IBU, JOM SEMBANG
D e f i n i s i I s t i l a h “ B e r m a k n a”
A
pabila sesuatu dianggap “bermakna”, ini menjadi suatu istilah yang sangat subjektif. Sesuatu perkara itu bermakna atau tidak, bergantung kepada pentakrifan setiap orang yang berbeza.
Suatu hari saya bersendirian bersama anak perempuan saya di rumah. Saya bertanya kepadanya: “Apa yang kamu hendak lakukan bersama-sama ibu?” Dia menjawab: “Saya mahu rambut bergulunggulung seperti ibu.” Saya pun menghabiskan lebih kurang dua jam untuk mengulungkan rambutnya. Ketika hampir selesai, saya memperhatikan keletihan terpancar pada wajahnya. Tulang belakang saya juga berasa lenguh. Saya pun bertanya kepadanya, “Kamu suka stail rambut ini?” Dia menjawab: “Suka, tetapi aku mengantuk, aku mahu tidur.” Sekiranya anda berada dalam situasi tersebut, apakah perasaan anda?” Aduhai, dua jam sudah dihabiskan, melihat hasil rambutnya pun tidak, langsung mahu tidur? Dua jam yang dihabiskan tanpa makna! Mungkin kita akan berfikir sedemikian, bukan? Namun pada waktu itu, saya membuat keputusan untuk melihat situasi tersebut daripada perspektif yang berbeza. Saya mengerti sepanjang waktu kami bersama, anak saya berasa disayangi. Apabila saya berbuat demikian, dia akan merasai kasih ibu lebih dalam lagi. Oleh sebab itu, saya tidak menganggap situasi sedemikian membazir masa, sebaliknya ia merupakan sesuatu perkara yang sangat bermakna. Saya mengambil kamera lalu mengambil gambar rambutnya. Kemudian, anak perempuan saya tidur dengan tenang disertai dengan ulitan kasih sayang daripada ibu. Tersemat dalam ingatan, malam itu merupakan malam yang bermakna bagi kami. Demikian juga, setiap orang mempunyai pentafsiran yang berbeza tentang seorang ibu. Ada yang menganggap tanggungjawab ibu adalah memelihara anak-anak mereka sehingga gemuk gebu 14