4 minute read
Tanam Sendiri Di Dapur
revolusi tanaman
Okt 2020
Advertisement
Tanam Sendiri di Dapur
Ini tanaman yang perlu anda tahu!
oleh Essan Yahya
Setiap daripada kita mungkin ada keinginan untuk bercucuk tanam, tapi dalam masa yang sama mungkin menghadapi kekangan atas alasan kesibukan bekerjam tiada ruang yang sesuai dan sebagainya. Tahukah anda, ada cara mudah untuk bercucuk tanam di rumah walaupun kediaman sempit dan tidak mempunyai tanah? TANAM kali ini akan berkongsi antara pokok atau tumbuhan termasuk sayur-sayuran yang sesuai ditanam di kediaman anda.
Banyak faktor yang mendorong untuk kita memulakan aktiviti becucuk tanam di rumah antaranya mendapatkan pemandangan kehijauan yang menarik, disamping boleh dijadikan sebagai sumber makanan jika kita menanam herba atau sayur sayuran. Selain itu, tumbuhan di dalam rumah boleh menjadi terapi yang baik untuk penghuni rumah berkenaan. Nak cuba? TANAM akan kongsikan.
TIPS TANAM
Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
revolusi tanaman
Sepedas Cili Api
Jika masyarakat Malaysia, pastinya tidak lengkap jika tiada cili dalam hidangan masing-masing kan? tapi ada juga dalam kalangan kita yang memang tidak makan pedas. Bagaimanapun, cili merupakan antara perkara yang wajib ada dalam masakan orang Malaysia.
Apa kata cuba kita tanam cili di rumah. Cara mudahnya adalah, sediakan pasu kegemaran anda yang berisi tanah yang mungkin boleh di beli di kedai bawah rumah, di pasar raya atau sebagainya. Opss!! Cili yang dibeli masih ada di dalam peti ais kan? Ambil biji cili berkenaan dan masukkan ke dalam pasu yang telah disediakan tadi. Harus diingat, jangan biarkan tanah terlalu kering dalam proses untuk tumbuh, siram dua kali sehari.
Apabila anak benih sudah bercambah, anda boleh alikan kepada pasu-pasu yang lain. Cili akan mula menunjukan hasil dalam beberapa bulan selagi ia dijaga dengan baik . Sekiranya cili sudah menunjukkan hasil, bukan sahaja sedap mata memandang malah sedap juga hidangan anda nanti.
Seharum Daun Bawang
Bagi mereka yang jarang ke pasar atau masak di dapur, kebiasaannya kita tidak mengetahui apakah kegunaan utama daun bawang. Bagaimanapun bagi seorang suri rumah yang sentiasa di dapur, atau sesiapa sahaja yang gemar memasak, daun bawang sangat banyak kegunaanya.
Bau yang harum, menambah rasa dalam makanan antara faktor utama anda wajib tanam daun bawang di rumah anda. Cara nak tanam sangat-sangat mudah. Bagaimana? Okt 2020
Mudahkan kalau anda dalam kalangan kita yang masak sup, petik dari dapur, basuh dan potong kemudian boleh terus tabur atas sup atau makanan lain.
Cara tanam, potong bahagian bawah bawang yang ada dalam simpanan dapur anda. Ia bagi memastikan akar bawang berkenaan sampai ke tanah yang anda telah sediakan di dalam pasu. Untuk siraman, sekali sehari pun sudah mencukupi. Paling membahagiakan adalah, dalam tempoh 3 minggu kita dah boleh tuai hasil daun bawang berkenaan. Jimat kan?
Potongkan dulu bahagian atas bawang merah tu sikit untuk cepatkan percambahan dan tanamkan bahagian akarnya di dalam pasu yang bertanah. Pastikan anda siram sekali sehari dan pokok mendapat cahaya matahari.
Angin-Angin Halia
Jika hendak buat rendang, rasa tidak cukup sekiranya halia tidak ada. Sanggup kembali ke kedai jika kita terlupa untuk beli. Jadi apa salahnya kita tanam halia di dapur?
Buang angin? inilah salah satu sebab penulis suka makan halia. Tapi sebenarnya halia mempunya banyak khasiat lain yang telah diperakui sejak turun temurun. Alangkah seronoknya dan bahagianya hati sekiranya ada halia di dapurkan?
revolusi tanaman
Okt 2020
Bagaimanapun untuk tanah halia, anda haru memilih halia yang bertunas supaya ia dapat membesar dengan cepat. Masih lagi menggunakan pasu, benamkan halia kedalam tanah dan ingat halia perlu kawasan yang separuh teduh tanpa cahaya matahari yang terus.
Tapi, tanaman halia kita terpaksa tunggu agak lama sedikit. Sabarkan sebahagian daripada iman, tapi hasilnya nanti pasti membahagiakan. Untuk halia muda kita terpaksa tungu dalam tempoh 5-6 bulan dan sekiranya untuk halia tua, dalam tempoh 9 bulan kita boleh tuai hasil berkenaan.
Lepas ini dah boleh buat teh halia dan ayam masak halia kan?
Ketumbar atau Sup?
Pernah viral seketika apabila si suami tidak tahu membezakan dan sup dan daun ketumbar. Apa kegunaan daun ketumbar? bagaimanapula cara tanam daun ketumbar ini?
Daun ketumbar yang hijau, keharuman dan penambah rasa dalam masakan pastinya selalu menjadi pilihan si isteri ketika memasak. Daun ketumbar kebiasaannya sangat popular dalam masakan masyarakat india dan timur tengah. Hampir kesemua menu mesti ada daun ketumbar. Tidak ketinggalan masyarakat Melayu yang gemar kepada daun ketumbar ini. Jika anda sukakan daun ketumbar ini, memang berbaloi anda tanam sendiri di rumah, sebab tumbuhan jenis ini sangat mudah untuk di tanam dan senang hidup.
Caranya adalah, anda perlu dapatkan agar ketumbang dalam ukuran 3-4 sentimeter dan perlu rendam dalam bekas berisi air. Tapi jangan dibiarkan terus di dalam air berkenaan, selang seminggu selepas itu, alihkan pokok kertumbar itu tadi ke dalam pasu.
Tutup bahagian akar dengan tanah dan biarkan ia membiak dengan baik dalam beberapa minggu, Diakhirnya, mahukan daun ketubar, petik sahaj di dapur. Mudahkan?
Selamat mencuba!