Kuntum January 20

Page 1

EDISI 1/2020

Majalah Kanak-Kanak Sejak 1980 Dibawa Khas Oleh

Semarak Tahun Baharu Dengan Penuh Keazaman... Tunggulah saya, Pintar!

Cepatlah, saya tidak sabar hendak ke sekolah ni!

RM3.00

RM3.50

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad Taja Langganan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik!

00120

SEMENANJUNG SABAH & SARAWAK

9

771511

Majalah Kuntum

011076

majalah_kuntum

Kuntum Star

JILID 41 ● PP 18625/10/2014 (034052) ● ISS NO 127


Tonton animasi kami di YOUTube...

‘LIKe’ SERTA ‘follow’ kami di Facebook dan instagram!

Sila imbas QR untuk maklumat lebih lanjut

majalah kuntum


Kandungan Nak Tahu? Tanya... 2 4

6

Komik Kuntum Fokus Utama: Semarak Tahun Baharu Dengan Penuh Keazaman... Tahukah Anda?

Jom Belajar 8 13 14 15 16 20

Alam Ria English Is Fun Science Is Simple Maths Is Easy Jom Belajar Bahasa Mandarin Resipi Bulan Ini

Lawatan Kuntum 21

Album Sekolah

Skor A 30 32 34 36 38 39

Bahasa Melayu Matematik Sains English Jawapan UPSR Tip Pelajar Hebat

Nilai Kita 41 42 44 46 48 52

Molek Itu Budi Ragam Pelajar Citra Peribahasa: Seikat Bagai Sirih, Serumpun Bagai Serai Cerita Teladan: Nasib Malang Sang Arnab… Terima Kasih Tuhanku Karya Anda

Let’s Speak English 54 56 57

Tell Us A Story Kids Health: Your Anatomy Fairy Tales & Folk Tales: 1,001 Ways To Save Your Life

Ruangan Interaktif 58 60 61

Lakar dan Warna Cita-citaku Lensa Filem: Peraduan Filem Spies in Disguise

Dunia Pintar 66 67 69 70 71

Dunia Teknologi Jom Tanya Kaunselor Dunia Buku Kelab Sains Pintar Sukan

Editor Norlia Jaafar

Penghias Kata Editor T

ahun 2020 merupakan tahun bertuah buat kami dan juga negara tercinta, Malaysia. Sebab apa ye? Pada tahun ini Majalah Kuntum telah mencapai ulang tahun ke-40 sejak penerbitan yang pertama pada tahun 1980. Manakala Malaysia pula, Kuala Lumpur melakar sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Sungguh bertuahnya kita generasi yang masih ada pada masa ini kerana sama-sama meraikan kejayaan besar yang mana akan menjadi sejarah kepada generasi akan datang bahawa kitalah masyarakat membaca dan mampu sampai ke tahap ini. KL Baca! Menyantuni masyarakat melalui pembacaan. Ya, itulah slogan untuk kita memartabatkan budaya membaca dalam kehidupan kerana saya suka dengan kata-kata ini, ‘bangsa membaca adalah bangsa berjaya’. Semoga kita sama-sama peroleh ilmu yang berguna dan bacalah untuk masa depan yang gemilang! Salam Hormat!

Wartawan Siti Aishah Shah Bani Nor Zubidah Mustafa

Grafik Ketua Reka Bentuk Rizalman Misran

Pereka Bentuk

Al Zafran Hasan Mohd Khairul Muhamad

Kandungan Kreatif & Digital Pengurus Kanan Reka Bentuk Tung Eng Hwa

Ketua Reka Bentuk Nor Shalina Abdul Samad

Pengedaran & Cetakan Pengurus Besar Kanan

Mohamed Hassan Mohamed Ali hassan@thestar.com.my

Unit Pengedaran Pengurus

Yap Wan Ying

wanying.yap@thestar.com.my

Penolong Pengurus Andrew Lim

andrewlim@thestar.com.my

Penolong Pengurus Projek Khas Loo Bee Ling

elaineloo@thestar.com.my

Eksekutif

Sharifah Thuraizah sthuraizah@thestar.com.my

Unit Perolehan Ketua Pegawai Perolehan Lydia Wang

lydia@thestar.com.my

Timbalan Pengurus Besar KC Tan

kchoo@thestar.com.my

Norlia Jaafar

Pengurus

Lina Diyana Hedzier

lina.hedzier@thestar.com.my

Jualan Pengiklanan Vaijantimalah K

BAS SEKOLAH

vaijan@thestar.com.my

03-7966 8238

Unit Cetakan Eksekutif Kanan Pengurusan Sokongan KUNTUM diterbitkan oleh Star Media Group Berhad (10894-D) Menara Star, 15 Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya. E-mail: kuntum@thestar.com.my, Telefon: 03-7967 1388, Faks: 03-7955 4039, dan dicetak oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. © Star Media Group Berhad (10894-D). Semua hak adalah terpelihara. Sebarang bahagian daripada majalah ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa bentuk pun atau apa cara pun, termasuk memfotonya semula dan merekodkannya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

Khairul Nizam Ya’akub

Jurugambar Unit Foto Star Sebarang pertanyaan tentang langganan, sila hubungi: Circulation Section, Tel: 03-7967 1777 atau 03-7967 1703 atau E-mel: customerservice@thestar.com.my Talian bebas tol:

1-300-88-7827


Komik Pintar & Comel TAHUN BAHARU 2020 TELAH TIBA, SESI PERSEKOLAHAN PUN TELAH BERMULA...

tit!!

titit!!

Fuh, masa untuk bangun dan bersiap pergi ke sekolah!

tap!

titit!!

BAS SE

Tidak sabar hendak berjumpa para guru dan kawankawan! Pintar, Comel cepat sedikit, sarapan dah sedia!

Wow, nampak ceria kamu berdua..

Mestilah, tidak sabar hendak ke sekolah.

Baik, ibu... sekejap lagi!

Kami pergi dahulu, ibu..

Rindu dengan kawankawan!

BAS SEKOLAH

PON!

PON!

Khabar baik, lama tak jumpa!

ISI 1

2

202

0

ED

Apa khabar semua?

BAS SEKOLAH


Tengok, cikgu Jaafar dah menunggu...

J A A FA R

Rindulah tu...

EKOLAH

Selamat pagi cikgu!!! sepuluh minit kemudian...

Selamat pagi! Cepat masuk, perhimpunan sudah hendak bermula!

Eh, siapa pula tu?

JACKIE

cikgu jaafar!

Maaf, cikgu. Saya terlambat bangun!

Kali ini saya maafkan, kalau tidak, rotan ni sudah singgah di punggung kamu tadi!

ISI 1

3

202

0

Cari cikgu Jaafarlah, mana pula dia pergi. Tadi ada di situ?

hah!?

Rumah kamu dekat, tapi lambat datang ke sekolah!

ED

ADDY tidak menyedari kehadiran cikgu jaafar di belakangnya.

Hmm... kamu cari siapa, Addy?


Nak Tahu? Tanya... Fokus Utama

Semarak Tahun Baharu Dengan Penuh Keazaman...

H

ISI 1

4

202

0

ED

ari silih berganti, bulan juga berganti, kita kini membuka satu lembaran baharu. Ya, tahun 2020 telah membuka tirainya. Tahun baharu dan tentunya selalu disertai harapan yang baru dengan semangat yang baru. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, pejam celik kita sudah pun melangkah ke tahun baharu 2020. Sukar rasanya untuk percaya bahawa kita telah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang 365 hari yang lalu. Rasanya seperti baru sahaja kita menanam azam baharu pada permulaan tahun lepas, tapi, itulah hakikatnya dan sekarang kita berazam lagi‌ Tahun baharu adalah masa untuk permulaan baharu. Ia adalah satu peluang untuk merenung ke belakang dan menilai pencapaian serta kegagalan kita. Apabila sebut sahaja ‘tahun baharu’ semua orang pasti teringat akan ‘azam baharu’, sedangkan ada kalanya azam yang lama masih belum tercapai lagi. Kita berasa terkedu seketika

apabila masa terlalu pantas berlalu dan kita dikejutkan dengan kedatangan tahun baharu pula, lalu kita pun terus berazam lagi... Apa pun, tahun 2019 telah meninggalkan kita. Jangan diratapi atau disesali lagi kerana yang berlalu tidak akan kembali. Kini kita mula melangkah masuk ke tahun 2020, bererti kita memulakan diari kehidupan yang baharu berbekalkan semangat, azam dan tekad yang baharu. Buangkan jauh-jauh segala yang tidak elok, dan persiapkan diri untuk mencapai azam tahun ini pula.


Nak Tahu? Tanya...

Kuatkan Semangat Mendepani Segala Cabaran

ISI 1

5

202

0

ED

Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa dan anjakan paradigma kehidupan. Terokailah keseronokan tahun baharu yang mendatang ini dengan penuh semangat dan keazaman. Namun, dalam kita bersaing dan meneruskan kehidupan, setiap manusia akan menghadapi kesukaran dan cabaran hidup tertentu tanpa mengira latar belakang dirinya. Mustahil bagi seorang manusia untuk tidak menghadapi ujian dalam hidupnya walaupun sekali.

Hidup ini penuh dengan cabaran. Ada cabaran berbentuk kesukaran dan ada cabaran berbentuk kesenangan. Setiap cabaran itu datang dalam bentuk pelbagai cara helahnya. Apatah lagi kita hidup dalam kalangan manusia, yang penuh dengan persepsi masing-masing. Mempunyai hati masing-masing. Kadangkala pandangan yang berbeza membuatkan mereka tidak bersama kita dalam membantu untuk mengeluarkan diri daripada cabarancabaran ini. Bahkan, ada yang menolak kita untuk jatuh. Hidup ini penuh dengan cabaran, dan ramai mengharap bahawa orang lain akan merasa kasihan. Tetapi sesungguhnya tiada yang merasa belas kepada diri kita, tiada yang benar-benar mampu membantu diri kita, melainkan diri kita sendiri. Hidup ini penuh dengan cabaran, dan hidup akan terus berjalan. Memang hidup penuh dengan cabaran, tetapi bukan semua perkara di dalam kehidupan adalah kepahitan. Wujud di celah-celah cabaran itu kebahagiaan, kemanisan, keindahan. Insan yang meluaskan pandangan akan lebih menghargainya. Teruskan perjuanganmu dan terus berjalan lurus ke hadapan. Selamat tahun baharu!


Nak Tahu? Tanya... Tahukah Anda?

Azam Baharu, Azam Lama? T

entunya apabila menyambut tahun baharu, perkara yang sering diberi perhatian tentunya apa azam untuk tahun 2020 ini. Ada yang akan senaraikan azam yang panjang untuk dicapai tahun ini. Apa-apa pun, jangan hanya tumpu azam yang baharu, jika ada azam lama yang belum dicapai, teruskan dan jangan biarkan ia berlalu begitu saja.

Inilah Masanya Berani Untuk Berubah Orang yang positif dan berjaya tidak sama sekalipun menggelarkan kata azam tahun baharu sebagai azam kerana mereka lebih menyukai dan menukar perkataan itu sebagai satu matlamat yang perlu dicapai dalam tahun tersebut. Matlamat yang ditetapkan akan dihuraikan dengan lebih spesifik dan memenuhi format SMART iaitu:

M

A

R

T

Specific

Measurable

Achievable

Realistic

Timely

Matlamat yang jelas dan lebih spesifik. Contohnya aku mahu 6A dalam UPSR.

Matlamat yang boleh diukur tahap pencapaiannya.

Matlamat yang boleh dicapai.

Matlamat yang realistik dan bukan satu angan-angan kosong.

Matlamat yang boleh dicapai dengan waktu yang munasabah.

ISI 1

6

202

0

ED

S


Nak Tahu? Tanya...

Tahun Baharu Perlu Urus Masa Dengan Baik Masa adalah emas bagi orang berjaya dan mahu mengecapi kecemerlangan. Setiap detik itu berharga dan ada menyamakan ia dengan nilai wang. Maka, penting bagi anda untuk menguruskan masa 24 jam sehari agar hebat dalam pelajaran dan kehidupan. Disebabkan itu juga, perkataan ‘produktif’ sangat sinonim dengan orang berjaya yang mana setiap waktu diletakkan had-had tertentu untuk aktiviti-aktiviti yang dilakukan agar masa tidak terbazir begitu sahaja.

5 Jenis Azam Popular Setiap Kali Tahun Baharu Seperti lazimnya menjelang tahun baharu, setiap individu terutamanya bagi seorang pelajar, mereka akan menanam azam dalam diri mereka. Ramai yang mula memikirkan apa yang bakal dilakukan pada tahun baharu dan tidak kurang juga yang terus berusaha merealisasikan azam tahun lalu yang masih belum tercapai. Jika difikirkan, azam atau matlamat tidak semestinya hanya diterbitkan dalam setiap orang pada tahun baharu sahaja. Ia sepatutnya dilakukan setiap hari. Ini antara azam-azam yang seringkali anda dengar dan boleh jadi adalah azam anda sendiri saban tahun.

