Majalah Sirip Mac 2017

Page 1








Oleh : PAK WONG

BAGAIMANA TEKANAN BAROMETRIK JEJASKAN PANCINGAN? T

erdapat banyak kemungkinan mengapa ikan tidak mahu jamah umpan kita, seperti kesan sampingan tangkap dan lepas, penurunan suhu air, pencemaran air, kemunculan banyak ikan mangsaan dan sebagainya. Namun suatu faktor lain yang penting tetapi kurang kita ketahui dan fahami ialah impak akibat perubahan pada tekanan barometrik atau tekanan udara persekitaran. Tekanan barometrik atau tekanan udara ini ditakrifkan sebagai berat atau jisim keseluruhan kolum udara pada unit kawasan permukaan di paras laut. Ia memainkan peranan penting dalam peramalan cuaca, kerana turun naik tekanan ini akan menggambarkan perubahan cuaca. Merkuri (Hg) biasanya digunakan dalam tolok barometer bagi mengukur perubahan tekanan udara ini dalam skala inci (in.). Bacaan barometer 30 inci (Hg) dianggap normal. Tekanan udara yang kuat boleh setinggi 30.70 inci, manakala tekanan rendah berkaitan ribut taufan boleh jatuh di bawah 27. Secara umumnya, kehadiran bayu sejuk atau panas, tiupan angin dan turunnya hujan akan dikaitkan dengan tekanan udara yang rendah. Tekanan udara yang tinggi apabila berlaku di kawasan itu menjadikan laut cerah dan tenang.

Apa Kesannya Kepada Selera Ikan? Jadi bagaimana tekanan barometrik atau tekanan udara ini boleh menjejaskan selera makan ikan yang tinggal di dalam air? Ikan sebenarnya mampu mengesan perubahan tekanan udara melalui pundi udaranya. Ikan yang berpundi udara lebih kecil seperti ikan pelagik (tenggiri, wahoo dan belitong), berkemungkinan kurang terjejas dek perubahan tekanan udara berbanding ikan yang mempunyai pundi udara lebih besar seperti kerapu dan jenahak. Ini kerana ikan yang berpundi udara kecil mempunyai ketumpatan badan yang hampir sama dengan medium airnya. Ikan pelagik ini tidak merasa perubahan tekanan udara secara mendadak, jadi tahap keselesaannya tidak berubah secara drastik. Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan asasinya ialah spesies yang berpundi udara. Justeru ia boleh memberi impak yang besar untuk anda mengesan di manakah ia berkeliaran dan bagaimanakah tingkah lakunya ketika itu. Ikan yang berpundi udara besar mampu merasai kejatuhan tekanan udara dengan cepat, melalui tekanan yang kurang pada pundi udaranya. Dan apabila kurangnya tekanan udara, pundi udaranya pun ‘kurang’ ditekan, lalu mengembang sedikit. Akibatnya, ikan menjadi kurang selesa lalu bergerak lebih jauh ke dasar atau menyerap gas tambahan di dalam pundi udaranya untuk melegakan ketidakselesaan tersebut. 6 SIRIP

Disebabkan tekanan anatomi dan fisiologi, ikan tersebut tidak endahkan soal makan. Ikan lebih memikirkan cara untuk mencari kedalaman yang boleh menstabilkan tekanan pundi udaranya dan berasa selesa. Sesetengah spesies akan mendap ke dasar atau mencari ‘kelegaan’ berhampiran struktur. Namun mujurlah tekanan udara yang rendah ini biasanya tidak lama, ini cukup melegakan sang ikan dan juga kita, pemburu tegarnya.

Ketika Bila Ikan Agresif Makan? Ikan lebih selesa apabila wujudnya tekanan udara yang tinggi dan stabil, lalu cenderung untuk makan dengan lebih aktif di segenap kolum air. Katakan kita mengalami hasil yang cukup baik disebabkan tekanan udara yang tinggi dalam tempoh yang panjang. Kemudian tiba-tiba bayu sejuk menerjah muka kita. Ini bermakna di hadapan kita telah berlakunya kemerosotan tekanan udara. Ikan walaupun berada di dalam air dapat mengesan tekanan barometrik yang sedang jatuh ini. Jadi sebaik sebelum bacaan barometer semakin menurun, ikan akan memberi tindak balas dalam corak pemakanannya. Ikan-ikan ini selalunya menjadi agresif atau kuat makan sebelum tekanan udara itu jatuh. Apabila sudah jatuh rendah, ia mula ‘mengunci’ mulut kerana dirinya sudah tidak berasa selesa lagi. Apabila hujan ribut itu berlalu pergi dan tekanan udara kembali merangkak naik, sang ikan juga masih belum berselera kerana perlukan tempoh untuk menyesuaikan diri. Ikan mangsaan (ikan kecil) juga dipengaruhi oleh tekanan udara / barometrik. Sebagai contoh, kejatuhan tekanan udara akan memaksa ikan mangsaan berada lebih jauh di dalam air dan kurang aktif. Secara tidak langsung, ini akan memberi kesan terhadap pancingan di aras pertengahan dan atas air. Haaa... sekarang anda mungkin dah faham sebab apa hasil anda ‘kureng’, bukan? Sekurang-kurangnya ada la alasan untuk ‘cover’ malu atas sebab kenapa trip anda tak pecah tong macam member tu! - SIRIP -

Barometer boleh mengukur perubahan tekanan udara dengan tepat. Tetapi di laut, kita secara kasarnya boleh membaca perubahan tekanan udara berdasarkan perubahan cuaca yang mendadak.



Biwa - A Dream Comes True

1

2

1. Kedai pancing berdekatan

Tasik Biwa yang memudahkan pemancing mendapatkan bekalan barang pancing. Kehadiran

kami

berdua

2. di-sambut oleh Abg. Sham di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

LMB pertama saya di awal 3. pagi, 52 cm. Yoshaaa!

8 SIRIP

T

oh telah memenangi pertandingan Samurai Merak II, iaitu satu pertandingan mengilat peacock bass (PB) yang telah diadakan di lombong Air Kuning, Kampar, Perak. Saya pula lebih bernasib baik kerana telah memenangi pertandingan Samurai Keyboard yang juga dianjurkan oleh Sham Piman. Ini ialah pertandingan menulis karangan berkenaan dunia memancing yang diadakan di facebook bagi mempromosikan page Lime Bait. Hadiah utama bagi kedua-dua pertan-dingan ini ialah pakej memancing ke Ta-

sik Biwa, Jepun dengan segala kos ditanggung oleh penganjur.

Sham Piman Siapa yang tidak kenal dengan nama Sham Piman, beliau sememangnya tidak asing lagi bagi kaki-kaki pancing di Malaysia khususnya kepada kaki casting kerana menjadi penjual barang pancing online yang terkenal dari Jepun sejak 10 tahun lalu. Anak jati kelahiran negeri Perak ini sudah menetap dan mencari rezeki di Jepun sela-


Teks : SOLLEHUDIN SAPARI

Fotografi : SHAM PIMAN

Pendekar Malaya tawan

Samurai Biwa ma 24 tahun, dan kelebihan itu diguna-kan untuk menjadi pembekal barangan pan-cing berkualiti buatan Jepun seperti kekili, joran dan gewang yang semestinya mendapat tempat di kalangan pemancing Malaysia. Bukan setakat barangan baru, beliau juga menjual barangan terpakai yang mudah diperolehi di Jepun. Sham yang sangat fasih bertutur bahasa Jepun menjadi jurupandu kami kerana orang Jepun memang tidak mahu bertutur bahasa luar. Saya ada juga mencuba bertutur dalam bahasa Inggeris,

3

namun mereka hanya membalasnya dengan bahasa Jepun. Terpinga-pinga saya dibuatnya. Umpama ayam dengan itik cuba berkomunikasi.

Tasik Biwa Tasik Biwa ialah tasik air tawar yang terbesar di Jepun yang terletak di utara bandar Kyoto. Keluasannya dianggarkan sebesar 670 kilometer persegi dan menjadi kawasan takungan untuk bandar Kyoto dan Otsu. Ia juga menjadi sumber kepada industri tekstil SIRIP 9


Biwa - A Dream Comes True

4

6 rita pada tahun 2009 telah mencipta nama Biwa di mata dunia.

Pengembaraan Bermula Perjalanan saya dan Toh bermula di KLIA 2. Tiket kapal terbang sudah dibeli awal-awal lagi oleh Abg. Sham. Agak mahal juga, hampir seribu setengah untuk pergi dan balik bagi seorang. Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 1 pagi dan mengambil masa enam jam setengah untuk sampai ke Jepun.

5 4. Ruangan dalam kedai panc+ ing yang pastinya mem5. buatkan pengujungnya rambang mata.

6. Khusyuk memilih gewang terpakai yang banyak dan murah harganya.

7. Sushi ikan tuna yang sangat menyelerakan walaupun baru kali pertama saya mencubanya.

8. Samurai

Malaysia makan angin di Istana Osaka.

9. Dotonbori, sesak dengan pengunjung daripada lam dan luar negara.

da-

bagi kawasan yang berdekatan. Selain itu, ia juga membekalkan air minuman kepada 15 juta penduduk di daerah Kansai.

LMB Di samping itu, Biwa juga merupakan salah satu daripada 20 tasik yang tertua di dunia, umurnya dianggarkan mencecah empat juta tahun. Walaupun di dalamnya terdapat banyak hidupan semulajadi seperti spesien haruan raigyo, namun ikan asing dari negara barat iaitu largemouth bass atau lebih dikenali dengan singkatan LMB yang diperkenalkan ke tasik ini puluhan tahun lalu yang telah mempopularkan Biwa dan industri memancing di Jepun. Kerana LMB, industri sukan memancing telah berkembang dengan pesat di Jepun, di mana banyak teknologi baru diperkenalkan. Ia termasuklah daripada perkakas memancing, bot memancing, alat pengesan ikan dan banyak lagi. Di samping itu, di Tasik Biwa jugalah rekod LMB terbesar di dunia tercipta. LMB seberat 22 paun dan 4 auns (lebih kurang 10.09 kg) yang ditangkap oleh Manabu Ku-

10 SIRIP

Setibanya di Jepun, kami telah disambut oleh Abg Sham. Cuaca agak mendung dan sedikit sejuk. Sebenarnya, sudah dari awal-awal lagi saya tanyakan kepada Abg. Sham tentang cuaca di Jepun. Bukan apa, saya risaukan musim sejuk. Maklum la orang Malaysia, tak tahan sejuk, lagi-lagi jika bersalji. Menggigil. Selepas mengisi perut, Abg. Sham membawa kami ke tempat penginapan. Dalam perjalanan, kami sempat singgah ke kedai pancing. Saya hanya mencuci mata, belum bersedia untuk membeli mungkin, boleh jadi kerana jet lag. Tempat penginapan kami ialah guest house kepunyaan Abg. Sham dan rakan niaganya warga Jepun. Diberi nama Moosa’s Guest House dan terletak di Owada, Osaka. Besar juga, tiga tingkat. Ada bilik untuk orang bujang dan ada juga bilik untuk keluarga. Malamnya, kami dibawa berjalan-jalan ke Dotonbori, sebuah tempat tumpuan orang ramai. Lebih kurang macam Jalan Chow Kit jika di Malaysia. Kata Abg. Sham, Dotonbori seperti Mekah bagi orang Jepun, mesti dikunjungi walaupun sekali seumur hidup. Maka tidak hairanlah sangat ramai orang di sana. Terdapat banyak kedai dan pelbagai barang-barang dijual. Kemudian kami dibawa ke kedai sushi. Rasanya tidak lengkap jika bertandang ke Jepun jika tidak mencuba sushi-nya. Awaln-


7 ya saya agak kekok kerana sebelum ini saya memang tidak pernah menjamah sushi. Berbeza pula bagi Toh yang sebelum ini pernah bertandang ke Jepun. Percubaan pertama dengan salmon separuh masak ternyata membuka selera. Rasa ikan yang masih segar jelas terasa di setiap penjuru lidah. Kehangatan wasabi telah menghilangkan jet lag saya. Rasa kicapnya juga jelas dan menyelerakan. Ditambah dengan teh hijau yang menenangkan. Akhir sekali barulah saya berani mencuba ikan tuna yang mentah dan segar. Rasanya sangat sedap dan tidak boleh didapati di mana-mana.

Jalan-Jalan Keesokannya kami dibawa melawat ke Istana Osaka, sebuah tempat bersejarah. Alang-alang sudah sampai ke Jepun eloklah jika kami pergi berjalan-jalan. Istana Osaka merupakan bangunan pe-ninggalan budaya yang dilindungi oleh pe-merintah Jepun. Menara utama Istana Osaka yang menjulang tinggi merupakan simbol kota Osaka. Ia juga menjadi mercu tanda bagi bandar Osaka. Ramai orang daripada seluruh pelosok dunia melawatnya. Setelah puas makan angin, kami dibawa ke kedai pancing. Banyak juga kedai pancing yang kami kunjungi, lebih sepuluh kedai. Terlalu banyak barang yang dijual sehingga rambang mata kami dibuatnya. Tak tahu mana satu nak dibeli, semuanya berkenan!

8

Daripada laut ke darat, daripada heavy cover game ke ultralight, semuanya lengkap. Terkadang hingga berjam-jam kami membelek barang-barang di sesebuah kedai. Banyak barang yang susah didapati di Malaysia ada di sini. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual barangan terpakai seperti kekili, joran dan gewang. Kedai-kedai ini tidak asing lagi seperti kedai-kedai bundle di Malaysia. Harga-nya bergantung kepada jenis barang, ada yang murah dan ada yang lebih kurang saja harganya seperti di Malaysia. Desas-desus barangan di Jepun adalah jauh lebih murah adalah cerita dongeng dan tidak boleh dipercayai. Malamnya kami hanya berehat dan mempersiapkan ‘senjata’ untuk diturunkan keesokan harinya.

Biwa Aku Datang! Inilah hari yang ditunggu-tunggu, hari untuk menawan LMB Tasik Biwa. Sememangnya hati sangat berdebar-debar dan tidak sabar untuk memancing. Dari seawal 5.30 pagi lagi kami sudah memulakan perjalanan.

9 Perjalanan kami mengambil masa satu jam setengah menaiki kereta yang dipandu Abg. Sham. Cuaca pagi itu agak mendung dan hujan renyai-renyai. Kami sempat mencuci mata di kedai pancing yang berdekatan dengan tempat kami bakal menaiki bot. Bagus juga ada kedai pancing yang berdekatan dengan tempat memancing, memudahkan pemancing. SIRIP 11


Biwa - A Dream Comes True jika tiada Abg. Sham, nescaya kami tidak akan faham apa yang dikatakannya! Dia juga merupakan guide memancing sepenuh masa di Tasik Biwa. Bayaran yang biasa dikenakan ialah 50,000 yen, atau lebih kurang RM 2,000. Bassboat yang digunakan adalah kepunyaannya sendiri. Cantik dan moden. Semuanya lengkap seperti sonar dan GPS.

Crankbait Gemuk Setelah semuanya lengkap, kami memulakan misi pemburuan LMB. Shota membawa kami ke spot yang sudah ditandanya di dalam GPS. Menurutnya, spot itu ialah sebuah kawasan yang landai dan luas. Kedalamannya hanya empat meter. Ia menjadi kawasan LMB bertelur.

10

Kelihatan banyak bot pemancing lain. Jaraknya tidak jauh antara satu sama lain. Tidak ketinggalan juga bot-bot yang menjalankan aktiviti lain. Terdapat juga bot laju yang mengekori bot mainan kawalan jauh ke hulu dan ke hilir tanpa henti. Kehadirannya seperti mengganggu para pemancing, tetapi mereka sudah biasa dengan keadaan itu. Di segenap tasik terdapat juga kapalkapal layar kecil membuat latihan mungkin. Menurut Abg. Sham, kadangkala ada juga mereka yang bermain jetski di kawasan itu. Itu semua merupakan aktiviti kebiasaan di tasik yang besar ini.

11 10. Servis

terbaik daripada Shota, arigato gozaimasu.

11. Kelihatan hotel di pinggir tasik yang memudahkan pengunjung untuk menginap.

12

12 SIRIP

Fishing guide kami ialah Shota Miyahiro, seorang pemancing professional. Dia banyak mendapat tajaan daripada pelbagai syarikat dan jenama barangan pancing. Antaranya Lucky Craft, Abu Garcia dan Berkley. Seorang yang sangat peramah, tetapi

Shota menyuruh kami menggunakan gewang crankbait di spot ini. Saya agak terkejut dengan crankbait yang ditunjukkan. Sangat besar dan gemuk. Lebih kurang empat jari lebarnya. Beratnya 56 gram. Memang sesuatu yang sangat asing bagi saya. Namun itulah yang disarankan oleh Shota. Katanya lagi, dua tiga hari sebelum itu sudah banyak LMB bersaiz mega berjaya didaratkan menggunakan gewang itu.


12. Gewang crankbait yang besar dan berat menjadi pilihan LMB pada ketika itu.

13. Pertarungan dengan LMB yang penuh mendebarkan. Menaiki bassboat adalah idaman setiap kaki casting.

14. Toh juga berjaya menaikkan LMB dengan crankbait.

15. Tersenyum

lebar Abg. Sham setelah mendapat LMB saiz idaman, 54 cm.

13 Bagi menggayakan crankbait ini, kami menggunakan kekili yang ber-ratio rendah. Jorannya berkekuatan 10 - 20 paun sepanjang 7 kaki 5 inci. Tali fluorocarbon berkekuatan 16 paun digunakan sebagai tali utama kerana samai di Tasik Biwa dikatakan mampu memutuskan tali sulam. Shota juga menunjukkan teknik untuk menggayakan gewang itu. Setelah dilempar, gewang harus dikarau selaju mungkin untuk membolehkannya selam dengan cepat. Jika ia melanggar dasar atau samai, biarkan sekejap agar gewang timbul sedikit. Jerk dengan kuat sebanyak dua kali dan tarik perlahan-lahan. Ulang dan ulang lagi sehingga mendapat strike.

Renjatan Pertama Pada awalnya saya agak kekok, namun setelah melakukannya berulang kali, barulah saya mendapat tune yang dimaksudkan oleh Shota. Tarikan perlahan setelah melakukan jerk telah menghasilkan hentaman padu daripada sang pemangsa. Saya lantas menyentap joran dengan kuat. Shota mengarahkan saya supaya merendahkan joran bagi mengelakkan ikan itu melompat untuk membuang gewang. Tidak lama selepas itu Shota berteriak “Big bass! Big bass!� apabila melihat olak ikan itu di tepi bot. Setelah mengendalikan ikan dengan penuh berhati-hati, ikan berjaya didaratkan. Alhamdulillah. Lesen LMB pertama buat saya. Yoshaaa... Gigil juga satu badan dibuatnya. Puas, gembira, teruja, semuanya bercampur baur. Setelah diukur dan diambil gambarnya, ikan itu dilepaskan kembali.

14

15

SIRIP 13


Biwa - A Dream Comes True

15 15. Masing-masing gigih memujuk LMB menggunakan SP.

16. Abg. Sham juga handal dalam bab pujuk-memujuk LMB dengan SP.

17. Lepas Shota, Shota lagi, kali ini dengan LMB sepanjang 61 cm!

terbesar

Pitching

SP hanya dibaling tidak jauh daripada bot. Ada kalanya saya hanya menjatuhkannya di bawah bot. Kemudian dua kali jerk halus dilakukan.

Setelah berberapa balingan dan tiada sambutan, Shota membawa kami ke spot lain. Kali ini Shota menyuruh kami menggunakan soft plastics (SP) berbentuk cacing (worm). Worm yang digunakan agak besar dan panjang, dipadankan dengan Jika rig yang mana saya tidak pernah menggunakannya sebelum ini.

Jika tiada sambaran, SP terus dikarau naik. Manakala jika ada cagutan, SP harus dibiarkan seketika, tegangkan tali dan terus sentap sekuat hati. Cara ini perlu diulang sehingga mendapat strike. Biasanya ikan akan menghentam ‘sopelastik’ ini ketika ia sedang jatuh ataupun setelah di-jerk.

Kami menggunakan setup yang berbeza untuk memainkan SP ini. Kekili ber-ratio sederhana sesuai digunakan dengan tali utama fluorocarbon berkekuatan 20 paun, dipadankan dengan joran sekasar 14 - 30 paun sepanjang 7 kaki 5 inci. Joran yang kasar dan padu, agak bagus untuk meng-sado-kan otot-otot tangan! Teknik

pitching

digunakan,

di

Ikan Terbesar Shota sangat mahir menggunakan SP. Dia sudah mendapat dua ekor ikan sedang-kan kami masih membangau. Sedang kami leka memujuk ikan, tiba-tiba Shota menyentap jorannya dengan kuat. Tetapi ikan tidak lekat pada mata kail. Diba-lingnya lagi ke tempat yang sama, lantas dia berteriak dalam bahasa Jepun, lalu mene-gangkan tali dan terus menyentap jorannya dengan kuat.

mana

Jorannya melentur seperti ada ikan besar di hujung talinya. Dia terus mengepam jorannya dengan laju, tidak memberi peluang. Sekejap sahaja ikan sudah berjaya didaratkan. Memang trend orang Jepun tidak melayan ikan. Ternyata ikannya besar, 61 cm panjangnya. Terbaik‌ Tidak lama selepas itu giliran saya pula mendapat strike. SP yang hanya dijatuhkan di bawah bot berjaya menggoda LMB berukuran 48 cm. Kemudian diikuti Toh dengan LMB berukuran 45 cm, juga menggunakan SP.

17

14 SIRIP

Banyak kali juga SP kami dicagut ikan, namun banyak yang tidak lekat. Abg. Sham mencadangkan untuk berehat dan makan tengah hari awal kerana risau pelanggan penuh di kedai makan nanti. Sekali lagi kami makan di kedai sushi. Sangat menyelerakan dan menyegarkan.


18 SIRIP 15


Biwa - A Dream Comes True

19. Saya mengalami kekejangan

otot tangan setelah digasak oleh LMB ini.

20. Giliran saya pula mendapat strike menggunakan ‘sopelastik’ (SP).

19

Rekod Peribadi Selepas makan tengah hari, kami menyambung sesi pancingan. Matahari agak terik tetapi udaranya terasa sejuk, langsung tidak terasa panas. Kami bermain SP lagi. Berberapa ekor ikan berjaya didaratkan oleh Toh dan Shota. Abg. Sham juga mendapat strike menggunakan SP. Setelah setengah hari memancing, keletihan mula terasa. Banyak tenaga yang diguna-kan bagi mengendalikan joran yang agak berat dan panjang itu. Ada kalanya saya dan Toh memancing sambil duduk. Dalam keletihan itu, umpan saya telah diragut ikan. Dengan pantas saya menyentap joran. Ikan menekan ke bawah bot dan tali sedikit keluar. Seperti ikan besar gayanya. Saya terus mengepam joran dan tidak memberi peluang. Sebaik sahaja ikan didaratkan, tangan saya mengalami kekejangan otot! Tidak pernah dalam sejarah saya sebelum ini tangan kejang kerana memancing. Boleh tahan juga saiz ikannya, 56 cm, rekod peribadi buat saya.

Ditewaskan Mega Lewat petang itu Shota membawa kami ke spot lain untuk bermain gewang crankbait. Kami hanya menggunakan dua jenis umpan sahaja dalam trip ini. Hal ini sebenarnya berkaitan dengan selera LMB pada ketika itu. Daya juang LMB tidaklah sekuat mana. Apa yang membuatkan pancingan LMB ini lebih menarik adalah kerana teknik menduganya yang sentiasa berubah-ubah mengikut masa, keadaan dan cuaca. Gewangnya juga berbeza-beza mengikut seleranya pada ketika itu. Dengan itu pemancing perlu mengkaji dan seterusnya boleh menambahkan ilmu. Keadaan petang itu seperti hendak hujan, angin kuat dan air tasik bergelora. Abg. Sham menggunakan gewang crankbait yang baru dibelinya ketika waktu makan tengah hari tadi. Baru berberapa balingan gewangnya sudah dihentam ikan yang besar. Malangnya ikan itu melompat dan berjaya meloloskan diri.

Strike Minit Terakhir 20

16 SIRIP

Shota mengubah spot lagi. Kami masih mengekalkan penggunaan crankbait. Waktu pula sudah semakin suntuk, masing-masing



Biwa - A Dream Comes True 21. Lagi LMB bersaiz sederhana daripada Toh.

22. 56 cm, rekod peribadi saya! 23. Jika Rig yang banyak di-

gunakan pemancing-pemancing LMB Jepun untuk per-sembahan SP worm.

21

22 berhempas-pulas menggayakan gewang. Dalam kekalutan itu, gewang Abg. Sham sekali lagi dihentam ikan. Joran dipam tidak memberi peluang. Pergelutan kali ini memihak kepada Abg. Sham. LMB berukuran 54 cm berjaya didaratkan. Tersenyum lebar Abg. Sham dibuatnya. Sedang sesi bergambar dilakukan, Toh pula mendapat strike, juga menggunakan crankbait yang baru dibelinya tadi. Memang sangat berkesan. Walaupun gewangnya agak besar, selera LMB lebih besar dan cukup garang untuk menghentamnya. Setelah jam menunjukkan pukul 6 petang, kami berangkat ke jeti untuk menamatkan misi pemburuan LMB ini. Ternyata populasi LMB di Tasik Biwa masih terjaga walaupun ia mendapat tekanan yang sangat tinggi daripada pemancing-pemancing di Jepun. Hal ini adalah kerana amalan tangkap dan lepas yang dipraktikkan oleh pemancing-pemancing di sini. Jika ini dapat dipraktikkan di Malaysia, besar kemungkinan populasi ikan boleh bertahan dan seterusnya menyumbang kepada industri sukan memancing. Keesokannya, awal-awal pagi lagi kami sudah berangkat ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. Banyak pengalaman baru yang kami perolehi di perantauan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Abg. Sham yang telah melayan kami dengan baik sekali. Trip ini merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi kami. Terima kasih sekali lagi. Sayonara Jepun, sayonara LMB, semoga berjumpa lagi di lain kesempatan‌ - SIRIP -

22

18 SIRIP

*Jika berminat menimba pengalaman mengilat LMB di Biwa, Jepun, sila hubungi Abg. Sham melalui facebook : Sham Piman



The White Shoe Trails

XPDC Geng Kasut Putih

1

1. Kasut berwarna putih yang

dipakai untuk trekking menjadi inspirasi nama kumpulan GKP.

2. Berehat sebentar dalam + pengembaraan yang meme3. natkan sambil mengambil peluang untuk menikmati alam semulajadi.

G

KP dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan kesemua ahlinya memakai kasut putih sebagai tanda dan langkah pemancing yang bersih. Itulah simbolik GKP. Perjalanan merentas belantara bermula dengan memasuki perkampungan untuk sampai ke pinggir hutan. Awal-awal lagi cukup meletihkan juga kerana melalui jalan jalan ladang kelapa sawit dengan kenderaan pacuan empat roda.

raan dikunci, kami seramai 14 orang memulakan perjalanan yang dikatakan bakal memakan masa 3 jam setengah merentasi bukit-bukau yang pasti memerlukan stamina yang kuat untuk ranjau pendakian itu. 5 minit pertama sahaja kami sudah mula mendaki selama 20 minit. Itulah halangan pertama sebelum merentas hutan. Melalui empat anak sungai juga membolehkan kami menjadikan kawasan itu tempat berehat untuk membasahkan badan, membasuh muka

Seawal jam 9 pagi setelah semua kende-

2

20 SIRIP

3


Teks : ROZAWARIE ZAKUAN

Fotografi : GENG KASUT PUTIH

4 dan mengambil air minuman.

ber-sama seorang lagi. Alhamdulillah kerana tidak cemas dan menggunakan panduan apa-bila keadaan ini terjadi, rakan lain berjaya menemui kami. Bukan mudah jika difikirkan aktiviti seperti ini, memerlukan stamina serta panduan dan ilmu tentang hutan belantara.

Rasa seperti air mineral semulajadi. Te-rasa amat segar kerana airnya yang jernih dan sejuk, tidak tercemar. Membancuh air sejuk itu bersama Extrajosh atau Kukubima, bahan yang mudah didapati di kedai runcit, lebih memberikan tenaga kerana kandungan gula yang tinggi.

Saat dinanti telah tiba. Cerah langit apabila langkah sudah hampir ke lokasi dituju, kerana di sungai tiada pokok tinggi. Oleh itu cahaya matahari menerangi sekitar sungai.

Hampir Sesat Separuh perjalanan, pasukan kami agak cemas kerana kekeliruan denai telah memesongkan perjalanan dua ahli iaitu saya

5

Tetapi kami perlu menyeberangi sungai kerana jurupandu telah menetapkan untuk

4. King dan Harry bersama beberapa ekor kelah pelbagai saiz yang berjaya ditawan dalam ekspedisi ini.

5. Kelah biru (Tor duoronensis) dengan saiz idaman para pemancing.

6. Kepuasan sebenar terserlah

di wajah Apit ketika berhasil menjinakkan spesies raja sungai kelah merah (Tor tambroides).

6

SIRIP 21


The White Shoe Trails

8

7

dicari.Akan tetapi teknik bottom juga masih di-praktikkan. Waktu petang dihabiskan dengan memancing di kawasan berdekatan dan Airil Shahril berjaya mendaratkan kaloi 1.8 kg menggunakan buah sawit peram. Malam itu hujan turun membasahi bumi. Kami agak kecewa kerana paras air sedikit naik dan agak keruh dalam suluhan bulan terang penuh. Akhirnya semua lena dalam kesejukan malam di tengah belantara kerana kepenatan dan kekenyangan apabila menu ikan asam pedas oleh chef Adzrul Adnan habis kami nikmati bersama. Seawal 6.40 pagi, rata-rata ahli sudah bangun dari mimpi, masing-masing bersarapan biskut dan juga kopi panas yang disediakan oleh ahli yang ditugaskan. Kemudian berpecahlah ahli-ahli mencari lubuk, ada yang ke hulu, ada yang ke hilir. Saya mencuba nasib ke hulu sungai, me-redah air separas dada, pinggang dan ada ketika separas betis sahaja kerana untuk ke hilir tiada denai atau jalan darat yg boleh dilalui. Agak menyeramkan apabila memikirkan berada di dalam hutan tebal yang pastinya dipenuhi binatang buas.

Raja Rimba & Raja Sungai Apa yang bermain di fikiran menjadi nyata apabila kumpulan kami yang sedang leka mem-bottom di hulu dikejutkan dengan deraman raja rimba yang pastinya memberitahu ia berdekatan. Kami bernasib baik kerana bunyi itu datangnya dari arah bertentangan iaitu di seberang sungai. Cepat-cepat saya dan seorang rakan menghidupkan unggun api dan memarakkan asap untuk keselamatan.

9 membuat tapak khemah utama di seberang yang lebih strategik dan rata. Air yang separas pinggang kami lalui. Semua ahli kelihatan keletihan, akan tetapi kami perlu membina tapak perkhemahan secepat mungkin kerana langit seakan hendak hujan.

22 SIRIP

Strike dari Faizal Musa apabila kami kembali ke tapak khemah petang itu menggembirakan semua ahli. Kelah seberat 2.76 kg telah berjaya didaratkannya. Begitu juga ada ahli lain yang berjaya memancing kelah tetapi dilepaskan kerana masih bersaiz kecil. Saya dan rakan lain yang ke hulu hanya pulang bersama beberapa ekor baung akar. Kesejukan akibat hujan pada malam kedua juga tidak mematahkan semangat kami untuk terus beraktiviti santai malam, tanpa teknologi gajet. Ia lebih merapatkan ikatan silaturrahim antara kami semua.

Hujan Malam

Kelah Biru

Tentunya mengilat adalah perkara utama dan amat bernilai jika dengan teknik itu kami dapat mendaratkan raja sungai yang

Seawal pagi, seorang demi seorang bangun dan berpasangan mencari lubuk. Tidak digalakkan memancing seorang diri, dikhu-


7. Tapak khemah kami simple sahaja.

8. Waktu

malam diluangkan dengan membakar ikan tangkapan yang terpilih.

9. Airil Shahril berjaya mendaratkan kaloi 1.8 kg menggunakan buah sawit peram.

10 atiri bahaya ancaman binatang buas atau tiada tindakan susulan jika berlaku kemalangan tidak diingini. Keputusan diambil, saya ke hilir sungai bersama Chor. Lubuk kami bertapak ini sama seperti lubuk lain, tenang dan sunyi. Dengan menggunakan ladung bulat hidup bersaiz 5, tanpa perambut, umpan sawit dilabuhkan. Sementara menanti, kami juga mencari cacing di kawasan sekitar. Pelbagaikan cara dan umpan apabila sepi berpanjangan. Umpan diganti, mata kail dipenuhi cacing dilempar kembali. Tak sampai 30 minit, joran Chor melentuk ditarik penghuni dasar. Seekor kelah 1.65 kg berjaya didaratkan se-telah berhempas-pulas sehingga Chor terpaksa masuk ke dalam air kerana larian padu kelah ini menghala ke tunggul berdekatan. Alhamdulillah... itulah lesen yang diidamkan Chor, seekor kelah biru pulak tu! Kelah jenis ini boleh dikenal pasti melalui siripnya yang kebiruan, dan tidak sama dengan kelah merah yang biasa kita jumpa. Selepas ikan ditambat di gigi air, pancingan disambung semula dengan harapan masih ada lagi strike daripada skala yang lebih besar. Akan tetapi hanya baung yang menjamah kail kami. Bagi ahli lain, mereka lebih menghilir daripada kami. Akan tetapi apa dicari tidak kunjung tiba. Hanya mata dijamu lenggokan tedung selar sebesar lengan dewasa menyeberangi sungai. Nasiblah mereka duduk berdiam semasa memancing yang memang adat memancing kelah.

Orang Kuat Masing-masing pulang ke khemah, hampa tanpa apa diidamkan. Tetapi terubat apabila salah seorang ahli berjaya menaikkan seekor kelah. Ia tetap seolah-olah tiap seorang berjaya mendapat strike. Inilah kejayaan bersama. Malam ini pasti santapan berharga untuk kami. Kelah bakar dibalut aluminium foil, agar sisik serta kualitinya terjaga. Malam terakhir juga kami dikejutkan dengan bunyi

11 Orang Kuat (ganti nama kepada gajah) yang mungkin ada berdekatan, atau hanya menandakan kawasan mereka berada di sana. Beberapa rakan ada yang masih mencari strike idaman dan ada yang sudah berehat mengemas menantikan saat untuk pulang. Kebiasaan selepas waktu zohor, kami akan memulakan perjalanan keluar memandangkan hanya 3 jam masa yang diambil apabila keluar nanti memandangkan lebih banyak menuruni bukit.

10. Izuan dan Airil bersama hasil tangkapan seekor kelah.

11. Faizal Musa dan raja sungai yang cantik sekali.

Perkakasan dibahagi sama rata, kawasan khemah dibersihkan, segala sampah dibakar atau ditanam. Setelah ketua kumpulan berpuas hati, akhirnya sesi bergambar sebelum pulang menjadi tradisi kebiasaan Geng Kasut Putih ini. Trip selesai selama 4 hari 3 malam tanpa sebarang masalah. Selepas ini kami akan ke destinasi baru, Banjaran Titiwangsa. Pasti kami kongsikan bersama anda... - SIRIP SIRIP 23


Road To Temengor

TEMENGOR Tatkala Surut

1. Pemandangan

Temengor apabila tasiknya jauh surut yang menyerlahkan lebih banyak reba dan tunggul mati.

2. Apabila toman culas, gewang selaman dalam menjadi taruhan dengan teknik kayuhan sederhana laju.

3. Rapala X-Rap Countdown, gewang jenis sinking (tenggelam) yang berjaya ‘korek’ sebarau di lubuk dalam.

K

ami telah memutuskan untuk turun memancing di Tasik Temengor berikutan hujan mulai kerap turun di segenap pelosok negeri pada awal tahun. Tasik buatan di Gerik ini biasanya akan melimpah-ruah khazanahnya sewaktu musim ini. Hasil perbincangan, kami berjaya mengumpul 12 pengilat tegar untuk sama-sama turun menggempur tasik ini selama dua hari. Kami mula bergerak dari negeri masing-masing yang ada datang dari Kedah, Perak dan Kuala Lumpur dan bertemu di check point jeti Pulau Banding seawal 6 pagi. Ma-sing-masing mempersiapkan peralatan sebelum turun menaiki tiga buah bot yang telah bersedia untuk merempit tasik.

Surutnya Air Keadaan air tasik masih jauh surut kerana baru mendapat taburan hujan yang lebat di kawasan sekitarnya. Sememangnya em24 SIRIP

pangan akan melepaskan air tasik dengan kuantiti yang sangat banyak sebagai persediaan menerima kadar hujan yang tinggi pada hujung dan awal tahun. Dengan kesurutan melampau ini, maka banyaklah spot mengilat yang kelihatan dengan reba yang meninggi. Tiba di spot pertama, mengilat dimulakan dengan bermain di kawasan suak tasik yang lebih dalam. Maka gewang jenis tenggelam termasuk jig dan kilat sesudu menjadi taruhan kami terlebih dahulu. Setelah dilempar, gewang dibiarkan tenggelam seketika sehingga ke dasar sebelum membuat karauan. Teknik sebegini mula mendapat sambutan setelah diulang berkali-kali untuk mengorek keluar penghuni lubuk agar terpesona untuk membaham gewang. Sekali-sekala kami bertukar mengguna-kan gewang permukaan untuk mengun-


Teks & Fotografi : ANIS FIRDAUS

2

1 dang ledakan sang serigala tasik sambil dapat mengurangkan risiko gewang sangkut, terutama di bahagian pinggir tasik yang kelihatan reba bersilang-silangan.

Ikan Culas Ramalan saya bahawa ramai pengilat akan mengunjungi Temengor pada musim sebegini adalah benar. Kepesatan pemancing sedikit-sebanyak memberi tekanan kepada ikan di sini yang didapati bersikap agak berhati-hati untuk membedal gewang. Cuma beberapa ekor sebarau dapat dinaikkan, dan kami kerap melihat sang sebarau hanya mengekori gewang sehingga ke tepi bot. Sebarau ketika ini didapati banyak mendiami kawasan rekahan dinding berbatu, suak, cenuram (drop-off), kawasan pokok tumbang dan batang tunggul. Teknik yang terbaik untuk memujuk spesies ini ialah lontar dan biarkan gewang tenggelam seketika

3

SIRIP 25


Road To Temengor

4.

Sebarau yang berjaya dipujuk dengan golekan gewang baru Rapala Shad Dancer.

5.

Lesen toman pertama Huat di Temengor dengan gewang permukaan.

6.

Kok Ping bersama toman hasil junaman gewang Storm Arashi Deep 10.

7.

Apabila sebarau suka berdiam di dasar, penggunaan jig amat berkesan memujuknya.

9. Rapala Countdown Abachi yang bersifat tenggelam cukup killer apabila ia direndam sampai ke dasar dan jerk sambil membuat karauan sederhana.

10. Strike! Saya ditekan seba-

rau yang cuba menikam ke reba setelah membaham gewang sinking.

5

26 SIRIP

4 sebelum membuat karauan sambil twitch perlahan-lahan. Sebarau ini bersifat kewilayahan. Jika seekor dah kena, maka ramailah gengnya keluar di kawasan yang sama. Jangan mudah kecewa. Cuba pujuk dengan sabar.

Vertical Cast & Jig Sekarang banyak gewang atau jig yang boleh kita guna untuk menjerat spesies tasik

ini. Tekniknya, anda hanya perlu jatuhkan jig atau gewang pada kedalaman yang dimahukan, kemudian jerk atau karau-sentak secara perlahan-lahan. Jika tiada sambaran, lepaskan semula gewang atau jig itu dan diulang jerk berkali-kali sehingga gewang atau jig itu sampai ke permukaan. Kadang-kadang, teknik ini lebih berkesan daripada teknik yang biasa dimainkan oleh kebiasaan pengilat lain.


Hujung tahun adalah musim hujan di negara kita, jadi cuaca mendung kurang mendapat cahaya matahari itu adalah biasa pada masa sebegini. Namun ketika inilah masa yang sesuai untuk memburu sebarau yang rata-ratanya aktif apabila cuaca hujan dan airnya sejuk. Taburan hujan yang mencurah-curah, menjadikan serangga-serangga kecil dan cacing-cacing keluar untuk menjadi santapan ikan-ikan kecil. Lalu seterusnya ia merangsang pula pemangsa-pemangsa seperti sebarau dan toman untuk bertindak aktif membaham anak-anak ikan tersebut.

Sarang Toman Satu-satunya kepuasan trip kali ini apabila boatman kami, Lebey, membawa kami suatu spot mengilat toman yang menghasilkan strike yang tidak disangka-sangka. Hentaman gewang permukaan dengan begitu rakus sekali memaksa kami semua bekerja keras untuk menaikkan spesies giant snakehead berskala monster ini. Pujukan demi pujukan dan hentaman demi hentaman kami terima. Banyak gewang yang lebur dilarikan monster toman yang menghuni kawasan tersebut, sehinggakan hanya seekor dua saja yang mampu didaratkan. Kepuasan dan dendam begitu terpancar di setiap para caster yang telah terkena karan hentaman padunya.

6

Selain kepuasan mengilat di tasik ini, fenomena air surut telah memberi peluang kepada kami untuk menyaksikan apa yang berada di sebalik tasik yang menenggelaminya. Segala spot, reba-reba kayu, kawasan berbatu yang sebelum ini paras airnya penuh telah surut sampai menampakkan ‘barang-barang’ di dasar tasik. Kehidupan hutan juga banyak kami temui seperti kijang, gajah dan sebagainya kerana spesies ini kerap turun ke tepi tasik untuk minum air dan mandi. Terasa syukur dan damai di hati melihat keindahan alam yang amat damai ini. Semoga kita sama-samalah kita dapat memelihara flora dan fauna Tasik Temengor ini sebagai khazanah yang paling berharga untuk kita dan generasi anak cucu kita nanti. - SIRIP -

7

8

Kami menggunakan khidmat boatman Lebey untuk meneroka hotspot mengilat di Temengor. Lebey boleh dihubungi di talian : 013-584 7354

9

SIRIP 27


Jungle Coarse Fishing

Coarse Fishing SG. KATIBAS

1

fishing ini. Idea, nasihat serta tips berguna daripada ahli dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Sumber lain bergantung kepada YouTube, dan Google kerana rujukan seperti majalah dan buku memang tiada di pasaran. Justeru, saya sentiasa berhubung dengan mereka untuk mendapatkan info diperlukan.

Cari Kelainan Kebiasaannya, rakan-rakan di KL menjadikan kolam berbayar untuk melaksanakan pancingan ini. Berbeza sekali dengan keadaan saya di sini yang tinggal nun di Song, Hulu Rajang. Hanya ada Sg. Katibas yang cukup luas dan spot pancingan yang pelbagai. Tetapi ini satu kelebihan bagi saya. Apabila lokasi berbeza, sudah tentulah spesies tangkapan berbeza seperti tengalan (nama tempatan : mengalan), lampam (tengadak), patin buah (lajong) dan lain-lain.

2 1. Swafoto sebelum memulakan

coarse fishing di Sg. Katibas.

2. Memulakan proses pemasangan seatbox. Kedudukan kaki seatbox perlu dilaraskan mengikut keselesaan pemancing. Setelah seatbox siap dipasang, beralih pula kepada pemasangan penyandar joran dan keepnet (jaring simpan ikan).

28 SIRIP

S

aya sangat bertuah kerana dapat bertemu Tengku Izzudin @ Guvnor yang telah lama bertapak dalam bidang coarse fishing ini. Beliau banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar tentang teknik, perkasasan dan umpan kepada saya yang ingin mendalaminya. 90% peralatan yang saya miliki sekarang dibekalkan beliau melalui jualan online kendaliannya, Supertackle Fishing Store. Walaupun tinggal jauh di pedalaman Sarawak, saya bersyukur dapat menyertai kelompok teras coarse fishing di KL untuk merealisasikan minat saya terhadap coarse

Berbekalkan kelebihan ini, saya berazam menjadi pemancing pertama di Sarawak yang mengaplikasikan coarse fishing untuk meneroka sepanjang sungai di tempat saya. Seterusnya mempromosikannya kepada masyarakat pemancing dan saya pasti ia sangat mengujakan bagi pendatang baru. Saya telah pun mengorak langkah dengan memperkenalkan gaya pancingan ini di kalangan rakan sekerja. Sambutan cukup positif. Beberapa orang mula menjadi penonton tegar setiap kali saya melakukan sesi pancingan, dan ada yang sudah membeli dan mencuba sendiri beberapa peralatan asas seperti joran, feeder (bekas mengumpan khas) dan sebagainya. Ini merupakan satu petanda yang baik untuk memperkenalkan pancingan coarse Fishing di Sarawak.


Teks & Fotografi : BROWN JANTOM

Perjalanan Ke Destinasi Pagi Sabtu, saya bertolak dengan kenderaan 4x4. Kemudian bertukar mod menggunakan perahu menyusuri Sg. Katibas ke hulu. Setibanya di lokasi, saya terus memasang tempat duduk dan beberapa aksesori asas seperti jaring penyimpan ikan, penyandar joran, tangguk dan lain-lain. Berjoran feeder jenama Daiwa Yank n Bank 10 kaki tiga sambungan, ia didatangkan khas dengan tiga pilihan bahagian hujung (quiver tips) yang berbeza kekenyalannya. Joran saya ini mempunyai quiver tips saiz 1.0 oz, 1.5 oz dan 2.0 oz. Saya memilih 1.5 oz kerana aliran air sederhana deras. Pilihan ground bait feeder pula bersaiz 30 g kerana jangkaan kedalaman lebih 15 kaki. Saya memilih paternoster rig bagi menyambungkan feeder dengan perambut fluorocarbon 8 paun yang diikat mengikut panjang piawai peraturan standard antarabangsa iaitu 50 cm. Selainnya mata kail jenama Fudo saiz 8 dan tali utama menggunakan monoline feeder pro, Awa Shima berkekuatan 10 paun yang diisi dalam kekili Shimano FX 2500FB.

disentap laju. Berbunyi drag diperah keluar. Pertarungan ini berlangsung selama 4 minit. Akhirnya, tengalan 1.485 kg berjaya didaratkan dengan kemas menggunakan sauk. Pertarungan disambung lagi dengan beberapa spesies lampam bersaiz 300 - 400 g. Sampai suatu ketika keadaan menjadi sepi semula, dan saya memutuskan untuk melakukan proses pengumpanan semula dengan 3 - 4 bola umpan ke sasaran balingan. Agak lama juga menunggu hampir 1 jam kemudian keadaan kembali sibuk. Beberapa spesies lampam berjaya dinaikkan untuk menambah koleksi dalam jaring simpanan sehingga sesi berakhir pada jam 6 petang.

3. Ikan tangkapan yang disim-

pan di dalam keepnet, kesemuanya mencecah 3 kg.

4. Set umpan yang saya selalu

gunakan, cacing tanah dan daging cincang.

Jumlah penghuni yang hadir di jaring di-timbang. Berat keseluruhan ikan yang berjaya didaratkan ialah 3.110 kg! Sesi ditangguhkan‌ - SIRIP -

5. Abang sado tengalan berjaya didaratkan setelah bertarung kira-kira 4 minit.

Penyediaan Umpan Saya memilih makanan ikan komersial dalam bentuk pellet, dan dihancurkan dengan pengisar. Ramuan kedua ialah baja ayam halus (starter) juga dikisar. Ramuan ketiga ialah Marukyu paste bait. Ketiga-tiga ramuan ini diadun bagi umpan feeder atau dikenali sebagai ‘ground bait’. Ia diadun dengan air sungai dan cecair booster Marukyu.

3

4

Dalam penyediaan ground bait yang betul, ia haruslah tidak terlalu kering atau basah.Proses pengadunan boleh dilakukan dengan tangan atau menggunakan drill yang dipasang dengan pemukul roti di dalam baldi umpan. Seterusnya, ditapis dengan penapis bagi menggelakkan ketulan kasar terbentuk. Bagi umpan mata kail, saya memilih daging dalam tin (lancheon) yang dibentuk menggunakan penekan (puncher). Namun demikian, saya menyediakan pilihan umpan lain seperti cacing tanah dan umpan paste.

Sesi Pancingan Bermula Awal sekali saya membuat adunan bebola umpan dalam jumlah 5 - 6 biji sebesar saiz bola tenis untuk menarik perhatian ikan berkunjung ke titik lontaran feeder. Ia harus dilakukan dengan betul dan tepat untuk menetapkan umpan berkumpul di satu pusat sahaja. Langkah ini diulangi setiap satu jam bagi mengekalkan momentum getuan ikan. Kebiasaanya ia dilakukan dengan lastik (catapult), tetapi saya memilih balingan dengan tangan. Balingan feeder haruslah disasarkan kepada arah bebola umpan yang dilontar tadi. Bagi mencapai tujuan ini jarak balingan haruslah ditetapkan. Untuk penetapan jarak yang konsisten, saya menggunakan klip pada kekili dan dua kayu jarak (distance sticks) bagi menganggar dengan tepat jarak balingan. Semasa sesi dimulakan, balingan pertama disambut dengan getuan pasif. Balingan kedua pula amat berlainan sekali. Ketika saya sedang leka membetulkan umpan pada bekas, tiba-tiba hujung joran melengkung

5

SIRIP 29


Aceh Deep Haul

JURUS SULUNG ULTRA DALAM 1 30 SIRIP


Teks : PAK WONG

Fotografi : PAK WONG & LIN THEAN FATT

2

OMG

! Sebaik sahaja feri sampai ke Sabang di Pulau Weh dari Banda Aceh, hujan turun tanpa henti. Billy tampak sugul dengan cuaca yang kurang baik ini, namun masih ringan tulang membantu anak-anak kapal mengangkut bagasi kepunyaan enam pemancing ke dek Teluk Sabang, kapal besi yang kerap muncul dalam majalah memancing di Malaysia dan Indonesia. Bergeleng kepada Ah Fatt melihat keadaan cuaca itu dan meramal hujan ini akan lambat berhenti! Benar firasat beliau, hujan terus berlarutan. Apabila bot menerjah lautan tidak lama kemudian, hujan semakin lebat disertai angin kencang, menyebabkan kami melarikan diri ke dalam kabin untuk berteduh. Kapten menyatakan gelombang ombak di luar semakin buruk, dan kami hanya selamat memancing di sekitar pulau buat sementara waktu. Walaupun kami kurang yakin di tepian pulau, tetapi apa boleh buat... baju hujan disarung dan joran dicapai jua. Saya meninjau sonar di kokpit, terperanjat! Walaupun spot ini kurang 100 meter dari pantai, kedalamannya mencecah 140 meter! Namun disebabkan spot ini kurang mencakup dan hujan semakin lebat, kami yang kesejukan terpaksa mengalah. Apatah lagi hujan ini berterusan sampai keesokannya!

Pertempuran Dua Jam Walaupun perairan Aceh sudah lama terkenal sebagai spot popping dan jigging, saya baru kali pertama menjejakkan kaki di sini. Semuanya berlaku secara kebetulan sewaktu singgah ke Syarikat Kepong di Kuala Lumpur, saya terserempak Billy yang bertanggungjawab menguruskan bot memancing di Aceh. Beliau ke Syarikat Kepong untuk menempah peralatan memancing untuk dijual di kedainya di Medan. Ketika kami bersembang tentang fenomena jigging perlahan yang kian popular, dia menceritakan penemuan lubuk super dalam di perairan Aceh baru-baru ini, yang beliau rasakan sangat sesuai untuk kami menjalankan eksperimen jigging perlahan. Jadi dalam tempoh kurang dua bulan, kami berenam tiba ke Aceh.

1. Ruby

snapper gergasi menyemarak adrenalin jigging perlahan ultra laut dalam.

2. Pulau Weh di utara Aceh adalah titik permulaan rantau barat Indonesia.

3. Bandara Antarabangsa Aceh penuh Islam.

ciri-ciri

seni

bina

4. Selain

feri, sudah ada penerbangan ke bandar Sabang di Pulau Weh.

Walaupun pada permulaan ekspedisi ini kami mengalami kepayahan, namun akhirnya kejayaan trip ini muncul sewaktu kami berada di atas sebuah lubuk berkedalaman 180 220 meter. Masing-masing mengukir wajah senyuman biarpun basah kuyup apabila di lubuk ultra dalam ini dalam tempoh sesingkat dua jam telah menganugerahkan kami 10 ekor kertang seberat 10 - 30 kg, serta ruby snapper bersaiz XL dengan trofi paling berat mencapai 15 kg!

3

4

SIRIP 31


Aceh Deep Haul

5 5. Kertang

30 kg yang dinaikkan Lee Boke Ting mungkin rekod jigging perlahan di Aceh.

6. Bagasi kami diangkut ke

dalam kenderaan oleh pekerja yang mengambil upah khusus untuk tugas itu.

7. Hujan

berlarutan terus mengekori ke mana sahaja kami pergi.

8. Hidangan

tempatan yang menyelerakan di Sabang.

Walaupun sekejap, tetapi ia memberi suatu pengalaman yang sangat berharga untuk dimensi jigging perlahan di laut ultra dalam. Selama ini kita telah membaca banyak teori tentang slow jigging ultra laut dalam, tetapi akhirnya di Aceh inilah peluang tersebut dapat direalisasikan.

Pentingnya Daya Ketahanan Joran Di sini, kita berbicara tentang lautan yang lebih 180 meter dalamnya. Terfikirkah kita untuk mempraktikkan jigging laju di kedalaman ekstrem sebegini kerana kita mungkin perlu jig sekurang-kurangnya 300 g beratnya. Mahu tercabut tangan! Tetapi sejak digantikan dengan jig perlahan, seluruh keadaan berubah. Jigging perlahan memberi tumpuan kepada persembahan yang ‘perlahan’. Maka tidak perlu kerjakan joran secara keras dan laju

32 SIRIP

unjunannya, sebaliknya joran sekadar memainkan jig itu supaya beraksi cantik untuk memikat ikan menyerangnya. Justeru kedalaman bukan lagi isu, asalkan kita mempunyai joran yang mempunyai daya ketahanan yang sangat baik. Berhubung dengan daya ketahanan ini, bermaksud joran mampu melantunkan jig sejauh 200 meter dalam dengan mudah. Namun untuk mencapai tahap itu, ia merupakan suatu cabaran yang besar dalam teknologi joran jigging. Pernahkah anda menonton acara terjun papan anjal? Reka bentuk papan anjal itu sangat penting. Jika papan anjal terlalu lembut atau keras, ia sukar melantunkan atlet ke ketinggian yang diperlukan untuk melakukan aksi terjunan akrobatik. Papan anjal perlu direka dengan daya tahan yang sesuai mengikut berat purata atlet. Joran jigging perlahan turut


6

7

menggunakan teori yang sama. Masalahnya agak sukar memperoleh joran sedemikian yang cekap melantunkan jig tanpa perlu pemancing berusaha lebih untuk mengunjun. Apabila jigging di kedalaman 200 meter ke atas, jig akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk tekanan, arus dan tali pancing. Jika anda pernah memancing dengan bot yang menghanyut secara terkawal, anda akan dapati tali pancing dan joran akan berada pada sudut yang betul bagi membolehkan jig turun tegak lurus ke dasar laut. Selagi tali anda tidak terlalu tebal, anda dapat merasai setiap pergerakan jig dengan ketara, termasuk tekanan yang berlaku terhadap jig apabila anda mengunjun joran. Pada ketika ini jika anda menggunakan joran yang bagus, anda akan tahu bahawa setiap kali joran diunjun, jig akan bertindak balas. Jika reaksi jig tidak ketara atau anda terpaksa unjun lebih kuat untuk menerima tindak balas, ini bermakna daya ketahanan joran tidak cukup mantap, atau anda perlu menggunakan model yang lebih berat. Situasi menjadi lebih kacau ketika bot hanyut secara bebas di mana tali anda menjadi condong. Pendek kata, daya ketahanan joran yang paling diutamakan untuk jigging perlahan laut ultra dalam!

Kekili, Jig & Mata Kail Kapasiti tali adalah prasyarat dalam pemilihan kekili yang sesuai untuk memancing ultra dalam. Untuk tali sulam PE 2.0 dan PE 3.0, disyorkan kekili mampu berkapasiti mengisi sekurang-kurangnya 600 meter tali, termasuk bagi menghadapi kemungkinan tali putus semasa pertarungan atau bergeser dengan tali pemancing lain. Nisbah gear sangat penting. Kayuhan setiap pusingan hendaklah dapat mengarau kira-kira 100 cm tali bagi membolehkan kita membuat 1/2 hingga 1/8 karau persembahan jig perlahan itu. Pengayuh boleh digantikan dengan yang lebih panjang untuk karauan yang lebih berkuasa dan cepat.

8

SIRIP 33


Aceh Deep Haul 9.

Gaya pertarungan tanpa mengepam joran adalah lebih mudah untuk membawa naik kertang.

10. Ah Fatt dan trofinya. 11. Teluk

Sabang, satusatunya bot pancing terbaik di sini.

12. Tidak ada ruby snapper bersaiz bawah semua yang bersaiz sado.

3

kg, kena

13. Kim Soon lebih bertuah

dengan ruby snapper, tanpa seekor kertang pun yang dapat beliau naikkan.

9 10

11

12 13

34 SIRIP


TERDAPAT DALAM 29 SAIZ DAN 6 JENIS SET

Elakkan Barangan Tiruan

PUTARAN LAJU Lontaran Lebih Jauh 440C Keluli REKOD (YOUTUBE) Tanpa Karat Lontaran Lebih 2 m i n i t 6 s a a t Lancar Si3N4 Bebola Seramik Campuran RINGAN

Ketepatan Tertinggi


Aceh Deep Haul

14 15

16

Rekaan jig untuk laut ultra dalam mengutamakan faktor halaju penenggelamannya. Selain berat, yang lebih penting ialah bentuknya. Jig berprofil panjang dan nipis lebih cepat tenggelam kerana daya rintangannya kurang berbanding jig yang berprofil lebar dan pendek. Jangan gunakan jig ringan semata-mata nak jimatkan tenaga. Apabila memancing di laut berkedalaman ekstrem dengan radius yang agak kecil, kita perlu gunakan jig paling berat yang dapat tenggelam tepat ke hotspot, ketika bot berada di atas struktur. Jika jig agak ringan, pada ketika ia sedang tenggelam, rakan anda di sebelah mungkin telah digasak ikan. Ini mungkin salah satu sebab mengapa sesetengah pemancing sentiasa kumpau! Untuk menyasarkan ikan mega di laut ultra dalam, mata kail jig perlu dinaikkan taraf kepada saiz 4/0 atau 5/0, tetapi tetap terhad kepada jenis yang berdiameter kecil yang direka untuk teknik jigging perlahan. Risiko jig tersangkut yang paling ditakuti di laut ultra dalam, justeru hanya satu mata kail tunggal disyorkan di kedua-dua hujung jig, bukannya sepasang sebagaimana biasa. Selain itu, jika sepasang mata kail besar diikat di kedua-dua hujung jig, ia mungkin meningkatkan beban dan mempengaruhi aksi jig. Panjang tali kevlar perlu disesuaikan mengikut panjang jig. Jangan bimbang, ikan laut ultra dalam akan mengekah jig anda tanpa was-was. Justeru penggunaan mata kail tunggal tidak menjejaskan kadar tancapan.

36 SIRIP



Aceh Deep Haul

19 19. Bot

nelayan tempatan Aceh yang unik.

20. Ikan pelik laut dalam yang

aktif malam ini dinaikkan kira-kira 2 batu nautika dari pantai sahaja!

21. Pembinaan jeti yang ran-

cak menunjukkan industri pelancongan di Pulau Weh semakin berkembang dengan baik.

Perkara yang pelik ialah walaupun tali telah diperah keluar dengan banyak tetapi tidak terputus oleh struktur di dasar laut. Kertang yang terkenal suka membenam ke sarangnya tidak pula ‘menggerudi’ ke dalam struktur dan inilah yang dikatakan nasib. Semua ikan kami berjaya daratkan kecuali sebahagian kecil yang rabut semasa berlawan. Ini membuatkan saya percaya bahawa lubuk hotspot ini bebas daripada sebarang struktur berbahaya yang mampu meletupkan sistem tali kita. Jika terdapat kertang 100 kg di bawah sana, saya berkeyakinan tinggi untuk

20

38 SIRIP

21

menumbangkannya! Inilah keindahan jigging perlahan laut ultra dalam. Dengan teknik ini, kedalaman bukan lagi masalah. Malah kita berpeluang untuk meneroka misteri laut ultra dalam menggunakan tali halus yang tak pernah dibayangkan sebelum ini untuk menumbangkan kertang yang mungkin 100 kg beratnya! Ekspedisi Aceh yang sukses ini telah meningkatkan tahap keyakinan kami untuk jigging perlahan di laut ultra dalam. Sasaran seterusnya, kami ingin menggempur jurang 250 atau 300 meter dalam! - SIRIP -



Proposed Licensing of Anglers in Malaysia : The Workshop

secara bebas ikut kesukaan dan minat masing-masing. Justeru ia sukar diurus bagi menjamin pembangunannya secara mampan. 2) Sumber perikanan dapat diurus dan dipulihara dengan baik melalui kawalan penggunaan peralatan, spesies dan saiz ikan yang perlu dilepaskan. 3) Dapat melahirkan pemancing beretika dan bertanggungjawab. 4) Makumat dan data asas berkaitan perikanan rekreasi kelautan dapat dikumpul dan disimpan secara sistematik sebagai asas penyediaan pelan pembangunannya.

Bengkel Pembangunan Perikanan Rekreasi Kelautan diadakan di ibu pejabat Perikanan di Putrajaya.

P

ada 23 Februari lalu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menganjurkan Bengkel Cadangan Pembangunan & Penyusunan Aktiviti Perikanan Rekreasi Kelautan susulan misi perancangan DOF yang ingin membangunkan aktiviti ini melalui cadangan pelesenannya pada masa akan datang. Sebelum sesuai direalisasikan melalui suatu undang-undang yang diwartakan dan dikuatkuasakan, DOF telah giat berusaha mengumpul maklum balas pemancing melalui roadshow di Alor Setar (Kedah), Lumut (Perak), Kluang dan Johor Bahru (Johor), Selangor dan Kuala Lumpur di Putrajaya, Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan, Kuching, Sibu dan Miri (Sarawak). Beberapa negeri lain yang belum dijelajah (misalnya Sabah dan Pahang) dijangka akan diselesaikan tahun ini. Jumlah pemancing yang hadir sepanjang roadshow tersebut melebihi 400 peserta. Roadshow tersebut menjemput para pemancing, penganjur pertandingan memancing dan pihak berkepentingan seperti tekong bot, badan pelancongan, agensi keselamatan dan lainlain untuk diperjelaskan dan diberi kefahaman mengapakah perlunya lesen kepada pemancing dan penganjur pertandingan memancing di perairan kelautan (air tawar dikecualikan).

Pertimbangan Kenapa Memancing Perlu Dilesenkan Cadangan pelesenan memancing di laut adalah melalui suatu pelaksanaan undang-undang yang dikenali sebagai PeraturanPeraturan Perikanan (Penangkapan Ikan Rekreasi Kelautan) yang digubal di bawah Akta Perikanan 1985. Walaupun draf undang-undang itu telah siap sepenuhnya, namun ia masih belum diwarta atau dikuatkuasakan kerana arahan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani adalah jelas, iaitu DOF hendaklah mendapatkan dahulu maklum balas pemancing berhubung usul itu bagi menyusun dan menstrukturkan pembangunan aktiviti memancing rekreasi kelautan di negara ini. Asas pertimbangan DOF akan kenapakah aktiviti memancing perlu dilesenkan adalah atas faktor berikut : 1) Ketiadaan peraturan (undang-undang) khusus untuk mengurus, memantau dan mengawal selia aktiviti perikanan rekreasi kelautan di Malaysia. Aktiviti memancing dijalankan 40 SIRIP

Sehubungan itu, DOF menganjurkan bengkel ini di ibu pejabat Perikanan Putrajaya yang dihadiri oleh ikon pemancing utama negara seperti Persatuan Memancing Malaysia, Persatuan Pengail Selangor, Go-Pancing Malaysia, editor dan wartawan majalah Pancing, Rod & Line, Kingfisher, Sirip, Universiti Malaysia Terengganu, Wak Jali Event, Joran Unggul Event, Old Navy Tackle, Geng Niaga Pancing 88, dan selebriti pancing tanah air. Bengkel ini turut disertai oleh para pegawai perikanan dari seluruh negeri di Malaysia untuk menyumbangkan input yang membina.

Tiga Kumpulan Pemikir Bengkel selama satu hari ini diterajui oleh Puan Rosmawati bt. Ghazali, daripada Bhg. Pengurusan Sumber DOF. Setelah taklimat dan penerangan ringkas akan perkembangan cadangan pelesenan memancing rekreasi kelautan ini, para peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk membincangkan isu-isu penting dalam usul pelaksanaan pelesenan dan pembangunan memancing rekreasi kelautan : 1) Kumpulan 1 : Isu permohonan lesen 2) Kumpulan 2 : Isu pelesenan menganjur pertandingan memancing 3) Kumpulan 3 : Isu sistem log data tangkapan Kandungan perkara berkaitan isu tersebut telah disediakan oleh DOF dan setiap kumpulan perlu meneliti dan menilainya. Kemudian setiap kumpulan perlu membentangkan cadangan tindakan penambahbaikan yang perlu, agar berkesan dan sesuai mengikut keadaan semasa supaya apabila pelesenan memancing ini dilaksanakan nanti, ia memudahkan dan memberi manfaat kepada pemancing dan penganjur pertandingan.

1) Isu Permohonan Lesen Kumpulan 1 bersetuju dengan butiran yang perlu diisi oleh pemohon lesen dalam borang permohonan lesen yang dicadangkan oleh DOF, tetapi menegaskan bahawa ia hendaklah dibuat secara online, bukannya manual. Ini bermakna DOF perlu membangunkan sistem aplikasi online atau secara talian bagi memudahkan pemancing atau penganjur memohon lesen. Sistem online juga dapat mengurangkan beban kepada pemancing dan juga DOF sendiri. DOF memaklumkan sistem online ini sememangnya sedang dibangunkan.


Laporan Khas : SIRIP

2) Isu Pelesenan Menganjur Pertandingan Memancing Jika pemancing dikenakan fi RM 10 untuk mendapatkan lesen memancing di laut selama setahun, penganjur pertandingan memancing pula perlu membayar fi RM 200 untuk lesen bagi setiap penganjuran di laut atau pantai. Isu kedua ini paling menarik perhatian kerana Kumpulan 2 ini diketuai oleh Wak Jali, seorang penganjur pertandingan memancing yang tidak asing lagi dan terkenal di negara kita sejak awal tahun 2000. Sebagai otai berpengalaman luas sejak zaman bermulanya GP Joran Berita Harian pada era 90-an, Wak Jali melontarkan idea-idea yang cukup bernas. Beliau menyokong agar penganjur pertandingan memancing wajib dikenakan lesen bagi mengelakkan berlakunya penipuan, dan lebih bertanggungjawab. Namun beliau amat tidak bersetuju jika lesen perlu dibuat bagi setiap penganjuran. Alasannya simple - mengurus pertandingan memancing lebih rumit berbanding Moto GP dan F1 kerana peserta pertandingan memancing mencecah beribu-ribu orang! Justeru Kumpulan 1 mencadangkan supaya DOF mengkaji semula dan mempertimbangkan supaya lesen menganjur dibuat secara tahunan. Ia lebih memudahkan penganjur menyusun program, terutama penganjur yang aktif seperti Wak Jali Event yang biasanya menganjurkan 24 pertandingan memancing setahun! Wak Jali turut memaklumkan bahawa penganjuran pertandingan memancing juga perlu mendapat kelulusan pelbagai pihak lain, terutama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang se-lalunya lewat memberi jawapan. Walau bagaimanapun tidak semua pantai di bawah bidang kuasa PBT, misalnya Nenasi (Pahang) dan Segari (Perak), dan ia lebih kepada keperluan mendapatkan kelulusan ketua kampung sahaja. Justeru jika DOF menetapkan permohonan lesen perlu dibuat 30 hari sebelum acara pertandingan, pastinya banyak kerumitan yang dialami oleh pihak penganjur dalam hal pengurusannya. Kumpulan 2 juga mencadangkan supaya DOF melihat semula keperluan insurans berkelompok diberikan kepada pemancing setiap kali lesen memancing dibayar. Sekiranya lesen RM 10 itu disertai insurans yang dapat menjaga kebajikan pemancing, pastinya lebih ramai pemancing menyokong penuh pelesenan memancing yang dibuat oleh Kerajaan.

tidak mampu menyelam semula. Justeru, peserta bengkel memohon supaya DOF mengkaji dan menyemak semula keperluan Jadual tersebut sebelum ia menjadi backfire kepada pihak DOF sendiri.

3) Isu Sistem Log Data Tangkapan Salah satu keperluan pemancing apabila dikenakan lesen ialah hasil tangkapan mereka perlu direkodkan di dalam sistem buku log hasil tangkapan. Langkah ini dijangka akan menjadi keluhan di kalangan pemancing. Justeru Kumpulan 3 mencadangkan supaya ia dipermudahkan dengan dibuat dalam sistem online juga atau tekong bot perlu diberi tanggungjawab untuk merekodkan semua hasil tangkapan pemancing yang menggunakan khidmatnya. Tetapi berbangkit pula isu bahawa ia akan menyusahkan tekong pula, apatah lagi jika tekong cuma nelayan kampungan yang mungkin tidak pernah memegang pen! Oleh yang demikian, tanggungjawab ini tetap perlu diletakkan ke bahu pemancing, namun DOF diminta supaya butiran yang perlu diisi tidaklah terlalu detail sehingga menyusahkan pemancing. Takkanlah ikan cencaru berbondong-bondong kena apollo pun kena ukur panjang dan beratnya setiap satu?

Rumusan Walaupun cuma sehari, bengkel ini didapati cukup berkesan kerana DOF telah menerima banyak sumbangan idea yang cukup bermakna daripada para pemancing dan penganjur pertandingan yang jauh lebih berpengalaman dan arif tentang isu sebenar di lapangan dan arena memancing negara. Hasil penilaian dan penambahbaikan setiap isu oleh para peserta bengkel ini selanjutnya akan diteliti dan dikaji semula oleh DOF agar seandainya pelesenan memancing kelautan tetap ingin dikuatkuasakan nanti, implementasinya telah sedia mantap, mudah, cekap dan memuaskan hati semua pihak secara ‘win-win situation’. - SIRIP -

Seperkara menarik yang turut didebatkan dalam bengkel ini ialah Jadual Saiz Ikan Tertentu Yang Wajib Dilepaskan Semula oleh pemancing sebagaimana ditetapkan oleh DOF. Terdapat spesies demersal seperti ikan merah, kertang dan jenahak dengan ukuran maksimum yang boleh dibawa pulang, dan jika lebih panjang tertangkap, ia wajib dilepaskan. Walaupun justifikasinya bagus untuk memulihara indukinduk ikan, tetapi ia dilihat tidak praktikal kerana pundi udara ikan-ikan demersal ini lazimnya mengembang sehingga terkeluar dari mulutnya sewaktu dinaikkan ke permukaan air. Jadi tidak mungkin ia boleh survive jika dilepaskan, kerana ia

Wak Jali memberi ulasan dan pandangan yang sangat membina, khususnya dalam hal cadangan pelesenan penganjur pertandingan memancing.

Kumpulan 2 terdiri daripada pemancing ikon seperti Pok Muds, Wak Jali, Ridzuan Ghazali (PeMM), Zahrin Mohtar GNP88, Adlizam Yassin (Pancing) dan Sky Al-Habshee.

Antara sebahagian pemancing ikonik dan pegawai perikanan yang hadir memberi sumbangan idea dalam bengkel ini. SIRIP 41


Simanggang Anglers Lake Tour

Semangat Persaudaraan Simanggang Anglers

1

Geng Perau Repok Ahli-ahli trip berjaya dikumpulkan dan bermulalah trip ‘Geng Perau Repok’ (Geng Perahu Usang) membawa banner Simanggang Anglers menuju ke Ulu Betu, Sg. Linau, Tasik Bakun. Di bandar Bintulu sebelum berkonvoi ke Bakun jam 9 malam, kami membeli semua bekalan kerana sekiranya membeli di Bakun nanti harga barang-barang di sana sudah berlipat kali ganda. Lumrah di sini, semakin jauh ke pedalaman, semakin mahal harga barang-barang. Setelah lebih 4 jam menempuh jalan berturap yang ‘berombak’ dan berlubang-lubang, kami tiba di perkampungan penempatan semula Sg. Asap, Belaga. Di sini kami menempah homestay di Uma Belor, sebuah rumah panjang orang Kayan, salah sebuah perkampungan yang ditenggelami Bakun.

2

1. Perjalanan ke Ulu Betu yang 2. 3. 4. 5.

6.

memakan masa 3 jam. Simanggang Anglers di Uma Belor. Jeti Tasik Bakun. Muka-muka penuh semangat yang tidak menduga hari itu datang pelbagai dugaan. Mujur ada warung terapung untuk kami lepak tunggu tekong yang lewat kerana hujan. Walaupun lewat sampai, ahli trip tetap bersemangat mempersiapkan senjata untuk menduga lubuk esok.

42 SIRIP

S

imanggang Anglers ditubuhkan bertujuan untuk perkongsian ilmu dan mengeratkan silaturahim antara pemancing dalam dan juga luar Sarawak. Pada masa sekarang, Simanggang Anglers disertai seramai 527 ahli dari pelbagai pelosok daerah dan juga negeri seluruh Malaysia. Di samping itu, Simanggang Anglers kerap melakukan trip ‘Casting For Charity’ untuk individu yang memerlukan ikan haruan bagi tujuan kesihatan. Idea penganjuran trip Bakun ini datang daripada Stevenson setelah trip eksperimen mereka berhasil mendaratkan sebarau-sebarau monster. Memandangkan beliau mempunyai saudara di Bakun, memudahkan kami merancang trip untuk menduga tasik buatan yang terbesar di Malaysia ini.

Setelah ditempatkan semula ke Sg. Asap, Rumah Panjang Uma Belor ini telah diiktiraf Kementerian Perlancongan sebagai Perkampungan Inap Desa untuk industri eko-pelancongan. Bayaran homestay ini hanya RM 30 seorang untuk semalam. Keesokan harinya, kami bergerak seawal 6 pagi ke jeti Empangan Bakun untuk menunggu kedatangan tekong. Ini kerana, hubungan terakhir dengan tekong adalah seminggu yang lalu. Di kawasan pedalaman ini, perhubungan telefon amat sukar. Oleh itu, segala perancangan serta temujanji telah ditetapkan sebaik mungkin setiap kali perhubungan telefon berjaya dilakukan. Kerisauan jelas terpancar di wajah Stevenson kerana setelah hampir sejam menunggu, tekong masih tidak muncul bersama bot ‘kargo’ untuk menjemput kami. Adakah tekong terlupa temu janji? Adakah sesuatu yang buruk telah berlaku? Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran.


Teks & Fotografi : IGAT BAYAT

3

4

6

5 Tasik Bakun yang terbentang luas amat terdedah kepada tiupan angin. Ombak yang terjadi hasil ribut ini amat berbahaya kepada bot-bot kecil. Penduduk tempatan sudah sedia maklum akan fenomena ini dan mereka tidak akan keluar sekiranya terdapat tanda-tanda ribut akan berlaku. Ini yang kami resah memandangkan semasa menunggu di jeti pagi itu hujan lebat kelihatan dari kejauhan.

7 pertama didaratkan Ajok di jeram deras Sg. Linau. Oleh kerana hujan tengahari, air sungai menjadi keruh, namun gewang red head Ajok berjaya menarik minat sebarau itu. Belum pun sempat teroka lebih jauh ke hulu, jam dah 6.30 petang. Malam pantas menjelma, lebih-lebih lagi di pedalaman se-

7. Inilah rumah rakit penginapan kami selama 3 hari 2 malam.

8. Ikan

pertama dinaikkan Ajok. Perhatikan air sungai yang keruh akibat hujan sejak pagi.

Namun kira-kira lebih 2 jam menunggu, akhirnya tekong bersama bot besarnya tiba. Setelah berkenalan seketika, kami mula memunggah barang ke dalam bot. Maka bermulalah perjalanan 3 jam menuju ke Rumah Rakit yang terletak di Ulu Betu, Sg. Linau.

Ulu Betu Rumah rakit kami agak luas, dibina di atas beberapa batang balak terapung dan dilabuhkan di satu suak berdekatan air terjun Betu. Rumah ini mempunyai 4 bilik dan selesa untuk kumpulan kami seramai 9 orang. Namun perkara yang harus ditambah baik ialah kemudahan tandas dan bilik air. Walaupun ada air terjun cantik untuk mandi-manda, ketiadaan tandas agak menjengkelkan kerana setiap kali nak ‘langsaikan’ urusan, kita terpaksa meminta boatman menghantar ke ‘tandas’ nun jauh di seberang tasik. Ini dilakukan agar air sekitar rumah rakit tidak tercemar oleh sisa-sisa ‘toksik’ penghuni memandangkan air tasik tidak mengalir. Jarak dekat air terjun memberi kami peluang untuk terus menduga lubuk sebaik tiba. Seperti tasik-tasik lain, pemangsa akan lebih tertumpu di hotspot seperti air terjun, anak sungai serta kuala sungai yang bersambung tasik. Logiknya, air mengalir mempunyai kandungan oksigen yang lebih tinggi. Jadi, ia bagaikan ‘oasis’ untuk hidupan akuatik. Kami berpecah dua kumpulan. Saya, Ben, Stevenson dan Ajok menghulu Sg. Linau secara land based, ahli lain menduga sekitar air terjun menggunakan bot. Sebarau

8

SIRIP 43


Simanggang Anglers Lake Tour

9. Rakusnya

hingga ditelan habis Rapala Ristro Rap saya.

10. Ben yang dari tadi tidak

sempat cast kerana menjadi cameraman akhirnya berkesempatan strike. Sebarau dua belang yang boleh tahan saiz, tapi memberi tentangan hebat berbanding saudara satu belangnya.

11. Air terjun Betu, yang menjadi ikon Ulu Betu. Peliknya, kami tidak mendapat sebarang strike di kawasan ini.

9 begini. Kami berpatah balik ke kuala di mana boatman sudah menunggu. Ahli lain sudah pun tiba awal. Rata-rata menyuarakan kebimbangan kerana petang itu hanya team yang menghulu sungai berjaya dapat ikan.

Ulu Linau Keesokan hari, seawal 6 pagi, semua sudah bersiap. Tiga buah bot sudah bersedia membawa kami meneroka Ulu Linau. Kami mencadang-kan boatman ke suak-suak yang ada sungai mengalir. Rancangan kami ialah casting menghanyut kerana majoriti ahli tidak cukup bersedia untuk trekking dan casting tebingan. Namun setelah mencuba sehingga tengahari, tiada satu pun sambaran diterima. Kebanyakan ahli sudah mula menunjukkan tanda-tanda menyerah kalah.

10

Boatman pun sudah terkelu, tiada idea ke mana nak bawa kami. Melihat jam semakin petang dan keadaan memancing tidak bertambah baik, saya mencadangkan ke sungai di mana Ajok mendapat sebarau semalam walaupun jarak perjalanan lebih kurang 2 jam, dan hasil kiraan dijangka kami sempat memancing lebih kurang 1 jam sahaja di sana nanti. Belum sempat kami memaklumkan kepada bot-bot lain, mereka sudah memecut pergi mencari lubuk masing-masing. Maka hanya satu bot sahaja yang mengambil risiko menghabiskan masa 2 jam bergerak ke lubuk itu, iaitu bot saya bersama Ah Gee dan Ben. Sebaik sahaja enjin bot dimatikan, saya memutuskan untuk menggunakan set ‘finesse’ kerana menggunakan gewang saiz 5 cm ke bawah.

Mama Sebarau Biasanya, dalam situasi pancingan hambar begini, ikan masih boleh dipujuk dengan gewang-gewang kecil. Belum pun 5 minit melontar, Rapala Risto Rap 5 cm warna parrot disambar. “Boleh lah... asalkan tidak kumpau.� Setelah sebarau kecil itu dilepaskan, lontaran diteruskan lagi. Kali ini, gewang disergap kasar dan dibawa lari bagaikan tiada tanda-tanda ingin berhenti. Setelah berbalas tarik tali seketika, seekor sebarau dua belang anggaran 2 kg berjaya dipujuk untuk bergambar. Memang syok layan dengan set ringan kekili Abu Garcia MGX yang diubah suai untuk finesse, bertali 10 dipadankan dengan joran custom Ganko Solid Carbon Blank 4 - 10 paun. Melihat keadaan itu, Ah Gee dan Ben pun bertukar guna gewang kecil. Tidak lama selepas ikan saya dilepaskan, Ah Gee pula strike sebarau anggaran 1.5 kg. Sedang saya ambil gambar Ah Gee, Ben yang dari tadi tekun menghayun joran Extreme Anglers, mendapat strike. Keseluruhannya dalam masa sejam lebih, kami mendaratkan 8 ekor sebarau anggaran 1 - 2 kg. Kesemua ikan dilepaskan untuk bertarung di lain hari.

11

44 SIRIP

Sekembalinya ke rumah rakit petang itu, ahli komplot yang lain kelihatan kecewa. Tidak seorang pun berjaya merasai tarikan ikan! Esok,


semua bercadang untuk menggempur lubuk kami tadi setelah ‘dibakar’ dengan gambar-gambar hasil kami selama sejam di sana.

Bakun Dulu & Sekarang Malam terakhir kami dihabiskan dengan sembang santai bersama tekong. Menurut beliau, pancingan spesies gamefish seperti sebarau dan kelah amat mengecewakan sejak kebelakangan ini, berbanding 4 tahun dulu semasa Empangan Bakun baru dibuka. Berdasarkan cerita beliau, tahap kesedaran pemancing terhadap usaha pemeliharaan ikan sportfish amat kurang. Malah ketika kami mendapat strike tadi pun, boatman kami menegur kenapa ikan dilepaskan. Walaupun sudah lama nama Empangan Bakun gah dengan reputasi lubuk pancingan gamefish air tawar, namun guide dan boatman masih lagi tidak biasa dengan amalan tangkap lepas. Ini amat menyedihkan kerana ternyata selama ini pemancing-pemancing yang pernah menggunakan khidmat mereka telah ‘tapau’ habis hasil pancingan mereka.

Walau bagaimanapun, banyak yang kami belajar sepanjang trip ini. Ahli trip yang pelbagai latar belakang menambahkan asam rencah dalam perhubungan, meninggalkan suatu kenangan amat manis untuk dikongsi bersama. Ini semua boleh terjadi kerana satu perkara, iaitu hobi memancing. Pemancing sesama pemancing adalah bersaudara. Akhir sekali, penulisan ini adalah satu ‘tribute’ untuk saudara Willie, yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya hanya seminggu lebih selepas trip ini. Beliau merupakan seorang pemancing tegar serba boleh yang amat disenangi sahabat-sahabatnya. Pemergiannya amat dirasai semua khususnya warga Simanggang Anglers. Semoga beliau sentiasa dirahmati dan diingati. - SIRIP -

12. Aksi

hebat dalam masa yang singkat petang itu diakhiri dengan double strike dari saya dan Ah Gee.

13. Hampir sejurus ikan Ah gee

dilepaskan, saya strike lagi. Keseluruhan

artikel

ini

14. adalah suatu tribute untuk saudara Willy yang telah dipanggil kembali oleh Maha Pencipta hanya beberapa hari selepas trip ini. “May his soul rest in peace.”

Kami ahli-ahli Simanggang Anglers mengambil kesempatan menerangkan kepada tekong dan boatman kami akan pentingnya memelihara ikan-ikan di sini agar punca rezeki mereka sebagai guide dan pemandu pancing tidak terjejas pada masa hadapan. Pagi hari terakhir, semua bangun awal dan terus bergerak ke lubuk kami semalam. Dalam masa agak terhad itu, hampir kesemua kami berjaya mendapat strike dan berjaya mengelakkan diri daripada dilabel ‘kumpau’. Gewang top water memang menjadi ketika awal pagi. Saya mendapat sambaran padu menggunakan popper Yo-Zuri 3D, namun lariannya tidak dapat dikawal.

Tribute Matahari semakin meninggi, menandakan masa untuk memancing sudah tamat. Secara keseluruhannya, trip kami ini tidaklah mengecewakan, tetapi kemerosotan stok ikan gamefish yang dicari-cari memberikan kesan yang agak pahit untuk kami terima.

12

13

14

SIRIP 45


The Scream of Damar

S

etibanya di sini, lautan semakin tenang menyambut kami setelah semalaman bergoyang inul menempuh perjalanan dengan ulitan mimpi. Kedamaian Damar mula hilang apabila letusan luas di permukaan oleh sang tongkol mula menyirap darah kami. Masa tidak dibuang dengan melayan sengal-sengal badan, sebaliknya ketulan besi mula jatuh bertaburan di birai bot. Henyutan joran spinning prototaip Senses PE 2 - 4 perlu diuji kekuatannya, berumpankan jig Volante 90 g yang diunjun perlahan lalu disedut rakus. Kekili Ryojin 3000 yang telah diketatkan drag ke tahap maksimum 9 kg bekerja menahan tali Mustad Wish 23 paun yang keluar meninggalkan gelendong.

1. Rahsia nak lebih cepat jig

anda dipatuk ebek ialah pastikan mata kail anda dipakaikan rumbai bulu!

2. Shahrul Razali dan kerapu-

nya berlatar belakang pelantar Damar.

Namun berlaku juga kesilapan ke atas diri saya apabila semasa kekili dikayuh, berlaku sedikit goyangan akibat tekanan pada alas kekili. Joran ini rupanya sesuai dipadankan dengan kekili bersaiz 4000 - 5000, bukan 3000. Pertempuran perlu diteruskan dengan joran terus dipam tanpa memberi muka kepada mangsa sehingga ebek skala 6 kg menyerah kalah di permukaan.

Hantu Jigging Perlahan Trip ini dimonopoli teknik jigging perlahan. Sepanjang dua hari memancing jarang kelihatan jig ringan mahupun jig laju yang dimainkan. Teringat saya kata-kata Ayah Nik Mahalil, jigging perlahan yang mengembalikan jiwanya untuk kembali ke arena jigging ataupun ke laut setelah lama bersara. Apakan tidak... teknik jigging perlahan tidak memakan kudrat bagi orang lama. Walaupun jig beratnya ratusan gram, tugas lantunan jig dibuat hujung joran bersama pusingan kekili cukup melegakan otot tangan. Tenaga melantun diserahkan kepada kekili sepenuhnya dengan membuat 1/3 pu-singan kekili dan berhenti sesaat dua sebelum meneruskan pusingan. Malahan jig tidaklah diangkat sampai puluhan meter, hanya kurang 10 meter dari dasar. Itu pun sudah mencecah takat ebek dan jemuduk. Sebaliknya jig yang berat ini banyak dilantun 3 meter dari dasar untuk menyasarkan spesies dasaran seperti jenahak dan kerapu. Untuk memahami jigging perlahan ini tidaklah susah, hanya perlu praktik dan pengalaman yang akan mengajar kita menguasai teknik ini sepenuhnya. Pada kedalaman mana pun tenaga kita tidak lelah. Bagi saya untuk merasai definisi aksi jigging perlahan, sebaiknya jig dengan berat 80 g ke atas.

Saka Tegar Buat pertama kalinya saya dikelilingi saka tegar jigging perlahan di bawah pelantar Damar. Walaupun arus mati ke, perlahan ke, laju ke‌ mereka tetap taat pada satu teknik sahaja. Sambal duduk bersila pun masih boleh berjigging santai. Apabila arus bertukar laju, jig-jig kami mula menjadi mangsa potongan yang belum diketahui siapa punya angkara. Saya dan Yap Kabillah mula menukar teknik dengan permainan mengilat sinking minnow. Namun kami kepenatan tanpa menewaskan seekor pun mangsa. Yap Kabillah kembali melantun jignya di dasar. Walau arus laju, jig Volante 200 g hanyut sedikit sahaja. Jig yang jatuh terbuai dengan saiz melebar lebih memberikan kilatan untuk menarik mangsa. Sambaran rakus diterima Yap Kabillah dan tali halus Dr. Braid 40 paun ditahan daripada dilarikan jauh. Pada mulanya kami menyangka spesies dasaran tetapi sebaliknya yang muncul ialah tenggiri. Jarang didengari tenggiri membuat serangan di dasar, mungkin adakah ini faktor arus yang begitu laju.

1

46 SIRIP

Bagaimanapun fenomena ini sekali lagi dibuktikan oleh Shahrul pelopor Dr. Braid yang sedang menguji produk miliknya. Jig Senses Marstune Team Tuna 200 g beliau yang dilantun merapati dasar terus disambar rakus. Kekuatan tali Dr. Braid sekali lagi teruji di tangan tuannya sendiri apabila tali


Teks & Fotografi : CIKGU SHAMWEN (cikgushamwen@yahoo.com)

Jeritan

SAKA DAMAR 2

SIRIP 47


The Scream of Damar kali mampu dilakukan dengan berat jig 200 g ke atas? Mahu tak mahu saya menukar set jig karauan laju, di mana jig ORcraft Buranca 100 g digunakan. Setelah labuhan jig me-rapati dasar, saya terus membuat karauan laju tanpa unjunan lagi. Baru beberapa pusingan laju, jig dihambat. Joran ditahan dan dilayan cermat dengan harapan tenggiri tum-pas di tangan saya. Sekali muncul di permukaan kilatannya lebar bak dulang. Alahai‌ saka lain pulak yang datang! Semua rakan menggeleng kepala melihat ebek mampu menyambar jig yang bergerak laju. Inilah dunia memancing, segalanya penuh misteri. Dahulu siapa sangka ikan makan besi, sekarang‌.macam-macam jadi.

Drakula Malam Kita sering dihidangkan cerita seram dari filem mahupun momokan orang tua ketika zaman kanak-kanak. Bulan memainkan peranan besar akan kehadiran entiti seram, namun berbeza dengan drakula malam di lautan. Ia amat sensitif akan kehadiran cahaya bulan mahupun matahari. Mungkin terbakar badannya seperti drakula dalam filem apabila terkena cahaya matahari mahupun bulan. Agaknya ler‌ Sang cupak... ya sang cupak bila mana matahari jatuh, ia muncul gila meratah jig kami tanpa dikira itu jig perlahan atau laju. Asal melintas di hadapannya terus ditiabi.

3 3. Pelantar Damar yang jarang

35 paun ditahan sepenuhnya tanpa memberi ruang buat mangsa memecut sana-sini. Dalam masa yang singkat, mangsa sudahpun berada dalam genggaman beliau.

4. + 5. + 6.

Bagi rakan yang lain termasuk saya sendiri, hanya raungan meratapi kehilangan jig. Sudah berketul jig lebur menjadi mangsa potongan tenggiri, malah yang lebih teruk, tali utama juga dipotong tenggiri.

dikunjungi pemancing mengandungi ebek bulat bersaiz kasar. Berketul-ketul jig lebur digunting tenggiri, hanya beberapa ekor ini sahaja yang berjaya ditumpaskan.

Adakah faktor jatuhan mendatar jig dengan tali kendur mudah menjadi mangsa potongannya? Nak dikarau laju, mak aiii berapa

4

48 SIRIP

5

Pada awal ceritanya tekong meminta kami bersedia dengan jig pendarcahaya apabila melihat matahari mula terbenam di ufuk barat. Kami juga diberitahu untuk sedia bertempur dengan saka malam Damar ini untuk beberapa jam sebelum bulan muncul yang akan melenyapkan kehadirannya. Seawal malam kami mula menyerang, jig yang meluncur di pertengahan air sudah dibaham drakula pertama di tangan Shahrul. Tiada layanan, sebaliknya asakan keras bagi menguji kekuatan tali Dr. Braid 26 paun

6


dan dia tidak keseorangan apabila strike kedua dari sentapan maut Yap Kabillah mengisi slot double strike. Apabila kedua-dua drakula Damar ini tertewas, yang lain mula menerima strike silih ganti sehinggakan saya sendiri tidak sempat melabuhkan jig kerana berlari ke belakang dan hadapan bot untuk menggancu ikan rakan sampalah berakhirnya serangan drakula Damar tatkala bulan mula muncul. Inilah spesies yang mampu meracuni orang baru dalam arena jigging. Kalau serangan cupak ini membabi-buta, usah difikirkan lagi soal teknikal samada perambut panjang atau pendek, jig besar atau kecil mahupun kayuhan laju atau perlahan. Yang penting jig dihenjut sahaja dari dasar hingga ke permukaan pasti akan dibaham rakus serta larian cupak yang memberi igauan sepanjang hidup.

Damar Menjerit Struktur besi gah berdiri di lautan ini sebenarnya sunyi dari suara manusia kerana platform besar ini sebenar-nya tiada berpenghuni. Di sebalik kesunyian ini tersimpan makhluk di dasarnya yang mampu menggegarkan jantung pemancing. Sesiapa yang pernah bertandang mahupun yang pernah bertarung di sini pasti akan membawa mimpi bagaikan saka yang akan menghantui sepanjang tahun dengan dendam yang perlu dilunaskan. Apa lagi nyaringan kekili sentiasa mengiang di telinga bagai tidak bernoktah. Walaupun apa yang kita telah lalui mahupun bakal melalui, kita perlu melihat di sudut yang lain. Faktor kejayaan atau kegagalan setiap trip banyak penyebabnya. Merancang adalah terbaik, selebihnya terserah pada pemilik alam ini. Bak kata pepatah “untung sabut timbul, untung batu tenggelam.� Di sebalik kedamaian platform Damar ini, ia sentiasa menjerit mengundang pemancing bertandang. - SIRIP -

Jangan lupa menduga spesies dasaran seperti ketambak yang ada menunggu jig yang terlepas daripada aras legar drakula (cupak). Drakula Damar mula menggila sebelum bulan muncul di langit.

Ebek bulat umpama saka yang menghantui pengunjung Damar.

Aksi Shahrul Dr. Braid ketika dilanyak penghuni Damar.

SIRIP 49


E FFECTIVE L URE F ISHING

Gewang akan menjadi senjata yang benar-benar produktif jika kita benar-benar memahami bagaimana ia berfungsi.

H

ari ini saya akan jadikan perkara ini mudah untuk anda.Apa yang anda perlu buat adalah hanya luangkan sedikit masa untuk memahami jenis-jenis aksi renangan gewang yang bakal dibincangkan.

Mengapa fenomena ini terjadi? Sebenarnya ada tiga faktor ikan menyerang gewang:

Pernah terfikir mengapa ikan menyerang gewang anda? Apa yang menyebabkan ikan menyerang gewang walaupun rupanya seperti badut?

• Sebab reaksi ikan yang ingin pertahankan wilayah.

Secara asasnya, kebanyakan gewang dicipta untuk meniru secara samar-samar ikan kecil, udang, ketam, sotong dan makanan lain apabila ditarik di dalam air. Namun terdapat juga gewang yang langsung tidak menyamai apa-apa hidupan, tetapi

tetap berkesan. Contohnya spinnerbait (janggut).

• Sebab ikan laparlah. • Sebab ingin tahu (curiga). Dalam kebanyakkan kes, saya lebih yakin bahawa sebab faktor kedua dan ketiga adalah faktor utama ikan menyerang gewang jenis keras. Manakala untuk faktor pertama saya rasa lebih terpakai kepada fly fishing dan soft plastic (SP). Sebab itu, gewang tidak perlu terlalu nampak realistik (seperti hidup), tetapi asalkan cukup ‘menggoda‘ untuk membuatkan ikan berasa curiga atau sakit hati.

Sindrom Cat Basah Pernah dengar tentang ‘sindrom cat basah’? Mari fahami ‘Sindrom Cat Basah’ yang merangsang rasa curiga ikan.. Cuba anda gantungkan penanda ‘cat basah‘ pada sesuatu objek dan letakkan objek itu di tempat orang lalu lalang. Kemudian perhatikan berapa ramai orang yang melalui kawasan itu akan cuba menyentuh permukaan objek tersebut. Mereka akan membelek jarinya sekadar untuk mengesahkan betulkah cat itu basah? Kebanyakan orang pasti begitu, termasuklah anda. Kesan psikologi ini bukan sahaja berlaku kepada manusia, tetapi juga kepada haiwan (dalam kes ini, ikan).

Sindrom cat basah - apabila ikan juga bersifat curiga dan ingin tahu seperti manusia.

50 SIRIP

Jika ikan telah curiga terhadap sesuatu objek dan berminat untuk memeriksanya dengan lebih lanjut, ia akan mengambil objek itu dengan mulut untuk merasanya. Ingat, ikan tiada tangan. Jadi ikan akan meneroka dunianya dengan mulut.


Oleh : MUHAMAD NAIM (inchenaim.com)

Pivot

Wide Wobble (Goyang Lebar)

Pivot

Tight Wiggle (Goyang Ketat)

Arah goyangan gewang ditanda oleh anak panah. Pivot

Pivot

Lakaran untuk menerangkan kedudukan titik pivot, dan kesannya terhadap goyangan gewang.

Gewang yang beraksi rolling (bergolek).

Tapi kita sentiasa harus maklum bahawa tidak semua yang dicekup dengan mulutnya akan ditelan. Mungkin 9 daripada 10 kali, ia akan meluahkan kembali setelah mendapati ia bukanlah makanan. Mungkin objek-objek tersebut hanyalah daun gugur, kertas, puntung rokok.

tengah badan gewang. Ini menyebabkan bahagian kepala dan ekor gewang mampu bergoyang bebas pada sudut yang luas, tetapi dalam aksi yang lebih perlahan dan tidak menentu. Contoh terbaik anda boleh lihat pada gewang Abu Garcia Tormentor dan Zerek Barra-X

Sekarang cuba bayangkan objek tersebut ialah gewang kita yang bermata kail? Pasti ia tidak dapat melepaskan diri, bukan? Oleh kerana sifat ikan merasa benda asing dengan mulut, maka kita boleh mengambil kesempatan ini dengan meningkatkan tahap godaan gewang kita sekurangnya-kurangnya dengan meniru saiz, warna dan aksi makanan sebenar mereka.

Sebaliknya, titik pivot pada gewang tight wiggle (goyang padat) pula berada di depan iaitu pada bahagian kepala. Oleh itu, gewang tight wiggle hanya bergoyang pada bahagian ekor (kepalanya berfungsi sebagai paksi.)

Jenis-Jenis Aksi Renangan Gewang Yang Perlu Anda Tahu Dalam pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis gewang dihasilkan. Selain terdapat ribuan pilihan warna yang menarik, aksi renangan gewang juga berbeza-beza mengikut fungsi gewang itu dicipta. Namun artikel kali ini saya fokuskan aksi renangan gewang selaman berbadan keras (diving plugs). Setakat yang saya tahu, terdapat 6 jenis aksi renangan gewang selaman:

1) Wide Wobble (goyangan melebar) dan Tight Wiggle (goyangan padat) 2) Rolling (bergolek) 3) Slalom (gerakan berbentuk S) 4) Darting (melilau / sisi ke sisi) 5) Vibrating (bergetar)

1) Aksi Wide Wobble & Tight Wiggle

Apakah maksud aksi ‘wide wobble’ dan ‘tight wiggle’? Jika anda seorang yang teliti, pasti anda membaca terlebih dahulu aksi yang dinyatakan pada kotak gewang sebelum membeli.

Walaupun sudut goyangan gewang ini lebih kecil, tetapi gewang ini mampu memberikan goyangan dalam ritma yang yang kencang dan lebih stabil. Sebab itulah ia nampak padat. Contoh terbaik, Ofmer X-Deep dan Rapala Shad Rap. Secara mudahnya, apa yang anda perlu faham ialah : • Wide wobble – Sudut goyangan lebih lebar, tidak teratur dan perlahan • Tight wiggle – Sudut goyangan kecil, kencang tetapi lebih stabil. Nota : Wobble adalah perkataan sinonim dengan wiggle. Mungkin sesetengah pengeluar melabel renangan gewang mereka sebagai tight wobble (sama maksud tight wiggle).

2) Aksi Rolling (Bergolek) Bagaimana gewang mempunyai aksi rolling berenang? Aksi rolling bekerja dengan sisi gewang ‘bergolek’ ke kiri dan ke kanan (dan sebaliknya) secara konsisten. Gewang ini biasanya bergantung kepada kilauan pada badannya untuk menarik perhatian ikan. Ia juga boleh berfungsi

Gewang swimbait yang beraksi gerakan slalom lazimnya tidak berlidah dan badannya bersegmen.

Antara aksi paling popular dalam dunia renangan gewang ialah wide wobble dan tight wiggle. Tetapi adakah anda benar-benar faham jelas maksud kedua-dua jenis renangan ini? Jika masih belum, mari saya terangkan dengan lebih terperinci.. Mari fahami perbezaan mekanikal wide wobble dan tight wiggle. Apakah yang mewujudkan perbezaan signifikan antara dua aksi renangan ini? – Kedudukan pivot (titik pangsinya). Pada asasnya, gewang bersifat wide wobble (goyang lebar), pivot gewang ini terletak di tengah-

SIRIP 51


E FFECTIVE L URE F ISHING

Rattlin’Rap - contoh gewang vibration malar hijau. Rapala Shadow Rap - contoh gewang jerkbait terbaik pada masa kini. sebagai jerkbait jika dihenjut (jerking) dan menghasilkan aksi melilau (darting). Contoh gewang beraksi sebegini ialah Rapala Flat Rap, Megabass Flap Slap dan Duo Tide Minnow Slim.

3) Aksi Gerakan Slalom Jika anda pernah menonton permainan ski atau longboard, anda pasti dapat idea bagaimana pergerakan slalom ini. Ia adalah pergerakan meliuk lentuk dari kiri ke kanan (dan sebaliknya) dalam bentuk ‘S’. Pergerakan ini biasa didapati pada gewang swimbait. Berbeza dengan pergerakan jerkbait, pergerakan slalom adalah lebih lembut, menghasilkan selekoh pergerakan lebih luas dan lebih nampak natural. Gewang swimbait masih belum popular di negara kita. Mungkin disebabkan saiznya yang terlampau besar, berat dan harga yang sangat mahal. Namun khabarnya gewang ini efektif untuk memburu ikan toman bersaiz mega!

4) Aksi Darting (Melilau / Sisi ke Sisi) Tidak dinafikan saya adalah peminat besar terhadap jerkbait. Jerkbait akan menghasilkan aksi melilau dari satu sisi ke sisi yang sangat menarik. Ia biasanya akan membuat ikan gila. Antara spesies yang tak mampu menahan aksi sebegini ialah siakap. Berbeza dengan swimbait, jerkbait menukar arah dengan sudut lebih tajam dan kecil. Biasanya profil gewang ini adalah

BIODATA PENULIS Nama : Muhamad Naim bin Abd Manaf Umur : 28 tahun Asal : Kelantan Pekerjan : Seorang guru yang bertugas di pedalaman Sabah sejak awal tahun 2014. Spesies Digemari : Siakap merah, siakap dan kanai (black bass) Telefon : 014-516 7324 Blog : inchenaim.com Pengalaman Mengilat : Sejak berumur 12 tahun Dunia casting (mengilat) adalah gabungan seni dan sains. Ia memerlukan kreativiti dan sedikit kajian sebelum berjaya mendapatkan hasil.

52 SIRIP

bersifat suspending (mengampai). Apabila digabungkan dengan teknik henjut - henjut - berhenti - henjut, ia akan mimik ikan yang sakit. Ia biasanya tidak akan ambil masa yang lama untuk dihentam ikan. Antara gewang jerkbait kegemaran saya ialah Duo Jerkbait 100sp, Megabass Vision 110, Rapala Shadow Rap dan Evergreen Side Step.

5) Aksi Bergetar / Gemerincing (Vibration) Aksi getaran ini selalunya terdapat pada gewang jenis lipless. Contohnya Rapala Rattlin’. Getaran ini terjadi akibat kesan equilibrium yang tidak stabil yang terhasil semasa karauan, dan kecenderungan tindak balas gewang untuk mencapai semula keseimbangan equilibrium. Sebab itu ia menghasilkan getaran yang kuat dan bunyi yang sangat bingit. Semakin laju kita membuat karauan, semakin kuat getaran dan bingit bunyi yang dapat dihasilkan. Gewang jenis ini bukanlah baru, malah sudah dicipta sejak tahun 1960-an lagi. Tetapi keberkesanannya mampu membuat ikan berpaling di saat umpan lain tidak dihiraukan. - SIRIP *Ikuti siri selanjutnya pada bulan hadapan : Faktor-Faktor Utama Yang Mempengaruhi Aksi Renangan Gewang



FishySirip Forum Forum

Gila ikan perlu ditangani kerana ia boleh memusnahkan konsep asas memancing rekreasi itu sendiri. Kekecewaan gagal mendapat ikan boleh diimbangi dengan adanya keseronokan lain yang harus pemancing nikmati, selain hanya fokus untuk menangkap ikan.

B

agi membincangkan kod etika memancing yang terakhir ini, kita perlu berbalik kepada soalan paling asas – mengapa kita memancing? Dari begitu banyak hobi dan aktiviti riadah lainnya, kenapa memancing juga yang kita pilih? Tentu jawapannya bukan semata-mata untuk dapat ikan. Kerana jika itu jawapannya, langkah bini-bini kita adalah jauh lebih bijak dan tepat – “nak ikan, pergi market”. Tunjuk sahaja mana yang berkenan, timbang, bayar dan bawa balik. Siap siang. Sampai rumah tinggal masak sahaja. Sedangkan kita, keluar pagi balik malam, keluar malam balik pagi, belum tentu ada hasilnya. Begitu pun kita tetap mahu memancing. Kerana bagi kita memancing bukan sekadar untuk dapat ikan. Tetapi lebih daripada itu yang tak semua orang boleh faham. Termasuklah bini yang tidur sebantal dengan kita. Biarlah keluar modal beribu untuk beli alatan dan sewa bot. Biarlah hangus kulit dibakar terik matahari. Biarlah keluar muntah hijau kerana mabuk laut. Biarlah habis cuti tahunan. Kita rela korbankan semuanya demi memancing. Fahaman itu sebenarnya sudah begitu selari dengan falsafah etika memancing yang ke-10 ini. Namun, sayangnya dalam banyak keadaan, ia hanya kekal sebagai falsafah. Praktikalnya tidak. Buktinya kita sentiasa mengukur kejayaan trip memancing dengan banyaknya ikan yang berjaya kita bawa pulang serta besarnya ikan yang boleh ditayang dalam media sosial. Keseronokan-keseronokan yang lain entah di mana letaknya. 54 SIRIP

Gila Kepada Ikan Sebenarnya tidak salah meletakkan sasaran untuk menangkap ikan yang banyak dan besar setiap kali turun memancing. Lagi pun sudah namanya memancing, memanglah kita mahu tangkap ikan. Lainlah kalau hobi kita mengumpul setem, memanglah bukan ikan yang kita cari. Salahnya apabila kita keterlaluan dalam menetapkan matlamat memancing untuk menangkap ikan. Sehingga triptrip yang tidak mendapat ikan dianggap gagal. ‘Kumpau’ dan ‘membangau’ dianggap dosa dalam memancing. Gila kepada ikan sehingga kita lupa untuk menikmati perkara-perkara dan keseronokan lain yang orang lain tidak faham tadi. Terlalu fokus kepada sesuatu perkara sehingga melupakan perkara yang lain secara langsung akan merosakkannya secara keseluruhan. Ia seperti permainan atau perlawanan bola sepak. Terlalu mahukan jaringan dan menang dalam perlawanan, sehingga ada yang lupa kepada semangat kesukanan. Hasilnya bukan sahaja pemain boleh bergaduh, bahkan ada penyokong yang merusuh. Sampai bas pun boleh jadi mangsa. Dulu-dulu sering kita dengar, disebabkan ingin menang, ada pasukan yang sanggup menggunakan khidmat bomoh. Main peringkat kampung sahaja pun – langsung tak berbaloi dengan dosa syirik yang perlu ditanggung. Bahkan di peringkat antarabangsa, ada pemain yang ditembak mati gara-gara menjadi penyebab kepada kekalahan pasukan. Itu semua gara-gara ‘gila’ nak menang.


Oleh : MASDUKI MOHAMMAD MORNI (Pensyarah Perikanan Rekreasi di Universiti Malaysia Terengganu)

Begitu juga jika kita terlalu meletakkan matlamat untuk dapat ikan setiap kali memancing. Gila mahukan ikan menyebabkan ada pemancing yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Tidak cukup dengan pancing, mereka turut membawa pukat bersama-sama. Takut benar mereka untuk pulang dengan tangan kosong. Tidak setakat pukat atau bubu, kalau perlu tuba atau bom sekali pun mereka sanggup lakukan. Apa yang penting, wajib ada ikan untuk dibawa balik. Jangan cerita pada mereka tentang konservasi atau kelestarian sumber. Semua itu tiada dalam kamus memancing mereka. Ada juga rakan-rakan yang sentiasa menisbahkan perbelanjaan keluar memancing dengan hasil yang mereka perolehi. Trip dikira berbaloi jika nilai pasaran ikan yang dapat dibawa pulang sepadan dengan belanja yang dikeluarkan. Lebih tak apa, kurang jangan. Kesannya mereka sangat berkira untuk keluar belanja kerana takut tak balik modal. Disebabkan terlalu mahukan ikan jugalah perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemancing kekal di takuk lama. Bagi pemancing, hebatnya bot disewa dan tekong yang diupah adalah apabila mereka dapat memenuhi hajat kita untuk mendapat ikan yang banyak dan bersaiz besar. Bab lain seperti keselamatan dan keselesaan adalah perkara yang jauh terkebelakang. Jadi tidak hairanlah jika para pengusaha juga mengambil pendirian yang sama. Tak perlu tingkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan, yang penting pemancing boleh dapat banyak ikan. Itu sudah cukup. Biarlah keadaan bot seperti reban ayam sekali pun. Mengukur kejayaan trip memancing dengan banyak dan besarnya ikan yang dapat dibawa pulang sebenarnya sangat bahaya kepada sumber semulajadi kita. Fahaman ini akan menyebabkan pemancing berlumba-lumba untuk menangkap sebanyak mana ikan yang mereka mampu. Masing-masing nak tunjuk hebat. Konsep membawa pulang ikan sekadar yang diperlukan yang seharusnya menjadi pegangan setiap pemancing rekreasi sudah tidak wujud lagi. Simptom tersebut sangat jelas sedang merebak di kalangan pemancing kita hari ini. Setiap kali pulang memancing mereka akan menyusun ikan yang diperolehi, mengambil gambar dan mengongsikannya dalam media sosial. Biar semua orang tahu. Hentikanlah‌ ia bukan sesuatu yang baik untuk kelangsungan aktiviti pancing rekreasi di negara ini. Cukuplah dengan dosa tamak, tak perlu ditambah dengan dosa riak pula. Silapsilap orang lain pula dapat dosa dengki dan iri hati.

Menikmati Alam Sekeliling Seringkali apabila menyertai trip memancing kita akan ber-kunjung ke kawasan semulajadi yang bukan semua orang mampu sampai kepadanya. Ia unik dan penuh rahsia. Tetapi disebabkan kita terlalu sibuk memancing dengan hasrat untuk mendapat banyak ikan, kita lupa untuk memerhati sekeliling. Sedangkan ia adalah suatu keseronokan jika kita bijak menghargai dan menikmatinya. Mungkin kita perlu belajar daripada penggiat rekreasi merentas hutan (trekking). Mereka sangat bijak menikmati alam sekeliling dan mendapat kepuasan daripadanya. Apa yang mereka temui akan mereka amati. Hasilnya mereka bukan sahaja kenal banyak tumbuhan, tetapi mereka turut memahami fungsi dan peranan sebahagian besar daripadanya. Mereka tahu yang mana ubat yang mana racun, yang mana bahaya dan yang mana selamat untuk dimakan sekiranya darurat. Mereka bukan sahaja kenal banyak haiwan, tetapi mereka juga mampu mengecam jejak, kesan tapak dan cakar haiwanhaiwan tersebut. Daripadanya mereka mampu untuk memilih sama ada mahu mengekori atau mengelak daripada bertembung dengan haiwan-haiwan tersebut. Tidak seperti kita. Walaupun telah puluhan tahun keluar masuk tasik dan hutan, berapa kerat sangat pokok yang kita kenal. Entah-entah pokok nibong dan bayas pun ramai yang tak dapat membezakannya – nampak serupa tapi tak sama. Begitu juga apabila kita memancing di kawasan berjeram dan berair terjun. Sibuknya kita memancing sehingga lupa untuk menikmati kesegaran air dan keindahan pemandangannya. Sedangkan ada penggiat rekreasi lain berkunjung semata-mata untuk menikmati semua itu dan mereka mendapat kepuasan walaupun tanpa joran dan kekili. Jauh sekali dapat membawa pulang ikan. Apabila memancing di laut pula, ambilah peluang untuk menikmati hembusan angin laut sambil memerhati keindahan alam khususnya semasa matahari terbit dan terbenam. Jika ada peluang untuk berenang sambil snorkeling, lakukanlah kerana tidak semua orang mempunyai peluang seperti itu. Syaratnya keselamatan mesti diutamakan dan jangan pula sampai melanggar undang-undang. Bergurau bersama rakanrakan sekepala menjadikan memancing lebih seronok walaupun tiada ikan yang dapat dibawa pulang.

Jelas, gila kepada ikan dalam memancing ini perlu ditangani. Ia perlu dirawat kerana ia boleh memusnahkan konsep asas memancing rekreasi itu sendiri, di samping mengancam kelestarian sumber yang masih berbaki. Lebih menakutkan penyakit ‘gila’ ini boleh berjangkit. Untuk merawatnya, perlu ada keseronokan lain yang boleh mengimbangi kekecewaan apabila gagal mendapat ikan. Dalam hal ini sekurang-kurangnya ada tiga keseronokan lain yang harus pemancing nikmati, selain memberi perhatian hanya untuk menangkap ikan. Ia adalah menikmati alam sekeliling, meraikan persahabatan dan mengharungi segala cabaran memancing. Ini bukan pandangan peribadi. Sebaliknya banyak rujukan yang mempersetujui perkara yang sama.

SIRIP 55


FishySirip Forum Forum

Meraikan Persahabatan Memancing juga merupakan waktu terbaik untuk meraikan persahabatan kita dengan kenalan-kenalan yang mempunyai hobi yang sama. Inilah waktu terbaik untuk kita berbual dan bertukartukar fikiran setelah sebelumnya masing-masing sibuk dengan tugas dan kerjaya. Bergurau bersama rakan-rakan sekepala menjadikan memancing lebih menyeronokkan walaupun tanpa ada ikan yang dapat dibawa pulang. Sememangnya ‘kumpau berjemaah’ itu manis. Jika ikan yang kita cari, paling lama pun ia hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan dalam peti sejuk beku. Sebelum ia dimasak dan akhirnya menjadi ‘baja’. Tetapi persahabatan yang sentiasa diraikan akan kekal selamanya. Atas alasan meraikan persahabatan juga saya secara peribadi kurang berminat dengan trip memancing balik hari. Khususnya apabila memancing di atas bot. Melainkan ia dalam kumpulan yang sangat kecil – tidak lebih tiga orang. Bagi saya, memancing untuk tujuan rekreasi tidak perlu tergopoh-gapah. Rileks, biarlah cukup masa untuk memancing dan meraikan rakan-rakan. Memancing dalam keadaan tergopoh-gapah akibat masa yang terlalu singkat memungkinkan berlakunya perebutan dengan rakan-rakan. Antaranya kita akan berebut posisi paling strategik di atas bot. Kita juga mungkin gagal memberi ruang selesa kepada rakan yang sedang bertarung dengan ikan kerana kita sendiri terdesak nak mendapatkan sambaran dalam tempoh singkat.

Dalam keadaan tersebut, dengan sengaja atau tidak, mungkin akan ada rakan yang berasa hati dan bermasam muka. Apalah maknanya mendapat ikan yang banyak jika kita terpaksa mengorbankan perasaan rakan-rakan yang lain?

Mengharungi Cabaran Cabaran sememangnya satu lagi bentuk keseronokan dalam mengikuti aktiviti rekreasi luar. Lihat sahaja kepada penggiat-penggiat aktiviti seperti mendaki, terjun payung, tali tinggi, kayak dan berakit arus deras, kejayaan mengharungi segala cabaran yang mereka tempuhi adalah satu kepuasan. Kita juga seharusnya mampu mencari kepuasan-kepuasan seperti itu dalam memancing. Jadikan halangan-halangan yang perlu ditempuhi sebagai cabaran yang mampu memberi kepuasan. Sebenarnya tidak sedikit cabaran yang perlu ditempuhi oleh pemancing. Lihat sahaja apa yang perlu dilalui oleh rakan-rakan kita yang menjadikan sungai pergunungan sebagai padang permainan. Mereka perlu mendaki, merentas hutan, menolak dan memikul perahu merentas jeram dan sebagainya. Itu belum lagi mengambil kira bagaimana mereka menyediakan makanan dan bermalam. Dalam keadaan tersebut, berjaya sampai ke lokasi pancingan dan pulang semula dengan selamat sepatutnya sudah cukup untuk memberi kepuasan kepada kita. Pertarungan dengan ikan dan membawa sebahagiannya pulang hanyalah sekadar bonus tambahan jika dibandingkan dengan apa yang dapat dinikmati oleh penggiat rekreasi luar yang lain. Namun begitu, janganlah pula kita menempah bahaya atas nama mencari cabaran. Antaranya dengan keluar memancing di laut semasa monsun. Itu bukan mencari cabaran, tetapi mencari maut namanya.

Kesimpulan Etika memancing ke-10 ini sebenarnya mengajak kita untuk menghayati falsafah dalam rekreasi luar yang di dalamnya termasuklah aktiviti memancing. Bagi setiap penggiat, mereka perlu faham bahawa dalam melakukan aktiviti rekreasi luar, apa yang dapat kita himpun ialah pengalaman, bukannya benda. Sesungguhnya kita perlu belajar daripada penggiat aktiviti rekreasi luar yang lain. Jika mereka mampu mendapat kepuasan dengan sekadar membawa pulang pengalaman dan gambar sebagai kenangan, mengapa kita tetap perlu membawa pulang ikan untuk merasa puas? Adakah kerana kita sememangnya tamak atau hipokrit? - SIRIP -

1 1. Jadikan halangan-halangan yang perlu ditempuhi sebagai cabaran yang mampu memberi kepuasan ketika memancing.

2. Dalam beraktiviti rekreasi

luar termasuklah memancing, apa yang dapat kita himpun ialah pengalaman, bukannya benda atau ikan.

2 56 SIRIP


I NTRODUCTION T O H EAVY C OVER S NAKEHEAD G AMES

Bersama : KETAMTK

Park & cast! Lihat samai yang melitupi parit. Stim!

Haruan menerkam froggy kecil dari bawah samai. Dengan set berat, boleh je cast!

S

ebenarnya terlalu banyak port terlepas pandang, terutama di sepanjang lebuhraya menuju ke utara. Port sebegini lebih jelas jika anda menaiki kenderaan yang tinggi. Ya naik bas, boleh nampak banyak parit-parit yang dilitupi samai dan sebagainya, tidak terusik. Mesti ada penghuni ni! Tepi jalan saja. Walau bagaimanapun penulis ingin mengingatkan jika ada pihak berkuasa datang dan mengarahkan untuk beredar, beredarlah... hormati penguatkuasa yang menjalankan tugas. Kawasan begini di bawah kawal selia mereka dan tanggungjawab mereka untuk memastikan kawasan mereka tidak diceroboh.

Park & Cast Ini antara port terbaik yang pernah saya temui, tepi highway, dengan kemudahan rehat dan rawat, surau, parkir dan sebagainya. Mana nak dapat port macam ni! Lokasi‌ errr Batu Kawan jer. Selalunya saya singgah ke sini sementara menunggu isteri balik dari kerja. Ini antara port yang menyelamatkan trip penulis bersama Sild ketika mengunjungi Tasik Bukit Merah tempoh hari, trip berbot kumpau. Melihatkan tiada sambutan, kami cepat-cepat menamatkan trip separuh hari lalu saya mencadangkan kepada Sild untuk mencuba port tepi jalan ni. Park and cast! Sampai di lokasi, Sild dan Loqman turun membawa per-

Loqman dari kecil sudah diasuh memancing. Future pro angler!

alatan manakala saya memandu kereta untuk ke kawasan parkir.

Froggy Kecil Jadi Pilihan Parit sepanjang lebih kurang 200 meter yang dilitupi samai tebal sangat mengujakan, tak sampai beberapa minit Loqman sudah berjaya mendaratkan hasilnya. Ahhh... tak boleh jadi, froggy-froggy kecil yang kami gunakan mendapat sambutan bertalu-talu. Di sini jugalah saya pernah mendaratkan haruan terbesar yang menelan froggy yang agak besar juga saiznya, berbaloi betul kawasan permainan HCG sebegini. Sifat haruan, apabila cuaca semakin gelap semakin galak haruan menyambar. Puas hati, kumpau di Tasik Bukit Merah terus hilang dari ingatan. Sambil mengilat sambil berjalan menuju ke kawasan parkir, sehinggalah waktu maghrib kami berhenti solat dan kemudian pulang ke rumah.

Heavy Cover Game Is Simple! Ya, permainan HCG untuk memburu haruan tidak perlu berbelanja besar, hanya perlu peralatan yang betul sahaja. Port pun dekat, tidak perlu pergi jauh atau menunggu musim-musim ter-tentu. Ada masa terluang, kerabat motor, cari port lempaq froggy anda. Selamat mencuba! - SIRIP -

SIRIP 57


S EA F ISHING B ASICS

Bersama : CHEGUCABOK

Seperti nama jolokannya Din GTligan sememangnya otai yang obses dengan GT. Gewang pilihannya yang berupa sotong!

Sotong amat diminati ikan dan juga kita.

Yo-Zuri Sashimi 3D Squid

S

otong merupakan umpan yang sinonim dengan kaki pancing kerana boleh dikatakan semua spesies ikan air masin menjamahnya jika dihulurkan semasa trip memancing laut dalam mahupun muara. Tidak kiralah sama ada sotong hidup mahupun sotong pasar, masing-masing ada peminatnya, terutama ikan dasar termasuk kita sendiri kerana isinya yang sedap membuatkan ia laris di pasaran.

pak, tenggiri dan talang.

Tapi bagaimana pula dengan gewang replika sotong? Adakah ia berkesan untuk menarik perhatian ikan untuk mengejarnya?

Namun begitu ada juga sedikit kelemahan gewang sotong ini kerana ia agak ringan. Berikutan itu membuatkan lontaran gaya mengilat tidak dapat dilakukan secukup jauh dan akan tersasar dari sasaran.

Sudah lama muncul pelbagai jenis gewang berbentuk sotong di pasaran, tetapi entah kenapa kita berasa kurang yakin dengan keupayaannya. Bagi kaki casting, lain pula ceritanya, tidak kiralah ‘apa barang’ pun semua dicubanya di lapangan, hatta jika gewang itu berbentuk seekor serangga pun. Jika tidak, manakan tahu keberkesanannya jika tidak dicuba.

Kelebihan Berdasarkan pengalaman otai pancing saudara Din GTligan setiap kali trip ke Tukun Perak, pelantar minyak mahupun ke unjam sekali pun, beliau tidak pernah lupa bawa dan mencuba gewang replika sotong ini. Antara yang menjadi pilihannya ialah gewang Yo-Zuri Sashimi 3D Squid dan beberapa jenama yang lain. Berbeza dengan popper, antara kelebihan gewang sotong ini ialah ia mampu menyelam sedalam 2 hingga 3 meter di bawah permukaan air. Selaman pada aras ini memudahkan lagi ia diperhatikan spesies menyambar seperti gerepoh (GT), cu-

58 SIRIP

Sesudu pendek yang terdapat pada muncung gewang memudah dan mencantikkan selamannya bagi menggoda pemangsa yang sentiasa berlegar di bawah permukaan yang menunggu peluang untuk menghentam dari bawah.

Kelemahan

Keupayaannya merentas atau ‘memotong’ angin agak terbatas, ditambah lagi dengan rambu-ramba janggut sotong tersebut sedikit mengganggu. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu merapatkan bot ke tebing struktur berbatu seperti di Tukun Perak, tiang pelantar minyak mahupun di kawasan unjam untuk membuat lontaran. Tiasa masalah sangat casting di kawasan unjam kerana anda hanya perlu tambatkan tali bot pada buluh atau pelampung di unjam dan lakukan lontaran sepuasnya. Selain itu, gewang ini amat sesuai jika anda ingin mencuba casting dari atas tebing berbatu, tidak kiralah dari tebing pulau atau dari atas bot. Sotong seperti sotong mengabang gemar berkeliaran di tebing berbatu yang menjadi kawasan pemburuan pemangsa ganas, khususnya GT. Akhir kata, selamat mencuba dan selamat ber-casting.. - SIRIP -


Industry Info

PAMERAN PRODUK TERBARU TCE TACKLES KE-11

Pameran Produk Terbaru TCE Tackles kembali lagi untuk tahun 2017, dengan sedikit kelainan sempena edisi ke-11 penganjurannya berbanding tahun-tahun yang lepas.

P

ameran Produk Terbaru 2017 kali ini akan diadakan secara berperingkat berbanding pameran secara serentak pada tahun lalu. Pameran akan berlangsung selama sebulan bermula 3 April dan tamat pada 30 April 2017. Pembuka tirai jelajah minggu pertama diadakan pada 3 April hingga 9 April 2017 bermula di utara Semenanjung melibatkan semua cawangan TCE Tackles negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kecuali cawangan Lunas. Pelbagai produk terbaru yang serba lengkap akan dipamerkan untuk memberi peluang kepada para pelanggan mengenal dengan lebih dekat dan mendapat maklumat terkini mengenai produk terbaru edaran TCE Tackles. Pameran ini turut disertai kakitangan TCE Tackles yang berpengalaman luas dalam aktiviti memancing. Mereka akan berkongsi pengalaman dan memberi khidmat nasihat secara percuma. Selain itu, banyak tawaran istimewa dan ganjaran hebat akan diberikan kepada pelanggan. Pelbagai aktiviti sampingan, cabutan bertuah dan permainan yang menghiburkan turut disediakan TCE Tackles khas untuk pengunjung pameran, selain tawaran hadiah percuma yang menarik kepada pelanggan yang bertuah.

Seterusnya, pameran akan diadakan di cawangan TCE Tackles Kelantan, Terangganu, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan selama seminggu bermula 10 - 16 April 2017. Minggu berikutnya iaitu pada 17 - 23 April 2017, pameran akan berlangsung di cawangan Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor, kecuali cawangan Alam Megah. Pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak turut berlangsung di cawangan terpilih iaitu cawangan Lunas, Alam Megah dan Matang jaya. Pelbagai hadiah lumayan boleh dimenangi dan tempat adalah terhad. Pameran Produk Terbaru 2017 menutup tirainya pada 24 30 April 2017 yang akan berlangsung di cawangan-cawangan terbesar TCE Tackles iaitu Lunas, Alam Megah (Seksyen 27) dan Singapura. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, hubungi talian 010-370 6329. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang www.tcetackles.com.my atau www.facebook.com/ tcetackles.fanpage atau hubungi 04-484 1628.

SIRIP 59


TIDE TABLE

Kedah Pier, Pulau Pinang

Lumut

Mersing

Pelabuhan Kelang

Port Dickson

Raffles Lighthouse

Tanjung Gelang

(Kuantan)

Kota Kinabalu

Muara Harbour, Kuala Brunei Santubong

Tawau

Miri

MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER

16

(KHA)

17

(JUM)

18

(SAB)

19

(AHA)

20

(ISN)

21

(SEL)

22

(RAB)

23

(KHA)

24

(JUM)

25

(SAB)

26

(AHA)

27

(ISN)

28

(SEL)

29

(RAB)

30

(KHA)

31

(JUM)

0240 0928 1507 2145 0307 0945 1530 2208 0329 1001 1550 2233 0351 1016 1608 2304 0413 1033 1632 2358 0453 1053 1854

2.5 0.5 2.5 0.7 2.3 0.6 2.4 0.8 2.2 0.8 2.3 1.0 2.0 1.0 2.1 1.1 1.8 1.2 2.0 1.3 1.6 1.4 1.8

0209 0848 1422 2047 0438 1125 1652 2228 0524 1143 1737 2311 0602 1205 1817 2344 0640 1228 1856

1.4 1.6 1.5 1.8 1.2 1.8 1.4 2.0 1.0 2.0 1.2 2.2 0.8 2.2 1.0 2.4 0.6 2.4 0.8

0016 0717 1255 1935 0050 0753 1324 2013 0125 0827 1357 2050 0203 0901 1433 2125 0242 0934 1509 2203

2.5 0.4 2.5 0.6 2.7 0.3 2.7 0.5 2.7 0.2 2.8 0.5 2.7 0.3 2.8 0.5 2.6 0.4 2.7 0.5

60 SIRIP

0027 0617 1228 1841 0054 0645 1254 1905 0122 0715 1322 1931 0152 0748 1354 2002 0227 0831 1437 2042 0315 0939 1543 2153 0438 1149 1805

0.7 2.6 0.6 2.8 0.7 2.5 0.7 2.7 0.8 2.4 0.9 2.5 0.9 2.2 1.1 2.4 1.1 2.1 1.3 2.2 1.2 2.0 1.4 2.0 1.3 2.0 1.5

0008 0650 1332 1942 0134 0758 1424 2034 0223 0844 1507 2114 0304 0924 1546 2153 0343 1002 1623 2231 0422 1039 1700 2309 0501 1116 1736 2347 0540 1153 1809

2.0 1.2 2.1 1.3 2.1 1.0 2.4 1.2 2.3 0.8 2.6 1.0 2.5 0.6 2.8 0.8 2.7 0.4 2.9 0.7 2.8 0.3 3.1 0.5 2.9 0.3 3.1 0.5 2.9 0.3 3.1

0024 0620 1230 1843

0.5 2.8 0.5 3.0

0548 1212 1808

1.1 2.8 1.3

0008 0620 1254 1844 0039 0653 1338 1928 0111 0730 1431 2031 0145 0812 1538 2201 0222 0902 1653

2.6 1.0 2.8 1.5 2.5 1.0 2.7 1.6 2.4 1.1 2.7 1.8 2.2 1.1 2.6 1.9 2.1 1.2 2.6

0014 0307 1001 1804 0128 0436 1111 1908 0209 0610 1229 2000 0231 0716 1334 2038 0248 0808 1423 2108 0312 0855 1508 2136 0342 0940 1552 2207 0417 1026 1636 2240 0453 1114 1723 2317 0534 1203 1814 2355

1.9 2.0 1.3 2.6 1.8 1.9 1.3 2.7 1.8 1.9 1.2 2.7 1.7 2.1 1.2 2.7 1.5 2.3 1.0 2.8 1.4 2.5 0.9 2.8 1.2 2.7 0.9 2.8 1.0 2.9 0.9 2.8 0.8 3.0 1.0 2.7 0.7 3.0 1.1 2.6

0217 0805 1417 2022 0240 0828 1438 2045 0304 0853 1501 2110 0328 0919 1527 2138 0356 0950 1559 2213 0435 1038 1654 2313 0543 1225 1916

0.8 4.7 0.8 4.9 1.0 4.5 1.0 4.7 1.2 4.3 1.3 4.4 1.5 4.0 1.6 4.1 1.8 3.7 1.9 3.7 2.1 3.5 2.3 3.4 2.4 3.3 2.4

0206 0840 1440 2111 0323 0945 1547 2206 0412 1032 1637 2253 0456 1116 1722 2339 0538 1157 1804

3.3 2.3 3.5 2.1 3.7 1.9 4.0 1.7 4.1 1.4 4.4 1.3 4.4 1.0 4.8 1.0 4.7 0.6 5.1

0023 0617 1237 1842 0103 0655 1312 1920 0140 0731 1346 1954 0215 0807 1418 2029

0.8 4.9 0.4 5.3 0.6 5.1 0.3 5.5 0.5 5.1 0.3 5.5 0.5 5.0 0.5 5.3

0326 0850 1514 2101 0348 0919 1537 2129 0411 0947 1603 2200 0438 1013 1631 2238 0510 1039 1708 2335 0601 1118 1809

0.3 2.5 0.2 2.7 0.4 2.3 0.2 2.6 0.5 2.2 0.3 2.4 0.7 2.0 0.4 2.1 0.9 1.8 0.6 1.9 1.1 1.7 0.8

0122 0730 1247 2021 0337 0945 1538 2216 0432 1055 1649 2314 0508 1141 1732

1.7 1.3 1.5 0.9 1.8 1.2 1.6 0.7 2.0 1.0 1.9 0.5 2.2 0.8 2.3

0003 0541 1224 1808 0051 0615 1308 1843 0139 0650 1351 1917 0225 0726 1427 1952 0308 0805 1500 2026 0345 0844 1528 2103

0.4 2.4 0.5 2.6 0.3 2.6 0.3 2.8 0.2 2.7 0.2 3.0 0.2 2.7 0.1 3.1 0.2 2.7 0.0 3.1 0.3 2.6 0.1 3.0

0120 0754 1343 2015 0146 0828 1418 2037 0213 0901 1452 2054 0241 0941 1526 2105 0313 1031 1605 2120 0352 1139 1711 2156 0500 1303 2026

2.9 0.6 2.9 0.7 2.8 0.6 2.7 0.8 2.8 0.7 2.5 0.9 2.7 0.8 2.2 1.1 2.6 0.9 2.0 1.2 2.5 1.0 1.7 1.4 2.3 1.0 1.7

0005 0703 1445 2133 0207 0837 1558 2211 0345 0931 1641 2243 0433 1013 1718 2309 0511 1050 1752 2333 0548 1130 1824 2358 0628 1213 1858

1.5 2.2 0.9 1.9 1.5 2.4 0.8 2.2 1.3 2.6 0.6 2.4 1.1 2.8 0.5 2.6 0.9 3.0 0.5 2.8 0.7 3.0 0.4 2.9 0.5 3.1 0.4

0028 0709 1300 1933 0101 0752 1350 2009

3.0 0.4 3.0 0.5 3.1 0.3 2.9 0.6

1.7 0.8 1.7 0.8 1.6 1.0 1.7 0.8 1.4 1.1 1.8 0.8 1.3 1.2 1.8 0.8 1.8 0.8

0126 0718 1322 1937 0222 0730 1336 2021 0337 0728 1357 2113 1423 2257

1.4 0.9 1.4 0.8 1.3 1.0 1.4 0.8 1.2 1.1 1.5 0.8 1.5 0.8

1453

1.5

1603

1.8

0108 1534

0.7 1.5

0126 1711

0.8 1.8

0213 1639

0.7 1.5

0.6 1.5

1.3 4.6 1.4 4.5 1.3 4.5 1.7 4.3 1.4 4.3 1.9 4.1 1.5 4.2 2.2 3.9 1.6 4.0 2.4 3.8 1.7 3.9 2.6 3.6 1.8 3.8 2.6 3.6 1.8 3.9 2.5

0131 0741 1336 1959 0205 0754 1354 2039 0245 0759 1416 2125 0341 0801 1439 2221 1511 2338

0227 1813

0046 0654 1301 1900 0120 0737 1332 1924 0153 0820 1406 1949 0229 0907 1444 2018 0309 0959 1531 2059 0358 1100 1632 2157 0500 1209 1745 2308 0616 1316 1859

0235 1839

0.7 1.8

0301 1807

0.6 1.5

0313 1933

0.5 0021 1.6 0729 1410 1959 0.5 0125 1.2 0827 1.2 1455 1.6 2050 0.5 0223 1.3 0917 1.0 1537 1.6 2137 0.5 0315 1.3 1002 0.9 1616 1.6 2221 0.6 0408 1.4 1045 0.8 1654 1.6 2306 0.7 0459 1.4 1129 0.6 1734 2350 1.5 0553 0.8 1213 1.5 1814 0.6 1.4 0034 0.9 0647 1.6 1258 0.5 1854

3.7 1.7 4.1 2.3 3.9 1.5 4.3 2.0 4.2 1.3 4.6 1.6 4.5 1.1 4.8 1.3 4.7 0.9 5.0 1.1 4.9 0.9 5.0 0.9 5.0 1.0 4.9

0327 1205 1442 2012 0410 1138 1538 2119 0450 1143 1624 2218 0526 1157 1711 2313 0601 1213 1757

0.6 1.5 1.5 1.8 0.6 1.5 1.3 1.9 0.5 1.6 1.2 1.9 0.5 1.6 1.0 1.9 0.6 1.7 0.8

0340 1929

0.6 1.6

0416 1217 1440 2039 0449 1221 1558 2144 0520 1229 1653 2250 0550 1237 1742

0.5 1.3 1.3 1.6 0.6 1.3 1.2 1.6 0.6 1.3 1.0 1.6 0.7 1.3 0.9

0005 0635 1233 1845 0056 0706 1258 1934 0149 0733 1328 2024

1.9 0.7 1.7 0.6 1.8 0.8 1.8 0.5 1.7 1.0 1.9 0.5

0003 0616 1246 1830 0114 0640 1246 1920 0225 0701 1241 2015

1.6 0.8 1.4 0.8 1.5 0.9 1.5 0.7 1.4 1.1 1.6 0.6

0044 0646 1246 1912 0125 0700 1310 2003 0216 0713 1337 2108 0346 0720 1407 2234 1441

1.4 0.8 1.4 0.7 1.3 0.9 1.5 0.7 1.2 0.9 1.5 0.7 1.1 1.0 1.5 0.7 1.5

0004 1527

0.7 1.5

1.8 1.8 1.2 2.7 1.3 2.7

0125 1638

0.6 1.5

1.7 1.7 1.2 2.8 1.6 1.9 1.2 2.8 1.5 2.1 1.1 2.9 1.4 2.3 1.0 2.9 1.2 2.5 1.0 2.8 1.1 2.8 1.0 2.7 0.9 3.0 1.2 2.6 0.8 3.1 1.3 2.5

0517 1152 1736 2341 0539 1231 1825 2358 0604 1312 1924

1.2 2.7 1.4 2.5 1.1 2.7 1.6 2.4 1.1 2.7 1.7

0016 0632 1359 2034 0036 0707 1455 2153 0057 0751 1608

2.2 1.1 2.7 1.8 2.1 1.1 2.6 1.9 2.0 1.2 2.6

0033 0109 0853 1725 1008 1832 0215 0521 1123 1925 0232 0643 1230 2008 0247 0744 1327 2045 0303 0837 1418 2120 0322 0924 1507 2153 0346 1012 1554 2224 0414 1059 1645 2254 0446 1148 1741 2323

0352 1122 1423 2037 0426 1121 1523 2132 0457 1124 1614 2224 0525 1130 1702 2317 0548 1143 1751 0012 0607 1204 1845 0118 0625 1230 1947

0.7 5.1 1.2 4.8

0149 0823 1403 2033 0210 0846 1430 2054 0232 0910 1457 2116 0253 0938 1527 2139 0315 1009 1603 2207 0338 1055 1704 2254 0403 1247 2045

0.3 3.2 0.4 3.1 0.4 3.2 0.5 2.9 0.6 3.1 0.7 2.7 0.8 2.9 1.0 2.5 1.0 2.7 1.3 2.3 1.3 2.5 1.6 2.0 1.6 2.3 1.7

0323 0837 1518 2155 0442 0947 1624 2232 0511 1029 1709 2304 0542 1107 1750 2336 0613 1144 1827

1.9 1.7 2.5 1.4 2.2 1.5 2.8 1.1 2.5 1.1 3.1 0.8 2.8 0.8 3.3 0.5 3.1 0.5 3.4

0008 0645 1221 1904 0040 0717 1256 1938 0112 0749 1332 2010 0142 0820 1408 2041

0.4 3.3 0.3 3.5 0.2 3.4 0.2 3.4 0.2 3.5 0.2 3.3 0.3 3.5 0.3 3.2


16 MAC ~ 15 APRIL 2017

Kedah Pier, Pulau Pinang

Lumut

Mersing

Pelabuhan Kelang

Port Dickson

Tanjung Gelang Raffles (Kuantan) Lighthouse

Kota Kinabalu

Kuala Muara Harbour, Santubong Brunei

Tawau

Miri

MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER

1

(SAB)

2

(AHA)

3 (ISN) 4

(SEL)

5

(RAB)

6

(KHA)

7

(JUM)

8

(SAB)

9

(AHA)

10

(ISN)

11

(SEL)

12

(RAB)

13

(KHA)

14

(JUM)

15

(SAB)

0323 1006 1547 2241 0408 1037 1625 2324 0508 1106 1711

2.5 0.6 2.6 0.7 2.2 0.9 2.4 0.9 2.0 1.2 2.2

0027 0649 1148 1853 0229 0907 1459 2104 0412 1052 1647 2228 0513 1137 1741 2315 0558 1208 1824 2348 0638 1229 1902

1.1 1.8 1.4 2.0 1.2 1.8 1.6 1.9 1.1 2.0 1.4 2.1 0.9 2.2 1.2 2.2 0.8 2.3 1.0 2.4 0.6 2.5 0.9

0018 0713 1251 1937 0049 0744 1316 2008 0120 0810 1343 2034 0150 0834 1409 2059 0219 0855 1435 2123 0246 0916 1458 2149

2.5 0.6 2.6 0.7 2.5 0.5 2.6 0.7 2.5 0.5 2.7 0.7 2.5 0.6 2.7 0.7 2.4 0.7 2.7 0.7 2.3 0.8 2.6 0.8

BULAN PENUH

0103 0701 1308 1919 0143 0747 1353 1959 0229 0842 1446 2050 0328 1003 1607 2210 0457 1157 1816

0.5 2.7 0.7 2.9 0.7 2.5 0.9 2.7 0.9 2.3 1.2 2.4 1.1 2.2 1.4 2.2 1.2 2.2 1.4

0617 1257 1913

0.7 3.0 1.3

0037 0706 1400 2022 0122 0800 1517 2139 0213 0859 1638 2318 0320 1005 1752

2.4 0.7 3.0 1.5 2.3 0.7 2.9 1.7 2.1 0.8 2.9 1.7 2.0 0.9 2.8

0007 0643 1330 1950 0136 0757 1430 2045 0235 0848 1514 2126 0319 0929 1551 2203 0356 1004 1623 2236 0429 1036 1651 2305 0500 1105 1717 2333 0529 1132 1741

2.1 1.1 2.4 1.3 2.2 1.0 2.6 1.1 2.4 0.8 2.7 0.9 2.5 0.7 2.9 0.8 2.6 0.6 2.9 0.7 2.7 0.6 3.0 0.7 2.7 0.6 3.0 0.6 2.7 0.7 2.9

0000 0558 1159 1806 0026 0626 1226 1831

0.6 2.6 0.8 2.9 0.7 2.6 0.9 2.8

0040 0453 1123 1900 0133 0620 1247 1954 0212 0732 1352 2034 0245 0830 1444 2106 0314 0918 1530 2134 0342 1002 1611 2202 0411 1042 1651 2231 0441 1122 1727 2301 0511 1200 1806 2331 0542 1238 1846

1.7 2.0 1.1 2.8 1.6 2.1 1.1 2.7 1.4 2.2 1.1 2.7 1.3 2.4 1.1 2.7 1.2 2.6 1.1 2.6 1.0 2.8 1.2 2.6 0.9 2.8 1.2 2.5 0.8 2.9 1.3 2.4 0.8 2.9 1.4 2.3 0.8 2.9 1.4

0250 0842 1452 2104 0326 0919 1527 2139 0407 1000 1611 2222 0459 1103 1725 2341 0623 1257 1925

0.7 4.8 0.8 5.0 1.0 4.5 1.3 4.6 1.4 4.2 1.7 4.1 1.8 3.8 2.2 3.7 2.1 3.7 2.3

0150 0817 1436 2111 0321 0941 1553 2218 0423 1037 1645 2308 0507 1121 1726 2350 0544 1158 1802

3.6 2.1 3.9 2.0 3.9 1.7 4.3 1.6 4.2 1.3 4.7 1.2 4.5 1.0 4.9 1.0 4.7 0.9 5.0

0025 0618 1231 1833 0056 0647 1258 1900 0124 0714 1323 1926 0150 0739 1347 1953 0214 0806 1411 2020

0.9 4.7 0.8 5.1 0.8 4.8 0.8 5.1 0.8 4.8 0.9 5.1 0.8 4.7 1.0 4.9 0.9 4.6 1.1 4.8

0421 0924 1554 2144 0454 1008 1627 2233 0532 1054 1711 2336 0623 1153 1818 0114 0752 1326 2036 0320 0950 1539 2231 0433 1108 1654 2335 0520 1200 1741 0023 0556 1240 1817 0105 0628 1312 1846 0140 0657 1338 1913 0210 0726 1400 1938 0237 0756 1423 2006 0300 0827 1450 2033 0323 0856 1516 2102

0139 0837 1441 2043 0220 0922 1531 2115 0305 1015 1628 2150 0401 1126 1746 2243 2.0 0518 1.1 1301 1.8 1946 0.9 2.0 0041 1.1 0711 1.9 1443 0.7 2115 2.1 0256 0.9 0839 2.2 1552 0.5 2209 2.3 0403 0.7 0939 2.4 1639 2246 0.4 0448 2.4 1030 0.6 1713 2.6 2313 0.3 0526 2.5 1107 0.4 1743 2.8 2331 0.3 0558 2.5 1145 0.4 1813 2.9 2350 0.4 0628 2.5 1218 0.3 1843 2.9 0.4 0013 2.5 0700 0.2 1254 2.9 1913 0.5 0039 2.5 0731 0.2 1331 2.8 1941 0.5 0107 2.4 0805 0.3 1405 2.7 2005 0.4 2.5 0.1 2.8 0.6 2.3 0.3 2.5 0.8 2.1 0.5 2.2 1.0 1.9 0.7

3.1 0.3 2.8 0.7 3.0 0.4 2.5 0.9 2.9 0.5 2.2 1.1 2.7 0.7 2.0 1.3 2.5 0.8 1.9

0523 1239 1849 2352 0603 1335 2006

0.7 3.1 1.5 2.3 0.7 3.1 1.6

0022 0649 1439 2126 0100 0743 1553 2303 0201 0852 1709

2.1 0.8 3.0 1.7 2.0 0.9 3.0 1.7 1.8 1.0 2.9

1.5 2.4 0.7 2.1 1.4 2.5 0.6 2.3 1.1 2.7 0.5 2.5 0.9 2.8 0.5 2.6 0.8 2.8 0.5 0.7 0.6 2.9 0.6 2.8 0.6 2.8 0.6

0033 0411 1013 1816 0125 0606 1137 1912 0201 0724 1249 1958 0228 0822 1349 2038 0253 0908 1441 2111 0315 0948 1530 2142 0338 1025 1618 2209 0400 1101 1704 2231 0422 1136 1750 2251 0446 1210 1838 2310

1.6 1.7 1.1 2.9 1.5 1.8 1.2 2.8 1.4 2.0 1.2 2.8 1.3 2.2 1.2 2.7 1.1 2.5 1.2 2.6 1.0 2.6 1.3 2.5 1.0 2.8 1.3 2.4 0.9 2.9 1.4 2.3 0.9 2.9 1.5 2.2 0.9 2.9 1.5 2.1

2.9 0.5 2.8 0.9 2.9 0.5 2.7 0.7 2.9 0.5 2.6 0.8

0211 1821

0.5 1.6

0120 0741 1345 1937 0207 0836 1434 2022 0257 0933 1528 2114 0353 1035 1631 2215 0458 1143 1743 2324 0612 1257 1901

0.7 5.0 1.5 4.5 0.8 4.8 1.8 4.3 0.9 4.6 2.1 4.1 1.1 4.4 2.4 3.9 1.3 4.2 2.4 3.8 1.4 4.2 2.3

0304 1057 1343 1946 0342 1054 1505 2057 0412 1052 1556 2154 0437 1053 1640 2246 0457 1103 1720 2335 0514 1116 1759

0038 0730 1403 2009 0151 0838 1456 2103 0253 0932 1540 2149 0348 1016 1619 2230 0435 1054 1652 2307 0517 1130 1721 2341 1.4 0558 0.9 1202 1.6 1746 0.6 1.3 0013 1.0 0638 1.6 1233 0.6 1808 1.2 0044 1.0 0717 1.7 1305 0.6 1829

3.8 1.4 4.3 2.1 4.0 1.4 4.4 1.8 4.2 1.3 4.5 1.6 4.4 1.3 4.5 1.3 4.5 1.3 4.6 1.2 4.6 1.4 4.5 1.1 4.7 1.5 4.4

0246 0643 1302 2100 0424 0656 1339 2217 1424 2337

1.3 1.0 1.7 0.5 1.2 1.1 1.7 0.5 1.7 0.5

1522

1.7

0101 1646

0.5 1.6

0023 0530 1135 1838 0113 0546 1158 1919 0214 0602 1223 2006

0.5 1.3 1.2 1.6 0.6 1.3 1.1 1.5 0.6 1.3 1.0 1.5 0.7 1.4 0.9 1.5 0.8 1.4 0.7 1.4 0.9 1.5 0.7

1.0 4.7 1.7 1.3 1.0 4.6 1.8 4.2

0247 0754 1359 2120 0405 0810 1433 2222 1513 2337

1.5 1.1 1.9 0.4 1.4 1.2 2.0 0.5 1.9 0.5

0343 0713 1306 2126 0525 0609 1339 2303 1420

1.3 1.2 1.6 0.6 1.2 1.2 1.7 0.5 1.7

1611

1.9

0030 1509

0.5 1.7

0102 1736

0.5 1.8

0149 1622

0.5 1.6

0217 1124 1323 1917 0317 1118 1505 2043 0403 1123 1604 2154 0440 1126 1648 2252 0512 1139 1727 2339 0541 1154 1805

0.5 1.5 1.5 1.8 0.5 1.6 1.4 1.8 0.6 1.6 1.2 1.8 0.6 1.6 1.0 1.8 0.7 1.7 0.9 1.8 0.8 1.7 0.8

0251 1800

0.5 1.6

0338 1208 1404 1938 0415 1144 1529 2102 0439 1147 1623 2218 0459 1146 1707 2329 0522 1142 1745

0.6 1.4 1.3 1.5 0.6 1.3 1.2 1.5 0.7 1.3 1.1 1.5 0.8 1.4 1.0 1.4 0.9 1.4 0.8

0023 0608 1208 1841 0103 0634 1223 1916 0142 0652 1244 1951 0223 0702 1307 2025

1.7 0.9 1.8 0.7 1.6 1.0 1.9 0.6 1.6 1.1 1.9 0.6 1.5 1.2 1.9 0.5

0031 0545 1142 1745 0128 0606 1153 1857 0225 0619 1209 1935 0330 0608 1230 2015

1.4 1.0 1.4 0.8 1.3 1.0 1.5 0.7 1.3 1.1 1.6 0.6 1.2 1.2 1.6 0.6

0212 0852 1442 2111 0241 0924 1521 2143 0313 1003 1606 2223 0350 1055 1723 2339 0503 1243 2021

0.4 3.5 0.5 2.9 0.7 3.3 0.9 2.7 1.0 3.1 1.2 2.4 1.3 2.8 1.5 2.1 1.6 2.6 1.6

0255 0810 1506 2144 0422 0937 1622 2225 0505 1026 1711 2259 0540 1107 1751 2331 0613 1142 1825

2.1 1.7 2.6 1.4 2.4 1.4 2.9 1.1 2.7 1.1 3.1 0.8 3.0 0.8 3.2 0.6 3.2 0.6 3.2

0001 0641 1215 1855 0028 0707 1246 1923 0054 0730 1314 1947 0118 0753 1341 2011 0140 0819 1408 2034

0.5 3.3 0.5 3.3 0.5 3.3 0.4 3.2 0.5 3.4 0.4 3.1 0.6 3.4 0.5 3.1 0.7 3.4 0.6 2.9

SIRIP

61

BULAN BARU



PRODUCT AWARENESS

AJIKING NESMO

Nesmo, baitcaster ciptaan Ajiking ini tampak begitu mantap sekali reka bentuknya. Ia dilancarkan dan dilengkapi dengan tiga galas bebola, satu galas klac searah, sistem brek emparan enam pin, penutup plat sisi bukaan cepat, tombol pengayuh lembut yang selesa, sistem tegangan berklik, anti balikan infiniti dan gelendung tempaan aluminium. Baitcaster ini mempunyai dua pilihan warna sama ada gabungan hitam putih dan coklat gelap. Ia mempunyai kelajuan nisbah gear setinggi 6.3 : 1 dan mampu menyimpan kapasiti tali berdiameter 0.26 mm sepanjang 180 meter.

SHIMANO ULTEGRA FB

Ultegra sudah cukup terkenal dengan aksi karauan lancarnya dan bercirikan teknologi yang biasanya dijumpai pada kekili kategori high end. Tahun ini, Shimano telah mempertingkatkan siri Ultegra kepada Ultegra FB dengan ciri-ciri gear Hagane dan G FreeBody, membuatkan ia jauh lebih mantap. Dengan G FreeBody, Shimano telah mengubah pusat gravitinya lebih rapat kepada joran dan mengurangkan kelenguhan tangan semasa memancing. Daya kalis air juga dipertingkatkan dengan Core Protect, iaitu struktur kalis air tanpa hubungan yang menggunakan sebatian penghalang air. Pengedar : OFT PANCING

Pengedar : TCE TACKLES

Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

STRIKE PRO MUSTANG MINNOW

Strike Pro Mustang Minnow dianggap gewang pelbagai kegunaan yang pertama dicipta untuk pancingan air tawar dan air masin, bahkan ia adalah gewang paling kecil tetapi paling berat dalam kelasnya! Hanya dengan berukuran 45 mm, ia seberat 6 gram. Gewang buatan Taiwan ini amat cepat tenggelam dan boleh dilontar amat jauh ke sasaran dan dapat beraksi sehingga ke lubuk yang paling dalam.

G-TECH PRO ELITE STRIKE 2 Setelah kekili Pro Elite Strike mendapat sambutan yang menggalakkan, G-Tech menampilkan pula Strike 2 yang cukup anggun reka bentuk dan mantap penampilannya. Kekili tahan lasak berwarna keperakan ini dilengkapi nisbah gear 5.2 : 1, dan dilancarkan oleh 13 + 1 galas bebola tahan karat buatan Jepun. Terdapat dalam saiz 2000, 3000, 4000 dan 5000. Setiap pembelian diberi percuma gelendong hitam emas tambahan. Pengedar : EASTERN FISHING TACKLE

Pengedar : TCE TACKLES

Tel : 07-388 8806

Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

SHIMANO SAHARA FI Kekili Shimano Sahara terbaru ini telah dipertingkatkan dengan versi FI yang kini dilengkapi gear Hagane dan G FreeBody. Kekili Sahara bukan sahaja tahan lasak dan lebih ringan, malah mempunyai aksi karauan yang lebih lembut dan kuat melalui kelengkapan mantap sistem gear X-Ship, yang membuatkan ia pilihan sempurna untuk pemancing yang mendambakan set ringan. Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

SEAHAWK TRILO-BAIT SPOON Trilo-Bait Spoon keluaran Seahawk menampilkan empat reka bentuk kilat sesudu keperakan yang cekap dalam mengilat dan tundaan di air yang deras mahupun di lubuk yang dalam. Empat model tersebut dikenali dengan kod TB-40, TBX-26, TB51 dan TBX-17 yang mempunyai berat 8, 10, 12, 14 dan 15 g. Mata kailnya turut diserikan dengan rumbai bulu sebagai pemikat tambahan. Pengedar : TCE SPORTS Tel : 04-263 8700 Faks : 04-261 9730

SIRIP 63


PRODUCT AWARENESS

SEAHAWK MICRO

Khas buat peminat pancingan ultra ringan atau mikro, Seahawk memperkenalkan kekili mendatar Micro M200 yang bernisbah gear 5.5 : 1, dilancarkan oleh tiga galas bebola dan diberi pilihan warna gelendong aluminium sama ada emas, perak, biru, merah dan hijau. Ia sesuai diisi tali sehalus 1.5, 2 dan 3 paun. Sesuai untuk mengilat mikro, mengail udang atau ikan-ikan di kolam dan lombong.

iaitu DM-375 dan DM-375W yang sesuai untuk penyimpanan cili, gegelung cincin dan gewang / jig mikro, manakala DM-750 untuk penyimpanan gewang / jig saiz sederhana. Ia dilengkapi papan pemisah serta ruang dalaman bersegmen untuk membentuk saiz ruang lelaci yang anda inginkan. Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

SAME FISHING SHORT Pengedar : TCE SPORTS Tel : 04-263 8700 Faks : 04-261 9730

RING STAR ECOTTE

Jenama Same dari Taiwan bukan setakat terkenal dengan produk joran dan jig, malah giat memperkenalkan kostum yang sesuai dan selesa buat pemancing seperti seluar pendek ini. Terdapat dua corak dikeluarkan iaitu corak ikan camouflage dan biru muda yang berlogo Ocean Blade. Ia disisipkan dengan poket luaran di kiri dan kanan untuk simpanan aksesori kecil. Terdapat pelbagai pilihan saiz iaitu dari saiz M, L, XL, XXL dan 3XL.

Kotak pancing Ring Star Ecotte yang tahan lasak ini mempunyai satu laci di bahagian atas yang boleh diangkat keluar atau digelongsor ke kiri kanan. Terdapat dua saiz iaitu RE-380 (saiz 380 x 230 x 180 mm) dan RE-430 (saiz 430 x 230 x 180 mm) dengan warna hitam ungu.

Pengedar : GREGLORY (M) SDN. BHD. Emel : tacklewarehouse18@gmail.com Laman Sesawang : http : www.same-fishing.com

Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

RING STAR DREAM MASTER

Kotak pancing Ring Star Dream Master adalah kotak-kotak kecil yang sesuai untuk menyimpan gewang dan aksesori kecil seperti gegelung cincin dan cili. Berwarna putih jernih dan agak nipis untuk memudahkan ia disimpan atau diselit di dalam kotak atau beg pancing. Terdapat tiga model pilihan

SAME FISHING T-SHIRT

Selain seluar, Same juga memperkenalkan baju-T lengan pendek dan panjang yang bergaya dan berlogo Ocean Blade. Terdapat tiga pilihan warna bagi baju berlengan panjang iaitu biru, kelabu dan merah jambu, di mana bahagian lengan panjang berwarna hitam untuk melindungai lengan daripada terik matahari. Manakala bagi baju lengan pendek pula terdapat dalam warna hitam, biru, kuning dan merah jambu.

Pengedar : GREGLORY (M) SDN. BHD. Emel : tacklewarehouse18@gmail.com Laman Sesawang : http : www.same-fishing.com

64 SIRIP




Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.