Majalah Sirip September 2016

Page 1








Oleh : PAK WONG

P

ada keluaran lepas, saya telah membincangkan struktur yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti tumbuhan akuatik dan tanjung, termasuk tempat persembunyian ikan yang hanya dapat dijumpai melalui sonar seperti reba, cenuram dan lubang semulajadi yang tersembunyi di dasar lombong.

Punca Air Satu lagi spot yang tidak harus diabaikan ialah punca air. Jika lombong bersambungan dengan sungai, maka tempat di mana air sungai mengalir ke dalam lombong merupakan sebuah spot yang amat berpotensi. Kawasan ini bukan sahaja mengandungi oksigen yang banyak, air sungai juga akan membawa anak ikan, udang dan makanan lain ke dalam lombong, justeru menjadi restoran fast food kepada pelbagai jenis ikan. Di lain-lain bahagian lombong yang terdapat aliran air seperti di kawasan dua lombong bersambungan, bahagian yang dimasuki air itu jika terdapat tumbuhan akuatik atau struktur yang lain, ia memanglah tempat kesukaan ikan-ikan pemangsa untuk menyerang hendap mangsa yang memasuki kawasan ini melalui saluran air. Inilah satu-satunya kawasan berpotensi yang harus dicuba dengan sepuas-puasnya. Don’t give up too soon. Rajinlah bertukar umpan / gewang atau taktik biarpun tidak berhasil.

Strategi Gempur Setelah mengenal pasti spot-spot berpotensi, kita hendaklah menggunakan strategi yang sepatutnya untuk memancing ikan yang bersembunyi di sana. Mari kita tumpu kepada tumbuhan akuatik dahulu. Jika anda ingin memancing toman yang biasa terdapat di lombong namun tidak nampak mereka timbul ke permukaan dan tidak kelihatan juga gerombolan anaknya, maka kemungkinan besar toman akan dapat dijumpai di tumbuhan akuatik yang berimbun dengan akar yang padat. Syaratnya ialah struktur tesebut mesti berada di bahagian pedalaman sesebuah teluk atau suak. Semakin sempit, panjang dan berbentuk U sesebuah teluk atau suak di lombong, semakin disukai toman. Anak-anak ikan yang memasuki teluk seperti ini menjadi sukar untuk keluar dari sana. Kawanan toman hanya perlu bersembunyi di pintu masuk teluk tersebut untuk mendapatkan mangsa dengan mudah! Cara memancing ialah menetapkan bot di posisi yang betul dan melempar gewang jenis selaman atau permukaan ke pinggir tumbuhan tersebut. Jika pada waktu awal pagi atau lewat petang di mana toman giat mencari makanan, gewang anda akan cepat disambut toman. Namun pada waktu di mana toman kurang aktif seperti tengahari, haruslah rajin melempar untuk membuat toman marah. Apabila

6 SIRIP

terdapat seekor toman yang tidak tahan diusik keluar membaham gewang, maka balingan seterusnya akan direbut oleh temannya. Harus diingati bahawa lubuk seperti ini adalah seperti lubuk heavy cover dan perkakasan kelas berat harus digunakan. Saya biasanya akan menggunakan joran kelas 20 paun dengan tali utama antara 25 hingga 30 paun. Adalah baik untuk menetapkan bot dengan sauh supaya tidak ditarik toman sehingga ke struktur yang dipenuhi rumpair sewaktu pertarungan sengit berlangsung.

Trolling Manakala apabila ingin menangani struktur yang tersembunyi di dasar lombong pula, teknik terbaik tetap teknik menunda gewang (trolling) lantaran dasar yang berpotensi biasanya berkedalaman 8 hingga 12 kaki. Sememangnya sukar untuk teknik mengilat mencari ikan di kedalaman seperti ini dengan gewang secara konsisten. Meronda-rondalah terlebih dahulu dengan bot di sekeliling lombong untuk mengenal pasti kawasan lombong yang terdapat kedalaman sedemikian. Di samping itu, perhatikan sama ada terdapat halangan atau struktur luar biasa dalam kawasan tersebut. Kemudian tetapkan sebuah laluan menunda dan tundalah gewang ulang-alik di sepanjang laluan yang mengandungi struktur-struktur utama ini. Saya telah berjaya menaikkan banyak baung dan belida bintik besar termasuk tapah belasan kilogram melalui teknik ini. Pembaca yang berminat, silakan cuba! - SIRIP -

Gewang dihentam belida bintik apabila melepasi kawasan dasar berlubang di sebuah lombong.



Tembeling Temptations

Mencari tenteram di

TEMBELING leh di Lubuk Panjang (sejak 2005, lubuk itu diisytiharkan oleh Perikanan Pahang sebagai zon larangan menangkap ikan). Tetapi sekarang tak tahu apa khabar beliau.

Gara-Gara Gian Kenerak Sejak tahun lepas, saya kian kemaruk pula menjejak spesies ‘rare’ kenerak semenjak diracuni Nick Qlate yang mahir mendenak ikan unik ini di jeram-jeram Sg. Semantan, Karak. Setelah mendapat lesen ikan ini (saiz cinonit sahaja), saya mencadangkan Nick untuk cuba explore kawasan jeram lain. Lalu terpacullah idea di kepala otak saya untuk kembali ke Sg. Tembeling.

2 1. Rumah rakit Haji Nan. Saya

gerenti anda mesti jatuh hati menginap di sini.

2. Lama tak jumpa Ahmad (kiri) dan Bahsin (tengah).

3. Hidangan

lauk kampung dan ikan sungai Haji Nan, pergh... kecur air liur!

4. Dok korek kenerak, begahak pulak kena di Jeram Dedari.

8 SIRIP

L

ebih lima tahun juga saya tidak menjengah Sg. Tembeling yang dahulu lokasi wajib saya terjah setahun atau dua tahun sekali. Sg. Tembeling memikat hati kerana terletak bersebelahan Taman Negara Pahang dengan pusat utamanya Kuala Tahan yang menjadi tarikan utama pelancong. Ahmad, boatman otai Kg. Pagi sering saya hubungi untuk mengetahui keadaan air Tembeling jikalau ingin turun ke sana, khususnya sewaktu kemaruk memburu temo-

Saya terus hubungi Ahmad untuk mendapatkan khidmatnya semula setelah bertahun-tahun menyepi. Sambil itu, saya mengorek info tentang jeram yang berpotensi di sepanjang Sg. Tembeling. Beliau syorkan Jeram Dedari dan jeram di depan Nusa Camp. Lalu suatu tarikh ditetapkan untuk saya bersama Nick dan Azmil turun ke Kg. Pagi bagi mendapatkan khidmat bot Ahmad. Punyalah lama tak ke sana, saya terperanjat besar apabila melalui simpang kanan ke Kg. Pagi dari Kuala Tahan. Jalan berturap sungguh cantik dengan bukit-bukau telah ditarah berteres sehingga ke Kg. Pagi yang hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari Kuala Tahan.


Teks & Fotografi : HALIMI HANIP

3

1 Jalanraya secantik ini khabarnya akan diteruskan sehingga ke kampung paling hulu di Hulu Tembeling iaitu Kg. Mat Daling. Dan khabarnya projek akan diteruskan lagi sehingga ke Dungun, Terengganu! Memanglah ia baik demi kemajuan dan pembangunan, tapi dalam lubuk hati saya membayangkan yang bukan-bukan. Yalah... lagi dibuka jalan, lagi senanglah tangantangan hitam yang tidak bertanggungjawab mendapat akses untuk memusnahkan alam semulajadi di dalam hutan simpan Hulu Tembeling yang paling tua ini.

Rumah Rakit Haji Nan

4

Sampai Kg. Pagi, Ahmad menjemput ke rumahnya di tepi jalanraya baru itu. Rupanya Ahmad telah lama membuka kedai runcit di Kg. Pagi, dan sesekali masih membawa pemancing dengan perahunya. Perahunya yang kami sewa pun special kerana perahu kayu panjangnya disalut dengan fiber agar lebih tahan lasak dan tahan lama.

Kami singgah dahulu ke sebuah rumah rakit dan akan bermalam di sini dengan pakej menarik disediakan tuan rumah. Sebagai nelayan sungai, Haji Nan tinggal di rumah rakit ini dan beliau bijak mengembangkan rakitnya dengan membina bilik tambahan kepada pemancing yang ingin bersantai.

Petang itu juga beliau bersama adiknya yang juga otai guide memancing kelah iaitu Bahsin membawa kami turun dari Kg. Pagi ke Jeram Dedari. Kebetulan masih musim El-Nino dan Sg. Tembeling surut sangat ketara. Namun airnya tak sejernih dahulu akibat pembukaan hutan di hulu untuk projek jalanraya dan pembalakan.

Saya jatuh hati dengan konsep rumah rakit ini kerana kita tak perlu susah-payah lagi untuk camping bagai. Pakej makannya pun sedap dengan lauk kampung serta ikanikan sungai lagi. Malam kalau tak boleh tidur, pasang sahaja berapa banyak joran untuk mengail ikan lawang, udang galah atau tengalan. Nasib-nasib boleh kena temoleh! SIRIP 9


Tembeling Temptations

7

5

8

9

6

sunyi-sepi. Hanya satu patukan berlaku kepada Rapala Shad Rap deep runner hot tiger saya di sebalik kayu di bawah jeram yang rupa-rupanya angkara begahak.

LOKASI : Sg. Tembeling (berdekatan Kg. Pagi) PAKEJ / KADAR SEWAAN : RM 150 seorang untuk 2 hari 1 malam, dan RM 220 untuk 3 hari 2 malam. Pakej termasuk penginapan serta makan minum (sarapan, tengahari, malam). KELEBIHAN : Terdapat bilik-bilik, surau, tandas (maaf tiada TV atau karaoke di sini!)

Haji Nan

MUATAN : 20 orang tiada masalah TELEFON : 017-961 4191 atau 013-966 5038 (Haji Nan) 5. Layan bottom di Rakit Haji Nan memang syok!

6. Berpuluh lawang menunggu pelet yang ditabur Haji Nan.

7. Tilapia merah untuk dijual dan makan sendiri.

8. Ruang solat. 9. Lawang saiz ini senang-senang sahaja dapat dikail.

10 SIRIP

Jeram Dedari Selepas barang ditinggalkan di rakit, kami menghilir sehingga ke Jeram Dedari. Jeram berbentuk S ini memang mencabar perahu yang ingin mudik ke hulu. Arusnya deras dengan bonggol-bonggol batu besar sehingga memasuki lubuk besar di bawahnya. Kami memulakan mengilat dengan mengetuk-ngetuk batu dasar dengan gewang selaman dalam bagi memanggil sang kenerak. Dua jam kami puas mencuba, cuma

Kami berpindah lagi ke jeram lain seperti Jeram Nusa Camp dan Jeram Panjang. Sama sahaja... langsung tiada penghuni di sebalik batu yang dihenyak arus deras itu. Mati kutu juga dibuatnya. Jeram cantik, tapi takde barang. Atau adakah kenerak Sg. Tembeling di sini tak biasa makan gewang? Malam itu kami melayan santai di rakit sambil memasang loceng pada hujung joran berumpan pelet dan cengkerik. Fuhh... memang rileks betul di rakit ini. Siap minum kopi panas disediakan Haji Nan dan isterinya. Dan sekejap-kejap loceng berdecing-decing akibat digetu ikan lawang. Malam itu juga kami memutuskan untuk membatalkan misi memburu kenerak esok di jeram sepanjang Tembeling ini. Alang-alang baik kita pergi jenguk sekejap di Sg. Keniam yang banyak menyimpan nostalgia silam saya sebagai pemancing picisan. Sekurangkurangnya di sini boleh jumpa sebarau, dan nasib-nasib boleh terjumpa badong, toman, toman bunga, kelah atau tapah!


10

Kuala Keniam Selepas sarapan, Bahsin tiba mengambil kami di rakit tanpa Ahmad yang ada urusan lain. Haji Nan dah siap-siapkan nasi, air dan lauk-pauk tengahari dalam bakul memandangkan kami akan ke Keniam seharian. Urusan lesen memancing dan permit memasuki Sg. Keniam yang terletak dalam Taman Negara telah awal-awal dibuat oleh Ahmad di Kuala Tahan. Jadi kami terus langsung ke Keniam yang terletak kira-kira setengah jam dari Kg. Pagi. Sg. Keniam suka saya lewati untuk mengilat kerana pada seksyen dari kualanya yang bertembung dengan Sg. Tembeling sehingga kira-kira 1.5 km menghulu Keniam itu terbentang lubuk yang berair perlahan, dalam dan tenang. Tak perlu naik jauh ke hulu kalau nak mengilat, tumpukan bahagian hilir ini sahaja sudah memadai. Sebarau memang banyak di seksyen ini, kerapkali kita boleh saksikan ia meletupkan air menyambar ikan kecil. Dahulu semasa zaman bujang, pernah saya perolehi banyak ikan parang sungai di Kuala Keniam ini.

11

Dan pengalaman paling tidak dilupakan 10. Jeram Panjang. Di atasnya ialah menyaksikan berpuluh ekor kelah timbul terbentang Lubuk Panjang menyambar buah neram yang gugur sekitar yang terkenal dengan tebulan Ogos 1995. Sekarang, fenomena itu moleh. Namun ia adalah kasukar disaksikan lagi. Pos renjer Keniam wasan larangan zon merah dan chalet yang ada pun tunggu masa untuk untuk pemuliharaan temoleh runtuh setelah hampir 20 tahun ditinggalkan liar. tanpa penyelenggaraan. 11. Kuala pertemuan Sg. Keniam dan Sg. Tembeling. Zon ini Dilanyak Tapah! paling kerap berlaku letupan Sebaik memasuki Keniam, Bahsin mengsebarau kasar. Kalau nak hentikan enjin dan mendayung ke dalam. cari sebarau kasar Keniam, Saya, Nick dan Azmil mula mengilat di kiri tumpukan mengilat di kawakanan sungai sehinggalah sampai ke sebuah san pertembungan air ini. lubuk paling dalam yang gelap dan tenang di bawah sebatang pokok neram yang besar. 12. Kecerdikan sebarau di Kuala + Keniam mengenal gewang Matahari baru naik segalah, dan kelihatan 13. selaman boleh dipatahkan anak-anak ikan bertempiaran seolah-olah dengan penggunaan gewang dikejar sesuatu. Air sungai seakan tidak permukaan seperti popper bergerak langsung di seksyen ini. Seram juga dan pencil bait. kerana orang kampung sering mengatakan kawasan ini adalah lubuk tapah!

Baru sahaja lontar, tidak semena-mena gewang Ofmer Shady 75F Nick Qlate disambut sesuatu dengan pagutan perlahan lalu ia menyusur secara melintang. Nick

12

13

SIRIP 11


Tembeling Temptations

15

14

14. + 15. 16. + 17.

Toman yang membedal An tergamam melihat tali menegang lalu menekan jorannya tanpa terdaya Nick hentikan. Lure jumpfrog saya. Ikan misteri itu makin membenam sehingga Cemas! Popper Nick dibantai menghampiri sebatang balak melintang, lalu toman besar yang memecut tuppp! Meletup tali Nick seketika kemudian! dan menyongsang perahu Kami berempat terkedu. Ikan apa yang lalu sangkut reba. Nick cuba begitu selamba gonggong gewang dan meselam tetapi gagal jua. nekan joran sekuat itu? Tiada lain yang kami 18. Lepak Kuala Keniam sambil syaki, hanya tapah! Jelas wajah Nick begitu casting dan pancing dasar. hampa. Mana taknya... bukan senang nak Anda akan sakit hati melihat jumpa tapah sekarang ini di Semenanjung, sebarau asyik frenzy tapi apatah lagi membedal gewang kita! sombong gewang di sini! Tapah sememangnya sukar ditemui lagi 19. Pemandangan menyakitkan di Sg. Tembeling. Namun di kuala-kuala mata di depan Kuala Ke- su-ngai yang terlindung di bawah Taman niam. Bukit dan hutan se- Negara seperti Sg. Keniam dan Sg. Tahan dang ditarah untuk projek inilah ‘kem pelarian’ paling selamat buat jalanraya ke Kg. Mat Daling. gergasi sungai yang semakin pupus ini. 20. Chalet ‘berhantu’ Keniam Seringkali saya ditanya kat mana nak rasa setelah berpuluh tahun di- tarik tapah dengan gewang di Semenanjung? tinggalkan. Jawab saya, Taman Negara Pahang di Sg.

21. Digasak tapah lagi, kali ini Tahan. Tetapi masalahnya Sg. Tahan dah Bahsin yang kena dan masih lama ditutup kepada pemancing. Jadinya Sg. Keniam ini mungkin ada harapan. tak boleh control!

16

12 SIRIP

17

Baru-baru ini juga saya ada dihubungi team River Monsters melalui emel yang bertanyakan soalan sama kerana penerbit dokumentari memancing paling popular di dunia itu ingin membuat penggambaran ekspedisi memancing tapah di Malaysia. Jawapan saya tetap sama, tetapi saya syorkan mereka tumpukan Sg. Tahan kerana ia mengandungi lebih banyak lubuk tapah yang berpotensi dan peluang lebih tinggi untuk kejayaan penggambaran. Cuma mereka perlu dapatkan kebenaran khas pihak Taman Negara. Besar harapan saya dan kita semua agar ekspedisi legenda Jeremy Wade memburu tapah di Taman Negara akan berjaya dan mengharumkan nama negara melalui slot terkenal itu.

Dikecewakan Tapah Lagi Tengahari itu kami berehat di Kuala Keniam sambil mengilat santai. Di sini sesiapa jua pasti akan sakit hati melihat aksi gila sebarau yang asyik frenzy di depan kuala sungai ini.


18

19

Terperanjat-terperanjat kita digurau sebarau yang meletupkan permukaan air di depan kita. Tetapi anda balinglah gewang apa pun, takkan mahu diligannya! Cerdik betul. Hanya satu cara yang mampu menipunya iaitu sasarkan di zon pertembungan air Tembeling dan Keniam, dan gunakan popper kecil atau pencil bait. Barulah sebarau sombong ini boleh diperdaya. Dalam pada rehat santai itu, Bahsin memasang joran pancing dasarnya berumpan ikan tilapia merah hidup yang dibawa dari Kg. Pagi. Kira-kira 20 minit menunggu, talinya mula dibawa lari perlahan, Bahsin membiarkan beberapa saat sebelum disentak. Ikan menghenjut semula dengan begitu gagah dan bermulalah perlawanan tarik tali yang sengit. Namun ikan misteri itu tidak mahu mengalah, lagi Bahsin pam, lagi ditekannya sehinggalah Bahsin terbungkam apabila perambut 50 paun akhirnya tak mampu bertahan. Sekali lagi kami terkedu. Ikan apa ni? Bahsin menganggarkan tapah besar! Apatah lagi tiada sebarang buih keluar sepanjang perlawanan itu untuk menekanya perbuatan toman. Bahsin tidak putus asa, dipasang semula umpan tilapia hidup dan tak lama kemudian, sekali lagi ia dibawa lari pemangsa bagak! Saya yang berhajat sangat nak melihat gerangan tapah itu akhirnya kecewa jua apabila Bahsin tetap tewas dalam pertarungan sengit yang kedua. Urghhh...!

20

Toman & Bunga Petang sedikit, kami menyusur semula ke hulu untuk mengilat. Hati mula berdebar sebaik sampai ke lubuk bawah pohon neram tadi. Dan ternyata sekali lagi peristiwa cemas berlaku kepada Nick, tetapi kali ini Rapala Skitter Pop beliau yang diledakkan. Bukan tapah atau sebarau, tetapi jelas seekor toman besar yang menghamburkan badannya semasa membantai popper itu.

21

SIRIP 13


Tembeling Temptations Kami terus mengilat sehingga melepasi jeram pertama Keniam, namun tiada sebarang strike. Lalu kembali hanyut ke hilir semula. Sebuah bot renjer kemudian datang meninjau kami. Menurut renjer itu, kawasan ini ada toman bunga dan sesekali boleh lihat ia berpasangan di beting pasir cetek. Saya akui Keniam wujud spesies snakehead cantik ini kerana pernah melihatnya sendiri 20 tahun yang lalu. Tetapi sepanjang berkecimpung sebagai penulis pancing, saya tak pernah dengar berita pemancing kita mendapat spesies ini di Keniam. Untuk menjejaknya, kita perlu tumpukan tebing landai cetek dan berkayu. Kebetulan semasa menghilir, kami terjumpa sekumpulan anak toman yang halus dan apabila digempur banyak kali, induknya akhirnya menerkam janggut yang dihantar oleh Azmil. Ingatkan toman, rupanya toman bunga!

22 22. Tak perlu naik jauh ke hulu Keniam jika nak mengilat, fokus zon kuala hingga 1.5 km ke dalam sahaja.

23. Rekod toman bunga pertama + di Keniam oleh Azmil de24. ngan spinnerbait. Namun corak bunga badannya tidak secantik baka di sungai lain, misalnya Endau-Rompin.

Boatman Ahmad Kg. Pagi : 017-953 1946

24

23

14 SIRIP

Namun pecutan toman ini bagai torpedo ke arah Nick lalu menyilang ke bawah perahu dan menekan sehingga menjangkau dahan pokok yang tumbang ke dalam air. Sayang... terlepas lagi walaupun Nick berusaha menyelam untuk mendapatkan ikan itu. Menjangkakan ada lagi toman bermaharajalela, saya memasang An Lure jump frog. Sedang ia melayap melintasi sebatang balak bersilang, satu terkaman ganas diterima. Saya tidak beri peluang. Joran dipam tinggi supaya ikan tidak sempat menyusup ke reba. Usaha saya berhasil menundukkan toman yang menjadi samseng Kuala Keniam.

Mungkin ini toman bunga pertama berjaya didokumentasikan di Sg. Keniam sepanjang pengetahuan saya. Cuma corak bunga dan warna badannya kusam dan tidak menyerlah seperti baka Channa marulioides di tempat lain (bandingkan dengan artikel Lin Todak di Sg. Endau, Johor). Saya, Nick dan Azmil akhiri trip ini dengan hati yang masih terbuku kerana misi utama kenerak gagal direalisasi dan tapah yang mengujakan hanya memberi kejutan yang menghampakan. Tak mengapa... dah tak terasa jauh nak ke Tembeling, jalan dah cantik, bila-bila boleh datang lagi. Ahmad... roger kami bila air kembali cantik ya! - SIRIP -



Kuching Light Game 1

KARISMA KUCHING 16 SIRIP


Teks & Fotografi : PAK WONG 2

1. Aphen

berjaya menumbangkan ‘tong gas’ 19 kg yang membuatkan Uncle Lim, kapten bot King Shark terpana.

2. Tenggiri juga dapat dipanc-

ing menjelang waktu siang, cuma bilangannya tidak banyak berbanding malam.

3. King

Shark, antara bot pancing paling lama beroperasi di peraiaran Kuching.

4. Biarpun ruangan agak sem-

pit, namun King Shark tetap disanjungi pelanggan dari Malaysia dan Singapura.

S

udah lebih 20 tahun saya menceburi bidang kewartawanan memancing, dan kerap menyaksikan lubuk-lubuk ikan di perairan Semenanjung yang asalnya gemilang bertukar menjadi hambar. Adakah kemajuan sukan memancing dan industri perikanan ko-mersial adalah penyebabnya? Tetapi hairannya kenapa di Kuching, Sarawak, saya melihat senario yang luar biasa?

Kandang Tenggiri Walaupun jarang turun memancing di di ibu kota Bumi Kenyalang ini, saya sedari perairannya memiliki sumber ikan tenggiri yang paling produktif di Malaysia. Kerapkali dalam Facebook, pemancing berbangga mempamerkan tangkapan tenggiri yang lumayan sehingga lebih 100 ekor!

3

Inilah yang menyebabkan industri memancing di Kuching berkembang dengan pesat sejak 15 tahun yang lalu, sehingga popular dikunjungi pemancing dari Semenanjung dan luar negara, seperti Singapura. Kini terdapat kira-kira 20 buah bot sewaan memancing di Kuching, anda pilih saja mana suka. Selain tidak pernah mengecewakan pelanggan dengan hasil tenggiri, perairan Kuching juga kaya dengan ikan merah saiz besar yang sukar ditemui sekarang ini di perairan kita. Mengikut anggaran kasar, bot pancing di Kuching mampu menangkap hasil secara purata tidak kurang daripada 300 kg ikan dalam setiap trip. Walaupun hampir tidak ada pun unsur tangkap dan lepas, tetapi mengapa lebih satu dekad, hasil tangkapan di sini tidak begitu terjejas? Ia benar-benar satu persoalan yang sangat menarik.

King Shark April lalu, saya berpeluang menaiki bot pancing terkenal di Kuching iaitu King Shark untuk menguji potensi jigging perlahan di sini, sambil meneroka misteri sumber perikanan yang tidak pernah habis di Kuching. Kapten dan pemilik bot King Shark iaitu

4 Uncle Lim adalah seorang veteran dalam arena memancing di Kuching. Beliau juga salah seorang perintis bot memancing dan sangat arif dengan perairan Kuching. Pancingan dasar masih kaedah arus perdana di kalangan pemancing Kuching. Jadi kumpulan seperti kami yang gila jigging jaSIRIP 17


Kuching Light Game

5 5. Ikan merah mega 8 kg yang dinaikkan Aphen pada tahun lepas. Dipercayai trip ini juga akan dapat menaikkan ikan merah mega jika tidak diganggu arus barat yang pelik.

6. Jebong mulut kecil tapi becok nak bedal jig besar!

7. Ikan merah yang bersaiz sederhana tapi mampu mempamerkan daya juang yang mengagumkan.

rang menjadi pelanggan Uncle Lim. Walau bagaimanapun, itu bukan masalah kerana gaya pancingan dasar di Kuching juga biasanya diamalkan secara berhanyut. Jadi ia tidak konflik dengan gaya jigging perlahan. Bukan itu sahaja, seperti kebanyakan bot pancing di Miri, Uncle Lim juga cekap mengemudi bot semasa hanyut, supaya umpan tepat sampai ke lubuk di bawah secara menegak. Ini bermakna apabila angin atau arus semakin kuat, kapten akan bergantung kepada kuasa enjin untuk mengurangkan halaju hanyutan bot agar umpan dapat kekal lama di hotspot untuk meningkatkan kadar strike.

Cari Lubang Struktur dasar laut Kuching dan Selat Melaka tidak jauh berbeza, dan kedalamannya jarang melebihi 60 meter. Spesiesnya pun lebih kurang sama. Selain tenggiri yang bermaharajalela, terdapat pelbagai ikan yang biasa di air cetek seperti ‘tong gas’, ‘bantal emas’ dan ebek yang digilai jigger perlahan. Lubuk di Kuching mirip di Selat Melaka yang lazimnya merupakan ruang kecil yang ‘berlubang’ di dasar laut. Lantaran perimeternya kecil, kemahiran kapten mengemudi bot akan diuji di mana sedikit pesongan meng-akibatkan sasaran lubuk terlepas. Lebih-lebih lagi ketika arus deras, kapten berpengalaman pun sukar mengapungkan bot tepat di atas sarang ikan. Walaupun dia mampu membuatkan bot terapung dan hanyut melalui laluan yang diharapkan, belum tentu jig dapat dibidik tepat ke sasaran yang terbatas akibat faktor arus yang laju.

Arus Pelik Dua hari pertama, kami bertembung arus laju sehala ke barat yang aneh. King Shark berlabuh di sebuah lubuk sepanjang malam, namun pada keesokan harinya apabila melihat kompas, bot masih kekal dalam posisi yang sama, tidak bergerak sama sekali! Keadaan arus lautan ini sangat jarang berlaku dan kami sangat ‘bertuah’ menempuhinya!

6

18 SIRIP

7

Arus pelik ini mengakibatkan bot sukar untuk hanyut di atas lubuk dengan tepat, lalu banyak membazirkan masa yang berharga. Walau bagaimanapun Aphen, kawan lama saya dari Indonesia, bernasib baik apabila berjaya menjinakkan tong gas 19 kg dengan jig kecil 140 g. Uncle Lim sendiri tidak pernah lihat kerapu sebesar itu sepanjang ker-


8. Aphen mengheret kerapu

degil dengan joran Tenryu Horizon PE 2.0 secara kasar.

9. Kerapu yang menjadi mangsa pertama Aphen kepada jig 140 gram.

10. Jig perlu tepat masuk ke

lubang sarang kerapu, baru tinggi peluang digonggongnya.

11. Steven Ming teruja apabila menaikkan spesies kesukaannya.

ebek

8

9

11 jayanya di sini! Sungguh ironik sekali! Selepas kemunculan tong gas itu, seekor ikan merah 2 kg pula membaham jig. Kemudian kami gagal mendaratkan sebarang ikan dalam keadaan arus yang teruk itu. Uncle Lim memutuskan untuk meninggalkan lubuk dan kembali merapati pantai ke lubuk yang dipanggil ‘air hitam’, dengan harapan arus laju tidak mempengaruhi kawasan ini. Nampaknya nasib malang kami sudah berakhir. Petang sewaktu kami tiba di ‘air hitam’ dan berlabuh di terumbu sedalam 60 meter, kami akhirnya bebas daripada gangguan arus pelik tadi. Steven Ming yang mula-mula menjatuhkan jig terus dihenjut ebek kapak yang besar. Ia diikuti oleh pemancing lain dengan aksi tanpa henti apabila ebek dan tenggiri mula mengamuk. Lubuk ini luar biasa sekali! Kegalakan ikan berterusan sehingga ke malam, dengan tangkapan kebanyakannya tenggiri bersaiz 5 - 8 kg.

10

Pemburu Malam Pemancing yang pernah ke perairan Kuching pasti biasa dengan gaya pancingan malam untuk memburu tenggiri yang sememangnya popular di sini. Bot akan berlabuh di satu lubuk berpotensi dan menarik semua hidupan laut mendekati bot melalui suluhan lampu sorot yang amat berkuasa, terutama bondong tenggiri. Saya telah menyaksikan keberkesanan jigging perlahan buat tenggiri pada siang hari. Kali ini saya ingin melihat sama ada spesies kaki gunting ini jatuh cinta tak dengan sekeping logam seksi ini pada waktu malam. SIRIP 19


Kuching Light Game

12 12. Lumba-lumba

yang ceria berenang di sisi bot kami.

13. Puas geng Indonesia puas menghayati keseronokan jigging perlahan.

14. Ebek bulat juga spesies biasa di perairan Kuching.

15. Tenggiri mula mengganas menjelang senja.

16. Ebek pun aktif makan jig malam! Jarang dengar ni!

Perambut Dawai Atau Tidak? Apabila berhadapan tenggiri yang terkenal dengan gigi tajamnya, hati kita pasti terfikir : Perlukah aku memasang perambut dawai (wire leader)? Selama ini kita dimomokkan dengan petua bahawa jikalau pakai perambut dawai, tenggiri enggan buka mulut. Tapi pakai perambut biasa, jig pulak asyik lesap! Maka ramai jigger tidak berani guna jig mahal, takut dicukai tenggiri. Walau bagaimanapun, saya dapati dalam teknik jigging perlahan, kes tenggiri potong

tali jarang berlaku berbanding aplikasi jigging laju. Saya berpandangan ini berkait rapat dengan permainan halaju jig itu sendiri. Sebelum lahirnya jigging perlahan, teknik jigging konvensional yang laju merangsang naluri tenggiri untuk memecut sepantas kilat mendapatkan jig yang mencanak ke atas. Apabila masing-masing membuat gerakan yang pantas, natijahnya sang tenggiri gagal membaham jig dengan tepat lalu tersasar menggigit perambut. Teknik persembahan jigging perlahan pula amat bertentangan dengan jigging laju. Jigging perlahan meniru aksi ikan mangsaan yang terkapai-kapai melalui satu siri aksi yang gemalai supaya pemangsa dapat membuat pukulan tepat dan mantap, lalu mengurangkan risiko kesilapan menggigit perambut.

Luminous Atau Tidak? Satu lagi soalan menarik, adakah jig pendarcahaya (luminous jig) suatu kemestian apabila jigging perlahan pada waktu malam? Pada pandangan saya, tidak semestinya. Apatah lagi kebanyakan bot pancing sekarang menggunakan lampu sorot LED yang sangat berkuasa untuk menarik perhatian ikan datang di sekitar bot pada waktu malam. Intensiti cahaya lampu itu mampu menerangi jauh ke dalam air, maka jig non-luminous pun efektif digunakan.

13

20 SIRIP

Saya juga perasan bahawa tenggiri se-ringkali menyerang jig perlahan yang berada kira-kira 5 hingga 10 meter dari dasar laut. Mengapa mereka tidak muncul di lapisan pertengahan air?


14 Jenahak yang bersifat demersal juga berjaya dinaikkan menjelang sesi jigging malam.

15

16 Saya rasa ini ada kaitan dengan penggunaan lampu sorot yang powerful di atas bot. Lampu sorot LED hari ini cukup canggih dengan kekuatannya cahayanya mampu menerangi badan air dengan lebih jauh ke dalam, apatah lagi di lubuk yang hanya 60 meter dalam.

Tenggiri Kuching bukan sahaja banyak, saiznya pun besar-besar belaka.

Ikan pemangsa biasanya tidak akan mendedahkan diri mereka dalam zon bercahaya kerana tidak mahu dilihat atau dikesan mangsanya. Maka mereka akan menjarakkan diri dan berkeliaran di kawasan perantaraan zon terang dan zon gelap, menunggu peluang terbaik untuk membuat serangan terhadap mangsa yang tersasar di zon sambarannya. Walaupun menghadapi keadaan arus yang SIRIP 21


Kuching Light Game luar biasa, perairan Kuching masih mampu memberikan hasil yang memuaskan dengan membiarkan kami semua di atas bot King Shark menikmati keseronokan bertarung tenggiri dengan jigging perlahan yang ringan dan teknik jigging konvensional. Inilah sebab mengapa pemancing yang pernah ke Kuching sentiasa berharap untuk kembali membuat trip ke Kuching. Sebab-sebab lain ialah bot pancing Kuching biasanya menyediakan pakej perkhidmatan kepada pelanggan asing yang termasuklah pengangkutan, penginapan, sewaan peralatan memancing, penghantaran ikan sejuk beku dan perkhidmatan sokongan lain yang jarang disediakan oleh pengusaha bot memancing dari tempat-tempat lain. Maka tidak hairanlah semakin ramai pemancing Semenanjung dan Singapura, termasuk kaki pancing dari China, Hong Kong, Taiwan dan Indonesia berpusu-pusu ke Kuching! - SIRIP -

17

18

17. Serangan bertalu-talu mem-

buatkan Kuching layak dinobatkan sebagai lubuk memancing yang terbilang di Malaysia.

18. Masakan chef dari Indonesia memang boleh tahan!

19. Tenggiri yang menyambar

jig perlahan biasanya tepat dan terlajak sambar sehingga memutuskan perambut.

19

22 SIRIP



Pitas Estuary Jigging 1

2

S

udah bertahun saya memancing di Sg. Kanibongan di Pitas, Sabah. Dalam pemerhatian, terdapat beberapa jenis cara ikan memburu mangsanya, sama ada berkumpulan atau menyerang hendap mangsa yang lalu di wilayahnya. Di Kanibongan, G.T dan talang gemar bergerak secara berkumpulan apabila memburu, dan situasi boiling atau frenzy akan terjadi apabila kumpulan ikan ini mula menyerang sasaran me-reka. Inilah waktu terbaik melontarkan gewang kerana mereka akan membaham apa-apa objek yang bergerak. Namun peluang keemasan ini harus digunakan sebaik-baiknya kerana boiling selalunya berlaku dalam masa singkat.

JIGGING MUARA apa potensinya?

Berbeza pula pemangsa demersal yang bersifat territorial yang gemar menyerang mangsa dengan kaedah serang hendap seperti kerapu, siakap, siakap merah dan terutama tembaring (black bass). Ikan-ikan ini biasanya menggunakan reba, cerunan, batu atau tanah untuk menyembunyikan diri dan apabila mangsa melalui radius strike zone, ia merupakan sasaran yang mudah.

3

24 SIRIP

4


Teks & Fotografi : NAZRI ISMAIL (dari Pitas, Sabah)

Strike Zone Sudah jadi satu kebiasaan bagi setiap pemancing apabila mereka akan menjarakkan bot sekitar 20 - 50 kaki untuk mencari pemangsa yang berkeliaran di kawasan sasaran. Akan tetapi, bagaimana jika pemangsa yang disasarkan itu tidak mahu menyergap gewang yang disuakan? Apabila kita menggunakan gewang permukaan, minnow dan selaman dalam, bot biasanya akan dijarakkan beberapa meter dari tebing. Namun apabila strike, kita mungkin berpendapat bahawa mendapat ikan dengan kaedah mengilat ini biasa-biasa sahaja. Dengan berpandukan sonar, kami men-dapati purata kedalaman sungai di Kanibongan adalah antara 15 - 18 kaki dan dasarnya ada dihiasi dengan reba-reba tenggelam. Kawasan tebing yang mempunyai kedalaman sekitar 15 kaki adalah yang terbaik kerana kebanyakan ikan didaratkan pada kedalaman tersebut.

adalah sekitar 15 - 20 g. Jika jig anda terlalu 1. Aksi saya dihenjut gerepoh ringan, ia kurang efektif kerana tidak dapat + yang menyambar jig ketika ia menembusi ranting-ranting pada reba dan 2. sedang frenzy di permukaan. lantas menimbulkan masalah sangkut. Profil jig yang lebar atau berat di tengah 3. Jig yang kami suka gunakan dan suka dibaham penghuni adalah yang paling sesuai kerana ia dapat Sg. Kanibongan. Semuanya membalikkan cahaya dengan baik. Jig yang keperakan menyerupai bilis. mempunyai berat di tengah pula bagus untuk menembusi reba banat.

4. Siapa sangka ebek pun mendiami muara sungai ini! Warna jig sememangya memainkan peranan yang sangat penting dalam jigging 5. Dengan sonar, kita boleh kemuara sungai kerana warna air muara kesan reba di tengah muara biasaannya hijau kehitaman. Pada pemeryang lebih produktif untuk dihatian saya, kebanyakan ikan di sungai ini duga dengan jig. suka membaham jig yang berwarna perak, biru keperakan, chartreuse dan perak merah 6. Rekod siakap saya dengan jambu. jigging!

Oleh kerana jarak kita dengan ikan adalah dekat, penggunaan enjin sangkut tidak digalakkan sama sekali kerana dikhuatiri akan menakutkan ikan yang berada di struktur tersebut. Justeru, penggunaan thruster atau pendayung merupakan alternatif terbaik untuk menghampiri strike zone tersebut.

Alternatif Jigging Apabila gewang tidak diendahkan apatah lagi ikan disyaki berada di reba dasar yang dalam, saya mendapati jig merupakan pendekatan terbaik setakat ini untuk ‘mencari pasal’ berbanding soft plastic (S.P) kerana ia lebih cepat tenggelam lantaran profilnya yang lebih tumpat. Aksi fluterring-nya ketika jatuh dan biasan cahaya atau kilauannya yang baik lantas membuatkan ikan yang duduk diam dalam reba itu keluar dari strike zone untuk menyiasat. Pilihan jig terpulang kepada pemancing. Daripada pengalaman saya, jig yang terbaik

5

6

SIRIP 25


8 kebanyakan ikan di sini mendiami cerunan dan dasar sungai yang tidak rata ketika ia dalam mood serangan hendap. Karauan laju pula biasanya saya praktikkan sewaktu ikan aktif memburu secara berkumpulan. Kaedah ini saya lebih gemar praktikkan di kawasan simpang tiga yang merupakan laluan ikan ke hulu dan hilir. Apabila memainkan jig rapat ke dasar, kita boleh mengangkat jig sehingga 2 - 5 kaki dari dasar (karau dengan perlahan sambil menghenjut jig). Ataupun hanya 2 - 8 inci dari dasar dengan menghenjut joran tanpa mengaraunya. Biasanya siakap yang lebih kerap dianaikkan dengan kaedah ini.

Ikan Sasaran 7 7. Ayah yang banyak mem-

beri inspirasi saya untuk bersamanya menerokai khazanah Sg. Kinabongan.

8. Kerapu membedal jig yang diketuk di dasar.

Saya tidak gunakan joran khas untuk jigging kerana pemegang yang panjang agak merimaskan. Set mengilat biasa berkekuatan 8 - 15 paun pun sudah memadai, dengan kekili berkelajuan sekitar 6 : 1.1 dan 7 : 1.1 untuk memudahkan saya bertarung dengan ikan yang gemar masuk ke dalam reba. Tali 15 paun ke atas dan perambut fluorocarbon 30 paun adalah perlu agar tidak mudah putus akibat bergesel batu atau kayu. Jika set kita terlalu kasar, keseronokan akan berkurangan kerana tidak dapat menghayati kekuatan ikan yang bersaiz kecil. Jika terlalu ringan pula, kita akan senang dibuli oleh ikan besar terutama jika kena ikan tembaring. Jadi gunalah set yang bersesuaian.

Memainkan Jig Terdapat pelbagai cara untuk memainkan jig. Akan tetapi jigging muara sungai ini ada lain sedikit, sama ada memainkan jig rapat ke dasar atau pun karauan sederhana laju. Ketika ikan dalam mood serang hendap, persembahan jig yang paling berkesan adalah memainkan jig rapat ke dasar. Ini kerana 26 SIRIP

Di Kanibongan, populasi G.T boleh dikatakan luar biasa dan merupakan sasaran utama jigging. Spesies yang jarang membaham jig juga terpedaya, contohnya gerutgerut. Malah spesies luar biasa iaitu ebek juga masuk jauh ke dalam sungai ini. Tembaring juga boleh dijadikan ikan sasaran jigging, tetapi tali dan perambut harus kasar sedikit kerana taktik kotornya yang pantas menyelinap ke dalam reba. Sehingga artikel ini ditulis, saya dan ayah kerap mempraktikkan jigging muara ini dan hasilnya sangat mengujakan.

Kesimpulan Apa yang best jigging muara ini? Ya keseronokan melayan tairkan padu ikan-ikan muara dengan set ringan dan pasti ‘thrill’nya berbeza kerana ia bukan diperoleh dengan gewang, tetapi dengan jig! Jom cuba-cubalah praktikkan teknik ini. Manalah tahu ia akan meningkatkan hasil tangkapan anda. Akan tetapi, amalan tangkap dan lepas harus diutamakan tidak kira besar atau kecil. Boleh juga ambil ikan tersebut untuk ‘buat lauk’ tetapi janganlah sehingga melampaui batas. - SIRIP -



Micro Jigging Sebarau

T

asik besar seperti Temengor (Perak) adalah pilihan terbaik jika anda ingin mencuba jig mikro dalam memburu sang sebarau, memandangkan ikan semakin cerdik dan culas terhadap gewang biasa akibat tekanan tinggi daripada pemancing. Kini jig mikro sememangnya menjadi suatu kewajipan yang mesti ada dalam kotak pancing pengilat sebarau di tasik empangan, termasuklah di Kenyir, Terengganu.

Surut Maksimum Kunjungan kami di Tasik Temengor kebetulan jatuh ketika musim paras air tasik surut maksimum sehingga 7 kaki. Sedikit kegusaran kerana sudah pasti beberapa lubuk keramat yang bereba akan berada di atas daratan. Namun segalanya bergantung pada rezeki, yang penting kita berusaha. Jig mikro seperti Viper Stiletto bersaiz belasan gram menjadi sandaran utama kerana apabila paras tasik rendah, bermakna sebarau semakin sukar dikesan disebabkan kebanyakan reba di tebing telah timbul sepenuhnya. Kita perlu mengesan dan menduga kawasan tasik lapang, di mana di situlah sebarau mungkin bersembunyi. Tetapi syaratnya kena guna jig yang boleh tenggelam dan dimainkan sehingga ke dasar. Seawal pagi kami menunggu di satu tanjung ‘highway’ dalam perjalanan ke Air Sara. Jig Stiletto hanya dipasang satu mata kail tunggal di belakang bagi mengelak sangkut. Mata tunggal Mustad Kaiju Inline yang ringan bersaiz 4 dan 6 amat sesuai dipadankan dengan jig mikro ini agar tidak mengganggu aksi gerakan jig.

Viper Stiletto fire tiger yang dilontar ke tepi tunggul kayu dan dibiarkan jatuh sampai ke dasar sebelum dikarau laju terus dirembat sebarau ini.

JIG MIKRO TASIK

Apa pun jua aksi dimainkan, jig mestilah me-rapati dasar mengetuk pintu rumah sebelum diunjun bagi memikat sebarau di reba dasaran. Apa yang menarik perhatian, walaupun menggunakan satu mata kail tunggal, kebanyakan sambaran akan berlaku solid hook-up. Mungkin faktor jig kecil sekali disedut sudahpun berada di dalam mulut mangsa, dan bukaan mata kail yang sedikit besar daripada badan jig terus terpacak menembusi rahang mangsa.

Surut Maksimum Bagi jigging mikro sebarau, aksi joran yang begitu lembut dan khas dibuat untuk jigging mikro laut tidak digalakkan kerana spesies seba-rau walaupun tak besar mana, tetapi ia sinonim dengan reba. Khuatir sukar untuk dikawal dan menghela mangsa daripada menuju ke reba.

Corak jig mikro Viper Stiletto yang paling laku. Pemasangan Fastach Clip amat membantu pertukaran jig hanya dengan membuat pusingan geometri tanpa gunakan hujung jari untuk menekan.

28 SIRIP

Apabila reba keramat dah timbul, mana nak cari sebarau? Jawapannya, imbaslah segenap dasar di sekitar kawasan ini dengan jig mikro. Pastikan jig mikro sampai ke dasar sebelum ia diunjun dan dimainkan.


Teks & Fotografi : HANUMEI IKE Untuk melakukan jigging menegak (vertical) agak mustahil kerana kita perlu berada di atas lubuk pada air yang cetek. Jarak diperlukan antara bot dan lokasi sasaran jatuhan jig sekurang-kurangnya 10 meter. Jadi, joran mengilat biasa sudah memadai. Semestinya tali sulam yang halus dan kuat menjadi pilihan untuk memainkan jig mikro dengan berkesan. Saya memilih Mustad Wish 18 paun berdiameter 0.08 mm bagi memotong rintangan air. Penggunaan tali yang kasar menyebabkan kekurangan sensitiviti merasai aksi jig di hujung tali. Tali halus bagaikan satu kabel optik untuk kita berinteraksi dengan jig kecil di bawah sana, dan joran yang sensitif umpama satu medium skrin untuk membayangkan aksi jig yang sedang digayakan. Sebagai material logam yang padu, jig cepat jatuh ke dasar dan membantu kita mengetahui sama ada jig jatuh ke tanah atau pada balak-balak yang tenggelam. Balingan juga jauh bak peluru yang lebih tepat ke sasaran berbanding gewang, walaupun dalam keadaan cuaca berangin.

Lohong Samai Di satu hulu sungai, kami terjumpa samai yang nipis terapung membentuk lohong-lohong air yang masih belum dipenuhi samai. Lohong air begini jangan sesekali anda terlepas pandang. Cubalah anda duga dengan menjatuhkan jig di tengah lohong sampai ke dasar lalu joran sekadar dijunjung tinggi bagi mengangkat jig mikro dari dasar bersama unjunan terus ke permukaan air. Samai menjadi tempat kegemaran anakanak ikan berlindung, dan pastinya terdapat pemangsa yang mengintipnya. Kami dapati jumlah strike dan sebarau yang tertewas di samai dengan menggunakan jig mikro rupanya melebihi kawasan lain, dan saiznya pun menggiurkan. Aksi jigging mikro tasik kami sudah bertukar macam heavy cover game! Umumnya penggunaan jig mikro di perairan air tawar bukan sesuatu yang boleh di-

2

1 anggap sinis. Sebagai pengilat, apa jua umpan tiruan perlu dipelajari dan dimanfaatkan kelebihannya.

1. Ikan kepar / patong turut

Usah terlalu setia mengikut gaya lama dan terlalu ortodoks terhadap satu teknik sahaja, sedangkan teknik baharu itulah yang mungkin mampu menceriakan anda setelah hampir putus asa akibat kekumpauan.

2. Biarpun sebarau cilik, yang + penting tujuan kami untuk 3. mengetahui kesan jig mikro

Selamat mencuba...

- SIRIP -

berselera dengan aksi jig mikro.

di tasik ini telah berjaya untuk dimanfaatkan kepada semua caster.

3

SIRIP 29


Kalimantan Dark Water Predators 1 1. Mercu tanda Pontianak iaitu jambatan Tayan merentangi Sg. Kapuas, sungai terpanjang di Borneo. Agaknya tapah yang ada dalam sungai yang amat besar ini mungkin menjangkau ratusan kilo!

2. Spesies

snakehead yang cantik dipanggil ‘kerandang’ (Channa pleurophthalma) di Kalimantan, namun tidak sama dengan spesies yang dikenali di Malaysia atas nama sama (Channa marulioides).

3. Trofi tapah yang terpedaya dengan Senses Spymission warna kuning kehijauan.

K

ami dari Konda Group Indonesia telah merencanakan trip memburu tapah ini sejak 4 bulan. Namun terpaksa bersabar menunggu musim hujan berenti sebelum boleh memasuki lubuknya yang terletak di salah satu cabang sungai berair hitam yang mengalir ke Sg. Kapuas, iaitu sungai yang terpanjang dan terbesar di Borneo. Akhirnya dua minggu yang lalu, kami mendapat khabar daripada orang tempatan di Pontianak yang menyatakan musim hujan sudah berakhir. Lantas kami bersegera dengan kelengkapan untuk menakluki ikan idaman caster di sana iaitu tapah, termasuklah toman dan kerandang.

Sg. Bawas Ekspedisi ini akan membabitkan penerokaan tiga batang sungai yang berbeza di Pontianak. Pada hari pertama sampai, kami menuju ke Sg. Bawas yang mengambil masa 1 jam berkereta dari Pontianak. Motoris perahu (boatman) telah bersedia menunggu kami di jeti yang dijanjikan. Sg. Bawas hitam airnya dan mengalir perlahan di dalam hutan paya gambut. Kami dibawa menyusur sungai yang ditumbuhi rasau yang tebal sehingga ke spot mengilat tapah yang berpotensi mengikut pengetahuan motoris perahu. Dalam trip ini, kami banyak bergantung kepada gewang Senses Spymission. Gewang klasifikasi sinking minnow (SM) bersifat cepat tenggelam ini biasanya digunakan di laut, tetapi kami ingin mencubanya di banglo tapah kerana ia diyakini mempunyai banyak kelebihan. Pertama, ia cukup berat lalu boleh dibaling jauh dan tepat ke dalam zon serang hendap tapah yang biasanya menunggu di celahan rimbunan rasau. Sebaik jatuh ke sasaran, gewang ini terus tenggelam mendatar ke muka pemangsa yang menunggu di bawah rasau atau reba, dan apabila di-jerk sedikit, ia akan menampilkan goyangan punggung yang menggiurkan!

2

30 SIRIP

Tambahan pula Senses Spymission banyak dikelurakan dengan warna terang yang mudah


Teks & Fotografi : KONDA GROUP (Kalimantan Barat, Indonesia) 3

Misi Tapah

KALIMANTAN BARAT SIRIP 31


Kalimantan Dark Water Predators

5

4 4. Seawal pagi, Hery Baron dah disergap karan tapah.

5. Toman

Sg. Semusut Harry Monza.

oleh

6. Tayan yang berada di sebelah

tenggara kota Pontianak di mana terletaknya Sg. Mendawak dan Semusut iaitu mahligai casting tapah, toman dan kerandang.

7. Kerandang yang bercorak hitam oren menyala. Spesies ini paling mudah diperdaya dengan gewang kerana sifat garangnya dalam menjaga wilayahnya.

8. Strike demi strike daripada + sang tapah di Sg. Mendawak 9. yang bersaiz purata 4 - 5 kg!

dikesan tapah, ditambah pula bebola gemerincing di dalam badannya yang pasti menggeramkan sang tapah. Setelah beberapa waktu mengilat dengan mengekalkan aksi Senses Spymission di aras yang dalam sambil mengarau dan jerk perlahan-lahan, akhirnya Monza mendapat strike pertama. Setelah 3 minit bergelut, sang predator tapah akhirnya tewas. Bacaan lip grip menunjukkan trofi itu seberat 5 kg! Setelah bergambar, Monza melepaskan tapah itu dengan selamat, semoga bisa bertemu kembali di lain waktu. Kami teruskan casting selama tiga jam selepas itu tanpa berhenti, tapi anehnya tiada sebarang sambaran lagi sampailah tengahari. Sambungan sesi petang selepas makan nasi bungkus tengahari juga kurang memuaskan. Kami hanya sukses menaikkan dua lagi tapah berukuran kecil sahaja. Kami tamatkan ekspedisi Sg. Bawas dan kembali ke kota Pontianak. Malam itu di Pontianak, kami bertemu dengan teman-teman memancing dari Kumpulan Komunitas Dunia Air untuk makan malam dan mengharapkan sedikit-sebanyak tips dan strategi yang mampu memudahkan kami kembali meraih strike keesokan hari.

Sg. Mendawak Sambutan geng Komunitas Dunia Air sangat baik dan mereka menyarankan kami mencuba di Sg. Mendawak dan Sg. Semusut pula. Mereka turut membantu kami membuat tempahan perahu di Sg. Mendawak. 32 SIRIP

Esoknya jam 4 pagi, kami berangkat dari Pontianak ke destinasi yang dipanggil Tayan yang jauhnya 2 jam berkereta. Sampai di Tayan, motoris perahu yang menunggu terus langsung membawa kami berangkat menuju spot tapah yang memakan masa 1.5 jam. Suasana Sg. Mendawak hampir sama seperti Bawas. Kami memulakan casting dari perahu berpelurukan Senses Spymission 115S yang telah terbukti efektif semalam. Kali ini kami biarkan gewang tenggelam sampai ke dasar, kemudian barulah karau perlahan dan berhenti. Teknik ‘stop & go’ ini diulang-ulang terus bagi membangkitkan ghairah sang predator untuk menghajar gewang tersebut. Ternyata teknik ini tidak perlu waktu yang lama untuk mendapat sambutan. Hery Baron dihenjut strike pertama dan seperti biasa selepas bergambar, ikan dilepaskan kembali ke alam liarnya. Sg. Mendawak rupanya memang mahligai tapah apabila strike terus-menerus terjadi sehingga kami berhasil menaikkan 8 ekor tapah dan toman. Tapah paling besar seberat 7 kg yang berjaya ditawan Harry Monza. Hari kedua ini bisa dibilang ‘sukses banget’ kerana berhasil mendapat strike yang lumayan. Setiba di kota Pontianak, kami beri-stirehat lebih awal di hotel kerana esok kami akan menempuh perjalanan yang lebih jauh di Sg. Semusut.

Sg. Semusut Esok paginya kami kembali lagi ke Tayan dan bertemu motoris perahu semalam untuk bersiap-siap menuju ke Sg. Semusut yang memakan masa selama 1 jam. Hari ketiga ini di Semusut, kami akan cuba mencari spesies selain tapah iaitu to-


6 man, kerandang dan hampala (sebarau). Sg. Semusut ini agak sempit, dan kami mengilat sambil berhanyut mengikut arusnya ke bawah. Strike pertama diterima Hery Baron dengan seekor baby hampala menggunakan gewang Senses Kaido Shad. Kemudian beliau disergap lagi, kali ini oleh seekor kerandang yang menyerlah corak warna badannya.

7

Pemandangan Sg. Semusut cukup meng-asyikkan sekali, apatah lagi terdapat varieti spesies predator selain tapah. Selepas menjamu selera tengahari, Harry Monza berjaya menakluki seekor toman yang begitu garang sekali membaham Senses Spymission 115S. Trip hari terakhir di Semusut ini ternyata membuahkan lebih banyak hasil berbanding dua hari sebelumnya di sungai yang lain. Kami akhirnya sudahi ekspedisi ini pada jam 4 petang dan melanjutkan perjalanan pulang ke Kota Pontianak dengan kelelahan, tetapi dengan sepenuh kepuasan! - SIRIP -

8

9

SIRIP 33


Endau-Rompin Beauty & The Beast

1

MAHARANI JALAI

ENDAU-ROMPIN

2

34 SIRIP

3


Teks & Fotografi : LIN TODAK 1. Ahlul komplotos. 2. Mereka

hanya mendayung tanpa menggunakan enjin sejauh 4 jam perjalanan ke hilir Sg. Endau.

3. Jalai mata merah dengan

ganas menghentam Farangba Hmmerhead jumpfrog.

T

rip pertama didahului geng Man Kodak telah meninjau kawasan target yang bakal kami susuli pada trip kedua. Ternyata trip pembuka tirai membuahkan hasil, membuatkan kami tidak senang duduk dibuatnya! Antara tangkapannya ialah toman, sebarau dan si maharaja jalai (toman bunga / kerandang) yang cantik. Trip kedua menyusul pada 25 Mei melibatkan Man Kodak, Faiz Chian, Ursin Lempoyang, Harry NK Angler, Jalax Suarex, Khairul Anuar dan saya sendiri.

Perjalanan mengambil masa 4 jam dari pekan Kluang, Johor untuk sampai ke destinasi. Setibanya di jeti Kg. Peta kira-kira jam 7 pagi, kami memunggah barang-barang ke dalam scanoe dan perlahan-lahan mengikut arus ke hilir tanpa menghidupkan enjin. Berada di tengah alam semulajadi yang terpelihara semestinya membangkitkan perasaan yang mendamaikan. Tidak lama menyusuri sungai, kelihatan sekumpulan anak toman sedang frenzy mengejar habuan. Dalam pada itu, kerapkali juga kami harus turun menolak scanoe apabila berjumpa kawasan cetek. Namun, ia pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi diri saya.

Batu Gajah Sedang asyik perhati alam sekeliling dengan sekali-sekala mengilat rambang, mata kami akhirnya tertumpu pada tunggul kayu dan reba. Kawasan yang sinonim dengan rumah sebarau ternyata tidak mengecewakan apabila beberapa strike mengena. Memandangkan kami akan bermalam di sini dan bekalan makanan agak terhad, kami memutuskan untuk mengambil 3

ekor sebarau bersaiz sederhana sahaja sebagai hidangan malam, manakala sebarau yang tidak kami perlukan dilepaskan semula. Perjalanan diteruskan sehinggalah kami diberitahu Man Kodak bahawa spot seterusnya dikenali sebagai ‘Batu Gajah’ merupakan kawasan jajahan si maharaja jalai ataupun kerandang.

Naluri Wanita Di kawasan ini, arus agak perlahan dan tenang, sesuai dengan karektor si jalai yang hanya duduk diam di celah-celah kayu menunggu mangsa lalu di depan mata. Berpandukan naluri seorang wanita yang halus, saya dengan yakin menyasarkan serangan ke satu sudut yang arusnya mati dan terdapat daun-daun kering menutupi sebahagian kawasan di sekitarnya. Saya memilih jump frog Farang Ba Creations untuk memujuk mangsa. Setelah beberapa kali balingan, akhirnya gewang saya disambar padu di permukaan air! Kata orang, tarikan jalai tidaklah sekuat mana hanya menghampiri tarikan haruan, akan tetapi berikutan habitat jalai di sini sentiasa menongkah arus, kedengaran juga bunyi drag menandakan tali masih keluar dari kekili. Anggapan saya meleset apabila mangsa berjuang berhabis-habisan untuk meloloskan diri. Dengan menggunakan joran Bass Hunter 10 - 20 paun dilengkapi kekili Bass Hunter keluaran Team Seahawk, buat pertama kalinya saya berjaya jinakkan maharaja jalai yang saya idam-idamkan selama ini. Saat trofi akhirnya berada di tangan, saya terpegun dengan kecantikannya yang amat mempersona. Malangnya, spesies ini dikhuatiri hampir pupus dan sebagai pemancing yang beretika, kita sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga kelestariannya demi generasi akan datang. SIRIP 35


Endau-Rompin Beauty & The Beast

4. Double strike sebarau dengan kilat sesudu.

5. Ursin dan Khairil Anuar dan + juga berjaya menjerat jalai. 6. Kesemua jalai yang berjaya dilepaskan semula ke habitat asal supaya legasi maharaja tersebut dapat diteruskan.

7. Toman bujang pantang melihat jumpfrog.

8. Puas apabila dapat menaik-

kan spesies yang sentiasa menjadi sebutan para pemburu snakehead.

4

Lubuk Pusar Lubuk seterusnya dikenali sebagai ‘Lubuk Pusar’ merupakan kawasan utama yang dimanipulasi oleh spesies gah bernama toman. Lubuk ini sangat dalam dan arusnya pula hanya berpusing di kawasan itu sahaja. Di lubuk ini, Man Kodak berjaya memujuk seekor toman dengan jump frog Farang Ba Creations. Manakala saya pula mendaratkan seekor lagi toman 2 kg, tetapi kudratnya sangat kuat berbanding toman yang pernah saya perolehi sebelum ini sehingga saya menyangkakan toman yang saya jerat benar-benar besar! Menjelang petang, kami bergerak menuju ke rumah rakit milik salah seorang penduduk Asli kawasan Punan untuk bermalam. Oleh kerana saya seorang sahaja wanita, saya juga menggalas tanggungjawab sebagai tukang masak dibantu Man Kodak serta Khairul Anuar untuk menyediakan makan malam. Benar kata orang, apabila berada di da-lam hutan, apa sahaja yang dimasak akan jadi sedap tidak terkata. Tambahan pula dengan keadaan kami yang tidak cukup tidur dan kepenatan kerana seharian memancing.

5

6

36 SIRIP

Selepas bersarapan dan berkemas ke-esokan paginya, kami bergerak meninggalkan rumah rakit tersebut seawal jam 8 pagi kerana perjalanan balik ke hulu memakan masa yang agak panjang sekitar 6 jam, dan kami masih ingin mencuba nasib sepanjang perjalanan pulang.

7


8 SIRIP 37


Endau-Rompin Beauty & The Beast

9.

Toman Lubuk Pusar yang mempunyai kekuatan berkali ganda berbanding toman tasik.

10. Jumpfrog Farang Ba menjadi sungguh kali ini.

11. Tok Man gembira dengan

sebarau yang diperolehi di Lubuk Mahyud.

9

10

11

Menongkah Arus Farang Ba Jumpfrog

Seahawk Spoons

38 SIRIP

Katak & Kilat Mengilat di Endau-Rompin hilir sudah memadai dengan dua jenis gewang sama ada permukaan atau kilat sesudu (spoon) untuk menjinakkan spesies pemangsa yang menguasai seksyen pertengahan Sg. Endau yang jernih seperti toman, jalai (kerandang), kelisa dan sebarau. Di sini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak TCE Sports Sdn. Bhd. kerana sudi menaja sebahagian besar peralatan memancing yang kami gunakan, termasuklah kilat sesudu keluaran Seahawk dan gewang jumpfrog keluaran Farang Ba Creations yang telah beraksi dengan cukup cemerlang dalam ekspedisi ini.

Perjalanan naik ke hulu agak memenatkan. Kami lebih kerap turun dan menolak scanoe yang tersangkut di kawasan cetek. Tambahan pula, terpaksa melawan arus. Kira-kira 1 jam sebelum sampai ke jeti, kami bermandi-manda dan melepaskan tekanan semaksimum mungkin sebelum menempuh rutin pekerjaan pada hari berikutnya. Kebetulan sekali, lokasi yang kami pilih mempunyai reba kayu yang tampak sangat berpotensi. Sambil bermandi-manda, kami mencuba nasib. Beberapa strike sebarau dihadiahkan sebagai tanda selamat jalan. Sesudu Seahawk 15 - 20 gram menjalankan tugasnya dengan cemerlang apabila paling banyak memperdaya sebarau yang berkeliaran di kawasan itu. Sebelum bergerak pulang ke rumah masing-masing, kami sempat mengabadikan kenangan bersama semua anggota yang menyertai trip kali ini dalam bentuk foto untuk dijadikan bual bicara di kemudian hari. Walaupun penat dan letih, namun setiap seorang dari kami masih mengukir senyuman kepuasan yang tiada tolok bandingnya. - SIRIP -



The Rising Seastone 1

SENANDUNG SEASTONE S 1. Semakin senja, strike demi

strike berterusan daripada bondong talang.

2. Satu-satunya tenggiri bu-

nga oleh Sham Mat Ayam Kampung.

3. Dr. Jeffri dan Dr. Salimi,

doktor dan pakar perubatan yang kaki jigging tegar.

ejak setahun kebelakangan ini, muncul suatu nama hotspot jigging yang asyik meniti di bibir kaki jigger Lembah Klang. Sea-stone... Seastone... saya yang lambat pikap terpinga-pinga memikir apakebende tempat itu. Rupanya baru saya faham ia berasal daripada nama Batu Laut, sebuah kampung pesisir laut kecil berdekatan Morib di daerah Kuala Langat, Selangor.

Hmmm... memang bijaklah siapa yang rebranding Batu Laut kepada Seastone, sampai meletup diserbu kaki jigging dan menyaingi populariti hotspot jigger di Tg. Tuan, Port Dickson (P.D)!

Selepas 40 tahun, saya orang Selangor pun baru tahu wujudnya Batu Laut ini! Semuanya gara-gara seorang anak muda tempatan yang mula-mula sekali mengusahakan sebuah bot kecil untuk pemancing berjigging di perairan Selat Melaka di kampungnya itu tahun lepas. Kalau sebelum ini di daerah Kuala Langat, kaki pancing lebih mengenali Ke-lanang, Banting dan Jugra, kini Batu Laut yang terletak di antara Tg. Sepat dan pantai peranginan Morib menjadi pilihan ramai untuk mengambil nombor giliran tempahan bot.

Perintis Saya akhirnya berkesempatan menaiki bot Seastone yang diusahakan Rezza barubaru ini, atas ‘tiket’ Zahrin Mohtar, pengasas laman FB Geng Niaga Pancing 88 yang merupakan pengunjung setia Seastone. Rezza-lah yang saya sebutkan tadi perintis bot pancing jigging di Batu Laut. Beliau yang asalnya berjawatan pegawai perhubungan awam sanggup resign untuk mencipta karier sebagai kapten bot pancing di Batu Laut setelah sekian lama memiliki bot sendiri sekadar memancing suka-suka. Bot beliau cukup selesa untuk 5 - 6 jigger dan dilengkapi dua buah enjin 90 kuasa kuda yang berpangkalan di jeti Batu Laut, terletak hanya di tepi jalan utama antara Morib - Tg. Sepat. Trip sehari ini turut disertai geng Golians yang biasa di P.D tetapi pertama kali menduga perairan Seastone.

2

40 SIRIP

Tertarik saya apabila tak sampai 20 minit memecut keluar dari jeti, Rezza menghentikan botnya untuk menyuruh kami menurunkan jig. Alahai... cepatnya sampai!


Teks & Fotografi : HALIMI HANIP

4. Sekumpulan ikan kecil yang

amat banyak di pertengahan air, dan di sebaliknya berkeliaran pemangsa mencari sasaran mudah.

5. Storm Koika 60 g ini sangat laku dibaham talang lewat petang. Asalkan karau super fast!

6. Koleksi tangkapan jenahak + dan kachi dengan jigging 7. perlahan di Batu Laut.

3

4

Kami kini berada di tengah Selat Melaka yang mana geng Klang suka benar gelarkan kawasan laluan kapal kargo antarabangsa ini sebagai ‘Zeezone’. Bot Rezza dilengkapi GPS dan sonar dengan beberapa titik koordinat lubuk yang disimpannya di perairan Batu Laut. Menurut beliau, lubuk ikan di sini adalah lubang, beting dan karang di dasar yang purata kedalamannya sekitar 50 - 60 meter. Seastone menjadi semakin popular semenjak permainan jigging perlahan atau slow-pitch jigging meletup tahun lepas. Spesies yang disasarkan sudah tentu ikan demersal seperti kerapu ‘tong gas’ dan ‘bantal emas’ jenahak dengan hanya ‘mengetuk-ngetuk’ dasar menggunakan slow jig sebagak 250 g. Maklumlah Selat Melaka, memang laju arusnya.

Super Fast! Namun trip ini berlaku ketika arus menyorong mati, menyebabkan ikan dasar kurang aktif walaupun puas kami mengetuk dasar perlahan-lahan secara berhanyut. Rezza juga rajin memusing semula botnya agar beredar ke arah lubuk sekali lagi dan akan memberitahu di mana aras kedudukan ikan berada. Seringkali kami diberitahu Rezza dan melihat sendiri di paparan sonar bahawa kumpulan ikan berlegar di aras pertengahan. Tanpa mengetahui gerangan ikan apa, Yap Kabillah dan Dr. Jeffri terus menukar gaya jigging perlahan kepada cetusan karauan laju ke atas, lalu terus bang! Ruparupanya ada geng talang dan gerepoh (G.T) di bawah sana yang mungkin menyelinap di sekeliling kumpulan ikan kecil yang berkerumun dan terampai-ampai di aras tengah.

6

7

5

SIRIP 41


The Rising Seastone

8 8. Tak sangka ada kandang sotong di laut Selangor!

9. Yap Kabillah dengan super fast talang jigging.

10. Seronok sakan kami apabila

dapat mencandat berpuluh ekor sotong di sebuah beting kedalaman 20 meter. Tak payah gi candat di Terengganu. Siang-siang pun mencakup!

10

42 SIRIP

Unjunan laju terutama dengan jig 60 gram berupa ikan bilis dan tamban seperti Storm Koika dan Gomoku Super begitu menjadi sekali. Beberapa ekor talang, G.T termasuk sagai berjaya dinaikkan sehinggalah ia hilang apabila arus langsung tak bergerak.

9

Jom Candat Sotong!

beting cetek sedalam 20 meter di tengah Selat Melaka yang menurutnya adalah lubuk sotong. Tak sangka saya ada lubuk candat sotong rupanya di negeri Selangorku ini!

Terkejut saya apabila Rezza mencadangkan kami ke kandang sotong. “Jom kita gi candat pulak!� Terpinga saya adakah aku berada di Terengganu? Tetapi itulah realiti apabila Rezza membawa kami ke sebuah

Dah lama beliau rahsiakan lubuk ini kerana takut diketahui bot-bot pukat tunda. Mencandat sotong ini dijadikan alternatif utama sewaktu arus tak bergerak yang mana ketika ikan kurang berminat dengan jig.



The Rising Seastone

11 11. Super fast jigging, itu ‘ma-

kan dia’ kalau nak ambik talang dan sagai. Satu ilmu baru saya pelajari dari Dr. Jeffri dan Dr. Salimi.

12. Aksi talang yang menyambar

jig karauan laju saya dan cuba menghamburkan jig sehingga termuntah ikanikan bilis yang dibahamnya sebelum itu.

Maknanya Rezza menawarkan tiga plan apabila membawa jigger di sini. Kalau ikan dasar tak aktif, dibawanya ke lubuk ikan pelagik. Kalau semua ikan pasif terutama ketika air tak berarus, kandang sotong ini pasti membuatkan anda memancing sambil ketawa terbahak-bahak. Sebab jika silap gaya, habis badan disembur dakwatnya! Candat hanya perlu dihulur ke dasar dan biar sahaja. Apabila seekor sudah mencekup, anda akan lihat kawanannya turut mengekori sampai ke permukaan. Pada masa itu, biarkan sotong yang terlekat dalam

air dan rakan di sebelah boleh pilih sotong mana nak dicandat! Sejam kami di situ, berpuluh ekor sotong dinaikkan!

Karan Talang Sebaik arus kembali bergerak, Rezza membawa kami ke lubuk demersal. Entah macam mana, timbul idea Dr. Salimi untuk mencangkuk kepala sotong pada jig perlahan lalu ia dibiarkan sahaja terseret di dasar. Idea bijaknya menjadi apabila satu getuan kasar berlaku, lalu disentap sebaik jig mula dibawa lari (macam main bottom pulak eih!). Ikan terus memecut laju tapi sayang perambutnya putus separuh perlawanan. Haiyaaa! Kami kemudian berpindah ke lubuk ikan pelagik tadi dan sekali lagi diserang talang bertubi-tubi. Paparan sonar kelihatan penuh imej kumpulan ikan dari dasar yang berkarang sampai hampir ke permukaan air. Dr. Jeffri yang pandai ‘ambik’ spesies pertengahan air ini memberi tunjuk ajar kepada saya supaya karau jig 60 g warna keperakan selaju super fast. Terbukti! Dua kali strike tetapi jig lesap kerana saya gunakan set jigging mikro bertali 6 paun. Geram punya pasal, joran Major Craft Slow Draw bergabung dengan kekili Accurate Valiant 300 disarung, jig dikarau laju giler dari bawah berselang stop dua saat dan mencanak kilat semula, lantas satu renjatan karan merenggut ke bawah hampir meluruhkan jantung dirasakan!

12

44 SIRIP

Cukuplah... janji dapat karan talang, karan sotong, karan Seastone! - SIRIP -



Atip Adventures 1

Pesona Petualangan Atip T

eam Wallycom Traverse kali ini berhasrat untuk cuba ke Sg. Kelay pula, dek hasutan Pak Suke guide. Katanya di sana saiz black bass dan kelah lebih menatang. Penerbangan kami 7.40 pagi menggunakan Lion Air dan transit ke Jakarta selama 4 jam sebelum lanjut ke Balik Papan. Kemudian kami bertukar ke pesawat Wings Air menuju Berau dan selamat tiba kira-kira jam 7 malam. Kedatangan kami disambut mesra Pak Erwan, guide kami tahun lepas. Dalam kend-

eraan, macam-macam yang kami sembangkan berikutan hampir setahun tidak bertemu. Pak Erwan yang kami sudah anggap sahabat akrab terus membawa kami ke hotel di bandar untuk beristirehat selepas menjamu selera masakan Padang di warung.

Hampa Ke Kelay Esok jam 9 pagi, kami dijemput Pak Erwan menuju ke Sg. Kelai. Pagi ini Pak Erwan ditemani Pak Koko dan Adi yang akan menjadi guide dan chef kami di hutan. Perjalanan ke Sg. Kelay bermula. “Mudah-mudahan cuacanya aman hari ini,” bilang Pak Koko. Menurutnya, Berau menerima taburan hujan yang tinggi beberapa minggu kebelakangan ini hingga banjir di beberapa sungai di sana. Mungkin tempias El-Nino yang melanda Asia Tenggara tahun ini sehingga mengubah pola hujan di sana yang sepatutnya sudah bermula musim kering. Setelah 3 jam perjalanan, kami tiba di kampung dayak. Kelihatan sungai keruh, tinggi dan deras akibat hujan hulu. Pak Erwan mencadangkan kami berpatah balik ke Berau dan bermalam lagi di sana memandangkan keadaan Sg. Kelay tidak mengizinkan.

2

46 SIRIP

“Esok kalau sungainya bagus, kita ke Kelay atau kalau masih begini, kita cuba spot yang lain,” ujar Pak Erwan. Kami pun pulang ke hotel dengan perasaan hampa.


Teks : FAKHREEAHDON APEX

Fotografi :Wallycom Traverse

1. Trofi kelah (sapan) 4.5 kg terbesar berjaya penulis jinakkan kali ini. Yesss!

2. Basecamp kami di hulu Sg. Atip.

3

3. Sebarau terbesar yang Kay

Masih Ada Sinar Esokan kami dijemput Pak Didit, ke kedai pancing AV Jaya miliknya sementara menunggu Pak Koko dan Adi cuba mencari alternatif lain sekiranya Sg. Kelay masih tidak mengizinkan untuk memancing. Kira-kira 11 pagi, Pak Koko dan Pak Adi datang membawa berita. “Pak, baru sebentar tadi saya hubungi boatman di Kg. Punan, Malinau. Katanya kalau mahu ke Sg. Atip juga mungkin bisa,” kata Pak Koko. Pak Koko serahkan kepada kami untuk membuat

keputusan untuk ke sungai yang mana. Selesai bermesyuarah, kami sepakat membuat percaturan untuk ke sana memandangkan tiada lagi alternatif lain dan berserah kepada takdir. Hari ini Pak Erwan tidak ikut bersama kerana kesihatannya merosot sehingga tidak boleh bangun dari katil. Sekitar 4 petang kami tiba di Kg. Punan Malinau, disambut Samuel dan Laban yang sudah tidak asing kerana pernah menjadi boatman kami tahun lepas. Kami istirehat di rumah Laban sebelum ke Sg. Atip esoknya.

naikkan berjaya habitatnya.

‘CNR’

di

4. Hanya

kenderaan 4 roda yang layak melalui jalan penuh mencabar di sini.

5. Ahli trip bergambar kenan-

gan. Dari kanan Laban, Pak Adi, Penulis, Wan, Lan, Pak Andik, Kay, Samuel, Agus dan Pak Koko.

6. Lan berjaya menaikkan sebarau menggunakan gewang Rapala GF.

4

6

5

SIRIP 47


Atip Adventures

7

8

Pesona Atip Sg. Atip merupakan cabang Sg. Malinau yang kami pergi tahun lepas. Sungainya tidak terlalu lebar dan dalam. Guagua kecil yang terbentuk kesan arus yang menghakis batu dan tebing sungai juga banyak, menambah keindahan sungai ini. Perjalanan 4 jam kami tempuh bersama 4 perahu ketinting yang dimudik oleh Laban, Pak Andik, Agus, dan Ayien. Tepat 1.30 tengahari kami tiba di basecamp. Pak Adi dan Pak Koko bersiap-siap untuk menyediakan makanan siang dan boatman berganding bahu membina khemah kanvas dan lantai daripada daun sejenis pokok seperti pokok nipah. Selesai makan, kami siap sedia memulakan aktiviti memancing. Keadaan sungai ketika itu kelihatan masih keruh kesan daripada hujan pagi tadi di hulu. Hampir setiap bangkar dan reba di kiri kanan sungai diselongkar. Hinggalah tiba di satu spot lubang di bangkar yang kecil, satu sambaran padu saya terima. Lesen pertama saya tahun ini di Berau, seekor baung 2 kg berjaya saya daratkan. Berminyak bibir Pak!

Nongkrong Lewat malam itu kelihatan dari jauh kilat sabung-menyabung. Namun sampai ke subuh hujan tidak kunjung tiba. Alhamdulillah, pagi itu air semakin jernih. Seperti memberi petanda awal yang percaturan kami berjaya. Tepat 8 pagi, kami mengambil posisi masing-masing. Saya dan Kay hanyut ke bawah dengan perahu Laban dan perahu Agus mengekori di belakang. Manakala Lan dan Wan ingin mudik ke hulu. Awal pagi itu sebarau bawah 500 g gemar menjamah gewang kami. Sekitar 10 pagi, barulah Kay menerima sambaran sebarau 2.5 kg. Kemudian sekali lagi gewang Sotelo FT yang diberi pihak Rasengan untuk dicuba oleh Kay disambar padu. Joran 8 - 16 paun dipam sehingga melentur rapat ke permukaan air. Tali utama SR Braided 40 paun meluncur keluar sedikit demi sedikit dan akhirnya ikan berjaya dipam ke tengah sungai dan lama-kelamaan kelihatan seekor kelah 3 kg. Yes! Selesai berfoto, kami hanyut kembali. Sambaran semakin berkurangan. Di saat sedang berhanyut, saya terpandang satu bangkar kecil dan membuat lontaran Sotelo HT. Gewang dijerk perlahan-lahan dan secara tiba-tiba satu terjahan keras diberi penghuni bangkar. Tetapi alangkah kecewanya ketika sedang bertarung, ikan terlucut! Mata kail hadapan terkangkang, mata kail di belakang ada yang bengkok ke dalam!

9

48 SIRIP

Selepas kejadian dibuli monster, kami terus pulang ke basecamp kerana hari mulai gelap. Kelihatan Lan dan Wan sudah pun pulang. Kami bertukar-tukar cerita hari pertama ini. Lan berjaya mendaratkan berekor-ekor sebarau dan terbesar anggaran 3 kg. Wan pula amat beruntung kerana berjaya mendaratkan 3 ekor kelah seberat 3 kg lebih setiap seekor!


Trofi Sapan Sekitar jam 12.30 malam, hujan turun gerimis di basecamp. Kelihatan di hulu sungai terang-benderang dengan pancaran kilat. Saya sudah mulai risau. Mujurlah keesokannya air tak terlalu keruh atau jernih. Kami seperti biasa selesai sarapan, terus persiapkan peralatan untuk memancing. Sampai ke spot di hulu sekitar 9 pagi, Laban mula hanyutkan perahu. Tidak sampai 30 minit, Duo FT 100 saya dihenjut penghuni reba. Joran cuba dipam tetapi masih tidak mampu melawan si monster. Tali mencurah-curah keluar. Ikan berjaya masuk ke reba, membuatkan Laban terus terjun menyelam untuk bawa ikan itu keluar. Akhirnya sebarau 3 kg kelihatan di permukaan. Namun tidak semena-mena ia membuat pecutan terakhir. Zas! Terlepas sebarau daripada mata kail yang tercangkuk pada pipi dan dagunya. Selepas diamati, mata kail telah pun terkangkang. Adeh! Namun selang sejam, saya menerima sambaran kedua dari penghuni bangkar. Joran digenggam kemas dan dipam sekuat mungkin untuk mengelakkan ikan lari ke bangkar semula. “Jangan harap aku bagi peluang,� bisik hati saya. Setelah berjaya dikekang, terpampang kelibat seekor kelah yang lebih dikenali atas nama sapan berukuran 4.5 kg berenang keletihan. Mantap!

Black Bass Sg. Atip Selesai bergambar, kami berhanyut kembali. Sedang sibuk mengilat, tiba-tiba Halco Sorcerer 90 FT Kay diragut kasar. Joran 8 - 20 paun Kay tidak mampu menampung kekuatan monster itu. Walau bagaimanapun ikan berjaya masuk ke dalam lubang di tebing batu. Kay pula risau dengan perambut Maxima Line – Dispenser Big Game 50 paun akan putus bergesel batu. Lalu Laban mula himpitkan perahu merapati tebing dan kemudian terjun menyelam untuk menarik ikan tersebut keluar. Akhirnya, kelihatan seekor berskala 5 kg timbul keletihan. gembira kerana akhirnya dapat black bass air tawar. Ikan di-cnr jamin kelestariannya di sana.

11

black bass Kay begitu juga lesen untuk men-

10

Kecundang Lagi Tak lama selepas Kay menaikkan black bass, saya menerima henjutan kasar pada satu lubang di tebing batu dihenjut padu oleh monster. Walaupun drag yang berkekuatan 5 kg dikunci habis, namun tali mencurah-curah laju keluar sehingga saya terpaksa menahan menggunakan ibu jari pada gelendong kekili untuk mengelakkan ikan masuk ke lubang lebih dalam lagi. Tuss! Tali utama saya putus selepas ber-geser lubang batu tersebut. Terduduk saya kekecewaan! Tengah malam itu hujan turun di basecamp dengan lebatnya. Seperti trip ini perlu ditamatkan lebih awal seandainya air naik dan bertambah keruh.

7. Singgah bertemu Pak Didit pemilik kedai pancing AV Jaya di Berau.

8. Kelah yang Kay daratkan

di lubuk black bass menggunakan gewang Sotelo.

9. Kelah

yang berjaya Lan na-ikkan di air yang separas lutut!

10. Wan, raja kelah 6 ekor! 11. Spesies nyaru yang sama keluarga dengan jelawat.

12. Baung yang berjaya saya

naikkan menggunakan gewang Ima Sasuke 95.

Keesokannya kami bersiap-siap mengemaskan barang selepas bersarapan untuk pulang ke Kg. Punan Malinau. Air semakin keruh dan tinggi, masih tidak nampak akan kembali jernih dalam masa terdekat. Kesemua kami berhanyut dari basecamp sambil mengilat, percubaan terakhir sebelum pulang ke Kg. Punan Malinau. Mana tahu beruntung, ikan masih mahu menjamah ge-

12

SIRIP 49


Atip Adventures

13 13. Keunikan sungai gunung di

wang kami.

berjaya. Tidak lama kemudian tiba-tiba tali menjadi kendur. Selepas diteliti, perambut Maxima 50 paun putus. Aduh, kecewa lagi!

14. Berkesempatan

Semakin berhanyut ke bawah, keadaan air sungai semakin jernih. Sebarau-se-barau kecil ligat menyerang gewang seperti kelaparan selepas hujan. Oleh kerana keadaan yang demikian, nampak seperti masih ada peluang. Kami tangguhkan dulu pulang ke Kg. Punan Malinau untuk bermalam semalam lagi di sini.

Berau apabila mempunyai spesies black bass sungai yang lebih kuat tenaganya berbanding yang tinggal di air payau kerana bermastautin di hulu sungai berjeram dan berair deras. bertemu ikon pemancing Berau seperti Pak Wellie, Pak Dodo dan Team East Borneo Sport Fishing (EBSF) ketika makan malam.

Kecundang Ketiganya Sampai di satu bangkar, Samuel memperlahankan perahu untuk kami bertiga bersama-sama melontarkan gewang. Segenap penjuru bangkar dipunggah. Tidak semena-mena Halco Sorcerer 90 GF yang baru saya jerk di permukaan air disambar monster. Terlihat kelibat si black bass membawa lari gewang tersebut semasa di permukaan air. Saya membuat serangan balas dengan mengepam joran semaksima mungkin. Namun, ikan berjaya masuk ke dalam bangkar. Joran dipam-pam dan tali utama dijentik untuk membuatkan ikan itu keluar, tetapi tidak

Sapan Air Dangkal Selepas teruk dibuli black bass, kami teruskan berhanyut. Segala lubuk dan reba dipunggah namun sunyi. Lan yang ada di depan akhirnya menerima sambaran kelah 2.5 kg di kawasan air separas lutut. Lan kelihatan begitu gembira kerana sejak hari pertama berpeluang menaikkan sebarau sahaja. Kata Pak Koko, kalau di sana dapat sebarau dibilang aib atau umpama boncos. Ahaha! Gelaran Raja Kelah memang sinonim dengan Wan kali ini. Hari ini Wan berjaya menjinakkan seekor lagi kelah 3 kg. Sudah 6 ekor kelah 3 - 4 kg berjaya beliau tewaskan! Tengah malam, hujan turun dengan lebatnya. Laban yang tidur-tidur ayam seringkali menyuluh gigi air untuk memastikan keadaan air sekiranya tiba-tiba banjir berlaku. Keesokannya air semakin keruh dan tinggi. Kami membuat keputusan untuk pulang sahaja ke Kg. Punan Malinau. Walaupun dengan keadaan cuaca yang hujan dan kondisi air yang keruh dan tinggi, ternyata spesies-spesies predator Sg. Atip masih ramah menjamu gewang yang disajikan. Cuma seekor black bass berjaya dijinakkan berbanding kelah kesemuanya 10 ekor, nyaru 4 ekor dan berpuluh-puluh sebarau. Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi kesempatan untuk datang lagi ke Berau tahun ini dan meraih banyak sambaran monster yang tidak terjangka.

14

50 SIRIP

Semoga spot-spot kayangan di sini akan terus lestari dengan spesies-spesies terhandal air tawar hingga bila-bila... - SIRIP -


Sirip Forum

Sesuaikah pulau-pulau Taman Laut Malaysia yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 dibuka untuk sukan memancing ‘C&R’ dalam situasi integriti pemancing kita yang masih dipersoalkan?

E

tika Memancing ke-5 ini adalah sokongan kepada etika ke-4 (Memancing dan Mengemudi Bot dengan Selamat). Memang begitulah kita. Walaupun sedar sesuatu itu untuk keselamatan dan kepentigan diri sendiri, tetapi tanpa peraturan, liat benar untuk kita melakukannya. Contoh paling hampir adalah pemakaian topi keledar. Ia wajib kepada bagi penunggang dan pembonceng motosikal. Bukan untuk melindungi orang lain, tetapi untuk melindungi kepala pemakainya. Semua tahu tentang itu. Tapi berapa ramai yang memakainya kerana itu? Sebaliknya ramai yang memakainya kerana takut terserempak dengan penguatkuasa. Takut kena tahan dan saman sebab melanggar peraturan.

terutama terumbu karang serta flora dan fauna yang terdapat di dalamnya secara berterusan. Ianya penting dalam memastikan kestabilan lautan secara keseluruhan untuk sama-sama dinikmati oleh generasi akan datang. Itulah yang seharusnya kita tanamkan dalam mematuhi peraturan tersebut. Kita patuh kepada peraturan tersebut demi kebaikan ekosistem yang akhirnya mampu memberi manfaat kepada pemancing untuk jangka masa panjang. Malangnya ada antara kita tidak berfikir sebegitu. Mereka patuh kepada peraturan tersebut sebab takut dikesan oleh penguatkuasa. Mereka takut terhadap tindakan yang bakal dikenakan. Khususnya apabila melibatkan rampasan perkakas pancing kesayangan yang bernilai ribuan ringgit.

Begitulah juga dengan memancing. Kita boleh berkempen dan berkhutbah supaya pemancing melakukan itu dan ini demi kebaikan diri sendiri, orang lain atau alam semulajadi. Tetapi bila tiada peraturan dan penguatkuasaan, jangan berharap sangatlah ianya menjadi amalan. Melainkan oleh segelintir pemancing yang benar-benar tinggi kesedarannya.

Hasilnya ada yang curi-curi memancing di kawasan taman laut apabila sahaja ada kesempatan, ruang dan peluang.

Peraturan Memancing

Berdebar bukan teruja, tetapi berdebar kerana bimbang.

Meminjam istilah popular dalam jerayawara tempoh hari, pemancing rekreasi di negara ini adalah bagai ‘saka tidak bertuan’. Tidak berdaftar, tiada akta yang melindungi dan tiada hak di sisi undang-undang. Namun begitu, perlu diingat bahawa pemancing tetap terikat dan perlu menghormati peraturan dan undang-undang sedia ada. Antara yang telah dimaklumi umum adalah larangan menangkap atau cuba menangkap ikan dalam kawasan yang digazetkan sebagai taman laut atau rizab laut negara. Sepertimana yang termaktub dalam seksyen 43, Akta Perikanan 1985 (Akta 317) Undang-Undang Malaysia. Ia meliputi jarak dua batu nautika (sekitar 3.7 km) dari tikas air surut terendah pulau-pulau yang digazetkan. Kecuali bagi Pulau Kapas (Terengganu), Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil (Labuan) yang dizonkan sejauh 1 batu nautika. Kita perlu faham matlamat utama peraturan tersebut adalah untuk melindungi, memulihara dan mengurus ekosistem marin

Jujurnya saya berdebar apabila ada kelompok yang cuba mengendeng Jabatan Taman Laut agar pemancing rekreasi dibenarkan memancing di perairan mereka mendapat respon yang positif pula daripada pihak taman laut. Mereka bersurah bahawa ada teknik memancing yang selamat untuk dimainkan di perairan taman laut. Hanya melibatkan permukaan air. Jauh dari dasar di mana karang dan segala fauna dan floranya berkoloni. Maka dijajalah teknik popping yang dikatakan selamat itu. Bagi memberi lebih keyakinan, mereka turut bersurah bahawa ada negara yang telah melakukannya dan terbukti selamat. Dijaja pula cerita Australia sebagai negara contoh. Benar, memang benar apa yang mereka telah surahkan. Cuma soalnya adakah integriti pemancing-pemancing di Malaysia setara dengan pemancing-pemancing di Australia? Jika kita masih ragu dengan jawapan bagi soalan tersebut, maka adalah lebih baik niat itu ditangguhkan terlebih dahulu. Mungkin untuk 10, 20, 50 atau 100 tahun lagi sehingga pemancing kita dapat beretika sepertimana pemancing negara kanggaru tersebut. Jika tidak, ia akan membuka lebih banyak ruang untuk berlakunya kerosakan berbanding kebaikan yang kita uar-uarkan. Seperkara lagi, kita juga perlu faham bahawa sifat ikan SIRIP 51


FishySirip Forum Forum

memberi impak yang signifikan kepada usaha pemuliharaan. ‘Ikan tak akan pupus kerana pemancing’ – itulah tanggapan mereka. Dakwaan itu mungkin benar. Tetapi beberapa bukti jelas yang dapat kita tatap hari ini menunjukkan sebaliknya. Kita lihat Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir. Bagai-mana populasi kelah begitu berkembang bila mana ianya di-tutup sepenuhnya dari sebarang bentuk eksploitasi termasuk memancing untuk tempoh beberapa tahun. Pengecualian hanya diberi kepada masyarakat orang asal yang hanya mengambil ikan sekadar apa yang mereka perlukan. Bagi yang belum pernah ke sana, anda mungkin tidak percaya bahawa ikan kelah yang terkenal dengan sikap liarnya boleh membiak dan berkembang sedemikian rupa. Mungkin begitulah keadaan asal semua sungai-sungai di negara kita sebelum manusia dikuasai sikap tamak dan riak dengan menangkap ikan lebih dari keperluan. Sudah banyak tahun saya tidak masuk ke Taman Negara, Tasik Kenyir. Namun dari berita yang dikhabarkan oleh rakanrakan yang sentiasa bekunjung ke sana, Sungai Cacing yang sebelum ini ditutup atas nama pemuliharaan telah dibuka semula kepada pemancing. Hasilnya memang OMG. Itulah manfaatnya bila kita patuh kepada peraturan. Kepuasan yang berlipat kali ganda akan dapat kita nikmati. Cuma kita perlu bersabar. Mungkin ramai dari kita tidak sedar pun bahawa beberapa batang sungai di Tasik Kenyir pernah dipilih sebagai ‘Kawasan Larangan Perikanan’ bagi tempoh antara 1 November hingga 30 April setiap tahun (Utusan, 10 April 2001). Ianya termasuk Sungai Petang (sebelum dijadikan santuari kelah), Petuang, Terengganu dan Tembat. Tentu pemilihan tempoh penutupan musim tersebut telah dibuat dengan penelitian terperinci khususnya bagi menggalakkan pembiakan semula ikan. Malangnya pada tempoh itu jugalah pemancing kita berbondong-bondong ke tasik buatan terbesar di Asia Tenggara itu. Santuari Kelah Sg. Petang, Kenyir. Suatu projek pemuliharaan ikan asli yang berjaya menjadi tarikan pelancong. adalah penghijrah. Mereka tidak sama sekali akan terus tinggal bersesak-sesak dalam satu habitat. Tidak seperti manusia yang sanggup tinggal di rumah flat atau setinggan demi untuk terus kekal sebagai warga kota. Apabila populasinya telah meningkat, sebahagiannya akan berhijrah mencari habitat baru. Tunggulah mereka keluar dari zon taman laut dan pancinglah.

Kalaulah peraturan tersebut benar-benar dikuat kuasa dan dipatuhi pula oleh semua rakyat khususnya nelayan dan pemancing, mungkin hari ini kita boleh menikmati sambaran sebarau yang sedang frenzy tanpa perlu menggigil menahan kesejukan memancing di musim tengkujuh. Memang merunsingkan. Jika peraturan penutupan kawasan atau musim pun pemancing kita tidak ambil kisah, bagaimana nanti sekiranya peraturan-peraturan lain diperkenalkan. Mampukah pemancing kita patuh kepada peraturan bag limit, size limit atau spesies larangan bila tiba masanya nanti?

Mengapa pemancing perlu begitu gelojoh untuk masuk ke kawasan yang telah digazetkan untuk tujuan pemuliharaan mereka? Buat masa ini biarlah taman laut kekal dengan statusnya. Sekurang-kurangnya kita masih ada zon yang dikira berjaya dikawal dan diurus untuk tujuan pemuliharaan. Sedangkan dalam masa yang sama kawasan laut lainnya telah dan sedang dijarah dengan rakus. Kita akui terdapat kumpulan pemancing yang begitu skeptikal terhadap usaha-usaha pemuliharaan yang sedang dijalankan atau dirancang. Kumpulan ini sentiasa mencari alasan untuk tidak mematuhi peraturan-peraturan yang dibentuk atas tujuan tersebut. Bagi mereka sama ada pemancing patuh atau tidak, ianya tidak

Boat on the road - kini menjadi trend pemancing kita, tetapi di manakah garis panduannya?


Oleh : MASDUKI MOHAMMAD MORNI (Pensyarah Perikanan Rekreasi di Universiti Malaysia Terengganu) darat kita perlu peka, arif dan patuh dengan papan tanda dan lampu isyarat sepanjang memandu. Di laut pula pengemudi perlu bertingkah laku sesuai dengan maksud tanda-tanda lalu lintas yang biasanya di tunjukkan oleh boya-boya yang disediakan oleh pihak berwajib. Sama ada di darat atau di air, kegagalan memahami dan mematuhi tanda-tanda yang sediakan mampu menyebabkan kemalangan. Ia bukan sahaja bahaya kepada diri sendiri tetapi juga kepada pengguna lalu lintas yang lain. Malangnya, berapa ramai dari kita yang memahami maksud bagi setiap boya yang sering kita jumpai?

Garis panduan pengemudian bot di Kanada.

Peraturan Pengemudian Bot Hari ini seakan menjadi trend pemancing-pemancing kita memiliki bot sendiri. Pihak berkuasa juga seperti menggalakkannya. Penganjuran program seperti ‘Boat On The Road’ yang menjadi acara tahunan di Tasik Kenyir adalah seakan meraikan pemancing yang memiliki bot-bot persendirian. Sememangnya kita perlu gembira dengan perkembangan ini. Perkara sama juga berlaku di negara-negara yang terkehadapan. Sampai ke satu peringkat pemilik-pemilik bot di kalangan pemancing mampu menjadi penawar perkhidmatan. Industri perikanan rekreasi dapat dikembangkan dan pulangan ekonomi dapat ditingkatkan. Mereka mampu menjadi tekong (skipper) atau pemandu pancing yang sangat baik kerana mereka mampu berkomunikasi dengan pemancing / pelanggan pada frekuensi yang sama. Namun di sebalik keghairahan itu, perlu ada usaha-usaha untuk memastikan pemilikan bot persendirian ini tidak mengancam keselamatan pemancing itu sendiri, orang lain dan juga alam semulajadi. Kita melihat pemilikan bot di negara ini begitu mudah. Keadaannya seolah-olah sesiapa sahaja boleh membeli bot dan seterusnya mengoperasikannya tanpa sebarang syarat. Sehingga banyaknya bot di perairan kita yang beroperasi tanpa sebarang nombor pendaftaran. Sebaiknya perkara ini dilihat semula oleh pihak yang berwajib. Mengambil contoh apa yang dipraktikkan di Kanada, mereka sangat menitik-beratkan aspek keselamatan dan kebertanggungjawaban berkaitan dengan bot. Walaupun hanya sekadar untuk tujuan bersuka-suka (termasuk memancing). Mereka ada peraturan dan garis panduan yang dinamakan sebagai ‘Safe Boating Guide, Safety tips and Requirements for Pleasure Craft’.

Begitu juga dengan pematuhan terhadap arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Tentunya kita akan terdedah kepada bahaya sekiranya engkar dengan amaran pihak berkuasa agar tidak menggunakan jalan yang dilimpahi air hingga ke paras tidak selamat. Sama juga juga sekiranya tetap memasuki jalan yang ditutup akibat tanah runtuh – cari penyakit namanya. Begitu jugalah dengan amaran tiupan angin kencang dan laut bergelora. Patuhlah kepada amaran sekiranya ia dikelaskan sebagai berbahaya kepada bot-bot kecil dan semua aktiviti rekreasi dan sukan laut. Amat sedih bila membaca berita pemancing ditimpa musibah di laut sedangankan amaran awal telah dikeluarkan. Apa perlunya kita mempertaruhkan nyawa dan keselamatan diri sedangkan memancing bagi kita hanyalah aktiviti berlibur? Berehatlah sekiranya cuaca tidak mengizinkan.

Kesimpulan Pematuhan terhadap peraturan adalah satu perkara penting untuk menjadi pemancing yang beretika. Namun di negara ini masih belum ada peratuturan yang dibangunkan khusus untuk pemancing-pemancing rekreasi. Justeru adalah menjadi satu keperluan kepada pihak berwajib untuk penyediakan peraturan tersebut. Ianya penting untuk menjadi garis panduan kepada pemancing bagi memastikan keselamatan diri, orang di sekeliling dan alam semulajadi. Jangan pula nanti pelesenan sudah dibuat, tetapi peraturan-peraturannya masih kabur. Bagaimanapun pemancing janganlah mengambil kesempatan dengan ketiadaaan peraturan khusus tersebut. Patuhilah mana-mana peraturan sedia ada yang berkaitan dan terguna pakai semampunya. Jangan sampai nanti ada yang memanggil pemancing rekreasi sebagai ‘kurang ajar’. - SIRIP -

Panduan dan peraturan dibuat bukan hanya untuk tujuan pemilikan dan pengoperasian bot sahaja. Sebaliknya bermula dari proses pembuatan bot hinggalah kepada aspek komunikasi dan perhubungan. Semuanya disediakan dan perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan mereka yang terlibat, orang di sekeling dan alam sekitar. Di negara kita nampaknya masih belum ada garis panduan sebegini. Jika ada pun mungkin tidak dihebahkan kepada umum dan dikuatkuasakan. Mungkin tiada spesifikasi tertentu yang ditetapkan untuk bot-bot pancing rekreasi di negara ini. Bot-bot itu juga tidak perlu didaftarkan di manamana agensi bertanggungjawab. Namun sebagai pemilik atau pengemudi bot, kita perlu memahami dan patuh kepada peraturan-peraturan umum dan sedia ada yang terguna pakai. Antaranya, pemilik atau pengemudi bot sekurang-kurangnya perlu mahir dengan peraturan lalu lintas air. Sebagaimana jalan darat, jalan air juga ada peraturannya. Jika di darat ada peraturan untuk memotong, berselisih, memberi laluan, berhenti, membelok dan memakir kenderaan, di laut juga ada peraturan seperti itu. Begitu juga dengan tanda-tanda lalu lintas. Di

Sejauh mana peraturan ‘C&R’ ini nanti mampu dipatuhi pemancing kita? SIRIP 53


READ MORE Oleh : TOTOS OGASAWARA Terjemahan : PAPA SIRIP

‘The Slow Pitch Jerk’ hasil karya Norihiro Sato, pengasas teknik jigging perlahan yang amat berkesan.

BAHAGIAN 13 :

APA YANG KITA INGIN TAHU TENTANG IKAN?

Mahaguru Norihiro Sato telah menulis sebuah buku mengenai Slow Pitch Jerk. Sayangnya, ia ditulis dalam bahasa Jepun dan saya tidak fikir beliau akan terjemahkannya ke dalam bahasa lain. Pada akhir kolum ini, saya akan cuba menyusun beberapa artikel yang sangat menarik daripada buku beliau yang saya percaya akan memberi manfaat kepada semua...

Deria Pendengaran : Ikan Bergantung Pada Bunyi? Ikan mempunyai deria pendengaran di sepanjang badannya. Itu semua ‘telinganya’. dianggap bahawa ikan memburu makanannya melalui kesan bunyi.

Justeru,

Julat pendengaran manusia ialah daripada 20Hz ke 20,000Hz, manakala ikan kira-kira 20 Hz ke 2000Hz. Ia terhad kepada bunyi yang rendah nadanya. Apa yang kita perlu ambil kira tentang bunyi ialah tali. Jigger aktif menggerakkan talinya untuk memancing dan ia tentu mewujudkan banyak getaran bunyi di dalam air. Semakin tebal tali, getaran lebih kuat. Dan tali halus pula mendapat lebih banyak sambaran. Ini adalah fakta yang kita semua hadapi. Apabila saya melakukan jigging dengan perambut yang tebal, Mahaguru Sato menegur bahawa saya seperti memancing dengan jig sepanjang 5 meter. Ikan mungkin tidak mendengar bunyi lagaan logam pada cincin dan mata kail. Sebaliknya, ia dianggap sangat berkesan jika mengetuk lantai dasar untuk menjana bunyi. Membuat sedikit kekecohan seakan ‘sesuatu memakan sesuatu’ yang akan sentiasa menarik ikan pemangsa lain. Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang penyelam bebas, saya benar-benar bersetuju bahawa ikan hidup dalam dunia bunyi. Bunyi bergerak lebih pantas dan lebih jauh di dalam air berbanding di udara, manakala cahaya tidak dapat menembusi air dengan baik. Tiada sebab untuk ikan bergantung kepada penglihatan mata seperti kita manusia yang bergantung 90% terhadap mata. Itulah sebab mengapa ikan lumba-lumba, mamalia yang bergantung kepada penglihatan sebagaimana haiwan daratan, telah berevolusi dengan sistem deria pendengaran khas yang dipanggil ‘gema-lokasi’ dengan sempurna. Ikan sasaran kita perlu berada di ambang aktif untuk memangsa, dan bukan bersikap berhati-hati. Ia bagaikan golekan dadu. Tetapi kita pasti ingin memberikan sedikit faktor amaran sebaik mungkin. Impak mengejut kepada tali akan menggerakkan tali untuk mencantas air dan menjana gelombang bunyi. Jadi saya yakin ia begitu penting untuk memainkan jig dengan lembut selepas setiap jatuhan, dan menyambung setiap aksi secara berterusan. Jigging perlahan begitu berkesan kerana ia memberi begitu banyak masa untuk jig berenang dengan sendirinya.

Deria Penglihatan : Apakah Yang Diberi Perhatian Ikan? Ikan mempunyai penglihatan mata yang sangat lemah. Mereka tidak melihat sesuatu bentuk dengan baik, tetapi mereka sangat berminat dengan pergerakan. Bagi mereka, masa untuk makan dan masa untuk dimakan berlaku pada masa yang sama. Mahaguru Sato menekankan bahawa ikan akan mengelak apa-apa yang bergerak ke arahnya.

54 SIRIP


Samalah seperti kita. Kita sendiri pun mengelak walau si lalat kecil terbang meluru ke arah kita. Dan mereka juga mengejar apa-apa yang melarikan diri daripadanya. Mahaguru Sato juga menekankan bahawa apabila ikan pemangsa menyerang sekumpulan ikan mangsaan, mereka mensasarkan seseekor ikan yang tidak berenang dengan baik.

Sebagai seorang jigger perlahan, kita harus mengetahui perangai ikan untuk merai kejayaan.

Fokus kita adalah terhadap pergerakan yang aneh tetapi semulajadi. Sebab itulah kita mahu membiarkan jig berenang dengan sendirinya dan cuba untuk memberi ‘masa gantungan’ (hang time) yang panjang dan seberapa banyak yang mungkin. Idea ini yang membuat saya terkesima sekarang ini. Ikan mengejar jig saya ketika diangkat, dan saya biarkan jig jatuh semula ke arah ikan untuk menakutkannya. Saya mahu belajar teknik yang berbeza akan bagaimana untuk memulakan jatuhan dengan setiap jig yang berlainan. Mr. Hirota mengajar saya beberapa teknik, tetapi saya belum dapat menguasainya. Saya akan berkongsi dengan anda setelah saya memahirinya.

Konsep Masa : Apakah Pergerakan Ikan Yang Diminati? Jenis pergerakan ikan mangsaan yang diminati pemangsa ialah : a) Pergerakan keliru, lumpuh atau berpusing b) Pergerakan panik dan terpisah jauh daripada kawanannya c) Pergerakan tidak sedarkan diri dan mengampai C adalah mangsa paling disukai pemangsa. Saya rasa ini adalah fokus utama Mahaguru Sato mencipta kaedah ini, untuk mendapatkan pergerakan mendatar yang kecil secara berterusan, dan bukannya pergerakan menegak yang pantas. Ia dianggap bahawa konsepsi masa bagi ikan adalah 55 kali lebih cepat daripada manusia. Ini bererti, mereka melihat segalagalanya dalam gerakan perlahan x55. Sekilas pergerakan 1 saat bagi kita adalah seperti gerak perlahan 1 minit. Ini adalah persepsi ikan terhadap objek yang bergerak pantas dengan tepat. Sebaliknya, objek yang bergerak perlahan perlu kelihatan seperti ia terampai di dalam air. Jigging perlahan mengambil kelebihan daripada konsep ikan ini secara sebaliknya.Ini merupakan satu kejayaan besar bagi saya. Setiap pergerakan adalah ‘slow motion’ bagi ikan! Wow... Saya tidak tahu bagaimana saya boleh guna pengetahuan ini ke dalam taktik saya, tetapi ia bagus untuk diketahui. Mungkin saya perlu lakukan perubahan kadar dengan lebih drastik.

APLIKASI JIGGING PERLAHAN YANG BERBEZA Aksi jigging perlahan diaplikasikan melalui aksi karauan dan joran sebagaimana gaya jigging yang lain. Ciri tersebut berada di saat anda memberikan ‘pitch’ pada joran untuk melantunkan jig. Dengan cara ini, jig yang berkeseimbangan berpusat akan berenang dengan sendirinya, atau jatuh secara mendatar seperti dedaunan. Berada dalam kedudukan mendatar semasa jatuh adalah saat penting di mana ikan paling suka membaham jig tersebut.

Larasan Kuat, Larasan Lembut Anda boleh membuat semua jenis aksi dalam pelbagai cara. Anda boleh menukar keseimbangan berat joran dan jig untuk membuat aksi yang berbeza-beza. Anda boleh menukar kepada joran yang lebih berat dengan berat jig yang sama, dan kemudian pergerakan menjadi lebih bertenaga, lebih cepat dan lebih besar apabila aksi lantunan joran memberi lebih momentum dalam pergerakan jig. Perkara yang sama berlaku apabila anda beralih kepada jig ringan dengan joran yang sama. Inilah apa yang saya panggil ‘larasan kuat’ (strong setting). Sebaliknya, jika joran lebih ringan dalam keseimbangan relatif dengan berat jig, pergerakan menjadi lebih perlahan, lemah, dan pergerakan naik turun yang lebih ringkas. Inilah apa yang saya panggil ‘larasan lembut’ (soft setting).

Jig Gelongsor & Jatuhan Jenis jig juga berkait rapat dengan aksi. Jika anda mengkategorikan jenis jig dalam satu baris, penghujungnya hendaklah jig jenis menggelongsor (sliding jig). Jig ini berenang dengan baik ketika joran dilantun ke atas. Pergerakannya lebih lebar secara mendatar. Penghujung satu lagi ialah jig jatuhan (fall jig). Jig ini memiliki kepakaran dalam aksi jatuhan. Ia biasanya tidak menggelongsor ke sisi, jadi pergerakannya lebih menegak secara atas dan ke bawah. Ia hanya bergantung pada sisi badannya ketika joran dihenjut dan kemudian jatuh.

Aksi Berbeza Dengan Aksi Karauan Dan Joran Bagaimana anda melarasnya akan memberi perbezaan seperti yang dijelaskan di atas. Sekarang mari kita berbincang tentang bagaimana kita membuat aksi yang berbeza dengan aplikasi kita. Gambar A menunjukkan aksi jig melalui karauan yang berbeza. Karau unjunan 1/1 adalah aplikasi yang asas. Apabila anda kurang mengarau, seperti karauan 1/2, 1/4, 1/8, pergerakan jig menjadi lebih kecil. Karauan laju bermakna karauan yang berturutan, biasanya 3 hingga 5 pusingan karauan, tanpa mengunjun joran. Bagus jika dapat menggabungkan beberapa karauan laju sesekali antara unjunan perlahan yang berbeza untuk mencipta perubahan kadar. Karauan laju mampu menarik ikan, dan kemudian unjunan perlahan mengundang suapan, yang menjemput ikan untuk membahamnya. Tanda merah dalam gambar menunjukkan saat di mana sambaran selalunya berlaku. Apabila anda menurunkan joran selepas dilantun, anda boleh mengarau separuh dalam pitch seterusnya, dan karau separuh lagi pitch semasa anda mengangkat joran. Ini mewujudkan aksi tanpa jatuhan (sebelah kiri). Atau, anda tidak perlu karau langsung semasa anda menurunkan joran. Ini memberikan kekenduran tali untuk jig jatuh (sebelah kanan). Ini adalah contoh mudah dalam aplikasi karauan. Tetapi realitinya, banyak aksi yang anda boleh lakukan dengan memainkan aksi joran anda.

SIRIP 55


BAGAIMANA NAK BEBASKAN JIG DARIPADA TERSANGKUT Slow-pitch jigging (jigging perlahan) telah meluaskan julat ikan sasaran dalam teknik jigging. Kini ikan demersal seperti kerapu, kod, jenahak, dan ikan sebelah pun mudah dijinakkan dengan teknik ini. Malah ikan ini juga sangattttt enak! Sebenarnya, Mahaguru Sato mensasarkan ikan ini secara khusus dengan mencipta kaedah ini.

Sengaja Cari Kawasan Kuat Sangkut? Sangkut memang sebahagian permainan ciptaan beliau ini. Beliau mengetuk dasar dengan jig yang mempunyai 4 mata kail padanya. Jadi apa yang anda jangkakan? Mahaguru Sato mencari kawasan yang kuat menyangkut kerana beliau tahu di situlah ikan berada. Dan seringkali kita dihenjut ikan sebaik sahaja jig kita terlepas daripada kawasan yang kuat menyangkut. Aksi itu menyebabkan janaan bunyi dan bertebaran debu dasar yang menarik minat ikan. Mahaguru Sato memang sengaja melakukannya.

Lawan Perasaan Takut Sangkut Dasar sedalam 100 meter biasanya mempunyai lapisan geologi yang purba. Ia diliputi oleh lapisan debu lautan yang tebal sejak beribu-ribu tahun, dan permukaan berbatunya telah dihakis oleh arus. Jadi jig lebih mudah untuk terlepas daripada masalah sangkut di sini. Walau bagaimanapun di air cetek, lapisan geologinya agak baru. Ia mudah diterjah tetapi sukar untuk melepasi sangkut. Jig mahal anda pula dipertaruhkan di sini. Tetapi anda perlu melawan perasaan takut terlebih dahulu jika ingin memburu ikan di lapangan dasar lautan yang mewah ini. Di sini dipaparkan klip YouTube akan cara bagaimana Mahaguru Sato dapat melepaskan jig daripada tersangkut. Mari kita belajar dan atasilah perasaan takut tersangkut. Sebenarnya perasaan takut lebur jig yang menyebabkan risiko jig sangkut kita semakin teruk. Video ini dalam Bahasa Jepun. Saya ada menulis terjemahan dan penerangannya untuk anda ikuti. Mungkin anda perlu menontonnya dahulu, baca, tonton sekali lagi, dan baca semula untuk memahami sepenuhnya apa yang beliau cuba ajar dan tunjukkan. Apabila hujung joran anda terasa berat, jangan sentap kuat. Tunggu dan lihat. Jika itu ikan, ia pasti akan bergerak. Kemudian bolehlah anda sentap. Tetapi jika ia rupa-rupanya tersangkut struktur, jig anda memang sukar melepaskan diri. Baik anda tunggu dan lihat, dan pastikan ia tidak bergerak. Jadi anda akan tahu bahawa jig telah tersangkut struktur. Kemudian ikutilah langkah-langkah ini selanjutnya :

LANGKAH 1 : Lambaikan hujung joran anda Angkat dan lambaikan hujung joran anda seperti yang Mahaguru Sato lakukan. Sedikit lambaian sahaja di hujung joran, dan jangan lambai terlalu kuat. Anda boleh lepaskan jig dari sangkut dengan beberapa kali lambaian joran sebegini.

LANGKAH 2 : Mengetuk dengan tangan anda Cuba ‘dengar’ struktur penyangkut itu dengan memegang tali pada tangan anda. Jika jig itu tersangkut kepala, anda boleh rasa tiada apa-apa yang bergerak. Jika itu berlaku, nasib malang kerana anda mungkin perlu terima hakikat yang anda akan kehilangan jig itu. Tetapi jika anda dapat rasa ia bergerak sedikit, anda ada peluang untuk menyelamatkannya. Maka anda hanya perlu terus mengetuk-ngetuk struktur itu. Perlu diingat bahawa selalunya gerakan ke bawah yang dapat melepaskan jig itu keluar. Menarik ke atas mungkin menjadi bertambah buruk. Jadi biar berat jig yang menarik ke bawah sehingga melepaskan dirinya sendiri daripada tersangkut.

LANGKAH 3 : Cambukkan joran anda Pegang dan goncang joran seperti yang Mahaguru Sato lakukan. Tetapi sila hati-hati melakukan teknik ini kerana silap percaturan, inilah salah satu kes popular yang menyebabkan joran patah. Biasanya ketika tali mengendurlah jig itu terlepas daripada tersangkut. Jadi dapatkan panjang tali yang betul yang boleh anda beri tegangan dan pelepasan dalam lingkungan aksi cambukan joran anda. Secara peribadi, teknik ini telah banyak menyelamatkan jig saya. Saya tidak takut lagi. Kadangkala saya masih kehilangan jig akibat tersangkut terutama ketika laut bergelora. Tetapi kosnya dalam julat yang saya boleh diterima demi permainan dasar yang sangat berfaedah ini.

Imbas untuk menonton cara-cara melepaskan jig yang tersangkut oleh Mahaguru Norihiro Sato.

56 SIRIP

Apabila jig anda bebas daripada tersangkut, jangan lupa untuk lepaskan semula jig di situ kerana di situlah ikan berada. Kemungkinan besar, ada ikan telah tertarik dengannya disebabkan kekecohan yang anda mulakan di situ. - SIRIP -


I NTRODUCTION T O H EAVY C OVER S NAKEHEAD G AMES

Bersama : KETAMTK

Tasik Raban / Chenderoh yang dilitupi teratai.

Cabomba Caroliniana Pond / Samai Ekor Kucing Beberapa jenis padang pancing HCG yang pernah penulis cuba antaranya ialah Tasik Bukit Merah (Perak), yang kebanyakannya dilitupi samai padat jenis Cabomba Caroliniana. Pernah juga kami terjumpa beberapa spot kombo yang dilitupi samai Ca-bomba, teratai dan tumbuhan rumput. Di sini anda perlu rajin mendayung untuk sampai ke lubuk yang lebih mencabar. Tasik Bukit Merah antara tasik yang sangat penulis berdendam kerana tomannya yang ganas dan agak handal meloloskan diri. Mata kail barbless tidak pernah menyebelahi penulis apabila kerap kali lucut, disarankan agar katak getah ditukar kepada jenis berduri pandan jika tidak mahu berputih mata.

Tasik Dilitupi Teratai Antara tasik yang agak cantik dengan dilitupi teratai ialah Tasik Chenderoh / Raban. Dari kejauhan boleh nampak aktiviti snakehead mengambil udara di celah-celah teratai, sangat mengujakan. Kawasan sebegini perlukan katak yang berat agar ia dapat melalui kolum air celah-celah teratai untuk memikat spesies toman membaham katak getah yang anda persembahkan.

Cabomba Carolinianas Pond, Tasik Bukit Merah.

Duckweed Pond / Karpet Hijau Port rahsia dan agak terlepas pandang, hanya di tepi jalan. Karpet hijau sangat cantik, namun di tebing dan di bawah karpet hijau menjadi tempat terbaik untuk snakehead, terutama haruan. Oleh kerana kawasannya tidak luas, layak digelar parit sahaja. Katak getah yang kecil dan ringan boleh diguna pakai, namun setup tetap berkekuatan PE8, nikmat menyentak haruan dengan joran khas HCG tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Di atas hanya beberapa contoh padang pancing HCG yang pernah penulis cuba, ada banyak lagi jenis seperti keladi dan lainlain yang boleh dicuba oleh penggemar sukan HCG. Akhir kata selamat bertarung di dalam Dunia Gelap HCG. - SIRIP -

Duckweed carpet pond di sebelah kiri parit, port rahsia!

SIRIP 57


S EA F ISHING B ASICS

Bersama : CHEGUCABOK

Lupakan ‘bangla’ apabila memancing dasar. Cubalah set spinning, lagi terasa karannya!

M

emang syok memancing dasar dengan menggunakan set kekili mendatar (spinning), namun teknik spinning dasar ini masih bergantung kepada kedalaman dasar spot yang kita hadiri. Teknik ini hanya sesuai di kedalaman kurang daripada 100 meter. Jika dasarnya terlalu dalam, ia kurang sesuai kerana gelendong kekili spinning tidak dapat menampung jumlah tali yang banyak dan panjang. Lubuk dan teranas di kedalaman 60 hingga 80 meter banyak terdapat di perairan Terengganu, Johor dan juga Selat Melaka, selain Kepulauan Tarutao di Selatan Thailand. Saya juga jarang menggunakan ‘bangla’ jika memancing di spot-spot cangkat seperti ini kerana kurang memberi kepuasan.

Set Spinning Anda hanya perlu sediakan set spinning yang terdiri daripada kekili mendatar bersaiz 8000 atau seangkatan dengannya mengikut jenama masing-masing. Bagi kami cukup sekadar Shimano Baitrunner, Saragoza, Penn atau Daiwa BG. Namun yang berkemampuan sudah tentu gunakan Shimano Stella, Daiwa Saltiga dan sebagainya. Joran pula terpulanglah kepada keupayaan masing-masing namun disyorkan yang sedikit lasak untuk menampung berat batu ladung yang hampir sekilo itu. Sebaik-baiknya gunakan joran yang hujungnya dapat merasa ‘getar’ ragutan ikan kerana kita perlu membuat sentakan (hook-up) agar mata kail segera tertancap di rahangnya.

Kelebihan Set Spinning Kelebihan set spinning lebih ketara jika pancingan apollo dilakukan di spot kedalaman 50 - 100 meter. Kedudukan batu

58 SIRIP

ladungnya di bawah sekali banyak memberi kelebihan untuk pemancing merasai kedudukan batu tersebut mencecah ‘lantai’ dasar. Di sini pemancing lebih mudah mengawal kedudukan batu ladungnya agar tidak tersangkut karang. Biasanya tekong akan membiarkan bot hanyut agar umpan dan batu ladung terseret di dasar, seterusnya menarik minat ikan merah dan kerapu mengejar dan membahamnya. Kebiasaannya tekong akan melakukan pancingan apungan, maka set spinning akan lebih mudah di-’control’ berbanding kekili elektrik yang berat dan berwayar yang membataskan pergerakan jika terkena ikan besar. Dengan set spinning, anda tidak perlu pening kepala lagi walau berpusing keliling bot mengikut asakan penghuni dasar seperti merah bagak, jenahak bantal atau kerapu belasan kilogram. Akhir kata khas untuk kaki bottom, selamat berspinning... - SIRIP -

Merah tewas dengan spinning dasar.


PRODUCT AWARENESS

AJIKING BARRAMUNDI S

Ajiking menampilkan kekili mendatar Barramundi S yang diperbuat daripada badan grafit berketumpatan tinggi dari Jepun. Ia dilengkapi gear panduan yang sangat kuat, 5 galas bebola, sistem klac searah, drag berkuasa, rotor keseimbangan komputer, gelendong aluminium dwi warna, tombol EVA, pengayuh aluminium CNC dan sistem anti-balikan infiniti. Kekili ini bernisbah gear 5.1 : 1 bagi model 1000, 2000 dan 3000, manakala 5.5 : 1 bagi model 4000, 5000 dan 6000.

yang bertambah anggun apabila dilengkapi hulu pemegang pemisah berkualiti tinggi jenama Winn Grip yang bercorak sisik ikan. Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

RYOBI RANMI ARIS Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

Ranmi Aris, kekili mendatar Ryobi yang berwarna hitam menawan. Ia dibina daripada logam full metal body, pengayuh gentian karbon, dan dilancarkan oleh 7 + 1 galas bebola. Ia terdapat dalam saiz lengkap daripada 1000, 2000, 3000, 4000, 4500, 5000 dan 5200 dengan kekuatan drag maksimum daripada 2.5 kg (bagi model 1000 dan 2000) dan 5 kg (bagi model 3000 dan ke atas).

AJIKING X-PRO PLIER

Ajiking X-Pro merupakan playar saduran nikel berkualiti tinggi khusus untuk memancing. Ia diperbuat daripada logam tempaan yang dikeraskan untuk jangka hayat yang lama. Sangat berguna bagi tujuan memotong dawai dan perambut kasar, mencabut mata kail dan sebagainya. Direka bentuk ergonomik untuk keselesaan dan kemudahan penggunaan. Terdapat dalam model AXP 211 (panjang 11”), AXP 306 (panjang 6”), AXP 406 (6”) dan AXP 508 (8”). Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

SHIMANO TORIUM Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

OFMER ARMAGUERRA & MACHINEGUN KELLY

Gaya joran mengilat keluaran Ofmer sejak kebelakangan ini cukup meruntun hati para caster ekoran ciptaannya yang tampak ringkas tetapi sangat menarik, apatah lagi kena dengan harga ekonomi namun tinggi kualitinya. Terbaru Ofmer Armaguerra dan Machinegun Kelly berukuran 6 kaki panjang

Shimano Torium merupakan kekili menegak air masin yang ringan dan sempurna untuk teknik hanyutan umpan dan pancingan dasar. Ia dilengkapi padat dengan mekanisma terbaik Shimano seperti Super Stopper, Cross Carbon Drag, galas bebola tahan karat A-RB dan High Efficiency Gearing (HEG).

Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

SIRIP 59


PRODUCT AWARENESS

EXORI POWER STICK BWS 1100

Exori Power Stick BWS1100 adalah joran mendatar berharga ekonomi tetapi kuat dan liat lentur seperti joran legenda Ugly Stik. Ia sememangnya khas dicipta untuk pemancing yang gemar memancing secara lasak. Ia berkekuatan 10 – 20 paun, dua keratan dan dilengkapi 5 + 1 cincin bagi model 562dan 602, manakala 6 + 1 cincin bagi model 702.

pemegang yang lembut dan selesa. Terdapat dalam model FUH008, FUH007, FUH001, FUH0206, FUL003 dan FUH0101 (gunting). Pengedar : TCE SPORTS Tel : 04-263 8700 Faks : 04-261 9730

ARDENT LINE BUTTER Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

STARLIT SHL 514 - 518

Model SHL514, 515, 516, 517 dan 518 merupakan produk terbaru gewang Starlit siri 5. Ia direka cukup mantap untuk air masin dan air tawar dengan dilengkapi mata tiga Starlit yang berkualiti tinggi. Terdapat lima hingga tujuh corak warna untuk pilihan anda.

Jika inginkan jangka hayat tali lebih lama, anda patut dapatkan Ardent Line Butter ini dan simpanlah ia sentiasa dalam kotak pancing anda. Senang sahaja gunanya, hanya semburkan pada tali sulam anda dan ia akan melembutkan tali sehingga membantu kelancaran lontaran jauh, mengurangkan memori dan pintalan tali, melindungi tali daripada cahaya ultra ungu dan mengurangkan masalah tali berserabut.

Pengedar : SABRE TACKLE Tel : 02-6396 0982, 03-9221 4628 Faks : 02-6242 7101, 03-9221 4629

PIONEER LURE FORCE Pengedar : EASTERN FISHING TACKLE Tel : 07-388 8806

Pioneer memperkenalkan joran khas untuk mengilat sama ada jenis mendatar atau menegak dalam seksyen dua keratan atau sebatang yang diberi nama Lure Force. Reka bentuknya mengikut citarasa pengilat moden yang bergaya anggun serta pangkal joran yang terpisah. Joran aksi cepat ini dikeluarkan dengan kekuatan 8 – 17 paun, 10 – 20 paun dan 10 – 25 paun dengan ukuran 6 kaki sehingga 7 kaki panjang.

TEAM SEAHAWK PLIERS

Team Seahawk memperkenalkan enam jenis playar kecil yang amat berguna bagi tujuan memotong dawai, perambut, membuka gegelung cincin, mencabut mata kail dan sebagainya. Kesemuanya diperbuat daripada logam tahan karat dengan

Pengedar : HONG GUAN TACKLE Tel : 07-509 9328, 07-509 9832 Faks : 07-553 9833

PIONEER FLASH XA

Kekili ini mempunyai ciri-ciri gelendong aluminium, sistem

60 SIRIP


anti balikan infiniti, sistem tegangan berbilang sesendal mikro sensitif, gear pinion tembaga, sistem Thick Bail-Arm, tombol lembut dengan pengayuh sesentuh boleh ubah dan dilengkapi 3 + 1 galas bebola. Pioneer Flash XA kesemuanya bernisbah gear 5.1 : 1 dan terdapat dalam saiz 1000, 2000, 3000, 4000, 5000 dan 6000. Terdapat pilihan gelendong warna biru atau merah, dengan badan kelabu.

X3 Super Strong dalam siri 0 Degree dan 30 Degree dengan pelbagai keberatan iaitu daripada seringan 4.7 g sehingga seberat 21 gram. Setiap peket mengandungi empat bilah jighead. Pengedar : OAG WORLDWIDE Tel & Faks : 03-3358 6003

SENSES KAIDO SHAD HS Pengedar : HONG GUAN TACKLE Tel : 07-509 9328, 07-509 9832 Faks : 07-553 9833

Ekoran permintaan yang sangat menggalakkan terhadap Kaido Shad oleh para pengilat sebarau khususnya, Senses memperkenalkan pula Kaido Shad HS yang bermaksud Heavy Sinking atau tenggelam sangat cepat, walaupun ia dikeluarkan dengan saiz sekecil 65 mm panjang! Ia berkelebihan dilontar jauh terhadap ikan yang culas dan cepat tenggelam serta menyelam lebih dalam bagi kegunaan khusus menggempur kawasan tasik empangan. Gewang seberat 11 g ini dilengkapi mata kail VMC kekuatan 3X, dan aksi goyangan ketatnya pasti mampu menyumbang trofi rekod peribadi anda.

ASARI IRON BRAID

Asari Iron Braid merupakan tali hibrid yang cukup istimewa. Tali berkekuatan tinggi ini adalah hasil gabungan tali sulam 100% PE bersama teras dawai tahan karat 7 x 7 untuk menjadikan tali yang kalis gigitan ikan bergigi tajam, namun masih terasa lembut, fleksibel, beraksi semulajadi dan mudah diikat. Tali buatan Jepun ini terdapat dalam kekuatan #10 (110 paun), #15 (230 paun), #20 (250 paun) dan #30 (340 paun).

Pengedar : HONG GUAN TACKLE Tel : 07-509 9328, 07-509 9832 Faks : 07-553 9833

Z-CRAFT JIGHEAD

Bagi peminat S.P (soft plastics), jighead sememangnya tidak boleh dipisahkan. Z-Craft merupakan jenama yang terkenal dalam penciptaan jighead dan anda boleh dapatkannya dalam empat model yang berkekuatan X2 Super Strong dan

Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

SENSES SPY MISSION 115SW Kegilaan mengilat di lautan dengan S.M atau gewang sinking minnow semakin popular. Senses menerajui penciptaan S.M dengan reka bentuk serbaguna malah harganya pun ekonomi. Spy Mission terbaru dicipta dengan saiz 115 mm panjang dan seberat 40 g yang mempunyai ciri-ciri tenggelam lebih pantas (super fast sinking). Ketumpatan badan dalamannya membolehkan ia dilontar sangat jauh dan terus tenggelam jauh ke dasar di mana ikan pemangsa seperti tenggiri, gerepoh dan kerapu bara berkeliaran. Ia juga tidak mudah pecah hasil reka bentuk yang mantap daripada material ABS berkualiti tinggi serta tetulang besi dalaman.

Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

SIRIP 61


TIDE TABLE

Kedah Pier, Pulau Pinang

Lumut

Mersing

Pelabuhan Kelang

Port Dickson

Raffles Lighthouse

Tanjung Gelang

(Kuantan)

Kota Kinabalu

Muara Harbour, Kuala Brunei Santubong

Tawau

Miri

MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER

16

(JUM)

17

(SAB)

18

(AHA)

19

(ISN)

20

(SEL)

21

(RAB)

22

(KHA)

23

(JUM)

24

(SAB)

25

(AHA)

26

(ISN)

27

(SEL)

28

(RAB)

29

(KHA)

30

(JUM)

0030 0708 1230 1933 0100 0748 1305 2009 0134 0827 1342 2045 0209 0905 1422 2119 0247 0942 1502 2153 0324 1021 1544 2225 0402 1102 1633 2256 0442 1151 1804 2332 0615 1327 1959

2.6 0.8 2.8 0.4 2.7 0.6 2.9 0.4 2.8 0.6 2.9 0.3 2.9 0.5 2.8 0.4 2.8 0.6 2.7 0.6 2.7 0.8 2.5 0.9 2.5 1.0 2.2 1.2 2.3 1.2 2.0 1.4 2.1 1.3 1.9

0204 0821 1535 2221 0422 1008 1651 2316 0521 1103 1738 2347 0601 1137 1817

1.6 2.0 1.3 2.0 1.5 2.1 1.1 2.2 1.3 2.2 1.0 2.4 1.1 2.4 0.8

0008 0638 1204 1853 0028 0712 1231 1924

2.5 1.0 2.5 0.7 2.6 0.9 2.6 0.7

62 SIRIP

0355 1006 1557 2218 0436 1045 1638 2225 0514 1125 1719 2335 0551 1204 1800

3.0 0.8 2.9 0.5 3.1 0.7 3.0 0.4 3.2 0.6 3.1 0.4 3.2 0.6 3.0

0013 0627 1243 1842 0053 0703 1324 1926 0134 0741 1408 2017 0223 0827 1459 2123 0329 0933 1611 2306 0525 1122 1759

0.5 3.2 0.6 2.9 0.7 3.0 0.7 2.7 0.9 2.8 0.9 2.5 1.2 2.6 1.1 2.4 1.5 2.3 1.3 2.3 1.6 2.2 1.3

0054 0720 1307 1927 0202 0822 1412 2024 0250 0906 1458 2108 0327 0941 1536 2144 0400 1014 1608 2217

2.4 1.4 2.3 1.2 2.6 1.2 2.4 1.0 2.8 1.0 2.6 0.9 2.9 0.9 2.7 0.8 3.0 0.8 2.8 0.7

0238 0924 1531 2107 0324 0957 1607 2156 0410 1032 1644 2247 0458 1108 1723 2338 0548 1146 1807

0.7 2.8 1.2 2.4 0.7 2.8 1.0 2.6 0.7 2.8 0.9 2.7 0.7 2.8 0.7 2.8 0.9 2.7 0.6

0032 0644 1226 1854 0133 0748 1308 1947 0247 0859 1354 2044 0409 1023 1449 2144 0523 1203 1605 2253 0633 1312 1734

2.9 1.1 2.5 0.6 2.9 1.3 2.4 0.6 2.8 1.5 2.2 0.7 2.8 1.6 2.1 0.8 2.8 1.7 2.0 0.9 2.7 1.6 2.0

0009 0735 1359 1850 0118 0822 1435 1953 0213 0856 1505 2045 0300 0925 1532 2131

1.0 2.7 1.5 2.1 1.0 2.7 1.4 2.2 1.0 2.7 1.3 2.4 1.0 2.7 1.2 2.6

0537 1156 1753

5.1 0.9 5.0

0015 0619 1240 1835 0054 0659 1321 1913 0131 0736 1358 1950 0205 0812 1434 2027 0238 0848 1510 2104 0314 0923 1549 2143 0353 1002 1634 2234 0451 1100 1740

0.6 5.4 0.7 5.2 0.4 5.5 0.6 5.3 0.4 5.6 0.6 5.2 0.5 5.5 0.7 5.1 0.8 5.2 0.9 4.8 1.2 4.8 1.3 4.4 1.7 4.3 1.8 4.1 2.1 3.8 2.2

0007 0634 1308 1926 0155 0837 1451 2108 0321 0952 1559 2211 0419 1043 1646 2258 0503 1125 1724 2338 0539 1203 1757

3.8 2.4 3.6 2.3 3.9 2.2 3.8 2.0 4.2 1.8 4.2 1.7 4.6 1.4 4.5 1.3 4.9 1.1 4.7 1.1 5.1 1.0 4.8

0029 0615 1306 1831 0120 0651 1356 1908 0206 0727 1442 1946 0245 0803 1524 2026 0318 0840 1602 2108 0348 0919 1637 2152 0418 1003 1712 2238 0457 1058 1756 2330 0553 1219 1903

0.7 2.9 0.3 2.8 0.5 3.1 0.2 2.9 0.4 3.2 0.3 2.9 0.3 3.3 0.3 2.9 0.3 3.2 0.4 2.8 0.4 3.0 0.6 2.6 0.5 2.8 0.8 2.4 0.7 2.4 1.0 2.2 0.9 2.1 1.2

0524 1115 1715 2301 0558 1143 1756 2345 0633 1211 1839

0.5 2.8 0.8 3.2 0.5 2.9 0.6 3.2 0.4 3.0 0.4

0030 0713 1245 1924 0120 0752 1324 2011 0213 0830 1403 2058 0305 0907 1446 2146 0400 0943 1537 2250 0503 1030 1643

3.2 0.5 3.1 0.4 3.1 0.6 3.1 0.3 3.0 0.7 3.0 0.4 2.7 0.9 2.9 0.5 2.4 1.1 2.8 0.7 2.1 1.3 2.6

0043 0738 1438 2057 0247 1000 1614 2233 0423 1109 1706 2332 0514 1158 1743

2.0 1.0 2.0 1.3 2.0 0.9 2.1 1.2 2.2 0.6 2.3 1.0 2.5 0.5 2.5

0015 0552 1238 1814 0048 0623 1313 1841

0.9 2.7 0.4 2.6 0.7 2.9 0.4 2.6

0020 0650 1158 1815 0203 0839 1403 2005 0326 0943 1533 2116 0420 1026 1626 2207 0501 1058 1705 2246 0531 1118 1733 2318

0.8 2.0 1.5 2.5 0.8 2.1 1.4 2.5 0.7 2.3 1.3 2.7 0.6 2.5 1.1 2.8 0.6 2.6 0.9 2.9 0.6 2.7 0.8 3.0

0142 0907 1518 2044 0233 0942 1541 2138 0323 1017 1609 2230 0413 1051 1641 2322 01507 1123 1717

0.8 2.9 1.3 2.2 0.8 2.9 1.2 2.5 0.8 2.9 1.0 2.7 0.9 2.7 0.9 2.8 1.1 2.6 0.8

0014 0608 1154 1756 0110 0723 1225 1841 0212 0842 1258 1934 0324 1008 1341 2038 0442 1153 1504 2152 0554 1309 1708 2306 0655 1354 1838

2.9 1.3 2.4 0.8 3.0 1.5 2.3 0.8 2.9 1.6 2.1 0.8 2.9 1.7 1.9 0.9 2.9 1.7 1.8 1.0 2.9 1.6 1.8 1.1 2.8 1.5 1.9

0014 0745 1425 1944 0113 0826 1450 2035 0205 0902 1511 2118

1.1 2.8 1.4 2.1 1.1 2.8 1.3 2.2 1.2 2.7 1.2 2.4

0329 0949 1720 2340 0422 1040 1750 2349 0513 1133 1814 0006 0607 1229 1832 0028 0707 1337 1849 0056 0820 1512 1905 0131 0943 1702 1914 0214 1106 0308 1234 0423 1353 0550 1452 0711 1536 2307 0209 0821 1609 2307 0311 0919 1636 2303 0359 1008 1657 2306

1.1 1.9 0.6 1.4 1.0 1.9 0.7 1.5 0.9 1.8 0.8

0356 0956 1535 2223 0438 1043 1628 2308 0520 1129 1723 2353 1.6 0601 0.8 1214 1.7 1818 0.9 1.6 0038 0.7 0642 1.5 1300 1.1 1913 1.7 0123 0.7 0723 1.4 1347 1.2 2008 1.8 0210 0.7 0807 1.3 1436 1.2 2104 1.8 0301 0.7 0853 1528 2203 1.8 0357 0.7 0947 1626 2308 1.8 0503 0.6 1050 1735

4.8 1.6 4.6 0.9 5.0 1.3 4.9 0.7 5.1 1.1 5.0 0.8 5.1 0.9 5.1

1.7 0020 0.6 0620 1200 1852 1.7 0133 0.7 0737 1.4 1314 2007 1.3 0234 1.7 0838 0.7 1421 1.4 2107 1.2 0323 1.7 0926 0.8 1517 1.4 2154 1.1 0403 1.7 1008 0.8 1606 1.5 2235

4.2 2.5 3.8 1.5 4.2 2.4 3.9 1.5 4.3 2.1 4.1 1.4 4.4 1.9 4.2 1.3 4.5 1.7 4.4 1.3

0.9 5.0 0.8 5.1 1.2 4.8 0.8 5.0 1.6 4.6 0.9 4.8 1.9 4.3 1.0 4.5 2.3 4.1 1.2 4.3 2.5 3.9 1.4

0429 1035 1746

1.2 2.1 0.5

0013 0520 1127 1823 0032 0609 1219 1858 0055 0700 1310 1928 0123 0753 1404 1954 0155 0848 1505 2014 0230 0950 1638 2028 0309 1104

1.6 1.0 2.1 0.6 1.7 0.9 2.0 0.7 1.8 0.8 1.9 0.8 1.9 0.7 1.8 1.0 1.9 0.6 1.6 1.2 2.0 0.6 1.4 1.3 2.0 0.7

0401 1234

0038 0357 0959 1742 0050 0458 1104 1813 0102 0552 1215 1839 0113 0644 1330 1903 0115 0738 1446 1923 0109 0843 1612 1932 0133 1026

1.4 1.3 1.8 0.7 1.4 1.1 1.8 0.8 1.4 1.0 1.7 0.9 1.5 0.9 1.6 1.0 1.5 0.8 1.5 1.2 1.6 0.8 1.4 1.3 1.7 0.8

0209 1204

1.8 0.7

2.0 0.7

0255 1328

1.8 0.7

0513 1357

1.9 0.6

0359 1437

1.8 0.6

0645 1503 2330

1.9 0.6 1.6

0527 1529

1.7 0.6

0159 0806 1551 2334 0312 0917 1630 2335 0404 1015 1703 2339 0448 1103 1733 2353

1.5 1.9 0.6 1.6 1.4 2.0 0.6 1.6 1.3 2.0 0.7 1.7 1.1 2.0 0.8 1.7

0700 1610

1.7 0.7

0007 0227 0817 1641 0000 0334 0921 1700 0004 0423 1022 1719

1.4 1.4 1.7 0.7 1.4 1.3 1.7 0.8 1.4 1.2 1.6 0.9

0602 1150 1826

3.4 0.3 3.1

0000 0639 1223 1900 0038 0717 1256 1934 0114 0752 1328 2007 0150 0825 1359 2039 0226 0858 1430 2113 0303 0931 1501 2150 0344 1011 1536 2236 0445 1117 1626 2356 0724 1352 1909

0.3 3.5 0.1 3.3 0.1 3.5 0.1 3.4 0.1 3.4 0.1 3.5 0.1 3.2 0.3 3.4 0.3 3.0 0.5 3.3 0.6 2.7 0.7 3.1 1.0 2.4 1.1 2.8 1.3 2.1 1.4 2.5 1.5 2.0 1.6

0225 0929 1558 2113 0358 1012 1647 2208 0450 1045 1723 2249 0530 1115 1756 2324 0604 1145 1825 2357

2.5 1.3 2.2 1.4 2.7 1.0 2.6 1.1 2.9 0.7 2.8 0.8 3.1 0.5 3.0 0.5 3.2 0.4 3.1 0.3


16 SEPTEMBER ~ 15 OCTOBER 2016

Kedah Pier, Pulau Pinang

Lumut

Mersing

Pelabuhan Kelang

Port Dickson

Tanjung Gelang Raffles (Kuantan) Lighthouse

Kota Kinabalu

Kuala Muara Harbour, Santubong Brunei

Tawau

Miri

MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER

1

(SAB)

2

(AHA)

3 (ISN) 4

(SEL)

5

(RAB)

6

(KHA)

7

(JUM)

8

(SAB)

9

(AHA)

10

(ISN)

11

(SEL)

12

(RAB)

13

(KHA)

14

(JUM)

15

(SAB)

0052 0742 1300 1953 0118 0810 1329 2016 0145 0836 1357 2038 0210 0900 1424 2100 0234 0924 1451 2121 0255 0951 1514 2141 0314 1019 1538 2201 0335 1055 1610 2220 0401 1157 1855

2.7 0.8 2.6 0.8 2.7 0.7 2.6 0.7 2.8 0.7 2.6 0.7 2.7 0.7 2.5 0.8 2.7 0.8 2.4 0.9 2.6 0.9 2.3 1.1 2.4 1.0 2.1 1.3 2.3 1.2 2.0 1.5 2.1 1.4 1.8

0002 0644 1353 2059 0304 0845 1547 2231 0436 1008 1650 2305 0523 1054 1737 2336 0607 1133 1821

1.7 1.9 1.4 1.9 1.7 2.0 1.3 2.1 1.5 2.1 1.1 2.3 1.2 2.3 0.8 2.6 1.0 2.6 0.6

0006 0649 1209 1902

2.8 0.8 2.7 0.5

BULAN PENUH

0429 1044 1638 2246 0455 1111 1708 2313 0520 1138 1736 2339 0544 1204 1804

3.0 0.8 2.8 0.7 3.0 0.7 2.8 0.8 3.0 0.7 2.8 0.8 3.0 0.7 2.7

0007 0608 1230 1833 0035 0635 1258 1905 0107 0703 1329 1940 0144 0736 1406 2027 0237 0822 1458 2142 0357 0944 1620 2337 0611 1155 1814

0.9 2.9 0.8 2.7 1.0 2.8 0.9 2.6 1.2 2.6 1.0 2.4 1.3 2.4 1.2 2.3 1.5 2.3 1.3 2.3 1.6 2.1 1.4 2.3 1.6 2.1 1.3

0102 0727 1315 1925 0156 0819 1408 2019 0242 0903 1453 2106 0324 0945 1538 2149

0343 1093 1559 2213 0422 1023 1628 2253 0459 1052 1657 2332 0536 1121 1727

1.1 2.6 1.1 2.7 1.1 2.6 1.0 2.8 1.2 2.5 0.9 2.8 1.2 2.5 0.9

0011 0612 1151 1757 0051 0653 1221 1830 0135 0741 1252 1907 0226 0844 1325 1949 0329 1004 1406 2040 0435 1147 1504 2143 0535 1246 1641 2256 2.5 0629 1.4 1317 2.3 1807 1.1 2.7 0012 1.1 0715 2.5 1344 0.9 1912 3.0 0118 0.9 0755 2.7 1414 0.7 2008 3.2 0213 0.7 0833 2.9 1450 0.6 2059

2.8 1.3 2.4 0.9 2.8 1.5 2.3 0.9 2.8 1.6 2.1 1.0 2.7 1.7 2.0 1.0 2.7 1.8 1.9 1.1 2.6 1.7 1.9 1.2 2.6 1.7 1.9 1.2 2.7 1.6 2.0 1.2 2.7 1.4 2.2 1.1 2.7 1.2 2.5 1.0 2.8 1.0 2.8

0011 0611 1235 1827 0041 0639 1304 1854 0107 0706 1329 1920 0130 0732 1354 1947 0155 0759 1420 2014 0221 0826 1445 2041 0248 0853 1512 2110 0318 0923 1542 2145 0356 1003 1625 2239 0504 1112 1742

1.0 5.1 0.9 4.9 0.9 5.2 0.9 4.9 0.9 5.1 0.9 4.9 1.0 5.1 0.9 4.8 1.1 4.9 1.1 4.7 1.3 4.7 1.3 4.5 1.6 4.4 1.6 4.2 1.9 4.1 1.9 4.0 2.2 3.7 2.2 3.8 2.5 3.5 2.5

0113 0649 1343 1908 0136 0715 1409 1937 0200 0740 1434 2006 0227 0807 1457 2035 0255 0832 1521 2102 0323 0859 1541 2128 0349 0930 1601 2154 0418 1009 1632 2228 0502 1114 1733 2323 0622 1310 1908

0.6 3.0 0.4 2.7 0.6 3.0 0.4 2.7 0.5 3.0 0.5 2.7 0.4 3.0 0.5 2.6 0.5 2.8 0.6 2.5 0.5 2.7 0.7 2.4 0.6 2.5 0.9 2.3 0.7 2.3 1.1 2.1 0.9 2.0 1.3 2.0 1.0 1.9 1.4

0556 1135 1758 2350 0622 1156 1828

0.6 2.8 0.7 3.0 0.7 2.9 0.6

0024 0650 1218 1900 0058 0720 1245 1933 0131 0748 1311 2009 0205 0811 1337 2045 0237 0822 1407 2124 0315 0839 1443 2215 0409 0913 1533 2324 0535 1031 1654

3.0 0.7 3.0 0.6 2.9 0.8 3.0 0.6 2.8 0.8 3.0 0.6 2.7 1.0 2.9 0.7 2.5 1.1 2.9 0.8 2.3 1.2 2.7 0.9 2.1 1.4 2.6 1.0 1.9 1.5 2.4

0026 0725 1350 2001 0221 0857 1505 2116 0326 0953 1557 2210 0420 1045 1645 2300 0508 1134 1730 2346

3.7 2.5 3.5 2.3 4.0 2.0 3.9 1.9 4.5 1.6 4.4 1.4 4.9 1.2 4.7 1.0 5.3 0.8 5.0 0.7

0109 0835 1510 2054 0312 1008 1610 2208 0421 1106 1652 2258 0507 1155 1730 2347 0548 1246 1808

1.9 1.0 2.0 1.3 2.1 0.8 2.2 1.1 2.4 0.6 2.5 0.9 2.8 0.4 2.7 0.6 3.1 0.3 2.8

0052 0735 1226 1856 0224 0848 1416 2024 0328 0931 1531 2122 0411 1005 1618 2209 0448 1033 1700 2254

1.1 2.0 1.6 2.4 1.0 2.2 1.4 2.6 0.8 2.5 1.2 2.8 0.7 2.8 0.9 3.0 0.6 3.0 0.7 3.1

0253 0933 1532 2156 0338 1002 1553 2232 0421 1026 1614 2307 0505 1048 1636 2342 0550 1108 1659

1.2 2.7 1.1 2.6 1.2 2.6 1.1 2.7 1.3 2.5 1.0 2.8 1.4 2.4 1.0 2.8 1.5 2.3 1.0

0019 0641 1128 1727 0100 0738 1152 1800 0146 0842 1219 1838 0240 0955 1252 1924 0346 1142 1353 2031 0455 1249 1609 2157 0558 1319 1753 2321 0652 1340 1901

2.8 1.6 2.2 1.0 2.8 1.7 2.1 1.1 2.8 1.7 1.9 1.1 2.8 1.8 1.8 1.2 2.7 1.7 1.7 1.3 2.8 1.6 1.7 1.3 2.8 1.6 1.9 1.3 2.8 1.4 2.1

0032 0738 1400 1955 0134 0818 1423 2045

1.3 2.8 1.3 2.4 1.2 2.8 1.1 2.7

0438 1046 1649 2310 0508 1121 1729 2342 0536 1153 1808

4.6 1.5 4.6 1.4 4.6 1.3 4.7 1.5 4.6 1.3 4.7

0424 1351

1.7 0.7

0012 0559 1224 1848 0043 0621 1254 1927 0114 0642 1326 2008 0149 0708 1400 2053 0229 0745 1440 2141 0319 0836 1529 2238 0419 0943 1630 2340 0529 1056 1743

1.6 4.5 1.2 4.7 1.8 4.4 1.2 4.6 2.0 4.3 1.3 4.5 2.2 4.1 1.4 4.3 2.4 4.0 1.6 4.2 2.5 3.9 1.7 4.1 2.6 3.8 1.8 4.1 2.6 3.8 1.9

0606 1440 2217

1.7 0045 0.7 0641 1.5 1209 1859 1.4 0142 1.7 0744 0.7 1318 1.5 2007 1.2 0232 1.7 0839 0.8 1422 1.5 2104 1.0 0317 1.7 0929 0.9 1522 1.6 2156

4.2 2.4 4.0 1.8 4.4 2.1 4.2 1.6 4.7 1.7 4.5 1.4 4.9 1.4 4.8 1.2

0440 1053 1717 2315 0520 1137 1733 2330 0558 1220 1749 2349 0638 1306 1804

1.0 1.7 0.9 1.5 0.9 1.6 1.0 1.6 0.8 1.5 1.0 1.7 0.8 1.4 1.1

0011 0723 1403 1818 0036 0813 1524 1829 0102 0914

1.7 0.8 1.4 1.2 1.7 0.8 1.3 1.2 1.8 0.8

0132 1023

1.8 0.8

0209 1137

1.7 0.8

0301 1249

1.7 0.7

0143 0730 1522 2220 0252 0842 1555 2223 0344 0947 1624 2229

0528 1145 1801

1.0 1.9 0.8

0007 0607 1223 1827 0020 0642 1259 1849 0038 0717 1336 1905 0059 0753 1418 1916 0120 0830 1508 1926 0140 0914 1634 1909 0206 1007

1.8 0.9 1.8 0.9 1.8 0.8 1.8 1.0 1.9 0.8 1.7 1.1 1.9 0.7 1.6 1.2 2.0 0.7 1.5 1.3 2.0 0.8 1.4 1.4 2.0 0.8

0242 1112

0001 0505 1740 2356 0543 1221 1803 2358 0620 1319 1823

1.4 1.1 1.0 1.5 1.0 1.5 1.1 1.5 0.9 1.5 1.1

0008 0658 1418 1835 0023 0738 1526 1823 0042 0822 1659 1743 0106 0915

1.6 0.9 1.4 1.2 1.6 0.8 1.3 1.3 1.7 0.8 1.3 1.3 1.7 0.8

0135 1039

1.7 0.8

1.9 0.8

0208 1223

1.7 0.8

0346 1238

1.9 0.8

0253 1329

1.7 0.8

0508 1357 2317

1.9 0.8 1.6

0408 1422

1.7 0.7

0127 0641 1452 2238 0250 0812 1538 2247 0341 0923 1620 2259 0430 1031 1700 2315

1.6 1.9 0.7 1.7 1.5 1.9 0.7 1.7 1.3 2.0 0.7 1.8 1.0 2.0 0.8 1.9

0601 1505 2313

1.6 0.7 1.5

0245 0733 1544 2316 0340 0858 1620 2321 0429 1025 1653 2328

1.4 1.6 0.8 1.5 1.3 1.7 0.8 1.5 1.1 1.6 0.9 1.6

0635 1213 1852

3.2 0.3 3.2

0028 0702 1239 1915 0057 0727 1303 1938 0124 0751 1326 2003 0151 0815 1348 2028 0217 0838 1409 2055 0244 0904 1432 2124 0315 0933 1456 2158 0354 1013 1524 2250 0514 1209 1620

0.3 3.2 0.3 3.3 0.2 3.1 0.3 3.3 0.3 3.0 0.4 3.3 0.4 2.9 0.5 3.2 0.5 2.7 0.7 3.1 0.8 2.6 0.9 2.9 1.0 2.4 1.2 2.7 1.3 2.1 1.5 2.5 1.6 1.9 1.8

0058 0843 1513 2038 0308 0936 1608 2139 0410 1011 1646 2223 0457 1046 1722 2303 0538 1122 1757 2342

2.4 1.5 2.1 1.7 2.6 1.2 2.5 1.3 2.9 0.9 2.8 0.9 3.1 0.6 3.1 0.6 3.3 0.3 3.3 0.3

BULAN BARU

SIRIP

63





Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.