DIRECT SELLER Malaysia BM|Vol 2|No 1|2020|MDTCA Datuk Muez

Page 14

Fokus

118.4 juta orang dalam Jualan Langsung 10.5 juta orang melibatkan diri sepenuh masa, menumpukan 30+ jam seminggu dalam membina perniagaan jualan langsung mereka. 42.9 juta orang melibatkan

diri separuh masa, menumpukan sehingga 30 jam seminggu dalam membina perniagaan mereka.

64.9 juta orang yang lain

termasuk mereka yang baru menyertai; ramai yang menyertai kerana meminati produk yang ditawarkan dan ingin membeli produk pada harga diskaun.

Kategori kesejahteraan kesihatan selalu teguh di rantau Asia-Pasifik dan berlaku sekali lagi pada 2018. Di hampir semua pasaran, kategori ini menjana lebih daripada separuh jumlah jualan langsung. Angka bagi Amerika Syarikat pada 2018 adalah 35.6%. Jauh di tempat ketiga adalah produk-produk rumah tangga dan yang tahan lama pada kadar 12.8% . Lain-lain produk adalah pakaian dan aksesori (6.2%), perkhidmatan kewangan (3.2%), makanan dan minuman (2.7%), kemudahan (2.7%), buku, permainan, alat tulis (2.3%), penjagaan rumah (2%) dan pembaikan rumah (1.9%) . Bagi Malaysia, produk-produk kesejahteraan kesihatan terus mendominasi industri pada 52%. Di tempat kedua ialah kosmetik dan penjagaan peribadi pada 17%, diikuti oleh produk rumah tangga dan tahan lama (16%). Populariti

12

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020

Million 120

104.6

113.7

116.6

2016

2017

118.4

100 80 60 40 20 0

2015

produk-produk ini mencerminkan data global. Produk makanan dan minuman berada pada kadar 5%, begitu juga pakaian dan aksesori. Manakala buku, permainan dan alat tulis berada pada 3% , penjagaan rumah dan pembaikan rumah masingmasing 1%.

TENAGA JUALAN GLOBAL Tenaga jualan global mengalami pertumbuhan yang mencatat rekod juga, sehingga 1.6% dan mencapai bilangan 118.4 juta orang yang terlibat dalam jualan langsung di peringkat global. Angka ini termasuk lebih 53 juta orang wakil bebas yang berusaha membina perniagaan julan langsung mereka, sama ada sebagai kerjaya sepenuh masa atau separuh masa untuk memperolehi pendapatan tambahan.

2018

BILANGAN WANITA DAN LELAKI MENYERTAI JUALAN LANGSUNG TELAH MENINGKAT DARI SETAHUN KE SETAHUN

74% Wanita

26% Lelaki

Wanita juga merupakan tulang belakang industri, iaitu 74% daripada tenaga kerja. Bilangan wanita dan lelaki yang menyertai jualan langsung telah meningkat dari setahun ke setahun. Industri memperkasakan sebilangan yang tidak terkira usahawan wanita di seluruh dunia. Kini kaum lelaki menyedari peluang ini dan turut ikut serta.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.