2 minute read
Pelbagai Tanaman Dalam Pasu
VARIASI tanaman
Okt 2020
Advertisement
Pelbagai Tanaman Dalam Pasu
Mudah, cepat dan jimat ruang!
oleh Anis Zara Hussain
Terdapat beberapa tanaman jenis daun-daunan yang biasa kita gunakan sebagai bahan dalam masakan seharian kita, tetapi ia hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit, sedangkan jika kita membeli di kedai, kebiasaannya ia akan jual dalam kuantiti yang banyak (seikat). Walaupun nilai harganya tidaklah tinggi, tetapi helaian daun tersebut tetap berbaki dan menyebabkan stok simpanan sayur-sayuran yang lain dalam peti ais kita menjadi “sesak” dan bersepah-sepah.
Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini, kita mencadangkan para suri rumah atau sesiapa sahaja yang “arif” di dapur untuk menanam daun-daun ini dalam pasu supaya apabila memerlukan, ianya boleh dipetik dengan cepat dan mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja.
Sebagai peringkat awalnya, seperti biasa sediakan beberapa pasu saiz sederhana yang mana pasu-pasu tersebut mempunyai lubang di belah bawah pasu beserta lapik pasu tersebut, pastikan juga anda mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan pasu-pasu berkenaan dan pasu-pasu tersebut dapat pencahayaan yang cukup.
Imbas Kod QR untuk menonton Kapsul Tanam Ep: Tanam Balkoni
Dengan Kerjasama
VARIASI tanaman
Daun Pandan
Satu fakta menarik tetang pandan, pandan adalah sejenis tumbuhan yang mudah dibiakkan di kawasan yang lembab dan mempunyai kandungan organik yang tinggi. Oleh itu, cara tanam pandan dalam pasu adalah pilih anak pokok yang telah matang. Tanda anak pokok itu telah matang apabila ia telah mengeluarkan akarnya sendiri. Pastikan anak pokok pandan tersebut mempunyai sekurang-kurangnya tiga helai akar yang sihat. Tidak perlu akar yang terlalu panjang.
Tanamkan dalam pasu seperti tanaman lain juga, sediakan juga sokongan kerana pada peringkat awal ini akar pandan masih tidak kukuh. Selesai di tanam, terus lakukan siraman dan letakkan di kawasan yang tidak terima matahari secara terus. Elakkan juga meletakkan pandan di tempat yang terkena matahari petang kerana ia akan membantutkan pertumbuhan pandan.
Daun Pudina
Mungkin biasa kita lihat atau dengar tentang minum detoks, antara bahan minuman tersebut kebiasaannya adalah daun pudina. Daun pudina merupakan tanaman yang cepar besar, mudah menjalar dan ia akan membesar dengan agresif sehingga menjalar ke pasu lain seandainya ia mendapat cahaya matahari yang cukup dan air yang cukup. Anda boleh menanam pudina melalui keratan batangnya di cucuk secara terus ke medium tanaman. Kaedah ini akan memudahkan pembiakkan pudina. Sebaiknya letakkan pudina dalam pasu tersebut di kawasan cahaya matahari. Selain itu, pastikan medium tanaman yang digunakan mempunyai kandungan bahan kompos yang tinggi seperti sabut kelapa.
Okt 2020
Dalam proses pokok membesar, perkara yang anda harus jaga adalah pastikan medium tidak terlalu lembab kerana ia akan menyebabkan pokok menjadi rosak dan menggalakkan kehadiran serangga perosak seperti siput dan lintah. Selain itu, kerap lakukan cantasan bagi mengelakkan pokok ini tumbuh terlalu panjang dan ianya juga dapat menggalakkan penghasilan tunas baru.
Daun Salad
Bagi pengamal gaya hidup sihat pasti akan menyukai sayuran salad. Kini salad tidak lagi perlu dibeli, ianya boleh ditanam sendiri di dalam pasu. Tetapi, sebelum menanam salad ke dalam pasu yang berisi tanah, buat permulaan rendamkan bahagian pangkal salad dalam sedikit air. Tinggalkan di kawasan dan ruang yang kering, tidak panas tetapi masih boleh menerima cahaya yang cukup dan pengudaraan
yang baik.
Tukar airnya setiap hari sehingga tunas baru muncul, kebiasaannya proses ini mengambil masa antara seminggu hingga dua minggu. Selepas dari proses ini, pindahkan tanaman ke dalam pasu yang berisi tanah dan pastikan tanah sentiasa lembap. Apabila mencapai ketinggian enam inci, anda boleh petik dan menikmatinya dalam hidangan salad anda.