TAMU//CHEF WAN
Datuk Chef Wan Martabat Identiti Makanan Malaysia Ke Peringkat Global Oleh : Usna Rus
Menjadi rakyat Malaysia atau hidup di negara ini memberikan kita akses kepada banyak pilihan makanan lazat dan menyelerakan daripada pelbagai bangsa, kaum, dan etnik yang ada di Malaysia. Kepelbagaian makanan dimiliki dilihat sangat unik mampu menjadi daya tarikan pelancong paling berkesan jika dipromosi secara meluas.
P
romosi makanan Malaysia di luar negara menjadi salah satu nilai tambah untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa menikmati percutian mereka di negara kita. Bagi Chef Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Datuk Chef Wan, strategi memperkenalkan Malaysia sebagai 'syurga makanan' adalah pendekatan terbaik untuk mempertingkatkan industri pelancongan negara kerana selain dari berkunjung ke KDN : PPI9083/08/2016(034564)
70 /
EDISI 71 2017 RM 8.00
/ INSPIRASI PERCUTIANKU
destinasi menarik, pelancong ke Malaysia juga pasti mahu menikmati masakan khas sesebuah negara. "Makanan adalah produk yang boleh diangkat sebagai produk pelancongan
bagi menarik pelancong dari luar. Kerajaan, badan korporat, syarikat pelancongan domestik dan antarabangsa juga digesa menyediakan tawaran pakej percutian menarik berkaitan produk makanan atau makanan identiti kita dalam usaha menarik pelancong dalam dan luar negara," cadang Chef Selebriti terkenal Malaysia ini. Tambah beliau lagi, kerjasama mempromosi makanan itu juga boleh dikendalikan secara ber-sama antara media luar negara dan Malaysia untuk membawa chef tempatan memberi pendedahan mengenai sajian dan resepi masakan Malaysia kepada umum. "Ramai negara luar sudah lama buat inisiatif sebegini. Muncul di rancangan televisyen popular luar negara memperkenalkan makanan identiti kita, juga buat kerjasama dengan hotel-hotel terkemuka sajikan menu tradisi Malaysia. Kerjasama antara chef Malaysia dengan chef luar negara untuk bertukar ilmu masakan dan rahsia resepi adalah sesuatu yang luar biasa dan kerjasama itu juga harus diperluaskan di tahap latihan profesional bertaraf antarabangsa. Bukan setakat sajian makanan tetapi juga panduan dekorasi di restoran atau premis makanan bercirikan Malaysia turut didedahkan. Mungkin kita boleh tubuhkan badan khas yang menjaga cara pengurusan ini," ujar beliau kepada Majalah Santai Travel. Mengangkat makanan identiti atau warisan Malaysia memerlukan kerjasama, penghayatan, pembelaan serta jati diri untuk terus berada di tempat yang sepatutnya dan dijulang masyarakat terutama anak muda. Makanan warisan adalah budaya dan identiti bangsa. Generasi hari ini diharap dapat mewarisi makanan warisan, memartabatkan dan menjaga kelestariannya pada masa depan. "Kita tidak mahu generasi hari ini lebih mengenali makanan luar berbanding hidangan warisan sendiri.
EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU