Direct Seller Malaysia I Vol 1 No1 I 2021 I BM I Section 1

Page 1

EDISI 1 / 2021

MENEMPA MASA DEPAN: KEBANGKITAN ELKEN Falko Leonhardt, Ketua Pegawai Eksekutif Elken

KONVENSYEN MAYA DSAM 2020 Perniagaan Jualan Langsung Anda

ISSN 2716-6171

RM10

DIRECT SELLER MALAYSIA

DITERBITKAN OLEH



Muka Depan Falko Leonhardt, Ketua Pegawai Eksekutif Elken

KANDUNGAN

CERITA MUKA DEPAN

SOROTAN

4

8

Konvensyen Maya 2020, Persatuan Jualan Langsung Malaysia

12

Meninggikan Impak Jualan Langsung Sedunia

13

Keputusan Jualan Langsung Sedunia 2019

14

Statistik Saham Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) Bagi 2020

17

Yang Diperlukan Hanya Impian

18

Perbezaan Antara Jualan Langsung Dan Platform E-Dagang Dalam Talian

Menempa Masa Depan: Kebangkitan Baharu Elken Menjangkau jangka masa 26 tahun, Elken Sdn Bhd mencatat nama menyumbang produk-produk yang berjaya merangkul anugerah. Elken berkongsi rangka tindakannya menuju masa depan bersama-sama dengan premis baharunya, Elken Campus.

KOLUM 3

Perutusan Presiden

ACARA

4

16

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) & Mesyuarat CEO

20

Webinar – Sorotan Tahun 2020

21

Siri Maya Pengasas

8 Vol 1 no 1 / Malaysia Direct Seller /

1


PEMEGANG JAWATAN PERSATUAN JUALAN LANGSUNG MALAYSIA 2019-2021

DITERBITKAN OLEH

Direct Seller Malaysia diterbitkan oleh Harini Management Services Sdn Bhd untuk Persatuan Jualan Langsung Malaysia. ISBN 978-967-15054-4-1

DATUK TAN CHONG GUAN PRESIDEN Pengarah Eksekutif, Naib Presiden Forever Living Products (M) Sdn Bhd

KHOR LEE FAN BENDAHARI Pengurus Besar, Malaysia & Singapura Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd

MOHD ZAIHAN ARIFFIN NAIB PRESIDEN Ketua Hal Ehwal Korporat/Kerajaan Amway (Malaysia) Sdn Bhd

SAM CHEONG AHLI LEMBAGA Ketua Pegawai Eksekutif CNI Corporation Sdn Bhd

FIONA KHOO SETIAUSAHA Undang-Undang & Kesetiausahaan Elken Sdn Bhd

WINSTON CHEN AHLI LEMBAGA Ketua Pegawai Eksekutif PHHP Marketing (M) Sdn Bhd

HARINI MANAGEMENT SERVICES SDN BHD (609031-W) W-9-12, Menara Melawangi, Amcorp Trade Centre, 18, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor. Tel: +603-7932 3259 E-mel: harini.mservices@gmail.com www.harini.com.my Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif V.S. Ganesan Editor Kanan Vimala Seneviratne Editor Khaw Chia Hui Pereka Kreatif Goh Wei Lee Perunding Pengiklanan Faridah Ismail Pengurus Pemasaran Karthik Ganesan Pengurus Operasi G. Revathi Pencetak United Mission Press Sdn Bhd (755329-X) No.15, Perindustrian BS 9, Jalan BS 9/10, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Tel: +603-8958 0186 Fax: +603-8945 5168

THAM YOKE LON AHLI LEMBAGA Pengurus Besar Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd

VIVIEN YAP AHLI LEMBAGA Pengarah Kewangan & Operasi Unicity Marketing Sdn Bhd

HELEN LAM AHLI LEMBAGA Presiden Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd

Pengedar Allscript Establishment (Malaysia) Sdn Bhd (405335-D) No. 16, Jalan TP3, Taman Perindustrian Sime UEP, 47620 Subang Jaya, Selangor. Tel: +603-8020 7112/122 Fax: +603-8020 7119 Email: allscript@allscript.com

Semua artikel dalam majalah Direct Seller Malaysia mewakili pandangan peribadi penyumbang dan tidak semestinya pandangan Persatuan Jualan Langsung Malaysia & Harini Management Services Sdn Bhd. Semua penulis bersetuju secara automatik sendiri atau salah laku sivil yang lain. Kami berhak untuk mengedit semua artikel. Hak cipta terpelihara. Hak cipta © 2021 oleh Harini Management Services Sdn Bhd. Tiada bahagian dalam penerbitan ini boleh diterbitkan semula dalam apa-apa

2

/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021


PERUTUSAN PRESIDEN Ahli-ahli DSAM yang dihormati sekelian, Norma baharu telah banyak memberi kesedaran kepada ramai orang bahawa kita perlu berubah, memperbaiki dan mengadaptasi dengan pantas untuk terus hidup. Industri Jualan langsung kekal berdaya tahan dan kukuh bagi mereka yang bertindak dengan cukup pantas. Ini adalah masa bagi pemain-pemain industri untuk melakukan Rekaan Semula, Definisi Semula dan Imaginasi Semula untuk mengambil kesempatan dan mencapai kecemerlangan dalam masa yang penuh cabaran sambil memberi pilihan keusahawanan kewangan yang terbukti lestari dan boleh dicapai, bagi berjuta-juta pengamal bidang ini di seluruh dunia. Pada 2019, Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) telah disenaraikan di tempat ke 7 di seluruh dunia dari segi Jualan dan ke 4 di rantau Asia Pasifik oleh Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA). Ini merupakan satu pencapaian yang sangat berkesan mengambil kira nisbah jualan mengikut bilangan punduduk apabila dikaitkan dengan negara-negara lain di dunia. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan bahawa industri Jualan Langsung berada di landasan yang betul, dan pada tahun 2019, telah mencapai jualan RM21.4 bilion, melebihi sasaran RM18.5 bilion. Meskipun dilanda pandemik masa kini, hasil yang jangkakan bagi 2020 adalah sama atau melebihi RM21 bilion. Jualan Langsung telah wujud di Malaysia sejak awal 1900 an. Industri ini telah menunjukkan kedaya tahanan dan pertumbuhan selama 120 tahun yang lalu membawa produkproduk yang unik dan menerbitkan ramai usahawan yang berjaya. DSAM telah ditubuhkan pada tahun 1978 bertujuan mempromosikan industri Jualan Langsung di peringkat nasional dan antarabangsa, serta bertindak sebagai suara sebenar industri. Sebagai pendokong jualan langsung beretika negara, misi kita adalah untuk memberi sokongan kepada syarikat-syarikat jualan langsung dari segi tadbir urus, perlindungan pengguna, etika, pendidikan, dan komunikasi. Sebanyak 126 syarikat kini menjadi Ahli DSAM dan pada 2020 syarikat-syarikat ini telah menjana jualan yang mencecah hampir RM11 bilion. Ahli-ahli kami terdiri daripada kira-kira 50% syarikat Jualan Langsung tempatan dan multinasional. Kesan positif daripada pandemik terhadap industri ialah kesedaran ramai orang tentang betapa pentingnya kesihatan yang baik. Suplemen-suplemen kesihatan, yang merupakan 60% daripada jualan industri Jualan Langsung, telah menjadi suplemen makanan ruji selain makanan biasa dan senaman. Dengan berlakunya perintah penutupan dan penyekatan,

