3 minute read
Sayuran Iklim Sejuk
VARIASI tanaman
Sayuran Iklim Sejuk di tanah khatulistiwa
Advertisement
oleh Nurul Syuhada Mohd Razai Okt 2020
Malaysia mengimport sebahagian besar sayur-sayuran beriklim sejuk dari beberapa negara seperti China, India dan juga Australia. Sayuran beriklim sejuk seperti salad romaine, butterhead lettuce juga buah-buahahan seperti strawberi ditanam di kawasan beriklim sejuk dengan suhu udara di antara 18 - 21°C. Sebagai alternatif kepada kebergantungan sayuran dan buah-buahan import, penanaman sayuran dan buah-buahan beriklim sejuk melalui kaedah penyejukan zon akar dapat memberi hasil tanaman setanding dengan tanaman dari kawasan beriklim sejuk.
Kaedah penyejukan zon akar boleh ditakrifkan sebagai mekanisma penyejukan di sekitar kawasan akar tumbuhan. Tumbuhan beriklim sejuk paling sesuai ditanam pada julat suhu tanah antara 15 - 20°C. Suhu zon akar juga mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap pertumbuhan tumbuhan berbanding dengan suhu persekitaran. Pada masa ini, penanaman sayuran dan buah-huahan beriklim sejuk di Malaysia tertumpu di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Walaubagaimanapun tanah yang terhad di kawasan tanah tinggi serta kos logistik dan penyimpanan lepas tuai boleh meningkatkan harga pasaran tumbuhan ini.
Penggunaan rumah hijau yang persekitarannya dikawal sepenuhnya selain menyebabkan peningkatkan pemanasan global juga memerlukan modal dan penyelenggaran yang besar. Aplikasi penyejukan zon akar di dalam media tanaman dapat bertahan dalam iklim panas dengan membekalkan suhu sejuk ke kawasan zon akar melalui saluran paip di bawah permukaan media.
Air terlebih dahulu disejukkan di dalam tangki menggunakan unit penyejuk seperti aircond dan disalurkan ke dalam media tanaman melalui paip. Paip ditanam beberapa sentimeter di bawah permukaan berhampiran dengan akar pokok. Air sejuk yang mengalir di dalam paip akan menyejukan kawasan akar pokok melalui pemindahan haba.
VARIASI tanaman
Okt 2020
Secara siologinya, tumbuhan beriklim sejuk ini tidak dapat bertahan hidup pada suhu panas tetapi hidup di dalam kawasan zon akar yang sejuk. Aplikasi penyejukan zon akar ini tidak hanya terhad kepada tumbuhan sayur-sayuran sahaja malah tumbuhan buah-buahan seperti srawberi juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini. Bagi setiap jenis tumbuhan, paip yang membawa air sejuk boleh di alihkan kedudukannya mengikut kawasan zon akar tumbuhan. Selain daripada penggunaan paip, penyejukan zon akar boleh juga diaplikasi kepada kaedah penanaman hirdoponik, aeroponik dan fertigasi di mana air baja disejukkan.
Terdapat banyak kelebihan penggunaan kaedah penyejukan zon akar ini selain daripada meningkatkan ekonomi petani dengan menanam tumbuhan berniai tinggi di tanah rendah. Antaranya ialah pembekal dapat menyalurkan tumbuhan beriklim sejuk ini pada kos rendah kerana kos logistik dapat dikurangkan. Kebergantungan pada sayuran dan buah-buahan import juga dapat dikurangkan sekiranya kaedah ini dapat dikomersialkan penggunaannya. Penggunaan keseluruhan kos dan tenaga di dalam sistem penyejukan rumah hijau adalah lebih tinggi berbanding dengan kaedah penyejukan zon akar yang tidak memerlukan rumah kawalan tertutup.
Secara kesimpulannya, tumbuhan beriklim sejuk boleh ditanam di tanah rendah Malaysia yang beriklim panas dan lembap sepajang tahun melalui kaedah penyejukan zon akar. Selain memberi hasil setanding dengan hasil tanaman dari tanah tinggi dan negara beriklim sejuk, ianya dapat mengurangkan kebergantungan kepada sayuran dan buah-buahan import. TIPS TANAM
Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
VARIASI tanaman
Okt 2020
Pertanian Bandar
Trend terkini warga kota
oleh Rahimi Hasnawi
Pertanian memainkan peranan utama dalam perkembangan tamadun manusia, malah majoriti penduduk dunia masa kini juga melaksanakan kerja-kerja berkaitan pertanian dengan pelbagai tujuan. Fenomena bercucuk tanam dalam kalangan masyarakat kembali dipopularkan namun bukan sahaja di kawasan kampung sebaliknya dikawasan bandar yang tanahnya terhad dimana warganya sentiasa sibuk bergerak pantas mengejar tugasan serta tuntutan kerjaya.
Pertanian bandar merupakan salah satu cara untuk melaksanakan sistem pertanian dibandar yang semakin popular pada masa kini. Pertanian bandar didenasikan sebagai aktiviti yang mampu menghasilkan bahan makanan, pemprosesan makanan, pemasaran produk makanan dalam kawasan bandar dan pinggir bandar.