3 minute read

Jom Belajar Bahasa Mandarin

Next Article
Dunia Buku

Dunia Buku

Guru Bahasa Melayu SJKC Sambut Baik Bengkel KDD

Lebih 50 orang guru Bahasa Melayu dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah terlibat dalam menjayakan bengkel Kuntum Dalam Darjah (KDD) yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada 23 Oktober tahun lalu.

Melibatkan guru-guru yang bertugas di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, program yang berlangsung separuh hari ini ternyata menyuntik elemen yang menyeronokkan apabila semua guru-guru yang terlibat diajar menggunakan Majalah Kuntum sebagai alat bantu mengajar tambahan untuk mereka gunakan di dalam kelas.

Menumpukan kepada subjek Bahasa Melayu, bengkel KDD ini dianjurkan adalah bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada guru-guru agar menjadikan KDD sebagai salah satu teknik pengajaran guru berasaskan bahan.

Ini adalah selaras dengan pendidikan hari ini yang mana pendekatan dan kaedah Pengajaran & Pembelajaran (P&P) guru hendaklah dipelbagaikan untuk memupuk semangat serta minat murid-murid terhadap ilmu pengetahuan terutama dalam meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam subjek Bahasa Melayu.

Bengkel KDD dimulakan dengan sesi pengenalan Majalah Kuntum yang disampaikan oleh Norlia Jaafar, Editor Majalah Kuntum dan tayangan video animasi Majalah Kuntum. Seterusnya, majlis bersambung dengan siri taklimat

daripada Unit Pengedaran Majalah Kuntum oleh Sundarrajan dan Sharifah Thuraizah.

Acara kemuncak adalah apabila setiap guru dipecahkan kepada kumpulan dan mereka perlu berbengkel dalam menghasilkan sumber bahan yang dibahagikan mengikut tahap dan pentaksiran masing-masing.

Melalui penerangan mendalam oleh fasilitatior utama KDD, Norafizah Abd. Razak, guru-guru telah mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang kandungan Majalah Kuntum yang menyediakan pelbagai sumber bahan yang boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar tambahan buat para guru yang secara tidak

langsung dapat membantu untuk mewujudkan suasana yang lebih interaktif dan menarik dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah. Turut memeriahkan bengkel KDD ini adalah dengan kehadiran Andreas Vogiatzakis; CEO Star Media Group (SMG), Esther Ng; Ketua Pegawai Kandungan SMG, Mohamed Hassan Mohamed Ali; Pengurus Besar Kanan (Pengedaran dan Cetakan SMG) dan Loo Phan Kooi; Pegawai Khas Korporat SMG selain maskot Pintar dan Comel serta pegawai-pegawai dari JPN Negeri Selangor.

Roti John Mudah!

Oleh: Mama Zaila

Bahan-bahannya:

u 450 gm daging/ayam hancur u 1 biji bawang holand (potong dadu) u 2 ulas bawang putih (potong dadu) u 2 sudu mentega/marjerin u 1 tin kacang kuda u Campuran sayur (lobak

merah, jagung dan kacang pea) u 2 sudu rempah kari ayam u Roti sosej/ roti gandum u Garam u Kiub ayam u Gula

Cara-cara membuatnya:

Cairkan mentega/marjerin, tumiskan bawang putih dan bawang holand sehingga naik bau.a Masukan daging/ayam hancur sehingga masak secukupnya. Kemudian masukan rempah kari dan serbuk perasa (garam, gula, kiub ayam) Akhir sekali, masukan kacang kuda dan lecek sehingga hancur serta masukan campuran sayur. Hidangkan bersama roti untuk sarapan pagi atau minum petang.

Tip:

Boleh gantikan kacang kuda dengan kacang lain seperti kacang panggang.

Khasiat:

u Roti gandum dapat memberikan rasa kenyang dengan lebih lama dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. u Kacang kuda juga dikenali sebagai kacang garbanzo. Kacang kuda dapatkan meningkatkan penghadaman kerana mengandungi serat yang tinggi dan merupakan sumber utama protein berasaskan tumbuhan.

Bertemu Sahabat di Pulau Pinang

Gembira sungguh kru Majalah Kuntum dapat bertemu dengan kawan-kawan di Pulau Mutiara. Maaf atas kelewatan menyiarkan gambar anda kerana banyak jemputan yang kami terima sepanjang tahun. Sambutan orang utara memang terbaik!!! Begitu juga tidak kurang hebatnya dengan sekolah-sekolah di Lembah Klang.

Lawatan Kuntum ke... SK Jelutong Barat

Yay! Meriahnya Pintar datang ke sekolah kami...

This article is from: