VARIASI
Okt 2020
tanaman
Sayuran Iklim Sejuk di tanah khatulistiwa oleh Nurul Syuhada Mohd Razai Malaysia mengimport sebahagian besar sayur-sayuran beriklim sejuk dari beberapa negara seperti China, India dan juga Australia. Sayuran beriklim sejuk seperti salad romaine, butterhead lettuce juga buah-buahahan seperti strawberi ditanam di kawasan beriklim sejuk dengan suhu udara di antara 18 - 21°C. Sebagai alternatif kepada kebergantungan sayuran dan buah-buahan import, penanaman sayuran dan buah-buahan beriklim sejuk melalui kaedah penyejukan zon akar dapat memberi hasil tanaman setanding dengan tanaman dari kawasan beriklim sejuk. Kaedah penyejukan zon akar boleh ditakrifkan sebagai mekanisma penyejukan di sekitar kawasan akar tumbuhan. Tumbuhan beriklim sejuk paling sesuai ditanam pada julat suhu tanah antara 15 - 20°C. Suhu zon akar juga mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap pertumbuhan tumbuhan berbanding dengan suhu persekitaran. Pada masa ini, penanaman sayuran dan buah-huahan beriklim sejuk di Malaysia tertumpu di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Walaubagaimanapun tanah
26
yang terhad di kawasan tanah tinggi serta kos logistik dan penyimpanan lepas tuai boleh meningkatkan harga pasaran tumbuhan ini. Penggunaan rumah hijau yang persekitarannya dikawal sepenuhnya selain menyebabkan peningkatkan pemanasan global juga memerlukan modal dan penyelenggaran yang besar. Aplikasi penyejukan zon akar di dalam media tanaman dapat bertahan dalam iklim panas dengan membekalkan suhu sejuk ke kawasan zon akar melalui saluran paip di bawah permukaan media. Air terlebih dahulu disejukkan di dalam tangki menggunakan unit penyejuk seperti aircond dan disalurkan ke dalam media tanaman melalui paip. Paip ditanam beberapa sentimeter di bawah permukaan berhampiran dengan akar pokok. Air sejuk yang mengalir di dalam paip akan menyejukan kawasan akar pokok melalui pemindahan haba.