3 minute read

Jom Tanya Kaunselor

Next Article
Dunia Teknologi

Dunia Teknologi

Kaunselor Jom Tanya

Hi Kakak Kaunselor, saya mengalami masalah ketagih media sosial. Setiap hari saya akan melayarinya dan menghabiskan masa dalam talian. Bagaimana saya mahu mengurangkannya?

Faizal Hisyam Fahmi

Bermula cuti sekolah yang lepas, saya banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet sehingga saya tidak boleh berhenti melayarinya. Ibu selalu menasihati saya tetapi saya masih leka bermedia sosial. Apa perlu saya lakukan?

Siti Ameerah Azmi

Saya mempunyai ramai kawan baharu semenjak saya ada akaun media sosial. Saya seronok kerana kawan-kawan saya sentiasa ada bersama saya di alam maya walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan mereka. Adakah perbuatan saya ini salah?

Adibah Hanim Azlan

Selamat tahun baharu Kakak Kaunselor ucapkan kepada semua. Kakak doakan anda semua dalam keadaan yang baik dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

Pertanyaan yang diterima kali ini amat menggusarkan kakak kerana ia semakin menular di kalangan masyarakat kita terutama murid-murid sekolah rendah.

Masyarakat kita terlalu obses dengan media sosial dan ini bermakna dalam satu jam rakyat Malaysia akan sentiasa melihat telefon pintar mereka setiap 10 minit atau kurang. Begitu juga dengan anda sebagai murid sekolah yang telah memiliki telefon pintar sudahpun ketagih kepada Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya yang tidak memberi manfaat jika kita leka melayarinya secara berterusan.

Sebagai murid yang cemerlang, kita mestilah menjadi pengguna yang celik media. Memahami dan mengamalkan penggunaan media sosial pada had tertentu. Kita perlu kembali kepada keadaan normal dan lumrah kehidupan yang tahu membahagikan masa untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Nasihat Kakak Kaunselor kepada semua yang memiliki akaun media sosial, tidak salah untuk mendapatkan ramai kawan tetapi keselamatan diri perlu diutamakan. Jangan mudah terpedaya dengan bermacam-macam helah orang luar yang tidak kita kenali. Kita tidak tahu sama ada niat mereka untuk berkawan dengan kita itu baik atau sebaliknya.

Tidak semua maklumat dalam media sosial benar belaka. Kita perlu membuat keputusan setelah menimbang tara segala maklumat yang diperoleh dari segenap sudut.

Namun, yang penting adalah kesedaran bahawa di tahap manakah kita sebagai penagih media sosial. Kita sebagai pengguna media yang bijak mestilah cakna dan celik dalam mendisiplinkan diri sebagai pengguna yang berhemah. Jumpa lagi!

Aneh Tetapi Benar Selat Gibraltar: Pertemuan Antara Dua Lautan

Selat Gibraltar merupakan tempat terjadinya satu fenomena alam yang sangat menakjubkan. Di situ anda akan dapat melihat pertemuan antara dua lautan iaitu lautan Atlantik dan lautan Mediterranean.

Lautan Atlantik dan lautan Mediteranean mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada segi suhu air, kadar garam dan kepadatan air (density). Kerana ciri-ciri yang berbeza ini, warna air laut yang berbeza akan kelihatan ketika air daripada kedua-dua lautan ini bertemu. Air lautan Mediterranean kelihatan lebih pekat dan gelap berbanding air lautan Atlantik yang berwarna biru terang.

Apabila air mengalir keluar dari lautan Mediterranean, dua arus terbentuk di selat ini. Lapisan atas air lautan Atlantik mengalir ke arah

timur permukaan laut Mediterranean yang lebih masin, air laut Mediterannean yang mempunyai kepadatan yang lebih berat akan mengalir ke barat dan dikenali sebagai Mediterranean Outflow. Ketika aliran Mediterranean Outflow meninggalkan laut, ia mengalir mendadak di dasar laut, menghasilkan siri gelombang dalaman dan akan menghasilkan satu garisan pemisah antara dua lautan ini.

Terdapat banyak penjelasan saintifik mengenai Selat Gibraltar ini, fenomena tersebut kekal menjadi salah satu keajaiban alam ciptaan Tuhan yang hebat!

This article is from: