2 minute read

Fokus Utama: Semarak

Next Article
Dunia Buku

Dunia Buku

Matlamat yang jelas dan lebih spesifik. Contohnya aku mahu 6A dalam UPSR. Tahukah Anda?

Azam Baharu, Azam Lama?

Tentunya apabila menyambut tahun baharu, perkara yang sering diberi perhatian tentunya apa azam untuk tahun 2020 ini. Ada yang akan senaraikan azam yang panjang untuk dicapai tahun ini. Apa-apa pun, jangan hanya tumpu azam yang baharu, jika ada azam lama yang belum dicapai, teruskan dan jangan biarkan ia berlalu begitu saja.

Inilah Masanya Berani Untuk Berubah

Orang yang positif dan berjaya tidak sama sekalipun menggelarkan kata azam tahun baharu sebagai azam kerana mereka lebih menyukai dan menukar perkataan itu sebagai satu matlamat yang perlu dicapai dalam tahun tersebut. Matlamat yang ditetapkan akan dihuraikan dengan lebih spesifik dan memenuhi

SSpecific

format SMART iaitu: E D I S I 1 6

2 0 2 0

MMeasurable

Matlamat yang boleh diukur tahap pencapaiannya.

AAchievable

Matlamat yang boleh dicapai.

RRealistic

Matlamat yang realistik dan bukan satu angan-angan kosong.

TTimely

Matlamat yang boleh dicapai dengan waktu yang munasabah.

Tahun Baharu Perlu Urus Masa Dengan Baik

Masa adalah emas bagi orang berjaya dan mahu mengecapi kecemerlangan. Setiap detik itu berharga dan ada menyamakan ia dengan nilai wang. Maka, penting bagi anda untuk menguruskan masa 24 jam sehari agar hebat dalam pelajaran dan kehidupan. Disebabkan itu juga, perkataan ‘produktif’ sangat sinonim dengan orang berjaya yang mana setiap waktu diletakkan had-had tertentu untuk aktiviti-aktiviti yang dilakukan agar masa tidak terbazir begitu sahaja.

5 Jenis Azam Popular Setiap Kali Tahun Baharu

Seperti lazimnya menjelang tahun baharu, setiap individu terutamanya bagi seorang pelajar, mereka akan menanam azam dalam diri mereka. Ramai yang mula memikirkan apa yang bakal dilakukan pada tahun baharu dan tidak kurang juga yang terus berusaha merealisasikan azam tahun lalu yang masih belum tercapai. Jika difikirkan, azam atau matlamat tidak semestinya hanya diterbitkan dalam setiap orang pada tahun baharu sahaja. Ia sepatutnya dilakukan setiap hari. Ini antara azam-azam yang seringkali anda dengar dan boleh jadi adalah azam anda sendiri saban tahun.

1 2 3 4 5

Ingin kurangkan berat badan- Ini adalah impian setiap orang, untuk mencapai matlamat ini, mulakan tahun baharu anda dengan amalan pemakanan yang sihat serta lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jangan malas-malas ya... Hasil kajian yang diterbitkan oleh laman portal time.com/money turut mendapati orang ramai ingin mengamalkan gaya hidup sihat dan kurangkan berat badan.

Ingin catat kehadiran penuh ke sekolah- Sematkan matlamat ini tika anda memulakan sesi persekolahan tahun baharu ini, jagalah kesihatan anda agar tidak mudah jatuh sakit dan jauhkan sifat malas untuk hadir ke sekolah, pasti anda mampu mengecapinya.

Ingin menjadi salah seorang atlet sekolah- Jangan biarkan ia hanya menjadi angan-angan sahaja, buktikan kemampuan sebenar diri anda dan pilihlah sukan yang sesuai dengan kemampuan anda. Mungkin ibu bapa atau guru-guru boleh membantu dalam meningkatkan minat anda dalam aktiviti bersukan.

Ingin menyimpan wang lebih banyak- Sifat boros adalah sifat yang perlu dihindari. Alangkah ruginya anda jika anda membazirkan duit berian ibu bapa untuk perkara yang tidak berfaedah. Suburkan tabiat suka menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit! pem

Ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaanYa, sentiasa katakan pada diri anda, anda mampu lakukannya. Gunakan masa dengan perbanyakkan membuat ulang kaji dan latihan jika mahu terus cemerlang dalam pelajaran. Jangan leka dengan bermain sahaja!

This article is from: