4 minute read

Album Sekolah

Next Article
Dunia Buku

Dunia Buku

Lawatan Kuntum ke... SK Tan Sri Awang Had Salleh

Semua akan dapat hadiahhadiah ini...

Lawatan Kuntum ke... SK Cheras Jaya

Lawatan Kuntum ke... SK Taman Segar

Wow! Kena tangkap bakteria di sini...

Pintar ke Pahang Pula!

Lawatan Kuntum ke... SK Jambu Rias

Mari kita bergambar.. sedia.. senyum semua!

Nota Untuk Guru:

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan Kempen Galakan Membaca di sekolah masing-masing, sila hubungi: Puan Sharifah Thuraizah, Eksekutif (Circulation Section), di nombor telefon: 03-7967 1388 sambungan 1687; telefon bimbit: 012-250 1833 faks: 03-7957 7798

Idola Pilihan

Dunia Luncur Ais Sangeeta Retnakumar

Sangeeta Retnakumar, 12 tahun, adalah antara pemain luncur ais muda di Malaysia. Dia telah mewakili Malaysia dalam pelbagai kejohanan dan pertandingan luncur ais di seluruh dunia sejak tahun 2015 lagi. Malah, dia kini menduduki ranking ke-8 Asia di Ice Skating Institute Asia (ISIASIA).

Dengan kesungguhan dan dedikasi Sangeeta yang dapat dilihat melalui komitmennya terhadap dunia luncur ais, ternyata ia berjaya melatih dirinya untuk menjadi kuat dan menguasai dalam kemahiran teknikal, kelajuan, konsistensi dan kesenian di atas ais.

Walaupun berdepan dengan jadual latihan yang amat padat serta sesi latihan yang sangat keras, ia tidak pernah sesekali mematahkan semangat Sangeeta dalam meningkatkan kemahiran luncurannya sebagai persediaan untuk mewakili Malaysia dalam pelbagai pertandingan seperti Sukan SEA, ISU Junior Grand Prix dan Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Terdapat banyak pemain luncur ais juara bertaraf dunia yang memberi inspirasi kepada golongan muda berbakat seperti Sangeeta dan idolanya adalah tokoh luncur ais terkenal iaitu Yuna Kim.

Segala kejayaan dan pencapaian yang dikecapi Sangeeta tahun lalu menjadi kenangan manis bagi dirinya yang sememangnya meminati sukan itu. Dia yang merupakan murid dari Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2 ini ternyata menjadi contoh dan inspirasi buat rakan-rakannya yang lain untuk terus maju jaya serta menyerlah dalam apa jua bidang yang digemari.

Petikan kegemarannya: Semua impian kita boleh menjadi kenyataan jika kita mempunyai keberanian untuk mengejarnya - Walt Disney.

UPSR BAHASA MELAYU Oleh: Cikgu Fatimah Soalan Memindahkan Maklumat

Cikgu, apakah kesannya jika saya tidak berhatihati semasa membina ayat?

Untuk pengetahuan kalian, banyak murid yang melakukan kesilapan semasa membina ayat dalam soalan memindahkan maklumat.

Kamu boleh kehilangan markah yang banyak jika tidak berhati-hati semasa membina ayat tersebut. Lihat perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa membina ayat dalam penerangan di bawah ini.

1.

Jangan tulis perkara-perkara yang tidak dilihat dalam bahan rangsangan atau gambar.

- Contohnya:

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Setia Murni berhimpun di dewan sekolah untuk mendengar penerangan daripada guru besar. ( 7) (maklumat yang bergaris dalam ayat di atas tiada dilihat dalam bahan rangsangan atau gambar yang diberikan) Ayat yang sepatutnya ditulis ialah:

Murid-murid itu berhimpun di dewan sekolah untuk mendengar penerangan daripada guru besar. ( 3)

2.

Jangan gunakan kata ganti diri yang berkaitan dengan diri sendiri. - Contohnya: ‘saya’, ‘keluarga saya’, ‘ibu saya’ dan sebagainya Bapa saya menyambut tetamu yang hadir ke rumah kami bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri. ( 7) Ayat yang sepatutnya ditulis ialah: Encik Hadi menyambut tetamu yang hadir ke rumahnya bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri. ( 3)

LATIH TUBI Gambar di bawah ini menunjukkan suasana di pasar mini. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

This article is from: