DIRECT SELLER MALAYSIA diterbitkan dua kali setahun untuk Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) — yang ditubuhkan pada tahun 1978 untuk mewakili 121 ahli (2020) anggotanya dalam peranan advokasi bagi meneraju industri jualan langsung di dalam, dan luar negara. Direct Seller bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat umum tentang kedudukan Malaysia sebagai salah satu daripada 10 negara teratas dunia untuk bisnes jualan langsung — menurut Persatuan Jualan Langsung Dunia Persekutuan (WFDSA). Penerbitan ini juga bermatlamat untuk memaklumkan dan mendidik pembaca-pembaca tentang berita-berita terbesar dan strategi/kaedah terbaru dalam sektor perniagaan jualan langsung sedunia. Majalah ini juga mendekatkan lagi pembaca-pembaca dengan syarikat-syarikat, tokoh-tokoh, dan ahli-ahli Persatuan yang berusaha untuk mengambil industri melepasi tanda pendapatan RM20 bilion (GDP) menjelang 2020 (2018: RM15.9 bilion).