4 minute read
Hidroponik Mudah
fokus utama
Okt 2020
Advertisement
Hidroponik Mudah Hanya petik dan masak
oleh Muhamad Ridhwan Jahidin
Ancaman COVID-19 yang melanda negara beberapa bulan ini telah mengekang komuniti daripada keluar rumah tanpa ada urusan penting. Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan bermula daripada fasa PKP, PKPB dan kini PKPP telah membuatkan ramai daripada kita membuka mata untuk mula bertani di rumah. Bahan makanan seperti sayur segar tidaklah bertahan lama selepas dibeli daripada pasar raya dan oleh sebab itu, kita tidak dapat membeli dengan kuantiti yang banyak berbanding dengan bahan makanan lain seperti ayam dan ikan yang boleh disejuk bekukan.
fokus utama
Okt 2020
tas faktor inilah, pertanian moden dapat diaplikasi di A rumah untuk mendapatkan stok sayur segar setiap hari. Malah, kualiti yang dihasilkan adalah lebih baik, semestinya tanpa racun-racun perosak yang boleh memudaratkan kita. Tapi persoalannya, bagaimana dengan rumah kediaman at atau berstrata? Bagaimana untuk bercucuk tanam dengan ruang yang sempit? Tanaman kaedah hidroponik adalah jawapannya.
Sejarah Hidroponik
Kaedah tanaman tanpa tanah ini dapat dikenalpasti pada tahun 1600 dengan penulisan para sarjana di dunia tetapi pengenalan istilah hidroponik dibuat oleh W.F Gericke pada tahun 1930an. Secara teknikalnya, beliaulah mempopularkan istilah ‘hidroponik’. Jadi tiada isu cantuman dua istilah menjadi satu dalam apa-apa bahasa pun termasuklah bahasa Inggeris dan Melayu. Sistem hidroponik ini mula berkembang dengan pesat sekitar 1950-an dan tertumpu pada negara beriklim sederhana seperti Jepun, Rusia, Itali, Sepanyol, Perancis, England, Jerman, dan Sweden. Dewasa ini, perkembangan sistem ini mula merebak pada negara-negara cuaca panas seperti Mexico, Timur Tengah dan negara-negara tropika termasuk Malaysia.
Di Malaysia, hidroponik mula terkenal sekitar tahun 2000 apabila berlaku kenaikan harga barang yang mendadak. Namun ianya bersifat sementara sahaja dan mungkin kerana faktor kurang maklumat dan kefahaman bagaimana hidroponik ini bekerja. Namun begitu, pada awal 2015 sehingga kini semakin ramai ingin mempelajari asas hidroponik yang boleh dibuat di rumah.
Lantaran dengan lambakan pasaraya yang semakin hampir dengan kediaman kita, keperluan untuk menanam sendiri sayuran kita semakin sepi, seolah-olah tiada kepentingan khusus. Dengan adanya pasaraya yang kita boleh beli setiap hari, kenapa perlu tanam bukan?
Tetapi kini dengan ancaman COVID-19 baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak, dari kaum ibu dirumah sehinggalah kepada warga kota yang bekerja. Kini tanaman hidroponik menjadi bualan di media- media sosial sehinggakan kedai yang menjual peralatan tanaman laris seperti goreng pisang panas.
Hidroponik dan Anda
Kepada yang baru bermula, jangan khuatir. Ini adalah waktu terbaik untuk anda bermula! Peralatan yang digunakan amat-amat mudah dan murah. Sebelum kepada peralatan, kita imbas dahulu konsep hidroponik. Perkataan Hidroponik berasal daripada perkataan latin iaitu hidro merujuk kepada air dan ponik merujuk kepada bekerja. Maka konsep ini diterjemahkan dengan bahasa mudah iaitu air yang bekerja. Ya, hanya air yang diperlukan tanpa menggunakan sebarang jenis tanah. Peralatan yang diperlukan sangat- sangat mudah, boleh guna saja apa yang sudah tersedia di rumah.
Penggunaan hidroponik di rumah dalam penanaman pelbagai sayur-sayuran mudah seperti bayam, sawi, kacang panjang, cili dan sebagainya membolehkan
fokus utama
kita mengelakkan proses biasa tanaman menggunakan tanah yang tentunya sangat memenatkan! Kaedah seperti melonggarkan tanah, menghilangkan rumput, memerangi pelbagai jenis perosak, dan sebagainya sangat memerah keringat dan berpeluh membanjiri badan dek terikan panas mentari. Maka kita guna cara mudah dan lebih menyenangkan.
Untuk mendapatkan hasil sayuran dan tanaman yang mudah tidak memerlukan kawasan yang terlalu besar. Sebagai contoh, untuk menyemai sayur-sayuran menggunakan benih semaian biasa seperti sawi, anda tidak perlu bekas air yang besar, cukup sekadar bekas bersaiz 10 inci x 5 inci. Boleh dibeli dipasaraya atau singgah sahaja di kedai menjual peralatan, semuanya tersedia.
Hidroponik Perlu Baja?
Walaupun ianya hanya menggunakan air dalam menggalakkan pertumbuhan akar selain daripada cahaya matahari, kandungan nutrien dalam air sangat penting untuk memastikan sayur-sayuran yang disemai segar bugar dan mempunyai rasa yang sedap dan lebih rangup. Seperti baru petik dari ladang. Segarnya!
Walaupun kedai menjual peralatan tanaman boleh membekalkan anda dengan baja cecair yang sesuai dengan tanaman anda, anda perlu tahu sedikit asas dalam proses pertumbuhan menggunakan konsep hidroponik ini. Adalah sangat penting untuk menyesuaikan pH air dalam bekas hidroponik yang disediakan di rumah. Okt 2020
Nilai PH air tidak boleh lebih rendah daripada kadar 5.5 dan lebih tinggi daripada kadar 6.5. Maka nilai PH ini membawa kepada sedikit asidik hampir kepada neutral.
Anda jangan risau dengan PH air ini kerana dengan campuran baja cecair yang dijual di kedai peralatan dapat menyeimbangkan kadar PH air. Kertas litmus khas ada dijual untuk anda memeriksa kadar PH air untuk tanaman anda untuk memberikan kelegaan. Yelah, selepas pelbagai usaha dilakukan tetapi tanaman tidak menjadi, siapa tidak bengang bukan? Maka jangan kedekut untuk keluarkan sedikit modal untuk membeli peralatan yang sesuai untuk pelan tanaman anda ya.
Bekas hidroponik yang menggunakan kotak polisterin
Tumbuhan apa yang sesuai?
Seperti yang kita tahu, konsep hidroponik ini adalah kaedah alternatif untuk menyemai benih tanaman sayuran seperti cili, bayam, sawi, kangkung yang boleh dituai dengan cepat dalam jangka masa pendek seperti 2 minggu sehingga ke 1 bulan. Jangan anda kir kita boleh menanam pokok rambutan menggunakan kaedah ini.
Selain daripada menyemai benih untuk dituai pada akhirnya, kaedah ini jugak sesuai untuk semaian dan pindah ke tanah. Anda boleh menggunakan kaedah hidroponik untuk menyemai benih-benih dan seterusnya memindahkannya ke dalam polybag. Kajian mendapati semaian menggunakan kaedah hidroponik mempunyai proses akar yang lebih cepat, maka anda boleh menjimatkan banyak masa. Kaedah ini sangat popular di kalangan nurseri tanaman yang memberikan pilihan tanaman yang banyak.