1. Taman Laut Pulau Redang, Terengganu boleh diakses dari Kg. Pantai Baru, Kelantan selepas 2 jam dengan bot kelajuan 25 knot.

2. Belitong, penghibur di unjam. Sila amalkan pelepasan ikan cantik ini tanpa gancu atau dibawa pulang.

SIRIP 45


Redang Revisited

3

Bondong Belitong Tatkala siang, kami ke Pulau Perhentian menyusuri pulang dan singgah di unjam. Jig yang saya biarkan merapati dasar telah rakus disambar cermin. Setelah jig Tuan Lupey juga disambar cermin, beliau terus hulur dan satu strike kasar dirasakan hanya beberapa meter dari permukaan.

4 3. Setelah beberapa kali pe-

rambut putus dan jig lesap, Tuan Lupey yang cekal mengunjun jig Spike 40 g dianugerahi tenggiri saiz sado. Memang tangan mayat betul sahabat saya ni...

4. Ikan cermin juvenil mudah ditipu dengan jig mikro.

5. Cupak yang melupakan se-

gala kekalutan dalam trip singkat ke Pulau Redang ini.

Larian ikan berjaya menarik keluar puluhan meter tali dari kekili Shimano Rarenium C3 sehingga muncul loncatan akrobatik belitong. Kemudian kelihatan puluhan ekor belitong turut mengekori rakannya yang sedang cuba melepaskan diri.

gkin akan berlaku kembali ke atas kita. Kita ada rantaian kehidupan tersendiri menempuhi risiko yang kita sedia maklum dalam diari pemancing. Tiada siapa mahu malapetaka. Setiap perkara dilakukan dengan harapan memberi pulangan yang baik, tetapi perlu dingat kita dilahirkan dengan fitrah sebagai manusia. Memilih keredhaan adalah jalan terbaik mendekatkan diri dengan Tuhan. - SIRIP -

Belitong walaupun salah satu ‘game fish’ yang gemar terbang ke udara, ia bukanlah sasaran kami. Sebaiknya kami cuba mengelak daripada bertarung dengan belitong. Andainya terkena, terpaksalah kami lawan walau sukar dipujuk lembut sehingga terpaksa digancu. Sekiranya dilepaskan kembali, belum tentu ia hidup dengan darah yang banyak mengalir keluar. Dibawa pulang pula belum tentu dimakan dek kerana isinya yang kurang ummph. Perlu juga kita ketahui kebanyakan ikan yang tergolong dalam ‘game fish’ bukannya memiliki isi yang enak seperti belitong (dorado / mahi-mahi), G.T, aruan tasik (cobia) mersuji mahupun layaran.

* Berminat jigging di Redang, sila hubungi : 019-935 5174 (Abg. Adnan)

46 SIRIP

Redha Sebagai pemancing, kita perlu bersedia dengan perkara luar jangkaan dan tidak cepat melatah. Ini suatu pengajaran yang mun-

5


Kelantan Light Jigging 2015

Teks : HANUMEI IKE

Fotografi : PMC

PMC Light Jigging 2015 ek at an ha ny a be rd A ks i jig gi ng

pa nt ai !

AMUKAN LANUN MERAH

rl ep as . ia un tu k be B ar u be rs ed ai nt Pa g. K B ot ne la ya n

B

uat tahun ke-3, pertandingan PMC Light Jigging dianjurkan dengan pertambahan peserta dan bot, termasuk dari luar Kelantan yang menyuntik semangat PMC (Kelab Sukan & Rekreasi Pasir Mas Caster).

Apatah lagi mendapat sokongan Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Perikanan dan kerjasama Maritim Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam yang memantau di lautan, ditambah lagi tajaan Senses Fishing dan SIRIP selaku media rasmi bagai membentuk lingkaran benteng yang menidakkan nampak cacat-celanya penganjuran ini. Kerjasama penduduk Kg. Pantai Baru yang dikepalai Abg. Adnan tidak boleh dina-fikan. Mereka menyediakan tapak pertandingan serta urusan makan minum tanda terima kasih penduduk kepada pemancing yang semakin bertambah menggunakan khidmat bot-bot fiber nelayan Kg. Pantai Baru.

ca ri tr of i. pe se rt a m en an pu m tu di h m en ja U nj am bu lu

“Bagaikan satu perayaan tahunan, PMC Light Jigging yang dianjurkan akan disambut dengan senyum manis para penduduk Kg. Pantai Baru, Bachok, apatah lagi pertandingan kali ke-3 ini menyaksikan pertambahan peserta dan bot. Tarikh yang dipilih bertepatan pergerakan arus dan menyaksikan kejayaan cemerlang dengan pelbagai spesies penggila jig berjaya ditumpaskan...� 1,400 kg ebek berjaya dijaring nelayan tempatan di sebuah unjam berdekatan pantai! Pada pengamatan saya terhadap dua pertandingan lepas, muka-muka baru sering dinobatkan tekong terbaik. Ini menambahkan Gelombang merah peserta PMC Light Jigging 2015.

Siap Siaga Tekong Sebagai anak laut, mereka lebih handal di lautan dan boleh dikatakan kesemuanya tahu teknik jigging hasil usaha PMC yang masih menagih perkhidmatan mereka. Malah sudah ada lubuk rahsia yang disimpan tekong. Ermm... mungkin mengejar gelaran tekong terbaik. Dan dikhabarkan seminggu sebelum pertandingan, sebanyak SIRIP 47


Kelantan Light Jigging 2015

1

2

4

6

5

9

8

7 1. 9.

3

Koleksi pelbagai spesies yang kesemuanya berjaya ditumpaskan peserta dengan jig ringan dan jig mikro. Ini membuktikan persisiran pantai negeri Kelantan adalah lubuk jigging ringan dan mikro yang luar biasa dan berpotensi tinggi.

10. Warga PMC sibuk bertugas di khemah urusetia.

11. Banyak unjam buluh yang

dibina oleh nelayan tradisional. Para pemancing dibenarkan menduganya tanpa masalah.

48 SIRIP

lagi senarai tekong yang dikehendaki pemancing untuk menagih perkhidmatan mereka selepas pertandingan. Inilah matlamat PMC meneroka tempat baru dan mengasah tekong supaya mahir dan bersedia melayan kehendak kaki jigging. Ia sedikit-sebanyak menyumbang sara hidup nelayan yang selama ini hanya bergantung kepada sumber penangkapan ikan.

dan dipakai peserta. Namun ia tetap terlepas pandang sehingga ada yang lupa. Mujurlah penganjur bersedia dengan belasan PFD tetapi masih belum cukup. Lalu terpaksa pinjam dari pihak Jabatan Pertahanan Awam. PFD selalu dipandang remeh. Perlukah kita karam bersama barangan pancing bernilai ribuan ringgit dek kerana berkira PFD yang hanya puluhan ringgit?

Hari Pertandingan

Pelepasan

Bahang kemeriahan mula terasa seawal pagi apabila deruman enjin kereta peserta memenuhi pakir. Warung berdekatan kecoh dengan gelak tawa peserta bersarapan. Warga PMC telah bersiap sedia di bawah khemah urusetia menyambut pendaftaran peserta.

8.30 pagi, kesemua puluhan bot disorong ke laut. Laut tenang mula berombak akibat belahan bot sebaik siren dilepaskan. Kesem-patan diambil oleh saya bersama Tunku Sufrizal dan Amer Glyder menaiki bot peninjau untuk melihat aktiviti peserta.

Cabutan undi bot dibuat bagi menentukan bot dan tekong yang akan membawa tiga peserta bagi setiap kumpulan. Baju merah diserahkan kepada peserta yang bakal me-nakluk perairan Kg. Pantai Baru.

Agak luas juga kawasan yang dipertandingkan, dari Kuala Kemasin hingga ke muara Tok Bali merangkumi puluhan tukun beserta unjam dan karang payung yang menghala ke arah timur laut sejauh 20 km lebih.

Jaket keselamatan (PFD) wajib dibawa

Kami bertembung dua bot peserta dari


10

11

Terengganu di tukun KPSP yang masih lagi sifar tangkapan. Mungkin arus sedikit laju menjejaskan permainan jig seberat 40 g. Dari jauh kami melihat sebuah bot lagi sedang melayan asakan ikan. Peserta dari Pahang ini sudah pun mendaratkan tenggiri 4 kg!

baik, anda tidak gagal, hanya timbangan menidakkan anda selaku juara kerana rata-rata peserta berjaya mendaratkan ikan. Apa pun, kejayaan terbesar adalah kita semua berjaya berkumpul di bawah satu bumbung.

Sebuah bot lagi terukir senyuman kepuasan pemilik tangkapan gerong belang, ebek dan aruan tasik berada dalam ribaan semasa bergambar. Banyak juga cerita tali utama terputus diasak ikan dari bot yang lain.

Salam-menyalam disambut, ada yang berpelukan tanda iringan perpisahan. Sebak juga saya apabila berpisah dengan rakan-rakan dari lain negeri yang sanggup bertandang sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran pertan-dingan jig ringan ini. Sampai jumpa lagi kita tahun hadapan! - SIRIP -

Sejam sebelum berakhir kami ambil keputusan pulang awal. Tetapi di pertengahan jalan, kami dapati berbuah bot mengerumumi sebuah unjam. Ebek frenzy di situ, kata mereka. Teruja dan geram... manakan tidak, melihat rakan lain bertarung sedang kami hanya bawa kamera!

Nobat Sang Juara Selaku Presiden PMC, En. Bakhari yang bertugas di khemah urusetia bertanyakan saya tentang hasil tangkapan peserta. Lega beliau mendengarnya sebaik dijelaskan saya bersama Tunku Sufrizal, penaung PMC. Jam 4 petang, berduyun-duyun bot mula tiba di daratan. Segala pemarkahan dikira sementara peserta menjamu hidangan. Tenggiri berjaya memecah rekod ebek yang mendominasi selama dua tahun berturut-turut. Walaupun begitu, talang yang menjadi juara kali ini. Hasil tangkapan juga direkodkan melebihi daripada sebelumnya.

Hanya jutaan terima kasih yang mampu diungkapkan buat peserta dan penduduk Kg. Pantai Baru yang sanggup mengeluarkan duit poket sendiri menyewa jentolak bagi menyediakan tapak pertandingan ini.

BARISAN PEMENANG JUARA KATEGORI INDIVIDU 1. NIK MOHD SOKRI (Talang 6.79 kg) 2. MOHD HANIF (Aruan Tasik 6.15 kg) 3. FAIZAL (Talang 5.41 kg) JUARA KATEGORI KUMPULAN 1. QWEEN FISH (32 ekor) 2. SARA SARA (15 ekor) 3. SEK SUMBAT (13 ekor)

TEKONG TERBAIK 1. MELI 2. SENI 3. HUSIN HADIAH MISTERI PENGGUNAAN JIG SENSES MUZRI (Gerong Belang 3.72 kg)

Tahniah buat yang berjaya memenangi pertandingan ini. Bagi yang kurang bernasib

Nik Mohd. Sokri, juara individu yang menaikkan talang terbesar. Hadiah disampaikan oleh Tunku Sufrizal, penaung PMC.

Team Qween Fish menaikkan 32 ekor ikan dan layak ditabal sebagai juara berkumpulan. Hadiah disampaikan oleh En. Bakhari, presiden PMC.

SIRIP 49


Green Column Ribuan kayu balak yang tersekat di Empangan Kimolohing Water Intake di Sg. Liwagu.

1

2

GEMPA BUMI RANAU

KESANNYA TERHADAP SUNGAI & HIDUPAN AKUATIK Tanggal 5 Jun 2015, satu gempa bumi sederhana kuat telah melanda Ranau pada jam 7.15 pagi. Berpusat di 16 km barat laut pekan Ranau iaitu di Gunung Kinabalu, gempa dengan magnitud 5.9 pada skala richter ini turut dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud, Beaufort dan pedalaman Sabah. Walaupun dikategori sederhana kuat, kesannya memilukan apabila berbelas orang meninggal dunia, kemudian turun banjir lumpur yang dahsyat sehingga menghancurkan sebilangan sungai tagal yang terkenal di kawasan ini...

G

empa tersebut telah menyebabkan banyak runtuhan batu dan tanah yang teruk di kawasan Gunung kinabalu dan tanah tinggi di sekitarnya. Banyak bangunan yang mengalami kerosakan dan keretakan di seluruh daerah Ranau. Yang paling menyedihkan, seramai 18 orang pelancong asing dan malim gunung telah terkorban akibat runtuhan batu di Gunung Kinabalu. Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.

Gunung Kinabalu Gunung Kinabalu sudah tidak seindah dahulu. Jelas kelihatan ‘parut’ akibat runtuhan batu dan tanah yang mencacatkan keindahan pemandangannya. Ditambah lagi dengan bilangan gegaran susulan yang luar biasa banyaknya, menyebabkan struktur tanah tinggi yang sedia longgar akibat gempa pertama mengalami runtuhan yang semakin besar dan merebak. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 94 gempa susulan telah direkodkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Telah berlaku satu fenomena aneh di Sg. Mesilau yang mana airnya menjadi sangat berbuih. Sg. Mesilau berpunca dari gunung. Sangat aneh melihat sungai pergunungan yang biasanya mengalir dengan air sejernih kristal menjadi berbuih sedemikian.

Banjir Lumpur Hujan lebat yang melanda daerah Ranau dan Gunung Kinabalu pada 16 Jun mengeruhkan lagi keadaan. Hujan lebat ini telah mengakibatkan banjir lumpur yang dahsyat, terutama di Sg. Liwagu. Sg. Liwagu merupakan satu sistem sungai utama yang terbesar di Ranau. Bermula dari Gunung Kinabalu, ia bercantum dengan beberapa batang sungai lain yang juga berpunca dari gunung seperti Sg. Monteki, Sg. Taki Mowras, Sg. Bambangan dan juga Sg. Mesilau. Ia merentasi pekan Ranau sebelum bercantum dengan sistem sungai besar lain seperti Sg. Melaut di Kg. Gaur dan Sg. Kagibangan di Kg. Nunuk Ragang yang kemudiannya bercantum dengan Sg. Labuk di daerah Telupid. Hujan lebat yang berlaku di kawasan tanah tinggi ini telah membawa bersama runtuhan tanah dan batu memasuki sungai. Turut dibawa ialah pokok-pokok yang tumbang bersama runtuhan tanah tadi. Saya turut berada di tebing Sg. Liwagu menyaksikan sendiri banjir lumpur yang sangat pekat seperti coklat yang dimasak mengalir deras bersama ribuan kayu balak kecil dan besar mengisar tebing sungai.

Hasil analisis sampel air sungai oleh Jabatan Kesihatan menun-jukkan pH air yang sangat tinggi iaitu 10.2. Dipercayai, runtuhan yang berlaku di kawasan tanah tinggi telah menyebabkan enapan bahan-bahan organik yang tersimpan di dalam perut bumi terdedah lalu memasuki sistem sungai.

Tebing sungai yang dikisar runtuh bersama pokok dan tumbuhan di sepanjang tebing sungai membu-rukkan lagi keadaan. Perkara pertama yang terlintas dalam kotak fikiran saya ketika itu ialah, bagaimanakah nasib ikan di sungai ini? Berdasarkan pengamatan saya, tidak ada ikan yang boleh survive dalam keadaan sungai yang sebegitu.

Sudah pasti kandungan pH yang sangat tinggi ini memberi kesan secara langsung terhadap hidupan akuatik di dalam sistem sungai tersebut. Sejauh mana impaknya terhadap hidupan akuatik itu saya kurang pasti, namun terdapat laporan daripada penduduk sekitar yang mengatakan terdapat ikan yang mati akibat fenomena tersebut.

Bagaimanakah nasib pelian monster yang sering saya daratkan di Kg. Nunuk Ragang sebelah hilir? Saya cuma mampu berharap agar sungai lain yang bercantum di hilir dapat mencairkan sedikit lumpur pekat, seterusnya meningkatkan peluang hidupan akuatik untuk survive dalam situasi sebegini. Harapan lebih kepada memujuk hati sendiri sebenarnya‌

50 SIRIP


Nukilan : FIQ EMMET (Ranau, Sabah)

3

4

5

Sumbat Terdapat sebuah empangan (Kimolohing Water Intake) di Sg. Liwagu ini yang merupakan satu-satunya empangan yang membekalkan air ke seluruh kawasan pekan Ranau dan sekitarnya. Empangan ini telah tersumbat oleh ribuan kayu balak yang hanyut akibat banjir lumpur. Jurutera Jabatan Air Ranau menjangkakan empangan ini boleh pecah bila-bila masa sahaja. Penduduk kampung yang tinggal berhampiran sungai telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Ranau dan beberapa pusat pemindahan lain sekitar Ranau bagi mengelakkan risiko empangan pecah. Sekiranya empangan ini pecah, sudah pasti bencana yang lebih besar akan berlaku.

6 gambar ikan mati yang terdampar di sepanjang Sg. Liwagu hinggalah ke Sg. Labuk di Telupid dimuat naik ke laman sosial. Termasuklah gamefish kegemaran saya, pelian bersaiz monster. Didapati kebanyakan ikan yang mati ini disebabkan oleh insang yang tersumbat kerana kandungan jumlah pepejal terampai (Total Suspended Solids) yang amat tinggi. Banyak lagi gambar ikan mati yang dikongsi melalui aplikasi Whatsapp oleh rakan-rakan saya. Terkedu sejenak. Sayu di hati mengenangkan nasib ikan di sungai-sungai Tagal yang dijaga selama ini. Yang menjadi persoalan sekarang ialah, bagaimanakah nasib

Krisis Banjir lumpur ini telah menyebabkan kesan yang berantai. Ranau mengalami krisis kekurangan air yang sangat serius kerana operasi empangan Kimolohing Water Intake terhenti sepenuhnya. Adalah mustahil untuk memproses air lumpur pekat untuk dibekalkan kepada penduduk Ranau. Ditambah lagi dengan ribuan kayu yang menyumbat empangan ini, mustahil bekalan air dapat dipulihkan dalam masa terdekat. Penduduk Ranau bergantung sepenuhnya kepada bekalan air minuman yang dibotolkan terdapat di pasaran. Tidak sampai sehari, kesemua air botol di pasaran Ranau habis. Mujurlah bantuan cepat sampai. Bantuan air minuman botol hasil sumbangan syarikat, jabatan kerajaan dan orang perseorangan dari seluruh Sabah telah sampai di Ranau untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas. Rakan-rakan pemancing dari luar daerah Ranau turut sama menyumbangkan bantuan. Setinggi-tinggi penghargaan dan te-rima kasih buat mereka yang telah memberi sumbangan bagi meringankan beban kami di sini.

Hari Kedua Hari kedua banjir lumpur di Ranau menyaksikan banjir surut sedikit. Kepekatan lumpur dan bilangan kayu hanyut telah pun berkurangan. Mimpi buruk saya menjadi kenyataan. Banyak

7

8

1. Fenomena pelik Sg. Mesilau yang berbuih kerana pH setinggi 10.2.

2. Lihatlah betapa besarnya balak hanyut berbanding manusia yang berada di celahnya.

3. Sayu melihat ‘parut’ runtuhan Gunung Kinabalu. 4. Banjir lumpur yang melanda Sg. Kedamaian, Kota Belud.

5. Ikan mati yang terdampar hanyut di Nunuk Ragang + 6. sehinggalah ke Sg. Labuk, Telupid. 7. Kerosakan kuarters guru SMK Ranau. 8. Kerosakan akibat gempa bumi di SMKA Mohd. Ali Ranau.

SIRIP 51


Green Column “Yang menjadi persoalan sekarang ialah, bagaimanakah nasib dan masa depan ikan pelian di sungai ini? Sejauh manakah spesies ini terjejas akibat dari gempa bumi yang menjadi punca berlakunya banjir lumpur? Mungkinkah mengambil masa setahun, 2 tahun atau lebih lagi untuk spesies ini kembali bermaharajalela menongkah arus deras Sg. Liwagu?�

9

10

dan masa depan ikan pelian di sungai ini? Sejauh manakah spesies ini terjejas akibat dari gempa bumi yang menjadi punca berlakunya banjir lumpur? Mungkinkah mengambil masa setahun, 2 tahun atau lebih lagi untuk spesies ini kembali bermaharajalela menongkah arus deras Sg. Liwagu? Bagi menjawab persoalan di atas, saya nekad untuk turun sendiri melihat sejauh mana kesan banjir lumpur terhadap spesies pelian di Sg. Liwagu, khususnya di Kg. Nunuk Ragang, tempat saya selalu mendaratkan pelian bersaiz kasar.

9. Sekumpulan pelian tercungap-cungap hampir mati akibat banjir lumpur di Sg. Kedamaian, Kota Belud.

10. Sinsilog, belut sungai mega yang jarang ditemui turut mati akibat banjir lumpur.

11. Pelian mega yang berjaya saya daratkan selepas banjir lumpur. Mujurlah ada survivor!

Panggilan telefon saya buat kepada rakan saya, cikgu Frankie yang mengajar di sekolah berhampiran Kg. Nunuk Ragang. Kami sepakat untuk mencuba nasib casting di sana selepas air kembali surut dan jernih.

Survivor Hari yang ditunggu pun tiba, hampir 2 minggu selepas banjir lumpur berlaku, air sungai kembali jernih. Saya dan Frankie turun mengilat di sungai tersebut. Langsung tiada sambaran selepas hampir 2 jam mengilat menggunakan spinner. Akhirnya, lewat petang menyaksikan spinner saya diragut kasar. Bertarung menggunakan set ringan banyak memberi kelebihan kepada sang ikan. Selepas hampir 5 minit, akhirnya empunya kudrat kuat itu terkulai di tepi sungai. Saya hampir melonjak kegembiraan. Pelian monster! Rasa lega teramat sangat apabila mengetahui masih ada pelian yang berjaya survive daripada banjir lumpur yang dahsyat. Pelian gemuk itu saya lepaskan kembali selepas bergambar. Yang pasti, pelian yang berjaya survive ini akan membiak meneruskan generasinya untuk masa depan. Walaupun jelas kadar strike yang kami perolehi tidak serancak dulu, saya tetap berasa sangat lega mengetahui masih ada survivor di dalam sungai ini. Ya, pelian sememangnya spesies survivor!

Doa Sehingga artikel ini ditulis, gegaran susulan masih dirasai dan kayu balak yang tersumbat di empangan Kimolohing Water Intake masih belum dibersihkan. Agak mustahil untuk mengalihkan ribuan kayu balak yang tersumbat ini kerana tebing sungai yang masih belum stabil menyukarkan operasi mesin excavator untuk mengalihkan kayu-kayu tersebut. Mujurlah setakat ini tidak ada hujan lebat yang melanda Ranau sejak kejadian banjir lumpur pertama. Risiko banjir lumpur dan empangan pecah masih ada sekiranya hujan lebat melanda sekali lagi. Walau apa pun, pasti ada hikmah di sebalik bencana yang melanda daerah Ranau ini. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa agak situasi kritikal ini akan pulih seperti sediakala secepat mungkin. Amin... - SIRIP 52 SIRIP

11 * Ruangan Green Column ini dibuka khas kepada sesiapa sahaja yang ingin melontarkan pandangan, buah fikiran, rintihan, teguran, kritikan dan sebagainya tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan memancing. Jadikan kolum ini sebagai wadah untuk kita bermuhasabah diri agar menjadi warga pemancing yang beretika dan prihatin. - Editor


SEA FISHING BASICS

Bersama : CHEGUCABOK

Seksyen Pendedahan Ilmu & Teknik Memancing

LADUNG BIKIN SENDIRI Bagi pemancing dasar, batu ladung merupakan alat terpenting yang perlu diambil perhatian. Walaupun nampak remeh tetapi kadangkala jika ladung tidak menepati piawaian, maka trip akan menjadi sia-sia. Setiap spot memancing mempunyai bentuk muka bumi dan kedalaman yang berbeza. Begitu juga kekuatan arus yang bergantung kepada kitaran pasang-surut, cuaca dan musim. Jangan sampai peralatan pancing ribuan ringgit dah ready , tapi ladung dan umpan tidak sampai ke sasaran... Beraneka jenis batu ladung.

berguna kepada pemancing untuk mensasarkan umpan tepat ke sasaran. Cuma apa yang memeningkan kepala, harga ladung yang berat begitu mahal, tambahan pula yang diperbuat daripada timah. Lebih berat, maka lebih mahal harganya!

Ladung Alternatif Tidak dapat dinafikan bahawa perbelanjaan memancing sekarang semakin mahal, termasuklah ladung. Tambahan pula apabila menyertai trip spot memancing yang mempunyai kedalaman 200 hingga 300 meter seperti di Laut Andaman, Phuket, Myanmar dan sebagainya.

Apa Itu Ladung? Ladung atau disebut sebagai batu pemberat atau batu ladung biasanya dibuat daripada timah (lead). Terdapat pelbagai bentuk ladung di pasaran, antaranya yang berlubang, mempunyai telinga, lonjong, bulat, berbentuk buah jambu dan juga jantung pisang. Kegunaannya adalah untuk menghala dan mengawal umpan supaya sampai ke dasar. Sebenarnya saiz ladung amat bergantung kepada kelajuan arus di bawah. Oleh sebab itu, sebagai pemancing kita juga perlu memahami situasi arus sebelum keluar memancing. Sekiranya kita faham tentang pergerakan arus, maka mudah untuk kita memilih ‘air’ yang betul supaya kita tidak perlu gunakan ladung yang sangat berat dan besar. Antara kelemahan menggunakan ladung berat ini ia mudah tersangkut di celah batu karang atau struktur kapal karam misalnya. Bagi ikan yang sensitif dengan keadaan sekeliling juga akan meninggalkan umpan apabila terasa halangan yang berat daripada ladung berat. Namun begitu dalam keadaan tertentu, ladung berat amat

Pada kedalaman seperti ini memerlukan ladung seberat 1 hingga 2 kg agar umpan dapat diturunkan tepat ke sasaran. Oleh itu, kumpulan saya telah mula membuat ladung sendiri menggunakan besi mampat untuk menjimatkan kos. Pergi saja ke kedai-kedai besi buruk dan carilah besibesi mampat, tak kisahlah berbentuk silinder mahupun empat segi. Kemudian minta mereka potong mengikut kehendak anda sendiri dan timbang untuk mengetahui beratnya. Biasanya berat ladung ini tidak berapa tepat antara satu sama lain. Itu semua tidak penting, asalkan beratnya antara 1 hingga 2 kg mengikut kesesuaian anda. Selepas itu anda perlu pateri (welding) skru di atas ladung besi tersebut untuk dibuat tempat mengikat perambut. Proses akhir, anda boleh sapukan cat anti karat, kemudian spray ataupun sapukan cat mengikut warna pilihan anda untuk mengelakkan rakan tertukar, terambil mahupun ‘tersonglap’. Selamat mencuba! - SIRIP -

Makin dalam, makin berat ladung, makin rabak poket. Baik buat ladung sendirilah!

Besi mampat dijadikan ladung alternatif yang dapat menjimatkan poket anda.

SIRIP 53


SOFT PLASTICS ENCYCLOPEDIA (16)

SISTEM PENGHANTARAN S.P

(Bhg.2)

Berfikirlah semasak-masaknya tentang seleksi jig head dan S.P anda, dan ambil perhatian tentang pemasangan badan S.P pada sistem penghantarannya. Variasi dan nuansa yang kecil dalam sudut penting ini boleh memberi perbezaan yang ketara terhadap keputusan pancingan anda buat jangka panjang... Logika Pendakap

Faktor ‘Loceng & Wisel’

Kebanyakan jig head dilengkapi pendakap (keeper) bertujuan untuk mengukuhkan posisi badan S.P pada jig head, menghindarkan ia berpintal atau melorot apabila disambar rabut oleh ikan. Siapa tak geram apabila S.P dilondehkan (macam seluar anda dilondeh ke bawah), menyebabkan aksinya terkulai.

Selain bentuk, aksi, ketumpatan, kadar penenggelaman dan reka bentuk pendakap, ada jig head dihiasi bermacam-macam tema ekstra seperti corak lukisan yang fancy, dilekapkan mata, berpigmen pendarcahaya, ditambah lidah selaman, beraksi gemerincing, berfungsi kalis samai malah diserikan dengan bilah kekipas.

Dan setiap kali badan S.P yang terlondeh itu ditolak semula ke posisi yang betul, lelubang yang dibuat oleh teras mata kail dan pendakap akan mengembang dan menyebabkan badan S.P itu tidak dapat bertahan lama. Terpaksalah tukar badan S.P baru atau anda kena cari gam kuat! Pendakap ini ada bermacam rupa bentuk. Paling biasa ialah kolar timah atau aloi di sepanjang teras mata kail seperti bentuk rusuk dan deduri. Dengan pendakap ini, tiada masalah kalau gunakan badan S.P yang besar. Tetapi kalau badan S.P agak kecil dan lebih lembut, ia cenderung untuk merosakkan badan S.P. Sewaktu kami mula-mula mereka-bentuk jig head untuk S.P Blue Fox Squidgy, salah satu perkara pertama kami lakukan ialah memasang deduri dawai halus sekadar satu unjuran sistem pendakap. Pada pandangan kami, ini adalah set up yang berkesan untuk badan S.P yang lebih kecil. Sebelum tinggalkan subjek pendakap, ingin kami sampaikan satu petua bagi meneguhkan kedudukan badan S.P pada jig head anda. Senang sahaja, letak setitik gam kuat pada teras mata kail dan bahagian belakang jig head sebelum dipakaikan badan S.P. Ia berguna khususnya jika anda ingin persembahkan S.P dengan teknik yang lebih kasar untuk memerangkap ikan yang agresif.

Ketika mula-mula terjebak dengan penciptaan S.P secara komersial pada lewat 90-an, kami habiskan banyak masa membuat jig head sendiri dan mengecatnya dengan pelbagai pewarna kuku. Kami asyik singgah kedai kosmetik semata-mata nak pilih dan beli pengecat kuku, sehingga penjaga kaunter naik hairan dengan gelagat kami. Ketika kemuncak kegilaan untuk ‘custom’-kan jig head, kami menjurus kepada corak dua ton warna. Namun adakah ini semua memberi perbezaan terhadap kadar tangkapan kami? Saya boleh kata ‘tidak’ sebenarnya. Tetapi kadangkala pada suatu hari yang benar-benar sukar untuk menjinakkan ikan bream yang sombong dalam air yang sangat jernih, ‘customised’ jig head ini berhasil memberi ikan ekstra terhadap kami. Sama ada meyakinkan atau tidak, ia mungkin ada sesuatu kelebihan. Apa pun pengalaman kami mendapati penambahan mata yang realistik pada jig head mampu meningkatkan kadar sambaran dalam jangka mengilat yang berlarutan. Impak yang saya gelar faktor ‘loceng & wisel’ ini lebih jelas dalam situasi tertentu. Misalnya aksi tambahan getaran pada jig head semestinya bonus ketika air keruh atau pada waktu malam, atau sekurang-kurangnya terhadap spesies yang lebih agresif.

2

3

1

54 SIRIP


Seksyen Pendedahan Ilmu & Teknik Memancing

Sumber : ON SOFT PLASTIC LURE AND HOW TO USE THEM Penulis : STEVE STARLING & KAJ BUSCH Terjemahan & Olahan : HALIMI HANIP

4

5

1-5 Beraneka jenis jig head untuk S.P yang fancy dengan dihiasi rumbai skirt getah, peranti kalis samai, dilekapkan mata, dipasang bebola gemerincing dan diserikan dengan bilah kekipas. Masing-masing ada kelebihannya. Bilah kekipas juga boleh merangsang sambaran, tetapi ia bergantung kepada spesies dan senario. Kekilatan dan bunyi putaran kekipas sebenarnya boleh menakutkan ikan yang cerewet di air yang jernih. Sementara aksi yang sama pula mampu membuka selera spesies ikan yang lain pula. Kena cuba jaya, baru tau!

Namun pendekatan lontaran S.P tanpa pemberat ini sangat mencabar. Justeru anda perlukan peralatan yang betul, ringan dan seimbang. Disyorkan kekili mendatar (spinning) dengan joran panjang yang berhujung lembut. Baitcaster memang tiada tempatnya, kecuali S.P anda sangat besar dan padat binaannya.

Modifikasi Pemasangan Jig Head

Pastikan juga anda gunakan tali sulam yang halus. Tetapi walaupun semuanya telah anda lengkapkan, jangan harap nak pecahkan rekod lontaran. Anda akan terkejut berapa jauh anda boleh lempar S.P tak berpemberat, terutama dengan sedikit bantuan angin.

Terdapat situasi di mana modifikasi pemasangan jig head dan S.P membuktikan keberkesanannya mengikut tempat tertentu. Hampir semua strategi persembahan alternatif ini berevolusi di Amerika Syarikat (kecuali teknik ‘drop-shotting’ yang berasal dari Jepun). Kebanyakannya dibangunkan spesifik untuk memburu largemouth bass dan sepupunya, smallmouth bass di Amerika Syarikat. Memang berguna untuk kita mengikut cara pemasangan S.P dari barat ini, walaupun tidak selalunya ditafsirkan dengan baik dalam senario tempatan. Beberapa nama kaedah pemasangan S.P itu turut berasal daripada pancingan bass Amerika. Sama seperti bentuk kepingan spinnerbait (janggut) yang mempunyai nama berasaskan negeri di Amerika, misalnya Colorado dan Indiana. Begitu juga pemasangan S.P yang dipanggil ‘Texas rig’ dan ‘Carolina rig’. Yang lain lebih kreatif ialah seperti ‘wacky rig’. Sampaikan timbul kekeliruan di kalangan penulis dan editor di Australia sendiri. Contohnya, kami sering lihat teknik ‘Texas rig’ disalah-ertikan sebagai ‘Carolina rig’ dalam majalah memancing Australia. Kami akan cuba gunakan nama Amerika yang betul bagi strategi pemasangan S.P yang diterangkan nanti, dan lakukan yang terbaik untuk menjelaskan serta menerangkan teknik pemasangan tersebut dalam bahasa yang mudah.

Persembahan Tanpa Pemberat Salah satu alternatif paling menarik ialah persembahan S.P pada mata kail tanpa pemberat atau berpemberat sangat ringan. Ini boleh membabitkan pemasangan ringkas badan S.P pada mata kail yang diikat terus pada tali atau perambut anda. Mata kail itu mungkin mata kail biasa gaya Aberdeen (berlengkuk bulat tanpa pemberat), atau jenis worm hook berjurang lebar.

S.P akan tenggelam perlahan di dalam air, apatah lagi kalau tanpa jig head. Namun ada beberapa rekaan yang mampu terapung. Kelebihannya ia boleh dipersembahkan di aras permukaan air dengan melakukan karauan, sebaik sahaja S.P mendarat sambil meninggikan hujung joran anda. Persembahan ini sangat efektif buat spesies pemangsa kerana S.P kayuhan perlahan memberi aksi yang sangat menggoda. Dalam air pasang surut, ia bagaikan gaya udang atau ikan kecil, sementara di air tawar ia mungkin meniru serangga, katak, cicak atau seumpamanya. Ada pemancing mengambil langkah bijaksana dengan memasang popper gabus kecil di depan mata kail apabila menggayakan S.P di permukaan air. Ia mudah dibuat atau diadaptasi daripada kepala popper layang styrofoam dan seumpamanya. Bagaimanapun persembahan S.P tanpa pemberat tidak hanya tentang pancingan di aras permukaan kolum air. Dalam keadaan air tenang dan berarus perlahan, S.P tak berpemberat boleh dibiarkan hanyut dengan sesekali dibuat sentakan. Teknik ini sangat killer, khususnya di reba, tiang jeti atau dinding batu yang menegak. Gunakan teknik karauan S.P tanpa pemberat itu menerusi aras permukaan untuk menggoda sang pemangsa, kemudian jatuhkan hujung joran dan hentikan karauan supaya S.P tenggelam di sepanjang struktur. Lihat siapa yang akan menjerit nanti! - SIRIP -

SIRIP 55


Fishing Reel 101

SERVIS DAIWA TATULA TYPE-R 100XSL (Bhg. Akhir)

Daiwa Tatula dicipta khas untuk meningkatkan prestasi pengilat dengan sistem gear tahan lasak dan penyusun tali T-Wing unik yang melancarkan lontaran dengan lebih jauh. Baitcaster ini boleh digunakan di air masin, tetapi sebelum itu, baik anda buat penyelenggaraan penuh ke atas baitcaster yang hebat ini‌ #81 yang tebal. Oleh sebab ketebalannya, ia tidak akan herot sebagaimana plat nipis. Ini menjadikan tekanan drag kekili yang lebih kuat dan konsisten.

(Sambungan daripada keluaran lepas...) 40) Masukkan set shaf panduan ke dalam kerangka #25. 41) Ikat dengan dua skru F #74. 42) Letak sedikit gris pada reroda klac #77 dan pasangkan. Perhatikan bahawa gerigi gear harus mengarah kepada tuil trip klac #40. (Jika anda memasang model pengayuh kanan, imej ini perlu diterbalikkan). 43) Tekan tuil klac #28 untuk menguji sama ada mekanismenya lancar. 44) Pasangkan sesendal shaf panduan A #78. 45) Dengan cermat, letakkan gris pada gerigi gear panduan #79 dan pasangkan. Letakkan juga sedikit gris di dalam gear itu. 46) Dengan cermat, letakkan gris pada gear pinion #48 dengan Cal’s Grease. Pastikan supaya gris tidak memasuki lelubang gear pinion #48, dan gantungkan kepada yoke #46. Gelungsurkan yoke #46 ke bawah ke dua posisi plat palam klac #44. 47) Masukkan spring yoke #47 ke bawah pada setiap posisi plat palam klac #44. 48) Pasang sesendal shaf panduan B #80.

50) Minyakkan kolar shaf panduan #82 dengan CorrosionX (jangan guna gris) dan pasangkan dengan hujung kekuncinya memuat masuk pada alur sesendal utama #81.

Penghabisan 51) Dengan cermat, sapukan gris marin Quicksilver 2-4-C ke setiap slot dan sudut plat sisi kiri #51. Kemudian masukkan semula klac reroda #83 pada arah yang betul. Berikan empat titik minyak CorrosionX kepada klac reroda #83. Jangan gunakan gris kepada klac reroda #83. 52) Lincirkan galas bebola C #50 dengan sedikit minyak. Pasang dan tetapkan ia dengan pendakap galas bebola B #49. Saiz galas bebola ini ialah 8 mm x 3 mm x 4 mm. 53) Lekapkan plat sisi kiri #51 kepada kerangka #25, dan ikatkan dengan tiga skru plat sisi kiri #56 dan #57. Tetapi jangan ketatkan lagi. Lincirkan galas bebola E #84 dengan CorrosionX dan pasangkan ia. Saiz galas bebola ini ialah 12 mm x 8 mm x 3.5 mm, dan ia sama saiz dengan galas bebola penyokong pinion #36. Pastikan semua komponen sejajar dengan baik sebelum mengetatkan tiga skru plat sisi kiri #56 dan #57.

49) Letakkan sedikit gris dan pasang sesendal utama

40

41

42

43

44

45

46

47

48 56 SIRIP

54) Minyakkan alur butang kawalan lontaran #55 dengan

49

50

51


Seksyen Pendedahan Ilmu & Teknik Memancing

CorrosionX dan pasangkan secara melonggar.

pastikan bahagian hujung heksagon atau sisi rata nat itu sejajar dengan lubang pada pengayuh #92.

55) Masukkan sesendal E #85. 56) Griskan spring dedaun klik #87, masukkan pendakap spring dedaun klik #86 dan pasangkan dengan sisinya rata menghadap ke bawah. 57 & 58) Letak gris dan pasangkan sesendal spring tegangan #88 dengan sisi cembung menghadap antara satu sama lain. 59) Letakkan gris pada alur shaf panduan #76 dan dengan cermat, ikatkan skru pada tegangan bintang (star drag) #90. 60) Pasang kolar pengayuh #91 dengan sisi cembung menghadap ke bawah. Ketatkan tegangan bintang (star drag) #90 dengan kukuh.

52

61) Sapu gris dan pasangkan set pengayuh #92, kemudian ikat dengan nat pengayuh #93. Apabila anda ketatkan nat pengayuh #93,

53

63) Bersihkan galas bebola gelendong A #14 dan lincirkan dengan setitik minyak, kemudian pasangkan ia. Saiz galas bebola ini ialah 10 mm x 3 mm x 4 mm. 64) Kuncikan kedudukan galas bebola itu dengan pendakap galas bebola A #15. Sebelum anda memuatkan gelendong, bersihkan semua lebihan gris yang meleleh keluar melalui lelubang pengudaraan dalam kerangka #25. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan jarak lontaran dan daya lontaran gewang yang ringan. Itu sahaja! Baitcaster ini telah dilindungi daripada kakisan awal dan menjadi mudah untuk diselenggara bagi penggunaan selanjutnya.

Bulan Hadapan : Teknik servis kekili Rod Ford Ryojin. - SIRIP -

54

55

58

57

61

62) Tutupi dengan butang pengayuh #94 dan ikatkan dengan skru pengayuh #95.

62

59

63

56

60

64

SIRIP 57


Nama

: MOHAMAD AZRUL BIN JAMIL Ikan : Patin Berat : 2 kg Kaedah : Pancing Dasar Umpan : Dedak Lokasi : Kangar, Perlis Waktu : 11.30 am

Nama

: MUHAMMAD AIMAN SYAFIQ Ikan : Udang Berat : 300 g Kaedah : Pancing Dasar Umpan : Udang Lokasi : Sg. Yong Kahang Waktu : 7.55 pm

Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

Peraturan & Syarat-Syarat :

1. Gelanggang Air Tawar adalah pertandingan gambar yang terbuka untuk semua pemancing air tawar. 2. Gambar anda serta tangkapan ikan air tawar seperti ikan toman,sebarau, kelah, jelawat dan sebagainya (termasuk udang galah),layak untuk bertanding. 3. Enam gambar terbaik akan dipilih setiap bulan sebagai pemenang. 4. Anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan dengan maklumat yang lengkap dan betul.

Gelanggang Air Tawar (borang salinan diterima)

Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

: FLORANLO GOBIK : Ikan Keli Afrika : 900 g : Pancing Dasar : Cacing : Sg. Langat, Selangor : 3.42 pm

Nama Alamat

: :

No. Tel : (rumah) Jenis Tangkapan : Lokasi Tangkapan : Nama Tekong / Pemandu Pancing : Kaedah Memancing :

: SHUHAIMI BIN TAIB : Haruan : 1.5 kg : Casting : Katak Hidup : Sg. Baru Alor Setar : 4.30 pm

5. Setiap pemenang dipilih oleh sidang pengadil berdasarkan kualiti gambar (jelas dan terang) dan tahap kesukaran ikan yang dipancing.

Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

: RAZALI B DAUD : Rohu :/ : Pancing Dasar : Dedak : Lombong Berlam Ipoh : 3.30 pm

Nama

: ABD RAZAK B SELAMAT Ikan : Baung Berat : 900 g Kaedah : Pancing Dasar Umpan : Tapa Lokasi : Empangan Waktu : 8.24 am

Sea Tackle Sdn. Bhd. bernilai RM 200.

(*Perhatian: Sebarang pertukaran hadiah yang bernilai serupa oleh pihak penganjur boleh berlaku tanpa sebarang notis. Hadiah akan dihantar dalam masa dua bulan dari tarikh majalah diterbitkan. Jika hadiah tidak sampai dalam tempoh tersebut, sila hubungi pihak majalah SIRIP dengan segera. Hadiah akan dikira luput jika tidak dituntut dalam masa lima bulan.)

Hadiah :

* 6 pemenang akan diumumkan setiap bulan dan setiap pemenang layak menerima hadiah sumbangan.

No. K/P :

(pejabat) Berat : Waktu : Umpan / Gewang : No. Tel : Tarikh :

(bimbit) am/pm

Lekatkan borang di belakang gambar dan hantarkan ke : Gelanggang Air Tawar, Majalah SIRIP Unit D-1-31, Blok D, 8 Avenue Business Centre, Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8, 46050 Petaling Jaya, Selangor.


Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

: MOHD FARIZWAN : Ikan Sebelah : 180 g : Pancing Dasar : Hirisan Udang : Tok Bali, Kelantan : 4.20 pm

Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

: MOHD SYUKRI BIN SAAD : Siakap Putih : 4 kg : Pancing Dasar : Udang Hidup : Sg. Nenasi : 8 am Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

Nama

: MOHD SUPIAN BIN NOORDIN Ikan : Kerapu Berat : 1.1 kg Kaedah : Pancing Dasar Umpan : Anak Belanak Lokasi : Kuala Trong, Perak Waktu : 10 am

Peraturan & Syarat-Syarat :

1. Gelanggang Air Masin adalah pertandingan gambar yang terbuka untuk semua pemancing air masin, pantai dan muara. 2. Gambar anda serta tangkapan ikan air masin, pantai dan muara layak untuk bertanding. 3. Enam gambar terbaik akan dipilih setiap bulan sebagai pemenang. 4. Anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan dengan maklumat yang lengkap dan betul.

Nama Nama Ikan Berat Kaedah Jig Lokasi Waktu

Hadiah :

6 pemenang akan diumumkan setiap bulan dan layak menerima hadiah sumbangan TCE TACKLES SDN. BHD. 1. Kekili Tomman Elite 2. Perambut Tomman Line – Tali Hantu

Gelanggang Air Masin (borang salinan diterima)

Lekatkan borang di belakang gambar dan hantarkan ke : Gelanggang Air Masin, Majalah SIRIP,Unit D-1-31, Blok D, 8 Avenue BusinessCentre, Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8,46050 Petaling Jaya.

: AIYU BIN BOYAK : Jenahak : 3.2 kg : Jigging : SureCatch 90g : Pemanggil : 1 am

5. Setiap pemenang dipilih oleh sidang pengadil bedasarkan kualiti gambar (jelas dan terang) dan tahap kesukaran ikan yang dipancing.

Tajaan : TCE TACKLES SDN. BHD.

Plot 87-88, Jalan Aman 2, Taman Industri Makmur,Sungai Seluang, 09600 Lunas, Kedah, Malaysia. Tel : 604-4844524 (Hunting) Fax : 604-4844887 Email : info@tcetackles.com.my Website : www.tcetackles.com.my

: MOHD RIDHWAN BIN TAIB : Ikan Gemang : 2 kg : Pancing Dasar : Udang Hidup : Pantai Melaka : 11 pm

: WAN AZMAN B WAN ADENAN Ikan : Ikan Terbang Berat : 300 g Kaedah : Appolo Umpan : Hirisan Sotong Lokasi : Pulau Talang, Kuching Waktu : 10 am

(*Perhatian: Sebarang pertukaran hadiah yang bernilai serupa oleh pihak penganjur boleh berlaku tanpa sebarang notis. Hadiah akan dihantar dalam masa dua bulan dari tarikh majalah diterbitkan. Jika hadiah tidak sampai dalam tempoh tersebut, sila hubungi pihak majalah SIRIP dengan segera. Hadiah akan dikira luput jika tidak dituntut dalam masa lima bulan.) KEPILKAN BORANG DI BELAKANG GAMBAR

Nama : No. K/P : Alamat : _________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ No. Tel : (rumah) (pejabat) (bimbit) Jenis Tangkapan : Berat : Waktu : am/pm Lokasi Tangkapan : Umpan / Gewang : Nama Tekong / Pemandu Pancing : No. Tel : Kaedah Memancing : Tarikh :


PRODUCT AWARENESS

OKUMA COLD WATER

OFMER MAJOR STIX

Okuma Cold Water merupakan baitcaster profil rendah yang mempunyai kelebihan alat penyukat tali yang mampu mencatat pengeluaran tali. Ia disukat mengikut ukuran ‘kaki’ bagi membantu pemancing mengetahui jarak dan kedalaman air. Kekili buatan aluminium ini dilengkapi sesendal tegangan gentian karbon, 3 + 1 galas bebola, gear tembaga dan gelendong aluminium. Terdapat model pengayuh kiri dan kanan, dengan nisbah gear 5.4 : 1.

Joran mengilat Major Stix keluaran Ofmer ini dicipta khas untuk menentang ikan besar dan gagah perkasa seperti blass bass, toman dan siakap. Ia terdiri daripada enam model iaitu General (12 – 20 paun), Captain (8 – 14 paun), Sergeant (10 – 20 paun), Colonel (10 – 16 paun), Chief (14 – 30 paun) dan Officer (8 – 17 paun). Penambah anggun menawan joran berkualiti dan berharga sederhana ini ialah hulu pemegangnya jenis EVA corak camouflage merah, dan dilengkapi cincin jenama Fuji.

Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

AJIKING SMART BOX Kotak pancing Ajiking Smart Box ini memiliki pelbagai kelebihan dalam penyimpanan barang. Selain kalis air, ia juga kalis hentakan bagi melindungi barang berharga tinggi agar tersimpan dengan selamat. Selain itu, ia juga mempunyai daya apungan yang baik. Ia diwarnakan terang agar mudah dikesan dan mengurangkan masalah pencariannya pada waktu malam.

Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

SHIMANO TORIUM Kekili Shimano Torium generasi baharu yang ringan dan kuat ini sesuai digunakan untuk pancingan dasar dan hanyutan umpan hidup. Ia dilancarkan dengan sistem anti balikan tanpa had, sesendal tegangan gentian karbon, 3 galas bebola tahan karat ARB dan sistem gear HEG. Nisbah gearnya 6.2 : 1 dan memiliki kekuatan drag setinggi 11 kg. Terdapat tiga saiz pilihan iaitu 16, 20 dan 30.

Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

RELIX ELECTRONIC SCALE Pernah anda berdebat hanya kerana meneka berat ikan? Sekarang biar penimbang elektronik Relix menyelesaikan pertikaian anda, tanpa perlu meneka-neka dan bertengkar lagi. Skala penimbang ini mampu menyukat beban sehingga seberat 40 kg. Ia dilengkapi skrin yang jelas dan mempunyai fungsi ‘shut off’ secara automatik. Jangan lupa membawanya setiap kali anda turun memancing. Mana tahu skala ini mengesahkan rekod peribadi anda!

Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

60 SIRIP

Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

SHIMANO SPEED MASTER BOTTOMSHIP Speed Master Bottomship direka khas oleh Shimano untuk tiga teknik sekaligus, sama ada jigging, mengilat dan pancingan dasar. Secara ringkasnya, ia joran serbaguna. Joran satu keratan ini dilengkapi cincin Fuji MN, alas kekili Shimano, hulu pemegang EVA berkualiti tinggi, dan mempunyai model kekuatan PE 4 (ukuran 5 kaki 8 inci) dan PE 3 (ukuran 6 kaki).

Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822


Seksyen Pendedahan Ilmu & Teknik Memancing

NORTH CRAFT ADRATION 90F

ORCRAFT CODE

Adration 90F merupakan gewang minnow jenis terapung hasil reka cipta North Craft untuk berdaya balingan jauh dan berenang stabil. Walau laju dikarau, ia amat stabil berenang tanpa terlompat keluar. Gewang ramping panjang ini dapat menyelam sedalam 0.3 sehingga 0.6 meter. Terdapat dalam model berukuran 9 cm dan 12.5 cm, yang efektif untuk memburu peacock bass, siakap, sebarau, gerepoh, talang, alu-alu dan lain-lain jenis pemangsa.

Code, gewang jenis ‘lipless minnow’ (minnow tanpa lidah) keluaran terbaru ORCraft ini mampu dibaling jauh walaupun hanya sekecil 6 cm dan berat 7 g. Gewang yang ekonomi ini amat efektif dimainkan dengan pelbagai cara, sama ada karauan perlahan, laju atau sentap-henti. Terdapat sembilan corak warna pilihan.

Pengedar : RAPALA VMC Tel : 04-263 9800 Faks : 04-263 1800

Pengedar : MGFA Tel : 07-861 9289 Faks : 07-863 2189

STORM SX SOFT VIB

SEAHAWK AIR STORM

Storm Z-Stick merupakan gewang pensil yang mampu bergerak dengan sudut yang besar di permukaan air. Jika diperlahankan karauan, ia mampu geliang-geliut secara menegak di kawasan kecil zon sambaran dengan lebih lama untuk menggoda pemangsa bersifat kewilayahan. Z-Stick dilengkapi mata kail VMC Perma Steel, dan dikemaskan dengan warna holografik. Terdapat model berukuran 9.5 cm (14 g) dan 11.5 cm (24 g) untuk dipilih.

Seahawk memperkenalkan kekili terbarunya yang cukup menawan iaitu Air Storm yang dilancarkan oleh 5 + 1 galas bebola, lengan pengarau yang tebal, gelendong dan pengayuh aluminium, tombol getah yang lembut dan sistem penyusun tali yang efisien. Terdapat tiga saiz iaitu 2000 yang bernisbah gear 5.1 : 1, serta 4000 dan 6000 yang bernisbah gear 5.5 : 1.

Pengedar : RAPALA VMC Tel : 04-263 9800 Faks : 04-263 1800

AWA-SHIMA POWER GRIP Awa-Shima Power Grip dengan kod ASTC01 sehingga 04 merupakan sebatang playar pelbagai guna buatan logam karbon yang hitam, ringan dan kuat. Saiznya kecil dan senang dibawa ke mana sahaja bagi tujuan membuka gegelung cincin, mencabut mata kail, memotong perambut dawai dan mengelim tiub besi.

Pengedar : EASTERN FISHING TACKLE Tel : 07-388 8806

Pengedar : TCE SPORTS Tel : 04-263 8700 Faks : 04-261 9730

OWNER JT-27 ASSIST HOOK Owner mengeluarkan pelbagai jenis assist hook untuk jigging yang popular dan berkualiti. Terbaru, JT-27 Assist Hook yang dipasang dua mata kail dalam satu set menggunakan rekaan mata kail unik yang mampu memerangkap ikan yang bijak melakukan serangan. Kelebihan ini sesuai untuk teknik slow jigging, di mana tekanan berat jig itu sendiri sudah cukup memadai untuk menembuskan tancapan mata kail terhadap sang ikan yang mematuknya. Jika anda jigger yang mementingkan sensitiviti teknik jigging, bertukarlah kepada Owner JT-27.

Pengedar : SABRE TACKLE Tel : 02-6396 0982, 03-9221 4628 Faks : 02-6242 7101, 03-9221 4629

SIRIP 61







Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.