3 minute read
Tip Pelajar Hebat
from Kuntum January 20
by thestar
Sehebat ABCD… Kualiti Pelajar Cemerlang
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Oleh itu, pencapaian cemerlang dalam akademik sahaja tanpa keperibadian cemerlang, belum mencukupi untuk melayakkan seseorang pelajar dikategorikan sebagai pelajar cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut; hebat akhlak dan hebat akademik, mesti ada bersama.
A
Tip Pelajar Hebat Oleh: Cikgu Rina
Amanah
Pelajar yang cemerlang adalah jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Mereka sentiasa bercakap benar, tidak berbohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa tanggungjawab yang dipikulnya adalah suatu kewajipan serta amanah dan mesti dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan integriti.
BBijak Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa serta sumber-sumber di sekelilingnya. Mereka mengutamakan kebersihan, kesihatan serta penampilan diri.
Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya; mengutamakan Kekuatan tidak datang daripada kemampuan
yang utama, melaksanakan tugas sebaik mungkin dan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.
CCergas Sentiasa mengambil berat tentang kesihatan fizikal, minda serta emosinya. Menjaga pemakanannya, tidur dan rehatnya serta melakukan aktiviti-aktiviti jasmani yang berkesan serta prinsip-prinsip diri, disiplin serta amalanamalan cemerlangnya ini menjadikan dirinya cergas, tangkas
Kata-kata motivasi bulan ini. dan produktif sekaligus menjadikan dirinya pelajar cemerlang.
fizikal, tetapi ia datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah!
DDedikasi Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawabnya. Apa sahaja tugasan yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh sehingga mencapai hasil yang terbaik serta matlamatnya. E D I S I 1 39
2 0 2 0
Program Pendidikan SEA LIFE, LEGOLAND Hebat!
Program Pendidikan SEA LIFE telah mendapat sokongan yang kedua oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai destinasi daya tarikan mesra keluarga dan pendidikan terkemuka di Malaysia.
Melalui mengiktirafan ini, LEGOLAND memberikan 10,000 tiket percuma kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dari sekolah-sekolah luar bandar agar mereka boleh mendapat manfaat daripada pengalaman pendidikan interaktif dan menarik.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM kepada Tuan Hj. Azman Adnan, Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan disaksikan oleh Cik Thila Munusamy, Pengarah Jualan & Pemasaran, LEGOLAND Malaysia Resort.
Menurut Cik Thila Munusamy, Program Pendidikan SEA LIFE merupakan pusat pembelajaran yang merangsang sifat ingin tahu kanak-kanak di dunia semula jadi kehidupan marin dan bagaimana mereka boleh membantu
melindunginya.
LEGOLAND juga mengembangkan eksplorasi terus kepada sekolah-sekolah di seluruh negara dengan Bas EDUPLAY EXPRESS. Bas itu membawa program pendidikan secara langsung kepada pelajar dan menawarkan platform pembelajaran interaktif di luar bilik darjah yang mengujakan. Setakat ini, bas itu telah melawat lebih dari 1,000 sekolah di Semenanjung Malaysia dan jumlah ini semakin berkembang.
Festival pada tahun ini yang bertemakan ‘Celebrating STEM’ diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-20 Petrosains. Dengan tagline ‘Meet the Future’, festival ini memberi tumpuan kepada pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan menjalankan program dan aktiviti yang berteraskan STEM di samping perkembangan sains dan kemajuan teknologi masa hadapan.
Festival Sains Petrosains 2019 M e r i a h !
Petrosains Science Festival 2019, festival sains terbesar yang dianjurkan oleh Petrosains, The Discovery Center telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Petrosains, Puan Zahariah (Liza) Abdul Rahman di Esplanad, Taman KLCC. Turut dihadiri oleh Puan Fedora Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif, Petrosains dan Yang Berbahagia Datuk Hashim Wahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, KLCC Urus Harta serta wakil-wakil daripada rakan kerjasama yang lain.
Star Media Group dan Kuntum menjadi salah satu antara rakan kolaborasi yang terlibat dengan undangan sebagai pempamer. Kehadiran maskot Kuntum, Pintar memeriahkan lagi aktiviti sains yang menyeronokkan di ‘booth’ dan sekaligus mengaktifkan Kelab Sains Pintar!