Ingin catat kehadiran penuh ke sekolah- Sematkan matlamat ini tika anda memulakan sesi persekolahan tahun baharu ini, jagalah kesihatan anda agar tidak mudah jatuh sakit dan jauhkan sifat malas untuk hadir ke sekolah, pasti anda mampu mengecapinya. Ingin menjadi salah seorang atlet sekolah- Jangan biarkan ia hanya menjadi angan-angan sahaja, buktikan kemampuan sebenar diri anda dan pilihlah sukan yang sesuai dengan kemampuan anda. Mungkin ibu bapa atau guru-guru boleh membantu dalam meningkatkan minat anda dalam aktiviti bersukan. Ingin menyimpan wang lebih banyak- Sifat boros adalah sifat yang perlu dihindari. Alangkah ruginya anda jika anda membazirkan duit berian ibu bapa untuk perkara yang tidak berfaedah. Suburkan tabiat suka menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

pem-

Ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaanYa, sentiasa katakan pada diri anda, anda mampu lakukannya. Gunakan masa dengan perbanyakkan membuat ulang kaji dan latihan jika mahu terus cemerlang dalam pelajaran. Jangan leka dengan bermain sahaja! ISI 1

7

202

0

ED

1 2 3 4 5

Ingin kurangkan berat badan- Ini adalah impian setiap orang, untuk mencapai matlamat ini, mulakan tahun baharu anda dengan amalan pemakanan yang sihat serta lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jangan malas-malas ya... Hasil kajian yang diterbitkan oleh laman portal time.com/money turut mendapati orang ramai ingin mengamalkan gaya hidup sihat dan kurangkan berat badan.


Jom Belajar Alam Ria

Bunga Oh Bunga! Cuba cari nama bunga dalam kotak-kotak di bawah ini. Mudah sahaja!

M

R

R

Q

N

V

W

A

A

O

R

K

I

D

S

Y

S

N

S

K

U

T

A

N

J

U

N

G

8

202

0

ED

Jawapan: Ros, Orkid, Tanjung & Raya ISI 1


UHU

: e u l B c i g a M Stick

g n a l i H u r i B a n r a W t Liha Beberapa Saat Dalam

Dengan formula warna ng e m nghila ju ak bkan yang men h UHU, ole dihasilkan pat dilihat semasa a d pa saat. n a u iru-bir sa bebera b a e k m tepat n m a s la e a k gan lebih n ilang d e h d n t a a k u a isual. tapi ia gam dib anduan v p i a sapuan te bolehkan sapuan g a b e ts i mem pastinya n tersebu nak yang Formula in ya kesan kebirua a k k a n a arna kk dan esuai untu t sapuan gam berw tuk dengan a s t a m a i n Produk in m meliha unakan u kan kagu boleh dig e lu B ic mereka a g a d, foto, hilang. M as, kadbo anyak biru meng Terse rt e k n a tk dia l dan b meleka ti s d k te a l, lam b e , lab kan e 8.2 g styrofoam k yang mengguna denga rat u rut la e n p s lagi. Prod a b am be RM4.7 harga la jadi u m formula g e s n a 8% bah dan 2 0 ir serta dengan 9 1 dengan a i c u d ic d e h h ngan g an ole k a ini muda n u h ig arga d ntuk R selamat u . M k a n a 8 k .90 kanak

UHU - glues anything, anytime.

www.uhu.com


Jom Belajar Alam Ria

Fakta Menarik

Nutripot: Tanaman Tanpa Tanah

10

202

Sumber: Pusat Sains Negara

ISI 1

0

ED

Apabila duduk di bandarbandar besar seperti di Kuala Lumpur, maklum sahajalah, tanah untuk bercucuk tanam pun sukar untuk dijumpai, lebih-lebih lagi jika duduk di kondominium dan pangsapuri. Kalau di kampung, tanam sahaja apa yang dihajatkan. Tetapi jangan bimbang, penduduk di bandar kini sebenarnya boleh bercucuk tanam, walaupun kediaman anda berada di tingkat paling atas di kondominium, mahupun pangsapuri. Yang penting, jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Baru-baru ini, Jabatan Pertanian singgah di Pusat Sains Negara untuk menerangkan tentang penanaman dan penjagaan tanaman sayuran menggunakan teknologi Nutrien Film Technique (NFT). Teknologi NFT ini sebenarnya teknik nutripot tanpa melibatkan sebarang penggunaan tanah. Menarik, bukan! Sebagai ganti kepada tanah, sabut kelapa digunakan sebagai medium tanaman, selain daripada baja dan air sekaligus dapat mengurangkan penggunaan tanah yang kadang kala memberikan kerumitan kepada mereka yang tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk bercucuk tanam. Lebih menarik, tanaman yang menggunakan teknik ini, tidak memerlukan penjagaan serta pemantauan yang khusus seperti tanaman yang menggunakan teknik biasa.


S

usu Goodday Charge tampil dengan pek baharu yang lebih menarik dan atas permintaan ramai, kini dalam bentuk tin. Minuman dalam tin ia memberi rasa sensasi dingin yang membuat rasa coklat lebih enak dan menyegarkan. Tahukah anda susu coklat mempunyai rasa yang hebat? Ya, Susu Goodday Charge memberikan anda rasa susu coklat yang lazat dalam setiap minuman yang pastinya membuatkan anda

RASA

lebih bersemangat memulakan hari anda setiap hari. Terdapat banyak manfaat dalam susu coklat ini dan antaranya ialah menguatkan tulang agar kita kekal sihat dan bertenaga serta menggalakkan tumbesaran tubuh badan yang baik. Susu Coklat UHT Goodday Charge dengan MultiPRO™ ini diperkaya dengan 10 nutrien yang bermanfaat seperti Kalsium, Protein, Vitamin A, Vitamin D, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Iodin dan Niasin. Kandungan Niasin dalam susu ini membantu badan dalam membekalkan tenaga dengan lebih cepat. Jom kekal bertenaga dan tentunya sebagai seorang pelajar yang aktif dan sihat, susu adalah minuman penting yang perlu diminum setiap hari. Dapatkan Susu Goodday Charge dalam tin hari ini dan rasailah sendiri rasa tenaga susu coklat yang pasti akan memikat selera dan keperluan susu untuk tubuh badan anda! Ia boleh didapati dalam saiz 240 ml di kedai serbaneka dan kedai runcit di Semenanjung Malaysia.

SUSU COKLAT

SEKARANG DALAM TIN!


Jom Belajar Alam Ria

Eh, Pencemar?

ISI 1

12

202

0

ED

Sekarang ada banyak bahan pencemar alam. Cuba anda bulatkan benda di bawah, yang dapat mencemar alam sekitar.


Jom Belajar Alam Ria

English Is Fun

Spelling Word

B __ G

C __ T

CH__I__

M __ P

MO__H__R ISI 1

13

202

0

P __ N

ED

Look at the picture and answer the correct word.


Jom Belajar Alam Ria

Science Is Simple

Human Body Part Let’s learn about human body part. Can you label the different part of your using the words in the box.

ISI 1

14

202

0

ED

Head

Eyebrow

Ear

Teeth

Eyelid

Lips

Tongue

Hair Eye

Forehead


Jom Belajar Alam Ria

Math Is Easy

Matching‌ Match the number sentences that have the same value.

32 + 57 31 + 32 64 + 33 64 + 21 40 + 23 13 + 76 51 + 34 20 + 29 11 + 17 81 + 16 33 + 10 46 + 14 12 + 37 16 + 12 25 + 35

ISI 1

15

202

0

ED

21 + 22


Bel󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀B󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀󰈀 bersama Cikgu Tang (Sesi 7)

Pinyin:

公公 gōng

sebutan lembut dan singkat) Panggilan datuk sebutannya diulang dua kali. Perkataan pertama intonasinya keras dan kuat, Perkataan kedua pula intonasinya lembut dan singkat.

gong

Sebutan Bahasa Melayu :

Pinyin:

po

Pinyin:

Pinyin:

Pinyin:

nán

Sebutan B. Melayu :

nan

Maksud:

nui

Maksud:

tze

English:

hái

Sebutan B. Melayu :

hái

English:

English:

Sebutan B. Melayu :

男孩

Maksud:

hai

English:

Pinyin: nán-zǐ Sebutan Bahasa Melayu :

Lelaki Male

Latihan menulis

男 男 男 男 男 男

Perempuan Female

Latihan menulis

女 女 女 女 女 女

Anak My child

Latihan menulis

子 子 子 子 子 子

Budak Child

Latihan menulis

孩 孩 孩 孩 孩 孩

nan-tze

Maksud:

Lelaki dewasa

English:

nan-hai

Budak lelaki

nán

Man

Pinyin: nán-hái Sebutan Bahasa Melayu : Maksud:

女子

English:

Boy

nán

Empat intonasi utama sebutan pinyin

0

202

ED

(1)

mendatar (3)

panjang dan meninggi

(2)

tinggi

keras dan kuat

(4)

女孩

Sebutan Mandarin terdiri daripada 4 intonasi berbeza yang ditanda khas di atas huruf pinyin.

16

English:

Nenek, panggilan Grandmother, untuk orang elderly female tua perempuan

pho-pho

Maksud:

Sebutan B. Melayu :

男子

ISI 1

Maksud:

婆 婆 婆 婆 婆 婆 婆

nán

koong-koong

pópo

Sebutan Bahasa Melayu :

Pinyin:

nán

English:

Datuk, panggilan Grandfather, untuk orang elderly male tua lelaki

(intonasi yang tidak bertanda adalah sebutan lembut dan singkat) Panggilan nenek sebutannya diulang dua kali. Perkataan pertama intonasinya keras dan kuat, Perkataan kedua pula intonasinya lembut dan singkat.

婆婆 Latihan menulis

Maksud:

公 公 公 公 公 公 公

Latihan menulis

gōnggong (intonasi yang tidak bertanda adalah

hái

Pinyin: nǚ-zǐ Sebutan Bahasa Melayu :

nui-tze English:

Maksud:

Perempuan dewasa Woman

Pinyin: nǚ-hái Sebutan Bahasa Melayu :

nui-hai

Maksud:

Budak perempuan

Nak belajar cara tulis dan sebutan yang lebih tepat? ‘Scan’ dan ‘Subscribe’ KUNTUM STAR di YouTube

English:

Girl



Jom Belajar KDD

Guru Bahasa Melayu SJKC Sambut Baik Bengkel KDD

L

ISI 1

18

202

0

ED

ebih 50 orang guru Bahasa Melayu dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah terlibat dalam menjayakan bengkel Kuntum Dalam Darjah (KDD) yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada 23 Oktober tahun lalu. Melibatkan guru-guru yang bertugas di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, program yang berlangsung separuh hari ini ternyata menyuntik elemen yang menyeronokkan apabila semua guru-guru yang terlibat diajar menggunakan Majalah Kuntum sebagai alat bantu mengajar tambahan untuk mereka gunakan di dalam kelas. Menumpukan kepada subjek Bahasa Melayu, bengkel KDD ini dianjurkan adalah bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada guru-guru agar menjadikan KDD sebagai salah satu teknik pengajaran guru berasaskan bahan. Ini adalah selaras dengan pendidikan hari ini yang mana pendekatan dan kaedah Pengajaran & Pembelajaran (P&P) guru hendaklah dipelbagaikan untuk memupuk semangat serta minat murid-murid terhadap ilmu pengetahuan terutama dalam meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam subjek Bahasa Melayu. Bengkel KDD dimulakan dengan sesi pengenalan Majalah Kuntum yang disampaikan oleh Norlia Jaafar, Editor Majalah Kuntum dan tayangan video animasi Majalah Kuntum. Seterusnya, majlis bersambung dengan siri taklimat

daripada Unit Pengedaran Majalah Kuntum oleh Sundarrajan dan Sharifah Thuraizah. Acara kemuncak adalah apabila setiap guru dipecahkan kepada kumpulan dan mereka perlu berbengkel dalam menghasilkan sumber bahan yang dibahagikan mengikut tahap dan pentaksiran masing-masing.


ISI 1

19

202

0

ED

Melalui penerangan mendalam oleh fasilitatior utama KDD, Norafizah Abd. Razak, guru-guru telah mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang kandungan Majalah Kuntum yang menyediakan pelbagai sumber bahan yang boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar tambahan buat para guru yang secara tidak

langsung dapat membantu untuk mewujudkan suasana yang lebih interaktif dan menarik dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah. Turut memeriahkan bengkel KDD ini adalah dengan kehadiran Andreas Vogiatzakis; CEO Star Media Group (SMG), Esther Ng; Ketua Pegawai Kandungan SMG, Mohamed Hassan Mohamed Ali; Pengurus Besar Kanan (Pengedaran dan Cetakan SMG) dan Loo Phan Kooi; Pegawai Khas Korporat SMG selain maskot Pintar dan Comel serta pegawai-pegawai dari JPN Negeri Selangor.


Jom Belajar Resipi Bulan Ini

Roti John Mudah! Oleh: Mama Zaila

Bahan-bahannya: u 450 gm daging/ayam u 1 biji bawang holand

hancur

(potong dadu) ulas bawang putih (potong dadu) u 2 sudu mentega/marjerin u 1 tin kacang kuda u Campuran sayur (lobak u 2

merah, jagung dan kacang pea) u 2 sudu rempah kari ayam u Roti sosej/ roti gandum u Garam u Kiub ayam u Gula

Cara-cara membuatnya: 1. Cairkan mentega/marjerin, tumiskan bawang putih dan bawang holand sehingga naik bau.a 2. Masukan daging/ayam hancur sehingga masak secukupnya. Kemudian masukan rempah kari dan serbuk perasa (garam, gula, kiub ayam) 3. Akhir sekali, masukan kacang kuda dan lecek sehingga hancur serta masukan campuran sayur. 4. Hidangkan bersama roti untuk sarapan pagi atau minum petang.

Tip: Boleh gantikan kacang kuda dengan kacang lain seperti kacang panggang.

u Roti gandum dapat memberikan rasa kenyang dengan lebih lama dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi.

ISI 1

20

202

0

ED

Khasiat: u Kacang kuda juga dikenali sebagai kacang garbanzo. Kacang kuda dapatkan meningkatkan penghadaman kerana mengandungi serat yang tinggi dan merupakan sumber utama protein berasaskan tumbuhan.


G

Bertemu Sahabat di Pulau Pinang

embira sungguh kru Majalah Kuntum dapat bertemu dengan kawan-kawan di Pulau Mutiara. Maaf atas kelewatan menyiarkan gambar anda kerana banyak jemputan yang kami terima sepanjang tahun. Sambutan orang utara memang terbaik!!! Begitu juga tidak kurang hebatnya dengan sekolah-sekolah di Lembah Klang.

Lawatan Kuntum ke...

SK Jelutong Barat

ISI 1

21

202

0

ED

Yay! Meriahnya Pintar datang ke sekolah kami...


Lawatan Kuntum ke...

ISI 1

22

202

0

ED

SK Kongsi

Wah! Seronoknya adik-adik dengan lawatan Kuntum ke sekolah..


Lawatan Kuntum ke...

ISI 1

23

202

0

ED

SK Tan Sri Awang Had Salleh


Comel Ceriakan Kawan-Kawan Bersama Massimo!

Sedia guru semua kita bergambar bersama Comel..

Lawatan Kuntum ke...

ISI 1

24

202

0

ED

SK Bandar Tun Hussein Onn 2


Semua akan dapat hadiahhadiah ini...

Lawatan Kuntum ke...

ISI 1

25

202

0

ED

SK Cheras Jaya


Lawatan Kuntum ke...

SK Puchong Jaya

Comel Kongsi Kesegaran dan Kebaikan Minuman Bersama Calpis‌

ISI 1

26

202

0

ED

Wah! Seronoknya permainan ni.. betulbetul menguji minda


Lawatan Kuntum ke...

SK Taman Segar

ISI 1

27

202

0

ED

Wow! Kena tangkap bakteria di sini...


Pintar ke Pahang Pula! Lawatan Kuntum ke...

SK Jambu Rias

ISI 1

28

202

0

ED

Mari kita bergambar.. sedia.. senyum semua!

Nota Untuk Guru:

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan Kempen Galakan Membaca di sekolah masing-masing, sila hubungi: Puan Sharifah Thuraizah, Eksekutif (Circulation Section), di nombor telefon: 03-7967 1388 sambungan 1687; telefon bimbit: 012-250 1833 faks: 03-7957 7798


Lawatan Kuntum Idola Pilihan

Dunia Luncur Ais Sangeeta Retnakumar Terdapat banyak pemain luncur ais juara bertaraf dunia yang memberi inspirasi kepada golongan muda berbakat seperti Sangeeta dan idolanya adalah tokoh luncur ais terkenal iaitu Yuna Kim. Segala kejayaan dan pencapaian yang dikecapi Sangeeta tahun lalu menjadi kenangan manis bagi dirinya yang sememangnya meminati sukan itu. Dia yang merupakan murid dari Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2 ini ternyata menjadi contoh dan inspirasi buat rakan-rakannya yang lain untuk terus maju jaya serta menyerlah dalam apa jua bidang yang digemari. Petikan kegemarannya: Semua impian kita boleh menjadi kenyataan jika kita mempunyai keberanian untuk mengejarnya - Walt Disney.

ISI 1

29

202

0

angeeta Retnakumar, 12 tahun, adalah antara pemain luncur ais muda di Malaysia. Dia telah mewakili Malaysia dalam pelbagai kejohanan dan pertandingan luncur ais di seluruh dunia sejak tahun 2015 lagi. Malah, dia kini menduduki ranking ke-8 Asia di Ice Skating Institute Asia (ISIASIA). Dengan kesungguhan dan dedikasi Sangeeta yang dapat dilihat melalui komitmennya terhadap dunia luncur ais, ternyata ia berjaya melatih dirinya untuk menjadi kuat dan menguasai dalam kemahiran teknikal, kelajuan, konsistensi dan kesenian di atas ais. Walaupun berdepan dengan jadual latihan yang amat padat serta sesi latihan yang sangat keras, ia tidak pernah sesekali mematahkan semangat Sangeeta dalam meningkatkan kemahiran luncurannya sebagai persediaan untuk mewakili Malaysia dalam pelbagai pertandingan seperti Sukan SEA, ISU Junior Grand Prix dan Sukan Olimpik Musim Sejuk.

ED

S


Skor A UPSR

BAHASA MELAYU Oleh: Cikgu Fatimah

Soalan Memindahkan Maklumat Cikgu, apakah kesannya jika saya tidak berhatihati semasa membina ayat?

Untuk pengetahuan kalian, banyak murid yang melakukan kesilapan semasa membina ayat dalam soalan memindahkan maklumat.

Kamu boleh kehilangan markah yang banyak jika tidak berhati-hati semasa membina ayat tersebut. Lihat perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa membina ayat dalam penerangan di bawah ini.

1.

Jangan tulis perkara-perkara yang tidak dilihat dalam bahan rangsangan atau gambar. - Contohnya:

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Setia Murni berhimpun di dewan sekolah untuk mendengar penerangan daripada guru besar. (7) (maklumat yang bergaris dalam ayat di atas tiada dilihat dalam bahan rangsangan atau gambar yang diberikan) Ayat yang sepatutnya ditulis ialah: Murid-murid itu berhimpun di dewan sekolah untuk mendengar penerangan daripada guru besar. (3)

2. Jangan gunakan kata ganti diri yang berkaitan dengan diri sendiri. - Contohnya: ‘saya’, ‘keluarga saya’, ‘ibu saya’ dan sebagainya

ISI 1

30

202

0

ED

Bapa saya menyambut tetamu yang hadir ke rumah kami bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri. (7) Ayat yang sepatutnya ditulis ialah: Encik Hadi menyambut tetamu yang hadir ke rumahnya bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri. (3)


LATIH TUBI

Skor A

Gambar di bawah ini menunjukkan suasana di pasar mini. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

1.

2.

3.

4.

ISI 1

31

202

0

ED

5.


Skor A UPSR

MATEMATIK Oleh: Cikgu Nurul

Pola Nombor • Pola nombor ialah corak tertentu dalam suatu senarai nombor yang disusun. • Urutan nombor ialah suatu senarai nombor yang disusun mengikut pola atau peraturan tertentu. • Pola suatu nombor biasanya boleh ditentukan dengan menambah, menolak, mendarab atau membahagi nombor sebelumnya dalam urutan nombor itu. +2

Pola bagi urutan nombor ini ialah tambah 2 kepada nombor sebelumnya dan merupakan pola nombor ganjil. -8

72

-8

64

1

-8

56

256

48

5

40

2

+2

7

×3

4

×3

18

÷4

1

+2

9

11

Pola bagi urutan nombor ini ialah tolak 8 daripada nombor sebelumnya dan merupakan pola nombor genap.

32

6

÷4

16

+2

-8

×3

÷4

64

3

-8

Pola bagi urutan nombor ini ialah darab nombor sebelumnya dengan 3.

÷4

+2

×3

×3

54

162

486

Pola bagi urutan nombor ini ialah membahagi nombor sebelumnya dengan 4.

Pola bagi urutan nombor ini ialah tambah dua nombor sebelumnya. Urutan nombor ini dikenali sebagai urutan Fibonacci.

ISI 1

32

202

0

ED

0+1

0

1

1+1

1

1+2

2

2+3

3

3+5

5

5+8

8

13


Skor A

LATIHAN 1. Lengkapkan urutan nombor berikut. (a)

5

8

11

(b)

2

4

8

16

(c)

75

55

45

(d)

10

11

17 15

13

31

2. Cari nilai P dan Q. (a)

50

100

150

200

P

Q

325

P

375

400

425

Q

18

P

Q

36

42

48

(b)

(c)

3. Cari nombor ke-6 dan nombor ke-7 dan nyatakan pola bagi setiap urutan nombor berikut. (a)

92

100

108

116

124

Nombor ke-6 = Nombor ke-7 = Pola:

(b)

235

215

195

175

155

Nombor ke-6 = Nombor ke-7 = Pola:

(c)

256

128

64

32

ISI 1

33

202

0

ED

Nombor ke-6 = Nombor ke-7 = Pola:


Skor A

UPSR

SAINS

Oleh: Cikgu Noraini

Gerak Balas Manusia Terhadap Rangsangan 1. Rangsangan ialah keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh manusia. 2. Gerak balas manusia terhadap rangsangan adalah sangat penting untuk mengelakkan diri daripada bahaya atau kecederaan. 3. Manusia dapat bergerak balas terhadap rangsangan menggunakan organ-organ deria seperti mata, mulut, hidung, telinga dan kulit. 4. Contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan:

Lima organ deria manusia Hidung Mata

Telinga

Rasa

Suhu

Mulut Kulit

ISI 1

34

202

0

ED

Memakai pakaian yang tebal ketika cuaca sejuk.

Muka berkerut apabila makan limau yang masam.

Bunyi

Bau

Cahaya

Menutup telinga apabila terdengar bunyi yang kuat.

Menutup hidung apabila terhidu bau busuk.

Menutup mata apabila cahaya lampu dihalakan ke mata.


Skor A CABAR MINDA 1. Nyatakan organ deria yang terlibat apabila menerima rangsangan. (a) (b)

Organ deria: (c)

Organ deria: (d)

Organ deria:

Organ deria:

2. Rajah di bawah menunjukkan satu situasi yang dihadapi oleh Suzy. (a) Apakah organ deria yang terlibat dan jenis rangsangan yang dihadapi oleh Suzy? Organ deria: Rangsangan: (b) Bagaimanakah Suzy bergerak balas terhadap rangsangan tersebut?

ISI 1

35

202

0

ED

(c) Nyatakan satu kepentingan gerak balas terhadap rangsangan kepada manusia.


Skor A

UPSR

ENGLISH By: Step Up

GRAMMAR Singular And Plural Nouns women (person) leash (thing)

park (place) dog (animal)

Nouns refer to people, animals, places and things Noun type

Examples

People

lawyer, doctor, man, grandmother, baby

Animals

tiger, seal, penguin, fish, sheep

Places

hospital, school, office, library, bathroom

Things

pencil, chair, bed, table, chalk How to form plural nouns?

When a noun is in the plural form (more than one), we add ‘s’ to the root word.

Singular

Examples

Singular

Examples

lawyer

lawyers

woman

women

tiger

tigers

goose

geese

hospital

hospitals

tooth

teeth

pencil

pencils

Some plural nouns are formed in different ways.

Singular

ISI 1

36

202

0

ED

For some nouns ending in a consonant and a –y, we form the plural by changing the –y to ‘ies’.

Singular

Examples

baby

babies

butterfly

butterflies

library

libraries

For some nouns ending in –s, -x, -z, -sh and -ch, we form the plural by adding ‘es’.

Examples

witch

witches

fox

foxes

bus

buses

dish

dishes


Suburkan Amalan Baik Bersama Goodday T

ahun baharu Minumlah Susu 2020 kini Goodday, dan jadikan membuka ‘menabung’ amalan tirainya! baik untuk hidup Melangkah ke anda! tahun baharu ini, selain berbekalkan dengan semangat dan azam baharu, pasti anda semua juga perlu mengamalkan sikap yang baik yang boleh dicontohi seperti menabung. Ya, menabung merupakan salah satu perkara yang baik dimulakan sejak anda kecil lagi. Sama seperti Goodday yang membekalkan si kecil dengan kebaikan dari aspek pemakanan yang sihat, begitu juga dengan amalan menabung yang baik. Sebagai permulaan, jom ikuti aktiviti bersama Goodday kali ini dengan membuat tabung duit Dee Dee yang comel.

* Sila minta bantuan orang dewasa ketika menggunakan peralatan tajam!


1

2

4

3


Skor A Singular Examples For some nouns ending in –f or –fe, we form the plural by changing the –f or –fe to ‘ves’.

wife

wives

wolf

wolves

Knife

knives

Singular Examples Some nouns stay the same, whether in singular or plural form.

sheep

sheep

species

species

deer

deer

Exercise Underline the correct form of the noun in each sentence. 1. They have three (cat, cats).

4. She saw a few (mouse, mice) in the drain.

2. There are two (man, men) and five (child, children) in the elevator.

5. Many (bus, buses) wait outside the school daily.

ISI 1

37

202

0

ED

3. The twin (baby, babies) like to play with their toys.


Skor A

Bahasa Melayu

Latih Tubi 1. Encik Ahmad dan isterinya memilih ikan segar yang terdapat di pasar mini itu. 2. Seorang pemuda membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sekotak air kerana mahu membeli air kotak tersebut. 3. Seorang pekerja menggunakan tangga kecil untuk meletakkan barang-barang di rak. 4. Seorang pekerja menggunakan troli untuk membawa barang-barang yang akan disusun di rak. 5. Tiga orang pelanggan sedang beratur untuk menunggu giliran bagi membuat pembayaran barang-barang yang ingin dibeli.

Matematik

ISI 1

38

202

0

ED

(b) 32, 64, 128 1. (a) 14, 20, 23 (d) 16, 20, 25 (c) 65, 35, 25 2. (a) P = 250, Q = 300 (b) P = 350, Q = 450 (c) P = 24, Q = 30 3. (a) Nombor ke-6 = 132 Nombor ke-7 = 140 Pola: Menambah 8 kepada nombor sebelumnya (b) Nombor ke-6 = 135 Nombor ke-7 = 115 Pola: Menolak 20 daripada nombor sebelumnya

Sains

1. (a) Kulit (b) Mulut (c) Telinga (d) Mata 2. (a) Telinga, Bunyi (b) Menutup telinga apabila terdengar bunyi hon yang kuat.

(c) Untuk melindungi diri daripada bahaya dan mengelakkan kecederaan.

English Exercise. 1. cats 2. men, children

3. babies 4. mice 5. buses

(c) Nombor ke-6 = 8 Nombor ke-7 = 4 Pola: Membahagi nombor sebelumnya dengan 2


Skor A

g n a l r e m e C r a j a l e P i t Kuali

‌ D C B A t a b Sehe

Tip Pelajar Hebat Oleh: Cikgu Rina

dalam akademik bukan sahaja handal elajar yang cemerlang Oleh itu, k serta kelakuannya. tetapi juga hebat akhla ja tanpa dalam akademik saha pencapaian cemerlang tuk melayakkan un i up uk , belum menc ng rla me ce ian ad rib kepe ar cemerlang. gorikan sebagai pelaj ate dik ar laj pe ng ora sese hlak dan hebat ma tersebut; hebat ak uta ti ali ku a du adu Ke bersama. akademik, mesti ada

P

A-

Amanah Pelajar yang cemerlang adalah jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Mereka sentiasa bercakap benar, tidak berbohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa tanggungjawab yang dipikulnya adalah suatu kewajipan serta amanah dan mesti dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan integriti.

B-

Bijak Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa serta sumber-sumber di sekelilingnya. Mereka mengutamakan kebersihan, kesihatan serta penampilan diri. Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya; mengutamakan yang utama, melaksanakan tugas sebaik mungkin dan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.

C-

Cergas Sentiasa mengambil berat tentang kesihatan fizikal, minda serta emosinya. Menjaga pemakanannya, tidur dan rehatnya serta melakukan aktiviti-aktiviti jasmani yang berkesan serta prinsip-prinsip diri, disiplin serta amalanamalan cemerlangnya ini menjadikan dirinya cergas, tangkas dan produktif sekaligus menjadikan dirinya pelajar cemerlang.

Kata-kata motivasi bulan ini. Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal, tetapi ia datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah!

D-

ISI 1

39

202

0

ED

Dedikasi Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawabnya. Apa sahaja tugasan yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh sehingga mencapai hasil yang terbaik serta matlamatnya.


Nilai Kita

Info Pilihan

Program Pendidikan SEA LIFE, LEGOLAND Hebat! P rogram Pendidikan SEA LIFE telah mendapat sokongan yang kedua oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai destinasi daya tarikan mesra keluarga dan pendidikan terkemuka di Malaysia. Melalui mengiktirafan ini, LEGOLAND memberikan 10,000 tiket percuma kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dari sekolah-sekolah luar bandar agar mereka boleh mendapat manfaat daripada pengalaman pendidikan interaktif dan menarik. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM kepada Tuan Hj. Azman Adnan, Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan disaksikan oleh Cik Thila Munusamy, Pengarah Jualan & Pemasaran, LEGOLAND Malaysia Resort. Menurut Cik Thila Munusamy, Program Pendidikan SEA LIFE merupakan pusat pembelajaran yang merangsang sifat ingin tahu kanak-kanak di dunia semula jadi kehidupan marin dan bagaimana mereka boleh membantu

melindunginya. LEGOLAND juga mengembangkan eksplorasi terus kepada sekolah-sekolah di seluruh negara dengan Bas EDUPLAY EXPRESS. Bas itu membawa program pendidikan secara langsung kepada pelajar dan menawarkan platform pembelajaran interaktif di luar bilik darjah yang mengujakan. Setakat ini, bas itu telah melawat lebih dari 1,000 sekolah di Semenanjung Malaysia dan jumlah ini semakin berkembang.

Festival Sains Petrosains 2019

Meriah!

F

ISI 1

40

202

0

ED

estival pada tahun ini yang bertemakan ‘Celebrating STEM’ diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-20 Petrosains. Dengan tagline ‘Meet the Future’, festival ini memberi tumpuan kepada pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan menjalankan program dan aktiviti yang berteraskan STEM di samping perkembangan sains dan kemajuan teknologi masa hadapan.

Petrosains Science Festival 2019, festival sains terbesar yang dianjurkan oleh Petrosains, The Discovery Center telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Petrosains, Puan Zahariah (Liza) Abdul Rahman di Esplanad, Taman KLCC. Turut dihadiri oleh Puan Fedora Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif, Petrosains dan Yang Berbahagia Datuk Hashim Wahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, KLCC Urus Harta serta wakil-wakil daripada rakan kerjasama yang lain. Star Media Group dan Kuntum menjadi salah satu antara rakan kolaborasi yang terlibat dengan undangan sebagai pempamer. Kehadiran maskot Kuntum, Pintar memeriahkan lagi aktiviti sains yang menyeronokkan di ‘booth’ dan sekaligus mengaktifkan Kelab Sains Pintar!


Nilai Kita Molek itu Budi

Diriku Yang Baharu S

2020 Jika anda seorang yang sangat cerewet dan seringkali tidak suka makanan yang ibu anda sediakan setiap hari, berusahalah untuk berubah dan menerima seadanya apa juga masakan yang disediakan oleh ibu anda. Fikirkan sejenak bagaimana susahnya ibu anda bangun awal pagi dan bertungkus-lumus di dapur untuk menyediakan makanan untuk anda. Hargailah pengorbanan ibu anda itu...

Jika anda seorang yang cepat merajuk dan tidak mendengar teguran ibu bapa, hanya mengikut kehendak hati dan bersikap degil, berubahlah segera. Cubalah menjadi seorang anak yang menghormati ibu bapa dan patuh segala arahan mereka.

Banyak lagi sikap buruk anda yang mungkin nampak kecil tetapi memberi impak yang besar dalam keperibadian anda. Anda mungkin seorang yang malas, boros, tidak bijak menguruskan rutin harian diri sendiri dan berbagaibagai lagi. Renunglah sebentar dan nilaikan kembali diri sendiri.

BA󰈾󰈾󰈾󰈾󰈾󰈾󰈾󰈾 JA󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀 ISI 1

41

202

0

AZAM

Jika anda sangat suka marah-marah dan bergaduh dengan adik-beradik anda pula, ubahlah sikap buruk anda itu. Jangan mengambil tindakan melulu, sebaliknya tenangkan hati dan fikiran, sebelum mengambil sebarang tindakan.

ED

Jika sebelum ini anda seorang yang malas bangun pagi, sehingga menyusahkan ibu anda. Mulai dari sekarang anda perlu berazam untuk mengubah perangai dan berusaha bangun awal dan bersiap sendiri ke sekolah tanpa perlu menyusahkan ibu anda lagi.

alam sejahtera semua! Selamat tahun baharu 2020! Seperti lazimnya apabila kita menjejakkan kaki dalam tahun baru, pastinya ada azam baharu yang kita mula sasarkan. Namun sebagai seorang pelajar, anda perlulah menjadikan pelajaran sebagai fokus utama. Sempena tahun baharu , tidak salah juga rasanya jika kita cuba untuk memperbaiki diri kita agar menjadi lebih cemerlang. Di sini ada beberapa perkara yang boleh anda jadikan panduan.


Nilai Kita Ragam Pelajar

Macam-Macam Ragam‌

M

ISI 1

42

202

0

ED

emasuki bulan Januari setiap tahun, pasti anda semua bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan, bukan? Namun, lain ragamnya bagi adik-adik anda yang baharu memasuki Tahun 1. Pastinya anda akan melihat dan menyaksikan pelbagai keletah adik-adik ketika hari pertama persekolahan baharu dibuka. Ada yang menangis, ada yang menjerit dan ada yang menyorok di bawah meja. Macam-macam ragam‌ Malah, bukan sahaja aksi si anak, sesi persekolahan yang baharu untuk tahun 2020 ini pastinya sesuatu yang mendebarkan terutama buat ibu bapa yang baru pertama kali menghantar anak mereka ke sekolah. Panduan buat ibu bapa, mungkin anda fikir bagi anak-anak yang telah mula bersekolah tadika, tiada masalah bagi kanak-kanak ini untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di Tahun 1. Namun tidak semua kanak-kanak akan menerima keadaan itu terutama apabila berada di persekitaran yang berlainan seperti perlu berdikari membeli makanan, ke tandas dan lain-lain lagi tidak seperti ketika di tadika atau taska. Paling penting adalah dengan membuat anak-

anak berasa selesa dan bersedia. Anda boleh beritahu kepadanya hanya kanak-kanak yang sudah besar bersedia untuk ke sekolah. Anda boleh lihat reaksinya, bertapa bangganya apabila dapat masuk ke sekolah untuk ‘orang dewasa’. Selain itu, ajarlah kepada anak anda tentang perkara asas yang berlaku di sekolah. Anakanak yang bakal masuk ke sekolah juga perlu dididik dan dilatih dengan kemahiran asas agar dia rasa berkeyakinan untuk berada di sekolah seperti menggunakan tandas, membeli makanan atau dalam pergaulan. Bagi abang dan kakak, bantulah adik-adik di sekolah. Anda adalah harapan ibu bapa dan guruguru. Wujudkan suasana persekitaran yang aman dan harmoni ketika di sekolah dan tanamkan semangat rasa seronok untuk pergi ke sekolah setiap hari. Akhir kata, Mama ucapkan selamat kembali ke sekolah dan Selamat Tahun Baharu 2020!


Nilai Kita Lawatan Kuntum

Majalah Kuntum Ceriakan Anak-Anak Orang Asli

T

ISI 1

43

202

0

ED

anpa mengira hujan atau panas, kira-kira 34 sukarelawan dari Star Media Group bermandikan peluh bagi membina dua buah rumah untuk Orang Asli di Kampung Orang Asli Jeram Kedah yang terletak di Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan. Rumah baharu yang dibina dengan kos RM35,000 setiap satu, bertujuan untuk menggantikan rumah lama yang didiami oleh dua keluarga berpendapatan rendah. Rumah lama yang dalam keadaan daif digantikan dengan rumah baharu yang mempunyai keluasan 600 kaki persegi dan mempunyai beranda, ruang tamu, dua bilik tidur, bilik mandi, tandas serta panel solar juga dipasang di atas bumbung rumah. Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Berhad, Andreas Vogiatzakis juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama membantu para sukarelawan menyiapkan rumah baharu untuk dua keluarga Orang Asli tersebut. Andreas pada masa yang sama juga menyampaikan sumbangan berbentuk Majalah Kuntum serta barangan istimewa Majalah Kuntum kepada anak-anak Orang Asli di kampung tersebut. Jelas tergambar kegembiraan di wajah anak-anak ini ketika Andreas turut sama menyelak helaian Majalah Kuntum dan berkongsi isi kandungan menarik yang terdapat dalam Majalah Kuntum. Semoga segala sumbangan dan bantuan yang diberi kepada penduduk Kampung Orang Asli Jeram Kedah, Negeri Sembilan akan memberi manfaat yang berpanjangan kepada mereka.


Nilai Kita

Citra Peribahasa Oleh: Cikgu Ummi

P

Seikat Bagai Sirih, Serumpun Bagai Serai

ISI 1

44

202

0

ED

ak Saad memandang ke arah langit. Awan tebal mula kelihatan menandakan hujan akan turun. Hatinya mula risau. Hujan lebat yang membasahi bumi hampir setiap hari menandakan ketibaan musim tengkujuh. Seperti tahun sebelumnya, hujan lebat seperti ini akan menyebabkan terjadinya banjir di Kampung Sungai Kerang. Sebagai ketua kampung, Pak Saad menggalas tanggungjawab yang amat berat. Dia tidak mahu kejadian yang dihadapi penduduk kampung pada tahun lepas berulang lagi. Ketika itu, beberapa buah rumah telah ditenggelami air dalam masa yang amat singkat. Ramai penduduk yang terperangkap di dalam rumah sehingga kehabisan makanan sementara menunggu bantuan sampai. Anak-anak kecil juga ramai yang jatuh sakit. Tahun ini, Pak Saad nekad. Dia mahu memastikan semua penduduk kampung bersedia menghadapi banjir. Satu taklimat keselamatan menghadapi banjir segera diadakan. Semua penduduk kampung berkumpul di balai raya. Pak Saad gembira melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung. Taklimat tersebut disertai oleh wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam taklimat tersebut, penduduk kampung telah diberi tunjuk ajar mengenai persediaan menghadapi banjir, keselamatan ketika banjir dan penjagaan kesihatan semasa banjir. Pak Saad amat berharap semua penduduk kampung lebih bersedia menghadapi musim tengkujuh kali ini. Beberapa hari kemudian, paras air sungai semakin meningkat naik. Hujan lebat turun tanpa henti sejak beberapa hari yang lalu. Penduduk kampung kini bersedia menghadapi banjir. Mereka menggunakan segala ilmu yang dipelajari ketika taklimat dahulu. Penduduk kampung saling bantu-membantu dalam persediaan menghadapi banjir. Siren kecemasan dibunyikan menandakan air sungai sudah melimpah keluar. Penduduk kampung segera menyelamatkan ahli keluarga masing-masing. Anggota bomba dan angkatan pertahanan awam juga telah bersedia untuk membantu memindahkan penduduk kampung ke pusat pemindahan sementara. Semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dengan kerjasama semua pihak. Mereka masak secara bergotongroyong di pusat tersebut. Kesihatan mereka juga Seikat diberi perhatian dengan adanya pegawai bagai sirih, perubatan yang memberikan perkhidmatan serumpun bagai pemeriksaan kesihatan di pusat pemindahan. Kini, serai mereka semua bagai ‘Seikat bagai sirih, serumpun Maksud: Sentiasa bagai serai’. Pak Saad mengucapkan terima kasih bersatu padu dalam kepada semua pihak yang telah membantu penduduk setiap perkara dan kampung menghadapi banjir. Dia berharap mereka keadaan. terus bekerjasama di masa akan datang.


Nilai Kita

Berdasarkan cerita, jawab soalan-soalan di bawah.

4. Pada pendapat kamu, apakah faktor lain yang boleh menyebabkan banjir? Mengapa?

1. Siapakah Ketua Kampung Sungai Kerang?

(1 markah)

ISI 1

45

202

0

3. Siren kecemasan dibunyikan menandakan

ED

(2 markah)

5. Garis imbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di bawah. (i) Ramai penduduk yang terperangkap di dalam rumah sehingga kehabisan makanan. (ii) Penduduk kampung kini bersedia menghadapi banjir. (iii) Penduduk kampung segera menyelamatkan ahli keluarga masing-masing. (1 markah)

JAWAPAN

2. Apakah kejadian yang menimpa penduduk Kampung Sungai Kerang pada tahun lepas?

(3 markah)

1. Ketua Kampung Sungai Kerang ialah Pak Samad. 2. Peristiwa yang berlaku pada tahun lepas adalah ramai penduduk yang terperangkap di dalam rumah sehingga kehabisan makanan sementara menunggu bantuan sampai dan anak-anak kecil juga ramai yang jatuh sakit.

(1 markah)

5. (ii) menghadapi

(iii) menyelamatkan

3. air sungai sudah melimpah keluar. 4. Pada pendapat saya, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyebabkan aliran sungai tersekat seterusnya menyebabkan banjir. (alasan lain yang bersesuaian diterima)


Nilai Kita Cerita Teladan Oleh: Miss Pakma

Nasib

Malang Sang

Arnab…

J

ISI 1

46

202

0

ED

auh di sebuah hutan belantara, terdapat sepasang sahabat yang amat akrab. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Keakraban kedua-dua haiwan ini sudah diketahui oleh semua penghuni rimba yang lain di situ. Ramai yang cemburu melihat persahabatan yang terbina antara mereka termasuklah Si Belang, Harimau. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersamasama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Marilah kita membuat sarang. Sekarang ini sudah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat untuk tinggal dan berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, saya mahu tidur,” jawab arnab tidak acuh. Si Belang telah mendengar perbualan mereka lalu mempunyai satu idea. Ia mahu membuat onar dan membuat dua sahabat ini bergaduh. “Buat apa kamu bersusah payah membuat sarang. Kamu boleh melompat tinggi, pasti ada dahan

yang boleh dipanjat dan boleh berteduh. Baik masa ini kamu duduk berehat dan tidur sahaja,” hasut Si Belang. “Betul katamu wahai Si Belang, aku setuju dan badan aku pun letih, nanti-nanti sahajalah aku bantu tupai membuat sarang,” ujar arnab. Si Belang hanya tersenyum sinis mendengar jawapan daripada arnab. Sangkaannya tepat sekali, arnab telah termakan pada hasutannya. Si Belang ternyata telah menyimpan dendam yang amat lama buat arnab dan tupai. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan. ”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,” kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” tambah arnab lagi.


Nilai Kita arnab, namun satu sikap sahabatnya yang paling tidak digemari adalah sifat malas arnab. Tupai sering menasihati sahabatnya agar meninggalkan sikap buruk itu, namun sering kali diabaikan oleh arnab. Pada petang itu, hujan turun lagi. Kali ini hujan turun dengan lebatnya. Tupai yang telah membina sarang sempat berteduh di dalamnya. Tupai berasa lega kerana dia tidak basah kuyup lagi. Namun, nasib yang berlainan menimpa arnab. Akibat kelekaan arnab yang sibuk dengan makan dan tidur, arnab tidak sempat membuat sarang. Lalu, basah kuyup arnab kerana tiada tempat untuk berteduh. “Lihat kamu begitu kesejukan dan basah kuyup. Alangkah baiknya jika kamu ada sarang,” kata tupai. “Saya menyesal tidak mendengar nasihatmu. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan,” ujar arnab. “Jangan malas-malas lagi arnab, kelak kamu yang ditimba musibah. Saya menasihati kamu kerana ingin kamu selamat,” terang tupai. “Maafkan aku wahai tupai, aku leka dan tidak mendengar nasihat kamu. Aku berjanji tidak mahu malas-malas lagi,” kesal si arnab.

ISI 1

47

202

0

ED

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik sekali. Tanpa membuang masa, tupai mengajak arnab membuat sarang. “Cuaca redup begini eloklah kita membuat kerja. Di sebalik semak ini ada kayu-kayu yang boleh kita gunakan dan lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Ohh, di belakang semak ini sahaja. Dekat sahaja tu. Saya rasa sebentar lagilah kita mencari kayu, bukan sekarang,” jawab arnab dengan nada malasnya. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” selar arnab. Tupai menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap sahabatnya itu. Tupai sedar, walaupun bersahabat baik dengan


Nilai Kita

Terima Kasih Tuhanku Oleh: Kak Ziela

Aku Bukan Mangsa

Pemerdagangan Manusia…

P

ISI 1

48

202

0

ED

emerdagangan orang atau manusia. Ya, bunyinya amat menggerunkan. Apa tidaknya, kini bukan sahaja barangan yang boleh dijual beli, malah manusia juga tidak terkecuali. Pemerdagangan ini tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Di negara kita sendiri ia berlaku setiap hari, setiap ketika. Tahukah anda, ada segelintir golongan wanita yang dibawa dari luar negara dan ‘dijual’ untuk mendapatkan wang melalui pelacuran. Kanak-kanak pula dijadikan ‘hamba’ untuk menjana pendapatan, contohnya dengan menjual barang. Bagi yang malang dan pendek umur pula, mereka diculik, dibunuh dan organ mereka dijual. Umur mereka? Ya, sebaya anda! Lebih kasihan ada pula yang dijadikan alat untuk meminta sedekah di kaki-kaki lima, dijadikan buruh paksa, dan sebagainya. Apakah rakan-rakan anda ini terlalu papa hingga terpaksa meminta, atau bekerja, untuk mencari sesuap nasi? Mustahil! Pasti ada dalang di belakang mereka. Nampaknya semakin maju dunia, semakin keliru manusia jadinya. Mereka yang tamak dengan rakus menjadikan ‘manusia’ pula sebagai barang jualan, atau medium untuk mencari keuntungan. Contoh di atas jelas menunjukkan bukan sahaja kaum lemah iaitu wanita dan kanak-kanak dijadikan ‘objek’ untuk mendatangkan hasil, bahkan kaum lelaki tidak terkecuali. Demi wang, manusia boleh mencampakkan nilainilai kemanusiaan ke dalam longkang. Yang penting, wang, wang, dan wang!

Cubalah anda amati artikel kali ini. Banyak berita telah disiarkan di akhbar mahupun liputan televisyen yang memaparkan kes pemerdagangan manusia ini kepada anda, dan betapa bersungguh-sungguh kerajaan kita berusaha mengatasinya. Syukurlah, anda bukan salah seorang daripada mereka... namun sekiranya anda terjumpa situasi sedemikian, bantulah mereka dengan menghubungi talian 15999 atau pihak polis! Sehingga berjumpa lagi, jaga diri anda baik-baik!


Kempen Kembali Ke Sekolah

Bersama

Faber-Castell Faber-Castell Malaysia telah melancarkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’ tahun ini dengan bertemakan Castle Heroes, yang menampilkan watak Bernard dan Cassandra. Kedua-dua watak Castle Heroes ini memberikan inspirasi kepada kanak-kanak untuk lebih bersedia menghadapi cabaran dengan menggunakan imaginasi mereka. Menurut Andrew Woon, Pengarah Urusan A.W Faber-Castell Malaysia Sdn Bhd, pilihan produk alat tulis yang tepat adalah faktor penting yang akan menyumbang kepada perkembangan otak anak-anak kecil dan meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Sempena pelancaran kempen Kembali ke Sekolah, empat set Castle Heroes diperkenalkan. Set-set tersebut merangkumi set keperluan sekolah yang lengkap untuk kegunaan di sekolah. Terdapat juga set-set promosi dan set hadiah yang ideal untuk dijadikan hadiah. Antaranya termasuklah produk-produk baharu berinovatif seperti Colour to Life (AR) dengan Connector Pens; My Colour Companion First Grasp Crayons dengan sebuah buku mewarna dan juga pensel Tri-Writing Colour Design berbentuk tiga segi yang menarik, yang amat sesuai untuk menulis dan melukis. Acara pelancaran kempen Kembali ke Sekolah ini juga meraikan 24 orang kanak-kanak, berumur dalam lingkungan empat hingga 16 tahun dari Trinity Community Children’s Home dan diberi tajaan bekalan alat tulis selama setahun oleh Faber-Castell Malaysia sebagai memenuhi program tanggungjawab sosial korporat. Faber-Castell Malaysia juga bekerjasama dengan KidZania untuk menawarkan diskaun istimewa bagi tiket masuk ke KidZania dengan pembelian pensel warna Slim-Flexi atau pensel warna Watercolour Faber-Castell. Dengan setiap resit pembelian, anda layak membeli sehingga empat tiket dengan diskaun 40 peratus dari 1 Januari hingga 31 Mac 2020.

Back to School with

Castle Heroes

New Products & Promotion Pack Catalogue 2019 / 2020


Sambutan Hebat Terhadap Program

TESTIMONIAL

P

rogram HP Little MakersFamily Edition yang telah dijalankan di enam lokasi terpilih menerima banyak respons yang baik terutamanya daripada ibu bapa dan para guru yang terlibat.

Program ini membolehkan saya meluangkan masa bersama anak-anak dengan mengambil bahagian dalam aktiviti yang menarik serta mempunyai peluang untuk memenangi hadiah hebat daripada Kuntum dan HP Malaysia.

Aktiviti dalam program ini membolehkan ibu bapa, guru dan anak-anak membuat, berfikir dan bermain bersama. Ini menjadikan suasana persekitaran yang menyeronokkan untuk sesiapa yang terlibat.

Program HP Little Makers yang berlangsung di sekolah saya adalah program yang sangat baik kerana ia memberikan peluang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan bersama keluarga mereka.

Cikgu Muhamad Khairuddin Abdul Rahman Guru SK Bukit Rahman Putra

Cikgu Nooraishah

GPK (1) SK Bandar Baru Sentul

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa apabila mereka perlu turut serta bersama anak-anak mereka untuk meyiapkan cabaran yang diberi oleh pihak HP. Pada masa kini, ibu bapa tidak boleh hanya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru di sekolah semata-mata. Oleh itu, program seperti patut diadakan dengan lebih kerap.

Dr Danny Ghee Pengetua Acmar International School

Puan Norziati Mansor Ibu Peserta

Saya suka menyertai program ini kerana dapat bersama ibu, abah, abang dan adik saya kerana kami samasama membuat cabaran yang disediakan. Saya dan keluarga berjaya membuat kesemua cabaran dan saya dapat mengisi waktu hujung minggu bersama keluarga. Nur Zahra Sofiya Peserta SK Taman Melati


S

Melabuhkan Tirai Dengan Jayanya

etelah berlangsung dengan jayanya, program HP Little Makers- Family Edition di tiga lokasi iaitu di SK Bukit Rahman Putra, SK Bandar Baru Sentul dan SK Taman Melati. Tiga lokasi baharu yang terpilih kali ini ialah SK Saujana Utama, SK Subang Bestari 2 dan Sekolah Sri Acmar. Sama seperti program yang berlangsung di tiga lokasi yang lepas, Program HP Little Makers-Family Edition melibatkan penyertaan para ibu bapa bersama anak-anak mereka untuk menyelesaikan empat cabaran yang melibatkan kraf iaitu Paper Plane Physics, Time Will Tell, Animal Kingdom dan Around Malaysia. Lebih istimewa, kehadiran YB Tuan Shatiri Mansor selaku Ahli Dewan Negeri Selangor (Adun) Kota Damansara ke SK Subang Bestari 2 memeriahkan lagi bengkel kali ini. Beliau sempat meluangkan sedikit masa untuk melihat sendiri segala aktiviti dan cabaran-cabaran yang dilakukan oleh para peserta.

Pelbagai aksi dan ragam si kecil bersama keluarga yang dapat disaksikan sepanjang bengkel berlangsung. Ini kerana, setiap keluarga perlu bersamasama menyiapkan tugasan cabaran dan seterusnya mengambil gambar keluarga yang paling menarik serta memuat naik di media sosial mereka seperti di Facebook dan Instagram masing-masing dengan meletakkan tanda pagar #HPMY, #HPDeskJet, #ReinventLearning dan #HPLittleMakers. Pemenang cabaran HP Little Makers-Family Edition bakal menerima barangan HP bernilai RM10,000 daripada HP Malaysia.


Karya Anda

Nilai Kita Ruangan ini menyiarkan karangan-karangan tulen dan asli daripada anda. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan, dan ditulis dengan terang dan bersih berdasarkan tajuk yang diberi di bawah:

“Kasut saya...�

KARYA ANDA, Majalah Kuntum, Menara Star, 15 Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. kuntum@thestar.com.my

Tarikh tutup:

15 Januari 2020

S

aya belajar di sebuah sekolah yang besar. Nama sekolah saya ialah SJK(C) Chung Hwa. Sekolah saya terdiri daripada lima blok bangunan dua tingkat. Di sekolah saya terdapat pelbagai jenis kelengkapan seperti perpustakaan, kantin, bilik komputer, bilik muzik dan bilik pusat sumber. Terdapat sebuah padang yang besar di bahagian belakang sekolah. Murid-murid menjalankan Pendidikan Jasmani dan gerak kerja kokurikulum di sini. Kantin sekolah saya menyediakan pelbagai jenis makanan yang bersih dan sedap. Harganya juga tidak mahal. Semua makanan di sini adalah halal. Sekolah saya mempunyai lebih daripada 2000 orang murid dan 68 orang guru. Guru-guru di sekolah saya rajin-rajin belaka. Mereka mengajar murid-murid dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Sekolah saya ialah sebuah sekolah yang cantik, ia dipagari dengan pokok-pokok dan bunga- bunga yang berwarna-warni. Udara di sini nyaman dan suasana di sekeliling pula tenteram. Keadaan sebegini amat sesuai untuk muridmurid belajar. Saya berasa untung kerana dapat belajar di sekolah ini kerana sekolah ini lengkap dengan pelbagai kemudahan. Guru-guru di sini berpengalaman dan berkualiti. Saya cintakan sekolah saya.

Lee Sien Jer Kuala Lumpur

Karya Anda Januari 2020

“Kasut saya...�

ISI 1

52

202

0

ED

Nama: _____________________ ___________________________ Alamat: ____________________ ____________________________ ____________________________ Poskod: _____________________ Negeri: ______________________ Sekolah: ____________________ ____________________________ ____________________________ No. Telefon: __________________ Umur: _______________________

N

ama sekolah saya ialah SJK(T) Simpang Lima. Sekolah ini terkenal atas pencapaian cemerlangnya di seluruh Malaysia. Murid-murid sekolah ini sering mengharumkan nama sekolah dalam beberapa pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan. Sekolah saya merupakan sekolah aliran Tamil yang terbesar dan terletak di Klang Bandar Diraja. Sekolah saya sangat besar, bersih dan dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Kemudahannya seperti dewan, perpustakaan, makmal sains, makmal komputer dan sebagainya adalah lengkap dan terkini. Guru besar saya ialah Encik Chanderan Ratanam. Beliau ialah seorang guru besar yang mesra tetapi tegas. Terdapat seramai 105 guru di sini. Semua guru di sekolah saya sangat rajin dan bertanggungjawab. Saya amat gembira kerana dapat belajar di sekolah ini.

Jivithaselvi a/p N Mathy Yalagan Klang, Selangor


Nilai Kita

N

ama saya Rina. Saya menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Jalan 3. Sekolah saya terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Saya adalah murid tahun tiga dan belajar di sesi petang. Sekolah saya besar dan bersih. Di sekitar kawasan sekolah saya telah dihiasi pokok bunga yang cantik. Sekolah saya dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kantin, dewan, bilik muzik, bilik komputer, makmal sains, perpustakaan yang berhawa dingin dan padang yang luas. Di sekolah saya juga terdapat taman sains dan pondok bacaan. Pada waktu rehat, murid-murid suka bersiar-siar atau membaca buku di sana. Semua murid wajib mematuhi peraturan dan menjaga kebersihan kawasan sekolah. Pada setiap hari Isnin, sekolah saya akan mengadakan perhimpunan di dataran sekolah. Apabila loceng sekolah berbunyi pada pukul 1.10 petang, murid-murid akan beratur di dataran untuk perhimpunan. Waktu persekolahan di sekolah saya bermula dari pukul 1.10 petang hingga 6.35 petang. Tetapi pada hari Isnin dan Selasa, sesi persekolahan tamat pada jam 6 petang. Saya sangat sayang akan sekolah saya. Saya amat bertuah kerana dapat belajar di sekolah ini.

Rina Mohd Rafi’e Bangi, Selangor

Sekolah Saya... S

aya belajar di SJK(T) Simpang Lima. Sekolah ini ialah sekolah rendah aliran Tamil yang terbesar di Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1904. Sekolah bersejarah ini terletak di tengah bandar Klang, Selangor. Sekolah saya mempunyai pelbagai kemudahan seperti dewan yang luas, perpustakaan yang canggih dan bilik komputer yang berteknologi tinggi. Terdapat juga kantin, bilik muzik, bilik kesihatan, makmal sains dan pondok bacaan, taman herba, padang dan sebagainya. Guru besar sekolah saya bernama Encik Chanderan Ratanam. Beliau adalah seorang guru besar yang tegas tetapi peramah. Sekolah saya mempunyai lebih kurang 2000 orang murid dan 105 orang guru. Guru-guru di sekolagh ini amat berdedikasi dan berpengetahuan luas. Murid-murid sering mengharumkan nama sekolah ini dalam bidang pelajaran dan kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa.

Suriyalagan a/l N Mathy Yalagan ISI 1

53

202

0

ED

Klang, Selangor


Let’s Speak English

Tell Us A Story

To contribute to this column you are required to write a story based on the topic:

“My

“My favourite shoes...” Your story must be original and must not exceed 100 words. Send your story together with the form below to:

TELL US A STORY, Majalah Kuntum, Menara Star, 15 Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. kuntum@thestar.com.my

D

o you know why I love my school? My school, Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang, is the most beautiful school in my heart. I love playing with my friends, and my best friend is Arputha. I am in Standard One. My favourite teacher is Puan Sandrawati. She was super kind to me when I was very new to this school and taught me to speak Bahasa Malaysia. I enjoy my English, Arts and Mandarin classes, too. My mother sends and picks me up from school daily. At times, I feel my school bag is heavy, but I’m very grateful.

Michaela Priyadarshini Elizer Klang, Selangor

Closing date:

15 January 2020

Tell Us A Story January 2020

“My favourite shoes...”

ISI 1

54

202

0

ED

Name: ______________________ _____________________________ Address: ____________________ ____________________________ _____________________________ Poscode: ____________________ State: _______________________ School: _____________________ ____________________________ _____________________________ Contact Number: _____________ Age: ________________________

T

he place where children of tomorrow study and the future of our nation are shaped is called the school. Since education is an essential weapon for tomorrow, so the good schools of today are critical to the best future of a nation. I am proud of myself that I am studying in one of the best school in my town. I study in a school that is near to my home. It is one of the best schools in my entire town. The name of my school is Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1). I go to school with my other friends. We study in our school in a great friendly environment. We reach school at a fixed time. I am proud of my school because it provides us with all the basic facilities like a playground, a library, a big hall, a science lab and a good computer lab. We study under the guidance of the best teachers. The best schools are those who make the students best. I consider my school as the best school because it supports and encourages every student to do the best and make progress. That is why my school is rated as one of the best schools in my entire area.

Hayden William

Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur


Let’s Speak English i, as students we go to school every day. So, I’m going to tell you about my school Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh. My school is a rural school at Keningau, Sabah. All the pupils there are amazing, and all the teachers there are kind. The way they teach is great! They teach me everything that I need to know. They teach me how to be confident, respectful and kind. My friends are smart, funny and playful. They always help me when I need help. We chat together about football mostly. I hope Kuntum will visit my school. You should see the wonders of my school.

Alif Saufi Kaslan Keningau, Sabah

I

studied at SJK (C) Hua Sin. I’m a Year Three student. My school is big and pretty. My school has a hall, an office and a canteen. There is also an air-conditioned library. Students love to go there during recess. There are 25 classrooms in my school. The school building blocks are increasing as the number of pupils increased. The number of students today is 800, and the teacher is 43. All the teachers in my school are dedicated and responsible. Students are diligent learners and active in sports. I’m so grateful to be in this school.

Tan Pei ying

Seremban, Negeri Sembilan

ISI 1

55

202

0

ED

School…”

H


Let’s Speak English

Kids Health By: Step Up

H

Your Anatomy

Heart

uman anatomy is the scientific study of the body’s structures. Some of these structures are very small and can only be observed and analysed with the assistance of a microscope. Other larger structures can readily be seen, manipulated, measured, and weighed. The word ‘anatomy’ comes from a Greek root that means ‘to cut apart’. How well do you know yourself? And by that, we mean your body! Can you guess which makes for the heaviest organ in your body? Before we do that, match each organ to its correct position. Then, guess the top five heaviest organs in your body, in order!

Brain

A. Lung

B. C.

D. Liver

E.

F. Kidney

Skin

Top five heaviest human organs 1:__________________________________________________________________________________________ 2:__________________________________________________________________________________________ 3:__________________________________________________________________________________________ 4:__________________________________________________________________________________________ 5:__________________________________________________________________________________________

ISI 1

56

202

0

ED

Note: The average human being carries about 10,750 grams of skin! By the way, your kidneys rate number six on the scale.


