1 minute read
SENI, BUDAYA & KREATIVITI AKU SEORANG PEKERJA SOSIAL HOSPITAL
from ILHAM PERTADI 2023
by peja88 aziz
Siti Zaila Binti Husin
Aku hanyalah seorang pekerja sosial di hospital. Masih berkhidmat dan tahun ini merupakan tahun ke 17 memacu tenaga dan menjunjung jiwa raga di salah sebuah hospital pengajar di pinggir ibu kota. Ijazahku ada dua sahaja; dua-dua dari universiti tempatan. Tiga tahun di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan empat tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor. Di USM, bidang Sains Kemasyarakatan menjadi pilihan hati dan akhirnya Kerja Sosial menjadi major pengajian sedangkan ramai rakan sekuliah memilih teras lain seperti Ekonomi dan tak kurang Sains Politik yang dianggap lebih trending di zaman itu Sembilan tahun berkhidmat, hati diketuk oleh Sang Maha Pencipta Alam dan tiada siapa menduga, keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di saat memiliki tiga cahaya mata yang masih kecil akhirnya memberikan rona warna dalam kanvas hidup. Di peringkat ini, pekerja sosial tegar seperti aku sedikit sukar untuk lari dari skop kerja sosial. Mana mungkin pekerja sosial seperti aku untuk beralih bidang ke bidang Usuluddin, Farmakalogi atau Psikologi bukan?. Nah, segulung ijazah Sarjana Falsafah Kerja Sosial akhirnya (pasti dan dengan izinNya dan keredhaan suami dan ibu serta anak-anak tersayang) berjaya digenggami setelah berhempas pulas dan hampir terkandas. Agak lemas namun tidak juga tertewas.
Advertisement
Aku hanyalah seorang Pekerja Sosial di hospital. Kerja line kebajikan macam aku tidaklah popular atau glamour mana seperti pekerjaan Siti Nordiana apatah lagi pemilik bintang bersepuh di langit seperti Siti
Nurhaliza. Penat kena maki dan tak kurang dipuji adalah makanan tambahan aku selama bekerja dalam setting hospital. Mood sentiasa up and down merupakan penyuntik semangat aku untuk teruskan pekerjaan ini yang orang selalu anggap kerja-kerja sukarelawan dan tak kurang juga dianggap kerja-kerja belakang tabir. Matlamat aku bertepatan dengan motto tempat aku mencurahkan jasa, Keprihatinan Membawa
Kesejahteraan. Sikap prihatin yang disemai diharapkan dapat mengubat keresahan hati pesakit di kala ujian kesihatan datang menduga