Tanam Okt 2020: Edisi Khas Kebun Bandar

Page 17

revolusi

Okt 2020

tanaman

Tanam Ruang Kecil Penghuni apartment pun boleh! oleh Siti Nurbaya Abd Latif

Pemilik kediaman pastinya mengidamkan sebuah landskap yang indah sebagai terapi. Landskap yang indah memberi ketenangan setelah seharian dengan rutin yang padat. Ruang yang terhad bukan penghalang pemilik kediaman memiliki laman idaman. Laman hiasan mahupun kebun tradisional memerlukan perancangan bagi memastikan tanaman hidup subur dan kelihatan menarik. 5 perkara yang harus ada dalam perancangan iaitu ukur luas balkoni, pengetahuan berkenan sifat pokok, jenis tanah, kadar baja dan tanaman perlu dibelai. Artikel kali ini menekankan isu berkaitan ukuran atau keluasan balkoni atau ruang yang ingin dijadikan laman idaman. Hal ini kerana pemilik kediaman perlu membuat keputusan berkenaan kaedah yang ingin digunakan sesuai dengan ukuran laman yang terhad atau sempit selain jenis tanaman untuk ruangan balkoni.

Tanaman Vertikal Tanaman menegak atau vertical garden merupakan salah satu cara penyelesaian terbaik dan ia bukanlah teknik yang baru. Tanaman disusun secara menegak. Ia mampu menjadi penghias dinding yang unik dan menarik. Selain dinding, papan, pagar dan rak besi boleh direka khas bagi menyesuaikan dekorasi taman. Tanaman kaedah vertical ini memerlukan kemahiran Menyusun tanaman hiasa supaya kelihatan menarik dan sejuk mata memandang. Dari segi penjagaan pula, pemilik harus sentiasa peka dengan ketahanan tanaman supaya tanaman kekal segar dan sihat. Penyiraman harus dilakukan secara teratur sama ada secara manual atau menggunakan sistem penyiraman automatik.

13


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.