Let’s Speak English

Fairy Tales & Folktales By: Step Up

1,001 Ways To Save rise. The king was enthralled by the story that he spared her life for one night as he wanted to know how the story ended. On the second night, Shahrazad ended the tale, but she offered another one – one that was better than the first. Once again, the king was spellbound by the account and spared Shahrazad’s life for another night so that she could complete her tale. On the third night, Shahrazad did the same thing again. She continued to do so for 1,001 nights, telling the king 1,000 stories which formed the Arabian Nights. On the final night, Shahrazad completed her last tale. She did not leave a cliffhanger in her story. King Shahryar broke down and wept when he realised this. For you see, he had fallen in love with

Shahrazad, but he did not wish to break his vow. The gentle Shahrazad told the king that wicked vows must not be kept and asked him to spare her life to show that he was a good king. King Shahryar agreed, and Shahrazad soon became his queen. The king had been made wiser from the stories told by Shahrazad.

ISI 1

57

202

0

nce upon a time, in a land known as Persia, there lived a king named King Shahryar. One day, he found out that his wife betrayed him. In a fit of rage, he beheaded her and vowed to marry a noble lady every day, only to have her beheaded the next day. As soon as the king had said that, he regretted his vow. That said, as a person of honour, he needed to keep it. Hence the king took a new wife every day, only to have her executed the next day. After a while, the vizier, whose job was to find a new wife for the king every day, could not find eligible noblewomen anymore. The king then demanded the vizier’s daughter, Shahrazad. The vizier was saddened and torn by the king’s request. But Shahrazad was a wise, young woman. She loved her father dearly and did not want to see her father suffer. She said to him, “Father, please let me go. Do not worry. I shall be safe for I have a plan.” That night, before the king retired to his chambers, Shahrazad told the king that she wished to soothe his troubled mind with a story. He thought it was a strange request indeed, but the curious king consented. Shahrazad began telling a tale of wonder and magic but ended the story at a cliffhanger as soon as the sun started to

ED

O

Your Life


Ruangan Interaktif Nama Kolum

Kepada anda yang ingin mengambil bahagian, anda bolehlah melukis apa-apa sahaja yang anda suka, tetapi mestilah yang asli (bukan watak kartun hakcipta) dan diberi namanya. Lukisan hendaklah dilukis di atas kertas putih tanpa garisan. Anda juga dinasihatkan agar tidak melipat karya anda.

Corak Sisik Ikan- Lukisan Oleh: Ku Siti Nur Dayani Ku Shahrulnizam (10), Klang, Selangor

Petang Yang DinginLukisan Oleh: Dharshika Nair a/p Prabakaran Nair (9), Subang Jaya, Selangor

Musim LuruhLukisan Oleh: Nur Hanifa Raudah M.Rosdi (11), Pasir Gudang, Johor

Rumah Idaman SayaLukisan Oleh: Khayra Nur Rania Muhammad Ridhuan (7), Bentong, Pahang

Si ComelLukisan Oleh: Katelyn Tan (7), Bayan Lepas, Pulau Pinang

Hantar lukisan ke alamat:

ISI 1

58

202

0

ED

Majalah Kuntum, Menara Star, 15 Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan



Ruangan Interaktif Cita-citaku

Kerjaya Sebagai Jurutera Minyak dan Gas A

ISI 1

60

202

0

ED

pabila bercerita mengenai dunia pekerjaan, pasti anda akan terfikir mengenai persekitaran yang berhawa dingin tetapi tahukah anda ada bidang kerjaya yang memberikan kita pengalaman untuk berada di tengah-tengah lautan contohnya kerjaya dalam bidang cari gali minyak dan gas. Pasti seronok jika setiap hari kita dapat melihat keindahan laut sambil merasai keheningan bayu pagi di tengah-tengah lautan dan tidak perlu bersesak di atas jalan raya untuk ke tempat kerja. Walau bagaimanapun, ada juga cabaran dalam kerjaya ini yang perlu dititikberatkan seperti keselamatan. Meskipun berdepan dengan cabaran yang hebat dan berisiko tinggi namun kerjaya ini menjanjikan gaji yang lumayan. Lihat sahaja pada Siti Marlia Mohamad, yang berasal dari Terengganu ini sudah berkecimpung dalam bidang minyak dan gas sejak tahun 2015. Menurut gadis yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum dari Universiti Teknologi Malaysia, dia mula menceburi dalam bidang ini oleh kerana keinginannya untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Di samping itu juga, peluang untuk bekerja di luar negara seperti di Emiriah Arab Bersatu, Dubai dan Abu Dhabi juga menjadi salah satu faktor yang menarik minat Siti Marlia

untuk bekerja dalam bidang ini. Bercerita pula mengenai tempoh waktu bekerja, menurutnya tiada jadual yang tetap kerana dia akan berada di laut selama 28 hari dan berada di darat selama 4 hari sehingga sesuatu projek itu selesai dan untuk syarikat antarabangsa, ia tidak tertakluk pada mana-mana cuti umum. Meskipun banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam menceburi bidang ini, kerjaya ini pasti memberikan seribu satu pengalaman buat dirinya. Untuk anda yang ingin menceburi dalam bidang minyak dan gas ini, Siti Marlia berpesan untuk sentiasa fokus di dalam kelas dan mula merancang strategi untuk mencapai matlamat hidup.


Peraduan Filem

SPIES IN DISGUISE

S

empena tayangan filem animasi Spies in Disguise lakonan suara Will Smith yang memegang watak sebagai Lance Sterling dan Tom Holland sebagai Walter Beckett, mari sertai peraduan filem Spies in Disguise dan menangi pelbagai hadiah. Jom padankan bayangbayang di bawah dengan watak yang terdapat di dalam filem ini.

Hadiah Istimewa Menanti Anda!

DI PAWAGAM 25 DISEMBER

Peraduan Filem

SPIES IN DISGUISE

Cari bayang-bayang Walter Beckett yang sebenar!

A

B

Terma & Syarat Peraduan: (a) Peraduan ini terbuka kepada semua kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun. (b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak peraduan, asalkan menggunakan borang yang asli di dalam majalah, bukan salinan. Setiap pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja. (c) Keputusan para hakim adalah muktamad, sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Jawapan:

C

D

(d) Tarikh tutup peraduan ini

31 Januari 2020.

Hantarkan penyertaan anda ke alamat:

Nama: _________________________________________ Umur: ____________ Alamat: __________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Telefon: ________________________ E-mel: ___________________________

Peraduan Filem Spies in Disguise

Majalah Kuntum, Menara Star, 15, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor.

Š� 2019 FOX


Ruangan Interaktif

m u t n u K h a l Maja engunjung Karnival

Ceriakan P

nggan a l e P u m e t r e B H a ri

2019

P

ISI 1

62

202

0

ED

ada tanggal 8 hingga 10 November lalu, bertempat di Dataran Putrajaya, kru Majalah Kuntum bersiap siaga untuk bertemu dengan para pengunjung bagi karnival Hari Bertemu Pelanggan, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Menariknya, booth Majalah Kuntum diletakkan bersama booth KWP yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung dewasa dan kanakkanak di kawasan Kids Area di situ. Gabungan aktiviti yang dijalankan antara kru KWP dan Majalah Kuntum khasnya untuk si kecil sentiasa dinantinantikan oleh para pengunjung. Ramai ibu bapa yang tidak melepaskan peluang untuk mendaftarkan anak-anak mereka dalam aktiviti yang disediakan bagi merebutkan hadiah istimewa oleh pihak penganjur. Slot aktiviti pada hari pembukaan iaitu Jumaat, 8 November dimulakan dengan Pertandingan Mewarna bersama anak-anak tadika Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Spelling Bee bersama Kuntum dan sesi taklimat serta aktiviti Aquaponik yang mengajar si kecil tentang kombinasi ternakan ikan dan tanaman. Pada hari kedua, Sabtu, 9 November, program dimulakan dengan sesi perkongsian santai Program Bandar Hijau bersama jenama Tupperware. Kemudian, diteruskan dengan pertandingan mewarna KWP yang terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun selain slot aktiviti Aquaponik. Slot bersama Majalah Kuntum pula bersambung dengan 3 aktiviti utama iaitu Spelling Bee, Origami & Craft serta Batik Painting. Kemunculan istimewa maskot Majalah Kuntum iaitu Pintar juga berjaya mencuit hati para pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergambar dengannya. Pada hari terakhir, iaitu pada hari Ahad 10 November, dengan mengekalkan konsep aktiviti yang sama, program ternyata lebih ceria dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ternyata kehadiran YDPA memberikan satu kenangan manis dan kemeriahan berganda buat para pengunjung yang hadir.


Ruangan Interaktif

ISI 1

63

202

0

ED

Tuanku tiba kira-kira pukul 9.00 pagi dan disambut meriah oleh semua pengunjung yang sudah berkumpul sejak pukul 8.00 pagi lagi. Sepanjang karnival 3 hari tersebut, pelbagai aktiviti seperti gerai makanan, bazar dan pameran disediakan. Malah terdapat juga kelibat artis-artis popular seperti Maya Karin yang turut hadir di booth KWP yang menghangatkan suasana sepanjang karnival berlangsung. Kehadiran Maya Karin ini adalah sebagai tanda sokongan beliau atas pelantikan sebagai duta ikon River of Life (ROL), KWP.


Info Pilihan

Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Mempamerkan Bakat Di

‘One-Two-Star’ S

elangor Dredging Berhad (SDB), dengan kerjasama Milestone Productions, barubaru ini menganjurkan Pertunjukan Bakat ‘One-Two-Star’ di Hotel Maya Kuala Lumpur. Pertunjukan bakat ini disertai oleh kanakkanak berkeperluan khas. Pada malam tersebut, kanak-kanak istimewa ini menyanyikan lagu-lagu yang diilhamkan daripada filem-filem terkenal. Objektif pertunjukan bakat adalah untuk terus membina keyakinan kanak-kanak ini sambil mempamerkan kebolehan muzik mereka yang unik dan jarang sekali dapat dilihat. Ia juga menjadi sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) SDB selepas kejayaan ‘One-Two-Juice’ (kelas membuat jus), ‘One-Two-Wash’ (inisiatif

mencuci kereta), ‘One-Two-Gift’ (program pembuatan sabun) yang dijayakan oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini... Para peserta berumur daripada 10 hingga 22 tahun, dengan setiap individu pernah menjalani terapi muzik dan pelajaran yang melibatkan nyanyian, dan bermain alat muzik seperti piano, biola dan gendang. Kemudian, semua 14 peserta berkumpul untuk menyanyikan persembahan finale “We Will Rock You” dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang terdiri daripada ahli keluarga, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

Seni Daripada Barangan

Terbuang dan Terpakai

ISI 1

64

202

0

ED

P

ertandingan ‘Waste to Art’ 2019 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah berlangsung dengan jayanya dan merupakan satu platform kepada penggiat seni dalam menghasilkan karya berasaskan barangan terbuang dan terpakai. Pertandingan ini bertujuan untuk membudayakan amalan 3R (Reduce,

Recycle dan Reuse) sebagai langkah paling penting dan berkesan untuk menguruskan sisa pepejal secara mampan serta merealisasikan sasaran kitar semula negara pada tahun 2020. Sebanyak 262 penyertaan telah diterima dipilih berdasarkan tiga kategoriutama iaitu 2 Dimensi, 3 Dimensi dan Media Baharu (Seni Digital) yang memperuntukan RM30,600 sebagai hadiah wang tunai kepada para pemenang mengikut kategori masing-masing. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, SWCorp Malaysia, Ismail Mokhtar di Gateway@Klia2, Sepang. Hasil karya-karya ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat mencari peluang penghasilan produk daripada barangan kitar semula dan terbuang sebagai sumber pendapatan.


Sempena menyambut kemeriahan Tahun Baru Cina dengan hidangan Roti Massimo, ayuh kita sambut tahun tikus ini dengan membuat origami haiwan tersebut... Apa tunggu lagi! Ikuti langkah demi langkah:1) Lipat kertas dan buat garis lipatan seperti gambar di bawah ini.

2) Untuk bahagian telinga tikus. Ikut gambar yang diberikan.

3) Lipat silang ke belakang.

9) Akhir sekali, lipat untuk membuat bahagian ekornya.

4) Lipat hujung kertas ke belakang.

5) Lipat kedua-dua sudut ke belakang.

6) Lipatkan kertas kepada separuh.

7) Bentukkan menjadi telinga.

8) Buka lipatan untuk bentuk menjadi telinga di kedua-dua bahagian.

10) Origami siap.

Talian Bebas Tol: 1-800-22-6688

www.massimo.com.my


Dunia Pintar Dunia Teknologi

B

Â

5 Tip Jimat Ruang Pada Gajet

agi yang menggunakan peranti atau gajet elektronik, pasti anda berdepan dengan masalah ruang memori alat elektronik yang sentiasa penuh. Jika perkara ini berlaku, ia semestinya diakibatkan oleh pengurusan storan yang tidak sistematik. Jadi, cuba aplikasikan tiptip ini untuk lebih jimat serta meningkatkan produktiviti.

1

Aplikasi- Aplikasi yang dimuat turun akan secara automatik disimpan di memori terbina di peranti anda. Ada beberapa peranti yang membenarkan anda untuk menyimpannya dalam kad SD. Selain itu, anda perlu lebih rajin untuk mengemas kini aplikasi mana yang telah dimuat turun tetapi tidak berguna, rosak dan versi percubaan. Jangan terasa rugi untuk terus membuangnya. Â Foto- Kini, terdapat pelbagai versi peranti dengan kamera yang memiliki mega piksel yang besar. Untuk kegunaan yang penting dan anda memang memerlukan foto yang beresolusi tinggi, cantik dan sebagainya tiada masalah. Tetapi, jika hanya sekadar untuk memuat turun di Facebook, anda perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan sedikit saiz bagi menjimatkan ruang dan memuatkan lebih banyak foto.

ISI 1

66

202

0

ED

2

3

Data aplikasi- Sesetengah aplikasi menyimpan banyak failfail sementara dalam memori terbina pada peranti anda dan ia akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Datadata aplikasi ini selalunya tidak ditetapkan untuk pengurusan secara sistematik. Masalah ini tidak berlaku kepada aplikasi popular seperti Google Maps, Facebook dan sebagainya. Â E-mel- Ada beberapa versi peranti yang tidak memiliki kesesuaian untuk bekerja dengan e-mel yang terlalu banyak. Pengurusannya kurang sistematik mengakibatkan ia akan menyesakkan ruang dan memenuhkan memori sehingga memperlahankan peranti tanpa disedari. Ambil masa untuk melihat dan memadamkan mana yang sudah tidak berguna lagi. Â Video- Kebanyakan video yang diambil dengan peranti mudah alih kini sangat berkualiti sehingga beresolusi definisi tinggi (HD). Perkara ini perlu dititikberatkan oleh pengguna kerana saiz video sangat besar dan akan memakan banyak ruangan di storan anda. Rajin-rajinkan diri untuk memindahkan fail video yang dirakamkan bagi membolehkan storan anda boleh dimuatkan oleh data-data yang lain.

4

5


Jom Tanya

Dunia Pintar

Kaunselor

Hi Kakak Kaunselor, saya mengalami masalah ketagih media sosial. Setiap hari saya akan melayarinya dan menghabiskan masa dalam talian. Bagaimana saya mahu mengurangkannya? Faizal Hisyam Fahmi Bermula cuti sekolah yang lepas, saya banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet sehingga saya tidak boleh berhenti melayarinya. Ibu selalu menasihati saya tetapi saya masih leka bermedia sosial. Apa perlu saya lakukan? Siti Ameerah Azmi Saya mempunyai ramai kawan baharu semenjak saya ada akaun media sosial. Saya seronok kerana kawan-kawan saya sentiasa ada bersama saya di alam maya walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan mereka. Adakah perbuatan saya ini salah? Adibah Hanim Azlan

Namun, yang penting adalah kesedaran bahawa di tahap manakah kita sebagai penagih media sosial. Kita sebagai pengguna media yang bijak mestilah cakna dan celik dalam mendisiplinkan diri sebagai pengguna yang berhemah. Jumpa lagi! ISI 1

67

202

0

ED

Selamat tahun baharu Kakak Kaunselor ucapkan kepada semua. Kakak doakan anda semua dalam keadaan yang baik dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini. Pertanyaan yang diterima kali ini amat menggusarkan kakak kerana ia semakin menular di kalangan masyarakat kita terutama murid-murid sekolah rendah. Masyarakat kita terlalu obses dengan media sosial dan ini bermakna dalam satu jam rakyat Malaysia akan sentiasa melihat telefon pintar mereka setiap 10 minit atau kurang. Begitu juga dengan anda sebagai murid sekolah yang telah memiliki telefon pintar sudahpun ketagih kepada Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya yang tidak memberi manfaat jika kita leka melayarinya secara berterusan. Sebagai murid yang cemerlang, kita mestilah menjadi pengguna yang celik media. Memahami dan mengamalkan penggunaan media sosial pada had tertentu. Kita perlu kembali kepada keadaan normal dan lumrah kehidupan yang tahu membahagikan masa untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Nasihat Kakak Kaunselor kepada semua yang memiliki akaun media sosial, tidak salah untuk mendapatkan ramai kawan tetapi keselamatan diri perlu diutamakan. Jangan mudah terpedaya dengan bermacam-macam helah orang luar yang tidak kita kenali. Kita tidak tahu sama ada niat mereka untuk berkawan dengan kita itu baik atau sebaliknya. Tidak semua maklumat dalam media sosial benar belaka. Kita perlu membuat keputusan setelah menimbang tara segala maklumat yang diperoleh dari segenap sudut.


Dunia Pintar

Aneh Tetapi Benar

Selat Gibraltar:

Pertemuan Antara Dua Lautan

S

elat Gibraltar merupakan tempat terjadinya satu fenomena alam yang sangat menakjubkan. Di situ anda akan dapat melihat pertemuan antara dua lautan iaitu lautan Atlantik dan lautan Mediterranean. Lautan Atlantik dan lautan Mediteranean mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada segi suhu air, kadar garam dan kepadatan air (density). Kerana ciri-ciri yang berbeza ini, warna air laut yang berbeza akan kelihatan ketika air daripada kedua-dua lautan ini bertemu. Air lautan Mediterranean kelihatan lebih pekat dan gelap berbanding air lautan Atlantik yang berwarna biru terang.

timur permukaan laut Mediterranean yang lebih masin, air laut Mediterannean yang mempunyai kepadatan yang lebih berat akan mengalir ke barat dan dikenali sebagai Mediterranean Outflow. Ketika aliran Mediterranean Outflow meninggalkan laut, ia mengalir mendadak di dasar laut, menghasilkan siri gelombang dalaman dan akan menghasilkan satu garisan pemisah antara dua lautan ini. Terdapat banyak penjelasan saintifik mengenai Selat Gibraltar ini, fenomena tersebut kekal menjadi salah satu keajaiban alam ciptaan Tuhan yang hebat!

Apabila air mengalir keluar dari lautan Mediterranean, dua arus terbentuk di selat ini. Lapisan atas air lautan Atlantik mengalir ke arah

68

2 0 21

90

EJD

NI 1 UIS

Sumber gambar: Google


Dunia Buku

Dunia Pintar

The Flag Book (Lonely Planet Kids) 1st Edition Selamat datang ke dunia bendera yang hebat! Tahukah anda bahawa setiap bendera sebenarnya mempunyai mesej dan makna yang tersendiri. Buku The Flag Book memperkenalkan anda kepada bendera setiap negara di dunia, dari Afghanistan ke Zimbabwe, dan memberi maklumat tentang reka bentuk, warna dan imej bersama banyak fakta yang luar biasa. Selain bendera negara dunia, terdapat juga Bendera Simbol Kod Antarabangsa untuk berkomunikasi antara kapal-kapal di laut; terdapat juga bendera yang ada dalam sukan, seperti bendera Formula 1, ketika perlawanan bola sepak dan macam-macam lagi. Ayuh ke kedai buku MPH serta kedai buku utama yang lain berdekatan anda untuk mendapatkan buku yang hebat ini! Pengarang: Moira Butterfield Penerbit: Lonely Planet Harga: RM79.90

How Trains Work (Lonely Planet Kids) 1st Edition

Pengarang: Clive Gifford Penerbit: Lonely Planet Harga: RM86.90

1 UISNI

69

2 0 12

09

EDJ

Daripada yang terpantas hingga yang terpanjang, yang tertua ke yang terbaharu, merentasi terowong, jambatan dan gunung-ganang, semua ini dapat anda lihat melalui ilustasi daripada ilustrator James Gulliver Hancock. Buku ini adalah kesinambungan daripada buku How Cities Work and How Airports Work. Buku ini berkonsepkan flap page dan membawa pembaca menerokai sejarah tentang pembangunan sistem keretapi, suasana stesen keretapi yang sibuk dan melihat gambaran keretapi wap yang menggunakan arang batu sehinggalah keretapi berkelajuan tinggi hampir 400 batu sejam yang terdapat di Jepun! Segera dapatkan buku yang menarik ini di kedai buku MPH serta kedai buku utama yang lain berdekatan anda!


Dunia Pintar Kelab Sains Pintar

n e m i r e p E ks

Hai pembaca , Majalah Kuntum ar kali ini Pint melakukan satu arik dan anda eksperimen men h cuba uji kaji semua juga bole ah dan lihat mudah ini di rum ! ! sendiri hasilnya ba u c n me Selamat

Bunga Telang

Bahan-bahan: F Sekuntum buka telang yang dikeringkan F Sebiji lemon F Tabung uji/ bekas kaca F Pipet/ picagari

Langkah 1 :

minit Rendam bunga telang kering anggaran 30 biru. jadi men hingga air bertukar

Langkah 2 :

singan.

Perah lemon (tanpa biji) dalam bekas bera

Langkah 3 :

m Masukan air rendaman bunga telang ke dala . kaca s beka tabung uji atau

Langkah 4 :

n air perahan Dengan menggunakan pipet, masukan 3 titisa aman rend air i beris yang lemon ke dalam tabung uji an. bunga telang dan goncangk Lihatlah hasilnya!

Nota:

ISI 1

70

202

0

ED

n bunga telang kering akan bertukar menjadi Hasil tindak balas kimia, air pada rendama a perahan lemon manakala air rendaman bung ungu disebabkan unsur asid daripada air telang kering pula bersifat alkali.


Dunia Pintar

Sukan

elari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi dinobatkan selaku Raja Pecut baharu Asia Tenggara selepas mengungguli acara 100 meter Sukan SEA ke-30 pada aksi di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina yang lalu. Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail itu melakar catatan masa 10.35 saat untuk memenangi acara riben biru berkenaan, sekali gus mempertahankan emas dimenangi seorang lagi pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan catatan masa 10.38 saat. Pingat perak dan gangsa dalam acara itu, masing-masing diraih oleh dua pelari Thailand iaitu Sowan Ruttanapon dan Bandit Chuangchai yang mencatat masa 10.49 saat dan 10.52 saat. Tahniah buat Haiqal!

K

ejayaan Lee Zii Jia and S. Kisona menamatkan penantian selama 46 tahun untuk meraih pingat emas serentak dalam acara perseorangan lelaki dan wanita pada Sukan SEA, mewarnai hari gemilang kontinjen Malaysia pada edisi ke-30 temasya sukan dwitahunan berkenaan di Filipina yang lepas. Zii Jia menundukkan pemain Singapura, Loh Kean Yew menerusi kemenangan 21-18 dan 21-18, manakala Kisona bergelut sebelum menumpaskan pemain muda Indonesia, Ruselli Hartawan menerusi kemenangan 20-22, 21-14 dan 21-13 pada aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila. Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas serentak adalah pada tahun 1973 yang ketika itu dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) di Singapura menerusi mendiang Datuk Punch Gunalan dalam acara perseorangan lelaki dan Sylvia Ng dalam acara perseorangan wanita. Kejayaan cemerlang dua pemain perseorangan negara itu turut diteruskan menerusi gandingan Aaron Chia/Soh Wooi Yik yang menewaskan pasangan Thailand, Bodin Isara/Maneepong Jongjit pada aksi final menerusi keputusan 18-21, 21-15 dan 21-16, sekaligus menamatkan penantian Malaysia selama 16 tahun setelah kali terakhir memenanginya pada edisi 2003 di Vietnam menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah. Sumber berita: BERNAMA

ISI 1

71

202

0

P

Kontijen Badminton Malaysia Cemerlang di Sukan SEA Ke-30

ED

Haiqal - Raja Pecut Baharu Asia Tenggara



Oleh Majalah Kanak-Kanak Sejak 1980 Dibawa Khas

0 2 2 / 0 2 i s i Ed

Ulang Tahun ke-40

ah Kuntum l a j a M

Fokus Utama:

Terokai Dunia STEM…

ya Kupasan isu kerja bersama KidZania dalam kolum Cita-Citaku… Lawatan Kuntum ke Sekolah: Jelajah Jom Baca…

Jom ikuti kami di: Majalah Kuntum majalah_kuntum Kuntum Star Hantarkan karya, nukilan, lukisan serta gambar anda ke ruangan: Tell Us A Story u Karya Anda u

Sambutan

Lakar dan Warna u Jom Makan Angin u


Apa itu Buli Siber?

Apakah kesan buli siber?

Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Buli siber adalah salah di sisi undang-undang.

Sekiranya anda adalah mangsa buli siber •

• •

Bincang dengan ibu bapa anda, kaunselor sekolah atau guru. Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti. Jangan balas mesej teks atau e-mel buli.

Hubungi talian ini segera jika anda mangsa buli siber: Talian Terus Cyber999: 1-300-88-2999 E-mel: cyber999@cybersecurity.my Mesej ini dibawakan khas oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan CyberSecurity Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari:


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.