3 minute read
Pertanian Bandar
VARIASI tanaman
Okt 2020
Advertisement
Pertanian yang dijalankan sama ada secara konvensional atau aplikasi teknologi moden dengan menggunakan bahan komersil atau bahan kitar semula seperti botol-botol plastik, tin kosong, kayu pallet terpakai, tong plastik, tayar dan sebagainya bagi menghasilkan sayur-sayuran, buah-buahan, herba, ternakan dan sebagainya bergantung kepada kesesuaian.
Dengan keadaan penduduk yang mencecah berbilion-billion dan semakin hari semakin mening- kat yang memerlukan makanan dan air serta udara bersih menjadikan kawasan pertanian telah menja- di semakin berkurang akibat daripada proses perbandaran terutamanya dipinggir bandar untuk mendirikan kawasan rumah kediaman, kawasan perumahan, kawasan industri, jalan raya dan sebagainya.
Ekoran daripada kepesatan pembangunan ini, pertanian bandar mula diperkenalkan untuk memenuhi keperluan makanan harian. Dengan kata yang mudah pertanian bandar ini adalah menanam sayuran atau buah-buahan sendiri dengan mengunakan bahan terpakai di kawasan rumah. ini memudahkan pengguna mendapatkan keperluan bahan mentah sayuran terus dari kebun, lantas dapat meningkatkan sekuriti dan kesela- matan makanan dinegara kita sekiranya semua melakukan aktiviti berkebun dirumah.
Terdapat pelbagai kebaikan melaksanakan pertani- an bandar ini iaitu kesan penghijauan dimana ia mengurangkan kesan hakisan berbahaya, menam- bahkan kawasan teduhan dan mengawal suhu dikawasan persekitaran bandar agar lebih nyaman dan membantu mengindahkan permandangan di sekitar bandar. Selain itu, ia memberikan peluang kepada manusia untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi dan menenangkan kiran penduduk di bandar yang sentiasa sibuk.
Kebaikan lain ialah, pengguna dapat menjimatkan perbelanjaan dapur, mendapat sumber makanan organik dan dijamin pengendalian yang baik serta memberi kepuasan dengan hasil tanaman sendiri. Sekiranya terdapat lebihan tanaman, boleh dijual untuk mendapat pendapatan sampingan. Pada masa yang sama juga dengan melakukan aktiviti pertanian bandar dapat memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran bandar.
VARIASI tanaman
Pertanian bandar menyumbang kepada kecukupan bekalan dan keselamatan makanan secara dua hala iaitu pertama ia meningkatkan jumlah makanan dibandar atau bandaraya dan kedua ianya menyediakan sayur-sayuran segar, buah-buahan, dan daging segar kepada pengguna dibandar (Ratnawati dan Abdullah 2012). Melalui aktiviti berkebun disekitar rumah juga, pengguna boleh menikmati sayuran yang bebas daripada bahan kimia berbahaya dan racun, mendapat sumber bahan organik dan dijamin pengendalian yang baik serta memberi kepuasan dengan hasil tanaman sendiri sekaligus meminimumkan kesan terhadap kesihatan.
Pertanian bandar ini adalah sangat menarik untuk melakukannya kerana ia sangat menarik dan cantik sekiranya kita pandai untuk melakukan susun atur atau landskap. Pertanian bandar ini boleh dilakukan di halaman rumah, balkoni, dibelakang rumah atau atas bumbung dan sebagainya. Walaupun mempunyai ruang yang kecil, pertanian bandar ini boleh dibuat mengikut kreativiti anda kerana ia sememangnya tidak memerlukan ruang yang besar, eksibel dan mampu untuk menanam pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Antara tanaman yang seringkali ditanam adalah seperti bayam, sawi, kailan, kangkung, kobis, terung, timun, ciliapi, lada merah, bendi dan sebagainya.
Pada masa kini, tiada kajian atau data rasmi berkaitan pertanian bandar di Malaysia. Walau bagaimanapun, usaha pertanian bandar di negara kita dapat dilihat secara tidak langsung melalui Program Bumi Hijau yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Dasar jaminan bekalan makanan untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berterusan. Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan projek Bumi Hijau di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan beberapa individu, kumpulan, persatuan penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Selain itu, sebilangan kecil penduduk atau agensi menjalankan penanaman sayuran di laman rumah, balkoni, dalam kawasan institusi dan di bawah laluan rentis elektrik.
Pertanian bandar dilihat sebagai amalan mampan kerana ia memberi manfaat dari aspek sosial, ekonomi dan persekitaran bandar seperti mengurangkan ‘ecological footprints’ bandar, mengguna dan mengitar Okt 2020
semula sisa bandar dan menjana peluang pekerjaan dan menyokong kepada keperluan makanan penduduk bandar. Dalam melaksanakan pertanian bandar di Malaysia, banyak perkara yang perlu diteliti seperti keperluan perundangan, kesediaan tanah, kesesuaian lokasi, jenis tanaman dan ternakan selain sikap dan pemikiran negatif individu, komuniti, organisasi atau pihak berkepentingan terhadap pertanian bandar. Jadi sebagai komuniti yang cintakan tanaman marilah kita memulakan langkah untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan di rumah.
TIPS TANAM
Sisa kotoran kolam makanan baik untuk tanaman anda. Jika anda mempunyai kolam hiasan, apabila anda membersihkannya, jangan dibuang terus alga dan air kotor tersebut. Siram dan letak ke atas tanah berhampiran tanaman hiasan anda. Nutrien yang terkandung akan diserap oleh tanaman anda.