Datuk Tan Chong Guan, Presiden DSAM

ramai juga menyedari betapa pentingnya keperluan untuk meraih pendapatan tambahan. Jualan Langsung menjadi pilihan terbaik bagi ramai orang. Oleh kerana Jualan Langsung adalah berteraskan membina perhubungan, industri terpaksa Mendefinisi Semula nilai terasnya untuk kekal relevan selaras dengan angin perubahan global. Dengan pendigitalan keperluan untuk hubungan jualan bersemuka menjadi kurang. Kita perlu mendokong teknologi tersebut untuk menggunanya sebagai alat komunikasi yang berkesan dan cekap untuk mencapai ratusan orang dengan mengguna media sosial dalam talian dan secara positif menyentuh kehidupan ramai orang melalui mesej-mesej galakan secara peribadi, mengambil peduli dan mengambil berat. Pengedar-pengedar Jualan Langsung yang berupaya memainkan peranan mereka dalam norma baharu terus berinovasi mencapai kejayaan baharu dan menjadi makmur. Dengan kesedaran yang lebih betapa perlunya sumber pendapatan tambahan, industri telah mewujudkan Imaginasi Semula tentang erti bekerja dari rumah sambil menjalankan perniagaan jualan langsung. Industri ini telah menjadi cahaya harapan bagai ramai yang terjejas kewangan mereka oleh pandemik. Kini tiba masanya untuk menjadikan Imaginasi Semula Jualan Langsung pilihan mereka. Penjual-penjual langsung memainkan peranan penting dalam mengekalkan banyak rumah tangga dengan pendapatan perniagaan sedang ekonomi negara lambat laun mengukuh semula. Semua pengedar Jualan Langsung mesti menyahut khidmat bakti kita kepada negara untuk membantu seramai mungkin untuk stabil semula sementara kita memerangi pandemik. Bersama-sama kita akan keluar daripada situasi ini dengan lebih memahami konsep Jualan Langsung dan peranannya dalam pembangunan negara. Jaga diri!

2021 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

3


CERITA MUKA DEPAN

MENEMPA MASA DEPAN: KEBANGKITAN BAHARU ELKEN

Menjangkau jangka masa 26 tahun, Elken Sdn Bhd mencatat nama penyumbang produk-produk yang berjaya merangkul anugerah. Elken berkongsi rangka tindakannya menuju masa depan bersama-sama dengan premis baharunya, Elken Campus.

menjadi sebuah syarikat yang lestari. Oleh itu, Elken secara berterusan melakukan rekasemula dan menyegarkan tekadnya untuk kekal relevan dalam pasaran dan kepada rakan-rakan kongsi kami,” kata Falko Leonhardt, Ketua Pegawai Eksekutif Elken. Rahsia kejayaan Elken adalah keupayaan syarikat mewujudkan peluang bagi pengedar-pengedarnya meraih pendapatan menerusi produk-produknya yang telah berjaya merangkul anugerah serta menjadi model perniagaan yang boleh diteladani.

ELKEN CAMPUS

b

ersenjatakan wawasan untuk meningkatkan kualiti kehidupan, Elken Sdn Bhd adalah jenama asli Malaysia yang diiktiraf di seluruh dunia sebagai penyumbang produk-produk kesihatan, kecantikan dan rumah tangga yang berjaya merangkul anugerah. Pada April 2020, Elken telah merayakan Jubli Perak atau ulang tahun ke 25 kewujudannya dalam industri yang telah mencapai kemajuan berlipat ganda selama beberapa dekad ini. Dibina berteraskan komitmen jangka

4

/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021

panjang demi mencapai impian “Elken 100 Tahun”, syarikat ini telah berjaya memberi kestabilan hidup dan harapan masa depan kepada para pengedar, rakan kongsi, pengguna dan kakitangannya. Sebuah syarikat yang matang, namun sentiasa bergerak maju untuk memenuhi permintaan pasaran yang kian berubah, Elken dipacu oleh nilai teras inovasinya, Kualiti, Integriti, Kehormatan dan Semangat, atau singkatnya iQIRP. “Slogan ‘Elken 100 Tahun’ melambangkan komitmen kami untuk

Ketika dunia berperang dengan wabak COVID-19, Elken telah mengambil langkah berani lagi bijaksana menyatukan operasinya di bawah satu bumbung. Berhijrah dari premis lamanya di Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur, Elken telah memahatkan kebangkitannya ke dalam dunia digital melalui ibu pejabatnya yang baharu, terletak di tengah-tengah pusat perindustrian Subang Jaya. Bergelar ‘Elken Campus’, premis baharu ini menempatkan pejabat korporat syarikat yang menyediakan kemudahan pembikinan, pusat pengedaran serta makmal-makmal penyelidikan dan pembangunan. Pejabat baharu ini telah menerima


pensijilan ‘Gold Standard’ di bawah Green Building Index (GBI). Direkabentuk untuk mengurangkan kesan karbon, bangunan ini terdiri daripada sistem penuaian air hujan, panel-panel suria untuk memenuhi keperluan tenaga, dan rekabina pejabat yang eko-mesra, mempromosikan kenyamanan semula jadi, sinar matahari dan suasana dalaman yang menyegarkan dalam bentuk dinding-dinding dan pohon-pohon yang menghijau. Menerangkan tentang rasional di sebalik Elken Campus, Falko berkata, “Kami menggelarnya Elken Campus atas 3 sebab utama, termasuk menyatupadukan keluarga Elken di bawah satu bumbung, menyediakan suasana pembelajaran dan pementoran untuk kami sama-sama berkembang; dan memacu cara bekerjasama, di mana mudah bagi kami berinteraksi antara satu sama lain secara yang lebih telus tanpa dihalangi oleh hierarki dan tembok-tembok pemisah.” Bercakap tentang inspirasi di sebalik Elken Campus, Falko berkongsi, “Bangunan hijau ini melambangkan usaha berterusan kami untuk meningkatkan kelestarian iaitu satu ciri yang sentiasa penting bagi kami. Ia adalah tujahan teras strategi Elken.”

2021 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

5


CERITA MUKA DEPAN

“‘Elken 100 tahun’ menandakan komitmen menjadikan Elken syarikat lestari. Berbagai gangguan telah menjadikan pergerakan lebih pantas dan menjadi digital.”

“Pendek kata, Elken Campus merupakan rumah bagi semua warga Elken dari seluruh dunia – rumah di mana laungan janji jenama kami ‘MEMBINA ANDA MEMBINA ORANG LAIN” bergema dengan gemuruh,” tambah beliau. Konsep susun atur terbuka dan segar di premis pejabat Elken yang baharu menggalakkan budaya bekerjasama dan produktif. Wujud ruang-ruang yang menarik untuk mengadakan perbincangan, astaka-astaka hijau dan pemandangan tidak terhalang yang merentasi ruang kerja. Ini memudahkan orang berinteraksi, memecah sempadan psikologi.

6

/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021

“Ini mempromosikan komunikasi yang berkesan, menggalakkan suasana inovasi dan pembelajaran serta membuat keputusan yang lebih pantas dan segar. Kerja bersama-sama kini lebih mudah dan berhasil,” kata Falko. “Elken Campus adalah lambang kepelbagaian dan kekuatan Elken di negara asalnya Malaysia dan antarabangsa. Dengan ini pencatuman di antara kegiatan dalam talian dan luar talian juga meningkat. Bangunan kami mempunyai studio untuk melakukan penggambaran dan tempattempat yang “cool” pembikinan video Tik Tok dan foto instagram – semuanya di tingkat yang sama dengan bilik-bilik

mesyuarat dengan skrin LED yang besar serta ruang mencari prospek,” kata Falko dengan bangga. Loji pembuatan nutraseutikal di Elken Campus menyediakan solusi perniagaan dari konseptualisasi hingga pembangunan, pendaftaran dan perkhidmatan pembuatan besar-besaran. Kemudahan ini mempunyai pasukan dalaman yang memiliki kepakaran dari bidang pemakanan, teknologi makanan, farmasi hingga ke anggota kawal seliaan dan pakar kejuruteraan. Tumpuan utama loji adalah bidang makanan berfungsi, penghasilan ubat-ubat tradisional dan suplemen kesihatan dengan pensijilan Sistem Pengurusan GMP, HACCP & ISO 9001. Semua produk juga memiliki pensijilan HALAL. Di dalam premis itu terdapat juga kemudahan Penyelidikan dan Pembangunan yang diketuai oleh para saintis yang berkelayan yang menjadi perintis genetik molekul di Malaysia. Makmal-makmal yang ditauliahkan dengan akreditasi ISO 17025 menggunakan teknologi terkini dipanggil platform microarray DNA Ilumina Infinium yang memiliki data besar yang menganalisis berbagai jenis varian genetik bergelar SNP. Dengan komitmen yang berterusan untuk memacu inovasi dan teknologi, ia membolehkan Elken memperkenalkan lebih perkhidmatan inovatif di masa akan datang. Hub pengedaran global Elken


terletak di tingkat bawah bangunan. Ia menggunakan teknologi gudang moden dengan sistem kawalan suhu dan kelembapan untuk memastikan penyimpanan dan pergerakan barangan berjalan dengan cekap dan berkesan. Rekod paling tinggi nilai stok yang disimpan pada satu masa ialah RM348 juta. Dengan rak setinggi 12 meter dan 6 lapis serta 12 lorong, hub ini merupakan pusat pengurusan inventori dan logistik Elken.

COVID-19 DAN LANSKAP PERNIAGAAN. Bercakap tentang COVID-19 dan lanskap perniagaan, Falko menyatakan, “Pandemik merupakan laungan yang menyedarkan kami dan seluruh industri. “Ia mengajar kami supaya sentiasa bersedia menguruskan krisis serta Pelan B dan C. Adakah Elken bersedia secukupnya? Bagi beberapa bahagian kami berjaya menanganinya dengan agak baik,

sementara bahagian-bahagian yang lain mengalami kejutan dan kami terpaksa bergerak pantas. “Perpindahan ke pejabat baharu banyak manfaatnya. Menoleh ke belakang, perpindahan itu berlaku pada waktu yang tepat kerana yang pastinya ia membantu kami menjadi semakin kuat untuk keluar dari pandemik ini,” tambah beliau. Menghuraikan tentang pelaburan terhadap premis baharu di tengah-tengah pandemik, Falko menerangkan bahawa sangat penting bagi Elken kekal relevan berniaga secara dalam talian dan luar talian semasa kritikal ini. “Jualan langsung adalah “perniagaan yang melibatkan orang” dan akan kekal begitu. Perjumpaan dalam talian dan bersemuka mempunyai kuasa membina bahagian terpenting perniagaan kami, khususnya detik menutup perjanjian perniagaan. Jadi, keupayaan dalam talian dan luar talian melengkapi satu sama lain dan kami perlukan kedua-duanya,” tegas beliau.

Semasa penularan pandemik, Elken menjadi sinar harapan bagi ramai orang kerana ia merupakan satu jalan menjana pendapatan setelah berlakunya episodepisod kehilangan pekerjaan, kemerosotan pendapatan dan lain-lain sumber cabaran.

MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA ELKEN Berpegang kepada komitmen jangka panjangnya untuk membina jenama yang boleh bertahan 100 tahun dan menempa masa depan untuk melayani masyarakat yang lebih muda yang dipacu oleh gaya hidup, Elken mengukuhkan budaya “Hati ke Hati” nya dalam memupuk masyarakat yang lebih BERSATU di peringkat tempatan, serantau dan global. Syarikat Elken sedang bersiap siaga menggerakkan roda inovasi untuk melayani dinamika lanskap perniagaan yang sentiasa berkembang dan perubahanperubahan global.

2021 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

7


Sorotan / Konvensyen Maya DSAM 2020

KONVENSYEN MAYA 2020, PERSATUAN JUALAN LANGSUNG MALAYSIA IMAGINASI SEMULA, REKA SEMULA, DEFINISI SEMULA, PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG ANDA

k

onvensyen Maya 2020 Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) telah berlangsung pada Disember 2020. Ia telah membentangkan dinamik baharu jualan langsung dalam norma baru dan urusan pendigitalan. Konvensyen tersebut dihadiri oleh Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia. Acara yang bertemakan “Imaginasi Semula, Reka Semula, Definisi Semula Perniagaan Jualan Langsung Anda” itu memaparkan penceramahpenceramah terkemuka dari industri jualan langsung yang bercakap tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan memperkasakan ahli-ahli

8

/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021


supaya menyesuaikan diri dengan pendigitalan dalam norma baharu. Dalam ucapan alu-aluan beliau, Datuk Tan Ching Guan, Presiden DSAM, berkata bahawa apabila berhadapan dengan cabaran seperti pandemik Covid19, “Kami menyesuaikan diri dan menjadi lebih baik. Dari sini, kami mempelajari daripada situasi ini dan mengambil kesempatan daripada peluangpeluang baharu yang dicipta oleh pandemik.” Beliau menambah bahawa di tengah-tengah pandemik, para pengguna menyedari bahawa kesihatan dan kesejahteraan adalah sangat penting, diterjemahkan dengan peluang-peluang baharu bagi syarikat-syarikat jualan langsung yang menawarkan makanan kesihatan dan makanan tambahan yang berkhasiat. Datuk Tan mengingatkan para delegasi bahawa walaupun ramai yang telah hilang pekerjaan mereka selama tempoh yang penuh ujian ini, industri jualan langsung menawarkan mereka jalan bagi meraih pendapatan tambahan atau alternatif. Pada masa yang sama beliau menggesa para delegasi untuk memanfaatkan kuasa teknologi dan pendigitalan untuk mencapai pasaran sasaran mereka. Beliau meyakinkan mereka bahawa DSAM berusaha dengan gigihnya untuk menangani isu-isu dalam industri sambil memastikan pematuhan kepada peraturan-peraturan dan urus tadbir untuk mewujudkan suasana yang selamat dan sesuai bagi pengguna-pengguna dan penjualpenjual langsung. Dalam ucaptama beliau kepada para delegasi, Dato’ Sri Alexander berkata, “Sudah semestinya saya mengucapkan tahniah kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia kerana menerima perubahan yang disyorkan kepada kita apabila pandemik melanda tahun ini

dengan penganjuran konvensyen maya ini. Ini merupakan contoh yang baik bagi orang ramai dan menunjukkan yang mereka dalam industri ini menghormati keperluan mengamalkan penjarakan sosial dan mengguna pakai norma baharu dalam kegiatan harian kita.” Dato’ Alexander berkata bahawa persidangan maya ini merupakan landasan terbaik untuk mencapai penglibatan yang lebih luas. Tambahnya industri jualan langsung di Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang sihat dalam beberapa tahun ini dengan mencatat jualan RM15.9 bilion pada 2018 dan RM17 bilion pada 2019. Setakat September 2020, jualan telah mencecah RM17 bilion, di mana Malaysia ditempatkan di tangga ke 7 di kalangan industri jualan langsung dunia dari segi jualan, dan ke 4 di

rantau Asia Pasifik oleh Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia. Beliau menekankan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna penuh komitmen menyokong industri terutamanya dalam masa yang sukar ini. Selaras dengan itu, Kementerian telah melakukan inisiatif supaya mereka yang terlibat dalam industri ini lebih senang dan efisien memperbaharui lesen mereka menurut Akta Jualan Langsung.

2021 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

9


Sorotan / Konvensyen Maya DSAM 2020

Dato’ Sri Alexander juga menegaskan bahawa dalam Belanjawan 2021, kerajaan juga bertekad ke arah usaha memulihkan ekonomi sepenuhnya melalui pelbagai skim bantuan dan galakan pencukaian yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang mendokong Industri 4.0 (IR4.0). “Kami sedang merumuskan satu pelan jualan langsung untuk menetapkan hala tuju yang jelas ke arah pemerkasaan industri dan pembangunan sosio ekonomi yang bermakna,” ujar beliau.

DATO’ DR LIM SIOW JIN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DAN PENGASAS DXN HOLDINGS BERHAD Bercakap dari Langkawi, Dato’ Dr Lim mengingatkan para delegasi tentang bagaimana pesatnya industri berkembang di tengahtengah pendigitilan semula. “Semasa Bachelor Day Sales di China pada November, hasil jualan satu hari sahaja telah berjaya melampaui jumlah jualan sepanjang tahun bagi syarikat-syarikat Jualan Langsung yang utama,” kata beliau. Beliau menerangkan bahawa Penjual-penjual Langsung muda masakini lebih berminat membeli secara dalam talian dan enggan menghadiri mesyuarat dan sesi latihan secara fizikal. Mengambil kira kecenderungan ini, syarikat beliau telah memulakan mesyuarat

secara maya dan webinar, yang terbukti lebih menjimatkan dan diterima baik. Dengan itu, syarikat berjaya merentasi halangan geografi dan mengembangkan operasi dengan pesat. Setakat in, DXN mempunyai cawangan di lebih 80 negara dan produk keluarannya dipromosi di lebih 100 negara. Walau bagaimanapun, cabaran yang dihadapi termasuklah tindakan para penjual menjual dengan harga yang lebih rendah di dalam talian, sementara penjualan produk palsu juga dilakukan secara terbuka, yang terus mengancam pasaran. Dato’ Dr Lim menyatakan bahawa perniagaan jualan langsung juga berjaya memberi harapan kepada keluarga-keluarga yang pendapatan mereka telah terjejas, iaitu dengan menyediakan sumber

pendapatan alternatif menjual produk-produk. “Di Malaysia, FELDA dan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) telah terlibat dengan DXN dalam membantu menyediakan latihan dan pemprosesan produk, dan juga pemasaran bagi peladangpeladang, kumpulan B40 dan ibu tunggal,” tambah beliau. Ramai ahli mengambil bahagian dalam usaha ini dan membeli produk-produk untuk menunjukkan sokongan mereka. Selaras dengan perkembangan dunia, Dato’ Dr Lim menasihati penjual-penjual langsung supaya menjual dalam talian dan menghasilkan produk-produk teras mereka sendiri. Beliau menekankan yang apabila terdapat produkproduk yang unik, dan jualan meningkat, syarikat-syarikat jualan langsung boleh menikmati skala ekonomi yang menjurus kepada kadar keuntungan yang lebih. Beliau menambah bahawa kunci kepada kejayaan industri Jualan Langsung hari ini adalah menjual “melalui dalam talian, melalui media sosial dan melalui khidmat produk.”

LAM YU, PENGARAH URUSAN INFINITUS GLOBAL Ikut serta di alam maya, Lam Yu dari negara China berkata tahun baru telah mencetuskan norma baharu bagi ekonomi dunia dan

10

/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021


semua industri, termasuk jualan langsung. “Di bawah norma baharu ini, beberapa pintu telah ditutup buat sementara, seperti interaksi merentas sempadan, perjalanan merentas sempadan, dan juga kegiatan-kegiatan di luar talian,” beliau menambah. Lam Yu menekankan yang semua ini cuma halangan sementara. Bagaimanapun pihak industri hendaklah terus memacu ke hadapan untuk menyampaikan produk-produk dan perkhidmatan kepada pelanggan.

ROGER BARNETT, PENGERUSI & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, SHAKLEE CORPORATION DAN PENGERUSI PERSEKUTUAN PERSATUAN JUALAN LANGSUNG SEDUNIA Bercakap dari California, Amerika Syarikat, Roger Barnett mengucapkan tahniah kepada penggiat industri jualan langsung di Malaysia kerana memegang rekod cemerlang, diuji masa selama 90 tahun dan terus maju walaupun berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dan pandemik serta lainlain peristiwa yang malang. Beliau menambah bahawa industri jualan langsung kini sedang meningkat dengan cemerlang serta memainkan peranan yang teramat penting dalam suasana pandemik ketika ramai yang bimbang dengan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Roger Barnett menegaskan bahawa jualan langsung dapat membantu semasa kadar pengangguran meningkat, terutamanya di kalangan generasi muda. Dengan situasi pandemik dan penutupan premis-premis fizikal, para pelanggan telah mulai mendokong dan mempercepatkan peralihan kepada pendigitalan. “Saya amat menggalakkan setiap syarikat ahli kita mempercepatkan dan memajukan platform digital anda sendiri,” tambah beliau.

SAM HEIN, PENGARAH AUXANO MARKETING AUSTRALIA – PERUNDING DAN JURULATIH JUALAN LANGSUNG San Hein berkongsi tip dengan para delegasi tentang cara mencapai di luar kelompok sosial biasa untuk mengembangkan perniagaan jualan langsung mereka. Beliau menasihati mereka apabila berhubung dengan orang melalui media sosial, mereka perlu menjadi “diri sendiri” dan berinteraksi dengan orang lain secara peribadi. Beliau juga menasihati mereka supaya melakukan perubahan positif kecil-kecilan di dalam cara menjalankan perniagaan mereka. Ini banyak menyumbang terhadap membina perniagaan mereka. “Anda tidak perlu hebat untuk bermula, tapi anda perlu bermula

untuk menjadi hebat.” Beliau menambah yang “perjalanan yang mustahill adalah perjalanan yang tidak pernah bermula”. Semasa konvensyen maya itu, Persatuan Jualan Langsung Malaysia telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM60,000 kepada Kementerian Kesihatan untuk membanteras COVID-19.

2021 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

11


Sorotan / Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Sedunia

MENINGGIKAN IMPAK JUALAN LANGSUNG SEDUNIA OLEH TAMUNA GABILAIA, PENGARAH EKSEKUTIF DAN KETUA PEGAWAI OPERASI PERSEKUTUAN PERSATUAN JUALAN LANGSUNG DUNIA (WFDSA)

p

andemik yang kita alami sekarang belum pernah terjadi sebelum ini. Ia telah membawa kesan yang mendalam kepada kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia, melumpuhkan komuniti secara menyeluruh dan merubah kehidupan kita buat selama-lamanya. Walau bagaimanapun, menerusi banyak mesyuarat secara video dan sidang telefon, saya merasakan yang kita kekal erat, berhubung di pejabat dan ruang tamu masing-masing, sambil menangani masa yang ditempohi

12

/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021

bersama di setiap negara. Antara lain, isu-isu utama berlegar daripada isu rantaian pembekalan hingga ke cara memaksimumkan pengalaman pelanggan, peralatan baharu dan latihan bagi pengedar-pengedar. Oleh kerana industri kita adalah berasaskan perhubungan, sebuah industri bersemuka, maka langkah-langkah penjarakan sosial yang dilaksanakan di seluruh dunia telah tidak memungkinkan berlangsungnya mesyuarat secara hadir sendiri buat masa ini. Pada masa yang sama, meskipun berhadapan dengan cabaran situasi yang tidak pernah kita alami sebelum ini, kita telah melihat bagaimana industri kita bukan sahaja telah menunjukkan kedaya tahanan, malahan lebih berjaya daripada sebelumnya dalam mencetuskan idea-idea baharu, inovasi, penyesuaian dan kreativiti. Kita telah melihat yang syarikatsyarikat kita telah dalam beberapa minggu sahaja berupaya bergerak secara besar-besaran, mengadakan mesyuarat-mesyuarat hadir sendiri dalam talian sambil memancarkan acara-acara dalam talian yang membolehkan lebih ramai lagi melibatkan diri, berbanding dengan acara-acara hadir sendiri. ‘Party’ dalam talian juga telah meraih lebih jualan. Kita akan melihat bagaimana sambil mereka bergerak maju ke hadapan, syarikat-syarikat kita akan menggunakan model hybrid mesyuarat dalam talian dan hadir sendiri, malahan akan memberi lebih

tumpuan terhadap meningkatkan pengalaman pelanggan. Akibat kemerosotan ekonomi yang disebabkan pandemik yang telah menyebabkan pemberhentian kerja besar-besaran dan pekerjaan tidak stabil, ramai yang beralih ke industri kita sebagai sumber pendapatan alternatif. Kita lihat yang penjual runcit di kedai-kedai dan juga dalam talian sedang bergelut dalam berbagai cara termasuk menangani pertambahan kehendak pelanggan untuk mengalami pembelian yang diperibadikan. Industri kita menyediakan pengalaman pembelian yang diperibadikan, yang lebih baik daripada orang lain, dan bergerak ke hadapan, kita akan terus melakukan itu. Oleh kerana mesyuarat hadir sendiri telah dihentikan disebabkan oleh pandemik, kita dapati yang permintaan bagi latihan, demonstrasi produk dan hubungan bimbingan mentor telah meningkat. Beberapa syarikat telah mengalami pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelumnya, akibat permintaan yang meningkat bagi produk mereka. Seperti yang telah dinyatakan oleh Pengerusi WFDSA Roger Barnett, ini merupakan detik yang tepat untuk melakukan Imaginasi Semula, Rekaan Semula, dan Definisi Semula peranan dan sumbangan jualan langsung bagi dekad yang akan datang dan meninggikan reputasi industri kita dan meluaskan impak kita.


Sorotan / Jualan Langsung Sedunia 2019

KEPUTUSAN JUALAN LANGSUNG SEDUNIA 2019 PERSEKUTUAN PERSATUAN JUALAN LANGSUNG DUNIA TELAH MENGUMUMKAN BAHAWA PADA 2019 ANGKATAN JUALAN GLOBAL 119.9 JUTA TELAH MENJANA ANGGARAN JUALAN RUNCIT USD180.5 BILION. PASARAN 10 TERATAS – 2019

PERTUMBUHAN JUALAN LANGSUNG RUNCIT 2016 – 2019

DALAM BILION USD

(Bilion USD – Dolar Tetap 2019)

182.1

185.6

188.7

180.5

149.6

150.0

154.4

156.5

2016

2017

2018

Termasuk China Tidak Termasuk China

2019

DALAM BILION USD Tidak termasuk jualan di China, industri telah terus bertumbuh dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 1.5% bagi tempoh 2016-2019. (CAGR termasuk China adalah -0.3%) (Angka jualan dinyatakan pada USD Tetap 2019 pada anggaran runcit, tolak cukai tambah nilai)

78% JUALAN SEDUNIA

DIJANAKAN OLEH 10 NEGARA TERATAS

1. United States

35,210

2. China

23,954

3. Korea

17,683

4. Jerman

17,453

5. Jepun

15,624

6. Brazil

9,760

7. Malaysia

6,116

8. Mexico

6,005

9. Perancis

5,184

10. Taiwan

3,650

119.9 JUTA

JUALAN LANGSUNG GLOBAL MENGIKUT PRODUK 64.3 35.6%

51.6 28.6%

20.8 11.5%

11.0 6.1%

Pakaian & Aksesori

ORANG TERLIBAT DALAM JUALAN LANGSUNG

3.8 2.1%

5.1 2.8%

Kosmetik & Penjagaan Diri

Penjagaan Rumah

Barangan Rumah Tangga & Barangan Tahan Lama

Kesejahteraan

Buku, Permainan, Alat Tulis dll.

5.6 3.1%

Barang Makan & Minuman

3.1 1.7%

Pembaikan Rumah

5.4 3.0%

Utiliti

7.0 3.9%

Perkhidmatan Kewangan

2.9 1.6%

74% 26%

wanita lelaki

Lain-lain

DALAM BILION USD

2021 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

13


Sorotan / Statistik DSAM bagi Tahun 2020

STATISTIK SAHAM PERSATUAN JUALAN LANGSUNG MALAYSIA (DSAM) BAGI 2020 22 Proj

19

20

12

13

14

15

11

14.82 10

12.14

9.94

09

10

08

9.72 6.78

06

5.6

05

6.5

02

7

3.9

01

4.8

3

5

6.6

10

12.4

16

15

5.3

RM (dalam Bilion)

18

20

21.54

PRESTASI INDUSTRI SELAMA TEMPOH 20 TAHUN

25

15

16

0 03

04

07

17

18

Sumber: MDTCC

14

/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021

PERTUMBUHAN TAHUNAN DSAM 12 11 10 9 RM (dalam Bilion)

s

ebanyak 123 ahli DSAM (setakat 21 Disember 2020) merakamkan perolehan jualan tahunan sebanyak RM10.8 bilion pada 2020, peningkatan 29.32% berbanding RM8.52 bilion pada 2019. Angka-angka yang dinyatakan oleh DSAM menunjukkan bahawa pendapatan syarikat-syarikat ahli telah meningkat sejak 2016 daripada RM5.09 bilion. Unjuran perolehan jualan industri 2020 yang diberi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ialah RM20 bilion. Dari analisis trend jangka panjang DSAM bersama dengan unjuran

8 7 6 5

5.09 (13.62%)

6.20 (21.81%)

7.30 (17.74%)

10.76 (29.32%)

8.32 (13.97%)

4 3 2 1 0

Sumber: DSAM

2016

2017

2018

2019

2020


% PEROLEHAN JUALAN MENGIKUT PRODUK Buku, Permainan & Alat Tulis 2%

Pakaian & Aksesori 3%

Kosmetik & Penjagaan Diri 2% Penjagaan Rumah 3%

Kesejahteraan 45%

Produk Rumah Tangga & Produk Tahan Lama 21%

Sumber: DSAM

50

KAEDAH JUALAN

45

2019

41

40 Peratusan (%)

KPDNHEP, jualan dijangka meningkat pada 2020. Pada 2019, industri jualan langsung secara keluruhannya telah mencapai RM21.54 bilion dari segi jualan, melebihi sasaran RM18.5 bilion. Statistik yang dikumpulkan oleh DSAM menunjukkan bahawa produk kesejahteraan terus mencatat jualan terbaik dalam negara, iaitu 45% daripada jumlah produk jualan langsung yang dijual oleh syarikatsyarikat ahli. Di tempat kedua ialah produk rumah dan produk tahan lama pada 21% sementara produk kosmetik dan penjagaan diri berada di tempat ketiga pada 20%. Ini diikuti oleh produk makanan & minuman pada 6%, penjagaan rumah, dan pakaian & aksesori 3% setiap satu. Akhir di dalam senarai adalah buku, produk permainan dan alat tulis pada 2%. Dalam pecahan kaedah jualan, kaedah tradisional iaitu kaedah ‘Bersemuka’ lebih disukai (41%) pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, kaedah dalam talian mencatatkan peningkatan 34% peratus berbanding 22% tahun sebelumnya sementara kaedah jualan ‘Party Plan’ telah menjunam dari 33% pada 2019 ke 25% tahun lepas. Bagi pesanan yang diterima, pilihan yang lebih disukai adalah dalam talian melalui komputer dan lokasi fizikal mencatatkan kadar sama iaitu masing-masing 30%, pesanan dalam talian mudah alih 23%, telefon 12%, pusat beli-belah tradisional 3% dan fax 2%. Sementara itu, DSAM bertujuan meningkatkan keahlian ke 130 menjelang akhir tahun 2021.

Makanan & Minuman 6%

2020 34

33

30

25

22

20 10 0

Bersemuka

‘Party-Plan’

Dalam Talian

Sumber: DSAM

KEAHLIAN DSAM 112

114

2018

2019

123

130 (Unjuran)

97

57

2011

63

63

68

2012

2013

2014

72

2015

78

2016

2017

2020

2021

Sumber: DSAM

2021 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

15


Acara / AGM & Mesyuarat CEO

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) & MESYUARAT CEO

Kedua-dua mesyuarat telah diadakan dalam talian disebabkan oleh sekatan PKP.

k

ira-kira 72 orang Ahli telah menghadiri AGM 2020 yang berlangsung secara maya pada 11hb Jun. Mesyuarat bermula dengan Presiden DSAM Datuk Tan Chong Guan memperkenalkan Ahli Majils yang baharu dilantik, Fiona Khoo dari Elken Sdn Bhd. Beliau menggantikan Ling Chai Fan yang tidak lagi bertugas dengan Perfect Pentagon (M) Sdn Bhd. DSAM merakamkan terima kasih kepada Ling Chai Fan atas banyak sumbangannya kepada DSAM dan industri. Bendahari, Khor Lee Fan kemudian menyampaikan Laporan Kewangan di mana telah diumumkan diskaun 30% bagi Yuran Keahlian 2020 untuk semua Ahli. Laporan Kewangan tersebut telah diluluskan. Setiausaha, Khairuddin Yahya kemudian menyampaikan Laporan Lembaga bagi 2019/2020.

16

/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021

Ini diikuti dengan pemilihan Juru Audit. Oleh kerana tiada perkara berbangkit, AGM telah ditangguhkan. Mesyuarat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) telah bermula selepas AGM, dengan ucapan alu-aluan kepada 10 Ahli baharu. Di antara perkara yang dibincangkan termasuklah kegiatan seterusnya bagi tahun tersebut memandangkan pandemik yang sedang melanda. Mesyuarat berakhir dengan pengumuman keluaran terbaru penerbitan DSAM ‘The Direct Seller’ yang tertangguh akibat PKP. Majalah berkenaan boleh diperolehi di kedai-kedai buku dan pautan ke naskah versi-e dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan bahasa Mandarin boleh diperolehi di laman sesawang DSAM. Ahliahli boleh memajukan pautan-pautan tersebut kepada Pengedar-pengedar Bebas mereka.


Sorotan / Juraidah Mohamad

YANG DIPERLUKAN HANYA IMPIAN

INI ADALAH YANG PERTAMA DALAM SIRI RENCANA PENDEK MENGENAI PEMIMPINPEMIMPIN ULUNG JUALAN LANGSUNG DAN CABARAN YANG MEREKA LALUI DALAM INDUSTRI. DALAM RENCANA INI, JURAIDAH MOHAMAD BERKONGSI KISAH BELIAU SELAKU PENGEDAR BEBAS DALAM INDUSTRI JUALAN LANGSUNG.

t

idak ramai boleh percaya yang Juraidah Mohamad, salah seorang usahawan wanita, yang lebih berjaya dalam industri Jualan langsung. Juraidah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ju oleh rakan-rakannya dalam perniagaan memulakan kerjayanya sebagai seorang wakil insurans. Juraidah berada dalam jurusan insurans selama 14 tahun dan telah memperolehi pendapatan yang baik dengan gaya hidup yang selesa. Namun, semua itu berubah dek kerana dia tersilap membuat keputusan- keputusan yang tiada kaitan dengan kerjaya insuransnya. Malahan pada satu ketika, beliau hampir diisytihar muflis. Tanpa wang, ditambah pula dengan enam anggota keluarga yang perlu dijaga, Juraidah terpaksa bertindak pantas untuk kembali ke kehidupan yang stabil. Beliau pernah mendengar tentang Jualan Langsung tetapi agak ragu-ragu untuk menyertainya. Setelah mempelajari mengenainya dengan lebih mendalam dan mendapat semangat daripada keghairahan suaminya, dia membuat keputusan untuk melibatkan diri. Pada awal penglibatannya, tidak semuanya mudah dan indah, malahan ada kalanya dia rasa macam hampir berputus asa. Namun, seperti ramai yang lain dalam industri Jualan langsung, Juraidah tahu bahawa hanya ada satu cara untuk berjaya, iaitu dengan terus menujah ke hadapan dan mendokong sikap yang positif. Berbekalkan kemahirannya di bidang insurans yang terbukti sangat membantu, Juraidah berupaya mencari lebih pelanggan dan meningkatkan perniagaannya dari sehari ke sehari. Dalam suasana yang serba pantas hari ini, Juraidah mengetahui nilai

perkembangan diri. Justeru, Juraidah mengambil inisiatif mengikuti kelaskelas sambilan untuk memperolehi ijazah Sarjana beliau. Setelah berjaya menjadi graduan baru-baru ini, kini Juraidah merancang untuk mendapatkan ijazah kedoktoran (Ph.D). Bercerita tentang pengalaman mempelajari perkara baru pada umur beliau, Juraidah mengakui yang ia bukan sesuatu yang mudah. Walau bagaimanapun, dia sering memberitahu dirinya yang pelajaran tidak berhenti walau berapa umur sekalipun. Selagi ia mempunyai kehendak untuk belajar, dia akan terus belajar. Bila ditanya tentang media sosial, Juraidah mengaku yang media sosial memainkan peranan di dalam mengembangkan perniagaan jualan langsung seseorang. Namun, sebagai seorang Penjual Langsung, ‘sentuhan peribadi’ dan menghubungi setiap pelanggan secara bersemuka masih merupakan aspek yang sangat penting. Melalui Jualan Langsung, Juraidah berkata yang beliau telah meraih kenangan-kenangan yang indah. Antaranya adalah pencapaian beliau mendapat pengiktirafan tempatan dan juga dunia. Bagi Juraidah, pengiktirafan di peringkat dunia membuktikan yang para Penjual Langsung Malaysia adalah sama tarafnya dengan mereka di luar negara. Matlamat beliau sekarang adalah untuk menolong seramai orang yang mungkin. Juraidah percaya dalam mencetuskan impak, dan kini dengan pengaruhnya yang lebih mantap, dia berharap menjadi contoh teladan dan merubah kehidupan ribuan ‘downliners’ di bawah beliau. Kebahagiaan yang paling utama baginya selaku pemimpin

Juraidah bersama Rex Maughan, Presiden dan CEO Forever Living Products.

“Pada satu ketika, saya benar-benar tidak tahu apa lagi yang perlu saya lakukan – pada masa itu, kami tak mampu membeli susu untuk anak kami pun.” – Juraidah Mohamad ulung dalam Jualan Langsung adalah membimbing orang lain untuk mencapai impian mereka. Ia membuatkannya berasa seperti seorang ibu yang penuh bangga! Berbalik kepada pengalaman beliau, Juraidah menegaskan bahawa dengan bersikap proaktif, melihat segala-galanya secara teliti dan sentiasa memandang ke hadapan dengan positif adalah ciri yang patut dimiliki oleh seorang Penjual Langsung yang cemerlang. “Hari ini saya menyedari yang saya benar-benar mengecapi impian saya kerana berjaya meraih pendapatan yang saya perlukan apabila bersara nanti dan bagi anak-anak saya. Anda juga boleh melakukannya. Terdapat banyak peluang yang terluang dalam bidang Jualan Langsung dan inilah masanya untuk orang mengambil tahu tentang industri ini. Sertailah Industri Jualan langsung dan terokai diri anda yang baharu!”

2021 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

17


Sorotan / Perbezaan Antara Jualan Langsung Dan Platform E-Dagang Dalam Talian

PERBEZAAN ANTARA JUALAN LANGSUNG DAN PLATFORM E-DAGANG DALAM TALIAN 18

/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021


KAEDAH JUALAN LANGSUNG Syarikat-syarikat Jualan Langsung terlibat dalam perniagaan pembuatan, pemasaran dan penjualan produk-produk penjagaan kulit, penjagaan kesihatan, makanan kesihatan dan suplemen dan lain-lain produk dan perkhidmatan yang berkaitan. Syarikat-syarikat Jualan Langsung menjual produk-produk ini melalui satu sistem di mana penjualan dilakukan melalui Pengedar Bebas yang diberi kebenaran berupa Kontrak Pengedar. Pengedar berjanji memasarkan, mengedar dan menjual produk-produk syarikat berkenaan dan seterusnya memberi perkhidmatan langsung kepada pengguna. Pengedar-pengedar ini disediakan dengan latihan dari semasa ke semasa untuk menjalankan tugastugas tersebut. Industri Jualan langsung di Malaysia beroperasi mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (DSAPS). DSAPS telah digubal untuk memberi peraturan kepada industri Jualan Langsung dan kepentingan melindungi pengguna. DSAPS mendefinisi apa itu Jualan Langsung

dan memiliki had tertentu untuk melindungi industri dan pengguna, khususnya berikut:

SEKSYEN 19A JUALAN MELALUI URUSNIAGA ELEKTRONIK 1) Tiada sesiapa pun dibenarkan membekal melalui penjualan, atau mengiklankan pembekalan sebarang produk atau perkhidmatan melalui urusniaga elektronik, kecuali menurut Akta ini atau Peraturan-Peraturannya.

SEKSYEN 4 PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG HENDAKLAH DIJALANKAN DI BAWAH SATU LESEN 1) Tertakluk kepada Seksyen 14 dan 42, tiada sesiapa pun dibenarkan menjalankan sebarang perniagaan Jualan Langsung kecuali ia sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memiliki lesen yang sah di bawah Seksyen 6. Syarikat-syarikat Jualan Langsung juga menjual melalui saluran-saluran dalam talian menerusi laman sesawang mereka dan lain-lain sumber media sosial.

PLATFORM-PLATFORM E-DAGANG DALAM TALIAN (OECP) Platform-platform e-Dagang Dalam Talian (OeCP) adalah platform yang disediakan bagi individu-individu untuk memasarkan dan menjual produk mereka. Produk-produk Jualan Langsung dijual di platform-platform ini tanpa kebenaran daripada syarikatsyarikat Jualan langsung. OeCP menyediakan sokongan logistik, perkhidmatan penghantaran, pintu masuk pungutan, penyenaraian produk, promosi produk dan satu peratusan semua urusniaga. Ini menjadikan OeCP satu bahagian yang perlu dan penting bagi setiap penjualan.

Perbezaan

Kedai Dalam Talian Syarikat Jualan Langsung

OeCP

1

Produk-produk yang dijual mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang ditetapkan oleh DSAPS dan lain-lain pihak berkuasa yang relevan yang menjadikan jualan itu sah.

Ya

Tiada

2

Harga produk diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan tidak boleh ditukar tanpa mendapat kebenaran Kementerian terlebih dahulu.

Ya

Tiada

3

Produk-produk yang dijual mendapat kebenaran penjualan di Malaysia oleh KPDNHEP, Kementerian Kesihatan, Pensijilan Halal, SIRIM dan lain-lain

Ya

Tiada

4

Tindakan susulan, keterangan produk, kegunaan produk dan lain-lain, diberi bagi semua pembelian apabila diperlukan.

5

Pelanggaran Cap Dagangan dan Logo bagi jualan setiap produk.

Ya

Tiada

6

Produk-produk dijual oleh Pengedar Berdaftar Syarikat Jualan Langsung.

Ya

Tiada

7

Produk-produk mungkin diusik/dirosakkan, dibungkus semula dan lain-lain.

Tiada

Ada kemungkinan. Terdapat laporan tindakan sedemikian.

8

Perlindungan Pengguna diberikan oleh Pengedar dan Syarikat.

Ya

Tiada

9

Melindungi mata pencarian lebih 4 juta Pengedar Bebas di Malaysia.

Ya

Tiada

2021 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

19


Acara / Webinar

WEBINAR – SOROTAN TAHUN 2020

p

ermulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Kerajaan dan berkuatkuasa 18hb Mac 2020 telah melumpuhkan hampir semua perniagaan di negara ini. Walau bagaimanapun DSAM berterima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas tindakan pantasnya memberi kebenaran kepada Ahli-ahli DSAM untuk menjalankan perniagaan mereka melalui e-dagang, yang merupakan salah satu sektor yang diiktiraf di bawah perkhidmatan perlu semasa PKP. Urusan di antara DSAM dan KPDNHEP bermula pada hari yang sama PKP dikuatkuasakan dengan kebenaran pertama diterima pada 24hb Mac. Selama berbagai peringkat PKP, pengenalan dan pindaan secara progresif terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) telah disampaikan kepada

20

/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021

Ahli-ahli melalui emel. SOP-SOP ini berkisar dari kelulusan pertama bagi perkhidmatan perlu sehingga ke SOP terbaru untuk menganjurkan mesyuarat, latihan dan seminar. Dalam menyediakan Ahli-ahli DSAM supaya mengemudi menerusi berbagai peringkat PKP, lebih 20 webinar telah diadakan dengan kerjasama Wong & Partners, Deloitte, dan Ernst & Young. Para profesional dari syarikat-syarikat ini telah berkongsi dengan Ahli-ahli DSAM tafsiran mereka tentang SOP dan memberi maklumat mendalam bagi menyesuaikan diri dengan syarat-syarat PKP yang berubah-ubah. Beberapa webinar telah juga dianjurkan oleh DSAM untuk memberi alternatif kepada Ahli-ahli bagi membantu mereka melakukan penyesuaian kepada norma-norma baharu selepas tercetusnya COVID-19. Webinar-webinar ini bermula dengan mesyuarat dalam talian bersama Ahli-ahli pada 8hb Mei.

BEBERAPA WEBINAR YANG DIJALANKAN ADALAH: • ‘HAPPY HOUR’ SECARA MAYA OLEH BAHAGIAN SONG Jun

• NORMA-NORMA BAHARU BAGI MEDIA SOSIAL, PARTY ALAM MAYA, DAN ACARA-ACARA BAGI SYARIKAT-SYARIKAT JUALAN LANGSUNG oleh Auxano Marketing Jun

• BERGERAK KE HADAPAN

PASCA COVID-19: ISU-ISU PERUNDANGAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN oleh Wong & Rakan-rakan Julai

• MENGANJURKAN ACARA-

ACARA BERSKALA BESAR DALAM MASA YANG PENUH MENCABAR oleh Steam Fish Julai


Siri Pengasas Maya

SIRI MAYA PENGASAS

s

iri Pengasas merupakan platform bagi para pengasas syarikat-syarikat Jualan Langsung untuk berkongsi antara lain pengalaman mereka yang bertahuntahun, peristiwa-peristiwa yang membuat mereka memulakan syarikat, motivasi bagi syarikat terus berjalan, dan cabaran-cabaran yang mereka hadapi dalam perjalanan perniagaan. Pada 27hb Ogos 2020, DSAM telah menganjurkan satu acara maya melalui ZOOM, apabila Winston Chen, pengasas PHHP Marketing (M) Sdn Bhd menjadi tumpuan. Dalam usaha menghadkan bilangan peserta kepada satu kumpulan kecil yang selesa untuk melakukan perbincangan, 17 peserta telah menghadiri acara tersebut. Di antara perkara yang disentuh oleh Winston termasuklah nilai-nilai dan kepercayaan PHHP, sejarahnya dan cabaran-cabaran. PHHP telah ditubuhkan di Johor Bahru pada 1996 dan merupakan syarikat penjagaan kesihatan berasaskan semulajadi dengan falsafah

korporat yang menekankan “Orang Bergembira Menolong Orang lain, Bersama-sama Kita Berkongsi Keamanan, Keharmonian, Kesihatan dan Kemakmuran”. Dengan lokasi ibu pejabatnya di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor, syarikat pemenang anugerah itu telah kian berkembang dan kini mempunyai 15 cawangan di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan penuh kepada pengedar-pengedar dan para pelanggan secara paling pantas dan efisien. Ia juga telah menetapkan satu Amalan Baik Pembuatan bagi kilang pembuatan produk makanan untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi. PHHP juga mempunyai pejabat-pejabatnya di Singapura, Thailand dan Indonesia dan merancang untuk mengembangkan perniagaannya secara stabil ke negara-negara lain di Asia. Terdapat banyak juga soalan-soalan yang dibangkitkan oleh para peserta tentang PHHP dan perjalanan kerjaya Winston Chen di dalam industri Jualan Langsung.

2021 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

21


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.