2 minute read

Citra Peribahasa: Seikat Bagai

Next Article
Dunia Buku

Dunia Buku

Oleh: Cikgu Ummi

Seikat Bagai Sirih, Serumpun Bagai Serai

Pak Saad memandang ke arah langit. Awan tebal mula kelihatan menandakan hujan akan turun. Hatinya mula risau. Hujan lebat yang membasahi bumi hampir setiap hari menandakan ketibaan musim tengkujuh. Seperti tahun sebelumnya, hujan lebat seperti ini akan menyebabkan terjadinya banjir di Kampung Sungai Kerang.

Sebagai ketua kampung, Pak Saad menggalas tanggungjawab yang amat berat. Dia tidak mahu kejadian yang dihadapi penduduk kampung pada tahun lepas berulang lagi. Ketika itu, beberapa buah rumah telah ditenggelami air dalam masa yang amat singkat. Ramai penduduk yang terperangkap di dalam rumah sehingga kehabisan makanan sementara menunggu bantuan sampai. Anak-anak kecil juga ramai yang jatuh sakit.

Tahun ini, Pak Saad nekad. Dia mahu memastikan semua penduduk kampung bersedia menghadapi banjir. Satu taklimat keselamatan menghadapi banjir segera diadakan. Semua penduduk kampung berkumpul di balai raya. Pak Saad gembira melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung.

Taklimat tersebut disertai oleh wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam taklimat tersebut, penduduk kampung telah diberi tunjuk ajar mengenai persediaan menghadapi banjir, keselamatan ketika banjir dan penjagaan kesihatan semasa banjir. Pak Saad amat berharap semua penduduk kampung lebih bersedia menghadapi musim tengkujuh kali ini.

Beberapa hari kemudian, paras air sungai semakin meningkat naik. Hujan lebat turun tanpa henti sejak beberapa hari yang lalu. Penduduk kampung kini bersedia menghadapi banjir. Mereka menggunakan segala ilmu yang dipelajari ketika taklimat dahulu. Penduduk kampung saling bantu-membantu dalam persediaan menghadapi banjir. Siren kecemasan dibunyikan menandakan air sungai sudah melimpah keluar. Penduduk kampung segera menyelamatkan ahli keluarga masing-masing. Anggota bomba dan angkatan pertahanan awam juga telah bersedia untuk membantu memindahkan penduduk kampung ke pusat pemindahan sementara. Semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dengan kerjasama semua pihak. Mereka masak secara bergotongSeikat royong di pusat tersebut. Kesihatan mereka juga bagai sirih, diberi perhatian dengan adanya pegawai serumpun bagai perubatan yang memberikan perkhidmatan serai pemeriksaan kesihatan di pusat pemindahan. Kini,

Maksud: Sentiasa mereka semua bagai ‘Seikat bagai sirih, serumpun bersatu padu dalam bagai serai’. Pak Saad mengucapkan terima kasih setiap perkara dan kepada semua pihak yang telah membantu penduduk keadaan. kampung menghadapi banjir. Dia berharap mereka terus bekerjasama di masa akan datang.

Berdasarkan cerita, jawab soalan-soalan di bawah.

1.

Siapakah Ketua Kampung Sungai Kerang?

2. (1 markah)

Apakah kejadian yang menimpa penduduk Kampung Sungai Kerang pada tahun lepas?

3. (2 markah)

Siren kecemasan dibunyikan menandakan

(1 markah)

menyelamatkan

(iii)

menghadapi

(ii)

(alasan lain yang bersesuaian diterima) banjir. boleh menyebabkan aliran sungai tersekat seterusnya menyebabkan Pada pendapat saya, pembuangan sampah ke dalam sungai air sungai sudah melimpah keluar.

5.

4. 3. 4. 5.

Pada pendapat kamu, apakah faktor lain

yang boleh menyebabkan banjir? Mengapa?

(3 markah)

Garis imbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di bawah. (i) Ramai penduduk yang terperangkap di dalam rumah sehingga kehabisan makanan. (ii) Penduduk kampung kini bersedia menghadapi banjir. (iii) Penduduk kampung segera menyelamatkan ahli keluarga masing-masing.

(1 markah)

ramai yang jatuh sakit. sementara menunggu bantuan sampai dan anak-anak kecil juga yang terperangkap di dalam rumah sehingga kehabisan makanan Peristiwa yang berlaku pada tahun lepas adalah ramai penduduk 2. Ketua Kampung Sungai Kerang ialah Pak Samad. 1.

JAWAPAN

This article is from: