1 minute read

Dunia Buku

The Flag Book (Lonely Planet Kids) 1st Edition

Selamat datang ke dunia bendera yang hebat! Tahukah anda bahawa setiap bendera sebenarnya mempunyai mesej dan makna yang tersendiri.

Buku The Flag Book memperkenalkan anda kepada bendera setiap negara di dunia, dari Afghanistan ke Zimbabwe, dan memberi maklumat tentang reka bentuk, warna dan imej bersama banyak fakta yang luar biasa.

Selain bendera negara dunia, terdapat juga Bendera Simbol Kod Antarabangsa untuk berkomunikasi antara kapal-kapal di laut; terdapat juga bendera yang ada dalam sukan, seperti bendera Formula 1, ketika perlawanan bola sepak dan macam-macam lagi.

Ayuh ke kedai buku MPH serta kedai buku utama yang lain berdekatan anda untuk mendapatkan buku yang hebat ini!

Pengarang: Moira Butterfield

Penerbit: Lonely Planet

Harga: RM79.90

How Trains Work (Lonely Planet Kids) 1st Edition

Daripada yang terpantas hingga yang terpanjang, yang tertua ke yang terbaharu, merentasi terowong, jambatan dan gunung-ganang, semua ini dapat anda lihat melalui ilustasi daripada ilustrator James Gulliver Hancock.

Buku ini adalah kesinambungan daripada buku How Cities Work and How Airports Work. Buku ini berkonsepkan flap page dan membawa pembaca menerokai sejarah tentang pembangunan sistem keretapi, suasana stesen keretapi yang sibuk dan melihat gambaran keretapi wap yang menggunakan arang batu sehinggalah keretapi berkelajuan tinggi hampir 400 batu sejam yang terdapat di Jepun!

Segera dapatkan buku yang menarik ini di kedai buku MPH serta kedai buku utama yang lain berdekatan anda!

Pengarang: Clive Gifford Penerbit: Lonely Planet Harga: RM86.90

This article is from: