DESTINASI//rinching ATV Semenyih
M
emacu ATV antara aktiviti menarik yang boleh disertai peminat sukan lasak manakala buat pelancong pula, mereka boleh mendekati alam semula jadi. Mungkin ramai yang tidak tahu Hulu Langat mempunyai trek terbaik untuk bermain ATV kerana dikelilingi hutan dan sungai jernih. Kawasan hutan, denai bukit hinggalah laluan air terjun boleh diteroka dengan ATV. Jadi peminat sukan lasak perlu cuba trek ini kerana ada cabaran tertentu mungkin tidak ada di lokasi lain. Namun terdapat trek yang lebih santai dan mudah, jadi anda tidak perlu risau. Rinching ATV Adventure terletak 10 kilometer dari pekan Semenyih. Selain bermain ATV, anda boleh melihat cara hidup masyarakat kampung Kuala Pajam Beranang. Kampung ini dulu pernah memenangi anugerah Kampung Tradisional Terbaik Daerah Hulu Langat. Rinching ATV Adventure menawarkan daripada trek mudah iaitu sekitar kolam memancing atau denai mudah, pengalaman pengunjung boleh bertukar ekstrem menerusi trek sekitar 16 hingga 20 kilometer sekitar denai hutan Hulu Langat. Operasi pusat ini biasanya mampu menampung kumpulan dari dua hingga 10 orang menyusuri pelbagai trek termasuk ladang, jalan hutan dan cabaran paling mendebarkan ialah menuruni tebing sungai curam. Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih dengan harga yang berbeza.
Rinching ATV Adventure Park Memacu ATV antara aktiviti menarik yang boleh disertai peminat sukan lasak manakala buat pelancong pula, mereka boleh mendekati alam semula jadi. Terima kasih : Haizatul Akma
Pakej (A)
Pakej (B)
Pakej (C)
ATV 150cc (Kecil) = RM 35.00
ATV 150cc (kecil) = RM 80.00
ATV 150cc (Kecil) = RM160.00
ATV 450cc (Besar) = RM 150.00
ATV 450cc (besar) = RM240.00
ATV 450cc (Besar) = RM390.00
Penumpang ATV Besar = RM60.00
Penumpang ATV Besar = RM60.00
makanan (tempahan) x1.= RM 10.00
(penumpang bawah 15 tahun percuma)
(penumpang bawah 15 tahun percuma)
Penumpang ATV Besar = RM60.00
Perjalanan 20 minit. sekitar ATV park melalui kolam pancing dan trek latihan kendalian ATV. Sesuai untuk riadah bersama keluarga dan kanakkanak.
Perjalanan sejauh 11km pergi dan balik. Melalui jalan berbatu menuju bukit menara tinjau pertanian. Sesuai untuk riadah bersama keluarga dan kanak-kanak.
(penumpang bawah 15 tahun percuma)
KDN : PPI9083/08/2016(034564)
30 /
EDISI 71 2017 RM 8.00
/ INSPIRASI PERCUTIANKU
Perjalanan sejauh 17km pergi dan balik. Melalui jalan berbatu dan memasuki Hutan Simpan Ulu Semenyih, menuju anak sungai batangsi. Sesuai
EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU