5 minute read
Terima Kasih Tuhanku
from Kuntum January 20
by thestar
Oleh: Kak Ziela
Aku Bukan Mangsa Pemerdagangan Manusia…
Pemerdagangan orang atau manusia. Ya, bunyinya amat menggerunkan. Apa tidaknya, kini bukan sahaja barangan yang boleh dijual beli, malah manusia juga tidak terkecuali. Pemerdagangan ini tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Di negara kita sendiri ia berlaku setiap hari, setiap ketika.
Tahukah anda, ada segelintir golongan wanita yang dibawa dari luar negara dan ‘dijual’ untuk mendapatkan wang melalui pelacuran. Kanak-kanak pula dijadikan ‘hamba’ untuk menjana pendapatan, contohnya dengan menjual barang. Bagi yang malang dan pendek umur pula, mereka diculik, dibunuh dan organ mereka dijual. Umur mereka? Ya, sebaya anda!
Lebih kasihan ada pula yang dijadikan alat untuk meminta sedekah di kaki-kaki lima, dijadikan buruh paksa, dan sebagainya. Apakah rakan-rakan anda ini terlalu papa hingga terpaksa meminta, atau bekerja, untuk mencari sesuap nasi? Mustahil! Pasti ada dalang di belakang mereka.
Nampaknya semakin maju dunia, semakin keliru manusia jadinya. Mereka yang tamak dengan rakus menjadikan ‘manusia’ pula sebagai barang jualan, atau medium untuk mencari keuntungan. Contoh di atas jelas menunjukkan bukan sahaja kaum lemah iaitu wanita dan kanak-kanak dijadikan ‘objek’ untuk mendatangkan hasil, bahkan kaum lelaki tidak terkecuali. Demi wang, manusia boleh mencampakkan nilainilai kemanusiaan ke dalam longkang. Yang penting, wang, wang, dan wang!
Cubalah anda amati artikel kali ini. Banyak berita telah disiarkan di akhbar mahupun liputan televisyen yang memaparkan kes pemerdagangan manusia ini kepada anda, dan betapa bersungguh-sungguh kerajaan kita berusaha mengatasinya. Syukurlah, anda bukan salah seorang daripada mereka... namun sekiranya anda terjumpa situasi sedemikian, bantulah mereka dengan menghubungi talian 15999 atau pihak polis! Sehingga berjumpa lagi, jaga diri anda baik-baik!
Kempen Kembali Ke Sekolah Bersama Faber-Castell
Faber-Castell Malaysia telah melancarkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’ tahun ini dengan bertemakan Castle Heroes, yang menampilkan watak Bernard dan Cassandra. Kedua-dua watak Castle Heroes ini memberikan inspirasi kepada kanak-kanak untuk lebih bersedia menghadapi cabaran dengan menggunakan imaginasi mereka.
Menurut Andrew Woon, Pengarah Urusan A.W Faber-Castell Malaysia Sdn Bhd, pilihan produk alat tulis yang tepat adalah faktor penting yang akan menyumbang kepada perkembangan otak anak-anak kecil dan meningkatkan kemahiran motor halus mereka.
Sempena pelancaran kempen Kembali ke Sekolah, empat set Castle Heroes diperkenalkan. Set-set tersebut merangkumi set keperluan sekolah yang lengkap untuk kegunaan di sekolah. Terdapat juga set-set promosi dan set hadiah yang ideal untuk dijadikan hadiah. Antaranya termasuklah produk-produk baharu berinovatif seperti Colour to Life (AR) dengan Connector Pens; My Colour Companion First Grasp Crayons dengan sebuah buku mewarna dan juga pensel Tri-Writing Colour Design berbentuk tiga segi yang menarik, yang amat sesuai untuk menulis dan melukis.
Acara pelancaran kempen Kembali ke Sekolah ini juga meraikan 24 orang kanak-kanak, berumur dalam lingkungan empat hingga 16 tahun dari Trinity Community Children’s Home dan diberi tajaan bekalan alat tulis selama setahun oleh Faber-Castell Malaysia sebagai memenuhi program tanggungjawab sosial korporat.
Faber-Castell Malaysia juga bekerjasama dengan KidZania untuk menawarkan diskaun istimewa bagi tiket masuk ke KidZania dengan pembelian pensel warna Slim-Flexi atau pensel warna Watercolour Faber-Castell.
Dengan setiap resit pembelian, anda layak membeli sehingga empat tiket dengan diskaun 40 peratus
dari 1 Januari hingga 31 Mac 2020.
Back to Schoolwithwith Castle Heroes
New Products & Promotion Pack Catalogue 2019 / 2020
TESTIMONIAL
Sambutan Hebat Terhadap Program
Program HP Little MakersFamily Edition yang telah dijalankan di enam lokasi terpilih menerima banyak respons yang baik terutamanya daripada ibu bapa dan para guru yang terlibat.
“Program ini membolehkan saya meluangkan Aktiviti dalam program ini membolehkan ibu “ masa bersama anak-anak dengan mengambil bahagian dalam aktiviti yang menarik serta bapa, guru dan anak-anak mempunyai peluang membuat, berfikir dan bermain untuk memenangi hadiah Cikgu Muhamad bersama. Ini menjadikan suasana persekitaran yang menyeronokkan untuk sesiapa yang terlibat. ” “ Program HP Little Makers yang berlangsung di sekolah saya adalah program ” Puan Norziati Mansor Ibu Peserta hebat daripada Kuntum dan HP Malaysia. Khairuddin Abdul yang sangat baik kerana ia Rahman memberikan peluang kepada Guru SK Bukit murid-murid untuk melakukan Rahman Putra aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan bersama Cikgu Nooraishah keluarga mereka. ” “ Saya suka menyertai program ini kerana dapat
“GPK (1) SK Bandar Baru Sentul Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa apabila mereka perlu turut serta bersama anak-anak mereka untuk meyiapkan cabaran yang diberi oleh pihak HP. Pada masa kini, ibu bapa tidak boleh ” bersama ibu, abah, abang dan adik saya kerana kami samasama membuat cabaran yang disediakan. Saya dan keluarga berjaya membuat kesemua cabaran dan saya dapat mengisi waktu hujung minggu bersama keluarga. Nur Zahra Sofiya hanya menyerahkan tanggungjawab Peserta mendidik anak-anak kepada guru di SK Taman Melati sekolah semata-mata. Oleh itu, program seperti patut diadakan dengan lebih kerap. ” Dr Danny Ghee Pengetua Acmar International School
Melabuhkan Tirai Dengan Jayanya
Setelah berlangsung dengan jayanya, program HP Little Makers- Family Edition di tiga lokasi iaitu di SK Bukit Rahman Putra, SK Bandar Baru Sentul dan SK Taman Melati. Tiga lokasi baharu yang terpilih kali ini ialah SK Saujana Utama, SK Subang Bestari 2 dan Sekolah Sri Acmar.
Sama seperti program yang berlangsung di tiga lokasi yang lepas, Program HP Little Makers-Family Edition melibatkan penyertaan para ibu bapa bersama anak-anak mereka untuk menyelesaikan empat cabaran yang melibatkan kraf iaitu Paper Plane Physics, Time Will Tell, Animal Kingdom dan Around Malaysia.
Lebih istimewa, kehadiran YB Tuan Shatiri Mansor selaku Ahli Dewan Negeri Selangor (Adun) Kota Damansara ke SK Subang Bestari 2 memeriahkan lagi bengkel kali ini. Beliau sempat meluangkan sedikit masa untuk melihat sendiri segala aktiviti dan cabaran-cabaran yang dilakukan oleh para peserta.
Pelbagai aksi dan ragam si kecil bersama keluarga yang dapat disaksikan sepanjang bengkel berlangsung. Ini kerana, setiap keluarga perlu bersamasama menyiapkan tugasan cabaran dan seterusnya mengambil gambar keluarga yang paling menarik serta memuat naik di media sosial mereka seperti di Facebook dan Instagram masing-masing dengan meletakkan tanda pagar #HPMY, #HPDeskJet, #ReinventLearning dan #HPLittleMakers.
Pemenang cabaran HP Little Makers-Family Edition bakal menerima barangan HP bernilai RM10,000 daripada HP Malaysia.