![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/9b2ae99479a8281c5e4a517a06e9c95d.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
2 minute read
ARTIKEL PRESIDEN
from ILHAM PERTADI 2023
by peja88 aziz
MENGHAYATI PENDEKATAN S.W.I.F.T DAN NILAI T.E.R.A.S UKM
Hj. Zanudin Mohd Daud
Advertisement
Presiden
Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PERTADI) Universiti Kebangsaan Malaysia
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan Majlis Amanat KSN 2022 pada 11 Februari 2022. YBhg. Tan Sri KSN telah menegaskan pendekatan S.W.I.F.T iaitu akronim bagi Speed, Worldclass knowledge, Inspirational, Flexible dan Technology-based dan diterjemahkan sebagai pantas, pengetahuan bertaraf dunia, memberi inspirasi, fleksibel dan berasaskan teknologi (S.W.I.F.T ). Sebagai warga UKM kita semua seharusnya menghayati, menyelami dan mengamalkan konsep tersebut dalam pekerjaan di universiti watan kita ini.
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/194193051127671ea7152791553c9bc8.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
Warga UKM perlu memiliki aspirasi dan keazaman inisiatif baharu melalui penerapan nilai (S.W.I.F.T ) dimana kita perlu menghayati nilai pertama iaitu pantas dimana kita semua perlu bertindak dan membuat keputusan dengan pantas dalam sesuatu urusan dan pentadbiran pejabat bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan yang mengutamakan prestasi dan berpaksikan keutamaan kepada pelanggan. Nilai kedua adalah pengetahuan bertaraf dunia (world class knowledge) dalam diri setiap warga UKM supaya kita tidak lagi melaksanakan tugas sekadar apa yang disenaraikan dalam senarai tugas jawatan masing-masing, sebaliknya kita perlu melihat amalan terbaik negara luar dan membuat aktiviti benchmarking yang boleh dijadikan tanda aras untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran (PnP), Penyelidikan & Inovasi (PnI) serta Khidmat & Pentadbiran (KnP).
Nilai ketiga yang diutarakan adalah memberi inspirasi (inspirational) yang perlu dititikberatkan oleh pengurusan Universiti dan pegawai kanan untuk memberi inspirasi kepada pegawai bawahannya di pelbagai peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj) terutamanya di Fakulti/Pusat/Institut di UKM. Nilai keempat pula adalah fleksibel dimana YBhg Tan Sri KSN telah mengajak setiap penjawat awam di seluruh negara supaya meneruskan nilai fleksibel dalam melaksanakan tugas seperti tidak terlalu tegar kepada dasar dan peraturan dengan mengutamakan penyampaian perkhidmatan kepada terutamanya dalam situasi negara dalam fasa Endemik Covid-19. Nilai keempat iaitu berasaskan teknologi (technology-based) amat wajar diterapkan dalam melaksanakan setiap tugasan di pejabat, berikutan penggunaan teknologi pada masa kini amat kritikal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan pantas dan tuntas.
YBhg Dato’ Seri Mohd Syafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dalam Majlis Perhimpunan Khas Amanat KPPA pada 17 Februari 2022 telah menyampaikan empat fokus utama perkhidmatan awam untuk kekal relevan bagi memastikan organisasi awam terus kekal relevan, penjawat awam hendaklah mempunyai daya ketahanan yang tinggi (resilient), anjal (flexible), tangkas (agile) dan berinovasi (innovative). Sifat-sifat ini mestilah dilengkapkan dengan nilai integriti yang tinggi Kita juga hendaklah menjadi penjawat awam yang berpaksi kepada rakyat dan berfikiran realistik serta sentiasa bersedia untuk menyelesaikan pelbagai masalah merentas kementerian dan agensi demi kesejahteraan rakyat. Amalan ini akan dapat meningkatkan nilai tambah dan produktiviti perkhidmatan awam dan meningkatkan kepercayaan rakyat. Warga UKM juga perlu mempunyai daya tahan yang tinggi, anjal, tangkas dan berinovasi dalam melaksanakan tugas bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada pelanggan terutamnya pelajar
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/dbf30ae30a62bb0317038beb6f286f40.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
YBhg Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dalam ucaptama Wacana Kepimpinan Perdana Kali Ke-2 anjuran Majlis
Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) secara maya menerusi Facebook Live KPT pada 25 Mac 2022 telah mengupas secara ringkas mengenai peranan dan cabaran pentadbir universiti awam; penetapan prinsip S.W.I.F.T. (Speed. World Class. Inspirational. Flexible. Technology Based) dalam pentadbiran universiti awam dan penerapan nilai S.W.I.F.T dalam budaya kerja pentadbir universiti.
YBhg. Prof. Dato' Ts Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM telah memperkenalkan nilai utama iaitu T E R A S dan Kebitaraan merupakan naratif baharu yang memaparkan peranan universiti watan yang menjadi milik warganya dan masyarakat keseluruhan semasa Bicara Perdana Naib Canselor 2022. Lembayung T.E.R.A.S yang baharu ini bertujuan untuk membolehkan warga UKM membuat rujukan dan panduan terhadap hala tuju universiti dalam usaha meningkatkan pencapaian ke tahap yang tertinggi. Pengertian T.E.R.A.S adalah merangkumi Bakat (Talent), Etika (Ethics), Memperkasa (Revitalise), Tangkas (Agile) dan Jiwa (Soul) dan ia menjadi lembayung yang memayungi lima kebitaraan iaitu Watan, i-Minda, Holistik, Digital dan Prihatin.
Sebagai Warga UKM, marilah kita semua menghayati pendekatan S.W.I.F.T dan nilai T.E.R.A.S dalam melaksanakan tugas di universiti watan kita.
Perbincanganbersama