Sorotan / Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Sedunia
MENINGGIKAN IMPAK JUALAN LANGSUNG SEDUNIA OLEH TAMUNA GABILAIA, PENGARAH EKSEKUTIF DAN KETUA PEGAWAI OPERASI PERSEKUTUAN PERSATUAN JUALAN LANGSUNG DUNIA (WFDSA)
p
andemik yang kita alami sekarang belum pernah terjadi sebelum ini. Ia telah membawa kesan yang mendalam kepada kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia, melumpuhkan komuniti secara menyeluruh dan merubah kehidupan kita buat selama-lamanya. Walau bagaimanapun, menerusi banyak mesyuarat secara video dan sidang telefon, saya merasakan yang kita kekal erat, berhubung di pejabat dan ruang tamu masing-masing, sambil menangani masa yang ditempohi
12
/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021
bersama di setiap negara. Antara lain, isu-isu utama berlegar daripada isu rantaian pembekalan hingga ke cara memaksimumkan pengalaman pelanggan, peralatan baharu dan latihan bagi pengedar-pengedar. Oleh kerana industri kita adalah berasaskan perhubungan, sebuah industri bersemuka, maka langkah-langkah penjarakan sosial yang dilaksanakan di seluruh dunia telah tidak memungkinkan berlangsungnya mesyuarat secara hadir sendiri buat masa ini. Pada masa yang sama, meskipun berhadapan dengan cabaran situasi yang tidak pernah kita alami sebelum ini, kita telah melihat bagaimana industri kita bukan sahaja telah menunjukkan kedaya tahanan, malahan lebih berjaya daripada sebelumnya dalam mencetuskan idea-idea baharu, inovasi, penyesuaian dan kreativiti. Kita telah melihat yang syarikatsyarikat kita telah dalam beberapa minggu sahaja berupaya bergerak secara besar-besaran, mengadakan mesyuarat-mesyuarat hadir sendiri dalam talian sambil memancarkan acara-acara dalam talian yang membolehkan lebih ramai lagi melibatkan diri, berbanding dengan acara-acara hadir sendiri. ‘Party’ dalam talian juga telah meraih lebih jualan. Kita akan melihat bagaimana sambil mereka bergerak maju ke hadapan, syarikat-syarikat kita akan menggunakan model hybrid mesyuarat dalam talian dan hadir sendiri, malahan akan memberi lebih
tumpuan terhadap meningkatkan pengalaman pelanggan. Akibat kemerosotan ekonomi yang disebabkan pandemik yang telah menyebabkan pemberhentian kerja besar-besaran dan pekerjaan tidak stabil, ramai yang beralih ke industri kita sebagai sumber pendapatan alternatif. Kita lihat yang penjual runcit di kedai-kedai dan juga dalam talian sedang bergelut dalam berbagai cara termasuk menangani pertambahan kehendak pelanggan untuk mengalami pembelian yang diperibadikan. Industri kita menyediakan pengalaman pembelian yang diperibadikan, yang lebih baik daripada orang lain, dan bergerak ke hadapan, kita akan terus melakukan itu. Oleh kerana mesyuarat hadir sendiri telah dihentikan disebabkan oleh pandemik, kita dapati yang permintaan bagi latihan, demonstrasi produk dan hubungan bimbingan mentor telah meningkat. Beberapa syarikat telah mengalami pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelumnya, akibat permintaan yang meningkat bagi produk mereka. Seperti yang telah dinyatakan oleh Pengerusi WFDSA Roger Barnett, ini merupakan detik yang tepat untuk melakukan Imaginasi Semula, Rekaan Semula, dan Definisi Semula peranan dan sumbangan jualan langsung bagi dekad yang akan datang dan meninggikan reputasi industri kita dan meluaskan impak kita.