5 minute read

Lensa Filem: Peraduan Filem Spies in Disguise

Peraduan Filem SPIES IN DISGUISE

Sempena tayangan filem animasi Spies in Disguise lakonan suara Will Smith yang memegang watak sebagai Lance Sterling dan

Tom Holland sebagai Walter

Beckett, mari sertai peraduan filem Spies in Disguise dan menangi pelbagai hadiah. Jom padankan bayangbayang di bawah dengan watak yang terdapat di dalam filem ini.

DI PAWAGAM 25 DISEMBER

Peraduan Filem SPIES IN DISGUISE Cari bayang-bayang Walter Beckett yang sebenar!

Hadiah Istimewa Menanti Anda!

A

B

Jawapan:

C D

Nama: _________________________________________ Umur: ____________ Alamat: __________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Telefon: ________________________ E-mel: ___________________________

Terma & Syarat Peraduan:

(a)

Peraduan ini terbuka kepada semua kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun.

(b)

Peserta boleh menghantar seberapa banyak peraduan, asalkan menggunakan borang yang asli di dalam majalah, bukan salinan. Setiap pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

(c)

(d)

Keputusan para hakim adalah muktamad, sebarang rayuan tidak akan dilayan. Tarikh tutup peraduan ini 31 Januari 2020.

Hantarkan penyertaan anda ke alamat:

Peraduan Filem Spies in Disguise Majalah Kuntum, Menara Star, 15, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor.

M a j a l a h K u n t u m H a r i B e r t e m u P e l a n g g a n 2 0 1 9 C e r i a k a n P e n g u n j u n g K a r n i v a l

Pada tanggal 8 hingga 10 November lalu, bertempat di Dataran Putrajaya, kru Majalah Kuntum bersiap siaga untuk bertemu dengan para pengunjung bagi karnival Hari Bertemu Pelanggan, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Menariknya, booth Majalah Kuntum diletakkan bersama booth KWP yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung dewasa dan kanakkanak di kawasan Kids Area di situ. Gabungan aktiviti yang dijalankan antara kru KWP dan Majalah Kuntum khasnya untuk si kecil sentiasa dinantinantikan oleh para pengunjung. Ramai ibu bapa yang tidak melepaskan peluang untuk mendaftarkan anak-anak mereka dalam aktiviti yang disediakan bagi merebutkan hadiah istimewa oleh pihak penganjur. Slot aktiviti pada hari pembukaan iaitu Jumaat, 8 November dimulakan dengan Pertandingan Mewarna bersama anak-anak tadika Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Spelling Bee bersama Kuntum dan sesi taklimat serta aktiviti Aquaponik yang mengajar si kecil tentang kombinasi ternakan ikan dan tanaman. Pada hari kedua, Sabtu, 9 November, program dimulakan dengan sesi perkongsian santai Program Bandar Hijau bersama jenama Tupperware. Kemudian, diteruskan dengan pertandingan mewarna KWP yang terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun selain slot aktiviti Aquaponik. Slot bersama Majalah Kuntum pula bersambung dengan 3 aktiviti utama iaitu Spelling Bee, Origami & Craft serta Batik Painting. Kemunculan istimewa maskot Majalah Kuntum iaitu Pintar juga berjaya mencuit hati para pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergambar dengannya.

Pada hari terakhir, iaitu pada hari Ahad 10 November, dengan mengekalkan konsep aktiviti yang sama, program ternyata lebih ceria dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ternyata kehadiran YDPA memberikan satu kenangan manis dan kemeriahan berganda buat para pengunjung yang hadir.

Tuanku tiba kira-kira pukul 9.00 pagi dan disambut meriah oleh semua pengunjung yang sudah berkumpul sejak pukul 8.00 pagi lagi. Sepanjang karnival 3 hari tersebut, pelbagai aktiviti seperti gerai makanan, bazar dan pameran disediakan. Malah terdapat juga kelibat artis-artis popular seperti Maya Karin yang turut hadir di booth KWP yang menghangatkan suasana sepanjang karnival berlangsung. Kehadiran Maya Karin ini adalah sebagai tanda sokongan beliau atas pelantikan sebagai duta ikon River of Life (ROL), KWP.

Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Mempamerkan Bakat Di ‘One-Two-Star’

Selangor Dredging Berhad (SDB), dengan kerjasama Milestone Productions, barubaru ini menganjurkan Pertunjukan Bakat ‘One-Two-Star’ di Hotel Maya Kuala Lumpur. Pertunjukan bakat ini disertai oleh kanakkanak berkeperluan khas.

Pada malam tersebut, kanak-kanak istimewa ini menyanyikan lagu-lagu yang diilhamkan daripada filem-filem terkenal. Objektif pertunjukan bakat adalah untuk terus membina keyakinan kanak-kanak ini sambil mempamerkan kebolehan muzik mereka yang unik dan jarang sekali dapat dilihat.

Ia juga menjadi sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) SDB selepas kejayaan ‘One-Two-Juice’ (kelas membuat jus), ‘One-Two-Wash’ (inisiatif

mencuci kereta), ‘One-Two-Gift’ (program pembuatan sabun) yang dijayakan oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini...

Para peserta berumur daripada 10 hingga 22 tahun, dengan setiap individu pernah menjalani terapi muzik dan pelajaran yang melibatkan nyanyian, dan bermain alat muzik seperti piano, biola dan gendang.

Kemudian, semua 14 peserta berkumpul untuk menyanyikan persembahan finale “We Will Rock You” dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang terdiri daripada ahli keluarga, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

Seni D aripada Barangan Terbuang dan T erpakai

Pertandingan Recycle dan Reuse) sebagai langkah paling ‘Waste to Art’ penting dan berkesan untuk menguruskan 2019 anjuran sisa pepejal secara mampan serta Kementerian merealisasikan sasaran kitar semula Perumahan dan negara pada tahun 2020. Kerajaan Tempatan Sebanyak 262 penyertaan telah diterima (KPKT) melalui dipilih berdasarkan tiga kategoriutama iaitu Perbadanan 2 Dimensi, 3 Dimensi dan Media Baharu Pengurusan Sisa (Seni Digital) yang memperuntukan Pepejal dan RM30,600 sebagai hadiah wang tunai Pembersihan kepada para pemenang mengikut Awam (SWCorp) kategori masing-masing. telah berlangsung Majlis penyampaian hadiah telah dengan jayanya disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, dan merupakan SWCorp Malaysia, Ismail Mokhtar di satu platform Gateway@Klia2, Sepang. Hasil karya-karya kepada penggiat ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada seni dalam masyarakat mencari peluang penghasilan menghasilkan karya berasaskan barangan produk daripada barangan kitar semula terbuang dan terpakai. dan terbuang sebagai sumber

Pertandingan ini bertujuan untuk pendapatan. membudayakan amalan 3R (Reduce,

Ikuti langkah demi langkah:-

1) Lipat kertas dan buat garis lipatan seperti gambar di bawah ini.

Sempena menyambut kemeriahan Tahun Baru Cina dengan hidangan Roti Massimo, ayuh kita sambut tahun tikus ini dengan membuat origami haiwan tersebut... Apa tunggu lagi!

2) Untuk bahagian telinga tikus. Ikut gambar yang diberikan.

3) Lipat silang ke belakang. 4) Lipat hujung kertas ke belakang. 5) Lipat kedua-dua sudut ke belakang. 6) Lipatkan kertas kepada separuh. 7) Bentukkan menjadi telinga. 8) Buka lipatan untuk bentuk menjadi telinga di kedua-dua bahagian.

9) Akhir sekali, lipat untuk membuat bahagian ekornya.

10) Origami siap.

This article is from: