3 minute read

Hutan Konkrit

VARIASI tanaman

Okt 2020

Advertisement

Hutan Konkrit ke Syurga Tropika Hiasi ruang dengan kehijauan alam

oleh Rupini Moganadas

Tinggal di hutan konkrit? Jangan risau. Berikut ialah beberapa idea pokok ringkas untuk memberikan anda dan rumah bandar anda rangsangan hijau yang menyegarkan.

Pokok-pokok hiasan penting untuk menceriakan sesuatu kawasan seperti rumah, pusat perniagaan, dan sekolah. Terdapat pelbagai jenis pokok yang boleh ditanam sebagai tanaman hiasan. Di negara kita terdapat banyak pokok berdaun cantik yang sesuai dijadikan tanaman hiasan. Bahkan ada di antara daun pokok ini lebih cantik dari kelopak bunga kerana mempunyai campuran warna yang unik dalam pelbagai corak dan warna. Ada di antaranya mudah ditanam dan dijaga tetapi hasilnya sungguh memuaskan.

Pokok-pokok ini terus popular kerana terdapat spesies kacukan yang lebih cantik dan tahan lasak. Pokok-pokok ini boleh ditanam dalam pasu mahupun bekas tanaman yang lain kerana ia tidak mengambil ruang yang luas asalkan kita menjaga dan memangkasnya selalu. Jom ikuti paparan beberapa spesis pilihan pokok berdaun cantik ini seperti di sebelah.

VARIASI tanaman

Okt 2020

1

Vandenheckei

family: Marantaceae

Terdapat banyak jenis pokok jenis Calathea yang boleh dipilih untuk ditanam sebagai pokok hiasan. Salah satu daripadanya ialah spesies Vandenheckei ini yang ditanam kerana corak dan warna dedaunnya yang cantik dan menarik. Daunnya berbentuk bujur lebar dan dan panjang berwarna hijau tua. Terdapat corak cantik di bahagian tengah dan tepi kiri serta kanan daunnya iaitu berjalur panjang berlekuk-lekuk seakan akan mata gergaji berwarna keputihan atau perak.

Sementara di bahagian bawah daunnya pula berwarna ungu tua. Kadangkala ia mengeluarkan bunga berwarna tetapi tidak menarik penampilannya. Ia cepat tumbuh untuk menjadi rumpun yang besar terutama jika ditanam dalam pasu diberikan keperluan dan penjagaan secukupnya. Pokok ini dikatakan berasal dari negara Amerika tropika seperti Colombia dan Brazil.

ideA pameran

Pokok ini sesuai dipamerkan di tempat teduh seperti dalam rumah. Ia sesuai ditanam dalam pasu dalam rumpun yang besar untuk dijadikan sebagai pokok spesimen atau dicampurkan dengan pokok berbunga atau berdaun dalam satu gubahan pokok hidup. Ia juga boleh ditanam di atas tanah secara solo atau dicampurkan dengan pokok Calathea lain yang juga berdaun cantik dalam satu gubahan yang menarik.

2 Calathea makayona/Peacock plant family: Marantaceae

Genus Calathea dikatakan berasal dari perkataan ‘Kalathos’ yang bermaksud raga dalam bahasa Greek. Spesies Calathea ini ditanam kerana mampu mempamerkan daunnya yang sangat cantik berbentuk bujur lebar dengan corak yang terang dan jelas dalam tiga warna iaitu hijau tua, hijau muda dan hijau keputihan dalam beberapa garisan kecil di permukaan daunnya. Nama jolokan pokok burung merak adalah merujuk kepada daunnya yang bercorak saling tak tumpah seperti ekor burung merak ini. Manakala di bawah daunnya pula berwarna merah keunguan. Pokok ini perlu penjagaan rapi supaya tumbuh subur sentiasa.

Tips

Jika hujan daun bertukar menjadi perang, kurangkan siraman.

Jika daun bergulung, itu menandakan keadaan persekitarannya terlalu panas. pindahkan pokok ke tempat yang teduh atau sembur daunnya dengan air bagi mengekalkan kelembapan persekitaraannya.

ideA pameran

Ia disesuai ditanam sebagai pokok spesimen dengan rumpun yang besar dalam pasu yang cantik untuk hiasan di kediaman. Ia juga sesuai dijadikan salah satu pokok dalam gubahan pokok hidup.

VARIASI tanaman

Okt 2020

3 Stromanthe sanguine

family: Marantaceae

Spesies ini merupakan salah satu pokok dari jenis ubi garut iaitu seperti spesies Calathea dan Maranta. Tanaman hiasan ini ditanam kerana dedaunnya yang sangat cantik dan menarik berbentuk tidak lebar tetapi panjang dengan sedikit corak di permukaannya. Manakala di bahagian bawah daunnya pula terdapat beberapa garisan hijau muda pada latar berwarna ungu pekat. Ia tidak berbatang dan semua dedaunnya tumbuh terus dari bawah perdu pokoknya.

Tips

Untuk pemampilan pokok yang lebih menarik bersihkan dedaunnya dengan kertas tisu lembap dan sapukan cecair pengilat daun. Potong juga dedaunnya yang mati atau kurang menarik bagi menggalakkan pertumbuhan dedaunnya yang baru

Gunakan bahan sungkupan seperti sabut kelapa dan lumut

‘sphagum moss’ untuk menutupi bahagian atas medium tanamannya agar ia kekal lembap untuk pertumbuhan pokok yang subur.

Jika hujan, daunnya akan bertukar jadi perang, kurangkan siraman air.

ideA pameran

Pokok ini sesuai ditanam di atas tanah secara solo untuk hiasan laman. Ia cepat membentuk rumpunya jika diberikan penjagaan yang diperlukan. Ia sesuai dijadikan sebagai salah satu pokok hidup untuk taman mini dan sebagainya. Seterusnya, ia sesuai ditanam sebagai pokok specimen dengan rumpun yang besar dalam pasu yang cantik untuk hiasan dalam kediaman.

Jadi tunggu apa lagi? Jom larikan diri daripada kesibukan bandar dengan ritual terapeutik seperti penjagaan pokok.

This article is from: