Kuntum January 20

Page 6

Nak Tahu? Tanya... Fokus Utama

Semarak Tahun Baharu Dengan Penuh Keazaman...

H

ISI 1

4

202

0

ED

ari silih berganti, bulan juga berganti, kita kini membuka satu lembaran baharu. Ya, tahun 2020 telah membuka tirainya. Tahun baharu dan tentunya selalu disertai harapan yang baru dengan semangat yang baru. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, pejam celik kita sudah pun melangkah ke tahun baharu 2020. Sukar rasanya untuk percaya bahawa kita telah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang 365 hari yang lalu. Rasanya seperti baru sahaja kita menanam azam baharu pada permulaan tahun lepas, tapi, itulah hakikatnya dan sekarang kita berazam lagi‌ Tahun baharu adalah masa untuk permulaan baharu. Ia adalah satu peluang untuk merenung ke belakang dan menilai pencapaian serta kegagalan kita. Apabila sebut sahaja ‘tahun baharu’ semua orang pasti teringat akan ‘azam baharu’, sedangkan ada kalanya azam yang lama masih belum tercapai lagi. Kita berasa terkedu seketika

apabila masa terlalu pantas berlalu dan kita dikejutkan dengan kedatangan tahun baharu pula, lalu kita pun terus berazam lagi... Apa pun, tahun 2019 telah meninggalkan kita. Jangan diratapi atau disesali lagi kerana yang berlalu tidak akan kembali. Kini kita mula melangkah masuk ke tahun 2020, bererti kita memulakan diari kehidupan yang baharu berbekalkan semangat, azam dan tekad yang baharu. Buangkan jauh-jauh segala yang tidak elok, dan persiapkan diri untuk mencapai azam tahun ini pula.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.