1 minute read

SENI, BUDAYA & KREATIVITI

Aku hanyalah seorang pekerja sosial hospital. Pesakit atau klien aku terdiri pelbagai bangsa, agama, jantina dan umur. Mereka datang dari Perlis hinggalah Sabah. Kaya dan miskin semua mencuba nasib bak kata pepatah untung sabut; timbul, untung batu; tenggelam. Rujukan ditimbang semolekmoleknya. Pekerja sosial hospital tidaklah sekejam mana untuk menolak permohonan bantuan namun dengan menggunakan instrumen pengiraan atau calculator mengikut Garis Panduan Pegawai Kerja Sosial Perubatan KKM, penilaian Pekerja Sosial tidak jauh tersasar. Apa juga hasrat di hati, matlamat bertemu Pekerja Sosial ialah tak lain tak bukan adalah dengan membawa sebuah gunung harapan yang boleh dibawa pulang beberapa kuntuman senyuman. Bagi pekerja sosial hospital, yang terbaik diberikan untuk mereka namun Maha Pencipta juga menentukan rezeki seadanya. ‘Ala Kulli Haal.

Aku hanyalah seorang pekerja sosial di hospital. Seorang pekerja biasa namun berhasrat membuat jasa untuk mereka di luar sana!.

Advertisement

Tinta dari hati, Ramadhan 2022.

This article is from: