1 minute read

Dunia Teknologi

Dunia Teknologi

5 Tip Jimat Ruang Pada Gajet

Bagi yang menggunakan peranti atau gajet elektronik, pasti anda berdepan dengan masalah ruang memori alat elektronik yang sentiasa penuh.

Jika perkara ini berlaku, ia semestinya diakibatkan oleh pengurusan storan yang tidak sistematik. Jadi, cuba aplikasikan tiptip ini untuk lebih jimat serta meningkatkan produktiviti.

1Aplikasi- Aplikasi yang dimuat turun akan secara automatik disimpan di memori terbina di peranti anda. Ada beberapa peranti yang membenarkan anda untuk menyimpannya dalam kad SD. Selain itu, anda perlu lebih rajin untuk mengemas kini aplikasi mana yang telah dimuat turun tetapi tidak berguna, rosak dan versi percubaan. Jangan terasa rugi untuk terus membuangnya.

2Foto- Kini, terdapat pelbagai versi peranti dengan kamera yang memiliki mega piksel yang besar. Untuk kegunaan yang penting dan anda memang memerlukan foto yang beresolusi tinggi, cantik dan sebagainya tiada masalah. Tetapi, jika hanya sekadar untuk memuat turun di Facebook, anda perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan sedikit saiz bagi menjimatkan ruang dan memuatkan lebih banyak foto. 3 Data aplikasi- Sesetengah aplikasi menyimpan banyak failfail sementara dalam memori terbina pada peranti anda dan ia akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Datadata aplikasi ini selalunya tidak ditetapkan untuk pengurusan secara sistematik. Masalah ini tidak berlaku kepada aplikasi popular seperti Google Maps, Facebook dan sebagainya.

4E-mel- Ada beberapa versi peranti yang tidak memiliki kesesuaian untuk bekerja dengan e-mel yang terlalu banyak. Pengurusannya kurang sistematik mengakibatkan ia akan menyesakkan ruang dan memenuhkan memori sehingga memperlahankan peranti tanpa disedari. Ambil masa untuk melihat dan memadamkan mana yang sudah tidak berguna lagi.

5Video- Kebanyakan video yang diambil dengan peranti mudah alih kini sangat berkualiti sehingga beresolusi definisi tinggi (HD). Perkara ini perlu dititikberatkan oleh pengguna kerana saiz video sangat besar dan akan memakan banyak ruangan di storan anda. Rajin-rajinkan diri untuk memindahkan fail video yang dirakamkan bagi membolehkan storan anda boleh dimuatkan oleh data-data yang lain.

This article is from: