1 minute read

AKTIVITI AHLI PERTADI KKPD MENAWAN PUNCAK BUKIT MELATI

Next Article
SUDUT PANDANG

SUDUT PANDANG

SITINURALIAA FakultiSains&Teknologi

Pada 26 Mac 2022, pihak urusetia Kelab

Advertisement

Kebajikan Pejabat Dekan (KKPD), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Program Day Trip untuk mendaki Bukit Melati yang terletak di sempadan

Bandar Baru Nilai dan Sepang Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengukuhkan lagi semangat berpasukan dalam kalangan staf serta sebagai inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat

Seramai 12 orang peserta terlibat dalam pendakian Bukit Melati ini Pasukan pendaki berkumpul seawal pukul 7 15 pagi di kaki Bukit Melati Kawasan pendakian ini diterokai oleh perintisnya, Dr Johari Aziz iaitu seorang doktor pakar saraf Beliau mengesyorkan pendakian bukit sebagai suatu terapi untuk golongan yang menghidapi masalah kesihatan

Muka bumi Bukit Melati terdiri daripada lima bukit kecil iaitu Eagle Hill, Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill dan Mosquito Hill Pendakian ini diketuai Pengerusi KKPD iaitu Encik Hanafy Gausmian dan pendaki pengiring iaitu Cik Iza

Selepas peserta melakukan senaman ringan dan diberikan taklimat, pendakian bermula pada pukul 7 50 pagi Kedatangan pasukan pendaki disambut bunyi riuh-rendah monyet liar yang mengerih di gerbang kaki bukit Di awal pendakian, kami berjalan melalui denai yang lurus dan mendatar Kiri dan kanan denai itu ditumbuhi pokok yang lebat menghijau sekaligus memberi ketenangan di dalam setiap diri peserta Selepas 20 minit mendaki, kami tiba di sebuah kawasan dataran Peserta diberi masa sebentar untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke checkpoint yang pertama iaitu Eagle Hill Cabaran mula dirasai apabila kami perlu melalui denai yang berliku-liku serta memanjat lereng bukit yang curam

Kebanyakan peserta yang terlibat merupakan pendaki pemula, maka tempoh pendakian ini terlewat sedikit menuju ke checkpoint yang pertama Mujur pendaki pengiring, Cik Iza sentiasa mengawasi peserta agar tidak tercicir di belakang Semangat kami turut disemarakkan dengan nyanyian lagu pembakar semangat sepanjang menuju ke puncak Eagle Hill Pada pukul 8 40 pagi, kami berjaya menawan puncak yang pertama di Bukit Melati

This article is from: