4 minute read
Tanaman Mesra Haiwan
revolusi tanaman
Okt 2020
Advertisement
6 Tanaman Mesra Haiwan Jangan perjudikan nyawa haiwan kesayangan anda!
oleh Siti Nurbaya Abd Latif
Tiada yang lebih mesra alam daripada menanam sendiri tumbuh-tumbuhan di rumah! Pokok-pokok ini bukan sahaja membantu pengudaraan dalam rumah, malah membuatkan sejuk mata memandang. Semakin ramai yang memilih untuk menanam pokok hiasan di dalam rumah dan juga diluar rumah. Bukan sahaja pokok hiasan hidup ini cantik dipandang, ianya juga memberikan manfaat kepada manusia yang tinggal berdekatan denganya.
Antara manfaatnya ialah mengurangkan kemurungan, membantu peredaran udara dalam rumah dan membantu memori dan kesihatan mental. Di sebalik kesemua perkara indah ini, perlu kita berhati-hati jika mempunyai haiwan peliharaan di dalam rumah seperti kucing.
Menurut American Society for Prevention of Cruelty to Animals (ASPCA), pokok hiasan tertentu adalah berbahaya bagi anjing dan kucing. Oleh kerana itu, saya telah menyenaraikan beberapa pokok hiasan yang boleh dijadikan hiasan dalam rumah, boleh menyegarkan udara, tidak memerlukan jagaan rapi serta selamat untuk haiwan kesayangan anda.
revolusi tanaman
Okt 2020
1 Spider plant Mengapa anda memerlukannya: ‘Spider Plant’ merupakan pokok hiasan yang paling mudah untuk dijaga walaupun anda tidak memiliki kemahiran untuk bercucuk tanam. Ia adalah pokok hiasan yang selamat dan mampu untuk mengeluarkan beberapa dozen anak pokok yang senang untuk dicantas dan ditanam semula.
Cara penjagaan: Anda boleh meletakkan pokok hiasan ini di mana saja kerana ia tidak memerlukan suhu dan pencahayaan yang tinggi. Ia cuma memerlukan sedikit air sahaja. Namun begitu, anda perlu membiarkan tanahnya untuk kering sebelum menyiram semula.
Oleh kerana anak pokokya berjuntai, adalah dinasihatkan untuk mengantung pokok hiasan ini di tempat yang tinggi untuk mengelakkan gangguan dari haiwan kesayangan anda. 2 Areca/Golden palm Mengapa anda memerlukannya: Sekiranya anda mempunyai ruangan yang luas dan inginkan pokok hiasan yang bercirikan suasana tropika, Areca/Golden Palm adalah pokok hiasan yang paling sesuai. Ia juga mampu meningkatkan pengudaraan di dalam rumah.
Cara Penjagaan: Berita baik untuk anda, ia tidak memerlukan cahaya yang terlalu terang dan tanah juga tidak perlu terlalu lembab. Jadi anda tidak perlu menyiramnya setiap hari sekiranya tanah masih lagi lembab. Ia juga mudah tumbuh di tempat yang terang atau menerima pencahayaan secara tidak langsung.
Untuk pengetahuan anda, pokok ini boleh tumbuh setinggi 6-7 kaki, jadi anda perlu memastikan pasu yang ada bersesuaian untuk jangka masa yang panjang.
3 Tradescantia zebrina Mengapa anda memerlukannya: Pokok berwarna ungu ini juga dikenali sebagai Zebrina Pendula dan ia amat sesuai untuk digantung di tepi tingkap atau di atas meja. Ia juga amat mudah untuk dijaga dan cepat tumbuh selain diminati kerana warna daunnya yang menarik.
Cara Penjagaan: Tradescantia Zebrina merupakan pokok hiasan yang mudah tumbuh dan anda boleh menyiramnya sekali sekala ataupun setiap hari (batangnya akan layu sekiranya tidak disiram dengan lama). Pokok hiasanini juga menyukaipersekitarantanah yang lembap.
Selain itu, pokok ini memerlukan pencahayaan matahari secara langsung tapi jangan letakkan pokok ini di tempat yang terlampau terdedah dengan sinaran matahari yang terik kerana daunnya mudah kering sekiranya terdedah dengan suhu yang terlalup anas.
revolusi tanaman
4 boston ferns Mengapa anda memerlukannya: Boston Fern mempunyai daun-daun hijau yang banyak dan merupakan antara pokok hiasan penapis udara semulajadi yang terbaik. Bukan itu sahaja, ia boleh membersihkan udara toksik berbahaya di dalam rumah, dan ia juga boleh melembapkan udara secara semula jadi.
Cara Penjagaan: Pokok hiasan ini boleh tumbuh dengan sempurna dalam persekitaran yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan tidak memerlukan cahaya yang banyak. Cukup sekadar menyemburkan air secara harian dan letakkan di ruang yang sejuk.
5 Pachira aquatiqa Mengapa anda memerlukannya: Pachira Aquatica atau ‘money tree’ tumbuh subur di kawasan bertanah lembap dan kawasan paya. Ia boleh mengurangkan toksin seperti formal dehyde yang terdapat di dalam udara dan pokok ini juga sesuai bagi mereka yang menghidapi asma, masalah paru-paru atau bagi mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai pencemaran udara yang tinggi.
Cara Penjagaan: Pokok hiasan ini sukakan kelembapan, jadi pastikan untuk menyiramnya secara konsisten. Anda juga perlu menyiram kesemua bahagian atas tanah di dalam pasu dan pastikan juga pasu tersebut mempunyai pengaliran yang baik untuk mengelakkan air bertakung.
Selain itu, letakkan pokok ini di kawasan yang terang tetapi tidak terdedah kepada sinar matahari secara langsung. Jangan lupa untuk mengalihkan posisinya setiap kali anda menyiram untuk mengalakkan pertumbuhan sekata dan penghasilan daun.
6 african violet Mengapa anda memerlukannya: Satu lagi pokok hiasan yang mudah untuk dijaga dan selamat untuk haiwan kesayangan anda adalah African Violet. Bunganya akan berkembang sepanjang tahun sekiranya dijaga dengan rapi dan boleh dijadikan hiasan di atasmeja.
Cara Penjagaan: Letakkan pokok hiasan ini di ruang yang mempunyai suhu dan pencahayaan yang tinggi dan pastikan tanah sentiasa lembap, tidak terlalu padat dan mempunyai saliran yang baik. Selain daripada itu, elakkan daripada menyiram daunnya kerana ia mudah reput. Okt 2020
Jika anda sedang mencari inspirasi untuk menghiasi rumah dengan memasukkan elemen alam sekitar, serta ingin mengelakkan dari meletakkan pokok hiasan beracun dan juga selamat untuk haiwan kesayangan anda, anda boleh membeli atau menanam pokok-pokok yang disenaraikan di atas. Anda juga tidak akan mempunyai masalah untuk mencari pokok- pokok hiasan ini di nurseri yang berdekatan.