2 minute read

Komik Kuntum

Next Article
Dunia Buku

Dunia Buku

Fokus Utama

Semarak Tahun Baharu Dengan Penuh Keazaman...

Hari silih berganti, bulan juga berganti, kita kini membuka satu lembaran baharu. Ya, tahun 2020 telah membuka tirainya. Tahun baharu dan tentunya selalu disertai harapan yang baru dengan semangat yang baru. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, pejam celik kita sudah pun melangkah ke tahun baharu 2020. Sukar rasanya untuk percaya bahawa kita telah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang 365 hari yang lalu. Rasanya seperti baru sahaja kita menanam azam baharu pada permulaan tahun lepas, tapi, itulah hakikatnya dan sekarang kita berazam lagi…

Tahun baharu adalah masa untuk permulaan baharu. Ia adalah satu peluang untuk merenung ke belakang dan menilai pencapaian serta kegagalan kita.

Apabila sebut sahaja ‘tahun baharu’ semua orang pasti teringat akan ‘azam baharu’, sedangkan ada kalanya azam yang lama masih belum tercapai lagi. Kita berasa terkedu seketika apabila masa terlalu pantas berlalu dan kita dikejutkan dengan kedatangan tahun baharu pula, lalu kita pun terus berazam lagi...

Apa pun, tahun 2019 telah meninggalkan kita. Jangan diratapi atau disesali lagi kerana yang berlalu tidak akan kembali. Kini kita mula melangkah masuk ke tahun 2020, bererti kita memulakan diari kehidupan yang baharu berbekalkan semangat, azam dan tekad yang baharu. Buangkan jauh-jauh segala yang tidak elok, dan persiapkan diri untuk mencapai azam tahun ini pula.

Kuatkan Semangat Mendepani Segala Cabaran

Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa dan anjakan paradigma kehidupan. Terokailah keseronokan tahun baharu yang mendatang ini dengan penuh semangat dan keazaman.

Namun, dalam kita bersaing dan meneruskan kehidupan, setiap manusia akan menghadapi kesukaran dan cabaran hidup tertentu tanpa mengira latar belakang dirinya. Mustahil bagi seorang manusia untuk tidak menghadapi ujian dalam hidupnya walaupun sekali.

Hidup ini penuh dengan cabaran. Ada cabaran berbentuk kesukaran dan ada cabaran berbentuk kesenangan. Setiap cabaran itu datang dalam bentuk pelbagai cara helahnya. Apatah lagi kita hidup dalam kalangan manusia, yang penuh dengan persepsi masing-masing. Mempunyai hati masing-masing. Kadangkala pandangan yang berbeza membuatkan mereka tidak bersama kita dalam membantu untuk mengeluarkan diri daripada cabarancabaran ini. Bahkan, ada yang menolak kita untuk jatuh. Hidup ini penuh dengan cabaran, dan ramai mengharap bahawa orang lain akan merasa kasihan. Tetapi sesungguhnya tiada yang merasa belas kepada diri kita, tiada yang benar-benar mampu membantu diri kita, melainkan diri kita sendiri.

Hidup ini penuh dengan cabaran, dan hidup akan terus berjalan. Memang hidup penuh dengan cabaran, tetapi bukan semua perkara di dalam kehidupan adalah kepahitan. Wujud di celah-celah cabaran itu kebahagiaan, kemanisan, keindahan. Insan yang meluaskan pandangan akan lebih menghargainya. Teruskan perjuanganmu dan terus berjalan lurus ke hadapan. Selamat tahun baharu!

This article is from: