![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/c3d7a9bd41c7872b624de17087d00dc4.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
1 minute read
AKTIVITI AHLI PERTADI
from ILHAM PERTADI 2023
by peja88 aziz
Program Kesukarelaan & Tanggungjawab Sosial (VCORE) di Ranau, Sabah
Hj. Zanudin Mohd Daud
Advertisement
Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) telah mengadakan Program VCORE pada 11 Jun 2022 di Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau, Sabat dengan kerjasama Persatuan Pegawai Pengurusan Profesional (PPUMS) Seramai 25 orang ahli terlibat Program Kesukarelaan & Tanggungjawab Sosial dari persatuan pentadbir Universiti Awam. PERTADI UKM telah diwakili Presiden PERTADI menghadiri program tersebut
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/01ddbc8c7fa366861d95f55900101db8.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
Rumah Putera Harapan (RPH) merupakan sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim dan kanakkanak terbiar di negeri Sabah khususnya di daerah Ranau. RPH diasaskan oleh NGO Islam dan telah dibuka pada 12 Julai 2008 Objektif penubuhan RPH untuk memberi perlindungan dan peluang Pendidikan kepada kanak-kanak terbiar dan terpinggir dalam Pendidikan kerana dibelengu masalah kemiskinan agar dapat meneruskan pembelajaran sempurna RPH juga memberi bantuan Pendidikan dengan mengadakan kelas-kelas tuisyen dan bimbingan yang dikendalikan oleh guru-giri bertauliah
Ust Mohd Sabri Abdullah, Pengurus Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau telah menyambut ketibaan peserta dan menyampaikan ucapan aluan dan menjemput Presiden MASTI menyampaikan ucapan sebelum majlis penyerahan sumbangan
Pihak pengurusan RPH telah mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian MASTI mengadakan program serta membuat berkunjung serta menghantar sumbangan dalam bentuk barangan dan kewangan, mengadakan aktiviti serta makan Bersama penghuni Program ini sangat bermakna buat kepada pelajar dan pihak pengurusan RPH Pihak pengurusan RPH juga telah menyatakan kesyukuran dan berharap agar program seumpamanya dapat diteruskan kerja-kerja murni Semoga pemberi sumbangan program ini dianugerahkan rezeki yang penuh keberkatan
Perjalanan peserta sejauh Jarak 100 kilometer lebih dengan jalan raya dan mengambil lebih kurang 2 jam 30 minit bergantung kepada cuaca dari Kota Kinabalu ke Ranau melalui Kundasang dengan pemandangan Gunung Kinabalu sepanjang perjalanan menggunakan bas