2 minute read

Bayam Brazil

VARIASI tanaman

Okt 2020

Advertisement

Bayam Brazil Mudah tanam dan berkhasiat!

oleh Irma Malini Ishak

BAYAM BRAZIL (Althernantherasissoo) adalah spesies tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dinegara kita. Sayur ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce. Spesies tumbuhan ini mudah hidup dimana kaedah atau cara pembiakkannya melalui keratan batang. Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Kepada mereka yang kali pertama mendengar perlu ketahui morfologi Bayam Brazil.

Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar dan mudah dijaga. Ia mempunyai daun yang boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan lembut ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daun pula sekitar 2.0-3.5 cm lebar. Ramai juga dikalangan kita yang ada menanam sendiri bayam ini yang diambil mengikut keperluan untuk dimakan. Hidangan Bayam Brazil mudah disediakan dengan daun Bayam Brazil yang agak berlendir dan juga rangup. Ini membolehkan sayuran ini juga sesuai dijadikan ulaman.

Selain itu, Bayam Brazil juga sesuai untuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Sejarah menunjukkan di mana masyarakat di Brazil mengamalkan makan bayam ini secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka.

Menanam sendiri Bayam Brazil ini amat mudah dilakukan dirumah untuk tujuan kegunaan sendiri atau kalau lebih lebih sedekahkan kepada sanak saudara atau jiran. Anda boleh menanamnya diatas tanah, dalam pasu atau diatas batas kecil yang dipasang papan ditepi. Gunakan tanah campuran atau media cocoapeat (murah dalam kampit) dan dipadatkan sedikit. Campurkan baja organik dengan kadar sesuai dalam media tanaman tersebut.

variasi tanaman

Mungkin masih belum ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang tahu akan khasiat Bayam Brazil terhadap kesihatan. Ia didakwa selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan semua. Bayam Brazil didakwa dapat melawan masalah kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang.

Bagi mereka yang ingin berdiet disyorkan mengambil Bayam Brazil kerana ia dilaporkan dapat menurunkan berat badan. Selain itu juga spesis tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium.

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pramatang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung. Seperti umum diketahui bayam Brazil amat mudah untuk di tanam. Kita hanya perlukan batang pokok Bayam Brazil dan tanah yang mencukupi. Cara tanam pokok ini sangat muda, hanya sediakan tanah dalam pasu atau bekas plastik pun boleh. Okt 2020

Kemudian korang ambil batang pokok Bayam Brazil yang korang potong daripada pokok induknya. Kemudian cucuk sahaja batang pokok tu kat tanah yang korang sediakan tadi. Akhirnya pastikan korang siram setiap hari dan korang akan dapat lihat hasilnya seawal lima hari.

Selain daripada ditanam sebagai untuk sumber makanan pokok Bayam Brazil ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu pokok hiasan di rumah untuk sentiasa Nampak segar dan menarik. Macam korang cuba tanam dalam pasu pastu letak kat sudut rumah sangat menarik cantik dan tertarik. Nanti korang boleh cuba tanam sendiri kat rumah tak perlu ruang tanah

yang banyak pun cukup dalam pasu sahaja.

TIPS TANAM

Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah. Tanaman akan segar bugar! Selamat Mencuba!

This article is from: