3 minute read

Tanam Ruang Kecil

Next Article
Hutan Konkrit

Hutan Konkrit

Tanam Ruang Kecil

Penghuni apartment pun boleh!

Advertisement

oleh Siti Nurbaya Abd Latif

Pemilik kediaman pastinya mengidamkan sebuah landskap yang indah sebagai terapi. Landskap yang indah memberi ketenangan setelah seharian dengan rutin yang padat. Ruang yang terhad bukan penghalang pemilik kediaman memiliki laman idaman.

Laman hiasan mahupun kebun tradisional memerlukan perancangan bagi memastikan tanaman hidup subur dan kelihatan menarik. 5 perkara yang harus ada dalam perancangan iaitu ukur luas balkoni, pengetahuan berkenan sifat pokok, jenis tanah, kadar baja dan tanaman perlu dibelai.

Artikel kali ini menekankan isu berkaitan ukuran atau keluasan balkoni atau ruang yang ingin dijadikan laman idaman. Hal ini kerana pemilik kediaman perlu membuat keputusan berkenaan kaedah yang ingin digunakan sesuai dengan ukuran laman yang terhad atau sempit selain jenis tanaman untuk ruangan balkoni.

Tanaman Vertikal

Tanaman menegak atau vertical garden merupakan salah satu cara penyelesaian terbaik dan ia bukanlah teknik yang baru. Tanaman disusun secara menegak. Ia mampu menjadi penghias dinding yang unik dan menarik.

Selain dinding, papan, pagar dan rak besi boleh direka khas bagi menyesuaikan dekorasi taman. Tanaman kaedah vertical ini memerlukan kemahiran Menyusun tanaman hiasa supaya kelihatan menarik dan sejuk mata memandang.

Dari segi penjagaan pula, pemilik harus sentiasa peka dengan ketahanan tanaman supaya tanaman kekal segar dan sihat. Penyiraman harus dilakukan secara teratur sama ada secara manual atau menggunakan sistem penyiraman automatik.

Pasu Viral

Artikel Harian Metro bertarikh 14 Jun 2020 bertajuk ‘Pasu Viral jimatkan ruang’ memuatkan sistem tanaman sayur-sayuran mudah dijaga menggunakan kaedah vertical tower atau dikenali sebagai pasu viral. Pasu viral terhasil dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membataskan pergerakan penduduk Malaysia. Ia diperkenalkan oleh Khalid Zahrom, Pengurus Pemasaran Komunikasi dan ICT Taman Negara Johor.

Pasu viral ini tidak memerlukan ruang yang luas dan sesuai dengan kediaman dengan ruang yang terhad. Tambah beliau lagi, ia mampu menggantikan 20 pasu tanaman biasa dengan 1-meter (m) paip PVC sahaja. Paling penting ialah pasu viral ini sesuai dengan pelbagai jenis tanaman sama ada sayur-sayuran mahupun tanaman hiasan. Pasu viral merupakan salah satu kaedah penanaman yang sesuai bagi kediaman dengan ruangan terhad.

Hidroponik DIY

Selain Pasu Viral, penanaman kaedah Hidroponik DIY juga boleh digunakan untuk kediaman ruang kecil kerana ia lebih jimat dan mudah. Nor Ainon Othman berkongsi solusi terhadap masalah tiada laman atau ruang kecil di rumah tinggi.

Berikut adalah kaedah tanaman sayur Hidroponik

DIY. Bekas untuk menanam sayur dan bekas menakung air baja yang sesuai. Penapis diletakkan di bahagian atas. Bekas-bekas berkenaan boleh didapati di kedai serbaneka. Potong bulat span akuarium yang boleh dibeli di kedai haiwan. Masukkan cocopeat (sabut hancur) sehingga paras mulut tapis supaya tiada lubang yang dapat dibolosi nyamuk untuk bertelur. Tuang air baja dan pastikan ia cecah paras akar anak pokok (boleh juga guna sumbu).

Dekoponix

Menanam kini makin mudah apabila pelbagai inovasi dilakukan oleh pelbagai institusi. Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan dekoponix yang hampir sama dengan kaedah Hidroponik – tidak memerlukan tanah, menjimatkan ruang dan ‘kebun’ pula lebih bersih.

Dekoponix atau kebun mudah alih ini merupakan berita gembira buat pemilik kondominium, apartment dan flat. Ia boleh diletakkan di ruang terhad seperti balkoni atau dapur rumah malah ia boleh dialihkan ke mana sahaja bila perlu dengan mudah kerana ia mempunya roda. Pencipta set dekonopik memudahkan pembelinya kerana pembelian set produk berkenaan disertakan bersama kit keperluan penanaman iaitu kup, kapas, biji benih dan media hidroponik. Uniknya dekoponik ini ialah ia menggunakan sistem rak yang mampu menjimatkan

penggunaan ruang selain ia mudah diselenggarakan, hanya perlu menambah air dan baja air mengikut sukatan tertentu. Tidak mustahil jika dikatakan impian biasa pemilik kediaman mampu mendorong kearah Pertanian Bandaran. Pertanian bandaran ialah pertanian di Kawasan bandar untuk pengeluaran produk segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman hiasan, ulam-ulaman dan herba. Ia juga merangkumi penghasilan kompo dari bahan buangan organik bandaran, penyimpanan air hujan, pemprosesan makanan, pemasaran dan sebagainya. Pelaksanaannya melibatkan masyarakat bandar sama ada di kawasan sekeliling bandar, kawasan lapang dalam bandar, persekitaran rumah dan perumahan, hospital, sekolah, pejabat dan lain-lain.

This article is from: