Jom Tanya
Dunia Pintar
Kaunselor
Hi Kakak Kaunselor, saya mengalami masalah ketagih media sosial. Setiap hari saya akan melayarinya dan menghabiskan masa dalam talian. Bagaimana saya mahu mengurangkannya? Faizal Hisyam Fahmi Bermula cuti sekolah yang lepas, saya banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet sehingga saya tidak boleh berhenti melayarinya. Ibu selalu menasihati saya tetapi saya masih leka bermedia sosial. Apa perlu saya lakukan? Siti Ameerah Azmi Saya mempunyai ramai kawan baharu semenjak saya ada akaun media sosial. Saya seronok kerana kawan-kawan saya sentiasa ada bersama saya di alam maya walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan mereka. Adakah perbuatan saya ini salah? Adibah Hanim Azlan
Namun, yang penting adalah kesedaran bahawa di tahap manakah kita sebagai penagih media sosial. Kita sebagai pengguna media yang bijak mestilah cakna dan celik dalam mendisiplinkan diri sebagai pengguna yang berhemah. Jumpa lagi! ISI 1
67
202
0
ED
Selamat tahun baharu Kakak Kaunselor ucapkan kepada semua. Kakak doakan anda semua dalam keadaan yang baik dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini. Pertanyaan yang diterima kali ini amat menggusarkan kakak kerana ia semakin menular di kalangan masyarakat kita terutama murid-murid sekolah rendah. Masyarakat kita terlalu obses dengan media sosial dan ini bermakna dalam satu jam rakyat Malaysia akan sentiasa melihat telefon pintar mereka setiap 10 minit atau kurang. Begitu juga dengan anda sebagai murid sekolah yang telah memiliki telefon pintar sudahpun ketagih kepada Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya yang tidak memberi manfaat jika kita leka melayarinya secara berterusan. Sebagai murid yang cemerlang, kita mestilah menjadi pengguna yang celik media. Memahami dan mengamalkan penggunaan media sosial pada had tertentu. Kita perlu kembali kepada keadaan normal dan lumrah kehidupan yang tahu membahagikan masa untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Nasihat Kakak Kaunselor kepada semua yang memiliki akaun media sosial, tidak salah untuk mendapatkan ramai kawan tetapi keselamatan diri perlu diutamakan. Jangan mudah terpedaya dengan bermacam-macam helah orang luar yang tidak kita kenali. Kita tidak tahu sama ada niat mereka untuk berkawan dengan kita itu baik atau sebaliknya. Tidak semua maklumat dalam media sosial benar belaka. Kita perlu membuat keputusan setelah menimbang tara segala maklumat yang diperoleh dari segenap sudut.