Majalah Sirip Jun 2016

Page 1


BAHARU

Gelendong Magnumlite baharu dan 70 saiz gelendong cetek mencapai momen inersia yang rendah. Jarak lontaran purata ditingkatkan sebanyak 20%. Sistem SVS Infinity baharu mudah melaras pelarasan brek dengan hanya pada kolar brek di luar. Sebagai tambahan kepada teknologi baharu, gear Micromodule, X-Ship, badan HAGANE dan larasan senyap dilengkapkan ke dalam kekili ini yang membuatkan ia pilihan terbaik kepada pengilat tegar. No. Model

Kapasiti Tali Tangsi (paun / m)

Nisbah Gear

Berat Drag Galas (g) Maksimum (kg) Bebola

Metanium MGL (R )

12/100, 14/90, 16/80, 20/65

6.2

175

5.0

10/1

Metanium MGL (L )

12/100, 14/90, 16/80, 20/65

6.2

175

5.0

10/1

Metanium MGL HG (R )

12/100, 14/90, 16/80, 20/65

7.4

175

5.0

10/1

Metanium MGL HG (L )

12/100, 14/90, 16/80, 20/65

7.4

175

5.0

10/1

Metanium MGL XG (R )

12/100, 14/90, 16/80, 20/65

8.5

175

5.0

10/1

Metanium MGL XG (L )

12/100, 14/90, 16/80, 20/65

8.5

175

5.0

10/1


Dikenali sebagai ‘Mr. Pattern Fishing’, Norio TANABE menegaskan akan kepentingan komponen joran. “Komponen joran adalah alatan paling sukar tetapi menarik untuk dibangunkan. Tidak dinafikan, FUJI adalah pengilang komponen yang penting dalam pancingan saya. Produknya dilahirkan melalui konsep yang sekian lama mereka majukan tanpa tandingan. ‘Memancing’ menjadi munasabah dengan produk FUJI.”

‘Memancing’ menjadi munasabah dengan produk FUJI.

Motto beliau “Teruskan mengilat” 1984 – 1985 Juara ‘B.A.S.S of Japan Angler of the year’ selama dua tahun berturut-turut. 1987 Menyertai U.S. OPEN dan menjadi pemancing Jepun pertama memenangi hadiah. 1993 Menyertai B.A.S.S. Kentucky Invitational dan menjadi pemancing luar pertama sebagai juara 2000 Memenangi tempat ke-6 dalam B.A.S.S. Bassmaster Classic di Tasik Michigan, Chicago 2000~ Menjadi wakil NORIES dan menyumbang pembangunan pancingan bass. 1992~ Menjadi penasihat FUJI sehingga sekarang.






Oleh : PAK WONG

PANDUAN BOT KECIL P

(BHG. 2)

ada keluaran lepas, kita telah bincangkan tentang pendayung dan parang yang merupakan kelengkapan terpenting bagi sebuah bot kecil. Seterusnya kita akan memerlukan seutas tali dan sebilah sauh kecil.

akan cepat merasa letih jika bot kita berat. Bot buatan aluminium merupakan bot yang paling ringan berpandukan saiznya. Ia juga lebih tahan lasak berbanding bot fiber dan merupakan pelaburan yang lebih berbaloi bagi kegunaan jangka masa panjang.

Tali & Sauh

Enjin Sangkut

Tali yang diperlukan tidak usah terlalu kasar, namun harus mempunyai ukuran sekurang-kurangnya 15 kaki atau 5 meter panjang. Kegunaan utama tali ialah untuk mengukuhkan ikatan bot di atas bumbung kereta. Ia juga boleh digunakan untuk mengikat bot apabila anda ingin naik ke tebing supaya bot tidak terhanyut akibat aliran air atau tiupan angin. Apabila sampai ke tempat yang sukar diharungi, tali juga diperlukan untuk kita menarik bot melepasi halangan dari atas tebing.

Apabila menyentuh faktor berat, enjin sangkut pilihan juga perlu difikir-fikirkan. Jika anda hanya memancing di kawasan yang tidak luas atau tidak jauh, enjin 5 kuasa kuda sudah mampu membekalkan kelajuan yang memuaskan, terutamanya dengan bot aluminium. Kelebihannya ialah ia amat ringan dan dapat diangkat, biarpun dengan tenaga seorang sahaja.

Satu lagi kelengkapan yang sentiasa diperlukan ialah sauh. Sauh kecil yang berbentuk seperti payung ini boleh didapati di kedai pancing atau pembekal peralatan bot. Selain diperlukan untuk teknik pancingan dasar, sauh sebenarnya juga amat membantu apabila kita mempraktikkan teknik mengilat. Andainya anda ingin menduga di sebuah spot dalam masa yang agak panjang, adalah baik untuk menurunkan sauh bagi mengelakkan tolakan angin dan bot dapat kekal di posisi yang diingini.

Thruster & Sonar Thruster merupakan peralatan yang amat berbaloi dimiliki. Thruster yang dikuasai oleh bateri 12 volt mengizinkan anda untuk mendekati spot berpotensi secara senyap. Apabila enjin sangkut buat hal, sekurang-kurangnya thruster ada ketika kecemasan. Teknik mengilat merupakan teknik yang perlu sentiasa berpindah tempat, justeru thruster yang senyap apabila beroperasi telah menjadi alat yang wajib dimiliki setiap caster. Bagi saya, sonar merupakan alat penting dengan fungsi yang amat praktikal. Usahlah membeli model canggih dengan skrin berwarna, asalkan dapat menunjukkan kedalaman dan keadaan dasar lubuk sudah memadai. Banyak teknik termasuk teknik mengilat memerlukan kita untuk mendapatkan informasi kedalaman dan struktur lubuk bagi mencapai keputusan sebaik mungkin.

Jika anda bercita-cita tinggi dan ingin mengembara ke kawasan yang lebih jauh, bolehlah lengkapkan bot aluminium anda dengan enjin 8 atau 10 kuasa kuda. Enjin 15 kuda yang amat berat jarang diperlukan, melainkan jika bot anda amat besar dan berat, atau pun anda berjiwa Mat Rempit!

Reka Bentuk Bot Bot pancing kecil pada umumnya terdapat dalam dua reka bentuk iaitu berlunas tajam (V-hull) atau rata (punt). Kelebihan bot berbadan tajam ialah ia dapat membelah perairan yang berombak dengan selamba, tetapi kelemahannya ialah ia kurang stabil apabila kita ingin mengilat secara berdiri. Bot berbadan rata atau lepap (punt) pula lebih stabil, tetapi kurang efisien membelah ombak. Jika anda memancing di tasik atau lombong yang bersaiz sederhana pada kebanyakan masa, anda akan menyukai bot berbadan rata. Jika anda sentiasa bermain di persisiran pantai atau tasik empangan yang amat luas, bot berlunas tajam merupakan pilihan yang lebih tepat. Kita akan bincangkan teknik pengendalian bot dan aspek keselamatan pula pada keluaran hadapan. Sehingga jumpa lagi! - SIRIP -

Saya gemar menunda gewang di kawasan lombong. Dengan bantuan sonar, saya telah mempelajari cara untuk memahami kedalaman dan struktur lubuk sasaran bagi mengenal pasti tempat ikan-ikan lombong bermain. Saya juga telah mencapai keputusan cemerlang di kawasan muara melalui bantuan sonar.

Bot Aluminium Berbalik kepada bot pancing pula, apabila membuat pilihan, faktor berat merupakan satu aspek yang amat penting untuk diambil kira. Adakalanya kita terpaksa menurunkan dan menaikkan bot dari kereta berulang kali untuk bertukar ke lubuk yang berhampiran. Kita 6 SIRIP

Bot kecil merupakan pengangkutan penting apabila ingin menduga sungai berair hitam. Biasanya enjin sangkut 5 kuda kuda sudah memadai untuk lubuk seperti ini.



Proposed Licensing of Anglers in Fishy Malaysia Forum : The Roadshow

pada Disember 2014 lalu. Tiga kertas dibentangkan oleh pegawai perikanan dan penyelidik DOF iaitu Status Sumber Perikanan Negara, Perikanan Rekreasi Di Malaysia dan Cadangan Pembangunan & Penstrukturan Perikanan Rekreasi Di Malaysia.

Antara otai pemancing yang hadir di ibu pejabat DOF Putrajaya untuk mendengar penerangan dan melontar pandangan demi masa depan aktiviti memancing tanahair.

Secara rumusannya, objektif pelesenan ini adalah bagi mendapatkan rekod dan maklumat tepat jumlah pemancing melalui cadangan lesen serendah RM 10 setahun. Ini kerana selama ini pembangunan dan pemajuan pancingan rekreasi tidak dapat dijalankan dengan baik oleh DOF, selaku badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam pengurusan perikanan negara, lantaran ketiadaan data tersebut.

Dan matlamat itu hanya boleh dicapai melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Perikanan (Rekreasi Kelautan) yang digubal di bawah Akta Perikanan 1985. Yang pentingnya, jelas DOF, apabila lesen dikenakan dan pemancing telah berdaftar, bermakna suara kita pemancing yang tidak diambil peduli akan lebih didengari Kerajaan Antara slaid pembentangan DOF yang mencetuskan mengapa perlunya pemancing untuk bertindak, di samping aktiviti didaftarkan secara sistem pelesenan. memancing dapat dikawal selia lebih komprehensif, dan kelestarian sumber perikanan marin kita ngatkan cadangan pelesenan memancing oleh Jabatan Pedapat sama-sama dipelihara. rikanan Malaysia (DOF) dah berkubur sejak diarahkan batal oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani setelah mendapat Sesi ini mendapat pandangan memberangsangkan daripada bantahan ramai pada awal 2015, rupa-rupanya tidak. YB Menteri ‘orang-orang lama’ atau otai pancing yang hadir, dengan yang baru memegang portfolio ini telah mengarahkan cadangan memberi pandangan dan komen yang membina, yang mana terbantut itu diteruskan semula semasa Sesi Sembang Santai antaranya dipaparkan di halaman sebelah. Anda juga boleh Bersama Aktivis Pemancing & Nelayan di Karnival Transformasi mendapatkan maklumat lebih lengkap tentang jerayawara ini Orang Muda Kemaman, Terengganu pada 19 Mac 2016. dalam kolum Sirip Forum di halaman 51. Namun DOF dikehendaki mendapatkan dahulu maklum Selepas roadshow ini, DOF akan anjurkan bengkel bersama balas pemancing berhubung usul itu bagi menyusun dan pemancing terpilih bagi memantapkan cara pelaksanaan pemenstrukturkan pembangunan aktiviti memancing rekreasi lesenan ini, sementara segala maklum balas pemancing di- SIRIP kelautan di negara ini. Hasil greenlight Menteri, DOF mengorak angkat ke peringkat atasan untuk tindakan seterusnya. semula langkah dengan giat menjalankan program jerayawara *Sila join ke dalam group Facebook : Cadangan Pelesenan (roadshow) sepanjang Mei dan Jun hampir di setiap negeri Perikanan Rekreasi Malaysia untuk melontarkan pandaantaranya Labuan, Johor (pantai barat), Kuala Terengganu, ngan anda tentang cadangan pelesenan memancing ini. Kuala Kedah, Manjung (Perak), Melaka, Putrajaya, Kuching, Miri dan Sibu.

I

Roadshow ini menjemput para pemancing, penganjur pertandingan memancing dan pihak berkepentingan seperti tekong bot, badan pelancongan, agensi keselamatan dan lain-lain untuk diperjelaskan dan diberi kefahaman mengapakah perlunya lesen kepada pemancing dan penganjur pertandingan memancing di perairan kelautan (air tawar dikecualikan).

Berkumpul Di Putrajaya Taklimat di ibu pejabat DOF, Putrajaya telah dianjurkan pada 25 Mei 2016 yang turut diwakili para media, termasuklah majalahmajalah memancing serta Persatuan Memancing Malaysia dan Persatuan Pengail Selangor. Sesi penerangan oleh DOF kali ini dilihat lebih mantap, dan bukannya suatu panggilan ‘mengejut’ untuk menyatakan kesegeraan pelaksanaannya sehingga sukar diterima ramai pemancing sebagaimana taklimat pertama dibuat 8 SIRIP

Taklimat kepada pemancing dan penganjur pertandingan di Pejabat Perikanan Melaka, Batu Berendam.


Laporan Khas : SIRIP

APA KATA & PANDANGAN OTAI-OTAI PANCING KITA... Masduki Mohammad Morni (Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu / UMT) • UMT sejak peringkat awal telah memberi pandangan berbeza berhubung isu cadangan pelesenan memancing oleh DOF. Namun ia bukanlah menolak cadangan ini, tetapi ingin memberi buah fikiran supaya perikanan rekreasi negara perlu diurus dengan sewajarnya, memandangkan negara sudah lama menjana ekonomi melalui industri perikanan rekreasi. Cuma malangnya ia tidak pernah dinilai di Malaysia. Sedangkan perolehan nilai ekonomi daripada sektor perikanan rekreasi dipercayai lebih jauh berbanding sektor lain dalam perikanan itu sendiri. • Beberapa sektor perikanan tangkapan negara juga dicadangkan perlu direhatkan. Stigma nelayan miskin yang sering dikaitkan mungkin berpunca daripada kekurangan sumber perikanan negara kita sendiri. Justeru, daripada mereka pergi ‘tangkap ikan’, cuba berubah kepada ‘tangkap pemancing’ kerana pemancing sanggup mengeluarkan kos RM 500 walau kerana ‘seekor tenggiri’. • Pendidikan ke arah ini perlu digalakkan, bahkan di sesetengah negara lain, rakyatnya digalakkan menjadi pemancing supaya dapat mendekatkan diri dengan alam sekitar dan menjadi pencinta alam sekitar yang memperjuangkan pemuliharaan. Kita akan dikenang suatu hari nanti jika mampu melakukan anjakan paradigma ini.

Ridzuan Ghazali (Presiden Persatuan Memancing Malaysia / PeMM) • Cadangan ini adalah satu kaedah berkesan untuk mendapat suatu penyatuan pemancing tanahair terutama dari segi rekod dan data. Benarkah pemancing kita seramai 2 juta, sedangkan selama ini tiada database sebenar? • Kerajaan seharusnya mengambil peduli dan membela nasib pemancing kerana sebahagian besar pemancing adalah golongan belia dan pengundi.

Nasir Yusof (Selebriti Memancing) • Tidak bersetuju... pelesenan memancing ini dilambat-lambatkan dan perlu diteruskan! • DOF dicadangkan supaya fokuskan kepada pendidikan memancing dan perlu menggiatkan promosi di media-media tentang kesedaran memancing.

Pok Mud’s (Persatuan Pengail Selangor, Pemandu Pancing & Penulis) • Cukup tertarik dengan frasa ‘pemancing tiada tuan’ dan wajarlah cadangan pelesenan ini perlu disokong kerana sekurang-kurangnya ada suatu badan yang mengawal dan mengurus kebajikan pemancing negara. • Juga dicadang supaya kursus kepada tekong atau boatman dibuat, kerana mereka ini mampu menarik minat seramai mungkin pelancong atau pemancing luar negara datang ke Malaysia. • Kita ada 3E, tetapi hanya ‘E’ untuk ‘Enforcement’, dan di manakah ‘Education’ dan ‘Engineering’ dalam pembangunan memancing rekreasi di Malaysia? Diusulkan supaya aktiviti memancing dimasukkan ke dalam silibus sekolah supaya kanakkanak lebih senang dilentur berbanding kita ini yang dah tua berkarat.

Zambri Mohd. Akhir / Sild (Konsultan Alam Sekitar & Persatuan Memancing Pulau Pinang) • Sebagai konsultan, saya melihat data-data nelayan berdasarkan pelesenan yang mereka ada adalah sangat penting bagi menuntut pampasan jika berlaku projek-projek mega di perairan tangkapan mereka. Ini kerana projek sebegini bagai ‘menabur pasir dalam periuk nasi’ mereka. Maka golongan berkepentingan ini berhak ‘demand’ kerana kawasan mencari rezeki diganggu. • Namun pemancing tidak mendapat apa-apa kelebihan seperti nelayan, kerana kita tidak berdaftar. Dengan adanya cadangan pelesenan, ia adalah inisiatif yang sangat baik untuk perjuangkan hak pemancing.

CS Fong (Ketua Pengarang Majalah Rod & Line) • Bersetuju begitu sahaja laksana menandatangani cek kosong. Perlu dikaji semula cadangan spesies ikan yang hendaklah dilepaskan mengikut saiz panjang, sama ada ia praktikal atau tidak. • DOF juga perlu memfokuskan isu sumber perikanan di air tawar yang jauh lebih kritikal berbanding marin.

Khairul Hizard (Jurufoto Profesional) • Bersetuju usul ini diteruskan memandangkan wujud isu kemerosotan sumber perikanan dan betapa stressnya kita memancing apabila tiada ikan. • Tetapi perlulah dikaji bagaimana penguatkuasaan secara setara dan lebih berkesan dapat dilaksanakan. SIRIP 9


Brunei River Monsters 1

TAPAH BRUNEI

bangkit tatkala hujan? A

mat jarang cerita memancing air tawar atau sungai didedahkan di negara jiran kita yang kecil tetapi amat kaya dengan telaga minyaknya ini. Brunei Darussalam lebih gah dengan lubuk-lubuk laut dalamnya, apatah lagi majoriti pemancing Brunei memang lebih gemar melepaskan gian di laut kerana hasilnya yang lebih lumayan, terutama jigging. Tetapi tahukah anda, Brunei juga memiliki kekayaan sumber perikanan di sungai-sungainya yang tidak tercemar. Semuanya kerana hutannya masih tebal terpelihara tanpa pernah dibalak, lantaran hasil petroleumnya sudah jauh lebih mencukupi. Spesies barob (sebarau) dan pelian atau semah (kelah), bahkan ikan kelisa liar turut berkeliaran di sebilangan hulunya. Namun hutannya yang amat tebal itu menyukarkan kita untuk akses ke sana. Bagi saya, tak payah pergi jauhlah ke hulu kalau nak rasa kelainan pancingan air tawar di Brunei, kerana seksyen pertengahan sungainya yang berpenduduk dan senang diakses terdapat spesies rare bertaraf monster yang mampu membuat mulut sesiapa sahaja terlopong, terutama penggila casting seperti saya.

2

10 SIRIP

Siapa yang tak terkesima menyaksikan rakaman GoPro daripada Myzan Cymz yang mengilat


Teks : HALIMI HANIP

Fotografi : MYZAN CYMZ & SPIKE FARIQ

1. Memburu tapah di Sg. Mau sangat mencabar apabila paras air sungainya menyurut jauh sebegini.

2. Haji Hazaman, antara pen-

duduk Kg. Mau yang aktif mengilat tapah di Sg. Mau.

3. Antara hasil mengilat tapah Sg. Mau oleh Myzan.

4. Peta Brunei dan lokasi pem-

buruan tapah di sistem Sg. Belait (bulatan merah).

3 sehingga direnggut monster tapah 16 kg, dilawan dengan cukup sengit sehingga kecundang di tepi perahu! Terus saya PM beliau menyatakan hasrat untuk menimba pengalaman memburu tapah di negara kelahirannya yang belum pernah saya jejaki ini.

Boatman Pancing Profesional Bagi facebookerz, nama Myzan Cymz bukanlah asing jika anda friend dengan beliau. Seorang bekas tentera yang kini bekerjaya sepenuhnya sebagai pemandu bot pancing, khidmat beliau cukup digemari ramai jigger khasnya pemancing tempatan dan Miri. Beliau mempunyai koordinat lubuk tersendiri, termasuklah lubuk spesies paling digilai jigger atas kehandalan luar biasanya iaitu amberjack (aji-aji).

5. Monster 16 kg, rekod terbe-

sar Myzan setakat ini. Sebenarnya tangkapan ini adalah tangkapan sulung pada hari pertama beliau cubacuba mengilat di Sg. Mau pada November 2014!

Tapi ermmm... pancingan laut saya surrender-lah bro. Saya nak freshwater jugak, demi kelainan. Lagi pun bukan senang nak cari pemangsa sungai paling besar di Asia Tenggara ini. Kalau di Semenanjung, abaikan ajelah... kecuali anda diberi kebenaran khas memancing di Sg. Tahan (Taman Negara Pahang) atau pun sanggup trolling sampai tertidur di Tasik Bera yang hari-hari orang kampung dok belasah trolling di sana. Yes! Myzan akhirnya membalas mesej pertama saya walaupun kami belum pernah bersua. Beliau terus memberi greenlight dan menyatakan lubuk tapah ini terletak di kampung mertuanya yang hanya bersebelahan cabangan Sg. Belait, bernama Sg. Mau. Sesekali apabila tidak ke laut membawa pelanggan dan tiba musim durian, beliau akan ke Kg. Mau dan menaiki bot ke hulu untuk mengutip durian di dusun.

4

5

SIRIP 11


Brunei River Monsters

6

7

9 Apabila hujan, air Sg. Mau akan naik dan arus semakin deras. Ini merangsang sang tapah yang bersembunyi di lubuk dalam untuk keluar dan merapati tebing sungai mencari mangsanya. Maka ketika inilah gewang yang dilontar ke tebing-tebing sungai senang dikesan lalu dibaham tapah.

8 6. Keadaan jeti sewaktu hujan

tiga hari sebelum kami tiba. Air yang baru turun dari hulu dan berarus laju telah merangsang tapah mencari mangsa di tebingan sungai.

Selesai kutip buah, beliau menghanyut ke Kg. Mau sambil mengilat. Tanpa disangka, percubaan sulungnya dikurniakan monster 16 kg itu dua tahun lepas. Sejak itu, mengilat tapah menjadi kemaruk, lebih-lebih lagi ketika musim laut bergelora yang menyebabkan beliau tidak dapat turun ke laut.

7. Keadaan

sungai ngamngam kami datang, panas berdenting, sungai menyurut dan semakin surut... aduhai... ada can dapat tapah ke ni?

8. Paras air setinggi ini akibat

Kenapa Musim Hujan? Walau bagaimanapun, ada suatu perkara yang pelik bagi saya tentang perangai tapah Sg. Mau ini. Myzan mengatakan tapah di sini lebih mudah diperdaya dengan gewang sewaktu musim hujan. Kenapa pulak ek?

hujan adalah paling bagus untuk mengilat tapah di sepanjang tebingan Sg. Mau. Ini nyata cukup berbeza dengan apa yang kita ketahui selama ini dalam teknik pemburuan tapah yang seringkali dikaitkan dengan musim kering sahaja.

9. Ikan baung dipanggil ‘sembaung’ oleh orang Brunei.

10. Khalid dengan spesimen 5 kg menggunakan gewang Zerek red head.

10

12 SIRIP

Wah... ini fakta yang menarik dan sangat logik juga! Cuma kenapa ia agak janggal bagi kebanyakan pemancing yang sering beranggapan musim keringlah yang terbaik. Kita beranggapan apabila air sungai surut, tapah akan berkumpul di lubuk-lubuk yang dalam di mana lebih mudah untuk kita sasar kedudukannya. Apatah lagi air bertambah jernih meyakinkan kita yang tapah lebih mudah mengesan umpan atau gewang. Apa yang disampaikan oleh Myzan adalah satu pelajaran baharu tentang tingkahlaku tapah yang buat saya lebih ingin tahu, lalu segera mengatur perancangan


untuk menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Brunei Darussalam. Trip ini turut disertai Rayyza dan juga Spike Fariq, selaku jurukamera video untuk merakamkan ekspedisi mengilat tapah Brunei.

Tapah Dah Mula Mengamuk Kami memilih tarikh penghujung Ogos 2015 kerana hujan dilapor mula turun di Brunei dalam bulan itu. Seperti yang diramal, hujan lebat mula membasahi bumi Brunei seawal Ogos. Myzan mula bermesej kembali dengan saya untuk update keadaan sungai beberapa hari sebelum kami sampai. Beberapa kiriman gambar membuatkan saya dan Rayyza dah tak boleh duduk diam.

Apa taknya... monster 10 kg telah beliau naikkan bersama beberapa ekor saiz 5 - 6 kg. Huh... bikin jiwa kacau nih! Kami bertiga mendarat di Miri kerana jarak ke rumah Myzan yang terletak di Seria lebih dekat berbanding turun di Bandar Seri Begawan. Melepasi pos imigresen sempadan di Kuala Belait, kami tiba di rumah Myzan dalam 30 minit. Tengahari lepas makan, kami terus dibawa Myzan ke Kg. Mau kirakira sejam dari rumahnya. Kelihatan beberapa sampan kayu di jeti Kg. Mau yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk mencari ikan dan ke dusun. Ia terikat tak bergerak ditolak arus kerana tiada hujan sejak semalam. Adehhh!

11. Spesimen 6.8 kg dengan

joran Storm Monsta PE 1 3, kekili Daiwa Zillion TWS, tali utama Sufix 832 20 paun dan perambut 40 paun.

12. Rapala Magnum CD9 fire

tiger paling laku dihenjut tapah di sini.

13. Tangkapan

10 kg dari Myzan beberapa hari sebelum kami tiba yang menyebabkan saya lagi tak senang duduk!

11

12

13

SIRIP 13


Brunei Monsters Brunei RiverRiver Monsters

14 14. Spesimen

cantik 5.2 kg mengekah Rapala CD9 red head yang ‘old skool’.

15. Ingatkan tapah, rupanya be-

lida yang hentam gewang Storm Arashi Deep 10 dari Rayyza!

“Air kurang bagus nak cari tapah ni bang...” tegur seorang penduduk kampung. Alamak... baru sampai dari jauh bikin hati tak keruan. “Takpe bang Limi, kita cari dia... ada rezeki insyaAllah...” Myzan yang sentiasa tersenyum orangnya mengambil hati kami. Setelah mempersiapkan semua kelengkapan, kami memulakan pengembaraan dengan dua buah bot sewa yang dipandu oleh Myzan dan Acun, seorang penduduk kampung yang hari-hari mengilat tapah. Bot memecut ke hulu sehingga ke suatu rantau panjang yang berbangkar di kiri kanan dan disuap oleh sebatang anak sungai.

Menurut Myzan, kawasan hanya 10 minit dari Kg. Mau ini paling banyak mencipta rekod tapah. Balingan gewang perlu fokus ke bangkar besar di tebing sebagaimana kita mengilat siakap merah atau kanai (black bass). Bangkar besar ini biasanya berlohong di bawahnya, dan menjadi tempat tapah mengendap mangsa yang hanyut.

Gewang Killer Saya perhatikan hanya satu jenis gewang yang sering digunakan oleh Myzan dan caster tempatan iaitu Rapala Magnum CD 9 fire tiger yang bersudu besi. Berdasarkan gambargambar, majoriti tapah yang ditumpaskan mereka menggunakan gewang killer ini. Saya bukan percaya pada hanya satusatu gewang dalam memperdaya ikan sasaran. Cuma dalam kes ini, gewang tersebut ada ‘X-Factor’-nya sendiri. Pertama ialah warnanya yang hijau kekuningan dan berbelang hitam itu bagaikan ‘obor’ di dalam air gambut. Kedua yang jauh lebih penting ialah keupayaan aksi gewang itu sendiri. Rapala CountDown (CD) bersifat tenggelam. Kelebihannya apabila dibaling ke te-bing berbangkar, ia tenggelam terus ke bawah bangkar yang berlohong dan apabila dikarau, barulah ia mula berenang. Aksi ini diperlukan untuk memikat tapah yang gemar bernaung di bawah bangkar. Namun aksi sebegitu sukar dicapai oleh gewang jenis terapung walaupun berlidah panjang.

15

14 SIRIP

Pada hari pertama, kami gagal. Hanya satu strike kasar daripada Acun yang miss di bawah pohon rendang yang gelap. Membuak permukaan air ketika Rapala CD9 kepercayaan Acun dilibas tapah itu. Rayyza pula berjaya menaikkan seekor belida yang kuat menggelupur dan terbang ke udara, manakala Myzan dengan seekor bujuk. Saya? Telor!


17

16

Episod Kumpau Berdarah Kami ada baki dua hari penuh untuk pulun. Walaupun begitu, hati saya gundah mengenangkan sepanjang hari pertama ini cuaca begitu panas tanpa tanda-tanda hujan. Benarkah hanya hujan yang merangsang tapahnya agresif? Kalau tak hujan, bukankah kita boleh cuba trolling? Saya awal-awal lagi dah terfikir plan B itu, walaupun pemancing di sini tidak pernah cuba trolling. Esok paginya kami datang, tanda air di jeti semakin turun ke bawah! Majoi, seorang lagi caster yang handal di kampung ini turut serta. Namun walaupun dibantu oleh kemahiran beliau, dipendekkan cerita sepanjang hari itu kami kumpau berdarah! Kami naik jauh ke atas dan turun mencuba jauh ke bawah sehingga ke kawasan Empangan Badas yang menahan Sg. Mau menjadi lenang dan lebih dalam. Puas ‘mengukur’ setiap tebing, bertukar pula trolling di tengah sungai pun tiada cuitan. Biarpun gagal lagi, saya dapat saksikan sesekali tapah timbul mengambil udara. Ada yang saiznya agak menggerunkan sewaktu menimbul di tengah lubuk.

18

Tapah Melatah Namun menurut Myzan, kalau melihat tapah menimbul tu jangan haraplah ia nak makan gewang yang disuakan. Pesan mereka, mengilat tapah memerlukan kesenyapan. Bot perlu berhanyut tanpa goyangan atau bunyian bagi mengelakkan ia terkejut dan menghambur ke permukaan.

16. Tapah bersaiz kecil pun be+ dal gewang kalau jumpa de17. pan matanya. 18. Apalah nasib saya, sepan-

jang tiga hari di sini, takde pulak hujan turun. Air makin menyurut dan tangan semakin panjang sebelah!

19. Bayangkan kalau air naik

beberapa kaki lagi, tapah dikatakan cukup suka berada di bawah pohon kayu yang melintang sebegini. Tetapi awas, nampak tak lorong di atas darat tu? Ada ‘benda’ yang menjaga kawasan ini! Buaya banyak sini tau bang!

19

SIRIP 15


Brunei River Monsters

*Hubungi Myzan jika ingin mengilat tapah Brunei melalui fb : Myzan Cymz atau whatsapp : +673 711 9222

20 Bunyi bising adalah pantang-larang mengilat tapah. Ia berlaku sendiri di suatu selekoh lubuk apabila saya telah terjatuhkan buntut joran di lantai bot. Tak semena-mena, lubuk yang tenang macam takde ikan itu berdebur dek libasan tapah hanya di sebelah bot kami! “Tengok... terperanjat tapah tu...” ujar Myzan.

20. Akibat air semakin surut,

bujuk yang dipanggil ‘badus’ pun turun ke sungai besar.

21. Tapah 15 kg oleh Bilal, caster tegar tempatan.

22. Rekod

mengilat terbesar baru-baru ini yang mencecah hampir 50 kg!

23. Majoi dengan spesimen 21 kg, sehari selepas kami pulang ke KL! Aduh... sakit hati melihatnya!

21

16 SIRIP

“Kuat melatah rupanya tapah kat sini ek...” seloroh Spike yang dah jenuh dan pijar sejak tiga hari merakam video kosong. Boring punya pasal, sengaja beliau hentakhentakkan lantai bot, dan berdeburlah lagi telatah tapah terperanjat di lubuk itu. Owh dia ada... tapi apasallah sombong sangat! Dalam cuaca panas dan air semakin jauh surut, kami membuat keputusan terakhir untuk teroka lebih jauh ke hulu sehingga ke kawasan yang dipanggil Karangan. Kawasan Karangan tiada bangkar kayu, tetapi dasarnya beralun cetek dan dalam serta berarus laju. Tapah seberat lebih 30 kg pernah direkodkan caster kampung di sini.

22

Bukan Rezeki kami Namun kumpau tetap kumpau sehingga saat akhir. Hanya satu strike sebarau yang kasar oleh Acun di Karangan, sayangnya terlucut pulak ketika sampai ke birai bot. Inilah yang tepat dikatakan episod ‘kumpau berdarah sampai bernanah’ atau ‘cast sampai panjang tangan sebelah’ dalam misi tapah Brunei Darussalam ini. Biarpun pasrah, ia tidak pernah mematikan semangat, cuma sekadar bukan rezeki kami sebenarnya. Sekurang-kurangnya dapat menimba satu ilmu di lokasi baharu daripada Myzan dan caster berpengalaman Sg. Mau, yang mungkin boleh diaplikasi di lubuk tapah lain. Sebaik kami bergegas ke Miri untuk mengejar flight ke KL, awan hitam yang tebal kelihatan memayungi bumi Brunei. Esoknya saya terima mesej Myzan memaparkan foto Majoi berjaya mendaratkan monster 21 kg! Tekalah emoticon apa yang saya balas?! Arghhh... - SIRIP -

23



Conquering Burma Bank

BURMA BANK

Apabila Limitasi Tangkapan Kini Dikuatkuasakan

1

P

enghujung Januari lalu, kami seramai 12 pemancing berangkat ke sana dengan satu tujuan mencari ikan bersaiz mega. Namun permit untuk memasuki Myanmar haruslah dipatuhi terlebih dahulu. Dengan penetapan kadar bayaran permit oleh kerajaan Myanmar, Shahrizal selaku penganjur utama sudah berhubung lebih awal dengan pemilik bot Namjai Nine. Dengan bantuan pihak Thailand, permit memancing dapat diselesaikan dengan sempurna. Ranong merupakan jeti di Thailand yang menjadi tempat peme-riksaan pihak berkuasa bagi urusan keluar ke Myanmar. Seterusnya bot akan bergerak ke jeti milik Myanmar untuk urusan permit memasuki negara itu.

Pemerhati Namjai Nine Setelah sempat selfie dengan bot Namjai Nine di jeti Kawthaung Myanmar, seorang pihak berkuasa Myanmar akan turut serta mengikuti perjalanan trip ini. Wakil Myanmar yang mengikuti trip ini akan memerhati dan menjaga keselamatan semasa memancing di perairan Myanmar. Bot bergerak ke Burma Bank yang akan memakan masa 10 jam untuk sampai ke lubuk pertama pilihan tekong. Semua pemancing mengambil tempat masing-masing di dalam kabin berhawa dingin untuk mengharungi perjalanan yang panjang dan ada juga di kalangan pemancing yang menyediakan peralatan untuk bertempur. 4 pagi, kami sampai di lubuk pertama. Jig mendominasi tangkapan dengan aya sirip kuning (yellow-fin tuna) dan aya budak (dogtooth tuna) bersaiz 5 kg. Pesta ikan membaham jig ini berlarutan hingga terbitnya matahari dan ikan hilang bagai diusir. Apabila suasana menjadi sunyi, tekong memberitahu kami akan mencari lubuk ikan dasar. Bot terus dipandu menuju lubuk seterusnya yang memakan masa 8 jam.

Rencatan Sinar Bulan 2

18 SIRIP

Selepas menikmati sarapan, semua ahli trip melepaskan penat berjigging dengan tidur di bilik berhawa dingin. Kami dikejutkan dengan bunyi amaran dari tekong menandakan bot sudah sampai ke lubuk kedua.


Teks & Fotografi : YAZID ABD. MAJID

4

3 Ada ahli yang menjamu selera dengan hidangan tengah hari yang disediakan dan ada juga yang menurunkan umpan. Namun ikan kurang menjamah umpan. Jam menunjukkan 4 petang, Ashri berjaya menaikkan ruby snapper yang pertama. Suasana riuh sedikit dan semua menurunkan umpan. Semua umpan yang diturunkan disambut penghuni dasar. Waktu petang diisi dengan hasil tangkapan ikan yang sama hingga menjelang malam. Apabila malam berlabuh, sekali lagi suasana laut menjadi sunyi bertemankan cahaya penuh sinaran bulan. Waktu begini mengikut pandangan tekong, ikan tidak akan menjamah umpan. Kami mengambil kesempatan dengan rehat secukupnya. Apabila cahaya bulan makin gelap, ikan mula menghentam jig. Shahrizal menjadi orang pertama mendaratkan ikan pada sesi jigging kali ini.

5 apu hitam untuk pancing dasar. Semua ahli 1. Berseragam di depan bot bersemangat dengan mempersiapkan perNamjai Nine. alatan yang lebih berat, di mana perambut Di jeti Kawthaung, bersama 2. 100 dan 150 paun digunakan bagi bertarung wakil pemerhati Myanmar. dengan gergasi hitam Burma bank. Makanan pelik-pelik di pasar. 3. Setelah mengharungi 7 jam perjalanan, kami sampai di lubuk tersebut. Dengan be- 4. Kedai halal ada di sini. rumpankan hirisan tongkol pada kedalaman 300 meter, umpan diragut ganas oleh peng- 5. Sempat serbu kedai pancing di bandar Ranong. huni dasar. Berlaku tarik-menarik antara kekili elek- 6. Syed dengan kerapu hitam 20 trik dengan penunggu lubuk yang berjuang kg. Selepas itu, kami diarah untuk melepaskan diri. 5 minit pertarungan berhenti memancing! dan muncul di permukaan air dengan kerapu Ashri dengan ruby snapper hitam yang berjaya didaratkan oleh Ridwan 7. terbesar dalam trip ini. yang mencapai berat 20 kg.

Aya sirip kuning mendominasi tangkapan dengan saiz 5 kg paling banyak menghentam jig. Apabila cahaya matahari muncul, hilang semua ikan yang galak menghentam jig.

Lubuk Kertang Hitam Tekong beritahu kami akan ke lubuk ker-

6

7

SIRIP 19


Conquering Burma Bank 8. Ikan tak makan, kami makan.

9. Ibu kerisi Burma Bank dinaikkan Johadi.

10. Penulis

snap-per.

bersama

ruby

Peraturan Ketat?

Semua ahli trip menurunkan umpan dan sampai sahaja ke dasar terun disambar. Keadaan atas bot sesak dengan kiri dan kanan bot sedang berlaku pertarungan dan ada juga ikan yang sudah muncul di permukaan. Namun kami semua tercengang apabila diarahkan oleh wakil pihak keselamatan Myanmar supaya menghentikan acara memancing di lubuk tersebut.

Atas arahan tersebut, kami diberitahu pihak keselamatan Myanmar telah menetapkan ikan kerapu tidak boleh dinaikkan melebihi had yang ditetapkan. Kami meminta penjelasan dari tekong dan wakil keselamatan Myanmar, dan jawapan agak bercanggah dengan apa yang dijanjikan sebelum ini. Mengikut syarat yang ditetapkan, hanya 2 set kekili elektrik sahaja yang dibenarkan dalam satu trip Burma bank. Namun kami telah menggunakan 12 set kekili elektrik. Kami agak kecewa dengan penjelasan ini dan terpaksa mengikut arahan supaya berhenti memancing kerapu hitam di lubuk itu.

12.

Namun begitu atas budi bicara dari wakil Myanmar, kami masih lagi diberi peluang menggunakan 12 set kekili elektrik. Semua ahli trip agak terkilan dengan syarat ini. Kami berpindah ke lubuk lain, namun ikan kurang menjamah umpan. Keadaan ini berterusan hinggalah lewat malam.

8

10

9

20 SIRIP

11


Monster Dog

Dibadai Ribut

Apabila semua ahli trip masuk, penulis berseorangan di belakang mencuba kaedah jigging. Setelah 1 jam mencuba, barulah ikan menyambar jig yang diunjun. Aya budak menjadi habuan penulis. Keadaan ini menyebabkan semua ahli terus menurunkan jig masing.

Kami berpindah lubuk untuk acara jigging. Nasib tidak menyebelahi kami apabila dalam perjalanan kami dilanda ribut, dan ombak setinggi 4 meter menghentam bot.

Syed yang baru bangun tidur dengan menggunakan set sederhana berat Tica Taurus yang digandingkan dengan joran Expert Graphite PE 2 – 4 serta jig White Rabbit 80 gram menerima rentapan ganas. Tali hampir habis dilarikan oleh pemangsa. Setelah 20 minit bertarung, mangsa mula nampak lemah dan mengikut sahaja. Setelah 30 minit bertarung, muncul aya budak 38 kg yang membaham jig tersebut. Namun apabilan hari siang, keadaan laut kembali sunyi.

Tekong terpaksa mencari tempat berlindung. Keadaan laut ketika itu menyebabkan semuan ahli trip terpaksa berlindung di dalam kabin rehat. Perjalanan sepatutnya 6 jam menjadi 12 jam dan bot bergerak perlahan dengan ribut yang semakin kuat melanda. Kami terpaksa menamatkan trip lebih awal, dan pulang ke jeti bagi mengelakkan ribut yang semakin mengganas di Burma Bank. - SIRIP -

11. Syafik bersama Syed saling membantu menaikkan ikan.

12. Walaupun saiz kecil, Fathi + dan Bidi tetap puas kerana 13. ia adalah dog-tooth tuna. 14. Aya budak gergasi 38 kg akhirnya terjerat dengan jig White Rabbit 80 gram yang diunjun oleh Syed.

12

13

14

SIRIP 21


Sails on Fly : Techniques & Tactics Debaran semakin kencang apabila lembaga coklat mula kelihatan mengekori pemikat (teaser) yang ditunda.

Bait & Switch Layangan Layaran Layaran sudah tidak tertahan untuk membaham teaser. Ketika inilah teaser perlu dikarau naik dan umpan layang (fly) dilayang dan dihulurkan kepadanya.

L

ayaran adalah spesies ikan yang tak asing lagi buat penggemar sport fishing. Dikenali sebagai ikan atau benda hidup yang paling laju di lautan iaitu mencapai 110 km / jam, boleh pergi sejauh 100 meter dalam masa 4.8 saat, sudah tentu memberi kepuasan kepada pemancing yang suka kepada sukan memancing, selain lompatan akrobatik yang amat mengasyikkan. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memancing layaran dan setiap satunya mempunyai kelebihan dan keseronokan yang tersendiri bagi penggemarnya. Antara kaedah yang sering digunakan ialah menggunakan umpan hidup, casting, jigging dan fly fishing.

Saya memilih kaedah fly fishing (pancing layang) kerana saya merupakan peminat sejatinya, terutama big game fly fishing. Artikel kali ini akan menceritakan pengalaman saya dan rakan-rakan memancing layang spesies ikan terlaju ini.

Pengasas Mungkin agak janggal dan baru bagi kita memancing layang ikan layaran di Malaysia. Ya... saya juga akui merasa agak mustahil pada awal menceburi bidang fly fishing ini sejak 8 tahun yang lalu bahawa ikan layaran boleh dipancing dengan set fly fishing. Sebenarnya ikan layaran pertama yang berjaya didaratkan menggunakan kaedah fly fishing adalah pada tahun 1961 di Key West Florida oleh Dr. Webster Robinson, di mana beliau merupakan pengasas teknik fly fishing untuk spesies ikan berparuh seperti layaran, 22 SIRIP


Teks & Fotografi : RAZLAN ZAIDI

Pos menarik trofi ikan layaran bersama si pemancing layang. SIRIP 23


Sails on Fly : Techniques & Tactics

1

3 2 1. Lompatan memukau berde-

katan bot, inilah yang pemancing amat dinantikan.

mersuji (marlin), todak (swordfish) dan lainlain yang dikenali sebagai ‘bait and switch technique’. Bagaimanakah teknik ini?

2. Joran Loop Cross S1 Flats-

‘Bait & Switch’

3. Kekili Loop Opti Big mempu-

Teknik ini telah digunakan oleh pemancing layang di seluruh dunia kerana ia secara konsisten berjaya merealisasikan kaedah fly fishing untuk ikan layaran.

man 12 wt Medium Fast diuji ke tahap maksimum. nyai sistem drag yang lancar dan berdiameter besar, amat mantap untuk melayang laya-ran.

24 SIRIP

Teknik ini memerlukan seorang pemancing atau pembantu untuk memikat atau memanggil sang ikan dengan menggunakan umpan ikan hidup atau pemikat (teaser), se-mentara pemancing layang akan bersedia

untuk melontar umpan fly kepada ikan yang sedang mengejar umpan teaser tersebut apabila sudah berdekatan dengan bot. Namun begitu, teknik ini amat memerlukan kerjasama atau team works daripada pemancing dan jurumudi bot pancing. Selain itu, perkara-perkara teknikal seperti kelajuan bot, bila perlu cast umpan, berapa panjang teaser perlu dilepaskan, bila bot perlu berhenti, bagaimana bot boleh membantu pemancing untuk mempercepatkan proses mendaratkan ikan, cara mendaratkan ikan, cara memegang ikan untuk bergambar dan cara membebaskan semula ikan dengan betul perlu diketahui agar kita lebih bersedia.


4

Fly Fishing Layaran Rompin Rompin merupakan destinasi yang tepat jika ingin meralisasikan fly fishing ikan layaran. Stok ikan layaran yang sentiasa banyak telah menarik minat pemancing dari dalam dan luar negara saban tahun. Kuala Rompin sememangnya sudah terkenal di mata dunia dengan spesies berparuh ini. Musim memburu layaran akan bermula sekitar hujung September sehingga lewat November. Pada waktu ini, kebiasaannya Kuala Rompin akan diserbu oleh peminat sport fishing. Memandangkan fly fishing layaran ini agak baru di Malaysia, tekong yang memahami kaedah ini juga amat sedikit. Hanya tiga pemilik bot dari Malaysia yang diketahui saya yang pernah membawa pemancing untuk fly fishing di Kuala Rompin.

5

Peralatan

4. Trofi terbaik penulis.

Sekarang mari kita lihat apakah peralatan yang sesuai untuk melayang sang layaran.

5. Popper fly tertancap kemas

Joran yang sesuai untuk layaran ialah 12 wt. Bawah dari 12 wt tidak digalakkan kerana ia akan melambatkan proses mendaratkan ikan, seterusnya menyebabkan kematian kepada ikan.

6. Softhead Moldcraft berben-

pada paruh layaran.

tuk sotong berwarna pink dan hijau suka kami gunakan sebagai teaser.

7. Captain Hook Flies, antara umpan layang ikan layaran.

6

kegemaran

7

SIRIP 25


Sails on Fly : Techniques & Tactics

9 Saya biasanya menggunakan joran Loop Cross S1 Flatsman 12 wt Medium Fast. Joran layang ini amat ringan, tetapi liat dan kuat. Selain itu, Sage Salt dan TFO Bluewater juga merupakan pilihan terbaik. Untuk kekili layang pula, disyorkan kekili layang air masin yang mempunyai sistem drag yang lancar dan berdiameter besar. Ini amat penting kerana ikan akan memecut dengan laju sekali dan pergi jauh dalam sekelip mata sahaja. Diameter kekili layang yang besar pula memberi kelebihan semasa mengarau ikan, pemancing pun kurang letih. Bayangkan jika terpaksa menggulung tali sepanjang 300 meter dengan kekili berdiameter kecil, tentu memenatkan bukan? Kerja yang sepatutnya 40 minit akan menjadi 1 jam setengah! Saya suka menggunakan kekili Loop Opti Megaloop yang dipadankan dengan tali layang Tarpon Short WF12F dan backing line Dacron 50 paun sepanjang 300 meter (300 meter backing line adakalanya tak cukup!). Kekili seperti Tibor Gulfstream, Tibor Pacific, Loop Opti Megaloop dan Opti Big amat sesuai kerana mempunyai sistem drag yang lancar dan

8 8.

Seekor daripada 12 ekor trofi layaran on fly yang berjaya saya tumpaskan.

9.

Cam sigler tube fly, antara umpan layang paling digilai layaran.

10. Kelvin, pemancing layang dari Singapura yang kerap ke Rompin memburu layaran dengan fly fishing. Banyak saya belajar ilmu pancing layang daripada beliau.

10

26 SIRIP


11 berdiameter besar. Selain floating line, tali layang jenis sinking tip line, intermediate line dan sinking line juga sesuai digunakan, bergantung kepada jenis umpan layang yang akan digunakan. Untuk teasing layaran pula, joran terbaik adalah joran heavy suftcasting sepanjang 3.5 meter yang dipadankan dengan kekili menegak yang berisi tali sulam 60 paun dan perambut 100 paun (perambut juga perlu supaya tidak putus semasa dihentam paruh AD TACKLE ADSEA SEAlayaran). TACKLEHALF HALF177 177197.pdf 197.pdf 11 31/5/2016 31/5/2016 8:01:57 8:01:57PM PM Teaser yang saya gunakan ialah Soft-

head Moldcraft berbentuk sotong berwarna 11. Di mana ada kawanan burung, pink putih dan hijau putih. di situlah ada layaran, kerana pasti ada segerombolan Teknik Teasing ikan kecil sedang dikepong Bot perlu dipandu sekitar 5 ke 8 knot, dan dan diserang pemangsateaser dilepaskan dalam jarak antara 20 ke pemangsa ini. Sirip dorsal 30 meter. Pemancing dalam posisi berselayaran yang mengembang itu dia untuk melakukan layangan, di mana tali mempamerkan keegoannya. layang perlu dikeluarkan dalam 30 – 40 kaki terlebih dahulu dan kemudian ia disusun di dalam stripping basket sebagai permulaan. Kemudian seorang atau dua orang lagi pemancing akan melakukan teasing. Hanya seorang pemancing sahaja akan membuat

SIRIP 27


Sails on Fly : Techniques & Tactics layangan dalam satu-satu masa.

12. Setiap layaran perlu dipulihkan beberapa minit dengan pergerakan perlahan bot sehingga ia bertenaga untuk dilepaskan.

13. Kapten bot dan kru berpe-

ranan penting untuk merealisasikan impian pemancing layang layaran.

14. Tak perlu pergi jauh, impian emas memancing layang layaran dapat direalisasikan hanya di Rompin.

Teaser itu perlu ditunda sehingga ikan layaran muncul untuk menghentamnya. Tanda-tanda ikan muncul ialah pada mulanya anda akan nampak bayang coklat gelap di belakang teaser tersebut, kemudian kita akan melihat layar ikan keluar dari permukaan dan paruh ikan akan cuba menghentam teaser itu. Pada ketika ini, orang yang memegang teaser itu mestilah mengarau teaser secepat mungkin dan cuba elakkan daripada ikan membaham teaser tersebut. Apabila teaser sudah berada berdekatan bot, pemancing sudah mula melayang.

Dan apabila pemancing sebut “OUT!�, maka teaser perlu diangkat ke atas bot dan bot perlu berhenti. Dalam masa yang sama. umpan layang dijatuhkan di belakang ikan yang sedang mencari-cari teaser yang cuba dimakannya itu. Tentu apabila ia ternampak umpan layang, maka ia akan membahamnya. Apabila ikan makan, luruskan joran dan sentap supaya mata kail tertancap pada mulut ikan. Ikan akan cuba membuang mata kail daripada paruhnya dengan menggeleng-gelengkan kepalanya di atas permukaan air. Setelah itu ia akan mula pecut. Di sinilah keseronokan yang tak terhingga dapat dirasakan. Kekili menjerit panjang, tali 200 meter sekejap sahaja dimuntahkan daripada kekili, ikan melompat-lompat melakukan aksi akrobatik. Fish ON! Kebiasaannya ikan dapat didaratkan dalam masa 30 minit ke 1 setengah jam bergantung kepada saiznya. Selamat melayang layaran!

12

14

28 SIRIP

13

- SIRIP -


Salt Patriarch XT Patriarch Supreme XT President Limited Edi Purist Trion

Model

on

Size 40,50,60,70,80 30X,35X 25X,30X,35X,40X 25X,30X,35X,40X 20X,25X,30X,35X,40X 25X,30X,35X,40X 20,25,30,35,40

Weight 347g ~ 767g 172.9g ~ 206.9g 159g ~ 230g 170g ~ 246.6g 173g ~ 298g 208g ~ 321g 167g ~ 323g

Find OAG Worldwide on

Bearing 6 10 10 10 10 10 7

Gear Ra o 5.3:1 ~ 6.2:1 5.2:1 5.2:1 5.2:1 ~ 6.2:1 5.2:1 ~ 6.2:1 5.2:1 5.2:1

Max Drag 7kg ~ 20kg 4.5kg ~ 6.4kg 3.6kg ~ 7.3kg 3.6kg ~ 6.4kg 2.7kg ~ 5.4kg 2.7kg ~ 5.4kg 2.7kg ~ 7.3kg


Rise & Fall of Bakun Dam

2

1 Tiga tahun pertama selepas terbentuknya Tasik Bakun iaitu 2011, 2012 dan 2013 merupakan pengalaman terbaik mengilat di tasik ini. “Macam cendol!” memetik kata-kata idola-ku bang Limi. Mana tidaknya, jika kena pada lubuknya, hampir setiap lemparan gewang pasti disambar sang sebarau ketika itu.

3

1. Tersumbat dengan balak ha-

nyut yang mencabar untuk menerobos lubuk pilihan.

2. Pertemuan air sungai dari hulu

dengan air tasik merupakan kawasan ikan yang lebih aktif, terutama semah!

30 SIRIP

T

asik Bakun mula dibentung (impounded) sejak Oktober 2010. Tiga tahun pertama terbentuknya tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara ini merupakan tahun yang lumayan dengan hasil ikan. Masa itulah nelayan tempatan di tasik ini meraih pendapatan yang berganda. Lebih setahun tempoh masa digunakan untuk air memenuhi seluruh kawasan Tasik Bakun.

Namun saban tahun ceritanya mula berubah. Tekanan memancing kian terasa. Silap haribulan, mengilat seawal subuh hingga ke tengahari pun belum tentu ada sambaran. Inilah resamnya ngail bagi seorang penmancing. Mujurlah ada pepatah “kumpaw itu indah”. Ayat penyedap rasa apabila seharian membangau. Yang sebenarnya sekadar memujuk hati yang berduka-lara. Baru-baru ini saya membawa rakan-rakan caster dari Bintulu mencuba nasib. Berbekalkan cogan kata “kumpau itu biasa, strike itu luar biasa,” misi trip ini sebenarnya untuk santai-santai sambil menikmati keindahan alam sekitar tasik buatan manusia ini.

Wargana Bakun Seawal 6 pagi, kami mula bertolak dari Bintulu menuju ke Sg. Asap untuk mengambil dua enjin sangkut. 8.30 pagi kami tiba di rumah Cikgu Gani seraya memunggah enjin serta barang-barang lain ke dalam kereta,


Teks & Fotografi : RICHARD KIIN

BAKUN

Mengilat Dalam Tekanan...

3. Double strike sebarau satu Pertembungan Air belang daripada Faizal dan Keesokan harinya kami berpecah dua. Khairul. Satu ke timur, sebuah bot lagi ke barat. Seawal jam 6 pagi kami mula keluar. Seten- 4. Sebarau dua belang lebih gemar mendiami lubuk dalam gah jam perjalanan, kami sampai ke lubuk kuala sungai. pertama. Enjin dimatikan agak jauh untuk

kemudian perjalanan diteruskan dan sampai tepat jam 10 pagi ke jeti Wargana Bakun.

Perjalanan dari jeti ke jelatong (rumah rakit) lebih kurang 1 jam setengah menggunakan enjin 15 kuasa kuda. Kali ini kami tempah dua bot fiber. 11.30 pagi kami selamat sampai di jelatong yang menjadi base camp selama dua malam, kemudian menjamu selera ala kadar sahaja. Almaklumlah rata-rata tak sabar dah nak cast. Setengah hari yang tersisa, kami sempat mengilat ke hulu Sg. Bunut. Disebabkan masalah lutut yang dah ‘longgar’ (sakit lutut), saya dan Khairul terpaksa tinggal di bot sementara rakan-rakan lain trekking ke hulu. Dengan melempar sesudu di lubuk berdekatan, kami berdua berjaya memujuk beberapa sebarau curut sahaja. Keputusan dari rakan-rakan yang balik dari hulu juga kurang memberangsangkan. Tetapi di lubuk terakhir, ada sedikit suntikan semangat. Seekor badong menyambar gewang Kolen, tetapi berjaya meletupkan tali sulam 20 paun apabila membuat pecutan terakhir sebelum sempat lip grip mengepit bibirnya. Kejadian tersebut sudah cukup memberi gambaran bahawa masih terdapatnya sebarau bersaiz badong di sungai tersebut.

4

SIRIO 31


Rise & Fall of Bakun Dam

5

6 7 Lebih setengah jam melempar gewang, senyap. Kami tinggalkan lubuk perlahan-lahan menyusur masuk ke sauk kuala. Di kawasan cetek, kami berjaya mendapat dua ekor sebarau juvenil. Namun Benz tetap happy kerana ia sebarau Bakun pertamanya. Di sebuah selekoh, sekali lagi Benz mendapat satu sambaran yang agak ganas. “Bilem!� (bernasib baik) juga kawan aku ni. “Bagai disimbah air sejuk,� bersemangat semula Faizal dan Khairul apabila melihat Benz berjaya mendapat lesen ikan semah! Saya biarkan bot mengapung di kawasan itu sahaja. Sebab jika ikan semah berada di situ, bermaksud ia kawasan yang sesuai untuk ikan mencari makanan. Mungkin ada harapan strike lagi.

8 5. Kuala anak sungai begini

wajar diduga jika berkunjung ke Bakun.

6. Sambaran dari sebarau dua belang lebih power.

7. Lampam sungai pun turut membaham gewang.

8. Sayangnya lubuk target diliputi balak terapung.

32 SIRIP

mengelakkan ikan culas. Lalu saya mengayuh perahu perlahan-lahan. Setibanya di kawasan pertemuan air sungai dan air tasik, saya berhentikan bot. Kebiasaannya, ikan lebih suka bermain di kawasan sebegini kerana air dari sungai yang berarus mengandungi oksigen, berbanding air tasik yang lenang. Faktor tersebut sebenarnya sangat mempengaruhi keaktifan sebarau untuk mengejar gewang.

Saya baling dan biarkan Siam Spoon gold colour jatuh sampai ke dasar, dan terus mengaraunya dengan agak laju. Baru beberapa ela tali dikarau, terasa satu sambaran amat ganas. Drag maksimum pun tak mampu mengekang kuasa turbonya. Risau ikan masuk ke reba, saya terpaksa tekan ibu jari pada gelendong yang bagai tak henti keluarkan tali. Mujurlah saya gunakan tali utama sekasar 20 paun yang disambungkan dengan perambut fluorocarbon 40 paun.


9 Bertarung cara keras lawan keras, akhirnya tewas juga seekor badong satu belang yang montok. Tampak pendek kerana perutnya yang gempal kekenyangan. Namun sudah pasti ia ada banyak telur yang bakal menyambung populasi sebarau di tasik ini. Selesai bergambar, ia dilepaskan. Setelah berehat tengahari, kami berpindah lubuk. Dalam trip-trip terdahulu, spot ini pernah hasilkan banyak strike luar biasa. Namun beberapa trip kebelakangan, ia mulai sepi. Dua tiga kali kunjungan saya berkesudahan kumpaw. Hinggakan terasa lembik tulang nak berkunjung ke lubuk itu lagi.

Lubuk Wanted Namun berbekalkan semangat ingin terus mencuba, kami merempit juga ke lubuk kuala anak sungai ini. Di sebuah selekoh yang merupakan lubuk ‘wanted’, saya hentikan bot dan membetulkan posisi bot agar kami dapat melempar gewang dengan selesa.

10 Saya lempar Siam Spoon 16 g gold ke 9. Terdapat dua spesies tengah lubuk dan biarkannya tenggelam. + sebarau di Bakun. Dua belang Sebaik spoon mencecah lantai lubuk, saya 10. dan satu belang. terus karau kekili dengan agak laju seperti Siam Spoon gold 16 g yang biasa. 2 ke 3 meter karauan, terasa serga- 11. dibiarkan jatuh hingga ke pan tetapi sayangnya rabut. lantai lubuk terus disambar “Ini petanda baik...� segera saya sarankrakus oleh badong ini. an supaya rakan-rakan lain melempar ke spot itu. Gewang yang dilempar Faizal ke spot sama diekori beberapa ekor sebarau tetapi tak pula membahamnya. Kemungkinan sebarau sangat berwaspada disebabkan kejernihan air yang tinggi. Tetapi akhirnya ia berjaya dipujuk keluar dari bangkar di lantai lubuk. Suasana dalam bot mula riuh. Beberapa kali kami mendapat

11

SIRIP 33


Rise & Fall of Bakun Dam Berdasarkan pengalaman mengilat di Tasik Bakun selama ini, ternyata aksi gewang yang dikarau laju lebih berkesan membuka selera sebarau di tasik ini. Tak kira apa pun jenis gewang yang digunakan, Sebarau bersaiz badong selalunya lebih tertarik kepada gewang yang dikarau laju jika kadar kejernihan air agak tinggi. Jika kualiti air agak keruh pula, gewang bolehlah dikarau perlahan. Aksi gewang yang mempunyai daya goyang yang kuat juga afdal untuk menarik minat sebarau Bakun. Masa frenzy sebarau pula selalunya dari jam 8 sampai jam 10 pagi. Sebelah petang pula dari jam 3 hingga lewat petang. Walaupun demikian, masa frenzy tersebut sangat bergantung pada keadaan cuaca. Jika keadaan cuaca agak mendung, sebarau tetap frenzy hingga tengahari. Kemarau panjang di Tasik Bakun adalah masa yang sukar bagi caster di sini. Sebarau seolah-olah menghilang. Sukar untuk menjejak sebarau di kawasan tasik ketika kemarau. Tetapi musim tersebut adalah musim terbaik bagi pengilat yang suka trekking. Mengilat ke hulu sungai merupakan pilihan tepat jika berkunjung ke Bakun pada musim kemarau. Sebaliknya jika musim hujan pula, ceritanya berbeza. Biasanya time hujan ni air sungai akan keruh. Air menjadi terlalu sejuk. Faktor ini akan menjejaskan hasil pancingan.

Sebarau menjadi kurang argresif jika air terlalu sejuk. Manakala jika kualiti air sangat keruh, akan menyukarkan sebarau untuk mengesan gewang. Jadi, bilakah masa yang paling sesuai mengilat sebarau di Tasik Bakun? Setelah menduga tasik ini beberapa kali, sedikit sebanyak saya cuba mempelajari tabiat sebarau di tasik ini. Jika bercakap mengenai musim terbaik untuk mengilat sebarau di Tasik Bakun, jawapannya ialah bukan pada musim hujan dan bukan juga pada musim kemarau. Kebiasaannya hari kedua dan hari ketiga selepas hujan lebat adalah masa terbaik untuk mengilat sebarau di Tasik Bakun. Maksud saya ialah, jika selepas hujan lebat, sudah tentu air dari hulu membawa air keruh dan sejuk. Keesokan harinya pula masih keruh dan sejuk. Jadi jika dua hari berikutnya tidak hujan, maka hari kedua dan hari ketiga tersebutlah merupakan hari terbaik untuk mengilat sebarau Bakun. Walau bagaimanapun, ia tetap teori yang bukanlah seratus peratus menjanjikan hasil yang terbaik. Sebagai peman-cing, segalanya bergantung pada rezeki masing-masing. Oleh itu, apa yang penting ialah terus berusaha di samping redha dengan apa pun hasil yang mungkin diperolehi. - SIRIP triple strike. Inilah saat yang ditunggu-tunggu caster. Di kuala sungai itu sahaja kami berjaya strike lebih 20 ekor sebarau.

Hari Terakhir Kami hanya mempunyai setengah hari untuk mengilat sebelum petangnya akan kami gunakan untuk perjalanan balik ke Bintulu. Jadi, kami gunakan sisa masa ini sebaik mungkin. Lebih 20 minit merempit, kami tiba di lubuk

13

12

14

34 SIRIP

15


17

16 pertama. Puas menduga di segenap sudut lubuk, hanya dua ekor baby sebarau yang sudi menjamah gewang. Kami berpindah ke sebuah lubuk lagi. Kebiasaannya lubuk kedua ini mencakup. Namun kali ini sungguh menghampakan. Entah apa yang telah berlaku kepada lubuk ini? Berpindah lagi ke lubuk ketiga, namun ceritanya tetap sama hampeh. Segala gewang yang dipersembahkan langsung tak menarik minat sebarau. Jangankan ‘miskol’, kelibat sebarau mengekori pun langsung tak nampak. Fuh! Tekanan... tekanan‌

18

saha untuk terus mencuba walaupun di lubuk 12. Spoon yang dikarau laju di air jernih memang killer. bukan pilihan.

Hanya tinggal satu lubuk lagi untuk kami duga. Lubuk terakhir ini pada awalnya dikira hanya sekadar pelengkap trip, sebab kebiasaannya payah nak dapat strike. Namun kali ini sketsanya mula berubah.

Walaupun misi untuk menewaskan bapak 13. Kebanyakan sebarau kami lesebarau belum tercapai, kami tetap berpuas paskan dengan selamat. hati. Apa yang lebih penting, kami mampu 14. Seronoknya dapat semah! mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama ahli komplot yang kesemuanya berasal 15. Sentapan yang diidamkan. dari daerah Bintulu. 16. Menyusur kuala sungai untuk Yang pasti, kami akan kembali lagi untuk menjejak sebarau. menyambung misi yang belum tercapai... 17. Berehat sambil mem-bottom ketika rembang tengahari. - SIRIP 18. Bila badong mengganas!

Adi yang menggunakan Salmo Hornet berjaya menewaskan seekor sebarau dua belang anggaran 2 kg. Sementara Mahli dan Faizal juga berjaya mendapat sergapan beberapa ekor sebarau sederhana. Tepat 12 tengahari, kami pun menamatkan trip ini. Seperkara yang dapat kami pelajari dari trip ini ialah, kena bersabar dan tekun beru-

19

18

*Hubungi penulis jika ingin menjelajah Tasik Bakun : 016-879 2823

19. Baung turut tertipu gewang. 20. Badong ini suka warna pink agaknya.

20

SIRIP 35


Alternative Jigging Ground

Teranas TALIAN HAYAT

1

36 SIRIP


Teks & Fotografi : HANUMEI IKE

M

emancing berhari-hari lamanya di lautan dalam memerlukan persiapan rapi agar tidak mengganggu mood. Begitulah impian kami yang hanya bermain di sekitar pelantar Bulan agak tidak berbaloi setelah semalaman, hanya beberapa mangsa ditewaskan. Sesuatu perlu dilakukan, dan kami percaya tekong mempunyai lubuk-lubuk keramat sebagai talian hayat. Itulah pentingnya mendapatkan tekong berpengalaman yang tahu lubuk-lubuk rahsia tanpa bergantung kepada pelantar minyak yang adakalanya boleh dimasuki atau dihalang daripada dirapati. Alangkah malang jika tekong tiada lubuk berhampiran pelantar minyak sesudah menempuh perjalanan berbelas jam dan terpaksa kembali ke tukun-tukun darat. Tentu ia menjadi igauan buruk buat pemancing.

Di Pinggiran Bulan Pada hari pertama tiba di pelantar Bulan, ia satu permulaan yang baik. Bot bertahan di sisi pelantar tanpa dijatuhkan sauh dengan enjin yang masih hidup, hanya mainan gear bot dibuat oleh tekong bagi menetapkan bot agar tidak hanyut. Unjunan jig perlahan 150 g dari tangan seorang ahli Explore Angler Club mula disambar ebek bulat sebagai mangsa pertama. Labuhan jig 240 g King Bat Senses amat sesuai apabila arus semakin laju bagi menepati rule jigging perlahan iaitu tali utama perlu menegak 90% ke arah hujung joran. Konsep permainan jigging perlahan ini baru saya fahami daripada sifu Pak Wong. Zon unjunan hanya tertumpu dalam jarak 2 meter dari dasar untuk mensasar spesies demersal seperti kerapu atau jenahak yang gemar bersarang. Bagaimana pula ebek dalam golongan trevally mampu dipikat dengan jigging perlahan? Semuanya berkaitan diet. Ebek merapati dasar bagi mencari krustasea seperti ketam dan udang. Jig perlahan boleh diunjun sehingga 5 meter bersesuaian dengan ikan-ikan tempatan termasuk jemuduk, gerong belang, gerepoh malah tenggiri. Hanya mengubah sedikit jarak zon ketinggian dari dasar sedikit-sebanyak menambah lagi peratusan strike tanpa terlampau menuruti permainan dari negara asal jig perlahan dilahirkan. Dengan sedikit inovatif ini, ebek pertama saya berjaya didaratkan.

2

4 1. Mujurlah tekong ada koordinat lubuk kapal karam rahsia. Dapatlah Bidin merasa renjatan ebek bulat mega.

2. Jenahak di celah-celah terkaman ebek bertubi-tubi.

3. Achik dari Pulau Pinang dan + Boboi dari KL berhasil me4. ngorek ebek dari dasar pe3

lantar Bulan dengan slow jig.

SIRIP 37


Alternative Jigging Ground

5

6

8 lah tinggi, tetapi boleh diatasi dengan sensitiviti pemancing mengawal permainan. Ini kerana jig yang jatuh terbuai secara melintang, pada masa yang sama mata kail yang ringan akan terangkat ke atas sementara badan jig dahulu yang jatuh ke dasar. Kita dapat merasai sentuhan dasar sama ada jatuh di tanah lembut atau keras seperti badan kapal karam mahupun karang. Jig terus diangkat melalui unjunan sekiranya jatuh di dasar keras. Pada masa itu, mata jig yang terbuai masih belum mencecah dasar.

7 5. Di kapal karam ini boleh

Tebus Kehampaan

6. Aruan tasik bukan pilihan

Arus terlampau laju sehingga ladung 1.5 kg pun terangkat dari dasar. Tekong yang melihat hasil pancingan agak merisaukan di pelantar Bulan, menyarankan ke satu lubuk kapal karam berhampiran.

main sinking minnow untuk mencari tenggiri.

jigger, tapi kalau dia hentam, layan ajer...

7. Kelebihan slow jig apabila sistem mata kailnya mendakap mangsa tanpa mudah rabut.

8. Bonus kerapu apabila jig asyik melantun di lantai dasar berstruktur.

Dalam teknik jigging, kerajinan mengunjun amat perlu. Labuhan jig Slug 150 g yang diunjun dalam dua pusingan mula disambar mangsa yang sukar meloloskan diri dengan ketajaman mata Mustad slow jig bersaiz 3. Empat mata tunggal diikat berkembar dalam permainan jigging perlahan menyukarkan mangsa terlepas. Inilah kelebihan jigging perlahan. Biarpun perbelanjaan agak tinggi tetapi pulangannya amat berbaloi. Tidak dapat dinafikan kadar sangkut ada-

38 SIRIP

Bohong kalau saya katakan ia tidak tersangkut, kerana kita tidak tahu keadaan sebenar struktur badan kapal di dasar. Saya sendiri putus enam jig yang mungkin tersangkut tali atau pukat yang telah melekat pada badan kapal. Tetapi kita perlu berani mencuba dan terus belajar memahami satu teknik baru yang kian menular.

Lenjan Ebek Bot tidak lagi mampu dikawal tekong bagi berada dalam satu posisi tetap akibat arus terlampau laju, lalu sauh dilabuhkan. Jig seberat 240 g masih lagi hanyut, bermakna antara joran dan tali utama tidak lagi menegak. Namun peranan joran boleh diselaraskan dengan mengangkat hujung joran dan mencari sudut yang dikehendaki. Sambaran selalunya terjadi semasa jig terbuai jatuh. Ini yang terjadi semasa seekor ebek kapak menyebabkan saya tertunggu-tunggu. Tidak semena-mena tali terasa ringan sehingga saya menyangka jig sudahpun terputus angkara spesies bergigi tajam. Apabila dikarau laju, tali mula menegang dan barulah terasa larian padu. Dalam se-


ronok kami melenjan ebek, baru saya sedar peranan berat badan jig banyak membantu hook-up. Mungkin kerana bibir ebek yang lembut dan dibantu bukaan mata kail yang luas serta tajam terjadinya hook-up dengan sendiri semasa proses ia menyedut jig. Dalam asyik melenjan ebek yang semakin menggila sambar jig, ada rakan-rakan yang mula mengalah kerana jig yang dibawa tidak mampu menongkah arus laju. Hanya jig 200 g ke atas mampu mencecah dasar. Dalam situasi arus sebegini, tali amat memainkan peranan. Tali sulam berdiameter halus dan kuat seperti Mustad Wish 23 paun berdiameter 0.10 yang saya gunakan cukup membantu kerana mampu memotong rintangan arus laju. Sekiranya melakukan hook-up, cukup sekadar menegangkan tali bergelendong

9

11

kerana jauh di bawah sana, tenaga pemancing yang disalur melalui tali tidak sampai kepada jig yang digetu ikan. Lainlah sekiranya dengan satu sambaran, mata kail sudahpun tertancap. Tetapi perlu diingati, jigging perlahan memerlukan sentiviti naluri pemancing untuk berinteraksi dengan jig di dasar. Kedengarannya agak sukar, tetapi saya percaya setiap diri pemancing yang memegang joran sudah ada sifat sentiviti, cuma hanya perlu diasah dan terus belajar. Hanya pengalaman yang akan meletakkan nilai pada diri anda.

9. Jenahak

daripada Hafiz yang menghentam jig Drift.

10. Suhaimi dari Kedah, ber-

Mengintai Ruang Sebagai pemancing, kita perlu bijak mengintai ruang atau peluang untuk mendapatkan ikan. Arus laju sebegini selalunya mengundang tenggiri galak di pertengahan air. Memikat tenggiri dengan ‘sinking minnow’ (SM) semakin jadi kegilaan. Bagaimanapun ia memerlukan joran panjang bagi membantu jarak lontaran seperti joran popping.

nasib baik walaupun jig dihentam sipi.

11. Empat mata tunggal diikat + berkembar dalam permain12. an jigging perlahan menyu-

karkan mangsa terlepas. Inilah kelebihan jigging perlahan.

10

12

SIRIP 39


Alternative Jigging Ground

13. Walaupun tidak kasar, saiz + sagai ini sudah cukup buat 14. kami lupa akan kepenatan. 15. Mengintai ruang mengilat

tenggiri dengan sinking minnow (SM) menggunakan kekili Ryojin 4000 diisi tali sulam Mustad Wish 40 paun berdiameter halus bersama perambut fluorocarbon Thor 40 paun.

16. Jig sering lesap apabila

tenggiri menggunting perambut. Tapi seekor ini tidak bernasib baik.

13

14

Dua joran mengilat lautan Zagan Offshore Shooter dan Senses Blue Horizon dibawa bersama beberapa peluru SM pelbagai corak warna Zeus 38 g dan Spymission 40 g dan 50 g. Saya meninggalkan rakan lain yang masih leka mengunjun jig terus ke ruang kecil haluan bot. Lontaran dibuat mengikut arus ke arah kapal karam. Walau bagaimanapun kedalaman air perlu dikenal pasti dan pun-

cak tertinggi bangkai kapal karam juga perlu diketahui bagi mengagak jatuhan SM agar tidak tersangkut pada bangkai kapal. Gewang yang dilontar dibiarkan seketika bagi tenggelam pada separuh kedalaman air sedalam 30 meter, sebelum karauan laju dibuat tanpa aksi jerk mahupun henti-henti bagi memerangkap tenggiri. Strike sulung yang diterima rabut di pertengahan perlawanan, menambah lagi keghairahan saya untuk menawan juga si badan panjang ini. Tekong mula naik angin melihat kes rabut tadi lantas dicapai joran kedua simpanan saya Senses Blue Heaven PE 4 terus melontar Spymission 50 g yang telah siap dipasang. Kami bergandingan memburu tenggiri. Rezeki berpihak pada tekong apabila tenggiri sulung berjaya didaratkan. Usaha saya diteruskan sehingga strike demi strike yang berjaya ditewaskan mula menimbulkan minat kepada rakan yang leka jigging. Apa yang menarik perhatian saya, tiada seekor pun SM lesap akibat sambaran tenggiri. Dilihat kepada gewang yang tercalarbalar akibat ragutan gigi tenggiri, kebanyakan ragutan pada bahagian perut gewang, namun mata tiga di bahagian belakang yang sering tertancap pada mulut ikan. Menarik bagi saya mengkaji fakta ini pada trip akan datang untuk merungkai kes ini. - SIRIP *Jika berminat jelajah pelantar minyak Bulan di Kelantan, sila hubungi tekong Ropi : 010-911 0539

15

40 SIRIP

16



Peacock Bass Mission

dari selatan ke utara

1

2 42 SIRIP


Teks & Fotografi : MAN KODAK

T

rip kali ini membawa saya dan tiga rakan iaitu Lin Todak, Faiz Chian dan Faizal Bahanan ke negeri yang sangat mashyur dengan jajahan peacock bass (PB), iaitu Perak Darul Ridzuan. Memandangkan misi kami tahun ini untuk memburu spesis target, kami berempat sebulat suara memilih PB sebagai pembuka tirai misi tersebut.

Kembara Dari Selatan Kami memulakan perjalanan dari Kluang, Johor kira-kira 9 malam. Perjalanan ke Perak memakan masa 6 - 7 jam dan setibanya seawal 6 pagi, kami dijemput Eddy Noor dan Azirul Atan untuk sarapan sambil menyusun strategi pemburuan dua hari di sana. Perak menyambut kedatangan kami dengan hujan sederhana lebat. Sepanjang perjalanan ke spot yang dirancang, kami masih berharap agar hujan segera reda, kalau tidak, langkah kirilah jawabnya! Hasrat termakbul kerana setibanya kami di lokasi yang dituju, hujan beransur reda.

Tasik Buatan Lokasi pertama kami berupa sebuah tasik buatan yang agak terpencil. Kami difahamkan kawasan tersebut merupakan tanah per-sendirian dan pemilik tanah telah memberi keizinan untuk memancing di situ. Setelah mempersiapkan senjata, kami berpecah di sekitar tasik untuk mencuba nasib dengan mengilat. Memandangkan kami berempat kurang arif tentang jenis umpan tiruan yang lebih digemari sang PB di kawasan itu, kami menyediakan pelbagai jenis umpan tiruan untuk dieksperimen. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kelihatan beberapa boiling yang agak aktif pagi itu, tetapi jaraknya agak jauh ke tengah tasik membataskan balingan kami. Balingan demi balingan berselang-seli dilakukan di sana sini, namun masih belum menunjukkan respon dari penduduk dasar.

Lepas Atau Tidak? Saya menukar rentak permainan dengan menggunakan minnow lebih kecil. Tak lama kemudian terdengar Faizal bersorak tak jauh

dari saya. PB Perak pertama nampaknya berjaya diperdaya dengan gewang Halco.

1. Bergambar kenangan bersa-

Setelah sesi fotografi, ikan dilepaskan kerana kami tidak berniat untuk membawa pulang hasil tangkapan walaupun ada sese-tengah pihak berpendapat spesies ini tidak seharusnya dilepaskan semula. Namun bagi kami, daripada ikan tersebut terbazir begitu sahaja, lebih baik membiarkan ia meneruskan hak kehidupannya di habitat asal.

2. Aksi Lin Todak mengilat.

Seterusnya, percubaan saya mengguna-kan gewang selaman dalam juga membuahkan hasil. Matahari makin tinggi, selain saya dan Faizal, yang lain hanya berputih mata.

5. Walau terik, masih berusaha

ma geng caster Perak.

3. Lin Todak gunakan spinfly

clouser minnow baru pecah kumpau.

4. Terasa tarikannya dengan jo-

ran Blackmarket Stroker 6 12 paun. gigih mendapatkan strike.

3

Memandangkan cuaca agak panas dan kami pun keletihan berikutan perjalanan yang panjang dan kurang tidur, Eddy Noor dan isterinya mempelawa kami berehat serta bermalam di kedi-aman mereka. Walaupun baru kali pertama bersua dengan orang yang bertanggungjawab menubuhkan kelab ‘Dunia Casting’ dan juga seorang yang boleh saya kata-kan senior dalam dunia memancing, beliau menyambut kedatangan kami berempat dengan sangat baik dan terbuka.

4

Kandang Kerbau Setelah menjamu makan tengahari dan mendapatkan rehat yang secukupnya, kami di-bawa Eddy Noor pada sebelah petangnya ke suatu spot yang mereka gelarkan sebagai ‘Port Kandang Kerbau’.

SIRIP 43


Peacock Bass Mission

5

5. Cichlid belang memang suka dengan Faiz Chian

6. Bayangan caster tegar berlatar-belakangkan terbenam.

matahari

6 empat dengan mengadakan jamuan makan malam yang sangat istimewa. Menu utama iaitu hidangan kambing bakar yang disediakan, di samping menu sampingan lainnya benar-benar membuka selera kami.

Bersempena namanya, spot ini sedikit 7. Azirul dengan PB terbesar menggerunkan kerana sang kerbau bersepah di kawasan kami memancing. Apakan misi ini menggunakan jig. daya, jenuh kami membaling gewang, namun 8. Faizal dengan PB pertamanya sampai ke sudah masih tiada sapaan. di Perak. Hati kami mulai resah takut akan kecun9. Sinking pencil juga sangat dang tanpa spesies yang diidamkan sebelum efektif untuk memburu PB. pulang ke Johor. Namun kami disarankan 10. Kambing bakar antara menu untuk datang semula keesokan pagi. paling special malam itu. BBQ Persahabatan

11. Aktiviti menghilangkan penat di air terjun Salu.

Apa yang menarik perhatian saya ialah sikap setiakawan yang ditonjolkan oleh mereka yang bersungguh-sungguh memberikan layanan terbaik. Kami benar-benar merasa dihargai. Saya difahamkan mereka kerap mengadakan jamuan dan kegiatan bersama bagi memastikan ukhwah tetap terjalin dalam persahabatan mereka.

Pada sebelah malamnya, kawan-kawan dari Perak meraikan kedatangan kami ber-

Sikap seperti inilah yang perlu dicontohi setiap pemancing kerana nilai persahabatan itu sangat indah dan berharga. Walaupun terpisah dengan jarak dan berlainan latar

7

44 SIRIP

8


belakang, namun kami disatukan kerana minat yang sama. Hari kedua kami dibawa ke ‘Port Kandang Kerbau’ semula untuk mencuba nasib. Peluang kedua digunakan sebaik mungkin apabila Lin Todak berjaya menjerat seekor PB bersaiz curut dengan clouser hijau yang diubah suai menjadi teknik spinfly. Syukur! Dia tidak kumpau walaupun hakikatnya saiz PB itu tidak dapat memperbaharui ‘lesen’ PB sewaktu misi terdahulu. Faiz Chian yang sabar menanti detik strike juga akhirnya menemui jalan penyudah apabila pujukan beliau membuahkan hasil. Dari pemerhatian saya, PB di kawasan ini lebih aktif menjelang tengah hari berbanding waktu pagi.

Air Kuning Kami dijadualkan untuk pergi ke spot sete-rusnya yang dikatakan lebih frenzy. Lokasi kedua yang agak terpencil terletak di daerah Air Kuning yang memakan masa hampir 1 jam dari lokasi pertama kami. Tasik di sini kelihatan jauh lebih besar, tetapi kawasan yang boleh kami akses agak terhad.

9

Ternyata Air Kuning sangat tidak menghampakan apabila beberapa ekor PB berhasil kami jerat. Saiz ikan juga lebih besar daripada sebelumnya. Walaupun saiz sebenar yang diharapkan tidak kesampaian, namun kami sangat bersyukur kerana masih diberikan rezeki untuk merasa tarikan PB di negeri Perak. Sebelum bertolak pulang ke Johor, kami semua sempat singgah di air terjun Salu untuk menghilangkan penat dan bermandi-manda. Kami teruja dan gembira dengan pengalaman bersama rakan-rakan di sini kerana indahnya nilai persahabatan dan momen yang kami lalui takkan ternilai dengan wang ringgit sepanjang hayat kami. - SIRIP -

10

11

SIRIP 45


Kelantan Squid Festival 2016

1

2

3

Jom Candat Sotong KELANTAN 2016 S

udah menjadi lumrah sotong akan pulang ke tempat asal dilahirkan dan di kalangan nelayan tempatan memanggil ‘kandang sotong’ iaitu satu tempat medan mengawan dan melepaskan telur. Apa yang menarik perhatian saya ialah kajian negara barat tentang kitar hidup sotong yang akan mati selepas mengawan dan melepaskan telur sebagaimana pernah direncanakan dalam National Geographic.

4

Program Jom Candat Sotong Kelantan anjuran Jabatan Perikanan menunjukkan peningkatan agak ketara sehingga ada peserta dari luar Kelantan. Kebanyakan bot yang dipilih ialah bot-bot pukat sotong yang memiliki puluhan lampu limpah untuk menarik sotong malam hari dan beberapa buah bot nelayan yang dinaik taraf sebagai bot ‘sportfishing’ turut disediakan. Pesta ini dipantau oleh bot agensi keselamatan dari APMM, Polis Marin dan Perikanan sendiri bagi menjaga keselamatan 430 peserta. Selama 15 jam diperuntukan untuk pertandingan dengan zon pertandingan telah ditetapkan oleh penganjur

Buru Raja Torak Sotong torak menjadi buruan peserta kerana inilah satu-satunya spesies sotong yang panjang di perairan Laut China Selatan bagi memenuhi syarat ukuran sotong terpanjang yang akan dinobatkan sebagai juara. Sotong mulai galak menyambar candat sewaktu ‘sibak’ magrib (panggilan nelayan tempatan - waktu cahaya suram setelah matahari terbenam atau waktu fajar matahari terbit) sebelum lampu limpah dinyalakan menerangi lautan seperti kemeriahan pasar malam.

5

46 SIRIP

Namun lain pula rezeki bot yang dinaiki saya bersama ‘Team PMC’, apabila hanya sotong mengabang yang sudi menjamah candat. Semakin kelam malam, sotong pula pandai memilih.


Teks & Fotografi : HANUMEI IKE

8

9

6

10 Paling menarik perhatian ialah replika bot pukat jerut dan perahu kolek yang bakal menjadi habuan peserta dalam kategori misteri, selain kategori kumpulan terbaik dan kategori utama sotong terpanjang. Penyampaian hadiah diserikan lagi dengan kehadiran Tn. Hj. Mohd Sufian Sulaiman, Pengarah Bhg. Pengembangan & Pemindahan Teknologi dari Ibu Pejabat Perikanan selain Pengarah Perikanan Negeri, En. Zin Saad.

7 Tepat seperti maklumat nelayan, hanya candat umpan yang dihinggapi sotong. Bagi mengelak baju merah kami yang disediakan penganjur menjadi hitam disembur basi sotong (dakwat hitam), terpaksa kami tukar kepada baju penaja Team PMC dari Mustad Asia dan Team Matsumoto yang biru gelap agar tidak berulang seperti Zizie yang terpaksa membasuh muka serta badan yang kehitaman akibat disembur basi sotong. Setelah dua kali berpindah lubuk, barulah kelihatan kelibat sotong torak. Walaupun dalam suasana pertandingan, set joran ringan sudah memadai bagi merasai tarikan torak dengan tali 6 - 10 paun. Perambut perlu sedikit kasar kerana perlu diingatkan pemangsa lain turut berminat dengan candat seperti tenggiri, alu-alu dan aruan tasik.

Nobat Juara Torak Penganjur amat bertegas dalam waktu penamat, di mana bot wajib berada di jeti dan torak dibawa ke kaunter pengadilan bagi diukur sebelum jam 8 pagi.

Jabatan Perikanan juga bijak mencuri ruang dengan mengadakan pameran spesies terancam di perairan negara yang dalam kepupusan. Sedikit-sebanyak ia memberi kesedaran kepada orang ramai mahupun nelayan sendiri berganding bahu melindungi spesies yang terancam. Satu papan tandatangan juga disediakan bagi kempen ‘TAK NAK MAKAN SIRIP IKAN YU’.

1. Sotong torak yang menjadi + buruan peserta di kandang 2. sotong Kelantan. 3. Ada juga yang terperdaya dengan unjunan jig!

4. Jeti berlepas di Tawang. 5. Bot-bot

diguna-kan.

nelayan

yang

6. Tanda menyokong kempen Tak Nak Makan Sirip Yu.

7. Mek

dengan tangkapan sotong mengabang yang mendominasi hasil tangkapan Team PMC.

8. Team PMC, tempat kedua dalam kategori kumpulan.

9. Wakil kumpulan terbaik, Yo

Ike Kail. Program candat sotong Kelantan kini bernafas lagi dan diharapkan acara ini dapat 10. En. Zainuddin Ahmad, Juara Jom Candat Sotong Kelantan diteruskan pada masa hadapan dengan lebih 2016 dengan sotong torak ramai penyertaan dari luar Kelantan mahuterpanjang. pun adanya pembekal atau syarikat barangan pancing turut terlibat sama menaja bagi memeriahkan lagi acara tahunan ini. - SIRIP -

Pemenang Kumpulan

Kategori Sotong Terpanjang

1. Yo Ike Kail (dari Tok Bali) 2. Team PMC (dari Pasir Mas) 3. S.K Machang (dari Machang)

1. Zainuddin Ahmad (42.5 cm) 2. Ismail Husin (41.0 cm)

SIRIP 47


Gewang Rapala Glass Fat Rap UNTUK PELANGGAN Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini

BIL. 175 SEM. MALAYSIA : RM 15.40 (RRP) 15hb APRIL 2016 JOIN US ON FACEBOOK

(B H

G I RON

M

JOIN US ON FACEBOOK

SIRIP

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini

BIL. 176

( BH

G. 1 )

SEM. MALAYSIA : RM 15.40 (RRP) 15hb MEI 2016

K

AY

SIRIP

N L AR

DUNIA

NM

A N G A N C HIE

W

P

JOIN US ON FACEBOOK

Jembalang Karak G IRO Redah Selut Lepar Utara Talang Kembali Serang Ganu Mengunjun Trout Ladang Bibury Slow-Pitch Jigging Ringan Tulang Tekanan Udara Pengaruhi Pancingan?

PIN

AN

P R I NS I P

OP

PI N

AN

OP

P

SEM. MALAYSIA : RM 15.40 (RRP) 15hb MAC 2016

G. 2)

P RI N SI P

BIL. 174

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini

SIRIP

Siri Apa Itu HCG? Wabak Peacock Di Perlis Mahligai Grayling Terakhir Menodai Taman Larangan Sang Puteri Jangan Pam Joran Slow Jigging ... Kenapa?

Tarikan Kerbau Laut Penarik

Diterbitkan sejak 2001 PP10925/08/2013 (033257)

Diterbitkan sejak 2001 PP10925/08/2013 (033257)

Ledakan Jigging Pulau Yu Tasik Kayangan Chiew Larn Taktikal S.P Buat Tirusan Aspirasi Mekanik Reelyology Layar Mewah Pan Dragon Kenyir

Diterbitkan sejak 2001 PP10925/08/2013 (033257)

Dapatkan gewang Rapala Glass Fat Rap dengan hanya melanggan majalah SIRIP selama 12 keluaran (1 tahun).

Cepat selagi stok masih ada!

* Hadiah akan dipos secara berasingan (bukan bersama majalah) kepada pelanggan dalam tempoh 40 hari setelah penerimaan borang. * Jika stok hadiah habis dalam tempoh promosi, kami akan menggantikan 2 keluaran majalah SIRIP untuk anda.

Ditaja oleh:

BORANG LANGGANAN MAJALAH SIRIP (borang fotostat diterima)

Ya! Saya ingin melanggan SIRIP + DVD Ikan Terhandal Malaysia selama 12 bulan (12 keluaran) dengan harga RM 140.00 (+pos + gewang Rapala Glass Fat Rap) bermula daripada bilangan no._____. Nama: ______________________________________________________________________ Alamat: _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ Telefon: ________________(rumah) _________________(pejabat) ________________(bimbit) Cara Pembayaran: □ Cek

□Money Order

□Postal Order (sila tandakan)

No. Cek / Money Order / Postal Order _____________________________________________ * Sila tuliskan KINGFISHER ADVENTURES SDN BHD pada cek dan wang pos Alamat kepada: Bahagian Langganan Majalah SIRIP, KINGFISHER ADVENTURES SDN BHD (522228-W)

D-1-31, Blok D, 8 Avenue, Jalan Sungai Jernih 8/1, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel/Fax: 03-7931 2182 E-mail:kingfishersirip@yahoo.com


Black Bass X-File

Teks : PAPA SIRIP

Fotografi : RAZMAN ISMAIL Percaya atau tidak... Kuala Sepetang, Perak ada black bass?

GEMPAR LAGI! J

ika anda masih ingat, kira-kira tiga tahun lalu, SIRIP pernah membongkar misteri kemunculan spesies black bass (Lutjanus goldiei) di Kuala Muda, Kedah. Ingat, kan? Ia menjadi berita gempar kerana pertama kalinya black bass diperolehi seorang caster di ampang jajar di kuala Sg. Muda. Sedang tiga tahun sebelum itu, seorang pengilat juga pernah ter-casting tali rawai nelayan di bawah ampangan itu dan terkejut mendapati ikan lutjanid yang tidak pernah direkodkan di Semenanjung terkapai-kapai di tali rawai. Ia nyata bukan siakap merah, tetapi berwarna coklat berbelang kuning yang saling tak tumpah dengan ‘kanai’ atau ‘tembaring’ yang popular di Sabah!

Black Bass Kuala Sepetang Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita kemunculannya, baru-baru ini, kejadian misteri itu meledak lagi. Kali ini berlaku kepada Razman Ismail yang memancing di Kuala Sepetang, iaitu salah satu kawasan hutan bakau terluas di Perak dalam sistem Larut - Matang yang merangkumi Kuala Selinsing, Kuala Gula sehingga Trong.

Siakap Tengah? Sebaik ikan ini dinaikkan, sebuah bot nelayan melewati. Apabila ditunjukkan, nelayan itu mengatakan ikan ini jarang-jarang kena pukat mereka dan saiznya bawah sekilo. Mereka memanggilnya ‘siakap tengah’. Di Kuala Muda, nelayan juga sahkan spesies ini atas nama ikan ‘rangsai’ atau ‘belang kuning’, menunjukkan ia bukanlah spesies asing di kalangan nelayan. Tetapi kita pemancing amat skeptikal, apatah lagi tiada sebarang sumber penyelidikan menyatakan Lutjanus goldiei wujud di Semenanjung. Bukti sudah ada... terserah kepada anda untuk menilainya. Black bass Darul Ridzuan... lagi misteri nusantara abad ini! - SIRIP -

Nelayan pernah dapat ikan ini dan dinamakan siakap tengah!?

Rapala beliau telah direntap ganas ketika ‘mengorek’ reba siakap merah. Beliau dan rakan-rakan termasuk tekong yang membawanya dari Selinsing (Ahmad Jebat) terperanjat sebaik ikan yang disangkakan amat besar berdasarkan gaya rentapan rakus dan kudrat luar biasa rupa-rupanya seekor ikan muara yang hanya dijumpai di Sabah! Dan beratnya cuma 1.7 kg sahaja! Ternyata ia kanai atau tembaring atau black bass, berdasarkan identiti badan yang kecoklatan serta belang-belang kuning merintangi badannya. Berita ini tersebar di Whatsapp, tetapi ramai tak percaya cerita beliau.

Spesimen black bass dipanggil ‘rangsai’ di Kuala Muda, Kedah yang pernah gempar apabila dinaikkan seorang caster tiga tahun lalu. Kini muncul di Perak pula! Benarkah dakwaan Semenanjung Malaysia tiada spesies hebat ini? Bagaimana dengan bukti-bukti bergambar ini?

SIRIP 49


I NTRODUCTION T O H EAVY C OVER S NAKEHEAD G AMES

Bersama : KETAMTK

Ikatan Bangkok Hooker Twist menggandakan kekuatan hujung tali anda kepada 4 kekuatan.

tidak memerlukan perambut kejutan dan juga cili snaplock. Jenis ikatan yang dicadangkan untuk HCG ialah bimini twist atau pintalan Bangkok Hooker twist yang dipintal pada tali utama. Pintalan yang dibuat akan menggandakan hujung terminal anda kepada 4 kekuatan, hanya buka gelungan yang terhasil untuk memasukkan katak getah anda dan boleh terus memancing. Usah risau jika haruan menelan katak getah anda, kerana jarang sangat menjejaskan pintalan tali tersebut. Tali PE khas HCG keluaran Valley Hill.

U

ntuk mengatasi masalah tersebut, maka alternatif lain ialah dengan menggunakan tali sulam berkekuatan 50 paun ke atas. Saya sendiri menggunakan tali sulam Power Pro sebelum bertukar kepada Toray Superline PE 6 yang dibuat khas untuk jigging sebenarnya. Tali sulam (braided) biasanya lebih kasar pada awal penggunaan, manakala tali PE pula lebih lembut sifatnya. Mahal atau murah bukan persoalan, tetapi gunakan tali yang sesuai untuk menikmati pancingan tanpa membebankan poket kita.

Ciri-ciri tali yang baik untuk HCG mestilah mampu menahan geseran pada tumbuhan yang menutup permukaan air dan ranting-ranting kayu, serta mempunyai coating atau salutan yang baik yang mampu menghalang tali daripada menyerap air.

Tak Perlu Perambut? Bagaimana pula dengan perambut kejutan atau shock leader yang sangat popular di tanahair kita ini? Jawapannya ialah tidak perlu sama sekali! Gaya pancingan HCG yang kasar

50 SIRIP

Menarik bukan? Langkah pertama anda dalam dunia HCG ialah melupakan perambut kejutan dan juga snaplock. Ia dapat meminimumkan masalah snaplock terbuka atau perambut putus sebelum anda menaik taraf peralatan lain yang lebih sesuai. Jangan lupa kunci drag kekili pada tahap maksimum!

Tali PE khas HCG keluaran Ratty Twister.

Pesanan : Gunakan gelendong jika katak getah anda tersangkut. Jangan sesekali tarik menggunakan kekili atau joran anda. Tali utama berkekuatan sebegini sangat kuat dan boleh menyebabkan kerosakan pada kekili dan joran, dan boleh mencederakan anda. Pautan kepada laman sesawang dan juga laman YouTube ikatan Bangkok Hooker Twist seperti di bawah : http://bangkokhooker-fishing.com/2014/03/a-newknot-the-bangkokhooker-twist/https://www.youtube.com/ watch?v=CWlCzbKEGpU&feature=youtu.be Pautan YouTube untuk ikatan Bimini Twist : https://www.youtube.com/watch?v=Bl5OlzKMcYA - SIRIP -


Sirip Forum

Berdasarkan kertas tersebut, perairan Pantai Barat Semenanjung direkodkan sebagai penyumbang utama hasil tangkapan ikan marin iaitu sebanyak 51.90% daripada jumlah keseluruhan pendaratan (1,440,109.2 tan metrik pada 2014), diikuti Pantai Timur Semenanjung (21.65%), Sabah (14.52%), Sarawak (10.04%) dan Labuan (1.79%). Pukat tunda penyumbang terbesar tangkapan, diikuti oleh pukat jerut dan pukat hanyut. Jumlah pendaratan ikan melalui kaedah memancing (secara komersial) nampaknya tidaklah seberapa. Memancing hanya tergolong dalam kategori ‘lain-lain’ dengan jumlah tangkapan yang masih jauh untuk mencecah 50,000 tan metrik setahun.

Taklimat di ibu pejabat DOF Putrajaya yang dihadiri ramai wakil pemancing utama di Malaysia.

T

ertanya-tanya juga bila tiba-tiba mendapat jemputan untuk hadir ‘Program Jerayawara Taklimat Cadangan Pembangunan & Penyusunan Aktiviti Perikanan Rekreasi Kelautan Malaysia 2016’ anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Risik punya risik, tilik punya tilik, rupanya ia berkaitan cadangan melesenkan aktiviti pancing rekreasi di laut yang pernah dibentangkan pada penghujung 2014, tetapi tak kesampaian. Jika setahun setengah dahulu, cadangan tersebut telah diarahkan BATAL serta-merta oleh Menteri, kali ini Menteri jugalah yang menyarankan agar ia dibangkitkan semula. Menteri dari portfolio yang sama, tetapi individu yang berbeza. Besar benar kuasa pak menteri di Negara kita – kiri katanya, ke kirilah kita, kanan katanya, ke kananlah kita. Sebenarnya tiada bezanya cadangan pelesenan yang dibentangkan pada 2014 dengan yang terbaru ini. Skopnya sama. Satu titik pun tidak ditambah dan tidak juga dikurangkan. Cuma kali ini ia disampaikan dengan kaedah lebih mesra dan bahasa yang lebih ‘berlapik’. Pelesenan adalah sebahagian strategi pembangunan dan penyusunan aktiviti perikanan rekreasi kelautan negara. Bukan sekadar mengawal dan menghukum pelaku yang gagal atau engkar mematuhi peraturan. Berbeza dengan pendekatan umum yang DOF lakukan pada Disember 2014 yang lebih menumpukan kepada bayaran lesen, kesalahan dan denda. Sehingga ramai yang ‘sentap’, termasuk pak menteri sendiri. Kali ini kesungguhan pembuat dasar untuk menyebar luas cadangannya juga lebih menyerlah. Hebahan dan penyampaian maklumat dibuat dengan lebih menyeluruh. Jika pada 2014, hanya satu sesi taklimat diadakan (di Ibu Pejabat DOF, Putrajaya), kali ini difahamkan sekurang-kurangnya tujuh sesi jerayawara dianjurkan. Bermula dari Labuan pada 6 Mei 2016 hinggalah ke Putrajaya pada 25 Mei 2016, dan tiga lagi sesi akan diadakan di Sarawak pada bulan Jun. Saya sendiri berkesempatan hadir di dua sesi taklimat yang sama. Pertama di Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu pada 12 Mei dan keduanya di Putrajaya. Merasakan perlunya maklumat daripada program jerayawara diketahui bersama, kolum ini berkongsi sedikit-sebanyak intipati yang diperolehi.

Status Sumber Perikanan Negara Kertas ini kertas pertama daripada tiga kertas yang dibentangkan. Ia adalah hasil analisis rekod-rekod pendaratan perikanan tangkapan marin yang dibentangkan oleh pegawai penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan, Sitiawan, Perak.

Berdasarkan komposisi tangkapan, ikan demersal (termasuk ikan baja) adalah tangkapan dominan di Pantai Barat Semenanjung, Sarawak dan Labuan. Manakala pendaratan di Pantai Timur dan Sabah didominasi ikan-ikan pelagik. Jenahak, kerapu, talang, gerepoh, senangin, jemuduk, cermin, sagai, cupak, kerisi bali dan merah pula antara spesies komersial utama yang didaratkan melalui kaedah memancing secara komersial. Data-data menunjukkan penurunan ketara, sama ada ke atas kadar tangkapan per unit usaha atau kepadatan ikan per luas kawasan. Sebagai contoh kadar tangkapan per unit usaha di Langkawi – Pulau Pinang bagi jarak 5 - 55 batu nautika telah menunjukkan penurunan ketara daripada 74.47 kg/jam pada tahun 1971/2 kepada hanya 18.57 kg/jam pada tahun 1997. Kepadatan ikan bagi kawasan yang sama juga menun-jukkan penurunan daripada 2.56 tan metrik/km2 kepada hanya 0.21 tan metrik/km2 dalam tempoh yang sama. Trend yang sama ditunjukkan oleh semua lokasi yang dikaji, termasuk perairan Pulau Pinang – Pulau Pangkor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kota Kinabalu Selatan dan Kota Kinabalu Utara – Kudat. Jumlah tangkapan di Pantai Barat Semenanjung bagi 2014 menunjukkan bahawa ia telah menghampiri tahap hasil mapan maksimum (Maximum Sustainable Yield - MSY). Perkara yang sama direkodkan di perairan Sarawak. Lebih membimbangkan, jumlah tangkapan di Pantai Timur Semenanjung telah pun melebihi MSY pada tahun yang sama. Bagi kaedah pancing pula, pendaratan ikan daripada spesies komersial juga menunjukkan penurunan ketara untuk beberapa tahun kebelakangan. Khususnya di Pantai Timur Semenanjung yang merekodkan penurunan sejak tahun 2012/13. Pendaratan ikan layaran dan mersuji menunjukkan penurunan yang ketara bagi perairan Pantai Timur Semenanjung dan Sarawak. Hanya perairan Sabah yang masih menunjukkan pendaratan yang setara bagi tempoh antara 2009 – 2015. Di akhir pembentangan, pembentang merumuskan bahawa secara keseluruhan, kepadatan ikan telah menurun di semua perairan Malaysia. Kadar eksploitasi ikan marin juga telah sama ada menghampiri atau melebihi tahap MSY.

Perikanan Rekreasi Di Malaysia Kertas kedua ini dibentangkan oleh pegawai dari Bhg. Perlindungan Sumber DOF. Pada awal pembentangan, beliau mendefinisikan aktiviti memancing sebagai “Memancing ikan dengan menggunakan tali (line) dan mata kail (hook) untuk tujuan rekreasi, hobi dan pendapatan tambahan.” Berdasarkan definisi itu, aktiviti memancing secara langsung dibahagiakan kepada 3 kategori iaitu; rekreasi, hobi dan sumber pendapatan tambahan. Pembentang juga memetik takrifan oleh European Commission (2001) yang mendefinisikan ‘recreational and game fisheries’ sebagai “semua aktiviti memancing yang dilakukan bukan untuk tujuan komersial”. Meminjam definisi oleh Witzi SIRIP 51


FishySirip Forum Forum

(2004), tujuan aktiviti memancing rekreasi adalah untuk “keseronokan, berehat, kegembiraan atau kegunaan di rumah”. Dalam pembentangan ini juga, digambarkan bahawa apa yang ada dalam fikiran seorang pemancing hanyalah ikan. Justeru tindakan dan tingkah laku pemancing menjurus ke arah itu. Di Malaysia, lapangan utama bagi seorang pemancing rekreasi dibahagi dua iaitu air tawar atau air masin (laut). Pelesenan yang dicadangkan hanyalah melibatkan pemancing di laut (termasuklah pancingan pantai dan muara). Manakala pancingan air tawar masih tidak tertakluk kepada pelesenan yang dicadangkan. Memancing untuk tujuan rekreasi turut melibatkan beberapa teknik. Berdasarkan pemerhatian pembentang, pancingan dasar adalah teknik pancingan yang begitu popular. Setiap pemancing pada asasnya mula memancing menggunakan teknik ini sebelum mereka melibatkan diri dalam teknik yang lebih teknikal seperti popping, jigging, casting dan trolling. Demi memenuhi kegilaan, pemancing sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar. Beberapa contoh digunakan untuk menggambarkannya. Antaranya bagaimana seorang pemancing sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk memiliki kekili dari jenama Daiwa Saltiga atau joran Carpenter. Begitu juga dengan kesediaan pemancing untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk sebentuk jig besi dan aksesori lainnya. Perbelanjaan seorang pemancing yang tidak kecil jumlahnya secara langsung atau tidak, sebenarnya telah menjana ekonomi negara. Manfaat ekonomi daripada kewujudan seorang pemancing rekreasi telah dinikmati oleh pelbagai pihak dalam pelbagai sektor. Antara pihak yang mendapat manfaat termasuk operator memancing, kedai pancing, penjual umpan, kedai kereta / motor, hotel / homestay, stesen minyak, restoran, tol, penjual bot dan enjin, kedai tayar serta butik pakaian / aksesori. Dengan kata lain, manfaat kewujudan pemancing rekreasi sememangnya telah mula dirasai. Malangnya sehingga hari ini kewujudan komuniti pemancing rekreasi itu sendiri masih tidak diiktiraf. Tidak ada satu badan atau organisasi bertanggungjawab pun yang mengurus atau ambil peduli tentang mereka. Di negara ini, komuniti nelayan dan pengusaha akuakultur misalnya bernaung di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau DOF. Penternak haiwan dan petani pula masingmasing bernaung di bawah Jabatan Veterinar dan Jabatan Pertanian. Institusi seperti Bernas, LLP, MADA dan KADA pula memayungi penanam getah, manakala peladang getah dan kelapa sawit berada di bawah Risda, Felda atau Felcra. Namun bagaimana dengan pemancing rekreasi? Pemancing rekreasi masih tidak lagi didaftarkan di bawah mana-mana organisasi atau badan bertanggungjawab. Kewujudan pemancing di negara ini adalah bagai “saka tidak bertuan” – itulah istilah popular yang digunakan dalam program jerayawara tersebut. Pemancing boleh bersorak, mengeluh dan merintih. Namun tidak ada siapa yang mendengarnya atau mahu ‘ambil pot’. Itu-lah alasan mengapa segala pandangan dan suara pemancing rekreasi tidak diambil tindakan. Bukan kerana ia tidak penting, tetapi kerana mereka ‘tidak bertuan’. Justeru, cadangan pelesenan pemancing rekreasi laut adalah salah cara untuk mengiktiraf kewujudan pemancing rekreasi di negara ini. Dengan bernaung di bawah organisasi seperti DOF, pemancing rekreasi nantinya bakal mendapat hak, keistimewaan dan perhatian sebagaimana yang dinikmati oleh komuniti-komuniti masyarakat lainnya. Itulah yang dijanjikan. Sekiranya hari ini nelayan komersial telah mendapat manfaat hasil aktiviti pembangunan perikanan tangkapan seperti pelesenan, pengezonan, tukun tiruan, kawasan perlindungan, perlindungan spesies terancam dan pembangunan prasarana sokongan, tidak mustahil suatu hari nanti pemancing rekreasi juga dapat nikmat yang sama setelah mereka didaftarkan. Tidaklah sekadar menumpang keistimewaan dan hak milik nelayan 52 SIRIP

komersial seperti mana yang berlaku hari ini. Lebih daripada itu, pelesenan yang dicadangkan juga satu usaha untuk mencapai matlamat umum dasar yang telah ditetapkan iaitu untuk “mengurus, memantau dan mengawal apa-apa aktiviti perikanan rekreasi kelautan bagi memastikan kelestarian sumber perikanan di seluruh Malaysia”. Secara khusus, DOF juga menetapkan matlamat pengurusan sumber perikanan seperti berikut : 1) Membangunkan perikanan rekreasi kelautan sebagai industri yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. 2) Mengurus dan mengawal aktiviti dan kelestarian sumber perikanan. 3) Mengurangkan dan mengelakkan kemusnahan sumber perikanan. 4) Mengurangkan dan mengelakkan konflik antara nelayan dan penggemar aktiviti pancingan. 5) Memupuk kesedaran awam terhadap pengurusan sumber perikanan. Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa pendekatan bakal dilaksanakan. Pertama, melalui pengumpulan inventori dan pembangunan pangkalan data dan maklumat berkaitan pemancing dan penganjur, peralatan dan teknik memancing, kawasan aktiviti perikanan rekreasi, spesies ikan yang ditangkap, pendaratan ikan dan vesel yang digunakan. Ini diikuti perangkaan dasar dan peraturan perikanan, membangunkan sistem pendaftaran dan mewujudkan sistem pelesenan pemancing dan penganjur, menjalankan kajian status sumber perikanan serta membangunkan pengurusan dan pembangunan perikanan rekreasi kelautan. Merumuskan pembentangannya, sekali lagi pembentang menekankan bahawa pelesenan penangkapan ikan rekreasi kelautan yang dicadangkan bukanlah untuk menghalang pemancing daripada memancing. Sebaliknya, sebahagian program pengurusan aktiviti pancing rekreasi di negara ini.

Cadangan Pembangunan & Penstrukturan Perikanan Rekreasi Di Malaysia Kertas ketiga merupakan tumpuan utama dalam program jerayawara yang dianjurkan. Ia dibentangkan oleh pegawai Bhg. Pengurusan Sumber, DOF. Pembentangan dimulakan dengan mengimbau kegagalan peraksanaan cadangan melesenkan pemancing rekreasi laut yang dibentangkan kepada umum pada Disember 2014 yang lalu. Pada umumnya bantahan terhadap pelesenan ini berlaku akibat kekeliruan. Ramai yang mendapat maklumat tidak tepat, tetapi berani pula menghebahkannya kepada umum khususnya melalui media sosial. Hasilnya timbullah kecaman dan sindiran yang sebahagian besarnya tidak berkait pun dengan apa yang terkandung dalam cadangan pelesenan. Keadaan menjadi haru-biru apabila Menteri bertanggungjawab memberi respon segera hasil maklumat yang diterima dari media sosial sehingga arahan pembatalan serta-merta dikeluarkan. Pembentangan ketiga ini menyentuh tentang aktiviti pengurusan dan pembangunan yang telah dijalankan oleh DOF dalam usaha untuk memajukan industri perikanan tangkapan, di samping memastikan kelestarian sumber perikanan yang ada. Antaranya pewartaan zon tangkapan ikan di Malaysia. Pengezonan semula telah dilakukan di Pantai Barat Semenanjung (meliputi perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor). Antara penambah-baikan yang dilakukan ialah mewujudkan Zon Konservasi bagi perairan kurang 1 batu nautika dari garis pantai. Zon baharu ini diwujudkan bagi keperluan aktiviti akuakultur, kebun kerang dan penglibatan komuniti nelayan. Ia diikuti dengan menganjakkan zon-zon lain


Oleh : MASDUKI MOHAMMAD MORNI (Pensyarah Perikanan Rekreasi di Universiti Malaysia Terengganu) dengannya juga perlu dibangunkan. Bagi tujuan itu, DOF telah merujuk FAO Technical Guidelines for Responsible Fisheries 13 – Recreational Fisheries yang telah diterbitkan oleh Food & Agricul-ture Organization pada tahun 2012. Ia bagi memastikan peraturan yang dibangunkan seragam dengan garis panduan dan tatakelola bagi perikanan rekreasi antarabangsa. Berdasarkan garis panduan itu, tindakan pengurusan perikanan rekreasi FAO dibahagi kepada dua Antara pembentang cadangan pelesenan memancing rekreasi daripada DOF iaitu En. langkah kawalan iaitu kawalan input Ghazali Manap (Pembentang ke-3) dan En. Osman Mohamed (Pembentang ke-2). dan output. Bagaimanapun Malaysia pada jarak yang lebih sesuai dengan usaha untuk memastikan tidak menerima pakai kesemua ka-walan yang disenaraikan kelestarian sumber perikanan laut milik negara. oleh FAO dalam peraturan yang dirangka. Ma-laysia hanya menerima pakai tiga daripada kesemua lapan kawalan input yang Bagaimanapun usaha membangun dan mengurus sumber disenaraikan FAO iaitu : (1) Lesen, Yuran, Tiket; (2) Kawalan perikanan negara sesuai dengan keperluan pemancing rekPerkakasan; dan (3) Pertandingan Memancing. reasi tidak dapat dilakukan kerana pemancing rekreasi tidak tertakluk sebagai komuniti yang perlu diurus dan diberi perhatian oleh pihak Jabatan.

Bagi tujuan mengurus pemancing rekreasi serta sumber perikanan bagi keperluan mereka, beberapa maklumat perlu diketahui terlebih dahulu. Ia termasuklah jumlah pemancing, kawasan tangkapan dan spesies sasaran. Penganjuran pertandingan memancing juga perlu dipantau pihak berkuasa dan bertanggungjawab. Ini bagi mengelakkan penipuan di kalangan pihak penganjur yang semakin kerap dilaporkan. Bagi tujuan mengurus aktiviti pancing rekreasi, penggunaan peraturan dan undang-undang adalah sesuatu yang lumrah. Beberapa contoh amalan di beberapa negara luar telah dikongsi. Thailand contohnya, peraturan tangkap dan lepas telah diguna pakai ke atas ikan Giant Mekong Catfish di kawasan Biodiversiti Paya Mekong. Sebarang penangkapan ikan di kawasan Marine National Park adalah tidak dibenarkan dan ikan-ikan seperti Arowana, Siam Tigerfish, Siamese Butterfly Catfish dan Giant Mekong Catfish tidak boleh dipancing. Di Singapura pula, sebarang aktiviti di kolam tadahan air adalah termaktub di dalam Public Utilities (Reservoirs and Catchment Areas) Regulation 2006. Dalam peraturan tersebut, aktiviti memancing hanya boleh dikakukan di kawasan yang dibenarkan sahaja, penggunaan umpan hidup adalah dilarang, permit rasmi perlu diperolehi sebelum memasuki kolam tadahan dan aktiviti memancing dibenarkan dari jam 0700 hingga 1900 sahaja. Melakukan kesalahan di bawah peraturan ini akan dikenakan denda sehingga SGD3,000.00. Di Jepun, tiada lesen memancing diperlukan di mana-mana laut di sana. Namun untuk memancing di perairan daratan, tiket perlu diperolehi dari pejabat jajahan masing-masing. Di jajahan Nigata contohnya, harga tiket untuk memancing selama satu hari adalah antara ¥1,000 hingga ¥2,500 bergantung kepada lokasi. Harga tiket tahunan pula antara ¥4,500 hingga ¥5,500. Manakala untuk memancing di mana-mana sungai di jajahan yang sama, tiket tahunannya bernilai ¥12,500. Tiket memancing di Jepun dikeluarkan dan dijual oleh Koperasi Perikanan setempat dan wang kutipan akan dimasukkan ke dalam tabung koperasi mereka. Mereka juga mengamalkan kaedah kawalan musim di mana pancingan ikan trout hanya dibuka dari bulan Mac hingga September dengan saiz minimum ditetapkan pada 15 cm. Ikan salmon pula merupakan spesies larangan ditangkap. Manakala ikan bass dibenarkan untuk ditangkap tanpa kawalan kerana didapati mengancam spesies asli di Jepun. Di Australia, setiap negeri dan wilayah mempunyai peraturan pengawalan perikanan rekreasi masing-masing. Pemancing perlu mendapatkan lesen dari Pejabat Perikanan Negeri. Hasil kutipan bayaran lesen disalurkan untuk pembangunan aktiviti perikanan rekreasi. Tidak sekadar perlu memiliki lesen, pemancing di sana perlu mematuhi peraturan bag limit, size limit dan spesies larangan yang telah ditetapkan. Untuk tujuan pembangunan dan pengurusan perikanan rekreasi di Malaysia, satu sistem peraturan yang berkaitan

Daripada kesemua enam kawalan output yang disenaraikan oleh FAO pula, Malaysia hanya menerima satu daripadanya iaitu Panjang Maksimum Ikan. Hasilnya wujudlah peraturan seperti mana yang diwar-warkan sekarang ini. Antaranya : • Lesen penangkapan ikan rekreasi kelautan yang ditetapkan pada kadar RM 10 setahun • Lesen menganjur, mengurus atau mengatur suatu pertandingan atau pesta penangkapan ikan rekreasi kelautan pada kadar RM 200 bagi setiap permohonan. • Peraturan tangkap dan lepas bagi spesies ikan tertentu yang tersenarai dalam Jadual Kedua (perlu dilepaskan hidup tanpa mengira saiz) dan Jadual Ketiga (perlu dilepaskan hidup sekiranya mencapai panjang ditetapkan mengikut spesies). Bagi memberi pengiktirafan kepada pemancing, kategori pemeringkatan pemancing akan turut diperkenalkan. Berdasarkan usia lesen, kekerapan memancing dan pematuhan kepada peraturan, pemancing laut berlesen di negara ini bakal dikategorikan sebagai pemancing Baru, Tengah, Muda atau Senior.

Keperluan lesen memancing ini meliputi kesemua perairan laut Malaysia yang terdiri dari perairan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan. Bagi tujuan pemantau dan rekod, kawasan perairan ini dibahagikan kepada lot-lot yang lebih kecil dengan kod grid tertentu. Menyedari tentang kerumitan dalam proses untuk mendapat dan memperbaharui lesen memancing, satu sistem atas talian akan dibangunkan. Sistem ini akan membantu pemancing untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa dibebani perkaraperkara yang tidak berkaitan yang perlu mereka tempuhi sekiranya berurusan di kaunter. Akur dengan kelemahan aspek-aspek teknikal yang wujud dalam peraturan dan pelesenan yang dicadangkan, pembentang mengalu-alukan sebarang komen untuk penambahbaikan. Borang soal selidik turut diedarkan untuk tujuan tersebut. Pembentang juga menggesa agar sebarang persoalan berkaitan perkara ini perlu diajukan terus kepada DOF (Jabatan Perikanan Malaysia) untuk diberi penjelasan. Untuk tujuan tersebut, pemancing boleh menggunakan saluran media sosial facebook ‘Cadangan Pelesenan Perikanan Rekreasi Malaysia’.

Kesimpulan Maklumat-maklumat yang dikongsikan di atas adalah sekadar intipati yang diperolehi sepanjang dua sesi jerayawara yang dihadiri. Ia sekadar apa yang dapat difahami oleh jemputan yang hadir dan duduk di kerusi pendengar. Buat kali ini, penulis sengaja tidak mahu untuk mengulas setiap maklumat yang diperolehi. Sekadar berkongsi apa yang didengar. Menyokong tidak, membantah pun tidak. Terpulang kepada pemancing untuk menentu rentak tari setelah gendang lesen memancing dipalu sekali lagi. - SIRIP SIRIP 53


Ikan bersaiz monster pun mampu dinaikkan dengan set jigging perlahan melalui teknik yang betul. Gambar menunjukkan aya budak 85 kg yang berjaya ditumbangkan di perairan Taiwan.

Oleh : TOTOS OGASAWARA Terjemahan : PAPA SIRIP

READ MORE

BAHAGIAN 10 :

PAM ATAU TIDAK? Apa kelebihan pam joran semasa bertarung dengan ikan? Dan kenapa pula dalam jigging perlahan, kita tak perlu buat begitu sebagaimana kebiasaan? Artikel ini ada jawapannya yang diterangkan secara mendalam...

KENAPA TIDAK PAM JORAN? Jigging perlahan jelas mendiskriminasi fungsi untuk menari-narikan jig 200 g, menggoda ikan dan berfungsi untuk membawa naik seekor ikan 5 kg, bahkan sehingga 20 kg. Kita memberi peranan menggoda kepada joran itu. Dan kita memberikan tugas menaikkan ikan kepada kekili. Ini kerana kita tidak boleh mengharapkan dua tugas yang berbeza ini untuk joran yang sama. Oleh itu, kita tidak mengepam joran untuk melawan ikan. Sebaliknya kita menurunkan joran ke bawah. Kita mengangkatnya naik sedikit sahaja untuk merasa tegangan, tetapi bukan untuk menghela ikan. Hanya ketegangan yang mencukupi untuk ‘mendengar’ apa yang berlaku di hujung tali. Saya pernah dengar orang memandang sinis terhadap jigging perlahan dan mengatakan bahawa gaya pertarungan ini boleh memberi kesan yang buruk terhadap tulang belakang anda. Tetapi ia tidaklah seburuk itu dan bukanlah sebab gaya pertarungan yang menunduk itu. Gaya ini sebenarnya kurang memenatkan dan dapat menaikkan ikan dengan lebih cepat. Semua orang belajar bagaimana untuk mengepam joran semasa melawan ikan. Ia adalah salah satu pelajaran pertama dalam memancing. Saya tidak mempersoalkannya apabila ayah mengajar saya sedemikian. Tetapi mari kita lihat dengan lebih dekat tentang perkara ini.

Imbas untuk menonton teknik jigging perlahan.

54 SIRIP


Imbas untuk menonton video jigging perlahan sehingga tertunduknya spesimen amberjack gergasi.

KENAPA PAM JORAN? Kelebihan Mengepam • Anda boleh gunakan anjakan berat badan anda untuk mengangkat. • Joran akan dilentur dengan keanjalan untuk menghenti dan mengangkat ikan, dan untuk menangkis kesan perjuangan ikan pada masa yang sama. • Kekili mendatar (spinning reel) memerlukan momentum putaran untuk melaksanakan kuasanya. Ia tidak mempunyai banyak tork apabila pemutar (rotor) mula berputar. Dengan mengepam joran, anda memberi diri anda sedikit masa untuk memula karauan tanpa banyak tegangan pada tali. Sememangnya sangat sukar untuk mengarau kekili mendatar, tanpa mengepam joran.

Kelemahan Mengepam • Tegangan pada tali berubah dengan setiap aksi mengepam. Anda belajar untuk mengekalkan ketegangan tali semasa mengepam. Tetapi ketegangan boleh berubah, jika tidak, anda tidak boleh mengarau dengan baik menggunakan kekili mendatar. • Jika joran tidak mencukupi untuk keseimbangan dengan ikan, joran itu mungkin terlalu lembut untuk menghela ikan, atau joran terlalu padu sehingga menyebabkan ikan terlepas. • Anda dipaksa untuk menghela ikan dengan kuasa tambahan. Jadi mari kita perhatikan gambarajah. Apabila anda mengangkat beban yang berat, bagaimana anda mengangkatnya? Adakah anda mengunjurkan lengan anda keluar seperti gambar A? Adakah anda hanya menggantung ke bawah seperti gambar B? Bayangkan dalam gambar A, semua otot bekerja keras, bisep, tricep dan trapezius anda. Oleh sebab anda meletakkan beban jauh dari paksi pusat badan, anda perlu tenaga tambahan untuk mengangkatnya. Inilah yang dilakukan apabila anda mengepam joran. Semua kerja otot lengan akan dilakukan oleh joran anda. Saya tidak mengatakan ia bukanlah cara yang baik. Ia mempunyai semua sebab untuk melakukannya dengan kekili mendatar. Cuma anda tidak sejajar dengan beban, jadi anda perlu lakukan kerja tambahan, tetapi anda dibenarkan untuk menggunakan anjakan berat seluruh badan anda. Ketegangan tali berubah dengan mengepam joran, tetapi itu membolehkan kekili mendatar anda bekerja dengan cekap. Ini tidak ada masalah sama sekali.

SIRIP 55


Imbas untuk menonton bagaimana teknik gaya perlawanan hulur joran ke bawah.

Gaya Perlawanan Menghulur Ke Bawah (Point Down Fight

Style)

Joran jigging perlahan ditala dengan halus untuk menari-narikan jig anda dalam penjajaran menegak. Saya perlu katakan bahawa semua joran jigging perlahan dibuat dalam keseimbangan yang berbeza dan dengan keutamaan yang berbeza. Tetapi apabila mahaguru Sato mereka-cipta joran Slow Jerker khusus untuk jigging perlahan, ia TIDAK dibuat untuk bertarung dengan ikan. Reka bentuk itu semuanya khusus untuk aksi jigging perlahan, dengan tulang joran (blank) yang sangat berdaya tahan, berdiameter nipis dan berdinding nipis. Blank yang rapuh ini kemudiannya disaluti untuk keterampilan kosmetik. Segala-galanya demi fleksibiliti dan daya tahan untuk sensitiviti maksimum. Hasilnya, peranan menghela ikan telah diberikan kepada kekili. Kita tidak menghela atau mengangkat ikan dengan joran. Hanya hulurkan joran ke bawah dan biarkan kekili melakukan tugas itu.

Kelebihan Gaya Menghulur Ke Bawah •

Anda boleh bekerja dengan kurang, kerana anda ‘memegang’ ikan secara langsung ke bawah, sepanjang paksi pusat badan anda.

• Anda boleh kepit pangkal joran di bawah ketiak anda. Tangan anda dengan mudahnya memegang kekili. Kebergantungan kepada kekili adalah sama sekali tidak perlu. • Adalah penting untuk karau dengan mantap dan tenang. Mahaguru Sato menekankan bahawa apabila ikan diangkat secara lembut, ikan membiarkan dirinya ditarik naik tanpa banyak berjuang. Jika anda mengepam joran, ia mewujudkan perubahan ketegangan. Itu menyebabkan ikan dirangsang dan sentiasa aktif. Kami katakan, “jangan buatkan dia gila.” Jika ikan tidak gila, anda boleh menghelanya naik lebih cepat berbanding anda melawannya secara agresif untuk menarik ia ke atas. Anda mungkin bimbang drag kekili tidak cukup baik untuk menangkis impak pertarungan ikan. Apabila kita direntap ikan, biasanya ia berada sekurang-kurangnya 50 meter ke bawah. Kita mempunyai 50 meter tali lagi (dan sekurang-kurangnya beberapa meter tali yang kendur) dalam rintangan air. Ini berfungsi sebagai kusyen terhadap impak. Anda juga bergantung kepada sistem drag untuk menangkis impak. Tiada ikan yang mampu berenang lurus untuk masa yang lama (kecuali ikan tuna / aya). Apabila ikan itu mahu memecut, anda harus biarkan sahaja ia memecut dan mengheret tali keluar. Kemudian berikan brek tambahan dengan menekan jari anda pada gelendong kekili. Apabila menggenggam kekili, anda boleh menyentuh gelendong dengan ibu jari dari atas dan jari telunjuk anda dari bawah. Apabila anda tidak boleh menghentikannya dengan jari anda, kadangkala anda hanya perlu ketatkan drag untuk memperlahankan ikan. Tetapi anda perlu melaras drag dengan jari anda sebanyak mungkin. Perlu diingat bahawa anda menggunakan tali yang halus. Anda perlu biarkan tali keluar untuk menumpaskan ikan yang besar. Pertama, ikan itu mahu membenam ke bawah. Memandangkan anda masih dalam keadaan menegak, anda berada dalam gaya pertarungan yang lurus ke bawah sehingga ke ikan itu (lihat gambarajah pada ikan A). Anda tidak mahu mengambil banyak risiko di sini. Jika terlalu ketat pada drag kekili (atau jari anda) dan ikan sama-sama menekan, daya seimbang tidak ke mana, lalu boleh mengakibatkan sistem tali anda terputus di mana-mana. Tetapi selepas anda memberikan tali dan berada dalam kedudukan pepenjuru seperti ikan B, ia bukan satu pertarungan melurus lagi. Apabila ikan terlalu sukar untuk menjarakkan diri daripada anda, ia akan berenang ke tepi dan sekeliling anda. Ini persis situasi ‘memimpin ikan berjalan’. Sebaik sahaja anda mengekalkan ikan dipimpin, anda menang dan ikan tersebut tidak menyedari ia mengalami kekalahan kerana ikan masih boleh berenang. Tetapi realitinya ialah anda berdaya kuasa untuk menaikkan ikan itu, kecuali ikan tiba-tiba sedar ia sedang dibawa ke atas lalu mula membesit ke bawah. Itulah sebabnya kita perlu mengaraunya naik dengan tenang. - SIRIP -

56 SIRIP


S EA F ISHING B ASICS

Bersama : CHEGUCABOK

Gewang bibless lure berkelebihan stabil yang boleh ditunda laju untuk pemangsa yang laju.

Kegilaan jigging telah menyebabkan kekili drum yang bagak semakin dipinggirkan.

S

ekitar tahun 90-an, rata-rata pemancing laut dalam semestinya memiliki set ‘drum’ iaitu kekili menegak / multiplier yang besar macam tin Milo seperti Penn International, Fin-Nor, Shimano Tiagra, TLD, Alutecnos, Accurate dan seangkatan dengannya. Selain teknik pancingan dasar, teknik trolling memang amat popular ketika itu untuk merentap ego ikan mega, termasuklah G.T kerbau. Sejak ledakan era jigging muncul, teknik trolling ini seakanakan dilupa dan dikesampingkan. ‘Drum’ masing-masing pun dah menjadi barangan antik. Kebanyakannya telah dijual untuk menggantikannya dengan kekili jigging atau popping. Itu pun kalau boleh dijual, sebab generasi baru sudah tidak minat dengan kekili sebegitu. Namun bagi otai-otai pancing laut dalam, mereka tidak lupa dengan senjata yang telah banyak berjasa ini. Setiap kali turun ke laut dalam, memang kami tidak pernah lupa set trolling bersertakan ‘torpedo’ Braid Lures, Yo-Zuri Bonita, Giant Trembler, Williamson dan Australian Runner untuk target utama gerepoh atau G.T mega di tepi tiang pelantar minyak.

akan trolling beberapa round dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke pelantar seterusnya.

Kelebihan Apakah kelebihan teknik trolling di tiang pelantar ini? Gewang selaman dalam tanpa lidah ini akan menyelam dalam seterusnya menarik perhatian gerepoh, wahoo mahupun tuna mengejarnya. Apabila sambaran berlaku, maka kapten bot yang mahir ini akan terus mengheret mangsa keluar dari zon bahaya iaitu kawasan tiang pelantar yang selalu menjadi penyelamatnya. Maka pertarungan akan menjadi lebih adil di lapangan yang terbuka. Jika sebelum ini si pembuli ganas ini akan memecut ke sarangnya di celah-celah tiang pelantar, maka kini tiada peluang lagi... Akhir kata, set trolling ‘zaman purba’ ini janganlah dilupakan jika ingin mencari rekod G.T kerbau sehingga 60 kg! - SIRIP -

100 Meter Pernah tak jig atau popper anda dilarikan begitu sahaja di celah-celah tiang pelantar? Tak sempat nak buat apa-apa kan? Anda hanya mampu melihat sahaja tali keluar berdesupdesup dan akhirnya putus bergesel dengan tiang pelantar. Jadi apa alternatifnya? Ya, setiap kali kami sampai sahaja di tiang pelantar, kami tidak terus jigging atau popping. Kebiasaannya kami akan menunda gewang betul-betul di bawah tiang pelantar untuk menarik sang gerepoh keluar. Umpan tiruan selaman dalam tanpa lidah (bibless lure) dilepaskan di kiri dan kanan bot sejauh hampir 100 meter agar ia betul-betul menepati kedalaman dan sasaran. Tundaan akan dilakukan berulang-ulang kali, sehinggalah dirasakan sudah tiada sambaran. Begitulah juga setelah selesai sesi jigging ketika hendak beralih ke pelantar lain, kami

Yo-Zuri Bonita paling top untuk trolling G.T kerbau di pelantar. Sampai patah riuk dibantai G.T.

SIRIP 57


PRODUCT AWARENESS

EAGLE CLAW 3X STRONG Mata tiga Eagle Claw L934BPG ini berkekuatan 3X yang sesuai dipasang pada gewang untuk memburu pemangsa bersaiz sederhana. Ia mempunyai lengkung yang bulat dan bermata lurus, dan boleh didapati dalam saiz 14, 12, 10, 8, 6, 4, 2, 1, 1/0, 2/0 dan 3/0. Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

RYOBI AD-CHECKER

Kadangkala kita perlu mengetahui kedalaman air yang selalunya ikan suka menyambar umpan atau jarak tundaan gewang yang optimum. Dengan alat penyukat Ryobi Ad-Checker yang boleh dipasang pada joran ini, ia dapat menyukat tali yang dikeluarkan bagi membantu pemancing mengenal pasti kedalaman umpan atau jarak gewang yang dilabuhkan semasa tundaan. Alat ini cukup ringan dan tidak mengganggu operasi pancingan anda.

Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

SHINJU SLOW PITCH JIG

Dua jenis reka bentuk jig perlahan diperkenalkan oleh Shinju iaitu SPJ-05 dan SPJ-04 dengan aksi jatuhan membuai yang berbeza. SPJ-05 yang berbentuk daun dihasilkan dengan berat 40, 60, 80, 100, 120, 150, 250, 280 dan 340 gram. Manakala SPJ-04 berbentuk sardin dengan berat 20, 28, 40, 60, 80, 100 dan 120 g. Kesemuanya terdapat empat corak warna pilihan.

Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333 Pengedar : TCE TACKLES

STORM TEENIE

Storm Teenie merupakan joran pancingan ultra ringan serbaguna yang diseimbangkan dengan sempurna untuk melontar gewang ringan, namun mempunyai aksi penyerap kejutan untuk bertempur dengan sang perkasa pada kekuatan tali yang halus. Joran berukuran 6’4� panjang ini berkekuatan 3 - 7 paun, dilengkapi cincin dan alas kekili Fuji yang tulen, dan terdapat dalam model mendatar dan menegak sama ada sebatang atau dua keratan.

Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

GURE NI KOREDA

Gure Ni Koreda merupakan perisa berasaskan ekstrak ikan yang amat pekat bagi tujuan untuk dicampurkan pada umpan anda sehingga lebih menggiurkan ikan sasaran. Anda hanya perlu campurkan umpan anda dengan perisa ini dan lontar. Sekejap sahaja umpan anda akan digetu dan disambar! Perisa ini dijual dalam botal dengan seberat 400 gram. Pengedar : OFT PANCING

Pengedar : RAPALA VMC

Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

Tel : 04-263 9800 Faks : 04-263 1800

AJIKING SMART BOX

Anda mencari kotak simpanan barang yang bersifat terapung, kedap udara dan kalis air? Dapatkan Ajiking Smart Box ini yang menawarkan kelebihan tersebut, di samping warnanya yang oren terang agar mudah dikesan. Terdapat 10 saiz pilihan dan ia dilengkapi injap pengimbang tekanan.

58 SIRIP

SHIMANO STILE

Stile merupakan baitcaster terbaru dalam famili Shimano yang ideal untuk jigging mikro dan jigging ringan. Anda dapat rasakan keringanan dan keselesaan daripada badan profil rendahnya dan rasa karauan yang stabil daripada bentuk logam yang bulat. Rasa ini datangnya daripada material Hagane yang unik daripada Shimano serta sistem X-Ship. Shimano


turut melengkapkannya dengan bunyi drag yang menarik untuk kenikmatan memancing yang mengujakan. Terdapat dalam model PG dan XG untuk kegunaan pelbagai gaya pancingan. Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

SEAHAWK HYPERION 16 BRAID

Tali sulam Seahawk Hyperion 16 Braid menggunakan material tali Hyper PE buatan Jepun yang mempunyai kekuatan tiada tandingan, ultra sensitif serta cukup halus. Ia juga dikeluarkan dalam berbilang warna (multicolor) bagi kemudahan pemancing mengagak jarak tali yang dilepaskan. Ia terdapat dalam kekuatan 20, 30, 40 dan 50 paun dalam gelendong berukuran 150 meter dan 300 meter panjang. Pengedar : TCE SPORTS Tel : 04-263 8700 Faks : 04-261 9730

TUF-LINE XP INDICATOR

Sama ada trolling atau jigging, dan jika anda ingin menentukan ukuran yang tepat dengan pantas pada tali, maka pertimbangkanlah TUF-Line XP Indicator. Tali sulam ini berubah warna setiap 10 kaki, jadi mudah untuk anda mengira berdasarkan perubahan warna sehingga ke jarak dan kedalaman yang anda inginkan. Corak tiga warna berulang daripada kuning, hijau dan merah yang memberi banyak kelebihan. Terdapat dalam kekuatan 6, 8, 10, 15, 20, 25, 30, 40, 50, 60, 80, 100, 130, 150, 200 dan 250 paun. Pengedar : SABRE TACKLE Tel : 02-6396 0982, 03-9221 4628 Faks : 02-6242 7101, 03-9221 4629

G-TECH SALTY POWER

Ahli terbaru kekili mendatar air masin G-Tech model Salty Power telah tiba di Malaysia dan mendapat respon yang

memberangsangkan di pasaran kerana ketinggian kualitinya, sedangkan harganya cukup ekonomi. Kekili aluminium ini tampil dengan reka bentuk yang mantap, dan sistem dalaman dilengkapi sistem gear tembaga dan shaf utama tahan karat yang memastikan kekili bertugas cukup sempurna dalam sebarang situasi. Kekili yang mengandungi 13 + 1 galas bebola Jepun ini terdapat dalam tiga saiz iaitu 2000, 4000 dan 5000. Sarung kekili disediakan dengan setiap pembelian.

Pengedar : EASTERN FISHING TACKLE Tel : 07-388 8806

PIONEER REXO

Dilancarkan oleh 8 galas bebola tahan karat, kekili mendatar Pioneer Rexo telah dinobatkan sebagai kekili mendatar air masin terbaik dalam Pameran Memancing 2016 di China. Kekili ini berbadan aluminium yang dilapisi dua pelindung badan material karbon, bergelendong aluminium dwi warna dengan lelubang tebukan mesin CNC dan dilengkapi rotor teknologi RCM (Reinforced Carbon Macromolecule) yang ringan. Ia bernisbah karauan selaju 5.8 : 1 yang ideal untuk mengilat air tawar dan air masin, termasuklah popping. Terdapat dalam model RX1000 (drag maksimum 3 kg), RX2000 (drag maksimum 4 kg), RX3000 (drag maksimum 4.5 kg) dan RX-4000 (drag maksimum 5.5 kg). Pengedar : HONG GUAN TACKLE Tel : 07-509 9328, 07-509 9832 Faks : 07-553 9833

PIONEER CHAMELEON CARRIER BRAID

8

Selari dengan teknologi masa kini yang menekankan penciptaan tali sulam 8 tenunan yang lebih halus dan kuat, Pioneer turut menampilkan produk terbaru Chameleon 8 Carrier Braid yang ultra nipis diameternya, namun memiliki daya ketahanan geseran yang tinggi. Tali sulam ini juga dikeluarkan secara berbilang warna (multi-color) dengan kekuatan 20, 30, 40, 50, 60, 80 dan 100 paun.

Pengedar : HONG GUAN TACKLE Tel : 07-509 9328, 07-509 9832 Faks : 07-553 9833

SIRIP 59


PRODUCT AWARENESS

SENSES ZYLON MICRO ASSIST

Bagi peminat jigging mikro, dapatkan mata kail Zylon Micro Assist yang siap sedia diikat dengan rumbai bulu hijau sebagai pemikat tambahan yang mampu meningkatkan kadar strike. Mata kailnya sangat tajam dan amat kuat. Terdapat dalam dua saiz iaitu 8 dan 9.

Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

SENSES SOLID PRESS RING

Cincin Senses Solid Press Ring diperbuat daripada logam tahan karat yang kuat yang bagus digunakan untuk tujuan jigging dan pancingan big game. Sesuai dipasang di depan umpan tiruan atau dipasang pada gegelung cincin atau cili. Terdapat dalam saiz 3, 3.5, 4 dan 5 yang masing-masing berkekuatan 120 paun, 220 paun, 240 paun dan 300 paun.

ZCRAFT LETHAL JIGGING HOOK J47 Lethal Jigging Hook J47 keluaran ZCraft menampilkan mata kail khas untuk jigging perlahan yang tidak berlubang telinga (eyeless). Ia diperbuat daripada material logam tahan karat yang kuat dan amat tajam, sehingga mudah menembusi rahang ikan yang cuba mematuk jig yang sedang jatuh perlahan, tanpa perlu anda menyentapnya. Terdapat dalam saiz S2/0, M3/0 dan L4/0 yang masing-masing berkekuatan 12 kg, 15 kg dan 17 kg.

Pengedar : OAG WORLDWIDE Tel & Faks : 03-3358 6003

ODZ SW HYPER PRESS RING Cincin ODZ Saltwater Hyper Press keluaran Japan’s Dohitomi & Co. Ltd’s mempunyai kekuatan yang tiada tandingan, tahan karat dan cukup ringan untuk kegunaan mengilat dan jigging. Dawai tahan karatnya berkualiti tinggi dengan diameter yang halus, tetapi amat kuat. Terdapat dalam saiz SW3, SW4, SW5, SW6 dan SW7. Bagi saiz SW3, ia berkekuatan 53 paun, dan berat 109.5 mg. Manakala SW7 berkekuatan 185 paun dengan berat 498.5 mg.

Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

BETTERYOU FISH GRIP

Alat pengepit rahang ikan buatan plastik ini mempunyai kelebihan boleh mengapung. Jadi kalau terjatuh, anda tak perlu bimbang apatah lagi warnanya yang sangat terang dan pendarcahaya pada waktu malam memudahkan ia dicari. Ia berukuran 255 mm panjang, berat 120 g dengan reka bentuk pengepit yang unik. Ia juga mempunyai slot untuk membolehkan skala penimbang dicangkukkan serta tali untuk digelung ke pergelangan tangan.

Pengedar : VISION TACKLE Tel : 03-6274 4498 Faks : 03-6274 4413

60 SIRIP

Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

OKUMA CEDROS HIGH SPEED Kekili mendatar Okuma Cedros High Speed direka khusus buat penggila jigging laju yang mendambakan kekili berkelajuan tinggi yang amat tahan lasak bagi memburu spesies aya (tuna), tenggiri dan gerepoh. Rekaan Blade Body mengekalkan bentuk yang selesa dan kompak, manakala binaan Alumilite memastikan kekuatan yang luar biasa. Ia dilancarkan oleh sistem Dual Force Drag yang memberi kuasa henti yang


seimbang, berkeupayaan tinggi dan amat lancar untuk menghela ikan pemecut daripada kapal karam atau struktur terumbu. Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

binaan grafit yang ringan, reroda tali anti-pintalan, pengayuh aluminium, tombol EVA, serta mempunyai nisbah gear 5.2 : 1.

SHIMANO BASSTERRA EV

Shimano Bassterra EV merupakan joran bajet yang mampu dimiliki. Ia dilengkapi sepenuhnya dengan komponen Fuji dengan reka bentuk tulang joran yang ekstra tahan lasak yang seharusnya dimiliki oleh segenap pemancing. Terdapat dalam kekuatan 8 - 16 paun (5’6” dan 6 kaki panjang), 10 - 25 paun (6’6” dan 7 kaki panjang) dan 12 - 28 paun (8 kaki panjang) yang kesemuanya dalam dua keratan bagi memudahkan pengangkutannya.

Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

SHIMANO VANQUISH Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

Kekili terbaru Vanquish ini lebih ringan dan lebih kuat berbanding model terdahulu. Ia turut dimajukan dengan sistem Quick Response Series yang cepat bertindak balas dengan sebarang karauan. Kerangka badannya berkonsep bahan Hagane yang kuat tetapi ringan untuk memberi daya tahan menentang pemangsa bagak dengan cemerlang sekali.

EXORI LIVE BAIT BAG

Beg keluaran Exori untuk kegunaan simpanan umpan hidup, misalnya udang atau ikan hidup ini amat berguna untuk pancingan kolam seperti kolam siakap. Saiznya cukup kompak dan mudah dibawa ke mana sahaja. Terdapat dua warna sama ada biru atau merah, dan dilengkapi penutup bagi mengelakkan umpan melompat keluar serta tali sandang untuk kemudahan pengangkutan.

Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

ZCRAFT CYCLOPS Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

Jig Cyclops keluaran ZCraft dicipta agar mudah dikawal serta menampilkan lebih banyak aksi semasa jatuhannya untuk menggoda sang ikan. Terdapat 13 corak warna pilihan yang menampilkan sebelah sisi ikan dan sebelah sisi umpama sotong. Dicipta dengan berat 18, 28, 40, 60, 80, 110, 130, 150 dan 220 untuk memikat ikan impian anda.

AJIKING SUPRA

Kekili yang putih gebu dihiasi gelendong hitam emas ini terdapat daripada saiz sekecil 500 sehingga 7000. Ajiking Supra berharga sangat ekonomi dan tahan lasak. Ia dilancarkan oleh 5 + 1 galas bebola, gear panduan super kuat, rotor keseimbangan komputer, gelendong aluminium tempaan,

Pengedar : OAG WORLDWIDE Tel & Faks : 03-3358 6003

SIRIP 61


TIDE TABLE

Kedah Pier, Pulau Pinang

Lumut

Mersing

Pelabuhan Kelang

Port Dickson

Raffles Lighthouse

Tanjung Gelang

(Kuantan)

Kota Kinabalu

Muara Harbour, Kuala Brunei Santubong

Tawau

Miri

MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER

16

(KHA)

17

(JUM)

18

(SAB)

19

(AHA)

20

(ISN)

21

(SEL)

22

(RAB)

23

(KHA)

24

(JUM)

25

(SAB)

26

(AHA)

27

(ISN)

28

(SEL)

29

(RAB)

30

(KHA)

0424 1045 1740 2305 0512 1120 1817 2346 0553 1151 1851

1.3 2.3 1.3 2.1 1.2 2.5 1.1 2.1 1.1 2.5 1.0

0019 0631 1221 1924 0050 0708 1252 1959 0121 0744 1323 2033 0153 01820 1356 2107 0228 0856 1431 2141 0307 0935 1508 2217 0351 1015 1546 2255 0445 1101 1626 2338 0556 1155 1717

2.2 1.0 2.6 0.8 2.3 1.0 2.7 0.7 2.3 1.0 2.8 0.7 2.4 0.9 2.8 0.7 2.4 1.0 2.8 0.7 2.4 1.0 2.8 0.7 2.3 1.2 2.6 0.8 2.3 1.3 2.5 0.9 2.2 1.4 2.3

0026 0713 1307 1832 0131 0826 1452 2016 0259 0935 1623 2145

1.0 2.2 1.5 2.2 1.1 2.3 1.5 2.1 1.2 2.4 1.3 2.1

62 SIRIP

0134 0715 1343 2025 0225 0810 1426 2104 0308 0857 1505 2139 0346 0937 1540 2213 0423 1014 1615 2247 0459 1050 1648 2322 0536 1125 1722 2355 0613 1204 1756

2.2 1.4 2.6 1.1 2.3 1.3 2.7 1.0 2.5 1.2 2.8 0.9 2.6 1.2 2.9 0.8 2.6 1.1 2.9 0.7 2.7 1.1 3.0 0.6 2.7 1.1 3.0 0.6 2.7 1.1 2.9

0030 0652 1244 1833 0107 0732 1329 1912 0147 0818 1420 1958 0232 0910 1519 2105 0325 1011 1631 2211 0431 1121 1753 2342 0550 1231 1910

0.6 2.7 1.2 2.9 0.7 2.7 1.2 2.8 0.8 2.7 1.3 2.6 0.9 2.7 1.4 2.4 1.0 2.7 1.4 2.3 1.1 2.7 1.3 2.3 1.2 2.8 1.1

0039 0739 1318 1827 0117 0831 1429 1913 0154 0915 1527 1956 0234 0955 1613 2035 0313 1034 1653 2110 0353 1111 1728 2146 0430 1147 1802 2223 0507 1223 1838 2307 0541 1257 1916 2354 0619 1334 2000

0.9 2.2 1.6 2.1 0.8 2.4 1.6 2.0 0.7 2.5 1.5 2.0 0.6 2.6 1.5 1.9 0.5 2.7 1.5 1.9 0.5 2.8 1.4 1.9 0.4 2.8 1.4 1.9 0.4 2.8 1.4 1.9 0.4 2.8 1.3 1.9 0.5 2.8 1.3

0050 0701 1412 2049 0151 0751 1453 2141 0302 0853 1537 2233 0426 1011 1623 2324 0556 1134 1714

1.9 0.6 2.7 1.2 1.9 0.8 2.6 1.0 2.0 1.0 2.5 0.9 2.0 1.2 2.4 0.8 2.2 1.4 2.2

0259 0902 1515 2159 0352 0954 1605 2241 0435 1038 1648 2321 0515 1120 1728 2359 0553 1159 1807

3.8 2.1 4.3 1.8 4.0 1.9 4.4 1.5 4.2 1.6 4.6 1.3 4.4 1.5 4.7 1.1 4.6 1.4 4.8

0037 0631 1238 1843 0112 0708 1315 1919 0147 0744 1351 1954 0221 0821 1428 2029 0253 0858 1508 2107 0329 0938 1553 2147 0409 1024 1647 2235 0459 1120 1753 2338 0607 1233 1913

0.9 4.7 1.3 4.9 0.9 4.8 1.3 4.9 0.8 4.8 1.3 4.9 0.9 4.8 1.4 4.8 1.0 4.7 1.5 4.6 1.2 4.7 1.7 4.4 1.4 4.6 1.8 4.2 1.6 4.5 1.9 4.0 1.8 4.4 1.9

0108 0729 1400 2036

3.9 1.8 4.5 1.8

0409 1013 1631 2308 0454 1108 1713 2347 0534 1153 1749

2.0 1.0 2.4 0.9 2.1 0.8 2.5 0.8 2.3 0.6 2.6

0025 0612 1236 1822 0106 0649 1316 1853 0148 0725 1354 1925 0229 0758 1430 1958 0307 0830 1504 2034 0339 0902 1537 2114 0407 0938 1614 2158 0435 1019 1702 2251 0511 1111 1803 2353 0602 1220 1916

0.8 2.4 0.5 2.7 0.8 2.5 0.4 2.7 0.8 2.5 0.4 2.8 0.7 2.6 0.4 2.8 0.7 2.6 0.4 2.8 0.7 2.6 0.5 2.7 0.7 2.6 0.5 2.6 0.8 2.6 0.6 2.4 0.8 2.5 0.8 2.2 0.9 2.5 0.9

0105 0708 1345 2036 0221 0828 1509 2153

2.1 0.9 2.4 0.9 2.1 0.9 2.5 0.9

0313 0911 1458 2107 0403 1001 1545 2143 0443 1045 1628 2215 0522 1126 1707 2245 0600 1205 1743 2315 0637 1243 1816 2346 0715 1318 1846

1.1 2.1 1.0 2.6 0.9 2.2 1.0 2.8 0.7 2.4 1.0 2.9 0.6 2.5 1.0 3.0 0.5 2.5 1.0 3.1 0.5 2.5 1.0 3.1 0.5 2.5 1.0

0020 0748 1354 1920 0058 0822 1428 2000 0141 0858 1507 2043 0228 0937 1550 2133 0322 1022 1643 2231 0426 1113 1741 2343 0545 1216 1843

3.2 0.4 2.5 1.0 3.2 0.4 2.5 1.0 3.2 0.4 2.5 1.0 3.1 0.5 2.5 1.0 2.9 0.6 2.5 1.0 2.7 0.7 2.5 1.0 2.4 0.8 2.6

0113 0715 1330 1943

0.9 2.3 0.9 2.7

0004 0738 1324 1734 0030 0816 1432 1815 0057 0851 1523 1854 0128 0924 1603 1933 0201 1000 1640 2009 0237 1037 1718 2047 0313 1113 1758 2125 0351 1151 1839 2208 0430 1228 1923 2259 0511 1306 2005

1.0 2.3 1.7 2.0 0.9 2.5 1.7 1.9 0.8 2.6 1.6 1.8 0.7 2.8 1.6 1.8 0.6 2.9 1.5 1.8 0.5 3.0 1.5 1.8 0.5 3.0 1.5 1.8 0.4 3.1 1.5 1.8 0.5 3.1 1.4 1.7 0.6 3.0 1.4

0005 0557 1343 2046 0126 0651 1422 2126 0253 0757 1501 2207 0422 0925 1542 2246 0545 1108 1626 2326

1.7 0.7 2.9 1.3 1.7 1.0 2.8 1.1 1.8 1.2 2.6 1.0 2.0 1.5 2.4 0.6 2.3 1.6 2.2 0.7

0044 0804 1557 2152 0116 0828 1632 2311 0147 0854 1706

1.0 1.6 0.8 1.1 1.0 1.7 0.7 1.1 1.1 1.7 0.6

0012 0218 0923 1739 0103 0250 0955 1813 0150 0321 1028 1849 0238 0353 1104 1925 0325 0427 1140 2003 0410 0508 1219 2040 0449 0604 1300 2118 0521 0713 1345 2154 0549 0839 1439 2228 0611 1046 1555 2301 0631 1312 1748 2337 0656 1441 2036

1.2 1.1 1.8 0.5 1.2 1.2 1.9 0.4 1.2 1.2 1.9 0.3 1.2 1.2 1.9 0.3 1.2 1.2 1.9 0.3 1.2 1.2 1.9 0.4 1.2 1.2 1.8 0.5 1.3 1.2 1.7 0.6 1.3 1.2 1.6 0.7 1.4 1.2 1.4 0.8 1.5 1.1 1.2 0.9 1.6 0.8 1.1

0130 0724 1323 2005 0232 0821 1402 2049 0323 0909 1437 2129 0407 0951 1510 2208 0447 1030 1544 2245 0525 1109 1619 2323 0604 1149 1657

3.7 2.3 4.0 1.5 3.9 2.3 4.0 1.3 4.1 2.3 4.0 1.0 4.3 2.2 4.1 0.9 4.5 2.1 4.2 0.7 4.6 2.0 4.2 0.7 4.7 1.9 4.2

0001 0643 1230 1739 0040 0724 1314 1827 0122 0807 1401 1923 0205 0851 1451 2023 0252 0937 1545 2126 0344 1024 1642 2234 0443 1116 1742 2346 0551 1209 1845

0.6 4.7 1.9 4.2 0.7 4.7 1.9 4.2 0.8 4.7 1.9 4.1 0.9 4.6 1.9 4.0 1.1 4.6 1.8 4.0 1.4 4.5 1.7 4.0 1.6 4.4 1.5 4.0 1.9 4.4 1.2

0122 0816 1605 2223 0200 0846 1641 2332 0238 0924 1719

1.1 1.8 0.9 1.3 1.2 1.9 0.8 1.4 1.3 2.0 0.6

0039 0818 1656 2353 0108 0840 1717

1.0 1.5 0.8 1.1 1.1 1.6 0.7

0904 1737

1.7 0.6

0020 0321 1006 1756 0057 0404 1048 1834 0132 0450 1128 1909 0208 0534 1206 1945 0249 0618 1241 2021 0335 0701 1318 2057 0423 0747 1356 2135 0509 0840 1439 2212 0551 0959 1534 2251 0626 1141 1645 2334 0701 1325 1837

1.5 1.4 2.1 0.5 1.5 1.4 2.2 0.4 1.5 1.4 2.2 0.4 1.5 1.4 2.3 0.3 1.5 1.4 2.3 0.4 1.5 1.4 2.2 0.4 1.5 1.4 2.1 0.5 1.5 1.4 2.0 0.6 1.6 1.4 1.8 0.7 1.6 1.3 1.6 0.9 1.7 1.1 1.4

0930 1801

1.8 0.5

0959 1831

1.8 0.4

1031 1904

1.9 0.4

1105 1940

1.9 0.4

1141 2017

1.9 0.4

1221 2053

1.9 0.4

1303 2127

1.8 0.5

1349 2159

1.7 0.6

0021 0737 1447 2052

1.0 1.8 0.9 1.4

0806 0902 1444 2231 0709 1245 1601 2302 0726 1423 1809 2332 0740 1526 2206 2358

1.3 1.3 1.5 0.7 1.4 1.3 1.3 0.9 1.4 1.1 1.2 1.0 1.5 0.8 1.1 1.1

0340 0939 1606 2147 0425 1023 1656 2224 0503 1101 1737 2258 0538 1136 1812 2331 0612 1210 1846

2.9 1.5 2.6 1.5 3.0 1.3 2.7 1.3 3.2 1.1 2.8 1.2 3.3 1.0 2.9 1.1 3.4 0.8 2.9

0003 0647 1244 1919 0036 0721 1318 1951 0109 0755 1352 2023 0144 0830 1426 2057 0220 0906 1502 2134 0300 0946 1540 2217 0347 1032 1626 2311 0451 1131 1727

1.0 3.5 0.8 3.0 1.0 3.5 0.8 3.0 1.0 3.5 0.8 3.0 1.0 3.5 0.9 2.9 1.1 3.4 1.0 2.9 1.2 3.2 1.2 2.8 1.4 3.0 1.3 2.8 1.5 2.8 1.5

0023 0623 1247 1848 0149 0804 1422 2014

2.8 1.6 2.7 1.5 2.9 1.5 2.6 1.5


16 JUN ~ 15 JULAI 2016

Kedah Pier, Pulau Pinang

Lumut

Mersing

Pelabuhan Kelang

Port Dickson

Tanjung Gelang Raffles (Kuantan) Lighthouse

Kota Kinabalu

Kuala Muara Harbour, Santubong Brunei

Tawau

Miri

MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER

1

(JUM)

2

(SAB)

3

(AHA)

4

(ISN)

5

(SEL)

6

(RAB)

7

(KHA)

8

(JUM)

9

(SAB)

10

(AHA)

11

(ISN)

12

(SEL)

13

(RAB)

14

(KHA)

15

(JUM)

0419 1032 1729 2254 0523 1121 1825 2349 0618 1203 1915

1.1 2.5 1.1 2.2 1.0 2.6 0.9 2.3 1.0 2.7 0.7

0035 0708 1243 2000 0116 0753 1323 2041 0157 0834 1402 2119 0237 0911 1438 2153 0317 0945 1512 2223 0356 1015 1542 2249 0438 1045 1610 2313 0527 1120 1641 2339 0627 1212 1735

2.4 0.9 2.8 0.6 2.4 0.9 2.9 0.5 2.4 0.9 2.9 0.5 2.4 1.0 2.8 0.6 2.4 1.1 2.7 0.7 2.3 1.2 2.5 0.9 2.2 1.3 2.4 1.0 2.2 1.4 2.2 1.2 2.1 1.6 2.0

0022 0731 1347 1917 0140 0841 1552 2104 0324 0954 1708 2242

1.3 2.1 1.6 1.9 1.4 2.1 1.5 1.8 1.4 2.2 1.4 1.9

BULAN PENUH

0108 0706 1335 2016 0220 0817 1431 2111 0322 0918 1523 2200 0417 1011 1609 2244 0506 1057 1653 2325 0549 1140 1731

2.4 1.2 2.9 0.9 2.5 1.1 2.9 0.8 2.7 1.1 3.0 0.6 2.8 1.0 3.0 0.5 2.8 1.0 3.0 0.4 2.8 1.0 3.0

0004 0629 1220 1808 0039 0705 1258 1842 0113 0738 1336 1916 0145 0812 1415 1953 0218 0849 1459 2036 0254 0933 1553 2132 0343 1028 1707 2253 0453 1140 1832

0.5 2.8 1.1 2.9 0.6 2.8 1.2 2.8 0.7 2.7 1.2 2.6 0.8 2.7 1.3 2.5 1.0 2.6 1.4 2.3 1.2 2.5 1.4 2.1 1.3 2.4 1.5 2.0 1.4 2.4 1.4

0038 0623 1255 1940

0015 0715 1300 1808 0107 0822 1421 1902 0159 0921 1528 1955 0253 1014 1625 2048 0344 1103 1714 2138 0431 1148 1758 2228 0515 1228 1838 2319 0555 1303 1917

0.6 2.4 1.5 2.1 0.5 2.7 1.5 2.1 0.3 2.8 1.5 2.0 0.2 2.9 1.5 2.0 0.2 3.0 1.4 2.1 0.2 3.0 1.4 2.1 0.3 2.9 1.3 2.1 0.4 2.9 1.3

0011 0633 1335 1956 0105 0711 1406 2038 0204 0752 1438 2123 0311 0839 1512 2210 0432 0948 1550 2256 0550 1113 1633 2342 2.1 0700 1.5 1251 2.4 1722 1.2

2.0 0.5 2.8 1.2 2.0 0.8 2.6 1.1 2.0 1.0 2.5 1.0 1.9 1.2 2.4 1.0 2.0 1.5 2.2 0.9 2.1 1.6 2.1 0.9 2.2 1.7 2.0

0238 0848 1514 2152 0351 0958 1618 2256 0454 1103 1714 2352 0550 1201 1805

4.1 1.7 4.6 1.5 4.3 1.5 4.8 1.1 4.6 1.4 4.9 0.9 4.8 1.2 5.0

0039 0638 1251 1849 0122 0721 1334 1929 0159 0759 1412 2006 0233 0834 1447 2038 0303 0904 1519 2108 0329 0932 1550 2137 0354 1001 1623 2211 0424 1039 1707 2259 0508 1133 1808

0.7 4.9 1.2 5.0 0.6 5.0 1.2 5.0 0.6 4.9 1.3 4.8 0.8 4.8 1.4 4.6 1.0 4.7 1.6 4.4 1.3 4.5 1.8 4.2 1.6 4.4 2.0 3.9 1.9 4.2 2.2 3.7 2.1 4.0 2.3

0014 0621 1301 1946 0156 0804 1431 2115

3.5 2.3 3.8 2.3 3.5 2.3 3.9 2.1

0237 0846 1439 2039 0346 1001 1541 2128 0443 1101 1633 2215 0535 1154 1720 2258 0626 1239 1805 2341 0715 1320 1848

0.8 2.3 0.9 2.9 0.6 2.4 1.0 3.0 0.4 2.5 1.0 3.1 0.3 2.6 1.0 3.2 0.3 2.6 1.0 3.2 0.3 2.6 1.0

0024 0758 1356 1926 0107 0835 1428 2001 0150 0907 1500 2035 0231 0937 1533 2116 0315 1011 1613 2205 0401 1048 1700 2313 1.9 0458 1.0 1141 2.1 1756 1.1 1.8 0035 1.1 0624 2.0 1245 1.1 1907 1.8 0203 1.0 0835 2.2 1352 1.1 2016

3.3 0.3 2.6 1.0 3.2 0.4 2.5 1.0 3.1 0.5 2.5 1.0 2.9 0.6 2.4 1.0 2.7 0.7 2.4 1.1 2.4 0.9 2.3 1.2 2.1 1.1 2.3

0334 0954 1619 2303 0440 1110 1714

2.2 0.8 2.7 0.8 2.3 0.6 2.8

0008 0539 1215 1802 0108 0633 1310 1846 0201 0722 1358 1928 0246 0804 1441 2008 0323 0841 1517 2047 0351 0914 1548 2124 0410 0944 1617 2204 0429 1016 1652 2244 0455 1053 1734 2330 0531 1139 1829

0.8 2.5 0.5 2.8 0.7 2.6 0.4 2.9 0.7 2.7 0.3 2.8 0.6 2.7 0.3 2.8 0.6 2.7 0.4 2.7 0.7 2.7 0.5 2.6 0.7 2.6 0.6 2.4 0.8 2.5 0.7 2.2 0.9 2.4 0.8 2.1 0.9 2.2 1.0

0025 0622 1249 1943 0136 0738 1430 2114 0302 0922 1557 2223

1.2 1.9 1.2 2.3 1.1 1.9 1.2 2.5

0655 1251 1713

2.6 1.7 2.0

0008 0756 1416 1803 0053 0850 0152 1853 0138 0940 1614 1945 0224 1027 1702 2037 0310 1111 1749 2130 0354 1153 1834 2229 0438 1231 1917 2335 0522 1307 1958

0.5 2.8 1.6 1.9 0.4 3.0 1.6 1.9 0.3 3.1 1.5 1.9 0.2 3.2 1.5 1.8 0.2 3.2 1.4 1.8 0.3 3.2 1.4 1.8 0.5 3.1 1.3 1.8 0.7 2.9 1.3

0043 0606 1338 2038 0153 0653 1408 2114 0308 0753 1435 2148 0431 0916 1500 2222 0552 1101 1529 2255 0655 1305 1608 2332

1.7 0.9 2.8 1.2 1.8 1.2 2.6 1.1 1.8 1.5 2.4 1.0 1.9 1.7 2.2 1.0 2.1 1.8 2.0 0.9 2.3 1.8 1.9 0.8

0015 0730 1543 2244 0057 0811 1636

1.0 1.7 0.6 1.2 1.1 1.9 0.4

0006 0141 0855 1724 0108 0226 0940 1809 0159 0312 1024 1853 0244 0358 1108 1933 0324 0447 1149 2009 0401 0537 1228 2039 0434 0629 1307 2103 0501 0727 1345 2123 0518 0838 1423 2143 0531 1046 1508 2204 0554 1331 1655 2222 0626 1453 2034 2232 0700 1538

1.2 1.2 2.0 0.3 1.2 1.2 2.0 0.2 1.2 1.2 2.1 0.2 1.2 1.2 2.0 0.3 1.2 1.2 2.0 0.4 1.2 1.2 1.9 0.5 1.2 1.2 1.7 0.6 1.3 1.2 1.6 0.7 1.3 1.2 1.4 0.8 1.4 1.2 1.3 0.9 1.4 1.1 1.1 1.0 1.5 0.9 1.0 1.0 1.6 0.8

0104 0706 1304 1949 0219 0820 1358 2050 0326 0924 1452 2147 0423 1021 1544 2240 0514 1110 1636 2329 0601 1156 1725

4.1 2.0 4.4 0.9 4.3 2.1 4.4 0.6 4.6 2.0 4.4 0.4 4.8 1.9 4.4 0.2 4.9 1.8 4.4 0.2 4.9 1.7 4.4

0014 0644 1239 1814 0056 0724 1322 1901 0136 0805 1405 1949 0213 0843 1449 2037 0251 0923 1536 2129 0331 1002 1627 2228 0419 1044 1723 2336 0517 1130 1823

0.3 4.9 1.7 4.3 0.5 4.8 1.7 4.2 0.7 4.7 1.7 4.0 1.0 4.5 1.8 3.9 1.4 4.3 1.8 3.7 1.7 4.1 1.8 3.6 2.0 4.0 1.8 3.6 2.3 3.9 1.7

0051 0625 1218 1919

3.6 2.5 3.8 1.5

0113 0817 1551 2251 0208 0903 1645

1.2 2.0 0.6 1.4 1.3 2.1 0.4

0753 1620

1.7 0.6

0820 1709

1.8 0.4

0003 0302 0953 1735 0104 0353 1041 1823 0156 0442 1128 1908 0238 0526 1209 1950 0305 0608 1246 2025 0330 0647 1316 2056 0400 0726 1342 2124 0435 0814 1411 2150 0509 0925 1446 2213 0542 1112 1541 2234 0612 1257 1731 2254 0644 1426 2315

1.5 1.4 2.3 0.3 1.5 1.4 2.3 0.2 1.5 1.4 2.4 0.2 1.5 1.4 2.4 0.3 1.5 1.4 2.3 0.3 1.5 1.4 2.2 0.4 1.5 1.4 2.0 0.6 1.5 1.3 1.9 0.7 1.5 1.3 1.7 0.8 1.6 1.3 1.5 1.0 1.7 1.2 1.3 1.1 1.8 1.1 1.2

0857 1756

1.9 0.3

0938 1841

2.0 0.2

1020 1923

2.0 0.2

1101 2002

2.0 0.3

1140 2037

1.9 0.4

1220 2103

1.8 0.5

1256 2118

1.7 0.6

1332 2131

1.6 0.7

0601 0846 1400 2151 0608 1034 1115 2209 0623 2209

1.3 1.3 1.4 0.8 1.3 1.2 1.2 0.9 1.4 1.0

0648 1608

1.5 0.9

0720 1534

1.9 0.9

0717 1632

1.6 0.7

0310 0926 1551 2128 0415 1026 1658 2224 0509 1118 1753 2313 0559 1203 1841 2356 0644 1244 1923

3.0 1.3 2.7 1.3 3.2 1.0 2.8 1.1 3.4 0.8 2.9 0.9 3.5 0.7 2.9 0.8 3.6 0.6 3.0

0038 0725 1322 2002 0115 0803 1357 2037 0152 0838 1429 2109 0226 0909 1459 2141 0301 0940 1529 2213 0338 1012 1600 2250 0424 1050 1638 2342 0538 1143 1743

0.7 3.6 0.6 3.0 0.7 3.5 0.6 3.0 0.8 3.4 0.8 2.9 0.9 3.3 0.9 2.9 1.1 3.1 1.1 2.8 1.3 2.9 1.3 2.7 1.5 2.6 1.5 2.6 1.7 2.4 1.6

0106 0726 1315 1932 0242 0905 1517 2102

2.5 1.7 2.3 1.7 2.6 1.6 2.3 1.6

BULAN BARU

SIRIP

63





Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.