1 minute read

AKTIVITI AHLI PERTADI

Penglibatan Pertadi Ukm Aktiviti Penanaman Pokok Bakau

Najatulmuna Hamdan

Advertisement

PERTADI UKM menyertai Program Pengukuhan

Pentadbir melalui Tanggungjawab Sosial Korporat

(CSR) ke Pendas, Johor Aktiviti Penanaman Pokok

Bakau telah diadakan pada 19 Ogos 2022 mulai jam

2 00 petang – 6 00 petang Program ini dianjurkan bersempenan dengan penganjuran sempena dengan Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam kali ke-4 pada 20 Ogos 2022 anjuran Majlis

Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia

(MASTI) melalui sekretariat strategiknya Persatuan

Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS)dengan kerjasama jabatan-jabatan yang terlibat antaranya

Pejabat Perhutanan Negeri Johor, Pejabat Penghulu

Mukim Tanjung Kupang, Balai Polis Tanjung Kupang, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Balai Tanjung

Kupan dan Pejabat Penerangan Negeri Johor

Dalam ucapan Pegawai Perhutanan, Jabatan

Perhutanan Negeri Johor semasa majlis perasmianmemaklumkan sasaran penanaman empat juta pokok menjelang 2025, dengan penglibatan setiap lapisan masyarakat di negeri ini dalam usaha menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-202.

Aktiviti penanaman pokok bakau adalah selaras dengan Program Penghijauan Malaysia yang bertujuan memupuk semangat dan kesedaran terhadap pengekalan hutan di negara kita, dan tahun 2022 dijangkakan sebanyak satu juta pokok dapat ditanam, dalam usaha mencapai sasaran empat juta pokok yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

KASA telah menggesa semua lapisan masyarakat terutama belia terbabit secara aktif dalam aktiviti penanaman pokok bakau bagi mencapai sasaran sejuta pokok dalam tempoh 10 tahun akan daaing dan inisiatif menanam pokok bakau perlu dilaksanakan secara berterusan kerana pokok tersebut mampu berperanan untuk mencegah hakisan dan memelihara ekosistem demi kehidupan nelayan dan generasi akan datang

Program anjuran MASTI bertujuan meningkatkan kesedaran Pentadbir Universiti Awam mengenai kepentingan hutan paya bakau (wetland) kepada alam sekitar dan ekonomi Kawasan penanaman pokok bakau bersebelahan dengan kawasan rumah projek penempatan semula kepada penduduk

Kampung Pendas Baru Fasa 2 Kawasan paya bakau juga adalah pusat habitat semula jadi yang menjadi ekosistem terpenting dan produktif untuk sumber semula jadi

Persatuan Penduduk Kg Pendas Baru dan Kelab

Belia Kampung Pendas Baru mengatur persembahan tarian zapin dan menyediakan minuman kepada peserta selepas majlis perasmian Pendas merupakan kampung nelayan berdekatan

Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, Johor Peserta juga mengadakan aktiviti gotong-royong mengutip sampah sarap di sekitar Kawasan perumahan bagi mengurangkan pencemaran Kawasan bakau yang boleh menjejaskan pengusaha ternakan ikan dalam sangkar dan nelayan sekitar Kampung Pendas Laut.

This article is from: