Tanam Okt 2020: Edisi Khas Kebun Bandar

Page 1

tanam 6 34

Tanaman Sesuai di dapur anda

9

tanaman

mesra haiwan

31

OkT 2020

Tanaman pendamping

pelbagai tanaman dalam pasu

Majalah Digital issuu.com/idealokapublishing

HIDROPONIK mudah Hanya Petik dan Masak!

EDISI KHAS KEBUN BANDAR


publishings

Idealoka Publishings Sdn. Bhd. Pengurusan Eksekutif Pengerusi Eksekutif: Tuan Haji Baharudin Othman Ketua Pegawai Eksekutif: Siti Zulaikha Nasir Ketua Pengarang: Essan Yahya Ketua Pegawai Pemasaran: Anis Zafira Dato’ Haji Hussain Pengarah Seni: Muhamad Ridhwan Jahidin

team Ketua Editor Essan Yahya Editorial Rahadatul Akhmar Adzibi Saralah Kanippan Rupini Moganadas Pereka Grafik Muhamad Ridhwan Jahidin Jabatan Seni Siti Nurbaya Abdul Latif Irma Malini Ishak Jurufoto Ashrawi Izham Pengurus Periklananan Anis Zafira Dato’ Haji Hussain Rama Maheswaran Rahimi Hasnawi Nurul Shuhada Idealoka Publishings Sdn Bhd (27098722-X) No 221 Kawasan Perindustrian Cheras Cheras Jaya 43200 Selangor No Tel: 03- 21623221 Fax: 03- 216232222 Untuk urusan periklanan, sila hubungi Pegawai Pemasaran Idealoka Publishings 03-21623221 atau email ke sales@idealokapublishings.com.my

1


Okt 2020

Kandungan

Edisi Khas Kebun Bandar

Hidroponik Mudah Hanya Petik dan Masak

Tanam Ruang Kecil Penghuni Apartment Pun Boleh!

Biru Bukan Sekadar Nasi Kerabu Bunga Telang Banyak Kegunaan

2

Tanam Sendiri Di Dapur Tanaman Yang Perlu Anda Tahu!

13

Pokok Viral PKP Tiba-Tiba Popular!

22

Sayuran Iklim Sejuk di Tanah Khatulistiwa

6

Tanaman Mesra Haiwan Jangan Perjudikan Nyawa Haiwan Kesayangan Anda!

9

16

Bayam Brazil Mudah Tanam dan Berkhasiat

20

26

Pertanian Bandar Trend Terkini Warga Kota

29


Okt 2020

Kandungan

Edisi Khas Kebun Bandar

34

Kaedah Penjagaan Tanaman Halaman Cara betul, Pokok Subur

36

39

Kebun Dapur Kenapa Beli Kalau Boleh Tanam

42

Baja Organik Campuran Merawat Tanaman

44

47

Teknologi Moden Pikat Generasi Muda Bertani

49

Tanaman Pendamping Tanam Bersama, Penuhi Keperluan

31

Pelbagai Tanaman Dalam Pasu Mudah, Cepat dan Jimat Ruang

Hutan Konkrit Ke Syurga Tropika

Racun Serangga Kendalikan Dengan Selamat


Okt 2020

Nota Ketua Pengarang Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT dengan izinya, Majalah Tanam edisi kali ini dpaat diterbitkan dalam suasana Malaysia dan dunia berdepan dengan Pandemik Covid-19. Menyedari hakikat dan kepentingan bercucuk tanam, majalah ini dizahirkan secara fizikal dan digital bagi memberi pengalaman berbeza kepada pembaca yang mahukan suasana pembacaan yang santai dan bermaklumat. Bagi memenuhi keperluan dan permintaan kepada bekalan makanan negara, setiap isi rumah kini perlu mengambil inisiatif dengan bercucuk tanam dengan memperoleh hasil untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Bukan sekadar itu, keperluan landskap dengan hiasan kehijauan tumbuhan juga menjadi faktor penting dalam mencorak kehidupan yang lebih ceria, tenang dengan hiasan tanaman di rumah atau lokasi yang sesuai. Sejajar dengan hobi dan pengalaman baharu, Majalah Tanam membolehkan pembaca untuk sama-sama menghayati kepentingan bercucuk tanam yang akan memberi banyak manfaat dan kegunaan bukan sahaja peribadi malah ia mampu dikomersialkan.

Essan Yahya Ketua Pengarang

tanam

OkT 2020

Majalah Tanam yang pertama seumpanya mengetengahkan cara dan teknik pertanian moden yang boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja walaupun mempunyai ruang dan tempat yang terhad. Langkah ini bertepatan untuk Malaysia sentiasa mengekalkan kehijauan, menggunakan teknologi dan teknik terkini agar capaian sebuah negara maju dalam bidang pertanian dapat direalisasikan suatu hari nanti. Kami di bahagian penerbitan Majalah Tanam berharap agar bahan bacaan ini akan memberikan manfaat dan idea baharu kepada anda. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong kami, memberikan maklum balas disamping menjayakan majalah ini untuk terbitan yang akan datang. ‘Hari ini kita berbudi kepada tanah, esok lusa hasilnya kita tuai, hari ini kita membaca dengan amanah, suatu hari hasil baik yang kita semai’

Tanam Oktober 2020 Foto: Ashrawi Izham Grafik: Muhamad Ridhwan Penghargaan kepada Pusat Hidroponik Kebun Bandar, Gugusan Semarak, Kota Damasara. Terima kasih kepada Puan Hasrina Mohd Nasir.


fokus

Okt 2020

utama

Hidroponik Mudah Hanya petik dan masak oleh Muhamad Ridhwan Jahidin

Ancaman COVID-19 yang melanda negara beberapa bulan ini telah mengekang komuniti daripada keluar rumah tanpa ada urusan penting. Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan bermula daripada fasa PKP, PKPB dan kini PKPP telah membuatkan ramai daripada kita membuka mata untuk mula bertani di rumah. Bahan makanan seperti sayur segar tidaklah bertahan lama selepas dibeli daripada pasar raya dan oleh sebab itu, kita tidak dapat membeli dengan kuantiti yang banyak berbanding dengan bahan makanan lain seperti ayam dan ikan yang boleh disejuk bekukan.

2


fokus

Okt 2020

utama

Sistem hidroponik ini mula berkembang dengan pesat sekitar 1950-an dan tertumpu pada negara beriklim sederhana seperti Jepun, Rusia, Itali, Sepanyol, Perancis, England, Jerman, dan Sweden. Dewasa ini, perkembangan sistem ini mula merebak pada negara-negara cuaca panas seperti Mexico, Timur Tengah dan negara-negara tropika termasuk Malaysia. Di Malaysia, hidroponik mula terkenal sekitar tahun 2000 apabila berlaku kenaikan harga barang yang mendadak. Namun ianya bersifat sementara sahaja dan mungkin kerana faktor kurang maklumat dan kefahaman bagaimana hidroponik ini bekerja. Namun begitu, pada awal 2015 sehingga kini semakin ramai ingin mempelajari asas hidroponik yang boleh dibuat di rumah. Lantaran dengan lambakan pasaraya yang semakin hampir dengan kediaman kita, keperluan untuk menanam sendiri sayuran kita semakin sepi, seolah-olah tiada kepentingan khusus. Dengan adanya pasaraya yang kita boleh beli setiap hari, kenapa perlu tanam bukan? Tetapi kini dengan ancaman COVID-19 baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak, dari kaum ibu dirumah sehinggalah kepada warga kota yang bekerja. Kini tanaman hidroponik menjadi bualan di media- media sosial sehinggakan kedai yang menjual peralatan tanaman laris seperti goreng pisang panas.

A

tas faktor inilah, pertanian moden dapat diaplikasi di rumah untuk mendapatkan stok sayur segar setiap hari. Malah, kualiti yang dihasilkan adalah lebih baik, semestinya tanpa racun-racun perosak yang boleh memudaratkan kita. Tapi persoalannya, bagaimana dengan rumah kediaman flat atau berstrata? Bagaimana untuk bercucuk tanam dengan ruang yang sempit? Tanaman kaedah hidroponik adalah jawapannya. Sejarah Hidroponik Kaedah tanaman tanpa tanah ini dapat dikenalpasti pada tahun 1600 dengan penulisan para sarjana di dunia tetapi pengenalan istilah hidroponik dibuat oleh W.F Gericke pada tahun 1930an. Secara teknikalnya, beliaulah mempopularkan istilah ‘hidroponik’. Jadi tiada isu cantuman dua istilah menjadi satu dalam apa-apa bahasa pun termasuklah bahasa Inggeris dan Melayu.

Hidroponik dan Anda Kepada yang baru bermula, jangan khuatir. Ini adalah waktu terbaik untuk anda bermula! Peralatan yang digunakan amat-amat mudah dan murah. Sebelum kepada peralatan, kita imbas dahulu konsep hidroponik. Perkataan Hidroponik berasal daripada perkataan latin iaitu hidro merujuk kepada air dan ponik merujuk kepada bekerja. Maka konsep ini diterjemahkan dengan bahasa mudah iaitu air yang bekerja. Ya, hanya air yang diperlukan tanpa menggunakan sebarang jenis tanah. Peralatan yang diperlukan sangat- sangat mudah, boleh guna saja apa yang sudah tersedia di rumah. Penggunaan hidroponik di rumah dalam penanaman pelbagai sayur-sayuran mudah seperti bayam, sawi, kacang panjang, cili dan sebagainya membolehkan

3


fokus

Okt 2020

utama

kita mengelakkan proses biasa tanaman menggunakan tanah yang tentunya sangat memenatkan! Kaedah seperti melonggarkan tanah, menghilangkan rumput, memerangi pelbagai jenis perosak, dan sebagainya sangat memerah keringat dan berpeluh membanjiri badan dek terikan panas mentari. Maka kita guna cara mudah dan lebih menyenangkan.

Nilai PH air tidak boleh lebih rendah daripada kadar 5.5 dan lebih tinggi daripada kadar 6.5. Maka nilai PH ini membawa kepada sedikit asidik hampir kepada neutral. Anda jangan risau dengan PH air ini kerana dengan campuran baja cecair yang dijual di kedai peralatan dapat menyeimbangkan kadar PH air. Kertas litmus khas ada dijual untuk anda memeriksa kadar PH air untuk tanaman anda untuk memberikan kelegaan. Yelah, selepas pelbagai usaha dilakukan tetapi tanaman tidak menjadi, siapa tidak bengang bukan? Maka jangan kedekut untuk keluarkan sedikit modal untuk membeli peralatan yang sesuai untuk pelan tanaman anda ya. Bekas hidroponik yang menggunakan kotak polisterin

Untuk mendapatkan hasil sayuran dan tanaman yang mudah tidak memerlukan kawasan yang terlalu besar. Sebagai contoh, untuk menyemai sayur-sayuran menggunakan benih semaian biasa seperti sawi, anda tidak perlu bekas air yang besar, cukup sekadar bekas bersaiz 10 inci x 5 inci. Boleh dibeli dipasaraya atau singgah sahaja di kedai menjual peralatan, semuanya tersedia.

Tumbuhan apa yang sesuai? Seperti yang kita tahu, konsep hidroponik ini adalah kaedah alternatif untuk menyemai benih tanaman sayuran seperti cili, bayam, sawi, kangkung yang boleh dituai dengan cepat dalam jangka masa pendek seperti 2 minggu sehingga ke 1 bulan. Jangan anda fikir kita boleh menanam pokok rambutan menggunakan kaedah ini.

Hidroponik Perlu Baja? Walaupun ianya hanya menggunakan air dalam menggalakkan pertumbuhan akar selain daripada cahaya matahari, kandungan nutrien dalam air sangat penting untuk memastikan sayur-sayuran yang disemai segar bugar dan mempunyai rasa yang sedap dan lebih rangup. Seperti baru petik dari ladang. Segarnya! Walaupun kedai menjual peralatan tanaman boleh membekalkan anda dengan baja cecair yang sesuai dengan tanaman anda, anda perlu tahu sedikit asas dalam proses pertumbuhan menggunakan konsep hidroponik ini. Adalah sangat penting untuk menyesuaikan pH air dalam bekas hidroponik yang disediakan di rumah.

4

Selain daripada menyemai benih untuk dituai pada akhirnya, kaedah ini jugak sesuai untuk semaian dan pindah ke tanah. Anda boleh menggunakan kaedah hidroponik untuk menyemai benih-benih dan seterusnya memindahkannya ke dalam polybag. Kajian mendapati semaian menggunakan kaedah hidroponik mempunyai proses akar yang lebih cepat, maka anda boleh menjimatkan banyak masa. Kaedah ini sangat popular di kalangan nurseri tanaman yang memberikan pilihan tanaman yang banyak.



revolusi

Okt 2020

tanaman

Tanam Sendiri di Dapur Ini tanaman yang perlu anda tahu! oleh Essan Yahya Setiap daripada kita mungkin ada keinginan untuk bercucuk tanam, tapi dalam masa yang sama mungkin menghadapi kekangan atas alasan kesibukan bekerjam tiada ruang yang sesuai dan sebagainya. Tahukah anda, ada cara mudah untuk bercucuk tanam di rumah walaupun kediaman sempit dan tidak mempunyai tanah? TANAM kali ini akan berkongsi antara pokok atau tumbuhan termasuk sayur-sayuran yang sesuai ditanam di kediaman anda. Banyak faktor yang mendorong untuk kita memulakan aktiviti becucuk tanam di rumah antaranya mendapatkan pemandangan kehijauan yang menarik, disamping boleh

6

dijadikan sebagai sumber makanan jika kita menanam herba atau sayur sayuran. Selain itu, tumbuhan di dalam rumah boleh menjadi terapi yang baik untuk penghuni rumah berkenaan. Nak cuba? TANAM akan kongsikan. TIPS TANAM

Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.


revolusi

Okt 2020

tanaman

Sepedas Cili Api Jika masyarakat Malaysia, pastinya tidak lengkap jika tiada cili dalam hidangan masing-masing kan? tapi ada juga dalam kalangan kita yang memang tidak makan pedas. Bagaimanapun, cili merupakan antara perkara yang wajib ada dalam masakan orang Malaysia. Apa kata cuba kita tanam cili di rumah. Cara mudahnya adalah, sediakan pasu kegemaran anda yang berisi tanah yang mungkin boleh di beli di kedai bawah rumah, di pasar raya atau sebagainya.

Mudahkan kalau anda dalam kalangan kita yang masak sup, petik dari dapur, basuh dan potong kemudian boleh terus tabur atas sup atau makanan lain. Cara tanam, potong bahagian bawah bawang yang ada dalam simpanan dapur anda. Ia bagi memastikan akar bawang berkenaan sampai ke tanah yang anda telah sediakan di dalam pasu. Untuk siraman, sekali sehari pun sudah mencukupi. Paling membahagiakan adalah, dalam tempoh 3 minggu kita dah boleh tuai hasil daun bawang berkenaan. Jimat kan?

Opss!! Cili yang dibeli masih ada di dalam peti ais kan? Ambil biji cili berkenaan dan masukkan ke dalam pasu yang telah disediakan tadi. Harus diingat, jangan biarkan tanah terlalu kering dalam proses untuk tumbuh, siram dua kali sehari. Apabila anak benih sudah bercambah, anda boleh alikan kepada pasu-pasu yang lain. Cili akan mula menunjukan hasil dalam beberapa bulan selagi ia dijaga dengan baik . Sekiranya cili sudah menunjukkan hasil, bukan sahaja sedap mata memandang malah sedap juga hidangan anda nanti. Seharum Daun Bawang Bagi mereka yang jarang ke pasar atau masak di dapur, kebiasaannya kita tidak mengetahui apakah kegunaan utama daun bawang. Bagaimanapun bagi seorang suri rumah yang sentiasa di dapur, atau sesiapa sahaja yang gemar memasak, daun bawang sangat banyak kegunaanya. Bau yang harum, menambah rasa dalam makanan antara faktor utama anda wajib tanam daun bawang di rumah anda. Cara nak tanam sangat-sangat mudah. Bagaimana?

Potongkan dulu bahagian atas bawang merah tu sikit untuk cepatkan percambahan dan tanamkan bahagian akarnya di dalam pasu yang bertanah. Pastikan anda siram sekali sehari dan pokok mendapat cahaya matahari. Angin-Angin Halia Jika hendak buat rendang, rasa tidak cukup sekiranya halia tidak ada. Sanggup kembali ke kedai jika kita terlupa untuk beli. Jadi apa salahnya kita tanam halia di dapur? Buang angin? inilah salah satu sebab penulis suka makan halia. Tapi sebenarnya halia mempunya banyak khasiat lain yang telah diperakui sejak turun temurun. Alangkah seronoknya dan bahagianya hati sekiranya ada halia di dapurkan?

7


revolusi

Okt 2020

tanaman

Bagaimanapun untuk tanah halia, anda haru memilih halia yang bertunas supaya ia dapat membesar dengan cepat. Masih lagi menggunakan pasu, benamkan halia kedalam tanah dan ingat halia perlu kawasan yang separuh teduh tanpa cahaya matahari yang terus. Tapi, tanaman halia kita terpaksa tunggu agak lama sedikit. Sabarkan sebahagian daripada iman, tapi hasilnya nanti pasti membahagiakan. Untuk halia muda kita terpaksa tungu dalam tempoh 5-6 bulan dan sekiranya untuk halia tua, dalam tempoh 9 bulan kita boleh tuai hasil berkenaan.

Jika anda sukakan daun ketumbar ini, memang berbaloi anda tanam sendiri di rumah, sebab tumbuhan jenis ini sangat mudah untuk di tanam dan senang hidup. Caranya adalah, anda perlu dapatkan agar ketumbang dalam ukuran 3-4 sentimeter dan perlu rendam dalam bekas berisi air. Tapi jangan dibiarkan terus di dalam air berkenaan, selang seminggu selepas itu, alihkan pokok kertumbar itu tadi ke dalam pasu.

Lepas ini dah boleh buat teh halia dan ayam masak halia kan? Ketumbar atau Sup? Pernah viral seketika apabila si suami tidak tahu membezakan dan sup dan daun ketumbar. Apa kegunaan daun ketumbar? bagaimanapula cara tanam daun ketumbar ini? Daun ketumbar yang hijau, keharuman dan penambah rasa dalam masakan pastinya selalu menjadi pilihan si isteri ketika memasak. Daun ketumbar kebiasaannya sangat popular dalam masakan masyarakat india dan timur tengah. Hampir kesemua menu mesti ada daun ketumbar. Tidak ketinggalan masyarakat Melayu yang gemar kepada daun ketumbar ini.

8

Tutup bahagian akar dengan tanah dan biarkan ia membiak dengan baik dalam beberapa minggu, Diakhirnya, mahukan daun ketubar, petik sahaj di dapur. Mudahkan? Selamat mencuba!


revolusi

Okt 2020

tanaman

6 Tanaman Mesra Haiwan

Jangan perjudikan nyawa haiwan kesayangan anda! oleh Siti Nurbaya Abd Latif

Tiada yang lebih mesra alam daripada menanam sendiri tumbuh-tumbuhan di rumah! Pokok-pokok ini bukan sahaja membantu pengudaraan dalam rumah, malah membuatkan sejuk mata memandang. Semakin ramai yang memilih untuk menanam pokok hiasan di dalam rumah dan juga diluar rumah. Bukan sahaja pokok hiasan hidup ini cantik dipandang, ianya juga memberikan manfaat kepada manusia yang tinggal berdekatan denganya. Antara manfaatnya ialah mengurangkan kemurungan, membantu peredaran udara dalam rumah dan membantu memori dan kesihatan mental. Di sebalik kesemua perkara indah ini, perlu kita berhati-hati jika mempunyai haiwan peliharaan di dalam rumah seperti kucing. Menurut American Society for Prevention of Cruelty to Animals (ASPCA), pokok hiasan tertentu adalah berbahaya bagi anjing dan kucing. Oleh kerana itu, saya telah menyenaraikan beberapa pokok hiasan yang boleh dijadikan hiasan dalam rumah, boleh menyegarkan udara, tidak memerlukan jagaan rapi serta selamat untuk haiwan kesayangan anda.

9


revolusi

Okt 2020

tanaman

1 Spider plant

Mengapa anda memerlukannya: ‘Spider Plant’ merupakan pokok hiasan yang paling mudah untuk dijaga walaupun anda tidak memiliki kemahiran untuk bercucuk tanam. Ia adalah pokok hiasan yang selamat dan mampu untuk mengeluarkan beberapa dozen anak pokok yang senang untuk dicantas dan ditanam semula. Cara penjagaan: Anda boleh meletakkan pokok hiasan ini di mana saja kerana ia tidak memerlukan suhu dan pencahayaan yang tinggi. Ia cuma memerlukan sedikit air sahaja. Namun begitu, anda perlu membiarkan tanahnya untuk kering sebelum menyiram semula. Oleh kerana anak pokokya berjuntai, adalah dinasihatkan untuk mengantung pokok hiasan ini di tempat yang tinggi untuk mengelakkan gangguan dari haiwan kesayangan anda.

2 Areca/Golden palm

Mengapa anda memerlukannya: Sekiranya anda mempunyai ruangan yang luas dan inginkan pokok hiasan yang bercirikan suasana tropika, Areca/Golden Palm adalah pokok hiasan yang paling sesuai. Ia juga mampu meningkatkan pengudaraan di dalam rumah. Cara Penjagaan: Berita baik untuk anda, ia tidak memerlukan cahaya yang terlalu terang dan tanah juga tidak perlu terlalu lembab. Jadi anda tidak perlu menyiramnya setiap hari sekiranya tanah masih lagi lembab. Ia juga mudah tumbuh di tempat yang terang atau menerima pencahayaan secara tidak langsung. Untuk pengetahuan anda, pokok ini boleh tumbuh setinggi 6-7 kaki, jadi anda perlu memastikan pasu yang ada bersesuaian untuk jangka masa yang panjang.

3 Tradescantia zebrina

Mengapa anda memerlukannya: Pokok berwarna ungu ini juga dikenali sebagai Zebrina Pendula dan ia amat sesuai untuk digantung di tepi tingkap atau di atas meja. Ia juga amat mudah untuk dijaga dan cepat tumbuh selain diminati kerana warna daunnya yang menarik. Cara Penjagaan: Tradescantia Zebrina merupakan pokok hiasan yang mudah tumbuh dan anda boleh menyiramnya sekali sekala ataupun setiap hari (batangnya akan layu sekiranya tidak disiram dengan lama). Pokok hiasanini juga menyukaipersekitarantanah yang lembap.

10

Selain itu, pokok ini memerlukan pencahayaan matahari secara langsung tapi jangan letakkan pokok ini di tempat yang terlampau terdedah dengan sinaran matahari yang terik kerana daunnya mudah kering sekiranya terdedah dengan suhu yang terlalup anas.


revolusi tanaman

Okt 2020

4 boston ferns

Mengapa anda memerlukannya: Boston Fern mempunyai daun-daun hijau yang banyak dan merupakan antara pokok hiasan penapis udara semulajadi yang terbaik. Bukan itu sahaja, ia boleh membersihkan udara toksik berbahaya di dalam rumah, dan ia juga boleh melembapkan udara secara semula jadi. Cara Penjagaan: Pokok hiasan ini boleh tumbuh dengan sempurna dalam persekitaran yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan tidak memerlukan cahaya yang banyak. Cukup sekadar menyemburkan air secara harian dan letakkan di ruang yang sejuk.

5 Pachira aquatiqa

Mengapa anda memerlukannya: Pachira Aquatica atau ‘money tree’ tumbuh subur di kawasan bertanah lembap dan kawasan paya. Ia boleh mengurangkan toksin seperti formal dehyde yang terdapat di dalam udara dan pokok ini juga sesuai bagi mereka yang menghidapi asma, masalah paru-paru atau bagi mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai pencemaran udara yang tinggi. Cara Penjagaan: Pokok hiasan ini sukakan kelembapan, jadi pastikan untuk menyiramnya secara konsisten. Anda juga perlu menyiram kesemua bahagian atas tanah di dalam pasu dan pastikan juga pasu tersebut mempunyai pengaliran yang baik untuk mengelakkan air bertakung. Selain itu, letakkan pokok ini di kawasan yang terang tetapi tidak terdedah kepada sinar matahari secara langsung. Jangan lupa untuk mengalihkan posisinya setiap kali anda menyiram untuk mengalakkan pertumbuhan sekata dan penghasilan daun.

6 african violet

Mengapa anda memerlukannya: Satu lagi pokok hiasan yang mudah untuk dijaga dan selamat untuk haiwan kesayangan anda adalah African Violet. Bunganya akan berkembang sepanjang tahun sekiranya dijaga dengan rapi dan boleh dijadikan hiasan di atasmeja. Cara Penjagaan: Letakkan pokok hiasan ini di ruang yang mempunyai suhu dan pencahayaan yang tinggi dan pastikan tanah sentiasa lembap, tidak terlalu padat dan mempunyai saliran yang baik. Selain daripada itu, elakkan daripada menyiram daunnya kerana ia mudah reput.

Jika anda sedang mencari inspirasi untuk menghiasi rumah dengan memasukkan elemen alam sekitar, serta ingin mengelakkan dari meletakkan pokok hiasan beracun dan juga selamat untuk haiwan kesayangan anda, anda boleh membeli atau menanam pokok-pokok yang disenaraikan di atas. Anda juga tidak akan mempunyai masalah untuk mencari pokok- pokok hiasan ini di nurseri yang berdekatan.

11


75/kg


revolusi

Okt 2020

tanaman

Tanam Ruang Kecil Penghuni apartment pun boleh! oleh Siti Nurbaya Abd Latif

Pemilik kediaman pastinya mengidamkan sebuah landskap yang indah sebagai terapi. Landskap yang indah memberi ketenangan setelah seharian dengan rutin yang padat. Ruang yang terhad bukan penghalang pemilik kediaman memiliki laman idaman. Laman hiasan mahupun kebun tradisional memerlukan perancangan bagi memastikan tanaman hidup subur dan kelihatan menarik. 5 perkara yang harus ada dalam perancangan iaitu ukur luas balkoni, pengetahuan berkenan sifat pokok, jenis tanah, kadar baja dan tanaman perlu dibelai. Artikel kali ini menekankan isu berkaitan ukuran atau keluasan balkoni atau ruang yang ingin dijadikan laman idaman. Hal ini kerana pemilik kediaman perlu membuat keputusan berkenaan kaedah yang ingin digunakan sesuai dengan ukuran laman yang terhad atau sempit selain jenis tanaman untuk ruangan balkoni.

Tanaman Vertikal Tanaman menegak atau vertical garden merupakan salah satu cara penyelesaian terbaik dan ia bukanlah teknik yang baru. Tanaman disusun secara menegak. Ia mampu menjadi penghias dinding yang unik dan menarik. Selain dinding, papan, pagar dan rak besi boleh direka khas bagi menyesuaikan dekorasi taman. Tanaman kaedah vertical ini memerlukan kemahiran Menyusun tanaman hiasa supaya kelihatan menarik dan sejuk mata memandang. Dari segi penjagaan pula, pemilik harus sentiasa peka dengan ketahanan tanaman supaya tanaman kekal segar dan sihat. Penyiraman harus dilakukan secara teratur sama ada secara manual atau menggunakan sistem penyiraman automatik.

13


revolusi

Okt 2020

tanaman

Hidroponik DIY Selain Pasu Viral, penanaman kaedah Hidroponik DIY juga boleh digunakan untuk kediaman ruang kecil kerana ia lebih jimat dan mudah. Nor Ainon Othman berkongsi solusi terhadap masalah tiada laman atau ruang kecil di rumah tinggi. Berikut adalah kaedah tanaman sayur Hidroponik DIY. Bekas untuk menanam sayur dan bekas menakung air baja yang sesuai. Penapis diletakkan di bahagian atas. Bekas-bekas berkenaan boleh didapati di kedai serbaneka. Potong bulat span akuarium yang boleh dibeli di kedai haiwan. Masukkan cocopeat (sabut hancur) sehingga paras mulut tapis supaya tiada lubang yang dapat dibolosi nyamuk untuk bertelur. Tuang air baja dan pastikan ia cecah paras akar anak pokok (boleh juga guna sumbu). Tanaman Vertikel yang digantung atas pagar rumah

Pasu Viral

Dekoponix

Artikel Harian Metro bertarikh 14 Jun 2020 bertajuk ‘Pasu Viral jimatkan ruang’ memuatkan sistem tanaman sayur-sayuran mudah dijaga menggunakan kaedah vertical tower atau dikenali sebagai pasu viral. Pasu viral terhasil dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membataskan pergerakan penduduk Malaysia. Ia diperkenalkan oleh Khalid Zahrom, Pengurus Pemasaran Komunikasi dan ICT Taman Negara Johor.

Menanam kini makin mudah apabila pelbagai inovasi dilakukan oleh pelbagai institusi. Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan dekoponix yang hampir sama dengan kaedah Hidroponik – tidak memerlukan tanah, menjimatkan ruang dan ‘kebun’ pula lebih bersih.

Pasu viral ini tidak memerlukan ruang yang luas dan sesuai dengan kediaman dengan ruang yang terhad. Tambah beliau lagi, ia mampu menggantikan 20 pasu tanaman biasa dengan 1-meter (m) paip PVC sahaja. Paling penting ialah pasu viral ini sesuai dengan pelbagai jenis tanaman sama ada sayur-sayuran mahupun tanaman hiasan. Pasu viral merupakan salah satu kaedah penanaman yang sesuai bagi kediaman dengan ruangan terhad.

14

Dekoponix atau kebun mudah alih ini merupakan berita gembira buat pemilik kondominium, apartment dan flat. Ia boleh diletakkan di ruang terhad seperti balkoni atau dapur rumah malah ia boleh dialihkan ke mana sahaja bila perlu dengan mudah kerana ia mempunya roda. Pencipta set dekonopik memudahkan pembelinya kerana pembelian set produk berkenaan disertakan bersama kit keperluan penanaman iaitu kup, kapas, biji benih dan media hidroponik. Uniknya dekoponik ini ialah ia menggunakan sistem rak yang mampu menjimatkan


revolusi tanaman

penggunaan ruang selain ia mudah diselenggarakan, hanya perlu menambah air dan baja air mengikut sukatan tertentu. Tidak mustahil jika dikatakan impian biasa pemilik kediaman mampu mendorong kearah Pertanian Bandaran. Pertanian bandaran ialah pertanian di Kawasan bandar untuk pengeluaran produk segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman hiasan, ulam-ulaman dan herba. Ia juga merangkumi penghasilan kompo dari bahan buangan organik bandaran, penyimpanan air hujan, pemprosesan makanan, pemasaran dan sebagainya. Pelaksanaannya melibatkan masyarakat bandar sama ada di kawasan sekeliling bandar, kawasan lapang dalam bandar, persekitaran rumah dan perumahan, hospital, sekolah, pejabat dan lain-lain.

TIPS TANAM

Air basuhan beras baik untuk nutrien tanah. Jangan buang air basuhan beras dan gunakan ia untuk menyiram tanaman anda!

Untuk urusan periklanan, sila hubungi Pegawai Pemasaran Idealoka Pubiishing 03-2299 1999 atau email ke sales@idealokapublishing.com.my

Okt 2020


revolusi

Okt 2020

tanaman

Pokok Viral PKP Tiba-tiba menjadi popular oleh Siti Zulaikha Nasir

Bermula dengan arahan Pihak Kerajaan iaitu perintah Kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang di kuatkuasakan di Malaysia pada Mac 2020 rakyat Malaysia kebanyakkan mula mencari aktiviti yang boleh di lakukan di dalam rumah termasukalah aktiviti menghias halaman dan dalaman rumah menggunakan tumbuhan hidup. Ramai yang menggilai pokok viral ini kerana ia bukan hanya kerana ianya cantik digunakan sebagai perhiasan dalam rumah dan luar rumah tetapi ia juga mudah dijaga dan diselenggara. Jika diimbau zaman lampau, pokok yang sama juga turut banyak menghiasi pekarangan rumah terutamanya di kampung-kampung. Ramai di antara rakyat Malaysia yang amat menggilai pokok perhiasan hijau seperti daun pokok pisang, skybird, monstera, fiddle leaf fig dan lidah jin sehinggakan ia digelar sebagai pokok viral! Antara tumbuhan viral yang paling popular pada tahun ini ialah Pokok Lidah Jin yang bukan hanya cantik, tapi juga menyimpan segudang

16

Jin termasuk tanaman hias yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan mudah untuk hidup dalam apa jua ruang sekalipun. Tumbuhan ini malahan turut di jual dari saiz perhiasan di atas meja pejabat sehingga saiz besar bagi perhiasan diluar rumah. Tumbuhan ini juga turut mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan Manusia. Seperti yang telah di kongsikan oleh pakar perubatan, Dr. Ahmad Samhan di Facebooknya, pokok tersebut dapat menaikkan mood positif dan menghilangkan stress. Kajian Dr. Ahmad Samhan turut menunjukkan, pokok lidah jin berkesan sebagai penapis udara. Namun ia bukanlah sebagai vakum atau penyedut habuk. Menanam pokok ternyata boleh menjadikan mood seseorang itu menjadi


revolusi

Okt 2020

tanaman

lebih positif. Hal ini kerana ‘interaksi’ antara manusia dan tumbuh-tumbuhan dapat mengalirkan aura positif dan badan kita akan jadi lebih sihat. Pokok Lidah Jin juga adalah di antara tumbuhan yang diiktiraf oleh NASA sebagai salah satu jenis pokok yang boleh menghilangkan toksin dan mencuci udara di dalam rumah. Bagi yang tidak tahu, pokok ini sebenarnya berasal dari Afrika dan memang terkenal dengan khasiatnya sehinggakan ada menjadikannya sebagai ubat dan kecantikan.

kelebihan pokok lidah jin

1

Boleh mengurangkan habuk dan memberi kitaran udara yang baik Pokok ini mampu menyerap pencemaran dan ia di antara yang terbaik dan sebab itu ia sangat sesuai sebagai pohon hijau untuk indoor. Malah ia cukup efektif dalam menyedut gas berbahaya seperti toluene, benzene, formaldehye yang dikatakan sebagai punca kanser kepada manusia. Jika gas berbahaya itu pun boleh disingkirkan, apatah pula asap rokok atau bau kepam dalam rumah!

2

Kaya dengan oksigen

3

Mudah dijaga

4

Terapi Pada waktu petang, biasanya bunga lidah jin akan mekar dan ia mengeluarkan bau khas yang menyenangkan. Ia cukup sesuai sebagai terapi selepas seharian keluar bekerja dalam mengurangkan tekanan. Selain pokok Lidah Jin berikut merupakan beberapa beberapa jenis tumbuhan lain yang turut menjadi kegilaaan masyarakat Malaysia pada tahun 2020 : Monstera Nama tanaman hiasan yang sedang popular ini sangat unik karena nama Monstera bermakna abnormal, sesuai dengan karakter tanaman tersebut. Dalam bahasa Indonesia pun nama tanaman ini sangat abnormal, iaitu “Janda Bolong� mungkin kerana tekstur daunnya yang berbolong-bolong atau dalam bahasa Malaysia di sebut berlubang-lubang. Tetapi, meskipun daun tanaman hiasan ini lebar dan berlubang ramai dikalangan rakyat Malaysia yang menyukainya untuk dijadikan tanaman hiasan di dalam rumah!

Lidah Jin atau nama saintifiknya, Sansiviera adalah tanaman yang mampu menghasilkan oksigen dengan baik. Klorofil yang dihasilkan akan membantu mempercepatkan proses fotosintesis. Ini sekaligus akan menyebabkan peningkatan penghasilan oksigen dalam rumah anda.

Pokok Lidah Jin adalah antara tumbuhan hijau yang sangat mudah dijaga serta tidak memerlukan kos tinggi. Jika tiada matahari atau bekalan air juga, pokok ini mampu bertahan. Namun sebaik-baiknya, siramlah dan biarkan ia terkena cahaya matahari!

17


revolusi

Okt 2020

tanaman

Maranta Red Prayer Plant Maranta Red Prayer Plant adalah tanaman hiasan yang popular sejak tahun 2019. Menurut pakar tanaman, termasuk penggemar, maranta kini semakin popular pada tahun 2020 berkat keunikan tanaman tersebut. Daun berwarna hijau gelap dengan garis merah di tengah-tengah daun. Tumbuhan hiasan dalaman ini sesuai untuk disimpan di bingkai tingkap penyimpanan, atau rak yang memerlukan elemen hiasan.

Kaktus Kaktus adalah satu-satunya tumbuhan yang dapat bertahan hidup di tempat kering kerana tidak memerlukan banyak air untuk terus hidup. Kaktus ini boleh di kategorikan sebagai tumbuhan pilihan sepanjang zaman! Stuktur kaktus yang unik sesuai untuk dijdikan tanaman hiasan di dalam dan luar rumah.

18

Anggrek Mutiara Hitam Tanaman anggrek selalu menjadi kegilaan para wanita khususnya suri rumah. Anggerek kebanyakannya mempunyai stuktur rupa yang sama namun ia memiliki kepelbagaian warna yang berbeza. Namun, tanaman anggrek yang sedang popular pada ketika ini adalah Anggrek Mutiara Hitam atau Black Jewel Orchid. Ini kerana, spesis anggerik ini mempunyai warna bunga yang sangat indah dan senang untuk di jaga.

Selain tanaman hidup, kecintaan ramai orang kepada jenis-jenis tumbuhan hiasan ini telah memberi idea kepada ramai peniaga untuk menghasilkan tumbuhan plastik dari jenis yang sama. Ramai peniaga mula tampil dengan pelbagai jenis pokok tiruan yang menyerupai tumbuhan viral tersebut. Dengan harga yang lebih murah ia amat sesuai dengan penggemar perhiasan hijau yang tidak mahu membela pokok hidup di dalam rumah. Jenis pokok yang sama namun di adaptasi kepada tumbuhan tiruan dimana pokok tersebut tidak memerlukan sebarang penjagaan yang rapi malah lebih murah berbanding pokok sebenar. Antara pasaraya yang boleh membekalkan tumbuhan tiruan ini adalah seperti Eco, Kedai 2 Ringgit dan juga Mr Diy.


1


VARIASI

Okt 2020

tanaman

Bayam Brazil

Mudah tanam dan berkhasiat! oleh Irma Malini Ishak

BAYAM BRAZIL (Althernantherasissoo) adalah spesies tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dinegara kita. Sayur ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce. Spesies tumbuhan ini mudah hidup dimana kaedah atau cara pembiakkannya melalui keratan batang. Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Kepada mereka yang kali pertama mendengar perlu ketahui morfologi Bayam Brazil. Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar dan mudah dijaga. Ia mempunyai daun yang boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan lembut ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daun pula sekitar 2.0-3.5 cm lebar. Ramai juga dikalangan kita yang ada menanam sendiri bayam ini yang diambil mengikut keperluan untuk

20

dimakan. Hidangan Bayam Brazil mudah disediakan dengan daun Bayam Brazil yang agak berlendir dan juga rangup. Ini membolehkan sayuran ini juga sesuai dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil juga sesuai untuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Sejarah menunjukkan di mana masyarakat di Brazil mengamalkan makan bayam ini secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka. Menanam sendiri Bayam Brazil ini amat mudah dilakukan dirumah untuk tujuan kegunaan sendiri atau kalau lebih lebih sedekahkan kepada sanak saudara atau jiran. Anda boleh menanamnya diatas tanah, dalam pasu atau diatas batas kecil yang dipasang papan ditepi. Gunakan tanah campuran atau media cocoapeat (murah dalam kampit) dan dipadatkan sedikit. Campurkan baja organik dengan kadar sesuai dalam media tanaman tersebut.


variasi

Okt 2020

tanaman

Mungkin masih belum ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang tahu akan khasiat Bayam Brazil terhadap kesihatan. Ia didakwa selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan semua. Bayam Brazil didakwa dapat melawan masalah kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet disyorkan mengambil Bayam Brazil kerana ia dilaporkan dapat menurunkan berat badan. Selain itu juga spesis tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium.

Kemudian korang ambil batang pokok Bayam Brazil yang korang potong daripada pokok induknya. Kemudian cucuk sahaja batang pokok tu kat tanah yang korang sediakan tadi. Akhirnya pastikan korang siram setiap hari dan korang akan dapat lihat hasilnya seawal lima hari. Selain daripada ditanam sebagai untuk sumber makanan pokok Bayam Brazil ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu pokok hiasan di rumah untuk sentiasa Nampak segar dan menarik. Macam korang cuba tanam dalam pasu pastu letak kat sudut rumah sangat menarik cantik dan tertarik. Nanti korang boleh cuba tanam sendiri kat rumah tak perlu ruang tanah yang banyak pun cukup dalam pasu sahaja.

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pramatang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung.

TIPS TANAM

Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah. Tanaman akan segar bugar! Selamat Mencuba! Seperti umum diketahui bayam Brazil amat mudah untuk di tanam. Kita hanya perlukan batang pokok Bayam Brazil dan tanah yang mencukupi. Cara tanam pokok ini sangat muda, hanya sediakan tanah dalam pasu atau bekas plastik pun boleh.

21


VARIASI tanaman

Okt 2020

Biru Bukan Sekadar Nasi Kerabu Bunga telang banyak kegunaan! oleh Siti Nurbaya Abdul Latif

Di Malaysia, bunga telang atau butterfly-pea (Clitoria ternatea) sangat sinonim sebagai pewarna makanan khususnya bagi nasi kerabu. Menurut petikan kajian Chemical composition and antiproliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, semua bahagian bunga telang sangat berguna bagi rawatan perubatan, dan telah digunakan dalam perubatan kebanyakan orang, untuk menyembuhkan penyakit yang berlainan. Bunga ini juga dikenali dengan nama lain iaitu blue-pea, Aprajita, Cordofan pea atau Asian pigeonwings. Ia adalah tumbuhan dari keluarga Fabaceae dan biasanya terdapat di seluruh Asia Tenggara. Kelopak biru cerah dari bunga ini telah digunakan sebagai bahan dalam minuman teh herba di seluruh rantau ini selama berabad-abad serta digunakan juga dalam masakan. Bunga biru ini memberikan warna biru apabila dipenuhi dengan air suam atau panas, menyebabkan ia digunakan sebagai pewarna, serta menambahkan warna kepada pelbagai jenis makanan seperti hidangan nasi kerabu.

22


variasi tanaman

Okt 2020

Warna makanan semula jadi berasal daripada pelbagai sumber seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, mineral dan sumber semula jadi yang boleh dimakan. Ia menyebarkan warna apabila ditambah kepada makanan atau minuman.

dan ingatan pada tikus. Dua daripada kajian itu menunjukkan bahawa mekanisme di sebaliknya adalah kemungkinan tumbuhan ini boleh meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan neuron di kawasan hippocampus otak.

Bunga telang juga boleh dijadikan sebagai teh. Bunga telang perlu menjalani proses pengeringan yang betul supaya sesuai untuk disimpan dan dibuat minuman.

Tekanan dan kegelisahan Dalam kajian lain yang dijalankan pada tikus pada tahun 2003, ternyata bahawa bunga ini mungkin memiliki sifat yang dapat melegakan tekanan. Tikus dengan ulser yang disebabkan oleh tekanan diberi rawatan yang mengandungi 400mg butterfly-pea setiap 1 kg berat haiwan. Pada akhir kajian, ulser pulih dengan ketara, dan penyelidik menyimpulkan bahawa butterfly-pea mungkin mempunyai kesan antitekanan dan dapat menggalakkan homeostasis tubuh.

Teh bunga telang atau Butterfly Pea Flower tea biasanya dibuat daripada gabungan dua tanaman iaitu buttefly pea (Clitoria ternatea), sama ada menggunakan daun atau bunganya dan serai (Cymbopogon citratus). Walau bagaimanapun, teh juga boleh diminum dari tumbuhan ini sahaja, tanpa campuran serai. Tumbuhan ini biasanya mempunyai bunga sama ada putih, biru, atau ungu. Teh ini mengekalkan kebanyakan kualiti perubatan bunga telang serta pigmen biru cerah yang terdapat dalam kelopaknya. Warna biru daripada tumbuhan ini juga menjadikannya pewarna yang terkenal selama berabad-abad serta rawatan perubatan.

Teh bunga telang dengan campuran serai, sungguh menyegarkan!

Warna cecair diketahui berubah dengan pH, dan penambahan asid (seperti jus lemon) dapat mengubah warna dari biru ke ungu, dan penambahan bahan-bahan lain, seperti bunga raya, dikatakan bertukar kepada merah cerah.

Manfaat Teh Bunga Telang Memori Dari segi sejarah, penggunaan bunga ini yang paling popular adalah untuk menggalakkan memori dan kecerdasan. Bunga ini sering digunakan dalam amalan tradisional dalam campuran yang disebut “Medhya Rasayana� yang dianggap merawat gangguan neurologi dan akal. Sains telah mendedahkan bahawa mungkin ada kebenaran bagi tuntutan ini. Tiga kajian yang dijalankan pada tahun 2001, 2002 dan 2005 menunjukkan bahawa butterfly-pea meningkatkan pembelajaran

Diabetes Pada tahun 1990, satu kajian dilakukan terhadap tikus yang mendapati bahawa bunga telang mungkin mempunyai kesan antidiabetik. Para saintis mencipta ekstrak etanol dari bunga tumbuhan ini dan memberikannya kepada tikus – ekstrak yang diambil selama tiga minggu. Pada akhir tempoh tiga minggu, tikus telah menurunkan paras gula dalam darah. Para

23


variasi

Okt 2020

tanaman

saintis menyatakan bahawa kadar gula dalam darah yang diturunkan berlaku kerana ekstrak bunga ini menghalang aktiviti dua jenis gula iaitu β-galactosidase dan ι-glucosidase. Anestetik tempatan Di Amerika, bunga telang secara tradisional digunakan untuk merawat sengat, gigitan, dan kecederaan kecil. Berdasarkan penggunaan tradisional ini, pada tahun 1988 satu kajian telah dijalankan untuk menentukan mengapa bunga ini boleh membawa keselesaan kepada kecederaan luaran. Dalam kajian ini, kedua-dua arnab dan katak diuji dengan penyelesaian 10% ekstrak butterfly-pea. Walaupun subjek arnab tidak menunjukkan hasil yang ketara, katak memperlihatkan tindak balas yang menyebabkan saintis percaya bahawa penyelesaian itu mempunyai kesan anestetik.

Kanser Walaupun penyelidikan masih dalam fasa awal, satu kajian yang dijalankan pada tahun 2012 menunjukkan bahawa bunga ini mengandungi sebatian yang diketahui mempunyai kesan antikanser. Dalam kajian ini, akar tumbuhan terpencil dan sebatian antikanser, taraxerol ditemui. Pada masa penerbitan kajian ini, ia adalah tumbuhan pertama yang diketahui mengandungi sebatian antikanser ini. Selain memiliki sifat antikanser, taraxerol juga tergolong dalam sekumpulan sebatian yang dipanggil Triterpenes yang juga penting untuk pengeluaran ubat-ubatan antiradang dan steroid. Jadi, kita boleh mula untuk menggunakan bunga telang ini di dalam masakan dirumah. Atau dijadikan teh. Semoga kesihatan kita lebih baik secara alami! Jom sama-sama kita cuba!

Daripada hasil ini, saintis menyimpulkan bahawa ekstrak tumbuhan ini hampir sama kuat dengan anestetik tempatan sebagai ubat xylocaine.

manfaat lain bunga telang!

1

3 Imbas Kod QR untuk menonton Kapsul Tanam Ep. Bunga Telang

5

Agen antikulat dan antibakteria Antioksida

2

Meredakan Demam

4

Kesan Pelindungan Hati

Meningkatkan Kesihatan Otak Merawat Keradangan Dalaman

Dengan Kerjasama

7

Membantu Kongivinitis Baik untuk Kulit dan Rambut

24

6 8



VARIASI

Okt 2020

tanaman

Sayuran Iklim Sejuk di tanah khatulistiwa oleh Nurul Syuhada Mohd Razai Malaysia mengimport sebahagian besar sayur-sayuran beriklim sejuk dari beberapa negara seperti China, India dan juga Australia. Sayuran beriklim sejuk seperti salad romaine, butterhead lettuce juga buah-buahahan seperti strawberi ditanam di kawasan beriklim sejuk dengan suhu udara di antara 18 - 21°C. Sebagai alternatif kepada kebergantungan sayuran dan buah-buahan import, penanaman sayuran dan buah-buahan beriklim sejuk melalui kaedah penyejukan zon akar dapat memberi hasil tanaman setanding dengan tanaman dari kawasan beriklim sejuk. Kaedah penyejukan zon akar boleh ditakrifkan sebagai mekanisma penyejukan di sekitar kawasan akar tumbuhan. Tumbuhan beriklim sejuk paling sesuai ditanam pada julat suhu tanah antara 15 - 20°C. Suhu zon akar juga mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap pertumbuhan tumbuhan berbanding dengan suhu persekitaran. Pada masa ini, penanaman sayuran dan buah-huahan beriklim sejuk di Malaysia tertumpu di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Walaubagaimanapun tanah

26

yang terhad di kawasan tanah tinggi serta kos logistik dan penyimpanan lepas tuai boleh meningkatkan harga pasaran tumbuhan ini. Penggunaan rumah hijau yang persekitarannya dikawal sepenuhnya selain menyebabkan peningkatkan pemanasan global juga memerlukan modal dan penyelenggaran yang besar. Aplikasi penyejukan zon akar di dalam media tanaman dapat bertahan dalam iklim panas dengan membekalkan suhu sejuk ke kawasan zon akar melalui saluran paip di bawah permukaan media. Air terlebih dahulu disejukkan di dalam tangki menggunakan unit penyejuk seperti aircond dan disalurkan ke dalam media tanaman melalui paip. Paip ditanam beberapa sentimeter di bawah permukaan berhampiran dengan akar pokok. Air sejuk yang mengalir di dalam paip akan menyejukan kawasan akar pokok melalui pemindahan haba.


VARIASI

Okt 2020

tanaman

Secara fisiologinya, tumbuhan beriklim sejuk ini tidak dapat bertahan hidup pada suhu panas tetapi hidup di dalam kawasan zon akar yang sejuk. Aplikasi penyejukan zon akar ini tidak hanya terhad kepada tumbuhan sayur-sayuran sahaja malah tumbuhan buah-buahan seperti srawberi juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini. Bagi setiap jenis tumbuhan, paip yang membawa air sejuk boleh di alihkan kedudukannya mengikut kawasan zon akar tumbuhan. Selain daripada penggunaan paip, penyejukan zon akar boleh juga diaplikasi kepada kaedah penanaman hirdoponik, aeroponik dan fertigasi di mana air baja disejukkan. Terdapat banyak kelebihan penggunaan kaedah penyejukan zon akar ini selain daripada meningkatkan ekonomi petani dengan menanam tumbuhan berniai tinggi di tanah rendah. Antaranya ialah pembekal dapat menyalurkan tumbuhan beriklim sejuk ini pada kos rendah kerana kos logistik dapat dikurangkan. Kebergantungan pada sayuran dan buah-buahan import juga dapat dikurangkan sekiranya kaedah ini dapat dikomersialkan penggunaannya. Penggunaan keseluruhan kos dan tenaga di dalam sistem penyejukan rumah hijau adalah lebih tinggi berbanding dengan kaedah penyejukan zon akar yang tidak memerlukan rumah kawalan tertutup. Secara kesimpulannya, tumbuhan beriklim sejuk boleh ditanam di tanah rendah Malaysia yang beriklim panas dan lembap sepajang tahun melalui kaedah penyejukan zon akar. Selain memberi hasil setanding dengan hasil tanaman dari tanah tinggi dan negara beriklim sejuk, ianya dapat mengurangkan kebergantungan kepada sayuran dan buah-buahan import.

TIPS TANAM

Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.

27


VARIASI tanaman

Okt 2020

Pertanian Bandar

Trend terkini warga kota oleh Rahimi Hasnawi

Pertanian memainkan peranan utama dalam perkembangan tamadun manusia, malah majoriti penduduk dunia masa kini juga melaksanakan kerja-kerja berkaitan pertanian dengan pelbagai tujuan. Fenomena bercucuk tanam dalam kalangan masyarakat kembali dipopularkan namun bukan sahaja di kawasan kampung sebaliknya dikawasan bandar yang tanahnya terhad dimana warganya sentiasa sibuk bergerak pantas mengejar tugasan serta tuntutan kerjaya. Pertanian bandar merupakan salah satu cara untuk melaksanakan sistem pertanian dibandar yang semakin popular pada masa kini. Pertanian bandar didefinasikan sebagai aktiviti yang mampu menghasilkan bahan makanan, pemprosesan makanan, pemasaran produk makanan dalam kawasan bandar dan pinggir bandar.

28


VARIASI tanaman

Okt 2020

Pertanian yang dijalankan sama ada secara konvensional atau aplikasi teknologi moden dengan menggunakan bahan komersil atau bahan kitar semula seperti botol-botol plastik, tin kosong, kayu pallet terpakai, tong plastik, tayar dan sebagainya bagi menghasilkan sayur-sayuran, buah-buahan, herba, ternakan dan sebagainya bergantung kepada kesesuaian. Dengan keadaan penduduk yang mencecah berbilion-billion dan semakin hari semakin meningkat yang memerlukan makanan dan air serta udara bersih menjadikan kawasan pertanian telah menjadi semakin berkurang akibat daripada proses perbandaran terutamanya dipinggir bandar untuk mendirikan kawasan rumah kediaman, kawasan perumahan, kawasan industri, jalan raya dan sebagainya. Ekoran daripada kepesatan pembangunan ini, pertanian bandar mula diperkenalkan untuk memenuhi keperluan makanan harian. Dengan kata yang mudah pertanian bandar ini adalah menanam sayuran atau buah-buahan sendiri dengan mengunakan bahan terpakai di kawasan rumah. ini memudahkan pengguna mendapatkan keperluan bahan mentah sayuran terus dari kebun, lantas dapat meningkatkan sekuriti dan keselamatan makanan dinegara kita sekiranya semua melakukan aktiviti berkebun dirumah. Terdapat pelbagai kebaikan melaksanakan pertanian bandar ini iaitu kesan penghijauan dimana ia mengurangkan kesan hakisan berbahaya, menambahkan kawasan teduhan dan mengawal suhu dikawasan persekitaran bandar agar lebih nyaman dan membantu mengindahkan permandangan di sekitar bandar. Selain itu, ia memberikan peluang kepada manusia untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi dan menenangkan fikiran penduduk di bandar yang sentiasa sibuk. Kebaikan lain ialah, pengguna dapat menjimatkan perbelanjaan dapur, mendapat sumber makanan organik dan dijamin pengendalian yang baik serta memberi kepuasan dengan hasil tanaman sendiri. Sekiranya terdapat lebihan tanaman, boleh dijual untuk mendapat pendapatan sampingan. Pada masa yang sama juga dengan melakukan aktiviti pertanian bandar dapat memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran bandar.

29


VARIASI

Okt 2020

tanaman

Pertanian bandar menyumbang kepada kecukupan bekalan dan keselamatan makanan secara dua hala iaitu pertama ia meningkatkan jumlah makanan dibandar atau bandaraya dan kedua ianya menyediakan sayur-sayuran segar, buah-buahan, dan daging segar kepada pengguna dibandar (Ratnawati dan Abdullah 2012). Melalui aktiviti berkebun disekitar rumah juga, pengguna boleh menikmati sayuran yang bebas daripada bahan kimia berbahaya dan racun, mendapat sumber bahan organik dan dijamin pengendalian yang baik serta memberi kepuasan dengan hasil tanaman sendiri sekaligus meminimumkan kesan terhadap kesihatan. Pertanian bandar ini adalah sangat menarik untuk melakukannya kerana ia sangat menarik dan cantik sekiranya kita pandai untuk melakukan susun atur atau landskap. Pertanian bandar ini boleh dilakukan di halaman rumah, balkoni, dibelakang rumah atau atas bumbung dan sebagainya. Walaupun mempunyai ruang yang kecil, pertanian bandar ini boleh dibuat mengikut kreativiti anda kerana ia sememangnya tidak memerlukan ruang yang besar, fleksibel dan mampu untuk menanam pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Antara tanaman yang seringkali ditanam adalah seperti bayam, sawi, kailan, kangkung, kobis, terung, timun, ciliapi, lada merah, bendi dan sebagainya. Pada masa kini, tiada kajian atau data rasmi berkaitan pertanian bandar di Malaysia. Walau bagaimanapun, usaha pertanian bandar di negara kita dapat dilihat secara tidak langsung melalui Program Bumi Hijau yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Dasar jaminan bekalan makanan untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berterusan. Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan projek Bumi Hijau di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan beberapa individu, kumpulan, persatuan penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Selain itu, sebilangan kecil penduduk atau agensi menjalankan penanaman sayuran di laman rumah, balkoni, dalam kawasan institusi dan di bawah laluan rentis elektrik. Pertanian bandar dilihat sebagai amalan mampan kerana ia memberi manfaat dari aspek sosial, ekonomi dan persekitaran bandar seperti mengurangkan ‘ecological footprints’ bandar, mengguna dan mengitar

30

semula sisa bandar dan menjana peluang pekerjaan dan menyokong kepada keperluan makanan penduduk bandar. Dalam melaksanakan pertanian bandar di Malaysia, banyak perkara yang perlu diteliti seperti keperluan perundangan, kesediaan tanah, kesesuaian lokasi, jenis tanaman dan ternakan selain sikap dan pemikiran negatif individu, komuniti, organisasi atau pihak berkepentingan terhadap pertanian bandar. Jadi sebagai komuniti yang cintakan tanaman marilah kita memulakan langkah untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan di rumah.

TIPS TANAM

Sisa kotoran kolam makanan baik untuk tanaman anda. Jika anda mempunyai kolam hiasan, apabila anda membersihkannya, jangan dibuang terus alga dan air kotor tersebut. Siram dan letak ke atas tanah berhampiran tanaman hiasan anda. Nutrien yang terkandung akan diserap oleh tanaman anda.


VARIASI tanaman

Okt 2020

Tanaman Pendamping Tanam bersama, penuhi keperluan oleh Siti Nurbaya Abdul Latif

Tanaman pendamping atau lebih dikenali sebagai “Companion Plant� merupakan amalan menanam dua atau lebih tanaman pelbagai jenis dalam satu kawasan yang sama untuk saling membantu memenuhi keperluan yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan seperti bekalan nutrien, tabiat pertumbuhan dan kemampuan menghalau binatang perosak. Kaedah penanaman ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang harus dimiliki oleh pekebun. Walaupun pengetahuan boleh didapati melalui pembacaan, ianya tetap perlu dirasai dengan pengalaman sendiri. Antara aspek yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan kaedah penanaman ini ialah kawasan tempat tinggal, jenis tanah, pembajaan dan yang paling penting perlu mengetahui kesesuaian tanaman yang akan ditanam bersama-sama. Nasihat serta pandangan dari pekebun berpengalaman amat digalakkan bagi pekebun amatur yang masih tercari-cari maklumat yang diperlukan dalam bidang tanaman ini. Contoh klasik tanaman pendamping ialah “Trio Three Sisters� iaitu tanaman campuran iaitu jagung, kacang memanjat dan labu yang sering ditanam bersama oleh pelbagai bangsa asli di seluruh Amerika Utara.

31


VARIASI

Okt 2020

tanaman

Pelbagai kelebihan dan manfaat yang boleh diperolehi hasil daripada pengamalan kaedah penanaman pendamping ini samada kepada petani dan juga kepada tanaman itu sendiri. Kesesuaian tanaman antara satu sama lain adalah bahagian yang perlu diberi perhatian agar tanaman dapat membesar sehingga mengeluarkan hasil yang diingini. Kesilapan dalam memilih tanaman untuk dipasangkan dalam kawasan yang sama boleh menyebabkan pertumbuhan tanaman terbantut seterusnya mati kerana kekurangan nutrisi atau kerana serangan makhluk perosak. Antara kebaikan menggunakan kaedah tanaman ini adalah ianya mampu meningkatkan kadar pertumbuhan tanaman, mengusir hama, malah ianya juga dikatakan mampu untuk meningkatkan rasa hasil tanaman antara satu sama lain. Selain itu, ruang dapat digunakan secara maksima dan berkesan. Secara tidak langsung, hasil tuaian juga bertambah. Kepelbagaian tanaman pendamping juga dilihat mempunyai manfaat kepada tanaman itu sendiri seperti keupayaan pendebungaan, kesihatan tanah dan juga kehidupan liar.

32

CILI Sesuai ditanam bersama herba basil kerana dapat menghindari hama, lalat, nyamuk, labahlabah dan kutu daun. Juga sesuai ditanam bersama tomato, bawang dan bayam. Tidak sesuai ditanam bersama tanaman kekacang kerana dahannya akan menjalar sehingga ke pokok cili dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut.

BAWANG

jagung

Sesuai ditanam bersama lobak, ubi bit, kubis, selada, tomato dan juga tanaman herba seperti rosemary kerana mampu untuk menghindarkan makhluk perosak seperti lalat wortel.

Sesuai ditanam bersama dengan tanaman hijau yang menghasilkan nitrogen di dalam tanah seperti kacang buncis. Juga sesuai untuk tanaman timun, tembikai, labu, kacang peas dan zucchini.

Tidak sesuai ditanam bersama asparagus dan jenis tanaman berkacang.

Tidak sesuai ditanam bersama Tomato kerana kedua-dua tanaman ini boleh diserang cacing telinga jagung dan perlu ditanam berjauhan agar dapat mengurangkan jangkitan.



VARIASI tanaman

Okt 2020

Pelbagai Tanaman Dalam Pasu Mudah, cepat dan jimat ruang! oleh Anis Zafira Hussain

Terdapat beberapa tanaman jenis daun-daunan yang biasa kita gunakan sebagai bahan dalam masakan seharian kita, tetapi ia hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit, sedangkan jika kita membeli di kedai, kebiasaannya ia akan jual dalam kuantiti yang banyak (seikat). Walaupun nilai harganya tidaklah tinggi, tetapi helaian daun tersebut tetap berbaki dan menyebabkan stok simpanan sayur-sayuran yang lain dalam peti ais kita menjadi “sesak� dan bersepah-sepah. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini, kita mencadangkan para suri rumah atau sesiapa sahaja yang “arif� di dapur untuk menanam daun-daun ini dalam pasu supaya apabila memerlukan, ianya boleh dipetik dengan cepat dan mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja. Sebagai peringkat awalnya, seperti biasa sediakan beberapa pasu saiz sederhana yang mana pasu-pasu tersebut mempunyai lubang di belah bawah pasu beserta lapik pasu tersebut, pastikan juga anda mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan pasu-pasu berkenaan dan pasu-pasu tersebut dapat pencahayaan yang cukup. Imbas Kod QR untuk menonton Kapsul Tanam Ep: Tanam Balkoni

Dengan Kerjasama

34


VARIASI

Okt 2020

tanaman

Daun Pandan Satu fakta menarik tetang pandan, pandan adalah sejenis tumbuhan yang mudah dibiakkan di kawasan yang lembab dan mempunyai kandungan organik yang tinggi. Oleh itu, cara tanam pandan dalam pasu adalah pilih anak pokok yang telah matang. Tanda anak pokok itu telah matang apabila ia telah mengeluarkan akarnya sendiri. Pastikan anak pokok pandan tersebut mempunyai sekurang-kurangnya tiga helai akar yang sihat. Tidak perlu akar yang terlalu panjang. Tanamkan dalam pasu seperti tanaman lain juga, sediakan juga sokongan kerana pada peringkat awal ini akar pandan masih tidak kukuh. Selesai di tanam, terus lakukan siraman dan letakkan di kawasan yang tidak terima matahari secara terus. Elakkan juga meletakkan pandan di tempat yang terkena matahari petang kerana ia akan membantutkan pertumbuhan pandan.

Dalam proses pokok membesar, perkara yang anda harus jaga adalah pastikan medium tidak terlalu lembab kerana ia akan menyebabkan pokok menjadi rosak dan menggalakkan kehadiran serangga perosak seperti siput dan lintah. Selain itu, kerap lakukan cantasan bagi mengelakkan pokok ini tumbuh terlalu panjang dan ianya juga dapat menggalakkan penghasilan tunas baru. Daun Salad Bagi pengamal gaya hidup sihat pasti akan menyukai sayuran salad. Kini salad tidak lagi perlu dibeli, ianya boleh ditanam sendiri di dalam pasu. Tetapi, sebelum menanam salad ke dalam pasu yang berisi tanah, buat permulaan rendamkan bahagian pangkal salad dalam sedikit air. Tinggalkan di kawasan dan ruang yang kering, tidak panas tetapi masih boleh menerima cahaya yang cukup dan pengudaraan yang baik.

Daun Pudina Mungkin biasa kita lihat atau dengar tentang minum detoks, antara bahan minuman tersebut kebiasaannya adalah daun pudina. Daun pudina merupakan tanaman yang cepar besar, mudah menjalar dan ia akan membesar dengan agresif sehingga menjalar ke pasu lain seandainya ia mendapat cahaya matahari yang cukup dan air yang cukup. Anda boleh menanam pudina melalui keratan batangnya di cucuk secara terus ke medium tanaman. Kaedah ini akan memudahkan pembiakkan pudina. Sebaiknya letakkan pudina dalam pasu tersebut di kawasan cahaya matahari. Selain itu, pastikan medium tanaman yang digunakan mempunyai kandungan bahan kompos yang tinggi seperti sabut kelapa.

Tukar airnya setiap hari sehingga tunas baru muncul, kebiasaannya proses ini mengambil masa antara seminggu hingga dua minggu. Selepas dari proses ini, pindahkan tanaman ke dalam pasu yang berisi tanah dan pastikan tanah sentiasa lembap. Apabila mencapai ketinggian enam inci, anda boleh petik dan menikmatinya dalam hidangan salad anda.

35


VARIASI tanaman

Okt 2020

Kaedah Cara Penjagaan Tanaman Di Halaman Rumah Cara betul, pokok sihat oleh Rahimi Hasnawi Setiap hari anda melihat pemandangan indah tanaman di halaman rumah, sudah tentu membuatkan kediaman terasa menyegarkan dengan pemandangan semula jadi daun hijau dan bunga berwarna-warni akan menjadikan perasaan dan fikiran segar. Agar tanaman yang ditanam di halaman dapat tumbuh dengan baik, kita perlulah memberikan penjagaan yang mencukupi untuk tanaman. Anda harus tahu bahawa tidak semua tanaman dapat tumbuh dengan baik jika tidak diberi penjagaan khas. Sebagai contoh masalah pencahayaan, ada tanaman tertentu yang memerlukan cahaya matahari lebih banyak daripada tanaman lain. Walaupun beberapa jenis tanaman lain hanya memerlukan sedikit cahaya matahari. Oleh itu, kaedah tanaman adalah menjadi penting agar tanaman dapat tumbuh dengan baik. Terdapat beberapa kaedah cara penjagaan untuk melindungi tanaman di halaman yang senang dicuba. Penyiraman Secara Rutin Setiap tanaman memerlukan udara seperti yang diperlukan oleh pertumbuhannya. Oleh itu, penyiraman perlu dilakukan secara rutin dan teratur. Untuk tanaman yang ditanam di kawasan ruang yang terbuka dan tersedia bekalan cahaya matahari sepanjang hari, penyiraman harus dilakukan secara rutin pada waktu pagi dan petang. Dengan menyediakan ruang terbuka yang mencukupi, ia akan memberikan udara tambahan bagi proses penyejatan berlaku. Bagi tanaman bunga atau tanaman hiasan yang ditanam di dalam pasu dalam kawasan bangunan, maka anda tidak perlu menyiram prosesnya setiap hari. Anda hanya perlu menyemburkan semua bahagian permukaan daun agar kelihatan lebih segar. Sekiranya anda menyiram setiap hari, bunga atau tanaman hiasan akan berlebihan secara automatik kerana terdapat sedikit wap udara.

36


VARIASI

Okt 2020

tanaman

Pencahayaan

Kelembapan

Tidak semua jenis tanaman dapat tumbuh dengan baik di tempat-tempat dengan cahaya matahari yang sedikit. Tumbuhan tertentu memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk dapat melakukan fotosintesis secara maksimum. Oleh itu, tahap pencahayaan cahaya matahari sangat penting untuk tanaman seperti ini. Anda mesti tahu menjaga tanaman yang disesuaikan dengan tahap keperluan cahaya matahari.

Suhu dan kelembapan akan sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan jenis bunga lain untuk jenis tanaman hiasan tertentu. Sebilangan jenis tanaman tahan musim panas dan ada juga yang tidak tahan musim panas.Oleh sebab itu, setiap jenis tanaman mesti diberi perhatian khusus mengikut ciri-ciri setiap tanaman. Ciri-ciri tanaman yang mempunyai masalah dengan kelembapan adalah adanya bintik-bintik coklat pada daun. Sekiranya anda melihat bintik-bintik coklat di daun, tanaman memerlukan tempat yang lebih lembap. Oleh itu, segera pindahkan tanaman ke tempat yang lebih lembap.

Pembajaan Tanaman Proses persenyawaan adalah bahagian penting bagaimana menjaga tanaman dan salah satu peranan penting dalam membantu kesuburan tanah. Dengan cara itu, tanaman dan bunga hiasan dapat tumbuh dengan baik dengan sentiasa membaja dengan kerap dan teratur. Cara merawat tanaman yang mengagumkan adalah dengan menambahkan baja apabila baja tersebut telah hilang kerana larut dengan udara kerana proses penyiraman.

Pemeriksaan Lubang Pasu Lubang peredaran pasu adalah faktor yang sangat sering digunakan ketika itu. Lubang peredaran di bahagian bawah pasu adalah berfungsi sebagai tempat membuang udara jika tahap penyiraman terlalu berlebihan. Sekiranya lubang peredaran tersekat atau terlalu kecil ia akan mempengaruhi tanaman berbunga.

Pemilihan baja juga merupakan faktor yang mesti anda perhatikan. Pilih baja semula jadi seperti kompos yang sangat diperlukan semasa pertumbuhan tanaman. Oleh itu, jangan lupa menambahkan baja semula jadi ke dalam tanah. Walau bagaimanapun, anda juga dapat menyediakan baja kimia atau baja buatan jika diperlukan. Untuk jenis baja tiruan ini, anda mesti memperhatikan komposisi baja yang betul, kerana setiap tanaman mempunyai keperluan baja yang berbeza. Pembajaan boleh dilakukan dua minggu sekali ataupun sebulan sekali bergantung kepada jenis baja yang kita guna.

Kandungan udara yang terlalu banyak dan tidak dibuang dengan betul akan menetap di bawah pasu. Sekiranya keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tanaman reput dan akhirnya mati. Penggantian tanah yang sesuai perlu dilakukan dengan menganti tanah baru yang cukup subur serta menggunakan baja yang mencukupi.

37



VARIASI

Okt 2020

tanaman

Hutan Konkrit ke Syurga Tropika Hiasi ruang dengan kehijauan alam oleh Rupini Moganadas

Tinggal di hutan konkrit? Jangan risau. Berikut ialah beberapa idea pokok ringkas untuk memberikan anda dan rumah bandar anda rangsangan hijau yang menyegarkan. Pokok-pokok hiasan penting untuk menceriakan sesuatu kawasan seperti rumah, pusat perniagaan, dan sekolah. Terdapat pelbagai jenis pokok yang boleh ditanam sebagai tanaman hiasan. Di negara kita terdapat banyak pokok berdaun cantik yang sesuai dijadikan tanaman hiasan. Bahkan ada di antara daun pokok ini lebih cantik dari kelopak bunga kerana mempunyai campuran warna yang unik dalam pelbagai corak dan warna. Ada di antaranya mudah ditanam dan dijaga tetapi hasilnya sungguh memuaskan. Pokok-pokok ini terus popular kerana terdapat spesies kacukan yang lebih cantik dan tahan lasak. Pokok-pokok ini boleh ditanam dalam pasu mahupun bekas tanaman yang lain kerana ia tidak mengambil ruang yang luas asalkan kita menjaga dan memangkasnya selalu. Jom ikuti paparan beberapa spesis pilihan pokok berdaun cantik ini seperti di sebelah.

35

39


VARIASI

Okt 2020

tanaman

1 Vandenheckei family: Marantaceae Terdapat banyak jenis pokok jenis Calathea yang boleh dipilih untuk ditanam sebagai pokok hiasan. Salah satu daripadanya ialah spesies Vandenheckei ini yang ditanam kerana corak dan warna dedaunnya yang cantik dan menarik. Daunnya berbentuk bujur lebar dan dan panjang berwarna hijau tua. Terdapat corak cantik di bahagian tengah dan tepi kiri serta kanan daunnya iaitu berjalur panjang berlekuk-lekuk seakan akan mata gergaji berwarna keputihan atau perak. Sementara di bahagian bawah daunnya pula berwarna ungu tua. Kadangkala ia mengeluarkan bunga berwarna tetapi tidak menarik penampilannya. Ia cepat tumbuh untuk menjadi rumpun yang besar terutama jika ditanam dalam pasu diberikan keperluan dan penjagaan secukupnya. Pokok ini dikatakan berasal dari negara Amerika tropika seperti Colombia dan Brazil.

ideA pameran

Pokok ini sesuai dipamerkan di tempat teduh seperti dalam rumah. Ia sesuai ditanam dalam pasu dalam rumpun yang besar untuk dijadikan sebagai pokok spesimen atau dicampurkan dengan pokok berbunga atau berdaun dalam satu gubahan pokok hidup. Ia juga boleh ditanam di atas tanah secara solo atau dicampurkan dengan pokok Calathea lain yang juga berdaun cantik dalam satu gubahan yang menarik.

2 Calathea makayona/Peacock plant family: Marantaceae Genus Calathea dikatakan berasal dari perkataan ‘Kalathos’ yang bermaksud raga dalam bahasa Greek. Spesies Calathea ini ditanam kerana mampu mempamerkan daunnya yang sangat cantik berbentuk bujur lebar dengan corak yang terang dan jelas dalam tiga warna iaitu hijau tua, hijau muda dan hijau keputihan dalam beberapa garisan kecil di permukaan daunnya. Nama jolokan pokok burung merak adalah merujuk kepada daunnya yang bercorak saling tak tumpah seperti ekor burung merak ini. Manakala di bawah daunnya pula berwarna merah keunguan. Pokok ini perlu penjagaan rapi supaya tumbuh subur sentiasa. Tips Jika hujan daun bertukar menjadi perang, kurangkan siraman. Jika daun bergulung, itu menandakan keadaan persekitarannya terlalu panas. pindahkan pokok ke tempat yang teduh atau sembur daunnya dengan air bagi mengekalkan kelembapan persekitaraannya.

ideA pameran

Ia disesuai ditanam sebagai pokok spesimen dengan rumpun yang besar dalam pasu yang cantik untuk hiasan di kediaman. Ia juga sesuai dijadikan salah satu pokok dalam gubahan pokok hidup.

40


VARIASI

Okt 2020

tanaman

3 Stromanthe sanguine

family: Marantaceae Spesies ini merupakan salah satu pokok dari jenis ubi garut iaitu seperti spesies Calathea dan Maranta. Tanaman hiasan ini ditanam kerana dedaunnya yang sangat cantik dan menarik berbentuk tidak lebar tetapi panjang dengan sedikit corak di permukaannya. Manakala di bahagian bawah daunnya pula terdapat beberapa garisan hijau muda pada latar berwarna ungu pekat. Ia tidak berbatang dan semua dedaunnya tumbuh terus dari bawah perdu pokoknya. Tips Untuk pemampilan pokok yang lebih menarik bersihkan dedaunnya dengan kertas tisu lembap dan sapukan cecair pengilat daun. Potong juga dedaunnya yang mati atau kurang menarik bagi menggalakkan pertumbuhan dedaunnya yang baru Gunakan bahan sungkupan seperti sabut kelapa dan lumut ‘sphagum moss’ untuk menutupi bahagian atas medium tanamannya agar ia kekal lembap untuk pertumbuhan pokok yang subur. Jika hujan, daunnya akan bertukar jadi perang, kurangkan siraman air.

ideA pameran

Pokok ini sesuai ditanam di atas tanah secara solo untuk hiasan laman. Ia cepat membentuk rumpunya jika diberikan penjagaan yang diperlukan. Ia sesuai dijadikan sebagai salah satu pokok hidup untuk taman mini dan sebagainya. Seterusnya, ia sesuai ditanam sebagai pokok specimen dengan rumpun yang besar dalam pasu yang cantik untuk hiasan dalam kediaman.

Jadi tunggu apa lagi? Jom larikan diri daripada kesibukan bandar dengan ritual terapeutik seperti penjagaan pokok.


VARIASI

Okt 2020

tanaman

Kebun Dapur

Kenapa beli kalau boleh tanam sendiri? oleh Rahadatul Akhmar Adzibi Bercucuk tanam atau berkebun semestinya merupakan terapi mata dan minda bagi pemilik kediaman jika bijak menyusun atur tanaman menjadi taman mini bagi halaman rumah yang luas. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang tinggal di rumah flat? Ruang yang terhad dan kurang cahaya matahari merupakan faktor penghalang paling utama untuk bercucuk tanam atau berkebun.

Penerimaan cahaya matahari bagi rumah flat dikategorikan dalam kumpulan jumlah penerimaan separuh cahaya dan kebawah kerana penerimaan cahaya matahari terhalang oleh dinding dan ketinggian bangunan. Separuh cahaya ini menerima 4-5 jam sahaja cahaya terus (direct sunlight). Tidak cukup penerimaan cahaya matahari menyebabkan daun tanaman menjadi kekuningan, tanaman kurus dan panjang.

Ruangan kecil sebenarnya bukanlah satu masalah jika pemilik kediaman menggunakan kreativiti menyusun atur tanaman. Salah satu cara mengatasi masalah ruangan kecil ialah dengan menggunakan kaedah tanaman secara vertikal atau bertingkat. Tanaman ditanam dalam pasu dan diletakkan atas rak bertingkat dengan ketinggian rendah atau sederhana rendah. Rak jenis besi lebih sesuai digunakan bagi tujuan ini berbanding rak kayu kerana ia lebih tahan lasak walau pun terkena air.

Para pemilik ‘kebun bandar’ tidak perlu risau akan dua faktor penghalang berkebun seperti yang disebutkan di atas kerana perkara paling penting sebenarnya ialah pemilik perlu menjaga tanaman dengan baik. Menjaga tanaman dengan baik di sini bermakna, tanaman harus disiram setiap hari sama ada pada waktu pagi atau petang. Selain itu, tanaman juga perlu dibaja dan disembur racun serangga bagi mengelak serangan ulat, kumbang mahupun siput.

Faktor penghalang kedua pula ialah cahaya matahari. Cahaya matahari merupakan salah satu keperluan asas tumbuhan. Seperti yang kita semua telah sedia maklum, tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan daripada tenaga cahaya matahari. Lain tanaman, lain jumlah cahaya yang diperlukan. Tahukah anda bahawa tanaman kategori sayuran memerlukan kurang cahaya berbanding pokok buah-buahan? Ini merupakan satu berita baik buat pemilik ‘kebun bandar’.

42

Bercucuk tanam atau berkebun bukan sahaja dianggap sebagai terapi malah ia juga merupakan sebagai ganti aktiviti riadah yang boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Aktiviti membersihkan kawasan tanaman semasa berkebun mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila ia dilakukan bersama-sama.


VARIASI

Okt 2020

tanaman

hanya perlu menambah ilmu dari masa ke semasa khususnya berkaitan dengan cucuk tanam untuk berjaya. Google semestinya cara yang paling mudah dalam mendapatkan maklumat penjagaan tanaman serta maklumat berkaitan tanaman atau berkebun.

Bagi pemilik kediaman yang beragama Islam, mereka percaya bahawa adalah amat penting juga tanaman ditanam dengan rasa kasih sayang kerana pokok juga makhluk Allah SWT dan kita disarankan untuk lafaz Bismillah serta selawat serta diiringi doa agar tanaman hidup subur dengan izin penciptanya. Pemilik kediaman jenis flat disarankan untuk memilih jenis tanaman yang mudah dijaga dan bukan tanaman yang memerlukan tanah luas untuk membesar seperti pokok buah-buahan atau pokok ubi kayu dan sebagainya. Berikut adalah senarai jenis tanaman yang sesuai bagi kediaman jenis flat atau sesuai dijadikan tanaman ‘kebun dapur’ yang boleh dipertimbangkan oleh pemiliknya. Memiliki ‘kebun dapur’ bukan sahaja bertujuan terapi mahupun mengisi waktu terluang malah ia mampu menjimatkan duit belanja. ‘Kebun dapur’ biasanya terdiri daripada lebih dari satu jenis tanaman membolehkan pemilik memilih sayuran berbeza untuk dimasak setiap hari. Ulam, sayur daun, sayur buah, herba dan lain-lain kategori tanaman mengikut keperluan adalah contoh kategori tanaman yang patut ada bagi sesebuah ‘kebun dapur’. ‘Kebun dapur’ sendiri semestinya bebas racun kimia, semestinya menjamin kesihatan keluarga yang lebih baik. Tanah boleh digunakan untuk kompos sisa makanan. Makanan akan reput dan hancur dalam tanah, seterusnya menjadi baja bagi tumbuhan atau tanaman kita. Secara tidak langsung kita mengitar semula sisa buangan dapur menjadi bahan berguna. Baja jenis ini lebih selamat dan mesra alam sekitar. Namun, jangan pula kita terlalu teruja sehingga mengabaikan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam mencapai keinginan memiliki ‘kebun dapur’ sendiri. Pemilik ‘kebun dapur’ tidak perlu terlalu risau tentang ‘tangan sejuk, atau ‘jari hijau’ kerana anda

Perkara pertama ialah pemilik kediaman perlu mempunyai perancangan berkebun. Perancangan ini termasuklah apa yang ingin kita tanam, di mana mahu ditanam, apa yang ingin ditanam dan sebagainya. Perkara kedua yang selalu terjadi apabila pemilik terlalu teruja merealisasikan impian ‘kebun dapur’ ialah membeli terlalu banyak benih. Membeli terlalu banyak benih boleh menjurus kepada pembaziran kerana, benih juga mempunyai tarikh luput. Kualiti benih yang disimpan terlalu lama juga akan merosot. Apabila telah membeli biji benih yang banyak, maka pemilik cenderung untuk menyemai benih yang banyak juga. Bagaimanakah hal ini berlaku? Tahukah anda bahawa sepaket biji benih kangkong, misalnya, mengandungi 100-200 biji benih? Bayangkan jika sepaket biji benih kangkung ditanam didalam satu bekas yang sama. Oleh itu, amatlah disarankan supaya pemilik membuat perancangan terlebih dahulu sebelum bermula. Satu lubang tanaman hanya memerlukan satu – tiga biji benih untuk mengelakkan lubang tanaman kosong jika anak benih yang diletakkan tidak subur. Berkebun bukan sahaja merupakan salah satu cara bagi menjimatkan kos malah ia juga merupakan langkah bijak dalam mengelak pembaziran kerana pemilik kebun mengitar semula barang yang terdapat dirumah seperti tin dan botol, juga hasil sisa makanan yang ada. Koleksi tanaman mencatikkan ruang kebun dan memberikan suasana kehijauan yang segar, paling penting ialah ‘kebun dapur’ semestinya mampu menjamin kesihatan yang lebih baik.

TIPS TANAM

Tanaman yang sesuai untuk dapur anda Cili padi Serai Daun bawang Halia Daun saderi Kunyit Daun pudina Bawang merah/bawang putih Daun ketumbar Bok Choy (Sawi Cina)

43


kesihatan tanaman

Baja Organik Campuran

Merawat tanah, menyuburkan tanaman oleh Ashrawi Izham

Pertanian bandar/ kebun bandar boleh membantu penghuni bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan. Penduduk di kawasan bandar dan juga pinggir bandar boleh terlibat dengan aktiviti ini. Kini aktivti pertanian bandar menjadi penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan di bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah. Malah aktiviti pertanian bandar di kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar adalah satu pendekatan yang praktikal serta dapat mengurangkan perbelanjaan harian.

44

Okt 2020


KESIHATAN

Okt 2020

tanaman

Antara tanaman yang boleh diusahakan termasuklah pelbagai sayur-sayuran serta buah-buahan di sekitar kediaman masing-masing supaya beban kenaikan kos sara hidup dapat dikurangkan. Pelbagai faedah pertanian bandar boleh dikecapi, termasuklah bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup, menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian, dan juga memupuk kesedaran serta minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar.

jika campuran menggunakan daun kekacang dan sisa haiwan, kandungan nitrogen adalah tinggi. Manakala, jika abu daripada pembakaran pelepah sawit digunakan dalam campuran pembuatan kompos, maka kandungan kalium adalah tinggi. Pelepasan bahan humus daripada kompos adalah perlahan dan biasanya dibekalkan kepada tanaman pada musim awal penanaman supaya boleh diambil oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan.

Orang ramai boleh memanfaatkan kawasan sekeliling rumah, institusi, pejabat, tanah rezab kerajaan (dengan kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan), kawasan tanah terbiar dan tanah yang sesuai mengikut tanaman. Fungsi Baja Organik Untuk Tanaman Yang Lebih Sihat Baja adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Setiap bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan dan dibekalkan kepada tanah contohnya nitrogen, fosforus dan kalium adalah dikelaskan sebagai baja tumbuhan. Baja organik adalah baja yang dihasilkan menggunakan bahan asli tanpa campuran bahan kimia. Cara penghasilan baja organik adalah daripada pereputan sisa pertanian yang mudah terurai contohnya sisa tanaman dan sisa haiwan. Penguraian bahan asli daripada sisa tanaman dan haiwan mengambil masa lebih Imbas Kod QR kurang dalam julat tiga bulan untuk menonton sehingga lapan bulan mengikut Kapsul Tanam tinggi atau rendahnya kandunEp: Baja Kompos gan bahan yang mudah atau lambat terurai. Hasil akhir daripada proses penguraian ini dikenali sebagai kompos, iaitu baja organik yang terkenal dalam meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman. Dengan Kerjasama

Kandungan bahan humus (organik) dalam kompos adalah tinggi dan kandungan nutriennya bergantung kepada campuran sisa yang digunakan, contohnya

jika campuran menggunakan daun kekacang dan sisa haiwan, kandungan nitrogen adalah tinggi. Manakala, jika abu daripada pembakaran pelepah sawit digunakan dalam campuran pembuatan kompos, maka kandungan kalium adalah tinggi. Pelepasan bahan humus daripada kompos adalah perlahan dan biasanya dibekalkan kepada tanaman pada musim awal penanaman supaya boleh diambil oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan. Kaedah Pertanian Bandar Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menjalankan pertanian bandar. Antaranya adalah penanaman dalam polibag ataupun pasu. Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian. Dengan adanya fertiliti, anda boleh menggunakan apa sahaja jenis tanah yang ada misalnya tanah atas / top soil, tanah hitam ataupun tanah bakar. Malah tanah merah sekalipun boleh anda gunakan untuk menyediakan tanah campuran bagi tujuan penanaman dalam pasu.

45


Kesihatan tanaman

Campurkan saja tanah (3 bahagian) dan Fertili (1 bahagian) untuk menyediakan tanah campuran / media tanaman bagi tujuan penanaman pelbagai tanaman dalam pasu / polibag. Kemudiannya Fertili boleh digunakan sebagai baja, bubuh lebih kurang 70 gram Fertili setiap minggu bagi setiap pokok / tanaman dalam pasu anda. Kepentingan Baja Organik Antara kepentingan baja organik adalah ia dapat meningkatkan zat dan nutrien anak-anak pokok atau sel-sel pokok bagi menjalani proses pembungaan dan pembuahan di samping ia dapat membantu menguatkan sistem pertahanan pokok supaya lebih kukuh dan tidak mudah rosak, merangsang pengeluaran akar dan mematangkan pokok sekaligus menghalang buah daripada gugur pra matang serta membantu proses mematangkan stem berlaku dengan lancar. Baja organik ini juga perlu ada dalam menjalani proses fotosintesis supaya ia dapat membantu pembentukan asid amino atau protein di dalam tumbuh-tumbuhan serta enzim juga akan dibentuk dalam sel-sel tumbuhan.

46

Okt 2020


KESIHATAN

Okt 2020

tanaman

Racun Serangga

Kendalikan dengan selamat! oleh Nurul Syuhada Mohd Razai

Racun serangga telah lama digunakan walaupun tarikh yang tepat agak sukar ditentukan. Sebelum tahun 1945, kadar penggunaan racun serangga masih rendah tetapi selepas tamatnya perang dunia kedua kadar penggunaan racun serangga mulai meningkat dengan pesatnya. Pada peringkat awal, racun serangga yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan kimia yang agak ringkas seperti arsenik, sulfur, nikotin, piretoid, rotenon dan minyak petroleum. Namun selepas 1945, lebih banyak racun serangga daripada sebatian organik mula disentisiskan dan diperkenalkan kepada pengguna. Hampir kesemua racun serangga memiliki potensi untuk mengubah sistem ekologi secara besar. Merujuk kepada kursus mengenai pengendalian racun dan perbualan dengan pakar daripada Jabatan Pertanian Bahagian Racun mendapati skop mengenai racun serangga amat luas. Ia bermula daripada pihak saintis, pengilang, pengedar, penjual, petani sehinggalah kepada pengguna akhir produk pertanian yang dihasilkan.

Setiap tahun Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan Malaysia membeli racun serangga bagi memenuhi keperluan kawalan vector seluruh negara dengan membekalkan keseluruh negeri dan seterusnya setiap negeri akan mengagihkan racun-racun serangga berkenaan ke daerah-daerah. Terdapat banyak jenis racun serangga dipasaran tetapi ianya dikawal melalui beberapa peraturan khusus bagi setiap negara. Contoh racun makhluk perosak ialah seperti racun Paraquat, Organofosfat, Organoklorin, Glifosat, Carbamate dan banyak lagi yang dijual untuk kegunaan petanian dan domestik.

Semua racun makhluk perosak (Pesticides) mesti disimpan dan dikendalikan secara selamat bagi mengelak sebarang kemalangan atau keracunan akibat salah kendali dan salah guna. Kemudahan menyimpan racun serangga haruslah memenuhi kriteria minima tertentu bagi memastikan keselamatan sepenuhnya kepada pengendali, penduduk dan hidupan lain serta mencegah pencemaran alam sekitar terutama sumber air oleh racun serangga.

47


Kesihatan

Okt 2020

tanaman

Apakah amalan pengendalian yang selamat? Langkah keselamatan menggunakan racun ada di berikan oleh pegawai teknikal dan penjual racun. Paling asas adalah dimana kita perlu memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai untuk menjalankan aktiviti meracun. Kita perlu sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk perosak. Berbagai jenis racun serangga lain seperti racun serangga Inorganik yang dikilangkan dengan logam dan termasuk bahan seperti arsenate, sebatian tembaga dan sebatian fluorine, yang kini jarang digunakan dan juga bahan seperti belerang (Sulfur) yang biasa digunakan. Pengelasan racun serannga telah dilakukan dalam beberapa cara dimana racun serangga jenis sistemik (Systemic pesticide) yang memasuki tumbuhan yang dirawat. Serangga menghadamkan racun serangga semasa makan tumbuhan. Racun serangga sentuhan (Contact Pesticide) adalah jenis racun serangga beracun kepada serangga disebar dengan sentuhan langsung. Keberkesanan sering kali dikaitkan dengan kualiti dan cara penggunaan racun serangga yang diguna sebagai bentuk semburan (seperti aerosol) sering kali dikaitkan dengan peningkatan prestasi. Racun serangga semulajadi seperti produk racun hasilan nicotine, pyrethrum dan neem dari tumbuhan sebagai perlindungan dari serangga. Pemilihan sesuatu racun serangga adalah berasaskan kriteria-kriteria tertentu seperti keberkesanan, jenis formulasi, dosis, sama ada meninggalkan kesan bau, atau warna, tiada sifat menghakis dan lain-lain termasuk keselamatan penggunaan kepada manusia dan alam sekitar. Jenis racun makhluk perosak berguna untuk mengawal makhluk perosak dan meningkatkan penghasilan pertanian tetapi ia juga akan berbahaya kepada manusia jika tidak dikendalikan dengan betul. Di negara kita Malaysia penjualan, pengedaran, kawalselia mengenai racun dilakukan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) yang disokong denga akta berkaitan. Penggunaan dan penjualan kini dalam keadaan terkawal.

48

TIPS TANAM

Cara mudah sediakan racun organik menggunakan cili dan bawang putih Bahan-bahan dan sukatan yang diperlukan : Minyak Daun Semambu (3ml) Bawang Putih (5 ulas) Cili Padi (2 biji) Cara-Cara Membuat Racun Organik. Bawang putih dan cili padi perlu dikisar halus bersama sedikit air. Kisaran tersebut ditapis bagi mengeluarkan hampas-hampas. Hasil tapisan atau pati tadi perlu dicampurkan dengan 1 liter air biasa dan dimasukkan dalam botol penyembur. Akhir sekali, tambahkan 30ml minyak daun semambu kedalam campuran pati dan air tadi. Untuk kesan bau yang lebih kuat, biarkan racun tersebut selama 24 jam sebelum digunakan.


TEKNOLOGI

Okt 2020

tanaman

Teknologi Moden

pikat generasi muda bertani oleh Rama Maheswaran

Purata umur pesawah di kawasan jelapang padi MADA di Kedah dan Perlis adalah sekitar 60 tahun. Bagi sektor kelapa sawit, lebih 80 peratus pekebun kecil berumur lebih 45 tahun. Sektor pertanian sering dianggap sektor yang dimonopoli golongan berumur dan berkemahiran rendah. Ini bukanlah sesuatu yang unik di Malaysia. Perkara sama juga dihadapi negara lain. Kajian yang dijalankan menunjukkan kekurangan pembabitan generasi muda mungkin kerana tiada akses kepada sumber utama pertanian iaitu tanah dan kekurangan sumber kewangan.Tetapi, kehadiran teknologi dalam pertanian mampu mengurangkan jurang ini. Pertanian moden tidak lagi perlukan ruang tanah luas mahupun tenaga buruh ramai.

49 47


TEKNOLOGI Kesihatan tanaman

Okt 2020

Teknologi pertanian moden seperti teknik susun-tindih, serta teknologi hidroponik terkini mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta keperluan ruang minimum.Hasilnya, menerokai bidang pertanian tidak perlu modal tanah tinggi. Evolusi teknologi dalam pertanian juga menyebabkan kos peralatan pertanian moden semakin rendah lantas kos permulaan minimum. Bagi generasi muda daripada keluarga petani dan mempunyai tanah agak luas, kepesatan teknologi dalam bidang pertanian mampu menggalakkan mereka terus bertani - sebagai petani moden generasi kedua. Bantu petani pantau kawasan bermasalah Untuk mengurus ladang yang agak besar, penggunaan dron serta automasi boleh mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh lantas dapat mengurangkan kos operasi. Teknologi satelit juga mampu membantu petani memantau kawasan bermasalah dengan lebih tepat dan menyeluruh. Penggunaan imej satelit, berserta dron dapat mengenalpasti kawasan yang memerlukan pemerhatian dan penjagaan khusus di samping mengenal pasti risiko dan serangan penyakit secara lebih tepat. Pembabitan generasi muda dalam bidang pertanian juga perlu dilihat di luar skop dan sistem pertanian konvensional. Ini terpapar melalui minat generasi muda mencari sumber makanan alternatif seperti protein buatan. Sebagai contoh, proses pembiakan serangga sebagai protein alternatif yang dahulunya dilaksanakan usaha tani tradisional kecil-kecilan di pedalaman Asia, kini mendapat tempat agropreneur muda di Amerika Syarikat dan Perancis. Dua negara ini membawa kaedah pembiakan serangga sebagai sumber protein alternatif ke tahap lebih tinggi melalui kaedah automasi. Pertanian bandar ikut teknologi hidroponik. Generasi muda yang semakin peka terhadap isu alam sekitar juga mempengaruhi penyertaan dalam pertanian moden. Dalam keinginan mendapatkan makanan yang tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar, generasi muda terutama yang tinggal di kota banyak terbabit dalam 'pertanian bandar.' Bentuk pertanian terbaru ini merangkumi teknologi hidroponik terkini, teknologi penderiaan jauh (lebih dikenali sebagai teknologi remote sensing) dan teknologi pencahayaan untuk penanam dalam bangunan.

50

Kepesatan teknologi sebagai daya penarik kepada belia untuk membabitkan diri dalam bidang pertanian telah menjadi strategi utama di banyak negara. Di Eropah, sungguhpun jumlah generasi muda dalam pertanian adalah rendah, namun tahap kemahiran mereka adalah lebih tinggi. Statistik menunjukkan, seorang setiap lima petani muda Eropah mempunyai pendidikan dan latihan pertanian secara formal, berbanding petani lebih berumur yang hanya bertani melalui pengalaman. Di samping itu, petani muda di Eropah di bawah umur 35 tahun membuat pelaburan purata tertinggi jika dibandingkan petani yang lebih berumur. Ini menunjukkan petani muda lebih berminat untuk gunakan teknologi dan automasi dalam pertanian. Di Jepun, jumlah generasi muda dalam pertanian juga beransur meningkat. Industri pertanian di Jepun mencatat penambahan 23,000 orang pekerja di bawah umur 49 tahun pada 2015, berbanding 18,000, lima tahun sebelumnya. Kebanyakan mereka berkelulusan tinggi serta guna teknologi pertanian terkini. Kajian di UK juga mendapati petani millennial lebih berkemahiran tinggi dan mesra teknologi, serta meletak pertanian sebagai karier pilihan. Menyedari hal ini, banyak negara seluruh dunia memperkenalkan pelbagai dasar membabitkan penggunaan teknologi sebagai pemangkin untuk menarik generasi muda menyertai bidang pertanian. Malaysia juga tidak ketinggalan. Seiring negara maju lain, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenal Program Agropreneur Muda.



17 November 2020


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.